seni mengarang
TRANSCRIPT
Nama Pelajar Kumpulan No. Matrik
NUR AMIRA BINTI ISMAIL NOR ATHIRAH BINTI NAZLIE LEONGNOR SELINA BINTI ZAINUDINSITI NOOR AIN BINTI MOHD HUSINSITI NURBAYAH BINTI ABDUL RASID
D20121057970D20121057983D20121057984D20121057987D20121057990
PEMERENGGANAN
Bentuk Perenggan
• Perenggan Deduktif• Perenggan Segi Empat
Teknik Pemerengganan
• Teknik soalan jawapan• Teknik penyenaraian• Teknik percontohan• Teknik analogi
BENTUK PERENGGAN
1. Perenggan Deduktif Perenggan yang bermula dengan penyataan umum yang
kemudiannya menuju kepada penyataan khusus.
Contoh :
“ Di luar kota Negeri Rainun itu ada seorang memelihara
kambing dan lembu terlalu banyak, maka ia duduk pada
padang itu memelihara kambing dan lembu, namanya
Malik Adhab disebut orang. Maka, ada suatu telaga kolam
diperbuatnya pada sama tengah itu akan tempatnya memberi
minum air kambing dan lembunya. Maka ada suatu batu besar
dibuatnya akan penutup kolam itu. ”
2. Perenggan Segi Empat Mempunyai ayat dan isi yang sama penting dari awal hingga
akhir perenggan . Ini bermakna ayat topik dan ayat penyangga saling lengkap melengkapi sehingga tidak mudah untuk disunting.
Contoh :“ Maka Inderaputera dan segala raja – raja itu pergilah mengalu – alukan segala anak – anak raja yang dari Tasik Bahrul Asyik itu . Setelah segala anak itu melihat Inderaputera datang maka sekaliannya pun turun dari atas kudanya menyembah Inderaputera.Maka disambut Inderaputera tangan segala anak raja – raja itu semuanya berjabat tangan dipeluknya dan diciumnya. Maka segala raja- raja itu semuanya berjabat tangan dengan Raja Dewa Lela Menerna dan Nabat Rum Syah dan dengan segala raja – raja itu ke maligai Tuan Puteri Tulela Maduratna . Setelah Raja Gohar Hinis melihat segala raja – raja itu dating dengan segala bala tenteranya akan bantu Inderaputera itu maka Raja Gohar Hinis dan segala raja – raja itu yang dibawanya dan menteri hulubalang sekaliannya hairan”.
TEKNIK PEMERENGGANAN
1. Teknik soalan jawapan “ Hai merak emas, adakah samanya dalam negeri ini?”Maka sembah merak itu, “Ya tuanku tuan puteri, jangankan dalam negeri ini, beberapa negeri yang lain pun patik lihat tiada samanya. ”
2. Teknik penyenaraian“ Maka Raja Tulela Syah menyuruh menyurat, demikian bunyinya:Pertama menyebut nama Allah Ta’ala, kemudian maka mengatakan, “ Ini surat daripada paduka ayahanda Raja Tulela Syah datang kepada paduka anakanda Inderaputera yang gagah lagi perkasya dan bijaksana…”
3. Teknik percontohan“... segala bunyi – bunyian pun berbunyilah ; gendang , gong , serunai , nafiri , rebana , dandi, muri , bangsi , serdam , kopak , ceracap , terlalu ramai”.
4. Teknik analogi“... masing – masing datang dengan gembiranya menunjukkan beraninya dan gagah perkasanya seperti harimau yang buas rupanya”.
