seni catan-cina

49
Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Seni Catan Cina. Ditinjau dari aspek kebudayaan dan kesenian. 1. Pendahuluan Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara yang seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah kemajuan Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial. Dengan erti kata lain, masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng tenaga dengan kaum lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara makmur dan maju. Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina mempunyai amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai satu fahaman yang amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat harmoni dan negara yang aman damai. Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Malangnya, seni catan Cina kian makin kurang dapat sambutan dari generasi muda 1

Upload: eva-syerina

Post on 14-Jun-2015

7.496 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Seni Catan Cina. Ditinjau dari aspek kebudayaan dan kesenian.

1. Pendahuluan

Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan

masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara yang

seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah kemajuan

Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial. Dengan erti kata lain,

masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng tenaga dengan kaum lain untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara makmur dan maju.

Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan

masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina mempunyai

amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai satu fahaman yang

amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat harmoni dan negara yang aman

damai.

Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah

ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang

tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang

Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Malangnya,

seni catan Cina kian makin kurang dapat sambutan dari generasi muda kerana

menganggap ia sesuatu kemahiran yang sukar dipelajari terutama dalam kemahiran

menguasai kuantiti air dalam sesebuah catan. Teknik melukis dan menulis kaligrafi pada

catan memerlukan kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulang-ulang sehingga

mencapai penghayatan estetik yang maksimum. Secara tidak langsung, generasi muda

sekarang lebih tertarik kepada catan gaya barat dimana tidak mempunyai banyak prinsip

dan penentuan struktur seperti catan Cina dalam menjana idea untuk berkarya. Sebagai

bukti, galeri seni yang terdapat di Jalan Tan Cheng Lok, Melaka kebanyakkannya galeri

seni halus berunsur barat. Jarang sekali kita dapat menemui galeri seni Catan Cina.

Tambahan pula dalam zaman mengejar era teknologi dan sains, kerajaan telah

merancangkan pelbagai program dalam usaha membina Negara ke arah kemajuan

bertaraf antarabangsa. Salah satu program ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai

1

Page 2: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

bahasa kedua di sekolah, pelajar digalakkan mengguna dan mempelajari bahasa Inggeris,

lama-kelamaan bahasa Cina makin merosot maka tidak hairanlah generasi sekarang tidak

mahir dalam menulis kaligrafi Cina dan tidak dapat menghayati keindahan catan Cina

yang membawa beribu makna.

Tujuan penyelidik mengadakan tinjauan ini antara sebabnya ialah:

i. Masyarakat Cina percaya ajaran Konfusius dan Taoisme merupakan ajaran

falsafah yang amat penting dalam kehidupan. Kedua-dua menekankan

keharmonian manusia dengan alam semula jadi dan penekanan terhadap

pembinaan perwatakan manusia. Dalam usaha membina kemajuan dan

keamanan Negara, falsafah ini harus disebarkan dan dilaksana oleh

seluruh rakyat Malaysia melalui pembelajaran seni catan Cina.

ii. Catan Cina mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri dan

membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus difahami dan

dipelajari dalam usaha meningkatkan nilai murni pada minda dalaman

individu serta memupuk jati diri seseorang.

iii. Memupuk generasi muda menyedari dan menghormati budaya bangsa lain

dalam ‘multisociety’ dan akhirnya rakyat Malaysia dapat menjangkau ke

pengkalan ‘multikulturalisma’.

2. Konsep Kebudayaan dan Kesenian

2.1 Kebudayaan

Kebudayaan adalah satu konsep yang amat sering digunakan tetapi tidak mudah

dimengertikan. Ini ialah kerana takrif biasanya seperti yang digunakan oleh masyarakat

umum agak berbeza dari pengertiannya apabila digunakan sebagai konsep ilmiah yang

digunakan dalam sains sosial.

Kebudayaan biasanya didefinisikan sebagai keseluruhan cara-cara hidup satu-satu

masyarakat dan kebudayaan adalah cetusan dari pemikiran manusia. Unsur-unsur penting

dalam kebudayaan ialah pengetahuan, gagasan, kepercayaan, adat resam, norma dan

2

Page 3: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

nilai, undang-undang, perlakuan, bahasa, kesenian dan segala yang berkaitan dengan

peraturan hidup yang dicipta oleh manusia.

Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1996:14-16) kebudayaan membawa pengertian

kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang atau usaha atau

daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang kehidupan manusia.

Secara keseluruhannya, menurut Tjetjep Rohendi Rohidi, kebudayaan adalah satu

sistem yang terdiri daripada nilai, kepercayaan, pengetahuan yang digunakan sebagai

prinsip atau panduan kepada sekelompok masyarakat tertentu dengan corak yang khas

dan unik.

Perkataan budaya lahir dari cantuman dua perkataan iaitu Budi dan Daya. ‘Budi’

bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala ‘Daya’ bermaksud tenaga, kekuatan atau

kemampuan. Maka cantuman dua perkataan ini memberi erti segala yang dihasilkan oleh

manusia melalui gembelingan di antara tenaga serta kemampuan manusia bersama akal

dan kebijaksanaannya.

Berdasarkan beberapa pandangan tokoh, ciri pertama kebudayaan ialah setiap

kebudayaan dicipta dan didokong oleh manusia. Tanpa manusia maka tidak ada

kebudayaan. Manusia mencipta kebudayaan untuk memenuhi naluri semulajadinya dan

untuk mencapai kemajuan. Manusia juga mencipta kebudayaan dengan tujuan

berinteraksi dengan alam sekitar fizikal dan sosialnya secara lebih harmonis. Dan

manusia mencipta kebudayaan untuk dijadikan panduan dan peraturan hidup supaya

semua individu dapat disepadukan ke dalam masyarakat.

Ciri kedua ialah dinamik. Kebudayaan biasanya tidak statik tetapi sentiasa

menjalani perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh kemajuan manusia hasil dari

interaksi dengan alam sekitarannya yang turut berubah.

Ciri ketiga ialah akumulatif. Kebudayaan sentiasa berada dalam keadaan

bertimbun tambah kerana perkembangan pemikiran dan peningkatan daya cipta manusia

itu sendiri.

Ciri keempat ialah kesinambungannya di antara satu zaman dengan satu zaman

yang lain di dalam kehidupan manusia. Kebudayaan tidak putus kerana ianya diturunkan

dari satu generasi ke satu generasi lain menerusi proses pembelajaran atau sosialisasi.

3

Page 4: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Ciri akhir ialah ketidakseragaman. Di dalam negara berbilang kaum seperti

Malaysia, ada kebudayaan yang memberi identiti kepada satu-satu kumpulan etnik. Maka

kebudayaan ini dipanggil sebagai kebudayaan etnik (kebudayaan local). Ada pula aspek

kebudayaan yang dikongsi antara satu bangsa dengan bangsa lain yang dipanggil

kebudayaan pasar dan kebudayaan yang bersifat kontemporary dimana pelbagai kaum

hidup dalam satu masyarakat dan berkongsi kebudayaan bersama iaitu kebudayaan

kebangsaan atau kebudayaan nasional. Berdasarkan penerangan Prof. Tjetjep Rohendi

Rohidi, ciri ketidakseragaman dapat digambarkan seperti model-model berikut:

Kebudayaan Local Kebudayaan Pasar Kebudayaan Nasional

2.2 Seni dalam konteks kebudayaan

Apa itu seni? “seni ialah tatacara hubungan manusia dengan bentuk-bentuk yang

menyenangkan. Bentuk-bentuk itu meluaskan penghayatan keindahan dan mencapai

tahap kepuasan apabila kita mampu mengapresiasi secara kesatuan antara hubungan yang

formal dengan persepsi penghayatan” (Herbert Read, 1959:16)

Ibn Khaldun menghuraikan kesenian itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan

yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ekstetika mengandungi unsur-

unsur kecantikan, baik susunannya mahupun kekesanannya secara total. Ini melibatkan

psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. (Md. Nasir Ibrahim, Iberahim

Hassan, 2003:119)

Kebudayaan Nasional

Kebudayaan Pasar

KebudayaanLocal

4

Page 5: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Menurut Tjetjep Rohendi Rohidi (2000:10-17) hubungan antara kesenian dan

kebudayaan ialah kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan. Fungsinya serupa

dengan kebudayaan adalah sebagai pedomen hidup sesuatu masyarakat. Ia memberi

panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan. Selain

memberi manfaat yang besar terhadap seniman atau pencipta dalam proses artistik,

penghayat seni dalam soal mengapresiasi nilai estetik turut merujuk kesenian dalam

aktiviti mengkritik.

