sejarah perkembangan b

Upload: dolah-bin-saimin-dolah

Post on 21-Jul-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN B. MELAYUDalam blog ini saya akan sertakan seberapa banyak bahan berguna yang berkitan dengan kursus ini agar digunakan oleh anda semua sebagai pengajaran. gunakan bahan ini sebaik mungkin kerana banyak membantu anda semua di samping saya sertakan blog lain yang berkitan dan mempunyai manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran kursus SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.

ASAL-USUL BAHASA MELAYUPENGENALAN Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba. BAHASA MELAYU KUNO Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab. Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-

kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno. Batu Bersurat Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah: (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang. (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy): Svasti cricakavarsatita 605 ekadaci cuklapaksa vulan vaicakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayatra di saptami cuklapaksa vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar (Kamvar) mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau

dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang di matada (nau) sukhacitta di pancami cuklapaksa vulan asada laghu mudita datang marvuat vanua ... Crivijaya jaya siddhayatra subhika ... Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini: vulan = bulan nayik = naik samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar) mangalap = mengambil (maksudnya mencari) marlapas = berlepas mamava = membawa vala = bala = balatentera laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya) dangan = dengan sarivu = seribu tlu = telu = tiga sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas vanakna = banyaknya sukhacitta = sukacita marvuat = berbuat vanua = benua = negeri ko = ke Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini: Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelasdari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari rezeki pada hari ketujuh bulan terangbulan jyesta dapunta baginda berlepas dari muara Kampar membawa askar dua laksadua ratus orang di perahu yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka citapada hari kelima bulan terang bulan asadadengan lega datangmembuat negeri ... Seriwijayayang berjaya, yang bahagia, yang makmur

Batu Bersurat Talang Tuwo. Kita perhatikan pula bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang telah ditransliterasikan ini: Svasti. cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. sana tatkalana parlak Criksetra ini. niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini. niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna. tathapi haur vuluh pattung ityevamadi. punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara. varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai. tmu muah ya ahara dngan air niminumna. savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara. marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. pidana svapnavighna.

varang vuatana kathamapi. anukula yang graha naksatra pravis diya. Nirvyadhi ajara kavuatanana. tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya. yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra. marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya. tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. samahitacinta. tmu ya prajna smrti medhavi. punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. anubamacakti. jaya tathapi jatismara. avikalendriya. mancak rupa. subjaga hasin halap. ade yavakya vrahmasvara. jadi laki. svayambtu. puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita

clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi. Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah: vulan = bulan tatkalana = tatkalanya nivarbuat = diperbuat savanakna = sebanyaknya nitanam = ditanam niyur = nyiur hanau = enau rumvia = rumbia dngan = dengan nimakan = dimakan vuahna = buahnya tathapi = tetapi haur = aur vuluh = buluh pattung = betung tlaga = telaga punyana = punyanya tmu = temu, bertemu margga = marga sukha = suka niminumna = diminumnya savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya vuatna = buatnya manghidupi = menghidupi prakara = perkara varang = barang vuatana = buatannya marvvangun = membangun Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini: Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya

dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi. Daripada terjemahan ini jelas pada kita bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya. Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an. Batu Bersurat Karang Brahi. Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu batu bersurat terpenting, namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat ini.Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh.

Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.

LIFE DOESNT STOP WHEN THE SUN GOES DOWNTerdapat ralat dalam alat ini

Pengikut

Share itTerdapat ralat dalam alat ini

Kaligrafi Islam 1

Kaligrafi Islam 2

Kaligrafi Islam 3

Amazon MP3 ClipsTiada catatan. Tiada catatan.Laman utama Langgan: Catatan (Atom)

ASAL USUL BAHASA MELAYUAsal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan

hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

ASAL USUL KATA MELAYUPERKATAAN MELAYU Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari Kerajaan Mo-loyeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644 (Masihi). Kerajaan Mo-lo-yeu ini

dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian Selatan) yang ada sekarang ini.Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu. Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang.Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat perkataan Mo Lou Y (u terdapat dua titik). Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu. Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh 1286 M. Dan di dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini: "Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya". Harun Aminurrashid mengatakan bahawa "...bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari (kini Sungai Jambi). Di kawasan hulu Sungai Jambi itulah dahulu pada kira-kira seribu lima ratus tahun lebih, telah ada sebuah Kerajaan Melayu sebelum (ada dan) semasa terkenal Kerajaan Sriwijaya atau Palembang Tua .... Kerajaan Sriwijaya telah mengalahkan Kerajaan Melayu sekitar abad ke-7 M. Walaupun dari segi pemerintahan Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama semasa menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa rasmi pemerintahan Sriwijaya. Malahan pada Batu Bersurat Kartanegara yang dijumpai di Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, ditemui perkataan Malayapura yang ertinya Kerajaan Melayu".Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu. Padahal Batu Bersurat Gandasuli ini ditulis dengan huruf Dewanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara bagi penyebaran agama Budha (lihat lampiran 2). Demikian juga batu yang telah

ditemui di Kedu (Jawa Timur) yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti namun bahasanya menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh bahasa Melayu. Walaupun penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) memperlihatkan tulisan yang digunakan ialah huruf Palava, ia tidak bermakna bahawa tidak ada tradisi tulisan sebelum itu. Sebelum orang India datang ke alam Melayu, di kawasan Nusantara ini telah dikenali tulisan atau aksara Lontara di Sulawesi Selatan, aksara Batak di Sumatera Utara, dan aksara Rencong di Sumatera Selatan (lihat lampiran 2). Pada masa itu aksara Rencong ini digunakan untuk merakam cerita, pantun, atau yang sejenisnya. Setakat ini, aksara Renconglah yang dianggap sebagai huruf asli bahasa Melayu. Oleh kerana ia ditulis pada daun dan kulit kayu maka dengan sendirinya tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun, aksara Rencong ini kini masih dapat disaksikan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London. Berkenaan dengan aksara Batak atau Surat Batak yang disebutkan di atas, E. St. Harahap berpendapat bahawa orang Batak termasuk bangsa yang tua di dunia, sama tuanya dengan bangsa Assiria, Kaldea, dan Mesir Tua. Dengan demikian, tentulah aksara Batak, atau aksara Lontara mahupun aksara Rencong bukan peniruan daripada huruf India sama ada Brahmi, Palava, Dewanagari, atau aksara Sanskrit. Bandingkanlah aksara Lontara, Batak, dan Rencong di atas dengan aksara Brahmi, Palava, Dewanagari, dan Sanskrit. Walau bagaimanapun, pengaruh aksara India Kuno terlihat jelas pada aksara Jawa. Bandingkan bentuk beberapa aksara yang dibincangkan ini pada lampiran 2. KESIMPULAN Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu: Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa. Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud. Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai.

Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya. Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga abad ke-18). Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi daerah Jambi berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-dua bahasa ini tentulah ada pertaliannya. Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak (secara khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih terperinci, seperti rekonstruksi bahasa Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa yang terdapat di benua Asia ini. RUJUKAN TAMBAHAN @ Zuber Usman. Bahasa Melayu sebelum dan sesudah menjadi lingua franca, 1976, m.s. 6. @ Ismail Hamid. Kesusasteraan Melayu lama dari warisan peradaban Islam, 1983, m.s. 10. @ Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966, m.s. 7. @ Nik Safiah Karim. et al. Tatabahasa Dewan, 1986. Jil. 1, m.s. @ Harun Aminurrashid, op. cit., m.s. 9-10 @ Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 26.

