sejarah an gimnastik di malaysia

Upload: quezzack

Post on 09-Jul-2015

658 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GIMNASTIK1. SEJARAH PERKEMBANGAN GIMNASTIK DI MALAYSIA

Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi muridmurid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.

Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-negeri tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

1

GIMNASTIK2. JENIS KEMAHIRAN UNTUK ATLIT LELAKI DAN WANITA DI PERINGKAT ANTARABANGSA Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan , keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik, setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Acara yang dipertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah : Senam Lantai

Kekuda Pelana

Gelang

2

GIMNASTIKLombol

Palang Sejajar

Palang Tunggal

3

GIMNASTIKGimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu: Senaman lantai

Lombol

Palang Bertingkat

Batang Titian

4

GIMNASTIK

3. JENIS AKSI USAHA ASAS PERGERAKAN LABAN SIMBOL PERGERAKAN PENERANGAN 1. Press (menekan). a. Bermaksud pergerakan tegas, kuat, dan bertenaga. Tekan boleh dilakukan dengan kedua-dua belah tangan, kaki, lutut atau jari keatas sesuatau permukaan atau anggota badan yang lain. Otot yang terlibat ialah otot-otot bahagian tangan dan kaki. b. Berat badan, ruang dan masa berguna dalam aksi usaha menekan ini untuk menghasilkan kawalan pergerakan yang lancar dan licin.

2. Punch (melejang/meradak). a. Melejang . Merupakan pergerakan yang cepat,kuat dan bertenaga secara serta merta dan secara langsung. Lejang dilakukan mengunakan kaki. b. Meradak Perbuatan menusukkan benda yang panjang serta tajam kepada sesuatu benda lain. Radak dilakukan dengan tangan.

c. Kuasa dan tekanan digunakan untuk mengawal aksi usaha yang dilakukan. Berat, ruang dan masa perlu mengikut arah ke hadapan dengan cepat dan

5

GIMNASTIKmenggunakan tekanan yang tinggi.

3. Wring (memulas). a. Pergerakan yang dilakukan secara

bertentangan arah antara bahagian pinggul dan bahagian atas badan dinamakan pulas. Tangan dan siku berperanan penting dalam aktiviti ini. Tubuh akan mengecil, membesar, mengetat dan melonggar. Otot yang terlibat ialah otot-otot dibahagian obdomen. b. Ruang dan masa perlu digunakan dengan baik. Manakala, berat badan perlu dikawal dalam melakukan aksi usaha memulas ini.

6

GIMNASTIK4. Slash (mencantas). a. Pergerakan yang cepat dan serta merta. Ruang yang digunakan adalah bebas. Aksi menyabit rumput ialah satu contoh pergerakan mencantas. Otot yang terlibat ialah deltoid, trisep, bisep dan latissimusdorsi. b. Berat badan dan masa mengikut ruang untuk pergerakan mencantas ini. Ia dilakukan dengan melonjakkan badan naik ke atas dengan pantas.

5. Glide ( melungsur/melucur). a. Merupakan pergerakan licin, tenang dan tidak berliku-liku dan kawal lambat dan terus. Otot yang terlibat ialah kuadrisep femoris dan hamstring. b. Berat dan masa mengikut aksi usaha ini, manakala ruang melawannya. Ia bermakna setiap pergerakan yang dilakukan seharusnya terkawal dan lakuan pada anggota badan adalah berbeza. Sokongan bagi setiap anggota badan amat penting untuk tekanan yang bertentangan dihasilkan ke arah pergerakan tidak terhad agar dapat dilakukan dengan jayanya.

7

GIMNASTIK

6. Dab (mencecah). a. Bahagian tubuh badan melakukan pergerakan serta merta secara halus dan terus. Dilakukan dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Keseluruhan badan berasa cergas dan bersedia melakukan pergerakan yang laju. Bahagian badan yang digunakan ialah kaki, tumit, siku, lutut, tapak tangan, dan sebagainya. b. Ruang dan masa membantu beban berat badan untuk menghasilkan pergerakan yang kemas dan licin.

8

GIMNASTIK7. Float (terapung). a. Merupakan pergerakan yang lemah, lembut, halaus dan ringan dengan mengunakan jari dan tangan serta secara kawal lambat. Pergelangan tangan, jari, dan siku digunakan untuk mendahului pergerakan. b. Tekanan digunakan untuk mendapat kuasa dalam membantu menampung berat badan, kepala, leher dan kaki semasa melakukan aksi usaha terbang ini.

8. Flick (merenjis/memetik). a. Aksi ketis atau renjis ialah pergerakan yang cepat, riang dengan gerak isyarat yang berselerak. Otot yang terlibat ialah otot pergelangan tangan dan kaki, b. Berat badan memberikan tekanan kekuatan keanjalan. c. Ruang yang sesuai pula dapat memberikan satu arah tarikan dan penggunaannya di setiap bahagian dengan sebaik-baiknya.