Kesenian sebagai unsur kebudayaan sering dibicara oleh para pakar atau seniman

sendiri. Menurut mereka kesenian berkait rapat dengan ‘kebenaran’, ‘kebaikan’ dan

‘keindahan’. Kesenian yang sering dihubungkait dengan kebaikan bahkan kebenaran

kerana seni dapat dilihat sebagai lencana bagi kebenaran moral mahupun etika kebaikan.

(Y. Sumandiyo Hadi, 2000:17-18)

3. Seni Lukis / Catan Cina

3.1 Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina

Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian

Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China

memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada

tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu

tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih

merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang

kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi

mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan

Cina.

Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun

Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan

kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini.

Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai

kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada

artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran

5

Page 6: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu

beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang

lumayan. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni

dikatakan barangan ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi

mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya

merupakan subsistem bagi kebudayaan.

Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara

orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap

catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China

pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai

pengetahuan dalam seni. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat

yang pernah sampai ke sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat

yang mengakui dan menghargai catan Cina.

Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya

membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti

Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap

kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini.

i. Catan Dinasti Tang

Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 – 907) dan kebanyakan terdiri

dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan.

Masa ini dipanggil ‘golden age’ (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.

Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih

menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang

mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang

aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang

mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan.

Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun ‘strok’ nya

ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga

dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang

terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.

6

Page 7: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

ii. Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)

Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 –

1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang

kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.

Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak

sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga seorang

pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada

zamannya.

Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan kebudayaan,

menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis. Akibatnya kesusasteraan

diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih (1056 – 1101 A.D) atau

lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam ‘literati painting’ (lukisan yang

ada sajak).

Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke sepuluh

hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis lanskap yang hebat

di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas, manakala

rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai Yangtze pula memaparkan bukit-bukau

rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai

yang memanca. Pelukis-pelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee Chang, Lin Ting

Tsung, Mei Fei dan lain-lain lagi.

3.2 Bahan dan Alat

7

Page 8: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Dalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah:

3.2.1 Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun

dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. “Ink

Cake” yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud

pada abad ke 4 T.M. Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju

tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang

dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, ‘ink stone’ dan

‘atick stone’. Apabila ‘ink cake’ digiling dengan air, dakwat segar yang

terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang

bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Dakwat tersebut adalah

begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu dakwat boleh ditentukan

dengan melihat samaada ia merebak diatas kertas atau sutera apabila

direndam berulang kali. Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah

seperti emas. Contohnya ‘ink cake’ yang bertarikh 1368 – 1644 (Dinasti

Ming). Sejenis dakwat lagi yang diperbuat daripada minyak biji pokok

Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam daripada dakwat lain dan ia lebih

digemari oleh pelukis moden.

3.2.2 Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah

sutera dan kertas sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan

sutera telah diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun

35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai

kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 – 1279). Tetapi, pada masa itu,

kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri

daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil

seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan

sutera.

3.2.3 Berus – Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang

lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan

penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar

8

Page 9: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

adalah jenis ‘proto – brush’. Tulisan menggunakan pigmen merah atas

tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam

versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang

dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera

daripada abad 4 B.C dan atas batu nisan dan dinding daripada abab 1–2

A.D. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat

menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang. Antara

bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu

kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang

kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza-

beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa

pelukis. Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti

sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap

jari, pengelangan tangan serta lengan.

