semester 1...kampus aswara 6 program pengajian diploma 7 struktur kursus wajib akademik 9-16 pusat...
TRANSCRIPT
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 2
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
PANDUAN AKADEMIK
Kalender Akademik 3
Pengenalan 4
Objektif, Latar Belakang, Visi dan Misi ASWARA 5
Kampus ASWARA 6
Program Pengajian Diploma 7
Struktur Kursus Wajib Akademik 9-16
Pusat Seni Pentas Putra (PuTra) 17-18
Unit Bahasa 19
Fakulti Muzik 20-33
Fakulti Teater 34-42
Fakulti Tari 43-50
Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem 51-74
Fakulti Animasi dan Multimedia 75-84
Fakulti Seni Halus 85-98
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 3
KALENDAR AKADEMIK ASWARA SESI 2020/2021
DIPLOMA
SEMESTER 1 (05 OKTOBER 2020 – 12 FEBRUARI 2020)
Pendaftaran Online Pelajar Baharu Isnin, 17.08.2020 - Jumaat, 11.09.2020 04 minggu
20.08.2020 (Khamis) : Awal Muharram
31.08.2020 (Isnin) : Hari Kebangsaan
16.09.2020 (Rabu) : Hari Malaysia
29.10.2020 (Khamis) : Maulidur Rasul
14.11.2020 (Sabtu) : Hari Deepavali
25.12.2020 (Sabtu) :Hari Krismas
01.01.2021 (Jumaat): Tahun Baru
28.01.2021 (Khamis) : Hari Thaipusam
01.02.2021 (Isnin) : Hari Wilayah
12 &13.02.2021 (Jumaat &Sabtu) :
Tahun Baru Cina
Pendaftaran Pelajar Lama Isnin, 14.09.2020 - Jumaat, 02.10.2020 19 hari
Minggu Mesra Siswa Isnin, 28.09.2020 - Jumaat, 02.10.2020 01 minggu
Kuliah Isnin, 05.10.2020 - Jumaat, 20.11.2020 07 minggu
*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 05.10.2020 - Jumaat, 16.10.2020 02 minggu
Cuti Pertengahan Semester Ahad, 22.11.2020 - Ahad, 29.11.2020 01 minggu
Kuliah Isnin, 30.11.2020 - Jumaat, 15.01.2021 07 minggu
Cuti Ulangkaji Ahad, 17.01.2021 - Ahad, 24.01.2021 01 minggu
Peperiksaan Akhir Isnin, 25.01.2021 - Jumaat, 12.02.2021 03 minggu
Cuti Antara Semester Ahad, 14.02.2021 - Ahad, 14.03.2021 04 minggu
SEMESTER 2 (15 MAC 2021 – 23 JULAI 2021)
Pendaftaran Pelajar Lama Ahad, 14.03.2021 - Ahad, 14.03.2021 01 hari
29.04.2021 (Khamis) : Nuzul Al-
Quran
01.05.2021 (Sabtu) : Hari Pekerja
13&14 05.2021 (Khamis & Jumaat)
: Hari Raya Aidilfitri
26.05.2021 (Rabu): Hari Wesak
07.06.2021 (Isnin) : Hari Keputraan
YDP Agong
20 & 21.07.2021 (Selasa & Rabu):
Hari Raya Aidiladha
10.8.2021 (Selasa) : Awal
Muharram
31.08.2021 (Selasa) : Hari Kebangsaan
Kuliah Isnin, 15.03.2021 - Jumaat, 30.04.2021 07 minggu
*Proses Tambah/Gugur Kursus Isnin, 15.03.2021 - Jumaat, 26.03.2021 02 minggu
Cuti Pertengahan Semester Ahad, 02.05.2021 - Ahad, 16.05.2021 02 minggu
Kuliah Isnin, 17.05.2021 - Jumaat, 02.07.2021 07 minggu
Peperiksaan Akhir Isnin, 05.07.2021 - Jumaat, 23.07.2021 03 minggu
Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 25.07.2021 - Ahad, 03.10.2021 10 minggu
SEMESTER PENDEK (26 JULAI 2021 – 17 SEPTEMBER 2021)
Pendaftaran Pelajar Lama Isnin, 26.07.2021 - Isnin, 26.07.2021 01 hari 20-21.07.2021 (Selasa & Rabu) : Hari
Raya Aidil Adha
10.08.2021 (Selasa) : Awal Muharam
31.08.2021 (Selasa) : Hari
Kebangsaan
Kuliah Isnin, 26.07.2021 - Jumaat, 10.09.2021 07 minggu
Peperiksaan Isnin, 13.09.2021 - Jumaat, 17.09.2021 01 minggu
Cuti Akhir Sesi Akademik Ahad, 19.09.2021 - Ahad, 03.10.2021 02 minggu
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 4
PENGENALAN
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994 dengan
nama asalnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK) merupakan agensi di bawah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu. Di dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1971, salah satu rumusan yang telah
diambil ialah agar sebuah institusi ditubuhkan untuk pembelajaran dalam bidang seni. Di dalam konteks
pembangunan negara, kemajuan pendidikan kesenian hendaklah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi,
sosial dan pembinaan modal insan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju perlu didokong
bersama oleh penggiat seni tanah air. Pengalaman beberapa buah negara maju seperti Perancis dan
United Kingdom membuktikan bahawa pelaksanaan program pembangunan seni yang mantap bukan
sahaja memastikan kesenian bangsa dipelihara dan boleh diangkat ke tahap lebih cemerlang, malah
bidang seni juga boleh memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada penggiatnya.
ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang bermatlamat menghasilkan seniman yang
mahir dan karyawan yang berwibawa di samping menentukan kesinambungan warisan seni negara.
Pada prinsipnya, ASWARA menumpukan pendidikan seni ke arah mengeluarkan ‘performer’ yang kreatif,
profesional dan berilmu. Penekanan pembelajaran ditumpukan kepada pendidikan amali bagi
memastikan pelajar mencapai tahap kemahiran yang tinggi. Siswazah ASWARA adalah diharapkan
dapat menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan kemahiran. Ini dapat mengisi
keperluan tenaga profesional seni seperti anggota orkestra, pencipta muzik/lagu, penyanyi, penggubah,
pelakon, pengarah, penulis skrip, pendidik seni, penari, koreografer serta kerjaya lain yang berkaitan
dengan industri seni kreatif.
Pengembangan bidang pengajian yang merangkumi filem dan televisyen, tari, muzik, teater, penulisan
kreatif, seni halus, animasi dan multimedia, rekaan komunikasi visual dan pengurusan seni budaya serta
ilmu yang berkaitan menjadikan ASWARA sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang
menjalankan fungsi dan peranannya sebagai sebuah institusi induk pengajian kebudayaan, kesenian dan
warisan yang komprehensif dan bertanda aras sebagai yang terbilang
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 5
OBJEKTIF
Sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran, pusat
penyelidikan akademik, penerbitan dan khidmat nasihat professional, dalam bidang seni, budaya dan
warisan.
LATAR BELAKANG
Penubuhan ASWARA merupakan hasrat terbesar rakyat Malaysia untuk melihat sebuah institusi khusus
yang menyediakan sistem pendidikan kesenian yang formal, tersusun, sistematik serta memenuhi
keperluan industri kreatif negara dalam bidang seni budaya dan warisan.
Aspirasi, semangat serta harapan yang dijelmakan melalui Kongres Kebudayaan Melayu Pertama di
Melaka (30 Disember 1957 - 2 Januari 1958) dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 di Kuala
Lumpur (16 - 20 Ogos 1971) menjadikan pengujudan ASWARA juga sebagai sebuah institusi masyarakat
yang bertanggungjawab mempertahankan jati diri dan kebudayaan rakyatnya.
Sesuai dengan tuntutan penubuhan, perubahan, visi serta misi membangunkan institusi pendidikan
kesenian cemerlang, akademi yang pada awalnya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK)
1994 telah dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006. Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 telah
menzahirkan ASWARA untuk melengkapkan harapan akademi ini sebagai sebuah institusi latihan induk
bagi pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia.
VISI
Peneraju Institusi Pengajian Tinggi dalam Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia
MISI
Memperkasakan pengajian seni, budaya dan warisan kepada masyarakat melalui teori dan praktikal ke
arah melahirkan ilmuan profesional, karyawan dan penggiat-penggiat seni dalam memenuhi keperluan
negara
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 6
KAMPUS
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 464, JALAN TUN ISMAIL 50480 KUALA LUMPUR
Keluasan Kampus:-
keluasan 8.5 hektar, 11
blok bangunan dengan
keluasan 91,900 kaki
persegi.
Lokasi strategik di pusat
ibukota, dikelilingi dengan
jabatan awam dan swasta.
Rangkaian kemudahan
pengangkutan seperti bas,
komuter, teksi dan stesen
LRT.
Berdekatan ruang
persembahan utama
(Bandaraya KL dan
Petaling Jaya) –
Panggung Bandaraya,
KLPAC, Auditorium DBKL,
MTC, Istana Budaya.
Berdekatan dengan taman
riadah sesuai untuk situasi
pembelajaran – Laman
ASEAN, Taman Burung,
Taman Rama-rama.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 7
PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA
MELENGKAPKAN UNIT KREDIT:- Seseorang pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 90 unit kredit di dalam penganugerahan ini. MEMENUHI SYARAT AKADEMIK:-
Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua kursus dalam tiga (3) komponen seperti berikut
Kurikulum Pengajian bagi Program Diploma
Seorang pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Sembilan puluh (90) unit
jam kredit untuk dianugerahkan Diploma.
Modul/Kursus Wajib Akademi
Modul/Kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan
oleh Akademi dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan Diploma.
Modul/Kursus Teras Fakulti
Modul/Kursus Teras Fakulti mengandungi kursus-kursus teras program yang
ditetapkan oleh sesebuah fakulti dan wajib lulus sebagai syarat mendapatkan
Diploma.
Kursus Elektif
Kursus Elektif adalah kursus-kursus pilihan yang diikuti oleh seseorang pelajar
sebagai memenuhi syarat mendapatkan Diploma yang boleh diambil dari fakulti
berkenaan atau fakulti lain.
Syarat Akademik
Seseorang pelajar perlu mamatuhi Syarat Akademik sebagai melengkapkan
keperluan untuk memperoleh Diploma.
Komponen Kursus
Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua kursus
dalam komponen-komponen berikut:
Kursus Wajib Akademi
Kursus Teras Fakulti
Sejumlah kursus-kursus Elektif
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 8
PENERANGAN KOD KURSUS:-
Kursus Fakulti
Setiap Fakulti mempunyai kod sendiri iaitu:
1. AWA bagi Kursus Wajib Akademi
2. KUR bagi Kursus Wajib Akademi (Kokurikulum)
3. AMZ bagi program Fakulti Muzik
4. APN bagi program Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem
(pengkhususan Penulisan Kreatif)
5. AFT/AFV bagi program Penulisan Kreatif dan Filem
(pengkhususan Filem dan Televisten)
6. ATE bagi program Fakulti Teater
7. ATR bagi program Fakulti Tari
8. AAM bagi program Fakulti Animasi dan Multimedia
9. APS bagi program Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya
10. ARV bagi program Fakulti Rekaan Komunikasi Visual
Setiap kursus mempunyai makna dan bilangan iaitu:
Contoh: Kod Kursus Nama Kursus
APN 1012 TEORI DAN PRINSIP PENULISAN
Makna:
Angka pertama 1 012 mewakili tahun pengajian
Angka kedua dan ketiga 1 01 2 mewakili nombor bilangan kursus
Angka keempat 101 2 mewakili jumlah jam kredit
SISTEM SEMESTER:-
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 9
KURSUS WAJIB AKADEMI
Kursus-kursus Wajib Akademi mengandungi kursus-kursus teras yang ditetapkan
oleh Akademi dan WAJIB LULUS sebagai syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 10
STRUKTUR KURSUS WAJIB AKADEMI
PENAWARAN KESELURUHAN KURSUS WAJIB AKADEMI (WA)
DIPLOMA
SEMESTER I SEMESTER II
Tahun Kod Kursus Kod Kursus
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam/Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/Bangsawan I/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I
7 unit kredit 7 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/Bangsawan II/ Makyong II/ Randai II/ Mek Mulong II AWA 2212
Wayang Kulit III/Bangsawan III/ Makyong III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu
4 unit kredit 2 unit kredit
3 AWA 3112 Pengajian Malaysia
2 unit kredit
JUMLAH KESELURUHAN WAJIB AKADEMI = 22 UNIT KREDIT
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 11
RINGKASAN KURSUS-KURSUS WAJIB AKADEMI
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
KUR 1011
Kokurikulum I
PISPA ( Pasukan Institusi Pertahanan Awam)
Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pasukan beruniform negara bagi menubuhkan pasukan beruniform di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada Lapan teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu teras kesukarelawanan, yang mana pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.
2.
AWA 1122
Bahasa Inggeris I
Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan dan kebolehan pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris di dalam perbualan, persembahan dan penulisan.
3.
AWA 1112
Pengenalan Teater Tradisional
Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari aspek teori, sejarah dan latar belakang teater tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Makyung, Wayang Kulit Kelantan, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa, Wayang Kulit Melayu, Bangsawan, Mek Mulung, Randai, Awang Batil, Tok Selampit, Jikey dan Menora. Pelajar juga turut mempelajari asas pengurusan sesebuah produksi teater tradisional. Di akhir kursus pelajar mampu memahami dan mengenalpasti topik-topik dengan jelas menerusi penilaian secara individu, kerja kumpulan dan ujian bertulis.
4.
AWA 1162
Asas Seni Pentas
Tradisional
Di dalam kursus ini pelajar akan didedahkan dengan asas muzik Wayang Kulit, asas tari dan lakon Makyung, Bangsawan, Mek Mulung dan Randai melalui pembelajaran secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar mampu mempersembahkan kesemua teater tradisional tersebut secara berkumpulan dan dapat mengenalpasti salah satu kesenian yang ingin dijadikan pilihan pada semester II – IV.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 12
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
KUR 1021
Kokurikulum II
Kursus ini adalah di bawah penyeliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Menawarkan sebelas (11) pilihan iaitu : 1. PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) Lanjutan
Kursus ini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pasukan beruniform negara bagi menubuhkan pasukan beruniform di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada lapan teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu teras kesukarelawanan, yang mana pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.
2. Coral Speaking
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan teknik berbicara secara berirama di hadapan audiens secara berkumpulan melalui penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Keutamaan kursus ini ialah dengan menitikberatkan latihan terhadap pelajar untuk membuat persembahan dalam kumpulan dengan menekankan kemahiran dan teknik-teknik berbicara dengan irama yang satu secara berkumpulan dengan nada, intonasi dan kadar suara yang kuat dan tepat, lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang tersendiri.
Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan dalam menghasilkan/menulis teks yang baik untuk persembahan. Para pelajar turut berpeluang mengaplikasikan dan mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman ini dalam pelbagai situasi seperti persembahan di hadapan audiens dan situasi sosial.
3. Koir Nasyid
Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan teknik nyanyian berkumpulan dalam lagu-lagu bergenre ketuhanan. Pelajar akan dikelaskan mengikut kumpulan suara SATB setelah melalui suatu sesi ujibakat. Tumpuan juga akan diberikan terhadap penguasaan teknik vokal agar pelajar dapat menghasilkan nyanyian yang baik dan beberapa repertoire lagu juga akan diberikan mengikut kemampuan pelajar. Pada akhir kursus, pelajar akan mengaplikasikan hasil pembelajaran dan diminta membuat persembahan nyanyian lagu nasyid dari repertoire yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing.
4. Silat Seni
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar mengenai gerak asas seni silat Melayu dari segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar juga akan mempelajari mengenai latar belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pancak silat.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 13
KUR 1021
Kokurikulum II
5. Khidmat Masyarakat
Melalui kursus ini para pelajar akan didedahkan mengenai pengenalan kepada khidmat masyarakat, kumpulan sasar masyarakat (bandar/luar bandar/golongan dewasa/muda/remaja/kanak-kanak/ bangsa/jantina) serta kreativiti dalam aktiviti yang menjurus kepada khidmat masyarakat. Para pelajar juga akan diperkenalkan dengan S.O.P mengenai khidmat masyarakat, khususnya bagi dijadikan garis panduan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kemasyarakatan. Selain itu beberapa tokoh penting yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan juga akan diperkenalkan kepada para pelajar. Keprihatinan terhadap sesuatu isu, penekanan kepada konsep berkhidmat kepada komuniti melalui gaya hidup sihat, harmoni serta membimbing para pelajar bagi membina minda yang positif serta mempertingkatkan kemahiran menganjurkan program bersama komuniti adalah antara yang dititikberatkan melalui kursus ini.
6. Sepaktakraw
Kursus ini mendedahkan mengenai sejenis sukan tradisional kepada pelajar khususnya tentang undang-undang dan peraturan permainan yang melibatkan pertandingan dan kejohanan serta langkah-langkah pembentukan pasukan. Kursus ini juga memberikan penekanan kepada aspek teori falsafah, motivasi, pasukan pengurusan, dan latihan kaedah operasi yang sistematik. Pada akhir kursus ini, para pelajar dapat menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral serta fizikal pada suatu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat kecintaaan terhadap negara.
7. Rekreasi
Kursus ini menekankan kepada ilmu teori dan praktikal yang berkaitan dengan rekreasi khususnya rekreasi luar. Di antara isi kandungan bagi kursus ini ialah mengenai Pengenalan kepada rekreasi luar, pertolongan cemas, aktiviti air (kayak), aktiviti perhutanan dan perkhemahan dan asas ikhtiar hidup. Melihat kepada cabaran dan keperluan masa kini, maka kursus rekreasi diwujudkan dan isi kandungan subjek yang ditawarkan dalam program ini adalah menepati kehendak dan keperluan 8 Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mewujudkan masyarakat yang seimbang dari aspek fizikal, mental dan spiritual.
8. Kepimpinan
Kursus ini ditawarkan secara khusus dengan tujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep kepemimpinan dan pemimpin. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada sejarah dan pengertian kepemimpinan, teori-teori kepemimpinan, peranan dan tanggungjawab pemimpin dan praktis kepemimpinan diri, masyarakat dan organisasi. Kursus ini merupakan kursus asas kepada kursus kepemimpinan lanjutan yang lain.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 14
KUR 1021
Kokurikulum II
Sebagai pelajar yang akan berinteraksi dalam masyarakat, mereka memerlukan kemahiran bersosial untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi sukarela. Subjek ini akan menyediakan latihan kepada mahasiswa kepada kemahiran pengetahuan gaya kepimpinan pelbagai tokoh. Di akhir kursus ini diharapkan pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas iaitu kepemimpinan, pemimpin dan kepemimpinan yang diaplikasikan, mengenal pasti corak dan cara kepemimpinan yang di amalkan dalam organisasi dan masyarakat dengan dikaitkan kepada teori-teori kepemimpinan serta menjelaskan kepentingan peranan dan tanggungjawab kepemimpinan dan pemimpin penting dalam menjana pembangunan keluarga, masyarakat, dan organisasi.
9. Taekwando
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kaedah serta kemahiran dalam seni bela diri/sukan Taekwando. Para pelajar akan dibimbing dengan latihan yang berbentuk fizikal bagi tujuan mempertingkatkan kekuatan, ketangkasan, kelajuan dan juga pengurusan berat badan.
