sejarah perkembangan komputer · pdf file sejarah perkembangan komputer komputer merupakan...
Post on 14-Oct-2020
16 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Sejarah perkembangan komputer
Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah
masa depan. Kesan penciptaan komputer tersebut dapat dirasai. Hal ini demikian kerana,
penciptaannya telah membawa banyak perubahan kepada dunia. Komputer juga menjadi alat
terpenting yang amat diperlukan di dalam dunia yang serba canggih ini.
Komputer pertama yang dibina didunia ini dicipta oleh howard aiken dari university
harvad. Ciptaan tersebut terhasil pada tahun 1944 dan dipanggil MARK I atau ASCC
(automatic sequence kalkulator kawalan). Mark i merupakan mesin elektromekani yang
dibina untuk mengira trajektori shell meriam.
Bil Gambar Keterangan
1
Generasi pertama
Tahun diperkenalkan : 1946-1959
Komponen utama : Lampu Tabung
Keperluan : Alat Pendingin ( cepat panas)
Kekurangan :
- Penggunaan eletrik yang tinggi
- Proses relatif lambat
- Kapasiti data kecil
Generasi kedua
Tahun diperkenalkan : 1959-1965
Komponen utama : Transistor
Generasi ketiga
Tahun diperkenalkan : 1965-1970
Komponen utama : IC (integrated circuits)
Kelebihan :
- kapasiti lebih tinggi
Generasi keempat
Tahun diperkenalkan : 1970-1980-an
Ciptaan yang lebih kompleks dan terintigriti
Generasi kelima
Tahun diperkenalkan : 1980
Komputer pada zaman ini membolehkannya
menterjemah bahasa manusia (bercakap)
Kesan daripada perkembangan serta penciptaan komputer, kita dapat melihat banyak
perubahan yang telah berlaku. Komputer menjadi alat yang paling penting dengan dunia kita
pada hari ini. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan komputer kita dapat berhubung
serta berkomunikasi dengan dunia luar walaupun kita hanya menghadap komputer di dalam
bilik. Sejarah perkembangan komputer telah merubahn dunia teknologi. Penemuan terpenting
melalui perkembangan komputer ialah internet. Internet adalah alat yang penting untuk
membantu kita bagi mendapatkan maklumat.
Perkembangan telekomunikasi
Sejarah komunikasi manusia telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Telekomunikasi dikatakan bermula dengan lukisan di dinding gua, api, air dan asap sebagai
alat untuk berhubung di antara satu dengan yang lain.. telekomunikasi moden telah berubah
apabila muncul telegraf dan telefon. Telekomunikasi moden itu telah muncul pada tahun
1870-an. Sesetengah berpendapat bahawa telekomunikasi adalah alat elektronik untuk
berhubung dengan jarak jauh.
Sejarah telekomunikasi Malaysia bermula dengan kemunculan telegraf yang telah
digunakan bagi menghubungkan pejabat residen british ( kuala kangsar) dengan penolong
residen di pejabat majistert di matang, perak pada 16 april 1876.
Sejarah telekomunikasi telah tercatat pada tahun 1886 untuk menghubungkan diantara
kuala lumpur, Melaka dan singapura. Setelah perubahan berlaku dalam bidang ini,
kemunculan telefon telah diperkenalkan sekitar tahun 1891. Pada tahun 1895, 21 buah
telefon telah diperkenalkan bersama 400 batu talian.
Setelah Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggalakkan
program-program pembangunan dalam bidang telekomunikasi. Pada tahun 1963, Malaysia
telah menubuhkan bidang telekomunikasi di Malaysia. Rakyat di sabah dan Sarawak akan
berhubung di antara satu dengan yang lain dengan menggunakan gelombang mikro.
Pada tahun 1970-an, pembinaan stesen satelit telah membantu dalam penerokaan
bidang telekomunikasi. Sistem satelit di kuatna dengan dibangunkan dan dirasmikan pada 6
april 1970.
Stesen satelit kuantan adalah untuk menghubungkan satelit ruang angkasa lautan
hindi, INTELSAT 3, (Konsortium Satelit Telekomunikasi Antarabangsa) yang merentasi
Malaysia dengan India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia. Kesan daripada
perkembangan bidang komunikasi telah membuka ruang kepada stesen radio dibangunkan.
Radio televisyen Malaysia (RTM) yang telah dibangunkan telah membantu rakyat Malaysia
untuk mengetahui serta mengalami detik bersejarah dalam pelancaran dan pendaratan kapal
angkasa Apollo di bulan.
Dasar telekomunikasi Negara (DTN) telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada 17 mei 1994. Objektif penubuhan dasar tersebut adalah untuk
menyokong dalam pencapaian matlamat dasar pembangunan Negara. Dasar ini juga
bertujuan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 kearah mewujudkan masyarakat
berpengetahuan dan bermaklumat.