3.3 Gaya

Terdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu:

3.3.1 Pai Miao – Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang

dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan

kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan ‘form’

3.3.2 Gong bi – Lebih kepada realistik, teliti dan menyelupai benda yang

sebenar. Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu

ditekankan.

3.3.3 Xieyi – Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan

lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa

itu.

Contoh-contoh gaya seni catan Cina

9

Page 10: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

Pai Miao Gong bi Xieyi

3.4 Teknik

Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja ‘penghalusan’

menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus.

Latihannya bermula dari pemahaman tentang cara memegang berus. Biasanya bermula

dengan menggunakan berus berbulu kambing yang keras, mala apabila menjadi mahir

dengan bulu kambing, bulu lain menjadi mudah digunakan. Penggunaan berus yang betul

akan menghasilkan berbagai ‘brush stroke’ yang berlainan (lampiran 1). ‘Brush stroke’

boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu “central Point” dan “slanting Point”. Dalam catan,

berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah

kepekatan yang dikehendaki. Pilihan jenis sutera dan kertas menunjukkan gaya dan

teknik artis. Kepelbagaian jenis kertas memberi pilihan yang lebih banyak berbanding

sutera kapada artis. Jenis kertas yang paling digemari oleh pelukis dapat menambah satu

lagi demensi pada ‘brush stroke’, iaitu kedalaman. Ini terhasil apabila dakwat dan warna

meresap ke dalam permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang

basah dan kering dapat menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih

kelihatan lembab dan segar. Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan

mencampur air ke dalam dakwat serta pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera

yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk teknik catan. Penggunaan berus yang betul

akan menghasilkan kesan stroke seperti titik, gosok berkedut-kedut, celup dan tarik

(lampiran 1). Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke titik sahaja dapat

10

Page 11: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan mala juga

penggunaannya (lampiran 1). Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui

titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik

condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung

dikenali sebagai titik-titik Mi.

3.5 Penggunaan warna

Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi ‘trend’ utama dalam

seni catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan

atau sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu

kecantikan berus dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi

sesebuah lukisan dan senang meyampaikan pemikiran artis.

Jenis – jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:

1. Rouge Tint

Merah pipi

2. Indigo

Biru nila

3. Gamboge Tint

Kuning rotan

4. Carmine

Merah tua / merah gincu

5. Cinnabar Tint

Merah gelap seperti darah

yang hampir kering.

6. Burnt Sienna

Coklat burung pipit.

7. Phthalocyanine

Hijau kebiruan

8. Vermilion Tint

Merah tua

9. Black

Hitam

3.6 Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya

melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman

dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna:

11

Page 12: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

3.6.1 Qing (warna hijau)

Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan

tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran dan berharapan.

3.6.2 Hong (warna merah)

Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia

melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau

gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan

ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah sebagai

penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.

3.6.3 Huang (warna kuning)

Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan

Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning

juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga

dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah

kuning.

3.6.4 Bai (warna putih)

Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina.

Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat

dengan bunga teratai.

3.6.5 Hei (warna hitam)

Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak

aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

12

Page 13: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh

mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari

Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam

kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib ‘suae’ (malang). Ia dianggap kurang

sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan

pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang

berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan

dan bahagia. Bunyi ‘Hong’ juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.

3.7 Membina Struktur Catan Lanskap

Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh

pelajar melukis dan memahirkannya.

3.7.1 Pembahagian objek utama dan sekunder

Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang

dikatakan sebagai objek utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis

berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek utama. (lampiran 2)

3.7.2 Memberi dan menerima

Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi

dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan

dalam lukisan. (lampiran 3)

3.7.3 Adanya sifat nyata dan kabur

Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih

nyata dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4)

3.7.4 Adanya tempat kosong

Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan

cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu

lukisan yang dikatakan ‘elegent’. Peninggalan ruang kosong juga dapat

membezakan lapisan lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti

13

Page 14: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

dalam menapis alam semula jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak

yang jauh lebih jauh dan ruangan yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran

5)

3.7.5 Adanya padat dan jarang

Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku.