Teknik penting yang dikenali “ Self Defense Taekwon-do Korporat ” turut didedahkan kepada pelajar bagi tujuan: * Meningkatkan motivasi pelajar dalam mengawal diri dan juga membina keyakinan diri bersama teknik praktikal pertahanan diri yang berbentuk praktikal. * Membina gaya hidup yang sihat dan melegakan tekanan serta kebimbangan akibat daripada
cabaran kehidupan. * Membentuk keyakinan dan semangat pelajar untuk menempa kejayaan sama ada dalam bidang akademik atau kerjaya mereka pada masa akan datang.
10. Pengkomersilan Seni
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai pengetahuan asas berkenaan pemasaran dan pengkomersilan produk serta perkhidmatan. Para pelajar akan mempelajari proses pengurusan pemasaran, pemahaman peluang pemasaran, sikap pembeli, petunjuk pasaran, segmen pasaran dan kedudukan jenama dalam pasaran serta juga strategi pemasaran dalam keadaaan dan situasi tertentu.
Para pelajar akan dibimbing dengan pengetahuan asas yang lebih menjurus kepada:
* Strategi pengurusan proses pemasaran dan pengkomersilan.
* Analisis peluang dan halangan yang mempengaruhi
keuntungan.
* Keputusan program pemasaran melalui kehendak
pasaran dan saingan.
* Strategi program pengkomersilan dan pemasaran
dengan menggunakan peluang dan mengurangkan
halangan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 15
KUR 1021
Kokurikulum II
11. Pidato
Kursus ini bertujuan untuk membimbing para pelajar mengenai kemahiran dan teknik berbicara di hadapan khalayak di samping memastikan mereka berupaya menguasai kefahaman bahasa tubuh yang merangkumi gerak tubuh (gestures) serta penggunaan vokal yang terkawal. Fokus terhadap sesebuah persembahan, teknik-teknik berbicara dengan irama, nada, intonasi dan tingkat suara yang kuat, tepat, lafaz dan sebutan yang betul serta gaya bicara yang tersendiri turut diberikan penekanan melalui kursus ini. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan ilmu pengetahuan semasa/lampau yang luas (ekonomi, sosial, politik) dalam menghasilkan/menulis teks yang baik untuk sesebuah persembahan. Para pelajar turut berpeluang mengaplikasi dan mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman ini dalam pelbagai situasi seperti persembahan di hadapan khalayak atau dalam aktiviti sosial yang tertentu. Selain itu, pendedahan kepada penggunaan peralatan video/audio serta penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer riba, projektor dan tablet juga dapat membantu kepada peningkatan kemahiran dan teknik berbicara dalam kalangan pelajar.
Kursus ini juga secara langsungnya membantu para pelajar dalam membentuk dan mempertingkatkan keyakinan diri.
2.
AWA 1132
Bahasa Inggeris II
(Kursus Pra-Syarat
AWA 1122 Bahasa Inggeris I)
Kursus ini adalah kesinambungan pada AWA 1122 – Bahasa
Inggeris I. Penekanan diberi untuk meningkatkan prestasi Bahasa
Inggeris pelajar dalam pertuturan, kefahaman, pendengaran dan
penulisan supaya mereka berkeyakinan menggunakan Bahasa
Inggeris dalam apa jua situasi.
3.
AWA 1182
Pengajian Islam/Moral
Kursus ini disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.
4.
AWA 1172
Wayang Kulit I/
Bangsawan I/
Makyung I/
Mek Mulung I/ Randai I
(Pilih: Wayang Kulit/ Bangsawan/ Makyung/ Mek Mulung/ Randai) Nota: Pada semester ini, pelajar perlu MEMILIH SALAH SATU (1) daripada LIMA (5) jenis Teater Tradisional yang ditawarkan. Kursus AWA 1172 merupakan pra-syarat kepada kursus AWA 2112.
Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari tentang
elemen asas teater tradisional secara teori dan praktikal. Di akhir
kursus pelajar mampu menjelaskan dan mempersembahkan elemen
asas yang telah dipelajari dalam bentuk penulisan dan praktikal.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 16
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AWA 2112
Wayang Kulit II/
Bangsawan II/
Makyung II/
Mek Mulung II/ Randai II
(Pra-syarat: AWA 1172)
Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 1172 untuk menduduki kursus
ini. Di peringkat ini pelajar akan mempelajari elemen lanjutan teater
tradisional secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar boleh
menunjukkan kemahiran praktikal serta mampu mengubahsuai
secara kreatif dalam teater tradisional.
2.
AWA 2122
Bahasa Melayu
Kursus ini mendedahkan para pelajar dengan penguasaan Bahasa
Melayu yang betul dalam bidang penulisan dan non-kreatif.
Kepentingan bahasa sebagai wacana pembinaan dan
pengembangan ilmu penting untuk dikuasai oleh pelajar dalam masa
menghasilkan tulisan kreatif dan deskriptif, mahupun setelah keluar
dan bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Aspek-aspek yang diajar
ialah mengenai sejarah Bahasa Melayu, perkembangannya, bahasa
daerah/dialek, pengaruh bahasa asing dan bahasa sebagai alat
perpaduan.
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AWA 2212
Wayang Kulit III/
Bangsawan III/
Makyung III/
Mek Mulung III/ Randai III
(Pra-syarat: AWA 2112)
Pelajar hendaklah lulus kursus AWA 2112 untuk menduduki kursus
ini. Pelajar akan mempelajari kesemua aspek ke arah persembahan
secara teori dan praktikal. Di akhir kursus pelajar dapat mengatur
sesebuah persembahan dari proses pra produksi, produksi dan
pasca produksi serta memahami disiplin, nilai-nilai budaya dan
norma dalam teater tradisional.
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
AWA 3112
Pengajian Malaysia
Kursus ini bertujuan untuk memberikan ilmu dan pendedahan
kepada pelajar mengenai tamadun atau peradaban yang telah
dilalui Malaysia. Perbincangan tentang pencapaian negara
dalam berbagai lapangan akan diberi perhatian dalam kursus
ini. Dengan ini diharapkan dapat memberikan pelajar
kesedaran tentang negara dan melalui ini akan
memperkukuhkan semangat kebangsaan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 17
ASWARA pada awalnya ditubuhkan adalah untuk memikul tanggungjawab melestarikan seni tradisi dalam masyarakat moden di negara ini. Ini diperkukuhkan lagi apabila ASWARA telah mewujudkan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) yang dilancarkan oleh Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Malaysia iaitu YBhg.Tan Sri. Dr. Rais Yatim. PuTRA merupakan satu usaha yang amat relevan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dalam industri kreatif dan mempunyai signifikan yang sangat besar dalam agenda pelestarian kesenian tradisi di negara ini. PERANAN PuTRA
• Memastikan hasil pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus wajib akademi (tradisional) mencapai objektif yang ditetapkan.
• Melestarikan seni tradisional dengan penerapan idea-idea baru berprinsipkan „tradisi akar modenisasi‟
• Menjana penghasilan ilmu berteraskan kepada seni tradisional, estatika, kendiri dan nilai-nilai murni.
• Mengumpul maklmat, koleksi dan mendokumentasi seni tradisional sebagai bahan rujukan.
OBJEKTIF PuTRA • Menjadikan ASWARA sebagai agensi yang melahirkan
pengiat dalam pelbagai kemahiran,profesional, berwibawa dan beretika dalam seni tradisional
• Melahirkan ramai pelapis Adiguru • Menjadi pusat rujukan di dalam dan luar negara
berkenaan Adiguru dan pelbagai seni tradisional. • Sebagai pusat dokumentasi dan koleksi warisan seni
tradisional.
PUSAT SENI PENTAS TRADISIONAL
(PuTRA)
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 18
SENARAI KAKITANGAN
PENTADBIRAN DAN AKADEMIK PuTRA PENGARAH
Puan Juhara Ayob
PENOLONG PENDAFTAR
Puan Siti Maszura Jumadi
PEMBANTU TADBIR
Puan Ibtihaj Abdullah
ADIGURU
Encik Che Mohd Nasir Yusoff
Encik Abd. Wahab Othman
Encik Nik Mustapha Nik Mohd Salleh
Encik Abdul Khalil Hassan
Puan Fatimah Abdullah
ADIGURU / PENSYARAH - PENSYARAH
Encik Ahmad Lokman Ayub
Encik Anuar Ismail
Encik Kamarul Baisah Hussin
Puan Nor Azura Abu Bakar
Puan Eliza Mustafa
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 19
Unit Bahasa merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pejabat Timbalan Hal Ehwal Akademik, ASWARA. Fungsi Unit Bahasa adalah untuk menguruskan dan menawarkan kursus-kursus bahasa wajib akademi yang menjadi pelengkap kepada kurikulum di setiap fakulti. Unit ini menawarkan kursus-kursus bahasa wajib iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh semua pelajar serta kursus-kursus bahasa ketiga seperti bahasa Korea, Jepun dan Mandarin yang ditawarkan secara elektif.
Sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) kursus-kursus bahasa ini, kelas-kelas akan dijalankan secara kuliah. Namun, penekanan di dalam PnP kursus-kursus bahasa ini adalah lebih kepada kemahiran berkomunikasi dan penggunaan bahasa yang betul dalam konteks dan situasi tertentu, terutamanya di dalam konteks seni dan budaya, supaya pelajar bukan sahaja dapat menguasai bahasa tersebut dengan efektif, malah mampu bersaing di dalam industri tempatan dan antarabangsa. Selain itu, PnP juga akan diadakan di dalam makmal bahasa yang akan memperkasakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan.
SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK UNIT BAHASA
KETUA UNIT
Puan Julaila Nadia Paiman
PENSYARAH - PENSYARAH
Puan Anis Shamshinar binti Ahmad @ Che
Soh
Puan Malligah K. Subramaniam
UNIT BAHASA
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 20
FAKULTI MUZIK
Program Diploma Seni Muzik [MQA/FA 0164] diwujudkan bagi melahirkan graduan
yang menguasai ilmu muzik dari sudut teori dan praktikal pada tahap kemahiran
menerusi pembelajaran yang diiktiraf sesuai dengan program di peringkat diploma
(dari segi konteks kepakaran dan pengurusan muzik) selaras dengan keperluan
industri muzik tanahair dan global.
Selain program ini dapat :
Melahirkan graduan berfikiran kreatif, dinamik, beretika dan berdisiplin;
Menyediakan graduan ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi agar dapat
berkecimpung di dalam arena asas penyelidikan yang tertumpu kepada konsep
pembelajaran sepanjang hayat.
Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program Diploma ini merupakan tunggak
(asas) utama di dalam pembelajaran akademik bidang muzik dimana ianya telah
disusun-atur oleh gabungan tenaga pengajar yang berpengalaman, berkelulusan,
berkaliber dan berobjektif.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 21
SENARAI KAKITANGAN
PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI MUZIK
DEKAN
Encik Ramlan Mohd Imam
KETUA PROGRAM
Puan Tan Lea Fung (Ketua Program Persembahan)
Encik Teuku Umar Ilany bin Teuku Iskandar (Ketua Program Komposisi dan Gubahan)
Encik Muhamad Syukor bin Ibrahim (Ketua Program Produksi Audio)
PENOLONG PENDAFTAR
Cik Zo Faradiva Suleiman
PEMBANTU TADBIR
Cik Norfarahida Mahfar
PENSYARAH - PENSYARAH
Encik Mohd Khair bin Abdul Latif
Encik Ayob bin Ibrahim
Encik James Philip Sheng Boyle
Encik Shamsul Kamal bin Abd Rahman
Encik Isyam Swardy bin Daud
Encik Ruslan bin Mohd Imam
Encik Azlan bin Che Othman
Cik Yeoh Ker Ker
Encik Rahbini bin Mutaal
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 22
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA SENI MUZIK
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater
Tradisional
AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I
AMZ 1503 Alat Muzik Major I AMZ 1533 Alat Muzik Major II
AMZ 1513 Teori Muzik I AMZ 1543 Teori Muzik II
AMZ 1523 Solfeggio AMZ 1162 Orkestra/Koir I
AMZ 1552 Ensembel I
16 unit kredit 17 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu AMZ 2953 Alat Muzik Major IV
AMZ 2913 Alat Muzik Major III AMZ 2963 Teori Muzik IV
AMZ 2923 Teori Muzik III AMZ 2973 Orkestra/Koir III
AMZ 2932 Orkestra/Koir II AMZ 2983 Ensembel III
AMZ 2942 Ensembel II AMZ 2993 Sejarah Muzik
AMZ 2000 Latihan Industri
14 unit kredit 17 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia AMZ 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
AMZ 3483 Alat Muzik Major V
AMZ 3493 Orkestra/Koir IV
AMZ 3503 Ensembel IV
AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia
14 unit kredit 4 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 23
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
AMZ 1331 Lyric Diction - Itali Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar vokal sahaja
AMZ 1351 Lyric Diction – Peranchis Tahun 1, Semester I Persembahan-Pelajar vokal sahaja
AMZ 1411 Pemuliharaan dan Pembaikan Alat Muzik I
Tahun 1, Semester I Persembahan
AMZ 1613 Asas Keyboard I Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja
AMZ 1563 Ensembel Minor I (Gamelan/ Caklempong/ Percussion)
Tahun 1, Semester I Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja
AMZ 1341 Lyric Diction – Jerman Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar vokal sahaja
AMZ 1361 Lyric Diction – English/Indonesia/Malaysia
Tahun 1, Semester II Persembahan-Pelajar vokal sahaja
AMZ 1623 Asas Keyboard II Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja
AMZ 1311 Alat Muzik Minor Tahun 1, Semester II Persembahan
AMZ 1431 Pemuliharaan dan Pembaikan Alat Muzik II
Tahun 1, Semester II Persembahan
AMZ 1573 Ensembel Minor II (Gamelan/ Caklempong/Percussion)
Tahun 1, Semester II Persembahan- Pelajar luar fakulti sahaja
AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan
AMZ 2361 Ensembel Minor I Tahun 2, Semester I Persembahan
AMZ 2392 Teknik Improvisasi I Tahun 2, Semester I Persembahan
AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik I Tahun 2, Semester I Persembahan
AMZ 2351 Alat Muzik Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan
AMZ 2371 Ensembel Minor II Tahun 2, Semester II Persembahan
AMZ 2422 Teknik Improvisasi II Tahun 2, Semester II Persembahan
AMZ 2872 Pembuatan Alat Muzik II Tahun 2, Semester II Persembahan
AMZ 3231 Alat Muzik Minor III Tahun 3, Semester I Persembahan
AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia Tahun 3, Semester I Persembahan
Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 24
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AMZ 1503
Alat Muzik Major I
Kelas individu mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major. Matlamat
kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam permainan
alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik, repertoire dan
persembahan. Pelajar akan bertemu dengan pensyarah secara
perseorangan (sejam seminggu). Selain dari kerja kursus, pelajar juga
diwajibkan mengambil bahagian di dalam resital, konsert muzik, bengkel
atau Masterclass. Pelajar juga dikehendaki menduduki peperiksaan ber-
panel pada akhir semester.
2.
AMZ 1513
Teori Muzik I
Pembelajaran teori muzik merupakan elemen terpenting di dalam
pengaplikasian dan pembentukan muzik asas yang kukuh. Di dalam
kursus ini pelajar akan diajar mengenali dan menyanyi skala major, empat
skala minor, diatonic and chromatic intervals, triad, 7th
chord dan lain-lain
inversions.
3.
AMZ 1523
Solfeggio
Solfeggio Solf ge merupakan metodologi pendidikan penting yang
digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik untuk mengenali
(identify) nota muzik dan menyanyikannya secara „sight-reading‟ atau
„sight-singing‟. Setiap suku-kata (do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan
mewakili tangga-nada sesebuah skala muzik. Terdapat dua sistem yang
digunakan : i „fixed-do‟ di mana „do‟ adalah notasi „C‟, ii ‟movable-do‟ di
mana „do‟ merupakan nota pertama mana-mana skala yang digunakan.
Penekanan juga dibuat terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di
mana kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan. Selain dari itu,
kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai dan
mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan di dalam skil
sight-reading menggunakan cara perubahan tradisional di dalam „do‟.
Penekanan kepada ritma, jeda dan nada. Pembelajaran di dalam skala
major dan minor.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 25
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
AMZ 1533
Alat Muzik Major II
Prasyarat : Lulus AMZ 1503 Alat Muzik Major I
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major I.
Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-
syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan
peningkatan pengajaran per semester
Seminar Persembahan. Pelajar akan mempraktikkan tanggungjawab
berkisar kepada proses penyediaan dan pelaksanaan di belakang tabir
selain dari membuat satu persembahan secara solo ataupun pemain
pemuzik pengiring.
2.
AMZ 1543
Teori Muzik II
Prasyarat : Lulus AMZ 1513 Teori Muzik I
Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik I.
Pelajar akan diajar untuk mengenali dan menyanyi triad arpeggios, 7th
chord arpeggios (major / minor), intermediate rhythmic dan mengendalikan
kaedah transposing.
3.
AMZ 1162
Orkestra / Koir I
Sinopsis Orkestra I
Para pelajar orkestra akan diperkenalkan kepada jenis-jenis orkestra dan
cara pengaplikasian pengajaran muzik secara teori dan praktikal ke dalam
pelbagai jenis genre muzik. Secara langsung ianya juga menyumbang
kepada peningkatan pengalaman, kemahiran dan bakat di dalam alat
muzik menerusi latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration.
Pembentukan sikap, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang
pemuzik akan terserlah, membolehkan berlakunya proses komunikasi di
dalam melahirkan idea ke dalam persembahan secara berkumpulan.
Sinopsis Koir I
Para pelajar koir diajar untuk memahami teknik asas pernafasan, suara,
posisi badan yang betul untuk menghasilkan bunyi ton yang baik,
mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor. Selain dari tu
mereka akan mempraktikkan suara berpadu dengan membezakan empat
tingkat suara iaitu suara Bass, Tenor, Alto dan Soprano secara solfege
dan rote.
4.
AMZ 1552
Ensembel I
Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik
secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik
Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan
repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan
ensemble masing-masing. Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan
adalah :
Klasikal : Ensemble String, Brass, Wind dan Voice.
Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina,
Muzik Melayu, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik
Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat, Dondang
Sayang.
Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 26
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AMZ 2913
Alat Muzik Major III
Prasyarat : Lulus AMZ 1533 Alat Muzik Major II
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major Tahun 1. Kelas persendirian
mingguan bersama pensyarah utama diteruskan. Matlamat dan objektif
kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik,
repertoire dan persembahan.
Seminar Persembahan. Pelajar diberi pendedahan kepada tanggungjawab
untuk membantu merancang dan melaksanakan seminar persembahan
setiap minggu, selain daripada membuat satu persembahan secara solo
ataupun pemain pemuzik pengiring.
2.
AMZ 2923
Teori Muzik III
Prasyarat : Lulus AMZ 1543 Teori Muzik II
Lanjutan kepada kursus Teori Muzik II. Pelajar akan diajar mengaplikasi
skala major dan empat skala minor, menganalisa lagu-lagu dalam „drop 2
voicing‟ dan mempraktikkan corak ritma (rhythmic pattern).
3.
