sejarah.docx

5
IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963 Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19. Lord Brassey merupakan pengarah Syarikat Borneo utara pada tahun 1887 menyuarakan padangannya agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah(Borneo Utara) dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Upload: stephanie-johnson

Post on 18-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19.

Lord Brassey merupakan pengarah Syarikat Borneo utara pada tahun 1887 menyuarakan padangannya agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah(Borneo Utara) dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Pada tahun 1948, Malcolm MacDonald merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952) pula mencadangkan agar Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

Pada tahun 1956, Dato Onn bin Jaafar telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia kerana menurut beliau, British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura degnan Persekutuan Tanah Melayu.

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura degan Persekutuan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, idea ini tidak dipersetujui oleh Tuanku Abdul Rahman kerana gabungan tersebut akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.Semua pemimpin dan rakyat Malaysia pada hari ini sewajarnya tidak mengenepikan sejarah dan menghargai perjuangan anak bangsa sehingga Malaysia tertubuh. Kenapa Hari Malaysia tidak mendapat tempat dalam kalendar negara (cuti umum seluruh negara)? Adakah sengaja dilupakan atau tidak mahu rakyat tahu apa hak mereka sebagai rakyat Malaysia sebenarnya.Nota: Para pemimpin Semenanjung Malaysia (Malaya), Sabah dan Sarawak, janganlah menodai perjanjian yang sudah dimeterai dan membelakangkan hak dan kuasa rakyat, kerana sesungguhnya Malaya, Sabah, dan Sarawak yang membentuk Malaysia Hari Ini.