(lampiran 6)

3.8 Cop / mohor

Setelah siap melukis dan mewarna, langkah yang paling akhir ialah meletakkan

cop / mohor peribadi dan sajak mewakili mesej yang ingin disampaikan. Tempat meletak

cop dan sajak juga ada peraturannya. Ia perlu diambil berat dari segi keseimbangan rung

dan keharmonian keseluruhan struktur lukisan. Tandatangan dan cop kepada hasil seni

masing-masing. Inskripsi yang nyata ini adalah satu deklarasi ekspresi diri dan

personaliti artis, bukannya satu penghormatan kepada pihak berkuasa dan bukan juga

sebagai tanda dagangan (trademark) barangan untuk ditukarkan dengan beras atau arak.

3.9 Perspektif

seni catan lanskap mempunyai interaksi ruang (spatial relationship) yang

dipanggil ‘the three distances’. Ini didefinisikan oleh Kuo seperti berikut : (1) Perspektif

dari kaki gunung melihat ke puncaknya atau dipanggil ‘high distance’, (2) perspektif dari

depan (frontal plane) gunung melihat ke belakang (rear plane) atau ‘deep distance’ dan

yang ketiga ‘level distance’ iaitu perspektif dari kawasan berdekatan gunung melihat ke

arah jauh (Ketiga-tiga perspektif ini juga dirujuk sebagai tinggi (height), dalam (depth)

dan lebar (breadth)).

‘Level distance’ seperti yang didemonstrasikan oleh Kuo Hia, bergantung kepada

satu siri dataran-dataran menurun (receding plane) yang merentangi secara horizontal dari

kanan ke kiri (dalam kes ini) atau dari kiri ke kanan (lampiran 7). Untuk ilustrasi ‘deep

distance’ sila lihat Kao K’o-ming ‘Streams and Hills Under Fresh Snow’ di mana

pemerhati dibawa ke dalam isi perut hutan dalam satu gerakan yang bersudut tepat

dengan permukaan kertas (lampiran 8). Bagi contoh ‘high distance’ pula sila lihat Wen

Pojen ‘Dwellings of the Immortals amid Streams and Mountains’ di mana garis

14

Page 15: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

penglihatan bergerak secara semulajadi dari bawah ke atas lukisan itu. Pemerhati terasa

seperti mendaki dari kaki gunung ke puncaknya. (lampiran 9)

3.10 Simbol dalam catan cina

Catan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina.

Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa

terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal

untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang

lumrah, universal dan mudah difahami.

Simbol berasal dari perkataan Greek ‘Symbolon’ atau ‘tanda’ iaitu sesuatu imej

atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus

Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna “ sesuatu yang mewakili

sesuatu yang lain, lambang dan tanda”.

Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya.

Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto

(1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan

haiwan.

Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai haiwan yang

bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan

mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.

Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14)

menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its

abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang

yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada

seseorang.

Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya

secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej

keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai ‘significance

form’ dalam sesebuah karya seni.

15

Page 16: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979:

3) bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu

yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti

dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya.

Konfucius berkata:

‘Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te),

bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang

lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-

kira.’

Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan dalam

seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang

tersirat.

Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:

3.10.1 Motif flora

Motif Catatan

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

i. Shi liu (Delima)

Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan

kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina ‘seed’

(biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima

melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak

lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif

buah delima yang disulam dengan motif delima

dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

16

Page 17: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

ii. Mei Hua (Plum Blossom)

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-

olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di

hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan

dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang

menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan

seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah

manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi

segala lumrah kehidupan. Kehidupan baru dan

kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai

sifat seperti bunga plum.

Motif Catatan

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

iii. Song (Pokok Pine)

Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang

berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh

subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan

seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan

istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik,

rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun.

Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun

masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan

manusia sendiri.

iv. Mou Tan (Bunga peony)

Digelar sebagai ‘Permaisuri Bunga’ kerana kemewahan

17

Page 18: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah

simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan

sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan

kegembiraan.

Motif Catatan

v. Liu (Pokok Willow)

Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana

daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang

dikhususkan kepada ‘ singsong’ (penyanyi wanita) atau

pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan

batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa

hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai

mempunyai kuasa menyucikan (dewi Kuan Yin

menggunakan setangkai dahan willow untuk

menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan)

digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa

perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai

digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif

willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18.

Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan

kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk

18

Page 19: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

berkahwain.

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

vi. Ju (Buluh)

Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang

lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan,

kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam

sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik

kerana namanya sama dengan perkataan ‘permintaan’.

Motif Catatan

vii. Lian Hua (Bunga teratai)

Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi

semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan

akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah

di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai

dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang

sama maksudnya dengan ‘kedamaian dan keharmonian’

dan yang kedua bermaksud’nasib baik yang berulang’.

19

Page 20: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

3.10.2 Motif fauna

Motif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam

Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh

Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya

berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang

penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia

akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam

masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik, biasanya ia

melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Contoh-contoh motif fauna

adalah seperti berikut:

Motif Catatan

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

i. Long (Naga)

Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang

selalu digunakan dan amat mustahak dalam

perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya

naga adalah binatang yang mempunyai kuasa

transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga

muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan

atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk

mendapatkan ‘disc’ (simbol matahari) Naga adalah

simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga

yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di

Beijing ‘Forbidden City’. Menurut mitos lama, Yu,

nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam

bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar

daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia.

Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan

20

Page 21: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

perlindungan.

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

ii. Ma (Kuda)

Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan

kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang

mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih

secara legenda dikait dengan pengangkutan agama

Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu

pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan

dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak

mencecah tanah.

Motif Catatan

QuickTime™ and aTIFF (LZW) decompressor

are needed to see this picture.

iii. Feng Huang (Phoenix)

Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan

fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita

mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang

terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian

yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga

untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia

(keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang

berwarna-warni melambangkan kecantikan,

kemewahan dan baik hati.

iv. Tie (Rama-rama)

Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan

peringatan. Oleh kerana bunyi ‘rama-rama’ ini serupa

dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia

juga dianggap sebagai simbol panjang umur.

21

Page 22: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Motif Catatan

v. He (Burung Bangau)

Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal

abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita

dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini

dikatakan boleh membawa tuah dari “nan hai sian tau”

iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung

bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan

ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan

panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga

melambangan pegawai tinggi di dalam istana China

(politik).

22

Page 23: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

vi. Li Yu (Ikan Kap)

Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan

‘liyu’ (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina

biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa

menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga

dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang

berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki.

Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana

dipercayai kebal daripada kematian secara

semulajadi.

Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi

kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang

yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian,

kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama

dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang

baik.

4. Gaya dan teknik seni catan Cina berkaitan dengan kebudayaan masyarakat

Cina

Seng Yan Chuan dan Fan Pik Wah dalam kertas kerja mereka yang berjudul

Tamadun China: Kesenian dan Kaligrafi, Bengkel Pengajaran Tamadun Islam dan

Tamadun Asia, 16 April, 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya menjelaskan tentang

seni lukis dalam tamadun China banyak dipengaruh oleh falsafah orang Cina. Falsafah

masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran Taoisme dan Confuciusnisme.

Taoisme sebenarnya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran

falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran

23

Page 24: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abab ke-5

S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia ini dijadikan

dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap Cina, binaan struktur juga

dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada langgit mesti adanya bumi (gunung–

ganang), pokok dilukis dalam keadaan ‘memberi’ dan ‘menerima’, begitu juga objek ada

yang ‘nyata’ dan ada yang ‘kabul’.

Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan

keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan dikenali

sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul Austronesia China

Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang

yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri

yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti

lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang

Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki

diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri

daripada kaum lelaki.

Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat sementara.

Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut Tao. Ajaran Tao

mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak cuba menentang segala

ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka cuba mencantumkan

keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat oleh tangan. Ia

mermelukan juga kemahiran yang agak istimewa. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan

latihan yang bersungguh-sungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan

alam ini. Di dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, ‘Lebih

sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara”. Umpamanya: Akar pelukis memikirkan

sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang mungkin. Dengan

adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah mengagak. Agakan ini

merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus, yang tidak tersudah, yang

berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman kebayian, ketika yang ajab dimana

masa telah dibekukan dan dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang

terlukis itu sendiri.