PENGARUH SANSKRITPengaruh Bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain akibat daripada pertembungan dengan masyarakat luar. Antara bahasa lain yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajah Barat seperti bahasa Inggeris, Belanda dan Portugis. Pengaruh ini adalah disebabkan oleh perdagangan, penjajahan, penyebaran agama dan penyelidikan. Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula sejak zaman awal kedatangan manusia Melayu dari Yunan pada 2500 hingga 1500 tahun Sebelum Masihi sehinggalah bahasa Melayu

diletakkan sebagai bahasa kebangsaan apabila negeri-negeri di Alam Melayu mencapai kemerdekaan. Tahap pertama bermula sejak zaman kedatangan orang Melayu dari Yunan ke Alam Melayu hinggalah membawa kepada zaman meresapnya pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh Bahasa Sanskrit Orang Melayu dikatakan berasal dari Yunan dan dikenali sebagai Melayu Deutro. Bahasa yang digunakan dinamakan bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dapat meresap ke dalam bahasa Melayu melalui para pedagang dari India yang berulang-alik atau singgah di Kepulauan Melayu yang ketika itu menjadi pusat perdagangan. Kedatangan para pedagang India dan penyebar agama Hindu menyebabkan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa golongan kelas atasan digunakan dengan meluas. Para pedagang yang menetap di rantau mengamalkan agama Hindu dan Buddha serta mengamalkan adat-istiadat negara asal mereka. Masyarakat asal Kepulauan Melayu yang bergiat dalam perdagangan juga turut membawa bahasa Sanskrit ke rantau ini. Kemasukan pengaruh Sanskrit ini membawa kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dapat diangkat daripada menjadi bahasa yang rendah tarafnya menjadi bahasa yang bertaraf tinggi. Pada zaman itu, bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu purba. Selain itu banyak istilah yang baru dimasukkan yang meliputi seluruh aspek kehidupan, iaitu daripada nama-nama bahagian tubuh, nama binatang, soal keagamaan, pelayaran, tumbuhan dan pernyataan fikiran. Ini menjadikan bahasa itu lengkap dan boleh digunakan untuk menyatakan sebarang maksud dan menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi. Pengaruh Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung iaitu apabila istilah daripada bahasa Sanskrit diterima terus ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Ini kerana istilah itu memang tiada langsung dalam bahasa Melayu atau istilah sedia ada tetapi digantikan dengan bahasa Sanskrit kerana lebih elok disebut atau lebih tinggi tarafnya atau istilah yang ada dalam bahasa Melayu tidak lengkap maksudnya. Pengaruh tidak langsung ialah penyesuaian yang dibuat daripada proses pinjaman itu. Pengaruh utama adalah dari segi kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit kerana tidak cukup kata dalam bahasa Melayu kuno untuk menyatakan pengertian-pengertian asing serta kesediaan di kalangan tertentu untuk menggunakan bahasa asing yang dianggap lebih standard, lebih tinggi tarafnya dan kemuliaannya. Berikut disertakan perkataan asal bahasa Sanskrit yang masih digunakan dalam bahasa Melayu hingga sekarang. Perkataan asal tersebut diakses daripada Capeller's Sanskrit-English Dictionary. Capeller's Sanskrit-English Dictionary dibangunkan bertujuan untuk menyediakan korpus leksikal asas yang memudahkan perkataan Sanskrit diterjemah dan dianalisis dalam tulisan

Rumi. Vokal dalam bahasa Sanskrit: a aa ii i u uu R RR L LL e ai o au aM aH Konsonan dalam bahasa Sanskrit: k kh g gh G c ch j jh J T Th D Dh N t th d dh n p ph b bh m y r l v z Ssh Penutup Sebagai akibat daripada penjajahan, kemasukan unsur-unsur Barat dalam bidang morfologi dan sintaksis serta gaya dan cara pengungkapan bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu telah banyak menerima perkataan dan unsur bahasa lain yang banyak sama ada dari Barat ataupun Timur. Proses ini masih berterusan dan dianggap positif sebagai sumber yang mengembangkan bahasa Melayu sehingga kini. Walaupun bahasa Sanskrit dianggap sudah mati, namun sumbangan perkataan-perkataan Sanskrit telah banyak membantu membina dan meninggikan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap serta mencakupi semua bidang dalam arus globalisasi ini. Bibliografi @Abdullah Hassan. 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987. @Cappeller, Carl : A Sanskrit-English Dictionary. Strassburg. Germany, 1891. @Dieter B. Kapp and Thomas Malten. Cologne Sanskrit Dictionary Project. Institute of Indology and Tamil Studies (IITS) University of Cologne: Pohligstr. 1 50969 Kln Germany, 1997. @Harahap Darwis. Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1992. @Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita ed.1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

PENGARUH ARAB DALAM TEKS MELAYUPENGENALAN Walaupun Hikayat Raja Pasai diperkirakan ditulis pada tahun 1452 M dan Taj us-Salatin pada

tahun 1603 M, masih ditemui bukti persuratan yang tidak diketahui tarikh penulisannya yang asal seperti Hang Tuah. Cerita yang lain juga kebanyakannya bukan ditulis oleh penulis asal melainkan daripada satu pencerita kepada pencerita yang lain atau daripada satu penulis kepada penulis yang lain. Ada juga di antaranya yang disadur daripada cerita asing dan nama penulis asalnya tidak dinyatakan. Beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga penghujung abad ke-19 ialah: Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang (1612 M), Hikayat Inderaputera (1634 M), Bustanus Salatin atau Taman segala Raja-raja karya Nuruddin al-Raniri (1638), Kitab seribu masaalah (1726), Hikayat Ghulam (1736), Hikayat Acheh (1736), Hikayat Bayan Budiman (1736), Syair Emop (1740), Misa Melayu (1742), Hikayat Pancatanderan (1835), Hikayat Patani (1838), Kisah pelayaran Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji (1865), Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi karya Muhammad Ibrahim Munshi (1872), Hikayat Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali (1875), dan Hikayat Ganja Mara (1897). Beberapa buah karya akan dipetik seperlunya untuk melihat bagaimanakah bahasa Melayu terus diperkaya oleh para penulis atau cendekiawan pada masa tersebut. HIKAYAT HANG TUAH Menurut Kassim Ahmad bahasa yang terdapat di dalam Hang Tuah lebih menggambarkan alam fikiran Melayu yang bersahaja, lunak dan padat, dan belum dipengaruhi oleh bahasa Arab. Penggunaan bahasa Arab yang terdapat di dalam buku ini menurut Kassim Ahmad ditambah kemudian. Perhatikan petikan yang berikut ini: Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.Sekali persetua ada seorang raja keinderaan. Raja itu terlalu besar kerajaannya; pada segala raja-raja indera seorang pun tiada menyamai dia, sekalian menurut titahnya. Shahadan apabila baginda itu keluar diadap oleh segala raja dan menteri dan santeri, maka berapa pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan berapa pula bentara memikul pedang berikatkan permata bertatahkan ratna mutu ma'nikam .... Daripada petikan pendek ini kita temui perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu setiawan, indera, raja, menteri, bentara, ratna; daripada bahasa Tamil, iaitu santeri; daripada bahasa Jawa, iaitu tatah; dan daripada bahasa Arab, iaitu shahadan. Dengan demikian, pendapat Kassim Ahmad di atas boleh diterima dengan pengertian bahasa Sanskrit, Tamil, dan Jawa ketika itu telah sebati kepada pencerita atau penulis Hang Tuah ini. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA Jika Hang Tuah kita lihat menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Sanskrit yang sudah mulai sebati dengan bahasa Melayu maka bahasa yang terdapat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa

nampak jelas kearabannya. Walaupun kita hindari perenggan pertama cerita tersebut berupa pujian kepada Allah, namun pada perenggan berikutnya juga penggunaan bahasa Arab tersebut dapat jelas terlihat: Adalah pada suatu masa zaman Sultan Mu'azzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, dihadapi oleh segala menteri, hulubalang serta 'alim muta'alim, maka fakir pun hadzirlah mengadap baginda, penuh sesak di penghadapan itu membicarakan negeri dan mengaji kitab. Setelah itu maka titah baginda yang maha mulia, junjungkan ke atas jemala fakir, demikian titah yang maha mulia: 'Bahwa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurnia dengan sejarahnya'. Beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Arab ialah: zaman, ibnu, 'alim muta'allim, fakir, hadzir, kitab. Petikan ini juga menunjukkan bahawa cerita tersebut digunakan sebagai alat untuk berdakwah bagi penyebaran agama Islam. SEJARAH MELAYU (SULALATUS SALATIN) Bahasa yang hampir sama dengan Hikayat Merong Mahawangsa di atas dapat dilihat di dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang diperkirakan sudah ada pada tahun 1612 M. Perhatikan penggunaan perkataan dan jalan bahasanya: Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan orang-orang besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar mertabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya. Apa yang menarik dalam petikan ialah perkataan bahwa di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan bahawa pada Sejarah Melayu. Oleh kerana kedua-dua petikan ini ditransliterasikan daripada tulisan Jawi maka perbezaan tersebut tidak dapat dihindari. Walau bagaimanapun, perkataan asalnya ialah bhawa dalam bahasa Sanskrit. HIKAYAT INDERAPUTERA Naskhah Hikayat Inderaputera yang disalin ke dalam bahasa Melayu daripada sastera Hindu ditemui pada tahun 1634 M. Seperti juga hikayat yang lain, tahun penemuan ini bukanlah catatan karya tersebut ditulis. Walau bagaimanapun, cara cerita itu ditulislah yang menarik perhatian kita. Perhatikan petikan yang berikut ini:

Wa-bihi nasta'inu billahi 'ala. Ini pada menyatakan hikayat Inderaputera yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum jadi johar patut dengan segala 'arif bijaksana, ialah yang terlalu amat mashhur di tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah mambang dan peri dan pada tanah dewa. Shahadan yang terlalu amat elok rupanya serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas kelakuannya. Petikan ini akan lebih menarik apabila dibandingkan dengan Hikayat Bayan Budiman. HIKAYAT BAYAN BUDIMAN Jika Hikayat Inderaputera disadur daripada sastera Hindu, maka Hikayat Bayan Budiman pula daripada sastera Arab. Naskhah Hikayat Bayan Budiman yang ditulis dalam bahasa Melayu ditemui bertarikh 1736 M. Perbezaan jalan bahasa yang terdapat dalam kedua-dua petikan pendek ini memperlihatkan perbezaan yang agak ketara. Perbezaan ini tentulah bukan kerana sumber penyadurannya melainkan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Pada petikan Hikayat Inderaputera, Kata Hubung dan sangat kerap digunakan manakala pada petikan Hikayat Bayan Budiman penggunaan Kata Hubung ini semacam dihindari.Di sekitar tahun 1800-an karya sastera berbahasa Melayu semakin banyak dikaji oleh bangsa Barat. Pada masa yang sama terjemahan daripada bahasa Arab terus lahir. Penerbitan suratkhabar, buku pelajaran, dan majalah berbahasa Melayu mulai muncul.Suratkhabar Jawi Peranakan merupakan suratkhabar yang pertama terbit di Singapura iaitu pada tahun 1876 M dan majalah Pengasuh terbit pada tahun 1918 M. Sejak tahun 1887 M, buku untuk keperluan sekolah mulai diterbitkan. Hal ini berikutan dengan didirikannya Sekolah Rendah Melayu yang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1821 M di Gelugor, Pulau Pinang. IBRAHIM BIN SYUKRI Pada awal abad ke-19 di Patani terdapat sebuah karya berkenaan dengan Patani bertarikh 1838 M. Karya yang dianggap paling hampir dengan kenyataan tentang kerajaan Patani ini ditulis oleh Ibrahim bin Syukri bertajuk Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Salah satu versi Hikayat Patani dikaji oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt. Bahagian awal Hikayat Patani tersebut dapat dilihat seperti petikan yang berikut ini: Bismillahi-rrahmani-rrahim Inilah suatu kisah yang diceterakan oleh orang tua-tua, asal raja yang berbuat negeri Patani Darussalam itu. Adapun raja di Kota Maligai itu namanya Paya Tu Kerub Mahajana. Maka Paya Tu Kerub Mahajana pun beranak seorang laki-laki, maka dinamai anakanda baginda itu Paya Tu Antara. Hatta berapa lamanya maka Paya Tu Kerub Mahajana pun matilah. Syahdan maka Paya Tu Antara pun kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu. Ia menamai dirinya Paya Tu Naqpa.

Petikan di atas memperlihatkan bahawa cara penceritaan lama, iaitu cara hikayat (sesuai dengan judul bukunya) masih berpengaruh. Hal yang amat ketara cara penceritaan hikayat, iaitu menggunakan permulaan ayat dengan perkataan: adapun, maka, hatta, syahdan. Penggunaan akhiran -an pada masa itu masih mengandungi makna yang berbeza dengan sekarang. Sebagai contoh: "... kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu". Maksud kerajaanlah ialah naik takhta sehingga maksud kelompok kata tersebut ialah "... naik takhtalah menggantikan ayahanda baginda itu." SHAIKH DAUD ABDULLAH Pada tahun yang sama juga, Shaikh Daud Abdullah menghasilkan buku bertajuk Furu'al-masa'il. Buku ini merupakan terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Banyak perkataan Arab dimasukkan dalam terjemahan ini bahkan strukturnya juga betul-betul menggunakan struktur Arab kerana ia diterjemahkan seayat demi seayat. Walau bagaimanapun, usaha menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ini perlulah dihargai kerana kelak perbendaharaan bahasa Melayu diperkaya oleh bahasa asing ini. ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSHI Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munshi bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.Ia melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya ia mengatakan: Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya. Di samping itu, jika kita bandingkan bahasa Melayu sebelum Abdullah dan bahasa yang digunakan oleh Abdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan yang berikut ini: Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun.

Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah memberi sambutan dagangan kepada China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Trengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora. Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan Abdullah dinyatakan oleh Li Chuan Siu sebagai "Menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk mempercakapkan hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara kebudayaan Timur dan Barat". Perkembangan bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan Arab. RAJA ALI HAJI Salah seorang di antara sasterawan yang sezaman dengan Abdullah Munshi tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza ialah Raja Haji Ali ibni Raja Haji Ahmad (1809-1870 M). Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab itu masih mengekalkan bahasa klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur bahasa Arab. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan Tuhfat al-Nafis seperti yang berikut ini: Bi-'smi'llahi'r-rahmani'r-rahim. Maka pada ketika di dalam Hijrat al-Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam seribu dua ratus delapan puluh dua tahun dan pada tiga haribulan Syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini yang simpan, dan di dalamnya menyatakan silsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala khabar-khabar daripada kisah Raja-raja Melayu serta Bugis dan kepada segala anak-anak mereka itu. Dan aku namai akan dia 'Tuhfat al-Nafis' pada menyatakan kelakuan daripada Raja-raja Melayu serta Bugis. Padahal mengharapkan aku akan Allah yang mengampuni daripada tersalah pada segala tawarikh dan pada perjalanannya. Ya Tuhanku, perkenankan oleh-Mu akan pinta hamba-Mu intiha. Walaupun Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, tetapi bahasa mereka nampak jauh berbeza. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka memiliki latar belakang pendidikan yang berbeza, kerjaya yang berbeza, dan lingkungan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura. Raja Ali Haji pula berpendidikan Arab, pendakwah, dan hidup di lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau. Raja Ali Haji di samping menulis karya susastera beliau juga menulis nahu bahasa Melayu. Oleh kerana pengetahuan bahasa Arabnya tinggi maka nahu Melayu yang ditulisnya itu berdasarkan bahasa Arab. Tajuk buku tersebut ialah Bustanulkatibin bertarikh 1850 M. Walaupun nahu ini berdasarkan nahu bahasa Arab ia dianggap penting kerana buku inilah nahu bahasa Melayu

