selawat syifa

4
Selawat Syifa Berikut adalah selawat syifa. Bacalah selawat ini setiap hari, berapa banyak pun tak pe. Kalau hafal lagi bagus. Insya-Allah dengan izin-Nya penyakit yang anda alami akan berkurangan... Bacalah dengan yakin kerana Allah s.w.t, sambil berserah sepenuhnya kepada-Nya. Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya "Kumpulan Dzikir dan Do'a" 19 perkara: 1. Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah S.W.T. 2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus kejahatan. 3. Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi pengakuan kesempurnaan iman. 4. (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik (pada sisi Allah) 5. Mendekatkan diri kepada Allah 6. Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba 'abdi) 7. Menghasilkan syafa'at (Nabi) 8. Memperoleh penyertaan dari Mala'ikat Ar-Rahmah

Upload: violet

Post on 14-Jun-2015

1.092 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selawat Syifa

Selawat Syifa

Berikut adalah selawat syifa. Bacalah selawat ini setiap hari, berapa banyak pun tak pe. Kalau hafal lagi bagus. Insya-Allah

dengan izin-Nya penyakit yang anda alami akan berkurangan...

Bacalah dengan yakin kerana Allah s.w.t, sambil berserah sepenuhnya kepada-Nya.

Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya "Kumpulan Dzikir dan Do'a" 19 perkara:

1. Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah S.W.T. 2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus kejahatan. 3. Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi pengakuan kesempurnaan iman. 4. (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik (pada sisi Allah) 5. Mendekatkan diri kepada Allah 6. Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba 'abdi) 7. Menghasilkan syafa'at (Nabi) 8. Memperoleh penyertaan dari Mala'ikat Ar-Rahmah 9. Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya disampaikan Mala'ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w. 10. Membuka kesempatan berbicara (bercakap - P) dengan nabi s.a.w. 11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki.

Page 2: Selawat Syifa

12. Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus kali selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan memberi penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya. 13. Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya. 14. Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup bersedekah. 15. Menggandakan -gandakan pahala yang diperolehi. Apabila seseorang berselawat di hari Juma'at, maka Tuhan berikan kepada pahala yang berlipat ganda. 16. Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan Rasullah s.a.w di hari Kiamat. 17. Menjadi sebab diterima do'a 18. Melepaskan diri dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat kepada nabi, ia akan menghadapi kebengungan dan kekacauan di hari Mahsyar (Perhimpunan sesudah manusia dikumpulkan-P). 19. Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan suatu tugas 'ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi muhammad s.a.w. yang wajib dipenuhi."

selawat maulidur rasul

Page 3: Selawat Syifa

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Page 4: Selawat Syifa