AMZ 2932
Orkestra / Koir II
Prasyarat : Lulus AMZ 1162 Orkestra / Koir I
Sinopsis Orkestra II
Lanjutan kepada Orkestra I, para pelajar orkestra akan meneruskan
latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan
kepelbagaian muzik dari genre yang lebih mencabar.
Sinopsis Koir II
Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan mengikuti latihan vokal
dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan susunan sama ada
dalam bentuk unison, part singing secara acapella, iringan piano,
ensembel atau pita rakaman.
4.
AMZ 2942
Ensembel II
Prasyarat : Lulus AMZ 1552 Ensembel I
Lanjutan kepada kursus Ensembel I dan ianya diteruskan mengikut
objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan dilakukan ke atas
tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan -
bersesuaian dengan perkembangan / peningkatan pengajaran per
semester.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 27
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AMZ 2953
Alat Muzik Major IV
Prasyarat : Lulus AMZ 2913 Alat Muzik Major III
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major III dan ianya diteruskan
mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Peningkatan dari satu
tahap ke tahap yang lain bergantung kepada kesesuaian perkembangan
dan peningkatan pengajaran per semester.
Seminar Persembahan. Pelajar akan memastikan bahawa persembahan
mingguan berjalan dengan lancar selain daripada membuat satu
persembahan secara solo ataupun pemain pemuzik pengiring.
2.
AMZ 2963
Teori Muzik IV
Prasyarat : Lulus AMZ 2923 Teori Muzik III
Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik III. Pelajar akan seterusnya diajar menganalisa lagu-lagu dalam „four ways close, drop 2‟ dan „drop 3 voicing‟.
3.
AMZ 2973
Orkestra/Koir III
Prasyarat : Lulus AMZ 2932 Orkestra / Koir II
Sinopsis Orkestra III
Lanjutan kepada Orkestra II, para pelajar orkestra akan meneruskan
latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan
kepelbagaian repertoire muzik dari genre klasikal, pop, jazz atau
tradisional pada tahap yang lebih mencabar.
Sinopsis Koir III
Lanjutan kepada Koir II, para pelajar koir akan meneruskan latihan vokal
dengan penggunaan repertoire lagu yang lebih kompleks dari segi ritma,
notasi dan penghayatan.
4.
AMZ 2983
Ensembel III
Prasyarat : Lulus AMZ 2942 Ensembel II
Lanjutan dari kursus Ensembel Tahun 1. Pelajar akan terus didedahkan dengan repertoire tahap sederhana dan tinggi dan yang bersesuaian mengikut kumpulan ensemble masing-masing.
5.
AMZ 2993
Sejarah Muzik
Prasyarat : Tiada
Kursus ini mendidik pelajar untuk mengenal sejarah muzik Barat yang
merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah perkembangan muzik
dunia. Pelajar akan dapat melihat perkaitan antara sejarah perkembangan
muzik Barat dengan perkembangan muzik dunia secara amnya dan muzik
Malaysia. Pembelajaran kursus ini mencakupi zaman-zaman gaya muzik
klasik barat iaitu zaman Medieval, Renaissance, Baroque, Classical dan
Abad ke-20. Kursus ini meninjau kehidupan beberapa komposer terkenal,
perkembangan gaya, struktur dan sumbangan inovasi masing-masing di
dalam genre utama. Selain dari itu, ianya juga menumpu kepada
perspektif muzik sebagai suatu proses peralihan sosial, ekonomi, politik
dan sejarah.
6.
AMZ 2000
Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar
kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara
persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar
wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 28
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
AMZ 3483
Alat Muzik Major V
Prasyarat : Lulus AMZ 2953 Alat Muzik Major IV
Lanjutan dari kursus Alat Muzik Major Tahun 1 dan 2. Kelas persendirian
mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major diteruskan dengan
berfokuskan penyediaan pelajar ke arah Projek Tahun Akhir. Matlamat dan
objektif kursus diteruskan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar.
.
2.
AMZ 3493
Orkestra/Koir IV
Prasyarat : Lulus AMZ 2973 Orkestra / Koir III
Sinopsis Orkestra IV
Menerusi pelbagai persembahan yang dibuat, para pelajar orkestra akan
dinilai bukan sahaja menerusi skil dan kemahiran bermain alat muzik tetapi
terhadap sikap, peranan, cara berkomunikasi dan tanggungjawab sebagai
seorang pemuzik di dalam menyumbangkan idea kepada peningkatan
kualiti persembahan solo, sectional, ensemble dan orchestration.
Sinopsis Koir IV
Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk
mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara (Bass,
Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan rote, mengawal
dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor - menerusi repertoire
yang lebih kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.
3.
AMZ 3503
Ensembel IV
Prasyarat : Lulus AMZ 2983 Ensembel III
Lanjutan dari kursus Ensembel III dan berpandukan kepada objektif pencapaian yang telah ditetapkan, perubahan dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan - bersesuaian dengan perkembangan / peningkatan pengajaran per semester.
4.
AMZ 3513
Tinjauan Muzik Malaysia
Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang utama
merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya di dalam
masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya
juga membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional yang
terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi
penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem muziknya. Ini
termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur bentuk, elemen
komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh idiosinkrasi masing-masing
untuk tujuan perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam
masyarakat.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 29
TAHUN 3 SEMESTER II
1.
AMZ 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
Prasyarat : Lulus semua subjek (Wajib Akademi dan Teras Fakulti) Tahun 1 dan Tahun 2. Di dalam projek akhir ini, pelajar akan dinilai oleh penal penilai dalaman secara holistik iaitu menerusi: I) Persembahan Projek Akhir II) Penulisan Buku Laporan III) Viva Voce (Ujian Lisan) Penekanan dibuat terutamanya pada pengaplikasian: • Skil dan Teknik • Kreativiti • Berfikiran Kritis • Penelitian (dan Penganalisaan) • Stail Mengurus dan Memimpin • Keterampilan Diri
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 30
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AMZ 1331
Lyric Diction - Itali
Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai
kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus
ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan
penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA
(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar
membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di
dalam lirik nyanyian mereka.
2.
AMZ 1351
Lyric Diction - Peranchis

AMZ 1411
Pemulihan & Pembaikan
Alat Muzik I
Kursus ini memberi pendedahan geografi asas yang berhubungkait
dengan jenis-jenis hutan yang menghasilkan pelbagai kayu-kayan yang
boleh digunakan untuk membuat alat muzik. Ianya juga memberi
penekanan kepada pelajar untuk mengenal pasti punca kerosakan yang
sering berlaku pada sesebuah alat muzik dan cara mengatasinya. Kerja-
kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pelajar mengikut tahap
kerosakan pada alat muzik.
4.
AMZ 1613
Asas Keyboard I
Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran
teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif, ekspresif dan konsep
teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing melalui pembelajaran bersemuka,
mendengar contoh dan aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan
pemahaman yang lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang
menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks pembelajaran
sepanjang hayat.
5.
AMZ 1563
Ensembel Minor I
(Gamelan / Caklempong)
Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik
secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik
Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan
repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti
kumpulan ensemble masing-masing.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 31
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
AMZ 1341
Lyric Diction - Jerman
Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai
kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus
ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan
penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA
(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar
membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat
di dalam lirik nyanyian mereka.
2.
AMZ 1361
Lyric Diction –
English/Indonesia/Malaysia
Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai
kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus
ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan
penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA
(International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar
membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat
di dalam lirik nyanyian mereka.
3.
AMZ 1623
Asas Keyboard II
Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran
teknikal, interpretasi dan bacaan notasi, kreatif, ekspresif dan konsep
teknologi. Lagu-lagu akan dibimbing melalui pembelajaran bersemuka,
mendengar contoh dan aktiviti-aktiviti lain untuk membangunkan
pemahaman yang lebih mendalam tentang elemen-elemen muzik yang
menentukan gaya , genre dan zaman serta konteks pembelajaran
sepanjang hayat.
4.
AMZ 1311
Alat Muzik Minor
Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan
lanjutan tentang kemahiran praktikal pada alat muzik kedua
pilihan pelajar. Pelajar juga akan diajar tentang terminologi ,
sistem notasi , interpretasi yang betul dan latihan teknikal yang
diperlukan bagi memahirkan pelajar dalam mengusai alat muzik
tersebut.
5.
AMZ 1431
Pemulihan & Pembaikan
Alat Muzik II
Lanjutan daripada AMZ 1411 Pemulihan & Pembaikan Alat
Muzik I. Kursus ini meluaskan lagi perihal cara-cara lain untuk
mengenal pasti punca kerosakan sesebuah alat muzik dan cara
mengatasinya. Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh
pelajar mengikut tahap kerosakan pada alat muzik.
6.
AMZ 1573
Ensembel Minor II
(Gamelan / Caklempong)
Lanjutan kepada kursus Ensembel Minor I dan ianya diteruskan
mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan
dilakukan terhadap tahap kesukaran repertoire, skil yang
diperlukan dan mutu persembahan-bersesuaian dengan
perkembangan/ peningkatan pengajaran per semester.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 32
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AMZ 2392
Teknik Improvisasi I
Satu teknik yang perlu bagi seorang pemuzik di mana teknik ini
akan terbaik bagi setiap alat Individual untuk sesebuah lagu
samada ianya berbentuk komposisi, idée atau gubahan semula.
Ianya akan fokus kepada kemahiran,menganalisa dan
pemahaman tentang teknik teknik improvisasi dari sudut teori dan
pratikal.
2.
AMZ 2311
Alat Muzik Minor I
Lanjutan daripada kursus AMZ 1311 Alat Muzik Minor. Kursus ini
mendidik pelajar dengan pengetahuan lanjutan tentang
kemahiran teknikal, pengaplikasian ritmik dan elemen seni
persembahan menerusi repertoir pilihan berstail – Asli, Inang,
Zapin, Pop Rock Bayon, Bossanova, Cha Cha, Shuffle, Slow
Swing yang diperlukan dalam sesuatu persembahan.
3.
AMZ 2592
Pembuatan Alat Muzik I
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang
pembuatan alat muzik. Pendedahan akan diberikan dari segi
tatacara penggunaan alat pertukangan dan teknik pambuatan
alat muzik, sama ada daripada klasifikasi alat muzik erofon,
kordofon ataupun membranofon.
4.
AMZ 2361
Ensembel Minor I
Kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran permainan,
kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu menerusi
permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu
menerusi persembahan secara berkumpulan sama ada menerusi
genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan
didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang
bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-
masing.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 33
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
AMZ 3513
Tinjauan Muzik Malaysia
Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang
utama merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya
di dalam masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu
dicipta. Ianya juga membincangkan secara terperinci perihal muzik
tradisional yang terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem
muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur
bentuk, elemen komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh
idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan perbandingan dan makna
muzikal serta fungsinya dalam masyarakat.
2.
AMZ 3231
Alat Muzik Minor III
Lanjutan daripada kursus AMZ 3231 Alat Muzik Minor II. Pembelajaran
kursus bagi alat muzik pilihan. Membentuk kemahiran penjarian, teknik
persembahan pelbagai repertori. Penekanan kepada pembacaan not.
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AMZ 2422
Teknik Improvisasi II
Kesinambungan dari Teknik Improvisasi 1, Satu teknik yang perlu bagi
seorang pemuzik di mana teknik ini akan terbaik bagi setiap alat
Individual untuk sesebuah lagu samada ianya berbentuk komposisi, idée
atau gubahan semula. Ianya akan fokus kepada kemahiran,
menganalisa dan pemahaman tentang teknik teknik improvisasi dari
sudut teori dan pratikal.
2.
AMZ 2351
Alat Muzik Minor II
Lanjutan daripada kursus AMZ 2311 Alat Muzik Minor I Kursus ini
memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan lanjutan tentang
kemahiran praktikal pada alat muzik pilihan. Pelajar juga akan diajar
tentang terminologi lanjutan, sistem notasi, interpretasi yang betul dan
latihan teknikal yang diperlukan bagi memahirkan pelajar dalam
mengusai alat muzik. Penekanan diberikan kepada teknik bermain alat
muzik pilihan dengan gaya yang betul.
3.
AMZ 2371
Ensembel Minor II
Lanjutan kepada kursus AMZ 2361 Ensembel Minor I. Ia diteruskan
mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan
dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan
mutu persembahan – bersesuaian dengan perkembangan/peningkatan
pengajaran per semester.
4.
AMZ 2872
Pembuatan Alat Muzik II
Lanjutan kepada AMZ 2592 Pembuatan Alat Muzik II. Penekatan teknik
pembuatan alat muzik diteruskan mengikut klasifikasi organologi dan
pilihan jenis alat muzik tradisional Melayu/Barat yang berbentuk akustik.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 34
FAKULTI TEATER
FAKULTI TEATER menawarkan Diploma Teater [MQA/FA 0162] dengan menyediakan ruang dan
peluang kepada pelajar untuk mengikuti latihan secara formal dan sistematik. Peluang turut disediakan
kepada mereka yang bercita-cita untuk mengembangkan bakat dan memahirkan diri dalam bidang
teater secara berperingkat bertaraf diploma.
Berteraskan teater tradisional Melayu dan bergerak selari dengan perkembangan teater moden,
pendekatan pembelajaran Fakulti Teater adalah melalui sistem kuliah, kerja studio dan produksi
dengan menitikberatkan pada perguruan dengan tokoh, rujukan pembacaan, perbincangan kumpulan,
pelayaran komputer dan pelaksanaan projek. Pengisian kursus membekalkan kemahiran dan
pengalaman secara mampan berdasarkan keperluan industri seni persembahan semasa dengan
pemberatan pada aspek praktikal tanpa melupakan aspek penguasaan dan pengukuhan teori.
Terdapat empat (4) skop pengajian di Fakulti Teater iaitu:
i) SEJARAH DAN PENGURUSAN
Mengemukakan kursus yang berkaitan dengan teori, sejarah dan falsafah seni teater serta
pentadbiran dan pengurusan teater, sebagaimana yang dipraktikkan di luar dan di dalam
negara. Kursus-kursus berbentuk produksi juga diwajibkan kepada semua pelajar.
ii) LAKONAN
Untuk melatih dan mengasuh bakat serta minat melalui pembinaan diri sebagai aktor dengan
gaya dan teknik lakon klasik, moden dan eksperimen berdasarkan sistem dan gaya tokoh-tokoh
terpilih dari timur dan barat. Gaya lakon pilihan untuk medium televisyen dan filem juga
diperkenalkan.
iii) PENGARAHAN
Skop ini mendedahkan tugas dan peranan seorang pengarah dengan mendekati sistem
berkaitan pengarahan. Pelajar akan bekerja dan bertanggungjawab secara langsung sebagai
pengarah dalam produksi untuk menguji dan mendapatkan pengalaman mengarah sebuah
produksi.
iv) SINOGRAFI
Skop ini adalah suatu penerokaan artistik melalui bahasa visual dalam bentuk perekaan dan
operasi teater berdasarkan falsafah, teknik dan proses tertentu merangkumi aspek rekaan
kostum, pencahayaan, set, props, latarias, tatarias dan produksi. Pelajar akan dilatih untuk
mengimbangi antara kemahiran teknikal dari aspek lukisan dan rekaan berkomputer bagi
persiapan pra-produksi kearah produksi sebenar.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 35
SENARAI KAKITANGAN
PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI TEATER
DEKAN
Encik Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri
KETUA PROGRAM
Ensik Shahrul Mizad bin Ashari (Ketua Program Lakonan)
Y.M Tengku Iefizulasyrifie bin Putra Tengku Alaudin (Ketua Program Pengarahan)
PENOLONG PENDAFTAR
Encik Yusry bin Hidayat
PEMBANTU TADBIR
Puan Norziani Mansor
PENSYARAH - PENSYARAH
Puan Balkis binti Omar
Encik Ts. Azizul Zahid bin Jamal
Encik Rime Nazren bin Abd Razak
Encik Shariful Akma bin Abdullah
Y.M Engku Nor Zalifah binti Abd Rased
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 36
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA TEATER
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater
Tradisional
AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas
Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I /
Bangsawan I/
Makyung I/
Randai I/
Mek Mulong I
ATE 1012 Sejarah & Pengenalan Teater
ATE 1042 Pengenalan Sinografi
ATE 1022 Asas Lakon ATE 1053 Produksi Teater Moden
ATE 1032 Asas Vokal ATE 1062 Teknik Vokal
ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks ATE 1092 Teater Moden Malaysia
ATE 1082 Komunikasi Visual
ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan Kecederaan
19 unit kredit 16 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/
Bangsawan II/
Makyung II/
Randai II/
Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/
Bangsawan III/
Makyung III/
Randai III/
Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu ATE 2023 Produksi Teater Kanak-Kanak
ATE 2012 Pengurusan Pentas ATE 2032 Pengarahan
ATE 2042 Improvisasi Gerak ATE 2062 Rekaan Set & Prop
ATE 2043 Rekaan Cahaya ATE 2063 Kritikan Seni Persembahan
ATE 2102 Asas Pengarahan ATE 2092 Lakonan Lanjutan
ATE 2112 Rekaan Kostum & Solekan ATE 2000 Latihan Industri
15 unit kredit 14 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia ATE 3042 Vokal Lanjutan
ATE 3023 Devised Theatre ATE 3073 Kesan Khas Untuk Teater
ATE 3072 Teori & Teknik Lakon ATE 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
ATE 3992 Projek Awal
9 unit kredit 9 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 37
KURSUS ELEKTIF YANG DITAWARKAN
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
ATE 1022 Asas Lakon Tahun 1, Semester I Praktikal
ATE 1032 Asas Vokal Tahun 1, Semester I Praktikal
ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks Tahun 1, Semester I Teori
ATE 1082 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Teori
ATE 1042 Pengenalan Sinografi Tahun 1, Semester II Teori
Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 38
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1. ATE 1012
Sejarah &
PengenalanTeater
Kursus ini merupakan pengenalan terhadap konsep, falsafah dan
sejarah teater, khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam
teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan
perkembangan teater tempatan dan luar negara, terutamanya dari segi
aliran dan bentuk. Tumpuan diberikan kepada tradisi Eropah, Amerika
dan Asia.
2. ATE 1022
Asas Lakon
Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan mengemukakan
gabungan tiga disiplin: gerak, suara dan ruang bagi memecahkan rasa
gentar dan kaku dalam membentuk watak dan perwatakan berdasarkan
skrip dan improvisasi lakon. Pelajar akan dibiasakan dengan „peralatan‟
yang ada pada tubuh mereka kearah membentuk seorang pelakon yang
baik.
3. ATE 1032
Asas Vokal
Pengenalan kepada sistem pernafasan dan anatomi yang menyokong
kepada lontaran vokal melalui latihan olah tubuh, minda dan suara.
Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi sangat penting diberi
penekanan kerana „peralatan‟ ini selalunya kurang diberikan perhatian
oleh calon-calon pelakon.
4. ATE 1072
Analisis dan
Interpretasi Teks
Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui
pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi
terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu
akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang
menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.
5. ATE 1082
Komunikasi Visual
Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek lakaran,
garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik dengan
menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan maklumat dan
pemikiran visual.
6. ATR 1592
Anatomi dan Pencegahan
Kecederaan
Kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan
tentang badan manusia. Ini akan meliputi pembelajaran tulang, otot dan
sendi. Pengetahuan ini adalah penting bagi memahami pergerakan
dengan betul dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat.
Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan memanaskan badan
dan menguatkan otot. Kursus ini juga meliputi aspek mengelakkan
kecederaan serta memberikan pengetahuan asas tentang tindakan
yang perlu diambil apabila sesuatu kecederaan berlaku.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 39
TAHUN 1 SEMESTER II
1. ATE 1042
Pengenalan Sinografi
Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas dalam
pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka nilai-nilai artistik
di pentas dan menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi
mendapatkan nilai-nilai kekaguman di pentas dengan menitikberatkan
kajian pelbagai segi seperti; naskhah, ruang, pengarahan, warna dan
komposisi, watak dan perwatakan,dan penonton.
2. ATE 1053
Produksi Teater Moden
Kursus ini melibatkan para pelajar kepada kerja-kerja produksi teater
moden (realism) dengan tugas menyeluruh pengurusan pentas dan
rekaan kreatif bagi merealisasikan sebuah skrip pilihan. Sebahagian
pelajar akan terlibat secara langsung sebagai pelakon.
3. ATE 1062
Teknik Vokal
Proses melahirkan makna dan mood melalui keberkesanan vokal hasil
daripada penguasaan dalam sistem penafasan dan pemahaman
tentang fungsi anatomi.
4. ATE 1092
Teater Moden
Malaysia
Kursus ini akan menyentuh sejarah perkembangan teater moden di
Malaysia, berdasarkan zaman tertentu dengan mengkaji skrip dan
produksi terpilih. Penekanan diberikan terhadap aliran dan bentuk
teater, termasuk sebarang konsep dan falsafah di sebalik sesuatu
penciptaan atau pementasan.
TAHUN 2 SEMESTER I
1. ATE 2102
Asas Pengarahan
Kursus ini adalah kursus mempelajari aspek-aspek pengarahan dengan
memberi fokus kepada fungsi seorang pengarah dan elemen-elemen
yang diperlukan dalam persiapan sesuatu pementasan atau produksi
teater. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan konsep dan tekinik-
teknik pengarahan secara teori dan praktikal.
2. ATE 2012
Pengurusan Pentas
Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan pentas,
meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan di hadapan pentas.
Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah
panggung teater.
3. ATE 2042
Improvisasi Gerak
Satu teknik eksplorasi bertujuan untuk melahirkan makna, perasaan,
mood dan gerak timbal (tindak balas fizikal) dalam lakonan fizikal tanpa
dialog.
4. ATE 2043
Rekaan Cahaya
Menekankan kepada peranan dan kualiti pencahayaan melalui kaedah-
kaedah merekacipta berdasarkan keperluan persembahan setelah
memahami sistem penggunaan dan pengendalian pelampuan pentas
serta hubungannya dengan latar hias, set, ruang lakon dan watak-
watak.
5. ATE 2112
Rekaan Kostum &
Solekan
Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan
berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori)
berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran
didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan
terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan
kostum dan juga teknik solekan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 40
TAHUN 2 SEMESTER II
1. ATE 2023
Produksi Teater
Kanak-Kanak
Kursus produksi (praktikal) ke arah pementasan sebuah teater khusus
untuk khalayak kanak-kanak (6 – 12) tahun. Pelajar akan memilih
sebuah teks yang juga dihasilkan untuk khalayak kanak-kanak bagi
tujuan pementasan ini dan mengangkat satu pementasan yang
memberikan penekanan kepada elemen-elemen terpenting yang
seharusnya ada di dalam sebuah produksi teater kanak-kanak.
2. ATE 2032
Pengarahan
Aspek lanjutan dalam kerja-kerja pengarahan melalui teori. Kaedah dan
pendekatan khusus. Penekanan diberikan terhadap pemahaman
konsep, analisis teks, watak dan perwatakan serta rekaan produksi.
3. ATE 2062
Rekaan Set dan
Prop
Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek penciptaan dan
penyediaan set serta prop untuk sesuatu persembahan teater. Pelajar-
pelajar akan digalakkan mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta
pemahaman daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat
dipraktikkan untuk tujuan pementasan.
4. ATE 2063
Kritikan Seni
Persembahan
Memperkenalkan dan membincangkan teori-teori kritikan yang boleh
digunakan untuk menganalisa karya teater sama ada berbentuk
produksi atau skrip melalui karya-karya terpilih sebagai meningkatkan
apresiasi karya teater dengan lebih mendalam dan berkesan.
5. ATE 2092
Lakonan Lanjutan
Pelajar-pelajar akan mendalami bidang lakonan melalui pemerhatian,
penyelidikan, perbincangan dan penilaian sesuatu lakonan melalui
skrip, pementasan dan penontonan.
6. ATE 2000 Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar
kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara
persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar
wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.
TAHUN 3 SEMESTER I
1. ATE 3023
Devised Theatre
Bagaimana membina atau merangkaikan bahan cerita yang tidak
lengkap atau tidak berdiri sendiri menjadi sebuah bentuk penceritaan
yang lengkap. Disiplin ini mendedahkan pelajar kepada cara bekerja
secara berkumpulan dan bagaimana kolektif idea dirangkai dan dijalin
melalui proses non konvensional.
2. ATE 3072
Teori dan Teknik Lakon
Mendekati lakonan melalui teknik dan gaya lakon terpilih bagi
memantapkan diri sebagai pelakon. Kursus ini menekankan teknik lakon
Sistem Stanislavski juga memperkenalkan teknik Grotowski, Brecht,
Suzuki dan lain-lain lagi.
3. ATE 3992
Projek Awal
Pelajar lebih memfokuskan tentang pembacaan dan perbincangan
tentang naskhah yang dipilih. Pelajar akan memilih dan menentukan
sebuah projek penilaian yang berkaitan dengan bidang pengkhususan.
Membuat proposal dan pembentangan tajuk projek.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 41
TAHUN 3 SEMESTER II
1. ATE 3042
Vokal Lanjutan
Ini merupakan kursus lanjutan untuk memperhalusi kekuatan vokal
supaya sentiasa di dalam keadaan bersedia, bertenaga dan terkawal.
Kursus ini bertujuan membantu pelajar-pelajar mematangkan lagi
penggunaan vokal dan mengetahui permasalahan serta cara-cara
mengatasinya. Penekanan lebih banyak diberikan kepada aspek
pemahaman teks dan gaya pengucapan yang tepat serta bervariasi.
2. ATE 3073
Kesan Khas Untuk
Teater
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta pengalaman
asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah kesan khas dalam
persembahan pentas (teater).
3. ATE 3994
Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
Pelajar akan melaksanakan satu projek akhir berdasarkan kertas
cadangan yang telah diluluskan dalam Projek Awal. Projek berbentuk
produksi ini sama ada melibatkan pelajar sebagai pelakon, pengarah atau
sinografer, secara individu atau berkumpulan. Pelajar juga wajib
menduduki Seminar Akhir (viva voce) yang akan menilai hasil kerja
mereka melalui projek tersebut.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 42
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1 SEMESTER I
1. ATE 1022
Asas Lakon
Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan
mengemukakan gabungan tiga disiplin, gerak, suara dan ruang bagi
memecahkan rasa gentar dan kaku dalam membentuk watak dan
perwatakan berdasarkan skrip dan improvisasi lakon. Pelajar akan
dibiasakan dengan peralatan yang ada pada tubuh mereka kearah
membentuk seorang pelakon yang baik.
2. ATE 1032
Asas Vokal
Pengenalan kepada sistem penafasan dan anatomi yang menyokong
kepada lontaran vocal melalui latihan olah tubuh, minda dan suara.
Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi sangat penting diberi
penekanan kerana peralatan ini selalunya kurang diberikan perhatian
oleh calon-calon pelakon.
3. ATE 1072
Analisis dan Interpretasi
Teks
Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui
pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi
terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu
akan dipilih sebagai moden pembelajaran di samping teks yang
menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.
4. ATE 1082 Komunikasi Visual
Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek lakaran, garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan maklumat dan pemikiran visual.
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
ATE 1042
Pengenalan Sinografi
Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas dalam
pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka nilai-nilai artistik
di pentas dan menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi
mendapatkan nilai-nilai kegaguman di pentas dengan menitikberatkan
kajian pelbagai segi seperti naskhah ruang, pengarahan, warna dan
komposisi watak dan perwatakan dan penonton.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 43
FAKULTI TARI
FAKULTI TARI menawarkan pengajian yang menyeluruh di dalam teknik-teknik dari pelbagai genre
Tarian Malaysia, Asia dan Barat. Fokus utama fakulti dalam pengajian tahap Diploma Seni Tari
[MQA/FA 0163] adalah untuk melahirkan penari profesional yang berilmu dan berkaliber dengan
pengetahuan yang mendalam mengenai kesenian khususnya teknik tari tradisional dan kontemporari.
Pada masa yang sama fakulti ini berhasrat melahirkan graduan yang berkemampuan menghasilkan
karya kreatif di samping mengendalikan bengkel dan kursus dalam bidang tari.
Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui
kegiatan studio, kuliah dan produksi melalui pendekatan pembelajaran bersifat perguruan dengan
tokoh, rujukan pembacaan, pelaksanaan projek serta bengkel-bengkel tari yang dianjur khas bersama
pengiat seni tanahair. Pengisian yang menyeluruh ini akan mengasah kemahiran dan memberikan
pengalaman serta semangat juang yang tinggi khususnya dalam bidang seni tari agar graduan tari
mampu menyumbang kepada pembangunan industri tari di Malaysia.
Terdapat empat (4) modul pengajian di Fakulti Tari iaitu:
i) Modul Kesenian Tradisional
Modul Kesenian Tradisional adalah wajib bagi semua pelajar dalam Fakulti Tari. Modul ini
melatih dan mengasah bakat serta minat berdasarkan sistem pendidikan beberapa tokoh
yang terpilih. Pengenalan bentuk penting serta kefahaman gerak tradisi, latarbelakang dan
asal-usul tarian, konteks persembahan serta etnologi. Modul ini merangkumi tarian Klasik
Melayu, Tari Rakyat yang wujud di serantau negara seperti Dabus, Asyik dan Joget
Gamelan, Tarian Joget, Inang dan Zapin, Tarian Sabah dan Sarawak serta Tai Chi dan
Silat. Turut ditawarkan ialah tarian Cina dan India. Kesenian tarian tradisional yang ada di
Malaysia teramat luas dan kaya, maka tidak mungkin diajar semuanya dalam enam
semester. Dengan itu, pelajar akan dibekalkan ilmu untuk meneliti, menganalisa dan
memahami pergerakan supaya dapat mengaplikasikan sistem ini dalam sebarang tarian
yang ingin dikaji seterusnya.
ii) Modul Koreografi
Modul ini bertujuan menghasilkan karyawan tari yang inovatif dan kreatif. Daya kretiviti
diasah melalui proses pembelajaran yang bermula di dalam studio tari ke alam sekitar.
Kursus seperti improvisasi, komposisi dan koreografi dapat membentuk dan
memperkembangkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar secara sistematik. Pelajar
digalakkan mengambil bahagian dan menyaksikan sebanyak mungkin produksi tari
samada di dalam mahupun di luar ASWARA. Eksplorasi gerak berteraskan gaya tradisi
diharapkan dapat menghasilkan suatu nafas kotemporari yang beridentitikan Malaysia.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 44
iii) Modul Teori dan Sejarah
Modul ini menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan teori dan falsafah seni tari.
Kursus ini juga memperkuatkan kebolehan pelajar berkomunikasi, menganalisa serta
mengkaji bidang tari. Kursus Sejarah Tari, Anatomi dan Pencegahan Kecederaan
merupakan kursus wajib di samping kursus Pengenalan Teori Persembahan dan Sejarah
Tari Malaysia. Semua pelajar diwajibkan melengkapkan satu program berbentuk kajian
tradisional bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah penyelidikan dan
etnologi tari.
iv) Modul Kesenian Kontemporari
Modul ini juga merupakan modul wajib untuk pelajar Fakulti Tari. Modul ini bertujuan untuk
memupuk minat dan kecenderungan kepada bentuk dan teknik tarian seperti Ballet,
Moden, Jazz dan gaya tarian terkini. Teknik moden seperti Graham, Cunningham, Hawkins
dan sebagainya diajar secara terperinci dan intensif supaya pelajar dapat menyesuaikan
diri dengan pelbagai gaya tarian berkenaan. Modul ini berperanan penting dalam
membantu pelajar khususnya aspek pembinaan perbendaharaan gerak yang akhirnya
akan di kembangkan untuk tujuan berkarya. Pada masa yang sama, teknik-teknik yang
diajar ini amat berfaedah untuk memberi kefahaman tentang ruang, tubuh, tenaga dan
konsep masa.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 45
SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI
DEKAN
Puan Norsafini Jafar
KETUA PROGRAM
Encik Mohd Nur Faillul Adam (Persembahan)
PENOLONG PENDAFTAR
Cik Ida Rahayu Abdullah
PEMBANTU TADBIR
Puan Nabila Hanies Zambri
PENSYARAH - PENSYARAH
1. Datin Marion D‟cruz
2. Encik Mohd Seth Hamzah
3. Encik Umesh Shetty
4. Puan Zamzuriah Zahari
5. Puan Murni Omar
6. Puan Norbaizura Abdul Ghani
7. Cik Ng Xin Ying
8. Encik Mohd Yunus Aliallah @ Ismail
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 46
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA SENI TARI
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional
AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I
ATR 1512 Tari Tradisional Awalan ATR 1542 Tari Tradisional Pertengahan
ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan ATR 1552 Teknik Tari Barat Lanjutan
ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan ATR 1562 Pergerakan Kreatif Lanjutan
ATR 1592 Anatomi dan Pencegahan Kecederaan
15 unit kredit 13 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu ATR 2562 Tari Rakyat Pertengahan
ATR 2502 Silat ATR 2572 Tari Klasik Melayu Pertengahan
ATR 2512 Tari Rakyat Awalan ATR 2582 Persembahan Pertengahan
ATR 2522 Tari Klasik Melayu Awalan ATR 2592 Komposisi Lanjutan
ATR 2532 Persembahan Awalan ATR 2602 Pengenalan Teori Persembahan
ATR 2542 Komposisi Awalan ATR 2000 Latihan Industri
ATR 2552 Sejarah Tari Malaysia
16 unit kredit 12 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia ATR 3562 Persembahan Tari Rakyat
ATR 3502 Tari Rakyat Lanjutan ATR 3574 Praktikal Persembahan
ATR 3552 Tai Chi ATR 3554 Projek Tahun Akhir PeTA
ATR 3572 Tari Klasik Melayu Lanjutan
ATR 3534 Persembahan Lanjutan
ATR 3544 Asas Koreografi
ATR 3550 Projek Awal
16 unit kredit 10 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 47
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
ATR 1512 Tari Tradisional Awalan
Tahun 1 hingga 3, Semester 1 Praktikal- Persembahan
ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan
Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal - Persembahan
ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan
Tahun 1 hingga 3, Semester I Praktikal - Koreografi
ATR 1542 Tari Tradisional Pertengahan
Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan
ATR 1552 Teknik Tari Barat Lanjutan
Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan
ATR 1562 Pergerakan Kreatif Lanjutan
Tahun 1 hingga 3, Semester II Praktikal - Persembahan
Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 48
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER I
1.
ATR 1512
Tari Tradisional Awalan
Kursus ini memberi pengajaran tentang teknik asas tari rakyat Melayu, Cina dan klasik India termasuk falsafah, etika dan disiplin bagi setiap genre. Pada akhir kursus pelajar akan memperolehi kemahiran-kemahiran ini melalui tutorial, pengajaran dan pembelajaran praktikal serta kerja berkumpulan.
2.
ATR 1522
Teknik Tari Barat Awalan
Kursus ini memberi pengenalan tentang teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempelajari aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
3.
ATR 1532
Pergerakan Kreatif Awalan
Kursus ini memberi pengenalan kepada eksplorasi gerak, melalui beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik, aras, emosi dan tema. Pelajar digalakkan untuk melakukan pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri
4.
ATR 1592
Anatomi dan Pencegahan
Kecederaan
Kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang tubuh badan manusia. Ini akan meliputi pembelajaran tulang, otot dan sendi. Pengetahuan ini adalah penting bagi memahami pergerakkan dengan betul dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat. Kursus ini juga akan meliputi aspek mengelakkan kecederaan serta memberi pengetahuan asas tentang tindakan yang perlu diambil apabila sesuatu kecederaan berlaku.
TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER II
1.
ATR 1542
Tari Tradisional
Pertengahan
Kursus ini memberi pengajaran tentang teknik asas dan tari rakyat Melayu, Cina dan klasik India termasuk falsafah, etika dan disiplin bagi setiap genre. Untuk tari rakyat Melayu pelajar akan mempelajari tarian seperti inang, joget, zapin dan asli. Bagi tari rakyat Cina, pelajar akan mempelajari tarian seperti Mo Li Hua dan Yv Wu, manakala untuk tari klasik India pelajar akan mempelajari Adavus (struktur pergerakan).
2.
ATR 1552
Teknik Tari Barat Lanjutan
Kursus ini akan memberi pengajaran yang lebih lanjut terhadap teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempertingkatkan kemahiran pada aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
3.
ATR 1562
Pergerakan Kreatif
Lanjutan
Pelajar melakukan eksplorasi gerak dengan lebih mendalam melalui beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik, aras, emosi dan tema yang lebih mencabar. Pelajar digalakkan untuk melakukan pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 49
TAHUN 1 HINGGA 3 SEMESTER I DAN II
1.
ATR 1522 Teknik Tari Barat Awalan
Kursus ini memberi pengenalan tentang teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempelajari aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
2.
ATR 1532 Pergerakan Kreatif Awalan
Kursus ini memberi pengenalan kepada eksplorasi gerak, melalui beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik, aras, emosi dan tema. Pelajar digalakkan untuk melakukan pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER I
1.
ATR 1512
Tari Tradisional Awalan
Kursus ini memberi pengajaran tentang teknik asas tari rakyat Melayu, Cina dan klasik India termasuk falsafah, etika dan disiplin bagi setiap genre. Pada akhir kursus pelajar akan memperolehi kemahiran-kemahiran ini melalui tutorial, pengajaran dan pembelajaran praktikal serta kerja berkumpulan.
2
ATR 1522
Teknik Barat Awalan
Kursus ini memberi pengenalan tentang teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempelajari aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
3.
ATR 1532
Pergerakan Kreatif Awalan
Kursus ini memberi pengenalan kepada eksplorasi gerak, melalui
beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan
yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik,
aras, emosi dan tema. Pelajar digalakkan untuk melakukan
pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri.
TAHUN 1, 2 DAN 3 SEMESTER II
1.
ATR 1542
Tari Tradisional
Pertengahan
Kursus ini memberi pengajaran tentang teknik asas dan tari rakyat Melayu, Cina dan klasik India termasuk falsafah, etika dan disiplin bagi setiap genre. Untuk tari rakyat Melayu pelajar akan mempelajari tarian seperti inang, joget, zapin dan asli. Bagi tari rakyat Cina, pelajar akan mempelajari tarian seperti Mo Li Hua dan Yv Wu, manakala untuk tari klasik India pelajar akan mempelajari Adavus (struktur pergerakan).
2
ATR 1552
Kursus ini akan memberi pengajaran yang lebih lanjut terhadap teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempertingkatkan
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 50
Teknik Tari Barat Lanjutan
kemahiran pada aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
3.