pertama yang ditulis oleh orang Melayu (lihat Bab 5). Di samping karya kesusasteraan dan nahu bahasa Melayu, Raja Ali Haji juga menghasilkan Kitab pengetahuan bahasa (1859 M), iaitu kamus bahasa Melayu. Buku ini sebenarnya tidak dapat dianggap sebagai kamus seratus peratus kerana bahagian awal bukunya ini membincangkan nahu bahasa Melayu secara ringkas dan sederhana (lihat Bab 5). Ia lebih sesuai dikatakan sebagai ensiklopedia. Walaupun tidak semua abjad ada di dalam kamus tersebut diakhiri sebahagian daripada perkataan berawalan ca ( c ) namun ensiklopedia ini, di samping erti perkataan disertakan juga penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk penghuraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasar-kan kaedah bahasa Arab. PENGIRAN MUHAMMAD SALLEH Pengiran Muhammad Salleh atau nama lengkapnya Pengiran Syahbandar Pengiran Muhammad Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda yang diperkirakan hidup di antara abad ke-18 hingga abad ke19 telah meninggalkan satu karya yang bersejarah yang bernama Syair Rakis. Walaupun tarikh yang tepat penulisan Syair Rakis ini belum diketahui, tetapi bahasanya menunjukkan sedikit kelainan apabila dibandingkan dengan bahasa yang digunakan oleh Raja Ali Haji dan Abdullah Munshi.Bahasa yang terdapat di dalam Syair Rakis lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara. Perhatikan bahasa yang digunakan di dalam Syair Rakis seperti yang berikut ini: Bismillah itu mula karangan Kisah rancana dagang buangan Di gunung larangan asmara guna Segenap desa pantai saujana Membawa nasib untung sendiri Masuk segenap desa dan negeri Seperti burung lepas tangkapan Bunga dan buah tiada dimakan Sebut namaku dagang asmara Bercarai (bercerai) dengan sanak saudara

Namaku Misa Panji Larangan Sudah sekarang buangbuangan. Syair ini lebih memperlihatkan berkurangnya pengaruh perkataan Arab di dalamnya. Jalan bahasanya juga lebih mudah difahami kerana ia sudah mengarah pada jalan bahasa Melayu yang sebenarnya. Perkataan rancana dan bercarai yang terdapat dalam petikan di atas berlaku, kemungkinan kerana masalah pentransliterasian daripada huruf Jawi ke huruf Rumi. MUHAMMAD IBRAHIM MUNSHI Muhammad Ibrahim Munshi ialah anak Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Muhammad Ibrahim melanjutkan cita-cita ayahnya menyusun nahu bahasa Melayu. Pada tahun 1878 M lahirlah buku Kitab Pemimpin Johor (lihat bab 5). Buku ini merupakan aturan bunyi bahasa Melayu, penggunaan perkataan dan jalan bahasa Melayu. Perhatikan pernyataannya yang terlihat dalam petikan yang berikut ini: Ada pun isi kitab ini menyatakan bahasa dan pancaindera pertuturan serta aturan huruf-huruf dan bunyinya serta gunanya dan perkataan dan perenggan kata di dalam surat-surat Melayu serta syarat-syarat dan huruf-huruf saksi dan gantinya dan petua mengeja dan hubungan hurufhuruf serta pangkat-pangkat bunyinya dan tabi'atnya serta beberapa jenis tanda-tanda yang patut dipakai, kerana belum ada, serta nama-namanya dan kuasanya dan gunanya dan bahasanya dan tempatnya serta sebab-sebabnya dan sebagainya dengan sempurnanya. Walaupun Muhammad Ibrahim mendapat pendidikan Inggeris dan buku Kitab pemimpin Johor tersebut beracuankan bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Hal ini juga terlihat dalam karyanya bertajuk Kisah pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi (1872 M). Perhatikan petikan cerita tersebut seperti yang berikut ini: Shahadan setelah kami singgah di situ sejurus lamanya, dengan hairanku melihat hal sami-sami itu membaca-membaca dan sembahyang membawa perempuan-perempuan itu menyembah berhalanya itu, lepas seorang seorang, dengan terlalu hormat dan yakin mereka itu dan adalah pula di situ beberapa jirat-jirat mereka itu daripada batu jua. Perkataan membaca-membaca yang terdapat dalam petikan ini timbul kerana peraturan menggandakan perkataan dalam tulisan Jawi menggunakan angka 2 ( 2 ) dan tiada penggunaan tanda sempang di antara perkataan. Oleh yang demikian, transliterasinya menghasilkan perkataan seperti di atas walaupun cara menyebutnya dan maksudnya ialah membaca-baca.Pengaruh nahu Arab dalam penggandaan ini terlihat juga pada perkataan lain seperti: sami-sami, perempuanperempuan, dan jirat-jirat.

Pengaruh penggandaan untuk maksud jamak ini terbawa hingga sekarang walaupun ada di antara ahli bahasa terdahulu yang menganggap penggandaan untuk maksud jamak dalam bahasa Melayu tidaklah begitu tepat.Muhammad Ibrahim Munshi menubuhkan satu organisasi yang diberinya nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888 M). Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti: setiausaha, pejabat, dan kerjaraya. Pada tahun 1934 M nama pertubuhan ini diubah menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak. SYED MAHMUD, ALANG AHMAD, DAN MUNSHI SULAIMAN Ada tiga orang pengembang bahasa Melayu yang patut juga diingat, iaitu Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi, Alang Ahmad bin Muhammad Yunus, dan Munshi Sulaiman bin Muhammad Nur. Syed Mahmud terkenal kerana usahanya menghasilkan buku ilmu pengetahuan, Alang Ahmad dengan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang diberinya tajuk Hikayat penerang Hati (daripada Aesop's Fables), dan Munshi Sulaiman dengan kumpulan bidalan dan teka-teki. Di antara ketiga-tiga penulis di atas, hanya Syed Mahmud yang berkecenderungan terhadap ilmu bahasa. Ia berjaya menyusun Kamus Mahmudiyyah (1894 M). Kamus ini kemudian diulang cetak pada tahun 1925 M di Kota Bharu, Kelantan. Walaupun kebanyakan bukunya merupakan saduran atau terjemahan daripada bahasa Inggeris tetapi buku tersebut digunakan di sekolah Melayu pada masa itu. MUNSHI MUHAMMAD SAID Munshi Muhammad Said ialah pengarang pertama suratkhabar Jawi Peranakan, iaitu suratkhabar Melayu yang pertama diterbitkan di Tanah Melayu (1876 M). Isi suratkhabar ini berkenaan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan dengan nasihat, dan juga iklan. Pada tahun 1880 M untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi: "Hikayat Abdullah telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa berhajat memesannya boleh berhubungan dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura".Sejak munculnya surat khabar Jawi Peranakan ini muncullah pelbagai surat khabar sama ada diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang, dan di Perak. Suratkhabar ini melanjutkan tradisi pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit perkataan dan istilah bahasa Inggeris pula mulai diperkenalkan. KESIMPULAN Daripada huraian di atas terlihatlah betapa pengaruh bahasa Arab begitu kuat memperkembang