9

GIMNASTIK4. GAMBAR FOTO KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK PRESS (MENEKAN) GAMBAR FOTO

PUNCH (MELEJANG/MERADAK)

WRING (MEMULAS)

10

GIMNASTIKSLASH (MENCANTAS)

GLIDE (MELUNCUR/MENGGELUNGSUR)

DAB (MENCECAH)

11

GIMNASTIKFLOAT (TERAPUNG)

FLICK (MERENJIS/MEMETIK)

12

GIMNASTIK5. ANALISIS PERGERAKAN LABAN Bagi menganalisis aksi laban ini, saya telah memilih pergerakan lompat pencuri. Setelah membuat sedikit penyelidikan, aksi pergerakan lompat pencuri ini hampir memenuhi kesemua elemen pergerakan asas aksi laban ini. ANALISIS PERGERAKAN Fasa pertama adalah fasa persediaan. Pada fasa persediaan ini, pelaku gimnastik ini sedang membayangkan apa yang bakal dia lakukan untuk melompat lombol yang berada di hadapannya. Apabila segala pergerakan yang bakal dia lakukan telah dia fantasikan di dalam pemikirannya, pelaku akan mengangkat tangan tanda sudah bersedia untuk melakukan aksi. GAMBAR PERGERAKAN

Fasa kedua ialah Fasa penujuan. Pelaku gimnastik yang sudah membayangkan segala yang bakal dia lakukan akan memulakan larian di samping focus

terhadap apa yang ingin dilakukannya dan kawasan yang ditujunya. Disini pelaku akan mengagak kelajuannya.

13

GIMNASTIKFasa ketiga iaitu fasa persediaan

lompatan. Pada fasa ini, pelaku melompat sedikit secara single take off menuju di atas papan anjal. Pada waktu ini, pelaku akan mengamalkan aksi laban flick

kerana terdapat sedikit pergerakan di bahagian pergelangan kaki untuk menolak badan sedikit secara pantas untuk

menganjal ke papan anjal.

Fasa keempat pula adalah fasa lonjakan. Fasa lonjakan daya ini pelaku akan

mengenakan

untuk melonjakkan

badan keatas dan kehadapan ke arah lombol. Pada waktu ini, pelaku akan mengenakan aksi laban punch dimana pergerakan yang kuat dikenakan pada bahagian kaki untuk melonjak.

Fasa kelima ialah Fasa mengapung. Pada fasa ini, pelaku akan terapung sedikit kerana daya yang dikenakan sebelum ini. Tangan pelaku akan bersedia untuk

memegang lombol untuk aksi seterusnya. Pada ketika ini, aksi laban float dikenakan oleh pelaku kerana dia berada dalam keadaan terapung seketika sementara tangan mencecah lombol.

14

GIMNASTIKFasa ke keenam ialah fasa kemuncak. Pada fasa ini, pelaku selepas melompat akan menahan tangannya lalu mengilas kakinya dan ini dinamakan lompat pencuri. Pada fasa ini, terdapat 3 aksi laban yang digunakan iaitu press, wring dan slash. Press dapat dilihat daripada tangan yang menampung berat badan manakala wring pula apabila badan dan pinggang dipulas dari belakang kehadapan manakala slash pula ketika kaki seolah-olah sedikit

menedang kehadapan untuk menstabilkan badan. Fasa ketujuh ialah fasa pendaratan. Pada fasa mendarat, kedua-dua belah kaki mendarat serentak dan dibengkokkan

sedikit untuk menyerap daya. Tangan seolah-olah membuat aksi laban slash untuk mengimbang badan. Badan

dicondongkan sedikit untuk merendahkan gravity.

15

GIMNASTIKFasa yang terakhir ialah fasa penamat. Pada fasa ini, pelaku akan membetulkan pendarata mereka. Mereka akan berdiri tegak dan menghabiskan aksi

gimnastiknya.

6. ALAT REKACIPTA ATAU ALAT REKAGANTI ALAT MEREKAGANTI PENERANGAN Saya telah memilih kerusi lipat sebagai alat untuk merekaganti sebagai alat bantu mengajar kemahiran membuat aksi rotasi sisi ataupun side rotation. Saya memilih alat ini setelah membuat sedikit kajian berkenaannya. Kerusi lipat ini mudah dibawa dan ianya lebih kurang sama tinggi dengan bangku rendah yang terdapat di gymnasium. Malahan, kerusi lipat ini mampu menampung beban yang sangat tinggi.

16

GIMNASTIK7. BUTIRAN MENGAJAR KEMAHIRAN ASAS

BUTIRAN MENGAJAR Berdasarkan gambar disebelah, dapat dilihat bahawa pelaku sedang berlatih menggunakan kerusi lipat untuk membuat aksi side rotation. Dengan menggunakan kerusi lipat ini, pelaku akan dapat meningkatkan kemahiran sebelum melakukan aksi sebenar diatas lantai. Penggunaan kerusi lipat ini mampu meningkatkan keyakinan ahli gimnastik yang mahu melakukan aksi ini. Pelaku perlu meletakkan kedua belah tangan di atas kerusi lipat dan melonjak kedua-dua belah kaki. Pada saat kaki dilonjakkan, tangan berada di dalam keadaan lurus. Kekuatan tangan memainkan peranan ketika ini. Pada ketika ini, aksi laban press dan slash digunakan. Kaki di slash kan untuk mengimbangi badan. Kemudian dengan lonjakan dan imbangan yang baik, badan akan berjaya membuat rotasi dengan selamat. Ulang pergerakan ini sehingga berjaya mendapatkan pergerakan yang cantik. Pelaku akan berjaya membuat aksi ini selari pada awalan dan akhiran aksi. Selepas berlatih diatas kerusi lipat, pelaku bolehlah mencuba diatas lantai. Dinasihatkan pada awalnya dibuat pada 1 garisan lurus supaya dapat dilihat rotasinya adakah selari ataupun tidak. Aksi ini jika dibuat diatas lantai, daya lonjakan yang dikenakan adalah rendah berbanding jika daya yang dikenakan ketika berlatih di atas kerusi lipat. Justeru itu, tangan yang mengampu hendaklah lurus dan kuat disamping imbangan yang baik dilatih diatas kerusi lipat. Barulah sempurna pergerakan ini dapat dihasilkan.

GAMBAR

17