senarai soalan ramalan penulisan upsr

Upload: linda-izrin-mahmood

Post on 13-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ramalan UPSR Penulisan

TRANSCRIPT

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN

JENIS PERBINCANGAN

Banyak kebaikan yang kita akan perolehi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Bincangkan kepentingan mengambil pemakanan yang sihat.

Air adalah punca utama kehidupan. Nyatakan kepentingan air dalam kehidupan kita.

Kegiatan kokurikulum banyak memberi manfaat kepada murid-murid. Bincangkan penyataan ini.

Sebagai seorang pelajar, nyatakan langkah-langkah untuk anda berjimat cermat.

Anda akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Nyatakan langkah-langkah untuk \

anda memperolehi keputusan cemerlang.

Kemalangan jalan raya sering diperkatakan. Nyatakan cara-cara untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya.

Kesihatan badan haruslah dijaga. Nyatakan cara-cara amalan gaya hidup sihat yang mesti diamalkan demi menjamin kesejahteraan diri.

Kita digalakkan untuk melancong di dalam negara. Nyatakan apakah kelebihan-kelebihan

apabila anda melancong di dalam negara.

Ibu bapa adalah insan yang harus kita hormati. Nyatakan mengapa anda harus menghormati ibu

bapa anda.

Pencemaran alam semakin memudaratkan seluruh alam. Nyatakan punca-punca berlakunya

pencemaran alam.

Merokok adalah tabiat yang memudaratkan. Nyatakan keburukan-keburukan merokok.

Kelas tuisyen sering disediakan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Nyatakan kebaikan-kebaikan menghadiri kelas tuisyen tersebut.

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN

JENIS CERITA

Anda sedang berjalan pulang dari sekolah, tiba-tiba anda terlihat seorang warga emas terbaring di

tepi jalan berlumuran darah. Apakah tindakan anda?

Anda sedang bermain dengan rakan-rakan anda di taman permainan. Tiba-tiba seorang budak

kecil menangis kerana terjatuh dari buaian. Dahinya luka dan berdarah. Apakah tindakan anda.

Anda sedang memancing bersama rakan-rakan anda di sebatang sungai. Terdapat sekumpulan

budak lelaki sedang bermandi-manda tidak jauh dari tempat anda memancing. Tiba-tiba anda

mendengar salah seorang daripada mereka menjerit meminta tolong sambil terkapai kelemasan.

Apakah tindakan anda?

Ceritakan temasya sukan tahunan sekolah anda.

Ceritakan sambutan Hari Guru di sekolah anda.

Ceritakan sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah anda.

Ceritakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah anda.

Sekolah anda mengadakan Hari Kantin. Ceritakan kemeriahan aktiviti di Hari Kantin sekolah

anda.

Ibu adalah insan teristimewa. Anda dan ayah anda bercadang untuk menyambut Hari Ibu untuk

ibu anda. Rancangkan sesuatu yang menarik untuk sambutan Hari Ibu tersebut.

Sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar. Ceritakan pengalaman anda mengikuti

lawatan tersebut.

Setiap tahun kita pasti menyambut hari perayaan. Ceritakan kemeriahan hari perayaan yang anda sambut pada setiap tahun.

Sekolah anda telah mengadakan Kempen Anti Dadah. Banyak aktiviti yang telah diadakan.

Ceritakan pengalaman anda semasa mengunjungi kempen tersebut.

Setiap tahun rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Nyatakan apakah yang akan

anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta anda terhadap negara.

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN

JENIS KARANGAN BERFORMAT

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara. Ceritakan kepadanya tentang keindahan

Malaysia.

Taman perumahan anda sering mengalami kecurian. Tulis sepucuk surat kepada Pengerusi

Penduduk Taman Perumahan anda untuk mencadangkan beberapa perkara membasmi kegiatan

kecurian yang semakin berleluasa.

Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu dikehendaki menyediakan sebuah laporang tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang Minggu Bahasa Melayu yang diadakan di sekolah anda.

Tulis sebuah catatan tentang aktiviti perkhemahan yang anda sertai baru-baru ini.