ATR 1562
Pergerakan Kreatif
Lanjutan
Pelajar melakukan eksplorasi gerak dengan lebih mendalam melalui beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik, aras, emosi dan tema yang lebih mencabar. Pelajar digalakkan untuk melakukan pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri.
TAHUN 1 HINGGA 3 SEMESTER I DAN II
1.
ATR 1522
Teknik Tari Barat Awalan
Kursus ini memberi pengenalan tentang teknik ballet dan tari kontemporari. Pelajar akan mempelajari aspek postur, kekuatan otot, kelenturan badan, stamina, koordinasi dan kefahaman gerak.
2.
ATR 1532
Pergerakan Kreatif Awalan
Kursus ini memberi pengenalan kepada eksplorasi gerak, melalui
beberapa latihan secara solo, duet atau berkumpulan. Antara latihan
yang dipelajari adalah latihan fokus, ruang, masa, imaginasi, muzik,
aras, emosi dan tema. Pelajar digalakkan untuk melakukan
pergerakan secara kreatif, luar daripada kebiasaan diri.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 51
FAKULTI PENULISAN KREATIF DAN FILEM Pada Januari 2019, Fakulti Filem dan Televisyen telah digabungkan dengan Fakulti Penulisan Kreatif
dan kini dijenamakan sebagai Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF). Barisan tenaga pengajar
pula terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran serta pengalamannya dalam bidang
akademik dan penggiat industri penulisan kreatif dan filem terkenal tanahair. Matlamat FPKF ialah
untuk melahirkan ilmuan dan karyawan yang terlatih, berilmu dan profesional dengan menguasai
pengetahuan, kemahiran dalam bidang penulisan kreatif serta penerbitan filem dan televisyen. FPKF
menawarkan:
Diploma Penulisan Kreatif [MQA/FA 0165]
Diploma Filem dan Video [MQA/FA 0166]
Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian – tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para
pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya penulisan kreatif, filem dan
televisyen berindetitikan jati diri budaya tempatan.
DIPLOMA PENULISAN KREATIF [MQA/FA 0165]
Program Diploma Penulisan Kreatif diwujudkan dengan matlamat memberikan pendedahan dan
peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk
mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah,
pendekatan dan praktik lebih bersistematik.
Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam displin penulisan oleh para
pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpegalaman dan berkalayakan dalam bidang masing-
masing. Tumpuan atau kursus teras pada peringkat Diploma, menjurus kepada penulisan dramatik
(drama pentas, drama televisyen dan lakon layar), meskipun kursus-kursus penulisan cereka, biografi,
penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan pembelanjaran memberat
kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di samping mendedahkan pelajar kepada
ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus yang
ditawarkan pada peringkat Diploma, disusun sedemikian rupa bagi disesuaikan dengan keperluan dan
permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem).
DIPLOMA FILEM DAN VIDEO [MQA/FA 0166]
Program Diploma Filem dan Video memberi peluang menimba kemahiran yang luas kepada pelajar
melalui aktiviti-aktiviti secara praktikal melalui kursus bengkel, produksi filem dan penilaian tahun akhir.
Pembelajaran berbentuk praktikal dan „hands-on‟ mampu menghasilkan graduan yang berkemahiran
tinggi dalam pasaran. FPKF juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur peralatan
pembelajarannya standing dengan penggunaan dan keperluan industri semasa.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 52
SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI
DEKAN
Encik Mohd Ridzuan Harun
KETUS PROGRAM
Puan Susilawati Kamaruzzaman (Penulisan Kreatif)
Dr. Azman Ismail (Penulisan Filem dan Televisyen)
Encik Richard Lau Chee Tat (Filem dan Televisyen)
PENOLONG PENDAFTAR
Encik Mohd Faiz Salleh
PEMBANTU TADBIR
Cik Nurul Erna Musa
Encik Mohd Redzuan Aziz
PENSYARAH - PENSYARAH
YBhg. SN Dato‟ Dr. Mohd Anuar Rethwan
Encik Dzul- Karnain Abdullah
Encik Mahantheran Maxwell
Encik Muhammed Izzat Hasan
Encik Gulam Shaffi Khan Gulab Khan
Encik Mohd Kamal Abdul Ghani
Encik Muhammad Faisal Ghazali
Cik Jolaina M. Nasseri
Puan Roziah Adama
Cik Nurul Aqilah Md Razalli
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 53
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA PENULISAN KREATIF
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional
AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I
APN 1102
Pengenalan Kesusasteraan Melayu
APN 1122 Pengenalan Drama Melayu
APN 1112
Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif
APN 1132 Bahasa dalam Penulisan Kreatif
AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi
APN 1142 Penulisan Drama Radio
APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen
13 unit kredit 15 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu APN 2452 Teori Apresiasi dan Kritikan Teks
APN 2402 Penulisan Rencana APN 2463 Penulisan Cerpen
APN 2412 Psikologi Watak APN 2473 Penulisan Biografi
APN 2423 Penulisan Skrip Animasi APN 2483 Penulisan Lakon Layar I
APN 2433 Penulisan Drama Pentas APN 2493 Desktop Publishing
APN 2443 Penulisan Drama Televisyen APN 2000 Latihan Industri
17 unit kredit 16 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia APN 3542 Pengucapan Awam
APN 3503 Penulisan Novel Remaja APN 3552 Seminar Cereka
APN 3512 Penulisan Lirik APN 3994 Projek Akhir (PeTA)
APN 3523 Penulisan Lakon Layar II
APN 3543 Penulisan Dokumentari
13 unit kredit 8 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 54
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
APN 1102
Pengenalan Kesusasteraan Melayu
Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 1112
Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif
Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 1122 Pengenalan Drama Melayu Tahun 1, Semester 2 Kreatif
APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen
Tahun 1, Semester 2 Kreatif
APN 2402 Penulisan Rencana Tahun 2, Semester I Kreatif
APN 2412 Psikologi Watak Tahun 2, Semester I Psikologi
APN 2483 Penulisan Lakon Layar 1
Tahun 2, Semester 2 Layar
APN 2493 Desktop Publishing Tahun 2, Semester 2 Teknologi Maklumat
APN 3512 Penulisan Lirik
Tahun 3, Semester I Kreatif
APN 3542 Pengucapan Awam
Tahun 3, Semester 2 Komunikasi
Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 55
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I 1.
APN 1102 Pengenalan Kesusasteraan Melayu
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi, cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain. Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di samping meneliti pemikiran serta weltanschauung pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.
2.
APN 1112 Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif
Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka – cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat di dalam penulisan genre naratif itu.
3.
AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi
Pengenalan asal usul animasi dan perbincangan meliputi topik genre, pemikiran dan teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan filem animasi.
TAHUN 1 SEMESTER II 1.
APN 1122 Pengenalan Drama Melayu
Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden. Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah dihasilkan.
2.
APN 1132 Bahasa Dalam Penulisan Kreatif
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul, tepat, sesuai dan berkesan dalam penulisan kreatif, terutama dalam menghasilkan karya cereka dan puisi serta naskhah drama pentas. Tumpuan akan diberikan kepada aspek tatabahasa, gaya bahasa dan seumpamanya, serta bagaimana menerapkannya dalam penghasilan karya/naskhah. Bahasa dari sudut kreatif dan keberkesanannya sebagai wahana menyampaikan cerita dan pemikiran pengarang akan menjadi tumpuan utama kursus ini.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 56
TAHUN 1 SEMESTER II 3.
APN 1142 Penulisan Drama Radio
Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam menghasilkan skrip drama radio yang bermutu dan sesuai dengan perkembangan semasa. Beberapa jenis drama radio berdasarkan durasi penyiaran yang diamalkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia memerlukan penulis skrip yang peka dan memahami selok belok sistem dan etika penyiaran. Teknik yang digunakan dalam skrip dan semasa rakaman, latar belakang dan sejarah perkembangan drama radio di negara ini menjadi sebahagian kandungan kursus. Matlamat akhir kursus ini adalah untuk membantu memantapkan daya kreatif pelajar dalam menghasilkan skrip drama radio bermutu sebagai sumber pendapatan atau kerjaya sepenuh masa mereka.
4.
APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen
Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.
TAHUN 2 SEMESTER I 1.
APN 2402 Penulisan Rencana
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis, muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.
2.
APN 2412 Psikologi Watak
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif (cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi berkenaan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 57
TAHUN 2 SEMESTER I 3.
APN 2423 Penulisan Skrip Animasi
Lanjutan daripada kursus AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan cerita serta watak
dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak) yang sesuai untuk satu siri animasi televisyen . Pelajar akhirnya akan dibimbing untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan skrip untuk siri animasi sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa skrip dan siri/filem animasi yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.
4.
APN 2433 Penulisan Drama Pentas
Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama pentas, merangkumi drama sebabak (one act play) dan drama panjang (full-lenght play/well-made play) untuk khalayak dewasa. Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar kepada contoh-contoh skrip drama pentas yang berkualiti yang pernah diterbitkan dan dianalisis dari segi idea, watak dan perwatakan, pemikiran dan struktur dramatiknya. Seterusnya pelajar akan diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk menulis skrip drama pentas yang berpotensi untuk dipentaskan. Pada tahap ini penekanan akan lebih diberikan kepada penulisan drama beraliran realisme.
5.
APN 2443 Penulisan Drama Televisyen
Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran berhubung teori dan amali penulisan skrip drama televisyen, merangkumi drama bersiri (serial), komedi situasi (situational comedy) dan cereka televisyen (telemovie atau made for tv movie). Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar kepada contohcontoh skrip dan drama televisyen yang pernah diterbitkan dan dianalisis dari segi bentuk, konsep, idea, watak dan perwatakan, pemikiran dan struktur dramatiknya. Seterusnya pelajar akan diberikan panduan dan bimbingan bagaimana untuk menulis skrip drama televisyen yang berpotensi untuk diterbitkan serta disiarkan.
TAHUN 2 SEMESTER II 1.
APN 2452 Teori Apresiasi dan Kritikan Teks
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai teori apresiasi dan kritikan teks dalam pelbagai genre, khususnya cereka dan drama. Melalui kursus ini, pelajar diharap mampu menghayati dan memberikan apresiasi terhadap genre sastera berlandaskan teori kritikan tertentu. Kursus ini juga memperkenalkan konsep penulisan kritikan sastera dan teori-teori kritikan serta pendekatan teori yang diperkenalkan dalam bidang kritikan termasuk teori dan penerapan analisis teks atau kritikan sastera.
2.
APN 2463 Penulisan Cerpen
Kursus ini memperkenal cerita pendek atau cerpen sebagai salah satu genre cereka moden. Pelajar terlebih dahulu akan meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan dan pertumbuhan genre ini sambil meneliti contoh-contoh karya terbaik yang pernah terhasil, di samping mengenali tokoh-tokoh penulis terpilih. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan cerpen, bagi memastikan mereka akhirnya mampu dan mahir menghasilkan karya mereka sendiri.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 58
TAHUN 2 SEMESTER II 3.
APN 2473 Penulisan Biografi
Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan non-kreatif yang agak popular di barat tetapi kurang mendapat sambutan di negara ini. Meskipun pada asasnya ia bersifat deskriptif, pendekatan kreatif sering juga diambil dalam penulisannya, bagi menjadikan sesebuah karya biografi itu lebih menarik dan berkesan. Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai cabang/bentuk genre biografi, seperti autobiografi, memoir, diari dan travelogue, selain bentuk-bentuk biografi itu sendiri yang mempunyai pecahannya.
4.
APN 2483 Penulisan Lakon Layar I
Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.
5.
APN 2493 Desktop Publishing
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.
6.
APN 2000 Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman
bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan
didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di
dalam industri seni. Setiap pelajar wajib mengikuti penempatan
mengikut pengkhususan pengajian.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 59
TAHUN 3 SEMESTER I 1.
APN 3503 Penulisan Novel Remaja
Kursus ini memperkenalkan satu genre penulisan kreatif yang sedang diberi perhatian oleh penerbit dan pembaca negara ini. Kemahiran dan kebolehan menerokai pelbagai genre novel remaja ini akan menjadikan sesebuah novel remaja itu lebih menarik dan berkualiti. Bentuk dan tema yang biasa diterokai oleh pengarang remaja terdahulu seperti fiksyen sains, fantasi, detektif dan kembara akan diketengahkan sehingga pelajar benar-benar jelas dan yakin untuk menulis sebuah novel remaja yang bermutu.
2.
APN 3512 Penulisan Lirik
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik. Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada realiti sebenar dunia penulisan lirik.
3.
APN 3523 Penulisan Lakon Layar II
Lanjutan daripada kursus APN 2483 Penulisan Lakon Layar I. Pada tahap ini pelajar mula dibimbing untuk menulis lakon layar berdasarkan idea, sinopsis dan treatment yang telah dilakukan melalui kursus terdahulu. Dari semasa ke semasa pelajar akan didedahkan lagi kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan. Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan mampu dan mahir menulis sebuah lakon layar filem cereka lengkap mereka sendiri.
4.
APN 3543 Penulisan Dokumentari
Kursus ini memberi penekanan terhadap teknik dan norma penulisan skrip program dokumentari di samping memberikan pendedahan teori terhadap elemen-elemen penerbitan program dokumentari untuk televisyen secara menyeluruh. Pembelajaran bermula dengan kefahaman terhadap aspek cambah idea (brainstorm), olahan skrip (treatment) lakaran papan cerita (story board), skrip separa (draft script) dan akhir sekali skrip penuh (full script). Pelajar dikehendaki
menghasilkan projek skrip akhir termasuk kertas cadangan dan penyelidikan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 60
TAHUN 3 SEMESTER II 1.
APN 3542 Pengucapan Awam
Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media. Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila berhadapan dengan khalayak.
2.
APN 3552 Seminar Cereka
Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai karya cereka (cerpen dan novel) menggunakan pelbagai teori dan sudut fikiran pengkritik serta pengkaji cereka dalam dan luar negeri. Cereka sebagai sebuah teks dianalisis dari segi struktur dan aspek naratifnya. Dengan cara itu, pelajar juga turut memahami kaedah menganalisis teks berdasarkan teori dan aspek penting kritikan untuk dibentangkan dalam seminar terbuka.
3.
APN 3994 Projek Akhir (PeTA)
Melalui „kursus‟ ini, pelajar wajib menulis sebuah karya kreatif sebagai projek akhir mereka, sebagai sebahagian daripada syarat bagi membolehkan mereka memperoleh Diploma Penulisan Kreatif. Cadangan karya kreatif tersebut mestilah telah dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu dalam Semester I Tahun 3. Untuk projek ini, pelajar hanya dibenarkan memilih sama ada penulisan novel remaja, skrip drama pentas atau lakon layar cereka televisyen (telemovie) sahaja, tertakluk pada keputusan peperiksaan dalam kursus berkaitan. Panjang setiap karya adalah tertakluk pada syarat-syarat Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Fakulti yang telah digariskan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 61
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF TAHUN 1 SEMESTER I
1.
APN 1102 Pengenalan Kesusasteraan Melayu
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada kesusasteraan Melayu secara sepintas lalu, bermula daripada hasil-hasil kesusasteraan lisan seperti cerita hikayat, cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi tradisional hinggalah kepada sastera bertulis seperti epik Islam dan Hindu dan karya agung Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuhfat al-Nafis. Kursus ini juga turut memperkenalkan pelajar kepada kesusasteraan Melayu moden melalui karya-karya terpilih dalam genre puisi, cerpen dan novel oleh pengarang-pengarang tersohor tanah air seperti A. Rahim Kajai, Ishak Hj. Muhamad, Harun Aminurrashid, Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain. Ia bertujuan mendedahkan pelajar kepada bentuk karya puisi dan naratif Melayu sebagai medium bercerita, di samping meneliti pemikiran serta weltanschauung pengarang Melayu melalui karya-karya mereka.
2.
APN 1112 Teori dan Prinsip Penulisan Kreatif
Kursus ini memperkenalkan aspek teori dan prinsip-prinsip asas penulisan kreatif (khususnya genre puisi dan cereka – cerpen, novel). Selain didedahkan dengan prinsip-prinsip gubahan puisi moden (sajak), para pelajar akan diperkenalkan dengan struktur asas sesebuah cereka, di samping memahami elemen-elemen penting yang terdapat di dalam penulisan genre naratif itu.
TAHUN 1 SEMESTER II 1.
APN 1122 Pengenalan Drama Melayu
Kursus ini memperkenalkan sejarah dan karya drama Melayu bermula dari zaman tradisional (tanpa skrip), bangsawan dan sandiwara, hinggalah kepada drama moden. Pengenalan sebenar terhadap teks drama bercetak bermula dengan drama Melayu pertama diterbitkan, iaitu Megat Terawis (1951). Perkembangan dan perubahan genre ini selama lebih 50 tahun telah memperlihatkan kehadiran sejumlah pengarang drama dan karya yang memberikan impak penting dalam sejarah perkembangan drama Melayu moden. Para pelajar akan diberikan pengenalan dan pendedahan yang khas terhadap hal ini, untuk meneliti dan menilai sendiri karya-karya drama terbaik yang pernah dihasilkan.
2.
APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen
Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam). Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 62
TAHUN 2 SEMESTER I 1.
APN 2402 Penulisan Rencana
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada penulisan rencana atau esei. Mereka akan didedahkan dengan teori dan pendekatan untuk menulis rencana atau esei untuk pelbagai medium cetak dan elektronik. Penulisan untuk akhbar, majalah dan siaran televisyen dalam bentuk laporan, promosi, resensi (filem, buku, teater, seni lukis, muzik dan tari), komentar dan kritikan misalnya memerlukan pendekatan dan teknik yang berbeza. Teori penulis sebagai pembaca perlu dikuasai oleh para pelajar sebelum mereka menceburi bidang penulisan rencana atau esei sebagai kreativiti sambilan atau kerjaya sepenuh masa.
2.
APN 2412 Psikologi Watak
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan naratif dan dramatik. Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Masalah kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya situasi yang berkaitan itu. Watak manusia yang menarik ini dipilih sama ada daripada sumber karya naratif (cerpen dan novel), karya dramatik (drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian dan akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi berkenaan.
TAHUN 2 SEMESTER II 1.
APN 2493 Desktop Publishing
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.
2.
APN 2483 Penulisan Lakon Layar I
Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta
watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap,
sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 63
TAHUN 3 SEMESTER I 1.
APN 3512 Penulisan Lirik
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas, teori dan teknik penulisan lirik lagu bagi diaplikasikan dalam penghasilan karya mereka. Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam mengkaji, menilai dan memahami sesebuah karya lirik serta mengenal pasti perbezaan genre-genre yang terdapat dalam penulisan lirik. Di samping itu, kesesuaian sesuatu karya dalam kepelbagaian rentak irama lagu perlu dititikberatkan dalam pengajaran kursus. Latihan-latihan untuk para pelajar menghasilkan lirik lagu juga akan ditekankan. Karyawan yang perpengalaman luas dalam industri muzik tanah air juga akan diundang untuk memberikan pandangan dan pengalaman mereka agar pelajar lebih terdedah kepada realiti sebenar dunia penulisan lirik.
TAHUN 3 SEMESTER II 1.