24

Page 25: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi

merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung dengan

orang, hidup sebagai anggota masyarakat disebuah negara. Agama Confucius telah

diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia menjadi sebahagian

daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu diikuti oleh orang Cina.

Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum

masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka

mempunyai sembilan anak perempuan dan kepingin seorang anak lelaki. Masyarakat

Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang

lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki

berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakkan pelukis pada

zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka

membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk

mereka meluahkan perasaan dan meyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan.

Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang

tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat beberapa

konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Lamgit-bumi, Jen, Chun Tze, Li,

dan Konsep Kesederhanaan.

4.1 Konsep Langit-bumi

Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling

bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di langit, jadi

pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu dengan melukis

keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran sebegini masyarakat

Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah, berkrisis dan tidak berebut

kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau

pun alam mistik, tetapi wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita

dapat membaca sanubari seseorang pelukis.

25

Page 26: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

4.2 Konsep Jen atau perikemanusian

Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila

melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak

mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan untuk

memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri

seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan

melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen,

pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa

benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa

berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan keunivesalannya

berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa.

4.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung

Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat

hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana dan

segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat baik seperti

merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan

manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang

memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan

dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak

kepada dirinya. Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun

Tze akan melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia

dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan lukisan

yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu perasaan ketinggian

dan isipadu (volume) yang besar.

4.4 Li atau Keserasian

Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta

sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik dijadikan

teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya berilmu dan

berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang ditulis menggunakan

26

Page 27: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi ajaran atau memberi didikan

moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam ‘Orchids on rocks’ boleh diterjemahkan

seperti berikut:

Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung;

Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung:

Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga;

Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.

4.5 Kesederhanaan

Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya sebagai

kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan.

Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Kesederhanaan

membolehkan seseorang berada dalam ketenangan dan dapat membuat pertimbangan

yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk

seseorang pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis.

5. Kesimpulannya

Masyarakat Cina adalah memandang tinggi kepada bidang seni lukis. Seni ini

dianggap sebagai suatu alat yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka sehari-

hari. Lukisan pada mereka adalah satu makanan dan baja rohani. Kadang-kadang pelukis

boleh leka duduk berseorangan sambil memandang lukisan-lukisan yang digantung pada

dinding, tambahan kepada mereka yang gagal dalam kehidupan, lukisan tertentu yang

sebatin sejiwa dengannya, adalah memainkan peranan yang amat penting.

Kerekter orang-orang Cina berlainan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Mereka melukis mengikut cara mereka tersendiri dan jarang dipengaruhi oleh bangsa

lain. Mereka mementingkan ‘erti’ dan ‘maksud’ lukisan dan tidak pada ‘rupa’ lukisan itu.

Oleh itu, lukisan orang-orang Cina ringkas pembinaannya. Tetapi kalau sebuah lukisan

itu disediakan rangkapan pantun atau puisi oleh pelukisnya, maka senanglah peminat-

peminatnya menentukan maksud sebenar lukisan itu.

27

Page 28: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Asas seni catan Cina tidak boleh lagi diasingkan kepada lukisan, penulisan

kaligrafi dan puisi. Kini ia adalah idea puitis yang diekspresikan melalui berus-berus dan

dakwat. Artis mempunyai pilihan: menulis puisi dan mempersembahkannya dalam

bentuk kaligrafi, atau menghasilkan lukisan tanpa perkataan tetapi mempunyai emosi

yang puitis. Semua yang dipelajari baik daripada segi stail dan tradisi, segala yang

diperhatikan dalam alam semulajadi pelukis, dan semua pengalaman hidupnya boleh

dihasilkan semula dengan berus dan ditinggalkan sebagai bukti melalui penggunaan

dakwat. Dengan demikian, hasil-hasil kerja yang terbaik akan sentiasa berada di tempat

yang tinggi bersama-sama kabus dan awan, seperti mana yang biasa dilukis oleh artis seni

catan lanskap Cina.

