siaran langsung forum perdana ehwal islam jkdm

9
1 CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT DISEMBER 2016 SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM Kelana Jaya, 24 November 2016: Majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Komplek Perumahan Kastam, Kelana Jaya pada bulan November yang lepas. Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Malaysia, Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia, Bank Muamalat dan pihak RTM telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan barisan panel-panel seperti Ustazah Norhafizah Bt. Musa, Ustaz Mohd Zarifi Bin Hj. Mohd Daud, Ustaz Syed Mohd. Norhisham dan juga moderator Ustaz Mohd Hariri Bin Hj. Mohd Daud.

Upload: vanminh

Post on 29-Jan-2017

270 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

1

CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT DISEMBER 2016

SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM Kelana Jaya, 24 November 2016:

Majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Komplek Perumahan Kastam, Kelana Jaya pada bulan November yang lepas.

Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Badan Keba j ikan Is lam Kastam (BAKISKA) Malaysia, Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia, Bank Muamalat dan pihak RTM telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan barisan panel-panel seperti Ustazah Norhafizah Bt. Musa, Ustaz Mohd Zarifi Bin Hj. Mohd Daud, Ustaz Syed Mohd. Norhisham dan juga moderator Ustaz Mohd Hariri Bin Hj. Mohd Daud.

Page 2: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

2

Di dalam forum ini, dua tajuk telah dibincangkan oleh para moderator dan ahli panel iaitu dengan tajuk forum yang pertama ‘ Ingin ke sy-urga?’ (siaran langsung) dan tajuk forum kedua ‘Keluargaku Bahagia’ (rakaman).

Majlis yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad dan CEO Bank Muamalat, Dato' Hj. Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid .

Dalam pada masa yang sama satu sesi pemberian sumbangan beras kepada anak yatim telah diadakan setelah t a m a t n y a s e s i f o r u m . Penyampaian sumbangan beras telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia kepada wakil-wakil rumah anak yatim di sekitar negeri Selangor dan WPKL.

Page 3: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

3

MAJLIS SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH

CAWANGAN INTEGRITI IBU PEJABAT Putrajaya, 7 November 2016:

Berkuatkuasa 1 November 2016, Bekas Timbalan Pengarah Cawangan

Integriti Ibu Pejabat , Tn. Razim Bin

Mohd Noor telah kembali bertugas

semula ke Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau

merupakan Ketua Unit bagi

Cawangan Integriti Ibu Pejabat

sejak ianya ditubuhkan secara

rasmi pada tahun 2013 di Jabatan

Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Beliau juga merupakan pegawai SPRM

yang pertama yang ditempatkan di JKDM untuk mengetuai cawangan

Integriti.

Satu majlis perpisahan untuk meraikan beliau telah diadakan di

Putra Lounge Ibu Pejabat

bersempena dengan perpindahan

beliau ke SPRM dan ianya telah

dihadiri oleh Ketua Pengarah

Kastam Malaysia, Timbalan-

Timbalan Ketua Pengarah Kastam,

Pengarah-Pengarah Kastam

Bahagian dan Timbalan-Timbalan

Pengarah Kastam Bahagian Ibu Pejabat.

Page 4: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

4

Satu sesi penyerahan tugas

kepada Timbalan Pengarah

Cawangan Integriti yang baharu

iaitu Tn. Tuan Ruslan Bin Tuan

Mat telah diadakan bersempena

dengan majlis perpisahan

tersebut dan telah disaksikan

sendiri oleh pengurusan tertinggi

Jabatan.

Tn. Razim Bin Mohd Noor

telah bertugas di JKDM bermula

daripada Julai 2013 sehingga

November 2016 dan sepanjang

beliau melaksanakan tugas di

JKDM, beliau telah banyak

melakukan program-program

khas yang telah dirancang dan

dijalankan untuk meningkatkan

tahap integriti warga Jabatan dan

seterusnya menjadikan JKDM

sebagai salah sebuah agensi

penguatkuasaan yang sentiasa

dipandang tinggi oleh warga dan

masyarakat.

Tn. Razim Bin Mohd Noor menghadiri majlis perpisahan

beliau dan telah disertai oleh Ketua pengarah Kastam

Malaysia, Dato’ Sri Khazali B. Hj. Ahmad.

Page 5: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

5

PROGRAM MESRA INTEGRITI JKDM JOHOR

Johor Bahru, 20 Oktober 2016:

Program Mesra Integriti merupakan satu program yang berjadual yang dijalankan

oleh Unit Pemeriksaan & Pematuhan Cawangan Integriti Ibu Pejabat. Tujuan

program ini di jalankan adalah untuk menjalankan pemeriksaan dan pematuhan

sistem kerja pegawai di dalam melaksanakan tugas. Selain daripada itu juga

program kesedaran melalui ceramah dan taklimat turut dilakukan bagi meningkat-

kan tahap integriti warga Jabatan.

Satu Program Mesra Integriti telah

diadakan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) Johor. Salah satu program yang

dijalankan adalah naziran ke beberapa

tempat di sekitar Johor Bahru terutamanya

di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor

Bahru, Zon Bebas Pelabuhan Tanjung

Pelepas dan Kompleks Sultan Abu Bakar

(KSAB) Gelang Patah. Antara yang dibuat pemeriksan adalah semakan wang saku

pegawai-pegawai yang bertugas di pintu-pintu masuk Negara, penggunaan kad

minyak dan touch n go kenderaan Jabatan dan juga beberapa semakan berkenaan

keluar masuk pegawai ke pejabat.