APN 3542 Pengucapan Awam
Sebagai bakal penulis, pelajar Fakulti Penulisan Kreatif akan terlibat dalam pelbagaisituasi yang memerlukan mereka berinteraksi atau berhadapan dengan khalayak serta media. Dalam keadaan yang formal seperti itu, mereka pastilah memerlukan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran atau ketika memperkatakan mengenai karya mereka sendiri. Kursus ini akan memperkenalkan mereka kepada konsep, teori, kaedah dan pendekatan berkomunikasi serta pengucapan awam yang betul dan berkesan, bagi memastikan “bakal penulis” muncul sebagai individu yang berketerampilan serta meyakinkan apabila berhadapan dengan khalayak.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 64
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA FILEM DAN VIDEO SEMESTER I SEMESTER II
TAHUN KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan 1/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I
AFV 1132 Sinema Malaysia APN 1152 Teori Penulisan Filem dan Televisyen
AFV 1142 Sinematografi I AFV 1172 Rekaan Produksi I
AFV 1152 Analisis dan Apresiasi Filem AFV 1182 Pengurusan Produksi II
AFV 1162 Pengurusan Produksi 1 AFV 1192 Penataan Bunyi I
AFV 1202 Sinematografi II
15 unit kredit 17 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyong II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyong III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu AFV 2252 Pengarahan II
AFV 2192 Pengarahan I APN 2483 Penulisan Lakon Layar I
AFV 2202 Rekaan Produksi II AFV 2262 Penyuntingan II
AFV 2213 Sinematografi III AFV 2273 Bengkel Produksi II
AFV 2223 Bengkel Produksi I AFV 2283 Rekaan Produksi III
AFV 2232 Penyuntingan I AFV 2292 Penataan Bunyi III
AFV 2242 Penataan Bunyi II AFV 2000 Latihan Industri
18 unit kredit 17 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia
AFV 3172 Pengarahan III AFV 3214 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
AFV 3182 Penyuntingan III
AFV 3193 Bengkel Produksi III
AFV 3202 Projek Awal
11 unit kredit 4 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 65
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
AFV 1132 Sinema Malaysia Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.
AFV 1152
Analisis dan Apresiasi Filem Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.
AFV 1162 Pengurusan Produksi I Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.
AFV 1172 Rekaan Produksi I Tahun 1, Semester II Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti.
AFV 1182 Pengurusan Produksi II Tahun 1, Semester II
Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1162 Pengurusan Produksi I).
AFV 2202 Rekaan Produksi II
Tahun 2, Semester I
Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1172 Rekaan Produksi I).
AFV 2283 Rekaan Produksi III
Tahun 2, Semester II
Kursus Elektif bagi pelajar dari lain-lain fakulti (disyaratkan lulus AFV 1172 Rekaan Produksi I & AFV 2202 Rekaan Produksi II).
*Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dan fakulti lain yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 66
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AFV 1132
Sinema Malaysia
Kursus ini mengkaji dan mengalur sejarah serta aliran pemikiran
karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan Film Unit (MFU)
hingga kini. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dan
menganalisa konsep penceritaan, pengarah dan penerbitan cereka,
dokumentari dan animasi. Ianya juga akan menyentuh badan-badan
penerbitan di era itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi
sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio Merdeka
pasca Singapura hingga kini.
2.
AFV 1142
Sinematografi I
Kursus ini memperkenalkan prinsip dan komponen asas yang diguna
pakai dalam rekaan visual, komposisi sinematografi dan tatacahaya.
Pendedahan kepada teori pencahayaan dan imej akan disertai dengan
amali dengan menggunakan kamera “still foto” ini akan mengajar
pelajar menyampaikan maklumat dan cerita melalui imej.
3.
AFV 1152
Analisis dan Apresiasi
Filem
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek penting dalam
menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem daripada genre-genre
yang berlainan dipertontonkan dan diperbincangkan bersama-sama
pelajar.. Perbincangan akan menjurus terhadap genre, pemikiran dan
teori-teori filem yang berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk
memperkukuhkan dan mendalami kefahaman mengenai filem sebagai
satu bentuk seni.
4.
AFV 1162
Pengurusan Produksi I
Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina kemahiran
pengurusan dalam bidang produksi filem dan video pada peringkat
pra-produksi dan produksi. Pelajar akan didedahkan dengan peranan
penerbit, penerbit eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-
lain. Pelajar juga akan diajar bagaimana menyediakan perancangan
dan bajet, jadual produksi, mencari lokasi penggambaran, pengurusan
logistik, pengurusan pelakon atau pengurusan bakat, proposal projek,
laporan produksi dan sebagainya.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 67
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
APN 1152
Teori Penulisan Filem dan
Televisyen
Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau
lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam).
Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan
mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang
terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas
penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk
kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini
juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa
disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan
seumpamanya.
2.
AFV 1172
Rekaan Produksi I
Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman bidang rekaan
produksi terutamanya terhadap peranan, tanggungjawab dan tugas-
tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam
sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal
hands-on experience, kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi filem.
Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara mempelajari
konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk bengkel yang akan
mengasah kemahiran pelajar menceburi diri dalam bidang rekaan
produksi filem. Dalam kursus ini juga para pelajar akan dilatih dalam
bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan
bengkel.
3.
AFV 1182
Pengurusan Produksi II
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan Produksi I.
Para pelajar akan mempelajari dan membincangkan perkara-perkara
yang bersangkutan dengan pengurusan produksi filem peringkat
lanjutan. Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan
filem pendek cereka.
4.
AFV 1192
Penataan Bunyi I
Pada kursus ini pelajar akan diajar tentang asas pemasangan
peralatan audio secara profesional, asas prinsip-prinsip mikrofon, dan
latihan amali untuk pengunaan audio di lokasi sebenar. Digital Audio
Workstation (DAW) akan diajar pada peringkat kedua semester ini di
mana ia akan menfokuskan tentang rakaman bunyi, penyuntingan dan
adunan.
5.
AFV 1202
Sinematografi II
Kursus ini adalah lanjutan daripada AFV 1142 di mana pelajar
akan mendalami aspek sinematografi yang merangkumi
cahaya, warna, kontras dan pergerakan. Pelajar juga akan
mempelajari tentang kamera filem dan video daripada sudut
teknologi dan kreatif sebelum mereka mula menggunakan
kamera (motion) secara amali.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 68
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AFV 2192
Pengarahan I
Kursus asas pengarahan memperkenalkan fungsi dan tugas-
tugas seorang pengarah filem/video cereka dan bukan cereka.
Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengarahan dan
hubungan di antara pengarah dengan individu-individu lain di
dalam sebuah produksi pada peringkat pra-produksi, produksi
dan pasca-produksi seperti penerbit, pengurus produksi,
pengarah fotografi, pereka produksi, pengarah seni,
penyunting, juruaudio, jurusolek dan sebagainya. Kursus ini
juga memperkenalkan pelajar tentang bahasa dan nahu filem.
2.
AFV 2202
Rekaan Produksi II
Kursus ini akan membantu pelajar membina kemahiran
memahami konsep dan praktikal sebagai persediaan menjadi
Pereka Produksi yang professional untuk filem cereka.. Kursus
ini adalah lanjutan daripada Kursus Rekaan Produksi I, di mana
para pelajar akan dilatih membina skil-skil rekaan produksi
seperti interpretasi, komunikasi, penceritaan secara visual dan
latihan amali berbentuk bengkel seperti Bengkel Rekaan dan
Persolekan Rambut.
3.
AFV 2213
Sinematografi III
Kursus ini memberi penekanan kepada teknik sinematografi
yang diguna pakai untuk tujuan kawalan dan ubahsuai imej.
Pelajar akan didedahkan kepada kemampuan kamera dalam
merakam imej, pelbagai teknik pencahayaan dan teknik-teknik
yang boleh digunakan di peringkat pasca produksi. Ilmu dan
kemahiran ini akan membantu pelajar menghasilkan naratif
visual yang kreatif dan berkesan.
4.
AFV 2223
Bengkel Produksi I
Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana para
pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan produksi
tertentu. Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk menerbitkan
filem atau video bukan cereka seperti dokumentari, video
muzik, iklan, video korporat dan sebagainya. Para pelajar akan
dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca
produksi. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu penerbitan
filem atau video dari peringkat mencari idea sehinggalah ke-
peringkat pasca produksi. Kursus ini adalah bertujuan untuk
melatih pelajar menerbitkan filem atau video dan menguji
kemahiran serta kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan
praktikal yang telah dipelajari daripada setiap kursus.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 69
TAHUN 2 SEMESTER I
5.
AFV 2232
Penyuntingan I
Kursus ini memperkenalkan teori penyuntingan visual dan bunyi dalam
penyuntingan non-linear. Para pelajar akan didedahkan kepada teori
dan bahasa penyuntingan visual agar mereka boleh bercerita dengan
bahan yang telah disediakan semasa produksi.
6.
AFV 2242
Penataan Bunyi II
Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan mengenai lanjutan
pengunaan perisian Digital Audio Workstation (DAW) dalam rakaman
muzik dan produksi. Selain itu teknik-teknik dan susunletak mikrofon
yang dihubungkaitkan dengan genre filem dan video serta produksi
muzik turut diperkenalkan. Pelbagai jenis perakam dan outboard gears
akan diperkenalkan secara teori. Dalam masa yang sama peralatan ini
juga diaplikasikan oleh pelajar secara praktikal. Para pelajar juga
didedahkan dengan cabaran-cabaran yang akan dilalui dalam produksi
filem dan cara-cara mengatasinya dengan efisyen.
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AFV 2252
Pengarahan II
Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan I yang
melatih pelajar tentang skil pengarahan filem cereka dan bukan
cereka. Para pelajar akan didedahkan dengan teori „auteur‟ dan
pemikiran pengarah-pengarah terkenal dalam sejarah sinema
antarabangsa dan tempatan. Kursus ini juga melatih untuk
mengarah pelakon dan bukan pelakon (contohnya kanak-kanak
dan haiwan dalam penerbitan dokumentari) serta tenaga
produksi mengenai interpretasi skrip/lakon layar, memilih
pelakon, melakukan latihan membentuk gaya sinematik
daripada sudut sinematografi, lakonan, pengarahan seni,
penyuntingan dan sebagainya.
2.
APN 2483
Penulisan Lakon Layar I
Lanjutan daripada kursus APN 1152 Teori Penulisan Filem dan
Televisyen. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk
mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas),
mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan
(termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan
teori asas penulisan lakon layar filem cereka yang telah
dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk
menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum
menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari
semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada
beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai
contoh, panduan dan perbandingan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 70
TAHUN 2 SEMESTER II
3.
AFV 2262
Penyuntingan II
Kursus ini memberikan pendedahan mengenai teori penyuntingan
visual dan bunyi dalam penyuntingan filem dan video. Para pelajar
juga akan didedahkan kepada teknik-teknik penyuntingan visual dan
bunyi. Tumpuan akan diberikan kepada keupayaan para pelajar dalam
mengaplikasikan teknik-teknik penyuntingan dalam situasi penerbitan
yang berbeza. Pelajar juga akan dilatih dengan kerja-kerja
penyuntingan digital.
4.
AFV 2273
Bengkel Produksi II
Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk bengkel di mana para pelajar
akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan produksi tertentu.
Setiap kumpulan akan diberi tugas untuk menerbitkan filem atau video
pendek cereka atau eksperimentasi. Para pelajar akan dibimbing dari
peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Pelajar akan
didedahkan dengan ilmu penerbitan video dari peringkat mencari idea
sehinggalah ke peringkat pasca produksi. Kursus ini adalah bertujuan
untuk melatih pelajar menerbitkan filem atau video dan menguji
kemahiran serta kemampuan pelajar menggabungkan ilmu dan
praktikal yang telah dipelajari daripada setiap kursus.
5.
AFV 2283
Rekaan Produksi III
Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan terhadap
pemindahan rekaan dari atas kertas kepada rakaman kamera. Kursus
ini dapat membantu seseorang pereka produksi atau individu yang
terlibat dengan tugas-tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti
akan rekaan mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila
dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus ini juga
akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke tahap akhir proses
rekaan dan pengurusan di- peringkat pra produksi. Selain itu, pelajar
juga diberi kemahiran dan pengetahuan dalam merekabentuk props
dan set, asas rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta
penyimpanan set.
6.
AFV 2292
Penataan Bunyi III
Pelajar akan didedahkan mengenai skor filem muzikal dan juga secara
keseluruhannya mengenai adunan surround melalui kursus lanjutan
ini. Pelajar akan berkerjasama dengan komposer, konduktor muzik
dan pelbagai orkestra muzikal yang akan diaplikasikan melalui latihan
di dalam studio dengan mengunakan pelbagai format orkestra dan
skor muzikal. Kelas ini juga memberi tumpuan sepenuhnya mengenak
komponen teknik adunan, penekanan terhadap pengunaan format
surround.
7.
AFV 2000
Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di
luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan dengan
persekitaran pekerjaan yang sebenar dalam industri seni. Setiap
pelajar diwajibkan mengikuti penempatan mengikut pengkhususan
pengajian.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 71
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
AFV 3172
Pengarahan III
Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengarahan II dalam
mempertingkatkan skil pelajar pengarahan filem cereka dan bukan
cereka. Matlamat kursus adalah untuk membina kekuatan seorang
pengarah yang berdepan dengan cabaran visual, dramatic dan
teknikal serta melatih pelajar untuk memiliki kekuatan gaya seni
bercerita. Selain itu, kursus ini mendedahkan pelajar kepada unsur-
unsur estatik dalam mise-en-scene, pilihan shot, komposisi, setting,
point of view, action of the picture plane dan gerakan kamera.
2.
AFV 3182
Penyuntingan III
Tumpuan kursus menjurus kepada teknik-teknik penceritaan melalui
penyuntingan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyuntingan.
Pelajar akan dilatih berfikir sebagai seorang penyunting filem dan
pereka bunyi. Mereka turut didedahkan mengenai konsep serta cara
penyuntingan visual dan rekaan bunyi di makmal dan studio. Pelajar
juga akan didedahkan dengan rekaan komposisi muzik yang sekaligus
memperlihatkan kepentingan elemen muzik sebagai latar dalam filem.
Pendedahan menjurus kepada kepelbagaian gaya muzik Timur dan
Barat yang merangkumi sejarah, pemikiran, pendekatan, instrumentasi
dan karya komposer-komposer muzik untuk filem yang terkenal.
3.
AFV 3193
Bengkel Produksi III
Kursus ini melatih pelajar bagi menerbitkan produksi filem pendek
(cereka) dengan menggunakan medium celluloid (filem 16mm atau
35mm). Kaedah pengajarannya berbentuk bengkel. Para pelajar akan
dibimbing dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi
iaitu daripada proses mencari idea sehinggalah ke peringkat
penyuntingan (adunan visual dan bunyi) akhir dan tayangan. Tokoh-
tokoh dalam industri filem akan dijemput bagi berkongsi pengalaman
dan ilmu mereka. Kursus ini juga merupakan suatu latihan kepada
pelajar yang akan menghasilkan Projek Akhir. Pada akhir kursus,
pelajar akan menghasilkan dan menerbitkan Filem pendek (cereka)
secara berkumpulan.
4.
AFV 3202
Projek Awal
Sebelum menghasilkan Projek Akhir, setiap pelajar perlu menyediakan
skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan berdasarkan
bidang yang dipilih dan dinilai pada Projek Tahun Akhir sama ada dari
aspek Pengarahan, Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi,
Pengurusan Produksi atau Rekaan Produksi. Para pelajar akan
membentangkan skrip dan proposal kepada panel yang terdiri
daripada pihak fakulti, pensyarah dan tokoh industri. Setiap pelajar
akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai
pembimbing dan penasihat pelajar dari peringkat pra-produksi,
produksi dan pasca produksi berdasarkan pengkhususan yang akan
diambil dan dinilai semasa Projek Tahun Akhir.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 72
TAHUN 3 SEMESTER II
1.
AFV 3214
Penilaian Tahun Akhir
(PeTA)
PeTA, merupakan peringkat penilaian akhir terhadap pelajar dalam
menghasilkan produksi sesebuah filem – cereka atau eksperimentasi
(filem pendek) atau bukan cereka. Setiap pelajar dikehendaki memilih
satu pengkhususan bidang untuk dinilai sama ada Pengarahan,
Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan Produksi
atau Rekaan Produksi. Para pelajar dikehendaki menerbitkan filem
pendek (durasi tidak melebihi 10 minit) atau dokumentari (durasi tidak
melebihi 25 minit) secara bergabung atau individu berdasarkan
pengkhususan bidang masing-masing. Projek Akhir dinilai oleh sebuah
Panel Penilai bagi memenuhi syarat dan melayakkan pelajar
menerima anugerah Diploma Filem dan Video ASWARA.
Fakulti
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 73
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AFV 1132
Sinema Malaysia
Kursus ini mengkaji dan menggalur sejarah serta aliran pemikiran
karyawan sinema Malaysia sejak dari era Malayan Film Unit (MFU)
hingga kini. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dan
menganalisa konsep, penceritaan, pengarah dan penerbitan cereka,
dokumentari dan animasi. Ianya juga akan menyentuh badan-badan
penerbitan di era itu. Topik-topik pembelajaran dan era kajian meliputi
sejarah kelahiran sinema dari Malayan Film Unit; Studio Merdeka
pasca Singapura hingga kini.
2.
AFV 1152
Analisis dan Apresiasi
Filem
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek penting dalam
menganalisis sesebuah filem. Pelbagai filem daripada genre-genre
yang berlainan akan dipertontonkan dan diperbincangkan bersama-
sama pelajar. Perbincangan tertumpu pada genre, pemikiran dan teori-
teori filem yang berkaitan. Kursus ini bertujuan untuk
memperkukuhkan dan mendalami kefahaman mengenai filem sebagai
satu bentuk seni.
3.
AFV 1162
Pengurusan Produksi I
Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina skil
pengurusan dalam bidang produksi filem dan video pada peringkat
pra-produksi dan produksi. Pelajar akan didedahkan dengan peranan
penerbit, penerbit eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-
lain. Pelajar juga akan dilatih dalam perancangan dan penyediaaan
bajet, penyediaan jadual produksi, mencari lokasi penggambaran,
pengurusan logistik, pengurusan pelakon atau talent, proposal projek,
laporan produksi dan sebagainya.
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
AFV 1172
Rekaan Produksi I
Kursus ini memperkenalkan tentang asas pemahaman bidang rekaan
produksi terutamanya terhadap peranan, tanggungjawab dan tugas-
tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam
sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal
hands-on experience skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi
filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara
mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk
bengkel yang akan mengasah kemahiran pelajar menceburi diri dalam
bidang rekaan produksi filem. Dalam kursus ini juga para pelajar akan
dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara
kuliah dan bengkel.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 74
2.
AFV 1182
Pengurusan Produksi II
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Pengurusan Produksi I.
Para pelajar akan mempelajari dan membincangkan perkara-perkara
yang bersangkutan dengan pengurusan produksi filem peringkat
lanjutan. Tumpuan adalah diberi kepada penerbitan filem cereka dan
filem pendek cereka.
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AFV 2202
Rekaan Produksi II
Kursus ini akan membantu pelajar membina konseptual dan praktikal
sebagai persediaan menjadi Pereka Produksi yang profesional untuk
filem cereka. Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Rekaan
Produksi I, di mana para pelajar akan dilatih membina skil-skil rekaan
produksi seperti interpretasi, komunikasi, penceritaan secara visual
dan latihan amali berbentuk bengkel seperti Bengkel Rekaan dan
Persolekan Rambut.