CARTA GRAFIK SISTEM KEBUDAYAAN

Kebudayaan

Kekerabatan/ Sosial

Religi

Bahasa

Organisasi

Teknologi

28

Page 29: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

MODAL KAJIAN SENI CATAN CINA

KesenianEkonomi

Seni Catan Cina

MATA PENCARIAN

Catan dijual untuk menyara hidup

KESENIANCatan Cina

ORGANISASIMaharaja memberi sokongan penuh, pelukis biasanya

mempunyai pengalaman hidup

yang pahit

BAHASAAda sajak yang menggunakan bahasa tinggi

untuk sampaikan masej

29

Page 30: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Rujukan

___________. 1995. Spirit-Calligraphy & Painting. China: Jundical Person.

___________. 2001. Six Centuries Of Islamic Art In China. Kuala Lumpur: Islamic Arts Museum Malaysia. Hal. 57 – 73

____________, 2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Latif abu Bakar. 1996. Melaka Bandar Raya Bersejarah Negeri Berbudaya. Artikel Dewan Budaya. hal.14-16

Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor dan Zulkanain Abd. Rahman, 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti: TITAS 2. Selangor: Farjar Bakti. hal. 244 – 247

RELIGITao

Confucius

SISTEM PENGETAHUAN

Symbol yang mempunyai makna

tersendiri

TEKNOLOGIDakwat yang mempunyai

mutiara, Sutera berkualiti tinggi

30

Page 31: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Boris Parnickel & Para Penulis; 1997. Kebudayaan Nusantara: Kepelbagaian Dalam Kesatuan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 110 – 115

Cheu Hock Tong. 2000. Confucianism In Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd.

Dick Hartoko. 1984. Manusia dan Seni. Yogyakarta: Kanisius. hal. 73 - 76

Editor:Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan seni Visual dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hamidah Abdul Hamid. 1995. Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 50 – 82

Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen; 1995. Kebudayaan Melayu Di Ambang Abad Baru. Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM. Hal. 217 – 221

Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. 1997. Masyarakat Cina: Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. hal. 1 – 3

Joseph Chan. 1953. Chinese Brush Painting; A Pratical Guide.Singapore: Times Editions. hal. 20 – 26

Jyh Wee Sew. 1997. Budaya Warna. Artikel Dewan Budaya. hal. 30-32

Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: falsafa, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: USM.

Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd.

Mazlan Bin Mohamad. 1996. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan seni. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hal. 36-38

Md. Nasir Iberahim, Iberahim Hassan, 2003. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah Seni Dunia. Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd. hal. 51 – 54

Mustafa Haji Daud. 2001. Tamadun Dunia STPM. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hal. 16- 19, 254 – 259

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

31

Page 32: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

Ong Hean Tatt. 1996. Legend Of The Chinese ‘ Lung’. Kuala Lumpur: Eastern Dragon Press.

Ong Hean Tatt. 1999. Chinese Plant Symbolisms. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd.

Rhonda and Jeffrey Cooper. 1997. Masterpieces of Chinese Art. London: Tiger Books International. hal. 74 – 76

Roberta Helmer, Stalberg Ruth Nesi, 1983. A Mini Encyclopeadia Of Chinese Crafts. Singgapore: Times Book International.

S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanento Yuliman. 2001. Dua Seni Rupa. Jarkata: Yayasan Kalam.

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann Asia. hal. 174 - 179

Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tjetjep Rohendi Rohidi. 2002. Kesenian Dalam Pendekatan Kebudayaan. Bandung: STISI Press.

Valery M. Garrett. 1996. Antigues Arts & Crafts In Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte. Ltd. hal. 10 -15

Wan Go Weng. 1978. Chinese Painting And Calliggrapny. New York: Dover Publications.

Y. Sumandiyo Hadi. 2000. Seni Dalam Ritual Agama. Indonesia: Yayasan Untuk Indonesia.

32

Page 33: Seni catan-cina

Seni dan Kebudayaan 2003-01356SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah

33