sh a ran ya

17
NAMA : sharanya a/p bhaskar TINGKATAN: 2 lambda GURU: en.ruzaman kandungan Penghargaan…………………………………………. 1

Upload: sharanya-bhaskar

Post on 24-Jun-2015

568 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sh a Ran Ya

NAMA : sharanya a/p bhaskar

TINGKATAN: 2 lambda

GURU: en.ruzaman

kandunganPenghargaan………………………………………….

1

Page 2: Sh a Ran Ya

Pendahuluan …………………………………………

Objektif kajian………………………………………...

Kaedah kajian………………………………………..

Hasil kajian…………………………………………..

Rumusan……………………………………………..

Lampiran……………………………………………..

Rujukan ……………………………………………..

PENGHARGAAN

 

2

Page 3: Sh a Ran Ya

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada guru sejarah saya iaitu En. Ruzaman kerana telah memberi bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kajian sejarah ini.

Penghargaan ini juga saya sampaikan kepada bapa saya Bhaskar a/l Muniandy yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth, yang telah memberikan saya maklumat serta gambar-gambar tentang kajian. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua SMKDOB Pn.Hajah Calsom binti Ibrahim atas nasihat, panduan dan dorongan kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya bantuan berbentuk material dan moral yang diberikan telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Pengharagaan ini juga kami tujukan kepada rakan -rakan kami iaitu Nur Fathin dan Sarah Afiqah kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan sesungguhnya komitmen mereka akan kenang sepanjang hayat kami.

pendahuluan

Sekolah adalah institusi pendidikan yang berperanan dalam melahirkan generasi pelajar berilmu, berwawasan serta berdaya saing. Sehubungan itu, system pendidikan wajar

3

Page 4: Sh a Ran Ya

mencerminkan budaya sekolah cemerlang sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya Sharanya a/p Bhaskar pelajar tingkatan 2 Lambda. Saya telah diberi tugasan oleh guru sejarah saya iaitu En.Ruzaman tentang sejarah sekolah. Guru sejarah saya telah member tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk memudahkan pelajar lebih mengenal tentrang sekolah saya, saya juga telah mebuat penghargaan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan, lampiran dan rujukan.Saya harap kajian ini yang saya telah menyiapkan dapat mengembirakan guru sejarah saya.

Objektif kajian

Kajian sejarah ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sekolah saya. Melalui kajian ini, juga saya akan lebih mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sekolah saya. Melalui kajian ini,juga saya akan lebih mengenali barisan pentadbiran di sekolah serta kerjaya dan sumbangan mereka.

4

Page 5: Sh a Ran Ya

Melalui kajian ini, juga saya akan didedahkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengumpul dalam menganlisasi maklumat yang telah diperoleh. Kajian sejarah ini juga, dapat membina sikap sabar terutama ketika menjalankan soal selidik dengan pelajar tingkatan 5.

Saya juga perlu merancang pelaksanaan kajian sejarah ini dengan teliti agar masa yang telah diperuntukkan dapat dimanfaatkan dengan semaksimum yang mungkin. Kajian terhadap sekolah juga, dapat melahirkan rasa bangga serta cinta akan sekolah.

Kaedah kajian

Saya telah memilih beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah digunakan ialah soal selidik dan pendidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh tersebut benar-benar fakta dan boleh dipercaya.

5

Page 6: Sh a Ran Ya

a. Kajian penyelidikan Kaedah ini dijalankan melalui penyelidikan yang dilakukan terhadap majalah

sekolah, laman web sekolah dan bahan-bahan yang lain kaitan dengan sekolah.

b. Kajian soal selidik

Untuk melaksanakan kaedah ini saya mengenal pasti kumpulan yang perlu disoal. Antara kumpulannya yang dapat membantu saya adalah kumpulan tingkatan 5 dan 6. Kaedah ini memerlukan saya membuat catatan ketika sesi soal selidik dijalankan.

Hasil kajian

Sejarah sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth terletak di Bagan Ajam, lebih kurang 8 km di utara Bandar Butterworth, bersebelahan jalan raya Butterworth Alor Setar.

6

Page 7: Sh a Ran Ya

Diasaskan dalam tahun 1959 dengan 2 buah kelas aliran menengah Melayu yang pertama ditubuhkan di Seberang Perai Utara dan ditempatkan di Sekolah Menengah St. Marks Butterworth buat sementara sehingga tahun 1964.  Pada tahun 1959, terdapat seramai 80 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dalam tingkatan 1 dengan seramai 6 orang guru.  Pada tahun 1961, kumpulan pelajar pertama ini mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP). Pada tahun 1963, bilangan kelas menengah melayu bertambah ke jumlah 7 buah kelas iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan satu kelas bagi setiap tingkatan dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5.  Pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bangunan sekolah kini siap dibina pada tahun 1964 dan seramai 387 orang pelajar serta 14 orang guru telah berpindah dari Sekolah Menengah St. Mark ke Sekolah Menengah Melayu pertama di kawasan Seberang Perai Utara

Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Menengah Bagan Ajam Butterworth.  Pengetua yang pertama sekolah ini ialah Encik Hashim Bin Othman yang berkhidmat dari tahun 1964 hingga tahun 1965.  Pada masa tersebut, sekolah ini hanya digunakan sebagai “kelas” untuk Sekolah Menengah  Kg. Kastam, Butterworth.

Pada hari Isnin 25hb Julai 1966, Sekolah Menengah Bagan Ajam hanya tinggal dalam kenangan apabila pada pagi yang bersejarah tersebut,  Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan bangunan sekolah ini sebagai Sekolah Dato’ Onn, Butterworth, sempena mengambil nama tokoh perjuangan tanah air, iaitu Yang Berhormat Dato’ Onn Bin Jaafar.

Selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Menengah Dato’ Onn bertukar nama menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ONN, BUTTERWORTH pada tahun 1998.

“Ilmu Pancaran Hidup” merupakan moto/logo Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn.  Logo sekolah telah dicipta oleh Encik Omar Bin Bakar.  “Ilmu Pancaran Hidup” juga diguna pakai sebagai tema lagu rasmi sekolah.

Visi & misi

7

Page 8: Sh a Ran Ya

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, misi&visi di bentuk. Pendidikan di SMKDOB adalah satu iltizam untuk mengembangkan potensi pelaja-pelajar dari segi intelek,rohani,emosi,jasmani dan sahsiah berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan supaya dapat melahirkan insane berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,berwawasan dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan diri,kesejahteraan masyarakat dan kegemilangan Negara. “ Menerajui Kegemilangan” adalah suara warga SMKDOB bagi mencapai hasrat tersebut. Malah disemarakkan lagi dengan agenda Pelan Induk Pembanguna Pendidikan (PIPPO).

Smart school Pada tahun 1999, SMKDOB adalah antara 88 buah sekolah di Malaysia yang telah terpilih sebagai SEKOLAH BESTARI. Seterusnya SMKDOB turut mencipta sejarah dan nama dengan menjadi Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri pada tahun 1992/93 dan 1999.

8

Page 9: Sh a Ran Ya

Masyarakat prihatin Sebagai sebuah sekolah yang ternama, hubungan dengan komuniti tidak dilupakan. Komunikasi yang baik ini menjelaskan Misi sekolah – “connect people and transform minds”. Ruang dan peluang yang sama rata diberikan kepada semua pelajar bagi mengembangkan potensi masing-masing. Masyarakat yang prihatin ini telah menjadi satu budaya yang berterusan bagi warga SMKDOB.

Falsafah sekolahPendidikan di Sekolah Menengah Kebangaan Dato’ Onn adalah satu iltizam untuk mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelak,rohani, emosi dan jasmani berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan supaya dapat melahirkan insane yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab , berwawasan dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan diri, kesejahteraan masyarakat kegemilangan negara.

9

Page 10: Sh a Ran Ya

10

Page 11: Sh a Ran Ya

RUMUSAN

Selepas melaksanakan kajian ini, saya telah mengenali lebih lanjut tentang sekolah saya serta kejayaan – kejayaaan sekolah saya.

Saya berasa bangga tentang sejarah sekolah saya dan ingin membantu dalam memenuhi cirri-ciri sekolah bestari.Kebijaksannan pengetua sekolah ketika menjalankan tugas telah berjaya menyelesaikan semua masalah yang timbul.

11

Page 12: Sh a Ran Ya

Melalui kajian ini saya semakin sayang terhadap sekolah saya serta berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Komitmen yang padu dan iltizam yang tiggi menjadikan SMKDOB gah di persada pendidikan. Semoga harapan menjadikan warga sekolah mkdob akan cemerlang dalam sahsiah, akademik, dan kokurikulm menjelang 2010 akan terlaksana.

Saya berharap agar semua warga sekolah komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab dan dapat memenuhi ciri-ciri sekolah bestari. Semoga apa yang dicitakan akan terlaksana demi anak-anak dididik kita agar SMKDOB akan duduk rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah –sekolah yang ternama. Kita akan rasa berbangga dipersada pendidikan.

lampiran

12

Page 13: Sh a Ran Ya

13

Page 14: Sh a Ran Ya

rujukan

14

Page 15: Sh a Ran Ya

15