RETORIKA
Pemerian
Penceritaan
1. Pemerian“…sebuah negeri Samantapuri namanya, maka raja itu beranak seorang laki-laki bernama Inderaputera, bangsanya daripada manusyia, rupanya terlalu elok, lakunya sedap manis, sikapnya terlalu pantas, jejaknya sederhana, warna tubuhnya bercahaya gilang-gemilang, selaku-laku dapat digambarkan rupanya. ”
“…raja itu ada beranak seorang perempuan terlalu baik paras seperti bulan purnama empat belas hari, maka dinamai anakda baginda itu Tuan Puteri Tulela Maduratna, mukanya gilang gemilang, cahaya mukanya kilau-kilauan. Maka puteri itu ditaruhkan ayahnya di atas mahligai yang keemasan... ”
2. Penceritaan
“Maka Inderaputera dan segala raja – raja itu pergilah mengalu – alukan segala anak raja – raja yang dari Tasik Bahrul Asyik itu . Setelah segala anak raja itu melihat Inderaputera datang maka sekaliannya pun turun dari atas kudanya menyembah Inderaputera. Maka disambut Inderaputera tangan segala anak raja - raja itu semuanya berjabat tangan deangan Raja Dewa Lela Mengerna dan Nabat Rum Syah dan dengan segala raja-raja . Maka Inderaputera membawa segala raja-raja itu datang dengan segala bala tenteranya akan bantu Inderaputera itu maka Raja Gohar Hinis dan segala raja-raja itu yang dibawanya dan menteri hulubalang sekaliannya hairan. ”
STILISTIK
STRATEGI MAJAZ
STRATEGI SKEMA
SEIMBANG
PERULANGAN
PENGUGURAN
HIPERBATON
PERTAUTAN
RAGAMAN
MELAYU
PERTENTANGAN
SKEMA SEIMBANG
Antitesis
Paralelisme
Isokolon
“… Raja Puspa Pandai dan Dinar Pandai masing – masing kembali ke negerinya kepada ayah bondanya. “
“… segala menteri hulubalang, sida – sida, abantara, biduanda sekalian…”
“… ada yang terurai – urai rambutnya, ada yang sanggul sambil berjalan, ada yang berbaju sambil berjalan, ada yang
berkain sambil berjalan.”
SKEMA PERULANGAN
Anafora
Epistrop
Asonansi
“ Maka tuan puteri pun tersenyum mendengar pantun merak itu. Maka segala
dayang – dayang suka tertawa…”
“ sebab beta khabarkan Inderaputera, …”
“ Maka anak raja kedua itu menyembah Raja Tulela Syah lalu ia berjalan ke Negeri
Rainun. Setelah beberapa hari ia berjalan maka sampailah ke Negeri Rainun.
“ … ada seorang memelihara kambing dan lembu terlalu banyak, maka ia duduk pada
padang itu memelihara kambing dan lembu…”Kiasmus
Asindenton
SKEMA PENGUGURAN
“…sebuah negeri Samantapuri namanya, maka raja itu beranak seorang laki-laki bernama Inderaputera,bangsanya daripada manusyia, rupanya terlalu elok, lakunya sedap manis, sikapnya terlalu pantas, jejaknya sederhana, warna tubuhnya bercahaya gilang-gemilang, selaku-laku dapat digambarkan rupanya. ”
Polisindeton
Elipsis
“… empat puluh menterinya yang besar dan seribu empat ratus hulubalang yang gagah perkasya lagi berani hadir di baswah istana baginda itu, dan rakyat yang tiada terpermanai, dan kotanya daripada batu hitam. ”
“...mengendarai kuda semberani berpelana emas dipahat, ditatah dengan lazuardi, ada yang ditatah dengan permata pelbagai rupanya, terlalu indah-indah”.
SKEMA HIPERBATON
Aposisi
Anastrop“… Puteri Mengindera Seri Bulan, terlalu baik paras rupanya, gilang-gemilang, kilau-kilauan warna mukanya …”
“… inilah raja jin Islam yang bernama Nabat Rum Syah, ipar kepada Inderaputera.”
Majaz Pertautan
Metonimi“…hamba telah lamalah duduk dalam negeri ini, sekarang hamba hendak memohon kepada tuan hamba pergi ke sebelah tanah dewa. ”
Eufemisme
Sinekdot
“… Raja Tulela Syah duduk semayam diadap oleh segala menteri dan hulubalang sekalian …”
“... burung dua ekor hinggap ...”
MAJAZ RAGAMAN
Antimeria
Simetri“… diiringkan oleh segala hulubalangnya dan segala bala tenteranya sekalian.”
“…dayang-dayang itu dikatakannya segala kata yang didengarinya… ”
MAJAZ PERTENTANGAN
Oksimoron
Hiperbola
“… maka bulan pun teranglah seperti siang …”
“… suaranya gemuruh seperti halilintar.”
MAJAZ MELAYU
Pantun
“ Rebab Dang Juita dipalu anak dara, Dang Jenirat mandi di taman peri,
Sebab beta khabarkan Inderaputera, Supaya ghairat hati tuan puteri. ”
Sekian, terima kasih.