bahasa Melayu. Hal ini terlihat walaupun beberapa penulis telah mendapat pendidikan Inggeris, ternyata unsur bahasa Inggeris itu seboleh-bolehnya mereka hindari. Hal ini erat juga hubungan dengan pendidikan awal mereka. Walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris, tetapi mereka juga mendapat pendidikan Arab, dan tulisan Jawi yang diubahsuaikan daripada bahasa Arab itu membuat hubungan secara tidak langsung dengan bahasa Arab. Lagi pula hampir semua penulis tersebut beragama Islam yang mempunyai pertalian langsung dengan kesusasteraan dan pengetahuan bahasa Arab. Dengan munculnya penerbitan suratkhabar yang juga menyiarkan berita luar negeri, maka penggunaan perkataan atau istilah Inggeris mulai diperkenalkan dan diterima. Perkataan dan istilah daripada bahasa Inggeris ini digunakan kerana keperluan dan ketika itu pengawalan bahasa belumlah ada. Keadaan ini samalah halnya dengan kemasukan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Untuk melihat pengaruh Arab dalam naskhah-naskah Melayu yang lain layari http://naskhahmelayu.blogspot.com http://drz-penyelamatannaskhah.blogspot.com http://drz-pendigitilannaskhah.blogspot.com RUJUKAN @ Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah, 1964, @ Siti Hawa Saleh. Hikayat Merong Mahawangsa, 1970, @ A. Samad Ahmad. Sulalatus Salatin, 1979, @ Ali bin Ahmad. Hikayat Inderaputera, 1968, @ Yusoef Iskandar. "Hikayat Patani, sebuah karya kesusasteraan tradisional klasik: masalah penyebaran naskhah dan nilai-nilai sejarahnya". Di dalam Dewan Bahasa, 17(10): 462, 1973. @ Teeuw, A. dan Wyatt, D.K. Hikayat Patani, 1970. @ Skinner, C. Prosa Melayu baru, 1959, @ Abdullah Munshi. Hikayat Abdullah II, 1966. @ Kassim Ahmad. Kisah pelayaran Abdullah, 1981. @ Li Chuan Siu. Ikhtisar sejarah kesusasteraan Melayu baru 1830-1945, 1972. @ Matheson, Virginia. Tuhfat al-Nafis, 1982. @ Raja Masittah Raja Ariffin, Bustanulkatibin ditulis pada tahun 1857 (rujuk Jurnal Dewan Bahasa, 34(1): 73, 1990). @ R. Hamzah Yunus (pentransliterasi). Kitab pengetahuan bahasa, 1987. @ Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri. Syair Rakis,1983. @ Skinner, C. op. cit., m.s. 41-42. @Skinner, C. op. cit., m.s. 43. @ Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu lama dan baru, 1982.

KATA-KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

PERKATAAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU Artikel/kertas kerja ini adalah hakmilik Relexjap. Lincahtaiping 1. Pendahuluan Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahamimasyarakat,kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesiamelalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasaluar dalam bahasa Melayu moden. Analisa kata-kata asing dalam bahasa Melayu agaknya menunjukkan salahsatu proses pembinaan tamadun Melayu. Dari segi pandangantersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat-sifat bahasa danbudaya Melayu dan juga terutamanya masyarakat Malaysia sehinggakepada pembentukannya sekarang. Oleh yang demikian,bahasa Melayu boleh dianggap sebagai salah satukunci untuk memafami faktor-faktor yang meringkaskan intisarikebudayaan dan sejarah Dunia Melayu. Ini adalah kerana bahasa Melayupernah memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi di Nusantarasejak masa lampau sehingga sekarang. 2. Jumlah,sumber dan kadar perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu. Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu,kosa kata yangterdapat dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustakadipandukan untuk menentukan jumlah,sumber dan kadar kata asing dalamkertas kerja ini.Hasilnya seperti di bawah. (Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalamKamus Dewan.) *Jumlah Kata Pinjaman : 10,062 Sumber Jumlah Kadar Bahasa Inggeris 2,381 23,7% Bahasa Arab 1,791 17.8% Bahasa Jawa 1,482 14.5% Bahasa Belanda 1,387 13.8% Bahasa Minangkabau 1003 10.0% Bahasa Jakarta 920 9.1% Bahasa Sanskrit 490 4.9% Bahasa Cina 188 1.9% Bahasa Sunda 90 0.9% Bahasa Portugis 83 0.8% Bahasa Parsi 81 0.8% Bahasa Tamil 57 0.6% Bahasa Hindu 57 0.6% Bahasa Jepun 16 0.2% *Bahasa Lain 36 0.4% *Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah35%.(Jumlah kata dasar dalam kamus tersebut merupakan 28,651)

*Bahasa Lain : Bahasa Palembang(11), Bahasa Latin(8), Bahasa Bali(4),Bahasa Turki(3), Bahasa Rusia(3), Bahasa Aceh(2), Bahasa Perancis(1), Bahasa Padang(1), Bahasa Sepanyol(1), Bahasa Korea(1), BahasaThai(1) Terutamanya,untuk menyatakan bahasa sumber kepada kata-katatersebut,beberapa buah kamus bahasa Melayu dan Indonesia dan jugatesis berkaitan tema yang sama dirujuk di samping Kamus Dewan. Tetapi dalam kertas kerja ini keterangan etimologi tidak diberikanselengkapnya.Kebanyakan perkataan pinjaman hanya dihitungkan menurutkata yang sudah berlabel bahasa sumber dalam kamus sebagai kata yangmasih ada sifat-sifat keasingannya. Oleh itu,tujuan kajian ini tidak menjelaskan bahasa sumber katapinjaman dengan tepat kerana takrif mengenai peminjaman leksikalsukar ditentukan.Tetapi tesis ini mencuba menganalisa latar-belakangunsur-unsur perkataan luar dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayuuntuk memafami sejarah dan ciri-ciri masyarakat Melayu terutamanyaMalaysia. 3. Penganalisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu. Di bab ini, penulis menganalisa kata-kata asing yang tergolongmenurut bahasa asal-usul masingmasing dan mempertimbangkan hubunganantara masyarakat Melayu dan kebudayaan luar melalui hasil analisatersebut. 3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhiperubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurunpertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindutetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi,hukum,ilmunujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya.Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Olehyang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalamperkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikankepada tiga bidang, iaitu konsep kewujudan,pembentukan pertubuhansosial kelas dan permulaan perdagangan. Mengenai konsep kewujudan, banyak perkataan yang menyatakan agama,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasatersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telahmenerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India. Tentangpembentukan pertubuhan sosial kelas, ketika bahasa Sanskritmendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakatMelayu.Pendek kata,kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yangdiperintah telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitanpermulaan perdagangan, perdagangan antarabangsa di kalangan duniaMelayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera melawati kesana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zamanperdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandardibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayusebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara.

Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakinmeningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahanperpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India. Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca,negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana,pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja 3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arabbeserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama pentingdengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu. Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikaldilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islamdisebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadibahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapijuga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberipelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan daribahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjamandari bahasa Arab terdiri daripada tiga kategori seperti konsepberdasar ilmu Islam(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dll),perkembangan perniagaan dan peningkatansains,kesusasteraan dan seni. Terutamanya,perkataan Arab bolehdijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antaraTuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalamkehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu. Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu,hikayat, sejarah, riwayat, kisah 3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahunlalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggalsehingga kini. Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebardi seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawakesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawikepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yangmempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapanseharian. Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala,nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai 3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahunMasihi 1511. Berkaitan hal

ini pengaruhnya boleh ditemui dalambeberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasaMelayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubunganantara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan iaboleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kedatangan barang-barangEropah dari Portugis,kedatangan agama Kristian dan tenaga tenteraEropah. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminatuntuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapikuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebabitu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsadan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagaiperkara baru. Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba 3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalanperkapalan antarabangsa di antara India dan China sejak masalampau.Oleh sebab itu ramai orang berpindah dari dua negara kekepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenagaburuh di kawasan perlombongan dan estet. Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hinditelah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yangtergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayusekarang. Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannyabermaksud makanan-makanan dan barang-barang hidup harian yang berasal-umbi budaya masing-masing tetapi ia sudah menyerap di dalammasyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri budayamereka sendiri.Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segikebendaan bukan kerohanian. Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudahsebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umummeskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talam, pingga, Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,pateri, roti, tala, topi 3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruhkepada masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasaInggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasapentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawaperkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zamanpenjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains danteknologi.

Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada duabidang iaitu istilah politik,ekonomi dan akademik moden dan namabarang industri,letrik dan teknologi tinggi. Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah merekameninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda jugamemberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkandalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggerisdalam bahasa Melayu. Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalamKamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasaIndonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda)dalam Kamus tersebut. Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide,kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol,mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas 3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai Lingua Franca diDunia Melayu sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemuibanyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanyadari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa-bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu. Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi keSemenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasaJawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-katabahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalaudianalisa sifatnya,perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagaisebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah katayang bererti mengenai alam,pertanian,makanan,haiwan,nama keluargadiraja,adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dankebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia. Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa(bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus.Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra(bahasa Minangkabau,Aceh,Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Baliterdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unikdi Indonesia. Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar,omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai,kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh,uda Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur,jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom,peser, pincut, takol, tahapan, timburu Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang,welasan

Bahasa Aceh : bangta, rudus Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng Bahasa Padang : marah 3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam KamusDewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zamanpendudukan Jepun dan juga kata yang bererti bendabenda tradisi danmoden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah perkataanini jarang digunakan. Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang,romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari 3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialahbahasa Latin,Turki,Rusia,Perancis,Sepanyol,Korea dan Thai.Bilangannyasangat sedikit. Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo Bahasa Turki : aga, bokca, efendid Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka Bahasa Prancis : kelonyor Bahasa Sepanyol : selva Bahasa Korea : tae kwan do Bahasa Thai : wat 4. Penutup Dari analisa tersebut,peratusan unsur perkataan bahasa luar dalambahasa Melayu ialah 35 peratus.Adakah kadar itu tinggi atau rendahberbanding dengan bahasa-bahasa lain? Soalannya ia tidak begitutinggi.Kerana proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasaketika pertembungan beberapa bangsa terjadi melalui prosesglobalisasi.Biasanya apabila sesuatu bidang ilmu dikuasai olehpenutur bahasa tertentu,maka kumpulan bahasa lain akan meminjam katayang berkaitan dalam bidang itu. Misalnya,dalam bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataanyang mempunyai asal-usul bahasa Latin,Greek dan lain-lain.Sebahagiankosa kata bahasa-bahasa Eropah pula terdiri daripada bahasa Latin danGreek.Tambahan lagi, sekiranya analisa leksikal bahasa Jepun,terdapatjuga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Cinadan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris. Tetapi,sama dengan bahawa orang Eropah tidak menyedari perkataan yangberumbi bahasa Latin dan Greek sebagai kata pinjaman,bagi orangMelayu,perkataan berasal dari bahasa Sanskrit dan Arab merupakandisedarkan bukan perkataan pinjaman tetapi unsur perkataan berakarumbi bahasa asing yang sudah menetap dalam bahasa Melayu.

Hal yang pentingnya ialah cara untuk definisikan erti peminjamanleksikal tetapi ia sukar ditetapkan. Kata-kata pinjaman itu mencerminkan bahawa pengaliran dan pertukaranorang dan juga penyebaran dan peminjaman kebudayaan yang berlaku dikawasan ini. Dengan konteks tersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifattentang unsur-unsur perkataan bahasa asing dalam kosa kata bahasaMelayu dan perubahan tamadun Melayu melalui proses peminjamanleksikal pada bahasa sendiri. Perkataannya boleh digolongkan mengikut sifat dan peranannya dalambahasa Melayu masa kini. Yang pertama ialah perkataan yang berakar umbi dalam masyarakatMalaysia sebagai konsep kebudayaan dan kerohanian rakyat di negaraitu terutamanya bagi orang Melayu. Kebanyakannya tidak disedariseperti perkataan yang dipinjam dari bahasa luar dan ia diguna dalampercakapan seharian dan juga dalam bidang pendidikan,pengajian tinggidan media massa. Kumpulan itu termasuk bahasa Sanskrit,Arab dan Parsi. Yang kedua,perkataan yang digunakan sebagai kata yang menyatakanbudaya dan benda yang sudah dimalaysiaan(Malaysianized) yang dibawaoleh orang yang bertutur bahasa Cina,Tamil,Hindu danPortugis.Kebanyakannya boleh dikelaskan sebagai perkataan yangbererti makanan,barang,adat,agama,ilmu yang berasal dari budayabangsa masing-masing.Seperti yang demikian, kumpulan itu terdiridaripada bahasa Cina(kebanyakannya dari dialek Hokkien),Tamil,Hindudan Portugis.Tentang bahasa dari bangsa India,berbanding denganbahasa Sanskrit,bilangan perkataan Tamil dan Hindi sangat sedikit. Perkataan dari serumpun kepulauan Indonesia agaknya terletak ditengah antara golongan yang pertama dan kedua. Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk kedalam bahasa Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnyakonsep moden dan istilah sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbidalam masyarakat Malaysia.Kumpulan itu mengandungi perkataan yangdipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda.Terutamanya perkataanbahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yangdiambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesatdalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sainsdan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke seluruhdunia pada masa ini. Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan mendudukisebahagian besar dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi initidak akan berlaku.Kerana perkataan tersebut diterima untuk menunjukkonsep baru,istilah sains dan bidang popular,oleh sebab itu agaknyaia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan maju munculdan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan. Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakatdan kawasan yang

menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasapengantar.Dengan konteks ini,analisa unsurunsur perkataan pinjamandari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja menyambungkanpembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantumemahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuandan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi danmembangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang. Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentukdaripada unsur asli sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasilmelalui proses pertembungan manusia dari satu tempat ke satu tempatlain. Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapidisebabkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasanini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat unik. Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia danEropah.Bahasa Melayu pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasaldari pelbagai negara dan bangsa dari sana. Perkara itu membuatkanpenyelidikan bahasa Melayu sangat menarik bagi para penyelidik danpelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan jugamenjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berhargauntuk dikaji oleh para sarjana di seluruh dunia. Biblografi Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989,1994. Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku Shinbunsha Press. 1941. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Departemen Pendidikan danKebudayaan,Balai Pustaka. 1993. Kamus Standar Bahasa Indonesia-Jepang. Dian Rakyat. UniversitasNasional.1995. AMRAN Kasimin. Arabic words in the Malay vocabulary(a critical studyof existing Malay dictionaries). Kuala Lumpur. Universiti KebansaanMalaysia. 1976. BARIED,Siti Baroroh. Bahasa Arab dan perkembangan Bahasa Indonesia.Denpasar. Fakultas Sastra,Universitas Udaya. 1982. BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Arabic loan-words in Malay : a comparativestudy. Kuala Lumpur.Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Persian and Turkish loan-words in Malay.Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Indo-Sanskrit loan-words in Malay. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia. 1981. FATIMAH Faiman. Unsur-unsur Bahasa Melayu dalam Bahasa Jawa. Bangi.Pengarang. 1974. GONDA,J. Sanskrit in Indonesia. Nagpur. International Academy ofIndian Culture. 1952. GRIJNS,C.D. European loan-words of origin in Bahasa Indonesia andtraditional Malay. Leiden. KITLV. 1983. JONES,Russel. Arabic loan-words in Indonesian. London. School ofOriental and African Studies. University of London. 1978.