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AFV 2283
Rekaan Produksi III
Rekaan Produksi pada tahap ke-3 ini, menekankan terhadap
pemindahan rekaan dari atas kertas kepada rakaman kamera. Kursus
ini dapat membantu seseorang pereka produksi atau individu yang
terlibat dengan tugas-tugas di bahagian seni dalam mengenalpasti
akan rekaan mereka sama ada bersesuaian atau sebaliknya apabila
dihasilkan dalam bentuk visual. Selain daripada itu, kursus ini juga
akan memberikan pendedahan kepada pelajar ke tahap akhir proses
rekaan dan pengurusan di- peringkat pra produksi. Selain itu, pelajar
juga diberi kemahiran dan pengetahuan dalam merekabentuk papan
lapis props dan set, asas rekaan dan pengurusan, membaikpulih serta
penyimpanan set.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 75
FAKULTI ANIMASI DAN MULTIMEDIA
FAKULTI ANIMASI & MULTIMEDIA bermatlamat melahirkan graduan pakar dalam bidang
animasi dan seni permainan digital. Fakulti menawarkan tiga program yang direka dengan
teliti bersama pakar-pakar industri, penyelidik, dan persatuan industri untuk menghasilkan
graduan yang berkualiti. Selain itu, pelaksanaan pembelajaran secara interdisiplin dalam
media kreatif, teknologi, seni, dan budaya menggalakkan pelajar menghasilkan karya yang
penuh nilai seni warisan.
DIPLOMA ANIMASI [MQA/FA 3001]
Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi penggiat industri animasi yang boleh
menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran
produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi
multimedia. Kaedah pembelajaran secara studio memberi pelajar pengalaman yang lebih
semasa mempelajari animasi.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 76
SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI
DEKAN
Encik Fariz Azmir Mohd Ghazali
KETUA PROGRAM
Cik Siti Noraisyah binti Abd. Rahman (Permain Digital)
Encik Marzuki Abdullah (Kemahiran Seni)
Encik Muhammad Rasfan Haji Abu Bakar (Animasi)
PENOLONG PENDAFTAR
Encik Mohd Shahryl bin Musa
PEMBANTU TADBIR
Encik Mohd Redzuan bin Aziz
PENSYARAH - PENSYARAH
Encik Jazmi Izwan Jamal
Cik Husna Adlyna Sidek
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 77
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA ANIMASI
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1.
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1172 Wayang Kulit I/ Bangsawan I/ Makyong I/ Randai I/ Mek Mulong I
AAM 1013 Studio Animasi 2D AAM 1022 Permodelan Komputer
AAM 1032 Analisis dan Apresiasi Animasi AAM 1063 Studio Animasi 2D Lanjutan
AAM 1042 Pengenalan dan Penceritaan Animasi
AAM 1072 Papan Cerita
AAM 1052 Lukisan Asas AAM 1092 Lukisan Figura
AAM 1142 Penulisan Skrip Animasi
16 unit kredit 18 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Makyong II/ Bangsawan II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Makyong III/ Bangsawan III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu AAM 2014 Projek Animasi
AAM 2013 Studio Animasi 3D AAM 2023 Komputer Animasi Lanjutan
AAM 2052 Lukisan Gesture AAM 2033 Kesan Khas Visual
AAM 2072 Naratif dan Sinematik AAM 2063 Studio Animasi 3D Lanjutan
AAM 2073 Komputer Animasi AAM 2082 Lukisan Media Campuran
AAM 2133 Penyuntingan Video dan Audio
17 unit kredit 17 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia AAM 3008 Latihan Industri
AAM 3032 Penerbitan Animasi
AAM 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
AAM 3052 Kaedah Penyelidikan Rekabentuk
10 unit kredit 8 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 64
ELEKTIF 8
94
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 78
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
AAM 1102 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Multimedia
AAM 1122 Asas Konsep Seni Tahun 1, Semester I Illustration
AAM 1112 Digital Media Tahun 1, Semester II Multimedia
AAM 1132 Rekaan Watak Tahun 1, Semester II Illustration
AAM 2092 Teknologi Animasi Tahun 2, Semester I Multimedia
AAM 2112 Ilustrasi Animasi Tahun 2, Semester I Illustration AAM 2122 Seni Komik Tahun 2, Semester II Illustration AAM 2102 Motion Capture Tahun 2, Semester II Multimedia
Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti yang berminat
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 79
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AAM 1013
Studio Animasi 2D
Penyediaan penghasilan animasi 2D di peringkat pra-produksi.
Merangkumi latihan penyediaan melalui penghasilan storyboard
development, 2d character design, props dan penyediaan lain berkenaan
penghasilan animasi 2D.
2.
AAM 1032
Analisis dan Apresiasi
Animasi
Kursus bertujuan menyediakan pelajar dalam pengenalan menganalisa
dan menghayati karya-karya animasi. Pelajar akan mempelajari proses
penghayatan, kritikan, penceritaan dan apresiasi untuk menilai hasil karya
animasi.
3.
AAM 1042
Pengenalan dan
Penceritaan Animasi
Kursus ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang teknik penceritaan
animasi dan beberapa elemen penting dalam penceritaan animasi.
Seterusnya pelajar akan dapat menulis cerita animasi mereka sendiri yang
boleh digunakan sebagai portfolio mereka di masa akan datang.
4.
AAM 1052
Lukisan Asas
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur seni
(seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna) dan prinsip
rekaan (seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama &
pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan). Dengan pendedahan ini pelajar
akan dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ketika
menghasilkan karya seni.
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
AAM 1022
Permodelan Komputer
Topik Pembelajaran merangkumi asas perisian 3D max: pengenalan,
jenis-jenis modeling (polygonal, mesh, surfaces), texture, lighting dan
composition.
2.
AAM 1063
Studio Animasi 2D
Lanjutan
Lanjutan studio animasi 2D. Pembelajaran merangkumi teknik
penghasilan animasi 2D dengan kompleksiti yang berbeza. Penekanan
diberikan dalam proses penghasilan idea dan konsep yang terlibat di
peringkat pra-produksi.
3.
AAM 1072
Papan Cerita
Fokus kursus adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang papan
cerita. Pelajar akan diajar tentang bagaimana menghasilkan papan cerita
yang efektif melalui teknik dan proses yang betul.
4.
AAM 1092
Lukisan Figura
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk
memahami struktur, kadar banding, pergerakan dan pengompotan dalam
lukisan figura. Pelajar juga diberi pendedahan tentang penggunaan
garisan, tona, bentuk dan ruang dengan menggunakan pelbagai alat dan
bahan bagi menghasilkan figura.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 80
TAHUN 1 SEMESTER II
5.
AAM 1142 Penulisan Skrip Animasi
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam memahami dan memahirkan diri di dalam proses awal penulisan untuk pre-produksi sesebuah animasi. Pelajar akan didedahkan tentang kaedah dan teknik yang berkesan bagi membina dan mereka watak dan latar sebuah cerita animasi di samping mempelajari teknik penulisan skrip animasi yang bersesuaian mengikut kehendak industri. Dihujung sesi kelas ini nanti, skrip yang telah siap adalah sebuah naskhah skrip yang siap sedia untuk menjalani proses produksi.
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AAM 2013
Studio Animasi 3D
Topik pembelajaran merangkumi penyediaan di peringkat penghasilan
idea/ konsep yang kreatif, art direction dan penekanan lebih akan
diberikan dalam proses penghasilan papan cerita dan character designs
dalam 3D (pra-produksi).
2.
AAM 2052
Lukisan Gesture
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik melukis
dengan pantas dan cepat. Pelajar diajar cara untuk melihat arah
pergerakan subjek serta melatih mata para pelajar untuk melihat cahaya
dan bayang. Melalui pendedahan ini pelajar akan dapat menghasilkan
karya dengan cepat serta meningkatkan lagi keyakinan dan kefahaman
pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.
3.
AAM 2072
Naratif dan Sinematik
Kursus ini menjelajah unsur-unsur yang meningkatkan sesuatu cerita,
seperti lampu digital, teknik-teknik lighting dan komposisi kamera.
Memperkenalkan seni wayang untuk video digital dan imej janaan
komputer (computer generated images). Ia meliputi prinsip-prinsip dan
konsep-konsep praktikal sinematografi melalui physical lighting,
koreogarafi, gerak kamera dan lighting of computer-generated
environment untuk meningkatkan impak visual.
4.
AAM 2073
Komputer Animasi
Topik pembelajaran merangkumi lanjutan perisian animasi 3D, lukisan
lanjutan; in-between; teknik animasi 3D; lanjutan membuat model; dan
lanjutan teknik texturing & shading; rendering & editing.
5.
AAM 2133
Penyuntingan Video
dan Audio
Topik pembelajaran merangkumi asas proses penyuntingan untuk
animasi 2D dan menggunakan teknologi animasi dalam pengeluaran
video digital.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 81
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AAM 2014
Projek Animasi
Satu peringkat pra-produksi sebelum Projek Akhir. Di peringkat ini,
penyediaan skrip cadangan dan proposal secara individu atau
berkumpulan akan disediakan dan proses produksi dan pasca produksi
akan disambung pada Projek Tahun Akhir.
2.
AAM 2023
Komputer Animasi
Lanjutan
Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada animasi 3D. Topik merangkumi
pendedahan di peringkat proses penyuntingan visual dan bunyi, penataan
bunyi, komposisi muzik serta beberapa teknik kesan khas visual.
3.
AAM 2033
Kesan Khas Visual
Topik merangkumi proses dalam post-production dengan penekanan kuat
kepada kreatif dan cara penyelesaian masalah (problem solving).
4.
AAM 2063
Studio Animasi 3D
Lanjutan
Lanjutan daripada kursus Studio Animasi 3D. Merangkumi penghasilan
animasi 3D dengan kompleksiti yang berbeza. Penekanan diberikan
dalam proses penghasilan idea dan konsep yang terlibat di peringkat pra-
produksi.
5.
AAM 2082
Lukisan Media
Campuran
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengolahan
medium/bahan serta subject matter. Pelajar akan dilatih agar lebih kreatif
serta bereksperimen dengan pelbagai medium seperti bahan yang sedia
ada mahu pun bahan yang terbuang. Pelbagai teknik akan digunakan
seperti kolaj dan assemblage.
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
AAM 3032
Penerbitan Animasi
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu dalam
penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan pengamalan
terbaik untuk memasarkan sebuah produk animasi.
2.
AAM 3044
Penilaian Tahun Akhir
(PeTA)
Penilaian tahun akhir. Proses penghasilan filem animasi pendek dan
merangkumi semua proses dari pra-produksi sehingga produksi untuk
menghasilkan sebuah animasi pendek. Di akhir kursus, sebuah filem
animasi pendek akan dihasilkan.
3.
AAM 3052
Kaedah Penyelidikan
Rekabentuk
Topik merangkumi proses penyelidikan dalam bidang animasi dan
rekabentuk. Pembelajaran termasuk dari sudut penyelidikan berkaitan
animasi, proses analisis, methodologi dan penghasilan kesimpulan dari
analisis penyelidikan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 82
TAHUN 3 SEMESTER II
1.
AAM 3008
Latihan Industri
Latihan Industri melatih pelajar memahami sesebuah syarikat
produksi yang menerbitkan kandungan animasi. Pelajar juga
merasai pengalaman sebenar dalam industri animasi tempatan
dengan didedahkan mengenai carta aliran kerja organisasi
tersebut, pembahagian tugas kepada pekerja-pekerja animasi,
menguruskan jadual kerja penerbitan animasi sehinggalah
pengeluaran produk akhir sesebuah kandungan animasi oleh
syarikat animasi tersebut.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 83
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
AAM 1102
Komunikasi Visual
Kursus ini adalah satu pengenalan kepada aspek asas dalam seni visual.
Ia meliputi pemahaman terhadap elemen rekaan serta prinsip rekaan.
Pelajar akan diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan
elemen dan prinsip tersebut agar mesej dapat disampaikan dengan
berkesan.
2.
AAM 1122
Asas Konsep Seni
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur seni
rekaan dan komposisi. Dengan pendedahan ini pelajar akan dapat
mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya
seni. Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk meningkatkan
lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.
TAHUN 1 SEMESTER II
1.
AAM 1112
Digital Media
Asas penghasilan grafik. Pembelajaran merangkumi proses penghasilan
grafik, iaitu raster dan vektor, design konsep melalui idea dan asas dalam
multimedia.
2.
AAM 1132
Rekaan Watak
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang rekaan karakter.
Ia meliputi bagaimana kaedah untuk menghasilkan watak karakter,
ekspresi wajah karakter, arah dan pergerakan karakter. Selain itu kursus
ini juga akan membimbing para pelajar untuk menghasilkan rekaan
fesyen dan props set animasi.
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
AAM 2092
Teknologi Animasi
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berilmu
dalam penerbitan animasi. Pelajar akan mempelajari teknik dan
pengamalan terbaik untuk menerbitkan sebuah produk animasi.
2.
AAM 2112
Ilustrasi Animasi
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur
seni dan prinsip rekaan. Pelajar akan dapat mengaplikasikan
unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni.
Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk meningkatkan
lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 84
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
AAM 2122
Seni Komik
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyampaian
mesej menggunakan komik dan kartun dengan melaksanakan proses
menjana idea dan mesej, rekaan watak dan latarbelakang, rekaan dialog
berlandaskan prinsip rekaan dan elemen rekaan.
2.
AAM 2102
Motion Capture
Kursus ini melatih pelajar mengendalikan sesebuah Motion Capture dalam
pembuatan setiap animasi 3D yang mempunyai pergerakan yang
kompleks untuk dibuat terus ke melalui software animasi 3D yang biasa.
Pelajar akan diedahkan dengan kaedah merekod, manipulasi, clean-up,
dan pemindahan aset dalam kursus ini.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 85
FAKULTI SENI HALUS Fakulti Rekaan Komunikasi Visual (Visual Communication Design – VCD) merupakan sebuah fakulti
yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang
menggabungkan ilmu fine arts, 3D design dan performing arts. Keunikan kursus ini ialah menawarkan
kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design hingga kepada moving
images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada kursus ini
berbanding dengan kursus rekaan komunikasi visual yang lain.
Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang
painting, drawing dan photography. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat menguasai
bidang senireka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banner, bunting, brochures, pamphlet,
corporate image dan lain-lain.
Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada moving
images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran
merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem dan
animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting
dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui rekaan bentuk (texture),
warna (color), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi membolehkan pelajar membuat rekaan
set dan prop, kostum, mekap, multimedia, pencahayaan dan bunyi.
Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti ADOBE
dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang kepada pelajar
melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran tinggi.
Graduan Diploma Rekaan Komunikasi Visual dan Diploma Seni Halus mempunyai potensi yang tinggi
untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri kreatif khususnya seni komunikasi visual
dan seni persembahan sama ada sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer), Pengarah Artistik (Artistic
Director), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art Director), Pereka Set (Set
Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Cahaya (Lighting Designer), Pereka Audio (Sound
Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan (Make-up Designer), Pereka
Multimedia (Multimedia Designer) dan Pelukis (Arstist).
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 86
SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK FAKULTI
DEKAN
Encik Suzlee bin Ibrahim @ Sulong
KETUA PROGRAM
Puan Rosyida Rozlan (Seni Reka Persembahan)
Encik Mohd Bakir Baharom (Seni Halus)
PENOLONG PENDAFTAR
Puan Yusniza Rahman
PEMBANTU TADBIR
Puan Norzaiton Akma binti Samsudin
PENSYARAH - PENSYARAH
Encik Mohd Safwan bin Ahmad
Encik Mohamad Aqbar bin Mohd Amin
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 87
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional
AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I
ARV 1013 Lukisan dan Catan ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual
ARV 1023 Fotografi ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi
ARV 1033 Rekaan Komunikasi AFV 1172 Rekaan Produksi I
ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks ARV 1042 Pengenalan Perisian ADOBE
18 unit kredit 16 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan Rekaan
ARV 2013 Pengenalan kepada Sinografi ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks
ARV 2033 Proses Rekaan Produksi APN 2493 Penerbitan Desktop
ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik ATE 2062 Rekaan Set dan Props
ATE 2112 Rekaan Kostum dan Solekan ARV 2002 Latihan Industri
15 unit kredit 14 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
ARV 3013 Amalan dan Gunaan Rekaan ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia
ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater
ARV 3032 Pengurusan Pameran
9 unit kredit 10 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 88
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I 1.
ARV 1013 Lukisan Dan Catan (Drawing And Painting)
Kursus yang menggabungkan pembelajaran lukisan dan catan. Pelajar akan diajar melalui kaedah mengenali bahan kajian atau “subject matter”, mengeksploitasi bahan dan bahantara, observasi dan sebagainya yang berkaitan. Seterusnya pemahaman ini akan digunapakai dalam pembelajaran catan. Pelajar akan diajar dalam beberapa aliran seperti realism, semi abstract, impressionist dan abstract. Pemahaman ini sangat berguna selain dari eskplotasi kendiri oleh pelajar.
2.
ARV 1023 Fotografi (Photography)
Kursus ini merupakan asas kepada program komunikasi visual. Pelajar akan didedahkan kepada asas fotografi, di mana keutamaan akan diberikan kepada penghasilan imej visual yang mampu untuk berkomunikasi secara langsung. Kursus ini juga akan dapat membuka minda pelajar kepada berbagai persepsi dalam penghasilan imej fotografi digital khususnya. Para pelajar akan didedahkan mengenai pencahayaan komposis, pengarahan seni, imej dan pengimejan.
3.
ARV 1033 Rekaan Komunikasi (Communication Design)
Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada peranan rekabentuk dalam konteks global dan pelbagai displin. Pelajar akan mempelajari prinsip-prinsip reka bentuk asas dan elemen reka bentuk seperti warna, tipografi, garisan dan bentuk bagi pemahaman estetik, aplikasi dan fungsi.
4.
ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks
Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui
pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi
terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu
akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang
menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.
TAHUN 1 SEMESTER II 1.
ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual (Visual Language and Culture)
Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada penggabungan fenomena budaya dalam pelbagai masyarakat. Ia berkaitan dengan alam sekitar, ideologi, kewarganegaraan, etnik, kelas sosial dan jantina. Ia adalah mengenai pemahaman gaya hidup tradisional dan kontemporari dari perspektif sejarah sosio-politik dan proses intepretasi dan pemindahan ke bentuk visual yang mampu memberikan pengertian dan kefahaman berdasarkan kerangka rujukan terhadap penggunaan bahasa dan amalan budaya sesebuah masyarakat.
2.
ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi (AutoCAD and Visualisation)
Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan praktikal mengenai pemahaman fungsi-fungsi penggunaan perisian Auto-CAD (Computer Aided Design). Perisian ini akan membantu pelajar mengenai pelaksanaan kerja-kerja merekabentuk sesebuah set (pentas, televisyen dan filem) menggunakan kaedah lukisan berkomputer; penghasilan dan pembuatan pelan lantai, lukisan 2D, lukisan 3D, perspektif dan pembuatan model. Kemahiran menggunakan perisian melukis melalui komputer ini akan membuka skop pekerjaan yang lebih luas dalam pelbagai bidang profesional.
3.