Page 6: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

6

Selain itu juga taklimat

mengenai Akta Perlindungan

Pemberi Malumat 2010 (Akta 711)

telah diperkenalkan oleh Cawangan

Integriti bagi memberi pendedahan

awal kepada warga Jabatan

terutamanya kepada penyelia-

penyelia berkenaan akta ini. Selain

taklimat Akta 711, taklimat

mengenai Integriti juga telah

disampaikan oleh PKPK I, Tn. Hj.

Shahili Bin Ahmed.

Program yang di jalankan

selama 4 hari di sekitar Johor Bahru

ini berakhir dengan mesyuarat Exit

Conference yang dipengerusikan

oleh Timbalan Pengarah Kastam

Negeri Johor, Tn. Mohammad

Hamidan B. Maryani di Menara

Kastam Johor Bahru. Unit Pemeriksaan & Pematuhan selaku pasukan yang

menjalankan naziran telah memberi maklumbalas yang dijumpai semasa sesi

pemeriksaan dijalankan semasa Exit Conference tersebut.

Page 7: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

7

PERJUMPAAN DIANTARA TKPK PENGURUSAN BAHARU BERSAMA CAWANGAN INTEGRITI

IBU PEJABAT Putrajaya, 5 Oktober 2016:

Satu perjumpaan diantara Timbalan Ketua

Pengarah Kastam Pengurusan (TKPK(P)

yang baharu, Dato’ Hasnol Zam-Zam Bin

Ahmad bersama dengan Cawangan

Integriti Ibu Pejabat telah diadakan di Bilik

Mesyuarat TKPK(P). Perjumpaan ini telah

dihadiri oleh bekas Timbalan Pengarah

Cawangan Integriti Ibu Pejabat, Tn. Razim

B. Mohd Noor dan juga kesemua ketua-

ketua unit di dalam Cawangan Integriti.

Perjumpaan ini adalah bertujuan

untuk menerangkan kepada beliau tentang

Cawangan Integriti yang telah ditubuhkan

di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

dan fungsi-fungsi setiap unit yang terdapat

di dalam cawangan ini.

Dato’ Hasnol Zam-Zam Bin Ahmad

telah menyatakan harapan beliau untuk

memperkasakan Cawangan Integriti

dengan lebih mendalam bagi meningkat-

kan tahap integriti warga Jabatan. Beliau

juga menyatakan beberapa penam-

bahbaikan boleh dilakukan dari segi

program-program yang akan dirancang dan

dijalankan oleh Cawangan Integriti.

Page 8: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

8

Diketuai oleh PKPK I, Tn. Abdul Jalil Bin Rejab (Tengah) dibantu oleh 2 orang PKPK II iaitu Tn. Mohd Hashim Bin

Alias (kiri) dan Tn. Mohammad Nizam Bin Othman (kanan). Kedua -dua pegawai ini juga dibantu oleh (dari kiri)

PPK, Tn. Ar Maszizi Bin Abd. Aziz, Pegawai Siasatan (SPRM), Tn. Haryazi Bin Baharom, PaK, Tn. Mohd Firdaus Bin

Mohd Yaacob dan PPK, Tn. Muhammad Farhan Bin Izhar.

Mengesan, melalui sumber-sumber dalaman atau luaran,

salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan

etika organisasi dan melaporkan serta mengambil

tindakan susulan yang berkaitan.

Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk

mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta

mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan

susulan.

Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes

salah laku tatatertib

Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang

bertanggungjawab.

Page 9: SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM

9

STATISTIK ADUAN

AWAM 2016

SEHINGGA NOVEMBER 2016

SALURAN BILANGAN

SISTEM E-ADUAN 1763

EMEL 319

HADIR 0

SURAT/MEMO 66

TELEFON 1

SAMPUL KECIL 13

BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0

JUMLAH 2162

KATEGORI BILANGAN

ADUAN AWAM 1781

PERTANYAAN 39

MAKLUMAT 342

JUMLAH 2162

2162BAHAGIAN BILANGAN

UNIT ADUAN HQ 279

UNIT ADUAN NEGERI 477

GST 1335

PENGUATKUASAAN 71

JUMLAH 2162

BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG

DITERIMA

BILANGAN MENGIKUT KATEGORI

BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN

STATISTIK

TATATERTIB

SEHINGGA DISEMBER 2016

KESALAHAN / HUKUMAN BIL.

Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 43

Rasuah / Salahguna kuasa 22

Penyalahgunaan Dadah 5

Kegiatan politik 0

Tidak Mengikut Prosedur Kastam 10

Tatakelakuan 18

Jumlah kes 86

Keputusan Lembaga Tatatertib:

Bersalah 67

Bebas 31

Tahan Kerja / Gantung Kerja 0

Tangguh / Pinda Pertuduhan

(DNAA) 0

Hukuman:

Amaran 15

Denda 6

Lucut Hak Emolumen 2

Tangguh Pergerakan Gaji 8

Turun Gaji 12

Turun Pangkat 1

Buang Kerja 32

Kes Kehilangan :

Surcaj 1