MAXWELL,William Edward. A mannual of the Malay language with anintroduction sketch of the Sanskrit element in Malay. London. KeganPaul,French,Trubner. 1902 MOHAMMAD Abdullah,Sh. Pengaruh Bahasa Arab di dalam teks SejarahMelayu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. MUHAMMAD Said.Hj.Sulaiman. Guguskatan Parsi,Portugis,Belanda danTamil dan juga lagak Kedah. Johor Baharu. PBMPB di Raja. 1940. POEDJOSOEDARMO,Soepomo. Javanese influence on Indonesian. Ann Arbor(Michigan). University Microfilm. 1987. van RONKEL. Mengenai Pengaruh tatakalimat Arab terhadap tatakalimatMelayu. Jakarta. Bhratara. 1977.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA DUNIABAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA DUNIA: TINJAUAN BERDASARKAN WARKAH-WARKAH MELAYU LAMA Prof.Madya Dr.Ab.Razak Ab.Karim Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya http://drz-mycv.blogspot.com 1. Pendahuluan: Sejak kebelakangan ini isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu sering menjadi tajuk perdebatan pada peringkat serendah-rendahnya di kedai kopi sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi, iaitu perbahasan di Parlimen. Persoalan yang dibincangkan dan diperdebatkan ialah penggunaan bahasa Melayu dan juga peranan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu pengetahun dalam menyampaikan mata pelajaran Sains dan Matematik. Artikel ini bukan hendak membincangkan aspek tersebut, tetapi yang akan dibincangkan ialah peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia sejak lebih kurang 500 tahun yang lalu. Persoalan yang sering bermain di kepala kita adakah bahasa Melayu lemah sehingga tidak mempu memperkatakan bidang ilmu pengetahun yang tinggi-tinggi? Bilakah bahasa Melayu menjadi bahasa dunia dan kalau benar apa buktinya? Persoalan sebegini akan dijawab dalam artikel yang serba ringkas ini. Untuk membincangkan permasalahan ini, kita tidak boleh meletakkan kesalahan pada bahasa Melayu sahaja kerana sesuatu isu yang dibincangkan tanpa bukti yang konkrit akan menyebabkan orang yang arif dan serba tahu tentang sejarah bahasa mentertawakan kita. Hanya orang yang jahil sahaja yang akan mengatakan bahawa bahasa Melayu lemah dan mereka yang tergolong dalam golongan ini merupakan mereka yang buta sejarah bahasa Melayu.

Artikel ini akan memaparkan dan membuka mata sesetengah orang yang mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam masyarakat kita kini. Artikel ini juga akan membincangkan peranan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa antarabangsa lama dulu dalam hubungan antara pembesar-pembesar atau raja-raja Melayu dengan pemerintah atau pihak Barat. Fungsi bahasa Melayu pada waktu itu amat penting dan dianggap sebagai satu-satunya bahasa yang digunakan pada waktu itu dan sesiapa yang tidak menggunakan bahasa Melayu tidak akan dapat berkomunikasi dengan orang lain pada waktu itu. Yang ketara , pihak Barat, sama ada raja atau Gabenor Inggeris atau Belanda mengikut peraturan yang ada pada waktu itu dan mereka tidak akan membantah atau berusaha untuk menukarkan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.

2. Surat Melayu Terawal Abad ke-16 - 18 Berasarkan kajian yang dilakukan bukti sejarah menunjukkan bahawa bahasa Melayu seawal tahun 1521 telah digunakan dalam surat menyurat antara Raja Ternate dengan Raja Portugal. Dalam warkah ini sultan Abu Hayat yang masih kecil dan dianggarkan berusia di bawah 10 tahun telah mengutus sepucuk surat kepada raja Portugal pada waktu itu. Sudah tentu baginda tidak mengutus surat tersebut tetapi pihak istana yang mengutus warkah bagi pihak baginda pada waktu itu. Persoalannya, baginda dengan berani mengutus warkah kepada Raja Portugal dalam bahasa Melayu kerana ingin memaklumkan bahawa Francisco Serra mahu dibunuh oleh raja Jailolo dan Raja Tidore kerana disuruh oleh Raja Ambon. Apabila mendengar berita tersebut, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah menghantar perahu 7 buah untuk menyelamatkan Francisco Serra. Orang-orang Feringgi di Bejahan telah dibunuh dan harta mereka telah dirampas. Baginda telah meminta bantuan daripada raja Portugal kerana masalah berlakunya peperangan dengan Jailolo dan Bejahan pada waktu itu. Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal Pada tahun 1521 Setahun kemudian, iatu dalam tahun 1522, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah mengutus warkah kepada Raja Portugal lagi. Warkah ini berlainan nadanya berbanding dengan warkah baginda yang pertama. Kandungan warkah ini menyatakan bahawa Sultan Bayan Sarrallah telah meninggal dunia dan kapal Raja Castell telah datang dua buah dengan senjata meriam yang lengkap untuk melindungi bandar Ternate. Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal Pada tahun 1522 Warkah ketiga yang menggunakan bahasa Melayu juga ditujukan kepada seorang pedagang yang bernama Sir James Lancaster pada tahun 1602. Sekiranya diamati warkah ini ia merupakan surat

izin berdagang yang dikeluarkan oleh seorang raja Aceh pada waktu itu. Warkah ini bukan sahaja memberikan kebenaran kepada orang Inglitir/Inggeris untuk menjalan perdagangan dengan orang-orang Melayu di Aceh, Samudera dan kawasan sekitarnya yang diperintah oleh raja Aceh tetapi juga mengandungi beberapa peraturan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris yang datang berdagang dan juga masyarakat tempatan. Walaupun secara umum surat izin berdagang ini memberi kebebasan kepada pedagang Inggeris namun terdapat undangundang ketat yang mengawal mereka. Surat ini dimulakan dengan kepala surat yang berbunyi: Jawi yang dipersembahkan kapitan Inggeris itu Kemudian surat bermula dengan Aku raja yang kuasa yang di bawah angin ini yang memegang tahta kerajaan negeri Aceh dan negeri Samuddera dan segala negeri yang takluk ke negeri Aceh ... Larangan yang dikenakan kepada mereka pula ialah: Sekiranya hutang belum dibayar oleh orang-orang Inggeris, mereka tidak dibenarkan belayar melainkan mereka telah dijatuhkan hukum oleh hakim terlebih dahulu. Bagi masyarakat tempatan pula mereka perlu melakukan beberapa perkara, iaitu: 1. berbuat baik dengan orang Ingglitir dan berurus niaga dengan mereka 2. menolong mereka sekiranya ditimpa kecelakaan di laut tetapi barang-barang yang diselamatkan tidak boleh diambil melainkan diberi sebagai hadiah. 3. Orang Inglitir yang mewasiatkan hartanya hendaklah disahkan wasiatnya dan diserahkan kepada pemiliknya Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester 1602 Surat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada pembesar negeri tahun 1602 Berdasarkan surat ini jelas menunjukkan bahawa Sultan Aceh pada waktu itu telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk berkomunikasi dengan para pedagang berbangsa Inggeris yang datang berdagang ke Aceh. Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada James I Raja Inggeris 1615 Surat seterusnya yang penting ialah surat yang dihantar oleh Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada raja Inggeris, iaitu Sir James Lancester pada tahun 1615. Warkah yang dikatakan terpanjang ini dihantar oleh seorang raja dengan raja dari dua benua yang berlainan dan bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu[1]. Walaupun kandungan warkah ini merupakan kata-kata pujian terhadap Sultan Perkasa Alam, yang merangkumi 24 baris daripada 34 baris