Pada 1 april 1946, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan jabatan baru iaitu jabatan
telekom Malaysia dan telah diswastakan pada 1987. Satelit Asia Timur Malaysia,
(MEASAT-1) dilancarkan dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, dikuti
MEASAT-2 pada 13 November dan MEASAT-3 pada 12 Disember 2006. Kini Measat
Satellitte Systems Sdn. Bhd. (Measat), telah menjadikan industry komunikasi satelit asia
pasifik semakin berpotensi dari segi komersial.
Bidang telekomunikasi Malaysia telah banyak berkembang dan menyerlahkan lagi nama
Malaysia di mata dunia. Telekomunikasi amat penting dan mempengaruhi kehidupan rakyat.
Bidang telekomunikasi telah diberi penekanan oleh kerajaan Malaysia. Hal ini demikian
kerana bidang telekomunikasi amat penting dalam dunia yang semakin moden.
Perkembangan bidang telekomunikasi telah membantu kita untuk mencipta alat baru
iaitu radio. Radio telah membolehkan kita untuk berhibur dan mendapat info-info semasa
tentang dunia luar. Kesan daripada perkembangan bidang telekomunikasi juga telah
membantu kita untuk membina rangkaian telefon. Dengan menggunakan telefon, kita dapat
menghubungi orang yang kita ingin pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada.
Sejarah perkembangan televisyen
Televisyen merupakan sejenis media telekomunikasi yang digunakan untuk menyiarkan
gambar yang bergerak sama ada hitam putih atau gambar berwarna. Televisyen akan
diiringan dengan audio untuk menjelaskan lagi fungsi sebenar televisyen. Televisyen
dikatakan berasal daripada perkataan bahasa greek “tele” (jauh) dan perkataan latin iaitu
“visio” (penglihatan).
Televisyen mula dijual di pasaran bermula pada tahun 1930-an. Fungsi utama
televisyen ialah sumber hiburan dan berita. Pada tahun 1970-an, pita video telah muncul
bersama cakera laser dan DVD yang kini dikenali sebagai Blu-ray. Televisyen akan
digunakan untuk menyiarkan pita-pita video tersebut.
Faks dan pantelegraf merupakan alat pertama yang digunakan untuk memancarkan
gambar yang boleh bergerak. Kedua-dua benda tersebut telah dimajukan pada abad ke-19.
Imej tersebut pada mulanya dilancarkan pada telefonoskop (gabungan gambar dan telefon)
Pada tahun 1880-an, Paul Gottlieb Nipkow telah menggunakan cakera pengimbas
untuk menghasilkan gambar yang boleh bergerak. Gambar bergerak dapat dihasilkan apabila
lubang cakera yang telah dijarakkan yang membolehkan cahaya menembusi pengesan buatan
selenium. Kesannya, denyutan elektrik dapat dihasilkan. Elektrik tersebut dapat membantu
kita paul memancarkan gambar yang boleh bergerak. Stereusnya, tiub sinar katod (CRT)
telah digunakan sebagai peranti untuk memaparkan imej bergerak. Namun begitu, imej yang
dipaparkan masih belum dapat bergerak. Hal ini demikian kerana, kepekaan pengesan
selenium masih tidak memadai.
John Logie Baird yang berbangsa Scotland telah menunjukkan cara-cara untuk
memancarkan imej bergerak. Pada tahun 1927, sistem rakaman video pertama dicipta iaitu
“phonovision”. Léon Theremin telah membangunkan sistem televisyen berasaskan
gelendong cermin. Gelendong tersebut menggunakan teknik selang seli untuk mencapai
leraian imej sebanyak 100 baris.
Akhirnya, pada tahun 1927 Philo T Farnsworth. Seorang ilmuwan yang berasal dari
Utah, Amerika Syarikat memperkenalkan sistem televisyen pertama yang menggunakan
imbasan eletronik dalam kedua-dua peranti penerimaan dan paparan dapat dihasilkan.
Telvisyen mula diterima umum bermula pada tahun 1930-an.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Paul_Gottlieb_Nipkow http://ms.wikipedia.org/wiki/John_Logie_Baird http://ms.wikipedia.org/wiki/L%C3%A9on_Theremin
Pada tahun 1940, peter goldmark telah memperkenalkan televisyen berwarna yang
pertama. Televisyen tersebut disiarkan melalui resolusi 343 garis. Remote televisyen pula
telah diperkenalkan pada tahun 1975 oleh Eugene Polley. Penemuan tersebut telah membantu
manusia untuk melihat iklan semasa menonton televisyen.
Televisyen jenis plasma telah diperkenalkan pada tahun 1995. Larry Weber yang
bertanggungjawab dalam memperkenalkan jenis televisyen yang baru iaitu tv plasma. Pada
tahun 2000 ke atas, Pengembangan produk LCD, Plasma bahkan CRT bermula dari HDTV
(High Definition TV) dari satu saluran tv menjadi banyak saluran.
imej bergerak pertama yang dihasilkan oleh baird di sekitar tahun 1926