AFV 1172
Kursus ini merupakan asas pemahaman bidang rekaan produksi terutamanya mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 89
Rekaan Produksi I (Production Design I)
yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal hands-on
mengenai pengalaman skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk bengkel yang kan mengasah kemahiran pelajar untuk menceburi diri dalam bidang rekaan produksi filem. Dalam kursus ini juga pelajar akan dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan bengkel.
4.
ARV 1042 Pengenalan Prisisan ADOBE (Exploring ADOBE Software)
Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar di dalam penggunaan perisian ADOBE. Penjurusan dan pengkhususan akhirnya akan diberikan kepada ADOBE Photoshop, ADOBE Illustrator, ADOBE InDesign, ADOBE After Effects, ADOBE Flash, ADOBE Dreamweaver. Pelajar akan dikehendaki menghasilkan kerja-kerja kreatif di dalam bentuk ilustrasi.
TAHUN 2 SEMESTER I 1.
ARV 2013 Pengenalan Kepada Sinografi (Introduction to Scenography)
Kursus yang memberikan kefahaman teori dan pelaksanaan Sinografi dalam seni persembahan pentas. Melalui pembelajaran ini pelajar akan menjadi seorang tenaga artistic yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah produksi. Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.
2.
ARV 2033 Proses Rekaan Produksi (Production Design Process)
Subjek ini memberi pendedahan kepada teknik, prinsip-prinsip dan proses kerja dalam menghasilkan sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Bagaimana setiap elemen sinografi digunakan dan menyokong satu sama lain untuk mencapai suatu kesatuan didalam suatu bentuk rekaan. Subjek ini juga akan menyentuh mengenai elemen kesenian, pemikiran dan gabungan kerja kraf. Pelajar juga akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan di dalam kelas.
3.
ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik (Computer Graphic Design)
Kursus ini merupakan pendedahan pertama kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerja seni secara digital. Pelajar juga didedahkan kepada teknik penghasilan dan pengubahsuaian imej untuk menghasilkan poster secara digital, antaramuka perisian, halaman web, dan sebagainya. Kepentingan penggunaan „Layer‟ dan perbezaan setiap „Tools‟ dalam perisian Adobe Photoshop juga didedahkan kepada pelajar.
4.
ATE 2112 Rekaan Kostum dan Solekan (Costume Design and Make-Up)
Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan kostum dan juga teknik solekan.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 90
TAHUN 2 SEMESTER II 1.
ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan Rekaan (Introduction to Design Research)
Subjek ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pentingnya kajian dalam proses kerja rekaan. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik, metod dan proses kerja yang dilakukan dalam kerja kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Pelajar juga akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan didalam kelas.
2.
ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks (Design from Text)
Kursus ini merupakan keperluan asas permulaan persediaan sesebuah persembahan. Kemahiran menterjemah teks kepada visual ini akan melancarkan persediaan produksi. Pelajar akan mempunyai kemahiran sebagai tenaga penyokong kreatif yang berwibawa dalam menjayakan apa-apa persembahan.
3.
APN 2493 Penerbitan Desktop (Desktop Publishing)
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya.
4.
ATE 2062 Rekaan Set dan Props (Set and Props Design)
Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek penciptaan dan penyediaan set serta prop untuk sesuatu persembahan teater. Pelajar-pelajar akan digalakkan mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta pemahaman daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat dipraktikkan untuk tujuan pementasan.
5.
ARV 2002 Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini selama sebulan (4 minggu). Pelajar dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.
TAHUN 3 SEMESTER I 1.
ARV 3013 Amalan dan Gunaan Rekaan (Design and Practice)
Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal tentang amalan dan gunaan rekaan, membudayakan rekaan dan seterusnya kaedah pelaksanaan rekaan. Pelajar juga dapat menguasai kemahiran komunikasi interaktif.
2.
ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan (Business and Design)
Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan praktikal mengenai pemahaman perihal hubungkait rekaan dan perniagaan melaui perjalanan, pengalaman dan teori ekonomi terkini. Sebuah modul yang membuka mata pelajar untuk mengenali selok-belok langkah mempromosi dan seterusnya menjual hasil karya sendiri.
3.
ARV 3032 Pengurusan Pameran
Kursus yang memberikan kefahaman teori dan praktikal dalam seni pengurusan pameran. Melalui pembelajaran ini pelajar akan menjadi
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 91
(Exhibition Management) seorang tenaga Artistik yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah pengurusan pameran. Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.
TAHUN 3 SEMESTER II 1.
ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
Kursus ini mengarah kepada penyediaan pelajar menghadapi projek Penilaian Tahun Akhir. Pelajar akan berada di bawah pemantauan dan bimbingan staf akademik yang di kenalpasti oleh fakulti. Pelajar akan bertindak sebagai Sinografer atau Pereka Profesional dan diberi tugasan melaksanakan sebuah produksi.
2.
ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia (Asian Thought and Tradition)
Kursus yang memberikan kefahaman tentang pemikiran dan tradisi Asia melalui Seni Persembahan. Melalui pembelajaran ini pelajar dapat meneroka bidang seni, seni bina dan filem (tradisional dan kontemporari) yang merangkumi pelbagai gaya dan genre, termasuk konteks sosial, budaya dan sejarah mereka. Pelajar juga akan mengenali hubungan kompleks dalam pembangunan Pemikiran dan Tradisi Asia.
3.
ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater (Special Effect)
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta pengalaman asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah kesan khas dalam persembahan pentas (teater).
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 92
STRUKTUR KURIKULUM
DIPLOMA SENI HALUS
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II
AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1132 Bahasa Inggeris II
AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral
AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional
AWA 1172 Wayang Kulit I / Bangsawan I/ Makyung I/ Randai I/ Mek Mulong I
ASH 1012 Lukisan Asas ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D
ASH 1022 Fotografi Digital ASH 1062 Kajian Warna
ASH 1032
Elemen Dan Prinsip Seni Visual ASH 1072 Kajian Bahan
ASH 1082 Sejarah Dan Penghayatan Seni Visual
ASH 1092 Pengimejan Digital
15 unit kredit 15 unit kredit
2
AWA 2112 Wayang Kulit II/ Bangsawan II/ Makyung II/ Randai II/ Mek Mulong II
AWA 2212 Wayang Kulit III/ Bangsawan III/ Makyung III/ Randai III/ Mek Mulong III
AWA 2122 Bahasa Melayu ASH 2072 Lukisan Alternatif
ASH 2012 Lukisan ASH 2082 Catan
ASH 2022 Catan Asas ASH 2092 Cetakan
ASH 2032 Cetakan Asas ASH 2102 Arca
ASH 2042 Arca Asas ASH 2122 Teori Persepsi
ASH 2062 Seni Khat dan Ragam Hias ASH 2002 Latihan Industri
14 unit kredit 14 unit kredit
3
AWA 3112 Pengajian Malaysia ASH 3072 Alam dan Manusia
ASH 3012 Catan Alternatif ASH 3084 Kerjaya Seni
ASH 3022 Cetakan Alternatif ASH 3102 Persembahan Studio
ASH 3032 Arca Alternatif ASH 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
ASH 3052 Seni dan Komuniti
ASH 3082 Penyelidikan Studio
12 unit kredit 12 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 22
TERAS 60
ELEKTIF 08
90
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 93
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN
ASH 1012 Lukisan Asas Tahun 1, Semester I
ASH 1022 Fotografi Digital Tahun 1, Semester I
ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D Tahun 1, Semester II
ASH 1062 Kajian Warna Tahun 1, Semester II
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 94
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1. ASH 1012
Lukisan Asas
Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran dengan
lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan lakaran, pelajar
dikehendaki menghasilkan lakaran wajib sebanyak 500 helai setiap
semester. Projek melakar terbahagi kepada projek luar dan studio.
Pelajar didedahkan pada latihan melakar manusia, bangunan dan
alam sekitar.
2. ASH 1022
Fotografi Digital
Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada kemungkinan
mentafsirkan dunia dengan menggunakan kamera. Keutamaan dalam
imej fotografi ialah berbentuk luahan dengan menggunakan kamera
untuk meneroka dan mendapat gambaran imej secara digital.
3. ASH 1032
Elemen Dan Prinsip Seni
Visual
Kursus ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan asas elemen
dan prinsip seni tampak melalui proses pemahaman yang berhubung
dengan kebolehan menghasilkan data-data tampak secara analitikal
dalam menghasilkan sesuatu karya.
4. ASH 1082
Sejarah Dan Penghayatan
Seni Visual
Kursus ini membolehkan pelajar membuat pemerhatian terhadap objek
seni dan fasih membuat pernyataan estetik. Pelajar juga akan
didedahkan kepada objek seni dan karyawan seni supaya dapat
berinteraksi secara kritis dan kreatif. Penumpuan diberikan bagi
mengenali Tokoh Agong tempatan dan serantau Asia Tenggara.
Pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah dan
aplikasi pelbagai ini, bakal memupuk nilai murni, nilai jati diri, nilai
kepekaan terhadap persekitaran.
TAHUN 1 SEMESTER II
1. ASH 1052
Kajian 2D Dan 3D
Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan menyelesaikan
masalah secara analitikal dan kreatif dalam bentuk 2 dan 3 dimensi.
Pengenalan awal kepada bahan dan bahantara serta alat-alat yang
boleh digunakan ke arah merealisasikan karya seni yang tinggi nilai
estetiknya. Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan
pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan melahirkan idea
dalam setiap karya yang dihasilkan.
2. ASH 1062
Kajian Warna
Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi serta
kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna melalui latihan
secara teori, praktik dan observasi.
3. ASH 1072
Kajian Bahan
Kajian Bahan ini merupakan satu matapelajaran untuk bidang seni
cetak, seni arca dan seni catan. Pelajar-pelajar dikehendaki membuat
kajian terhadap bahan dengan bantuan pensyarah atau pakar dari luar
dalam bidang yang berkaitan. Kajian termasuk bahan semulajadi
seperti bentuk padu dan serat.
4. ASH 1092
Pengimejan Digital
Kursus ini memberi pendekatan praktikal dalam pengimejan digital dan
pengaplikasian dalam memperkenalkan perbezaan sosial, artistik,
teoritikal, dan amalan budaya yang merupakan keperluan dalam
penghasilan karya pengimejan digital. Kursus ini membolehkan
pelajar berkomunikasi secara visual, meneroka dan memberi respon
melalui pengimejan digital.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 95
TAHUN 2 SEMESTER I
1.
ASH 2012
Lukisan
Kursus ini menawarkan kepada pelajar cara-cara melukis objek
berbagai bentuk dengan tumpuan diberi pada ketelitian dan ketetapan
objek. Penekanan diberikan untuk membezakan diantara melukis
benda-benda hidup (nature) dan mati (buatan manusia).
2.
ASH 2022
Catan Asas
Cat air dan akrilik merupakan medium yang popular di dalam
menghasilkan karya catan. Pelajar didedahkan pada pengertian catan
dan bahan-bahan yang digunakan untuk catan. Kursus ini juga
membolehkan pelajar mengenal dan mencuba berbagai medium catan
seperti cat air dan akrilik. Sesuai dengan matlamat ASWARA pelajar
juga dibimbing dan diarahkan untuk menghasilkan karya-karya yang
bermotifkan elemen-elemen warisan negara.
3.
ASH 2032
Cetakan Asas
Kursus ini merupakan satu aktiviti dan pembelajaran yang
menggunakan asas-asas berkarya iaitu; prinsip seni tampak,
penghayatan seni tampak, lakaran, seni karya tangan dan muzik
tradisional. Ia juga termasuk pelajaran sejarah dan falsafah seni, serta
wayang kulit. Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa
pengantaraan. Seni cetakan merupakan medium yang digunakan
untuk berkarya.
4.
ASH 2042
Arca Asas
Pendedahan awal pelajar membuat karya seni arca sebenar.
Pengalaman tantang bahan dan teknik seni arca. Mula menerapkan
nilai warisan ke dalam bentuk karya menerusi gayaan dan sindiran.
Memperkenalkan apa itu seni arca sezaman yang berjiwa warisan.
5.
ASH 2062
Seni Khat dan Ragam Hias
Pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan terhadap ragam hias
serta rekaan motif pada berbagai seni karya tangan dan persuratan
tradisional. Penekanan ditumpukan pada kehalusan hasil kerja artifak-
artifak tersebut.
TAHUN 2 SEMESTER II
1.
ASH 2072
Lukisan Alternatif
Kursus semester ini memberi penekanan kepada ketelitian objek-objek
alam benda yang dilukis pelajar. Tumpuan diberi pada melukis
anatomi manusia. Pelajar juga ditekankan untuk dapat menguasai
melukis mengikut cita rasa individu. Kursus ini juga menekankan
pelajar untuk melukis di atas kertas ukuran besar.
2.
ASH 2082
Catan
Kursus ini memberi penekanan kepada para pelajar untuk memcuba
dan menguasai aliran-aliran yang terdapat dalam seni catan. Pelajar
harus dapat menguasai aliran realis hingga ke abstrak. Penekanan
diberi pada aliran yang pelajar dapat menguasai dengan baik.
3.
ASH 2092
Cetakan
Pembelajaran seperti teori persepsi, kajian bahan, dan teori warna
akan membantu mengembangkan karya pelajar. Dengan sejarah seni,
kajian budaya serta ragam hias, ia akan mengembangkan proses idea
dalam berkarya. Di sini pelajar akan di ajar berkarya dengan cara yang
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 96
lebih konstruktif dan objektif.
4.
ASH 2102
Arca
Pelajar akan dapat menghasilkan arca yang menerapkan nilai-nilai
warisan, dapat mengenal bentuk dan corak karya. Pengolahan
kreativiti pelajar didalam menghasilkan karya moden yang bercirikan
warisan supaya mereka jelas dan mampu menghasilkan karya dengan
baik.
5.
ASH 2122
Teori Persepsi
Pelajar akan diberi pendedahan dan kefahaman tentang teori persepsi
serta kepentingan tatabahasa visual dan kaitannya dalam komunikasi
visual. Kaedah-kaedah ekspresi visual dan hubungkaitnya dengan
psikologi dalam rekaan.
6.
ASH 2002
Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus.
Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja
yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib
mengikuti Latihan Industri ini selama sebulan (4 minggu). Pelajar
dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka
mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh
seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti.
Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah
penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga
laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.
TAHUN 3 SEMESTER I
1.
ASH 3012
Catan Alternatif
Pelajar dikehendaki mengemukakann idea dalam bentuk tulisan,
lakaran-lakaran dan lukisan untuk meneruskan catan mereka. Pelajar
juga perlu mengadakan penyelidikan, penelitian dan sedia
bertanggungjawab pada karya yang akan dihasilkan.
2.
ASH 3022
Cetakan Alternatif
Pelajar akan diasuh berkarya dengan lebih objektif dan konsisten
dengan bantuan matapelajaran Lukisan Alternatif, Metodologi dan
Kemahiran Komunikasi. Pelajar diajar bersikap rasional dan terurus
dalam berkarya.
3.
ASH 3032
Arca Alternatif
Pelajar akan berpengetahuan dan melalui suatu pengalaman tentang
persediaan penghasilan arca. Penekanan terhadap hasilan arca,
kandungan yang mengadaptasikan nilai serta entiti budaya dan
warisan lampau serta mengangkat seni warisan ke persada dunia.
4.
ASH 3052
Seni dan Komuniti
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap projek seni
berorientasikan komuniti. Menerusi kursus ini, pelajar akan menimba
pengalaman praktis dalam aspek-aspek perlaksanaan kegiatan
komuniti dengan menggunakan kemahiran studio dan kreativiti.
Menerusi projek ini, pelajar juga akan didedahkan dengan beberapa
kaedah perlaksanaan kajian aksi berdasarkan projek yang
dilaksanakan dengan komuniti. Kursus ini juga menjadi titian antara
ASWARA dengan beberapa komuniti terpilih.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 97
5.
ASH 3082
Penyelidikan Studio
Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berkaitan metodologi penyelidikan studio. Pelajar akan
didedahkan dengan konsep asas berkaitan dengan pendekatan ilmiah
dalam membuat penyelidikan untuk projek studio.
TAHUN 3 SEMESTER II
1.
ASH 3072
Alam dan Manusia
Di peringkat ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan tentang
alam kosmologi dan penglibatan manusia terhadapnya. Pembelajaran
akan ditumpukan pada konsep seni tradisional sejagat dan bagaimana
ianya mempengaruhi seni tradisional tempatan.
2.
ASH 3084
Kerjaya Seni
Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman asas berkaitan proses persediaan untuk melangkah ke
alam kerjaya seni secara profesional. Dalam kursus ini, pelajar akan
didedahkan dengan beberapa aspek asas, skop dan dimensi kerjaya
berkaitan dengan bidang seni halus, terutama sekali penjenamaan
yang meliputi pembinaan identiti, strategi komunikasi dan rangkaian,
rekabentuk pemasaran dan promosi. Pelajar juga akan diperkenalkan
kepada beberapa struktur dan rangkaian individu, organisasi dan
badan-badan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam
perkembangan dan amalan seni halus tempatan dan antarabangsa. Ini
termasuklah pemilik dan pengusaha muzium dan galeri, promoter,
kurator, penulis/kolumnis, kolektor atau pembeli, pereka, jurugambar,
penaja, dan pihak media seperti editor dan wartawan.
3.
ASH 3102
Persembahan Studio
Kursus ini membina kemahiran asas terhadap persembahan studio,
pengurusan folio dan komunikasi yang berkesan di antara pelukis dan
khalayaknya.
4.
ASH 3994
Penilaian Tahun Akhir
(PeTA)
Para pelajar akan menghasilkan satu projek akhir di dalam salah satu
modul seni halus (catan/cetakan/arca). Pembentangan tajuk pilihan
dibuat dalam kuliah untuk mendapat persetujuan. Projek akhir ini
berbentuk satu kajian terperinci yang menitikberatkan kepada kajian-
kajian, analisa, perkembangan idea dan karya akhir.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 98
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
TAHUN 1 SEMESTER I
1.
ASH 1012
Lukisan Asas
Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran dengan
lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan lakaran, pelajar
dikehendaki menghasilkan lakaran wajib sebanyak 500 helai setiap
semester. Projek melakar terbahagi kepada projek luar dan studio.
Pelajar didedahkan pada latihan melakar manusia, bangunan dan
alam sekitar.
2.
ASH 1022
Fotografi Digital
Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada kemungkinan
mentafsirkan dunia dengan menggunakan kamera. Keutamaan dalam
imej fotografi ialah berbentuk luahan dengan menggunakan kamera
untuk meneroka dan mendapat gambaran imej secara digital.
TAHUN 1 SEMESTER Ii
1.
ASH 1052
Kajian 2D Dan 3D
Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan menyelesaikan
masalah secara analitikal dan kreatif dalam bentuk 2 dan 3 dimensi.
Pengenalan awal kepada bahan dan bahantara serta alat-alat yang
boleh digunakan ke arah merealisasikan karya seni yang tinggi nilai
estetiknya. Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan
pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan melahirkan idea
dalam setiap karya yang dihasilkan.
2.
ASH 1062
Kajian Warna
Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi serta
kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna melalui latihan
secara teori, praktik dan observasi.
BUKU PANDUAN AKADEMIK SESI 2020/2021 Pengajian Diploma
Bahagian Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
| 99
Disahkan oleh Lembaga Pengajian ASWARA pada
JULAI 2015 di dalam
MESYUARAT LEMBAGA PENGAJIAN AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
(ASWARA)