keseluruhannya, namun yang diketengahkan ialah kekuasaan raja yang menghantar warkah tersebut. Kandungan warkah ini antara lain memuji keagungan sultan yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan mahligai raja, perbendaharaan raja, kuda dan gajah raja, alat-alat istana raja, keturunan raja dan tanah jajahan raja. walaupun sekali imbas warkah ini menunjukkan keangkuhan raja untuk memaparkan segala yang dimilikinya namun, perkara penting yang ingin diketengahklan kepada Raja James I ialah tentang kehebatan Sultan Perkasa Alam merupakan seorang raja yang setaraf dengan James I atau lebih daripada itu. Yang menariknya ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam warkah ini dimulakan dengan surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihatan yang tiada terdengar oleh penegar ...[2]. Bahasa Melayu yang digunakan oleh baginda Sultan Perkasa Alam merupakan kesinambungan daripada raja-raja terdahulu yang telah mengutus warkah kepada pihak barat dengan menggunakan bahasa tersebut. Baginda merasakan bahasa bahasa Melayu merupakan bahasa yang agung dan pihak Barat perlu mempelajari bahasa tersebut sekiranya mereka mahu mengadakan hubungan dengan baginda. Sikap baginda dan raja-raja terdahulu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa merupakan satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. usaha baginda kemudiannya diteruskan oleh pemerintah-pemerintah lain seperti surat di bawah ini. Surat in telah dihantar oleh Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada Jeneral J.C.Collet, di Bengkulu pada tahun 1712.

Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada Jeneral J.C.Collet, Bengkulu, 1712

Dalam surat ini, Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai Padang Sumatera telah mengutus warkah kepada Kapten Mister Jardin yang berada di Bengkulu. Baginda telah menceritakan tentang hubungan baginda dengan beberapa orang Mister kerajaan Belanda. Baginda juga memaklumkan tentang perkara-perkara yang berlaku dalam pemerintahan baginda kepada orang Belanda tersebut. Tahun-tahun berikutnya, lebih banyak surat berbahasa Melayu ditulis oleh pemerintah tempatan

kepada pihak Inggeris ataupun Belanda dan daripada pihak barat kepada pemerintah tempatan. Salah satu daripada surat yang tidak kurang pentingnya ialah surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor dan Pahang kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719. Dalam surat ini, Sultan Abdul Jalil Riayat zill Allah fi al-alam memaklumkan kepada Raja Louis XV tentang kedatangan Kapitan Villaumont Gardin ke Terengganu kerana ingin mengadakan persahabatan dan hendak berniaga di Terengganu. Baginda telah menggunakan peluang ini dengan menghantar surat kepada raja Perancis yang bernama Louis Quinze Roi de France et de Navarre. Bagindan juga memohon bedil dan ubat bedil daripada raja Perancis. Sebagai balasannya, baginda membenarkan kapal Perancis berdagang di mana-mana sahaja di wilayah kekuasaan Johor. Surat ini merupakan permulaan hubungan kerajaan Johor dan Pahang dengan Perancis kerana sebelumnya tidak hubungan dibuat. Perkara penting yang hendak diketengahkan ialah penggunaan bahasa Melayu oleh pemerintah Johor dan Pahang dalam hubungan baginda dengan kerajaan Perancis pada waktu itu. Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor dan Pahang kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719. Pada tahun 1733 seorang lagi raja, iaitu Seri Sultan Gandam Syah dari Muko-muko, Sumatera telah mengutus sepucuk warkah kepada East India Company pada tahun 1733. Dalam surat ini baginda meminta agar hubungan Muko-muko dengan Kompeni bertambah baik demi perdagangan lada yang terdapat di Anak Sungai. Baginda mahu Kompeni terus berada di Anak Sungai supaya mudah dan sentosa isi negeri yang berada di bawah perintah baginda. Lihat contoh surat di bawah. Surat Gandam Syah dari Muko-muko kepada East India Company pada 1733

Surat de Klerk di Betawi kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 7 May 1779 Bahasa Melayu terus digunakan sebagai bahasa perhubungan yang utama bukan sahaja oleh pemerintah tempatan tetapi juga oleh pihak Barat. Dalam surat yang dihantar oleh de Klerk di Betawi kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 1779, bahasa Melayu yang digunakan pada waktu itu dengan gaya persuratan Melayu telah digunakan oleh pengirimnya. De Klerk begitu prihatin dan menjaga hubungannya dengan pemerintah Melayu dan beliau tidak ragu-ragu dengan keupayaan bahasa Melayu yang telah menjadi lingua franca pada waktu itu. Permulaan warkah beliau berbunyi begini:

Bahawa Gurdanur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas sahabat bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu Muhammad Bahauddin raja atas takhta kerajaan Palembang, dipohon atasnya sihat dan afiat serta daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula sahabat bersahabat pada antara Tuan Sultan dengan Kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan teguh hingga zaman yang mutakhirin adanya. Kandungan warkah de Klerk walaupun lebih menguntungkan pihak Belanda dengan perjanjian jualan lada dan juga timah putih namun yang paling penting ialah penggunaan bahasa Melayu dalam surat menyurat yang berlaku pada waktu itu. Pada tahun 1785 sepucuk surat lagi telah dihantar oleh Sultan Nuku dari Tidore kepada pihak barat. Dalam warkah ini terdapat beberapa tandatangan daripada para pembesar yang menyatakan persetujuan mereka dan menyokong hubungan Tidore dengan Belanda. Lihat gambar di bawah. 3. Kesimpulan Bukti-bukti yang diberikan di sini menunjukkan bahawa pada abad ke-16 sehingga abad ke-18 bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama dalam hubungan antara orangorang Melayu dengan orang-orang dari Barat seperti orang Portugis mahupun orang-orang Inggeris dan Belanda. Oleh yang demikian, usaha pihak tertentu untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa bukanlah satu usaha yang baru tetapi lama dulu bahasa Melayu telah menjalankan fungsi tersebut. Hanya dasar dan juga sikap pengguna sahaja yang menyebabkan bahasa Melayu kurang berfungsi dan menjadi lemah. Janganlah kita bersikap beruk di hutana disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan.

Bibliografi: @Ab.Razak Ab.Karim, 2002. Aspek Penggunaan Bahasa dalam Warkah-warkah Melayu Lama: Satu Kajian, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. @----------------------------, 2006. Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. @---------------------------, 2004. Nilai Estetika dalam Warkah-warakah Melayu dlm. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. @Gallop, Annabel Teh & Arp.Bernad, 1991. Golden Letters: Writing Traditions of Indonesia. London: The British Library. @-----------------------------, 1994. The Legacy of Malay Letters. London: The British Library. @Mahyudin Yahya, 1987. Ensiklopedia Sejarah Islam Jilid iii L-O. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

[1] Gallop &Arp (1991:58) menyatakan bahawa surat ini satu-satunya surat yang dihasilkan atau satu-satunya contoh yang terselamat dari zaman keemasan seni hias surat Melayu. [2] Lihat Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-warkah Melayu Lama: Satu Kajian, hlm.81-93.

Lampiran 1

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada tahun 1521

Lampiran 2

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal

Lampiran 3

Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester 1602

Lampiran 4

Surat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada pembesar negeri tahun 1602

Lampiran 5

Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada James I Raja Inggeris 1615

Lampiran 6

Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada Jeneral J.C.Collet, Bengkulu, 1712

Lampiran 7

Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor & Pahang kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719.

Lampiran 8

Surat Gandam Syah dari Muko-muko kepada East India Company pada 1733

Lampiran 9

Surat de Klerk di Betawi kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 7 May 1779 Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah From Wikipedia Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa. Berikut merupakan kajian mereka. Jadual isi kandungan 1 R.H. Geldern 2 J.H.C Kern

3 W. Marsden 4 E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy 5 W. Humboldt 6 J.R. Foster 7 A.H Keane 8 Slametmuljana 9 Asmah Haji Omar R.H. Geldern Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini. J.H.C Kern J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. W. Humboldt W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. A.H Keane

A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. Slametmuljana Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji