segak 2008
DESCRIPTION
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAHProgram penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK )Dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian Dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.TRANSCRIPT
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
SEGAK
• Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK )
• Dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
HEALTH“There Is No Wealth
Without Health.”
Concept of Health
• “ A state of complete physical, mental, and social well being, and not merely an absence of disease and infirmity.” (Dictionary)
• “Whole, hale, and holy” – Anglo Saxon.
Sick and Tired of being
Sick and Tired
Importance of Health• “………health is
wealth, and if we lose our health, then, we’ll use our wealth, to regain our health.”
- Albert E. Carter.
Mana pilihan anda?
HEALTH WEALTH
Rasional• Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah
sedentari. • Kecergasan yang optimum boleh membantu
murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
• Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian
• Dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
Penyelesaian Masalah
• “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
• Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008.
• Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.
Rasional Ujian• Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat
tentang tahap kecergasan murid. • Dijalankan secara sistematik perlu diadakan
dua kali setahun dan • Dapat memotivasikan murid mengamal gaya
hidup sihat. • Murid akan lebih bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri • Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Definisi Kecergasan Fizikal“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi
aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.”
“Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”
Falls, 1980
MatlamatMurid sentiasa peka, berpengetahuan
dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
ObjektifMurid dapat :• mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;• melakukan ujian kecergasan yang dirancang
oleh pentadbir sekolah;• menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan
rekod kecergasan fizikal individu; • melakukan tindakan susulan untuk
meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
• pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Prosedur• Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan
fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. • Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat
umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
• Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
• Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama.
• Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
MENGAMBIL NADI
Urutan Ujian SEGAK
• Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.
• Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;– Naik Turun Bangku ( 3 minit )– Tekan Tubi ( 1 minit )– Ringkuk Tubi Separa (1 minit )– Jangkauan Melunjur
Sebelum Ujian• Ukuran antropometrik untuk
mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
Tatacara SEGAK
• Sebagai aktiviti latihan kecergasan.
• Perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
• Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.
Tatacara SEGAK• Alatan ujian mesti lengkap, selamat dan
berfungsi dengan baik.• Kawasan ujian mesti selamat dan
sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
• Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
• Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
• Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:
1.Prinsip tambah bebanan• Ketika menjalani latihan, penambahan beban
perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.
Prinsip Latihan2 Prinsip perbezaan individu• Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus
menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.
3. Prinsip kekhususan• Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan
keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.
4. Prinsip kebolehbalikan• Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya
latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
5. Prinsip kepelbagaian latihan• Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat
individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.
Aktiviti Memanaskan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti;– Regangan otot bahu, tangan, pinggang
dan kaki.– Lari setempat, lompat, skip atau turun naik
bangku.
Aktiviti Menyejukkan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti;– Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.– Regang otot bahu, tangan, pinggang dan
kaki perlahan-lahan.
Nama Ujian:Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
• Tujuan:– Menilai komposisi badan
• Tahap:– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
• Jantina:– Lelaki dan Perempuan
• Alatan dan kemudahan:– Pengukur tinggi– Penimbang berat– Borang skor
• Pengurusan dan organisasi:– Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian
kecergasan bermula.
Prosedur:
• Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
• Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
• Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
MENENTUKAN BMI
CARTA INDEKS JISIM BADAN (BMI)
BMI 14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
TINGGI (M)
1.65 38 40 43 46 48 51 55 57 60 63 65 68 71 74 76 79 82
1.70 41 43 46 49 52 55 58 61 64 66 69 72 75 78 81 84 87
1.75 43 46 49 52 55 58 61 64 67 70 74 77 80 83 86 88 92
BERAT (kg)
JIKA TINGGI ANDA
= 1.70 METER
DAN BERAT ANDA
= 64 KG
BMI ANDA = 22 (UNGGUL)
Mencari BMI anda…..
Menentukan Berat Badan Unggul
Mengenal pasti komposisi berat badan (BMI LELAKI)
Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan
Berat Berlebihan
9 <14.0 14.0 – 18.6 >18.6 – 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 – 19.4 >19.4 – 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 – 20.2 >20.2 – 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 – 21.0 21.0 – 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 – 21.8 >21.8 – 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 – 22.6 >22.6 – 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 – 23.4 >23.4 – 26.8 >26.8
16 <17.2 17.2 – 24.2 >24.2 – 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 – 24.8 >24.8 – 28.2 >28.2
mengenal pasti komposisi berat badan (BMI PEREMPUAN )
Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan
Berat Berlebihan
9 <14.8 14.8 – 19.2 >19.2 – 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 – 19.9 >19.9 – 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 – 20.8 >20.8 – 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 – 21.6 >21.6 – 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 – 22.5 >22.5 – 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 – 23.2 >23.2 – 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 – 24.0 >24.0 – 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 – 24.5 >24.5 – 28.8 >28.8
17 <17.3 17.3 – 25.2 >25.2 – 29.6 >29.6
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Nama Ujian:Naik Turun Bangku 3 minit
• Tujuan:– Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
• Tahap:– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
• Jantina:– Lelaki dan Perempuan
• Alatan dan kemudahan:– Permulaan Naik Turun Bangku– Bangku - Ketinggian 30.5 cm– Jam Randik– Borang Skor– Rakaman atau Metronome
Permulaan Naik Turun Bangku
Naik Turun Bangku 3 minit
• Pengurusan dan organisasi:– Aktiviti dijalankan berpasangan.– Letakan bangku di atas lantai yang rata dan
selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
– Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
• Ujian murid memakai kasut sukan yang sesuai.
• Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
• Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
• Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
Prosedur:• Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
• Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
• Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.
• Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
• Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.
UJIAN NAIK TURUN BANGKU
• Penguji memberi isyarat ‘mula’
• Menggunakan metronome 96 detik seminit
• Dilakukan selama 3 minit
KADAR NADI DIAMBIL SELAMA
SATU MINIT
Nama Ujian:Ujian Tekan Tubi
• Tujuan:– Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahu
• Tahap:– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
• Jantina:– Lelaki
• Alatan dan kemudahan:– Kawasan lapang dan rata.– Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).– Jam Randik.
• Pengurusan dan organisasi:– Ujian dilaksanakan secara berpasangan.– Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:• Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
• Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
• Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
BADAN DILURUSKAN
DALAM KEADAAN SEDIA
SPAN
( 5 cm x 15 cm x 10 cm ).
Prosedur:• Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit
atau murid tidak berupaya meneruskannya.
• Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
• Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
Tekan Tubi (L)
Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
Nama Ujian:Ujian Tekan Tubi Suaian
• Tujuan:– Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahu
• Tahap:– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
• Jantina:– Perempuan
• Alatan dan kemudahan:– Kawasan lapang dan rata.– Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).– Jam randik.
• Pengurusan dan organisasi:– Ujian dilaksanakan secara berpasangan.– Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:• Mula dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
• Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
• Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
Prosedur:• Tekan tubi diteruskan sehingga murid
tidak berupaya meneruskannya.
• Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
• Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
Ujian Tekan Tubi Suaian
Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
RINGKUK TUBI SEPARA
Nama Ujian:Ringkuk Tubi Separa
( partial curl-up) 1 minit• Tujuan :
– Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen• Tahap :
– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 • Jantina :
– Lelaki dan perempuan• Alatan dan kemudahan :
– Pita lekat bersaiz 2.5 cm– Pita ukur – Jam randik
• Pengurusan dan organisasi:– Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri
dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
Prosedur :• Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang
sesuai.
• Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
• Buka kaki seluas bahu.
• Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
• Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
Prosedur :• Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari
tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
• Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
• Murid B mengira ulangan perlakuan.
• Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-– Berasa tidak selesa.– Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda
kedua.– Tumit diangkat.
Panduan guru
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
• Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
• Tumit diangkat.
• Badan/ bahu senget.
• Punggung terangkat.
• Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.
• Rapatkan belakang ke lantai.
• Bahu sentuh lantai.
• Rapatkan tumit ke lantai.
• Seimbangkan bahu/badan.
• Buka kaki.
• Bengkokkan lutut.
Ringkuk Tubi Separa
Bersedia Ringkuk Kedudukan asal
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak
antara pita adalah 10 cm.
10cm
JANGKAUAN MELUNJUR
Nama Ujian:Jangkauan Melunjur
• Tujuan:– Mengukur fleksibiliti
• Tahap:– Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
• Jantina:– Lelaki dan perempuan
• Alatan dan kemudahan:– Alat pengukur jangkauan – Borang skor.
• Pengurusan dan organisasi:– Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Jangkauan melunjur
Prosedur:• Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki
di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
• Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
• Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
• Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
JANGKAUAN MELUNJUR
Lutut sentiasa lurus
• Dagu rapat ke dada.
• Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin
Prosedur:
• Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
• Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
• Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.
JANGKAUAN MELUNJUR
Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
Jangkauan Melunjur
Bersedia Jangkau Rehat
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
BORANG UJIAN SEGAKPENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)(UJIAN : PRA / POST ) TARIKH :
NAMA PENUH TINGKATAN
UMUR
TINGGI (meter)
BERAT (kg)
SKOR BMI (INDEKS JISIM BADAN = BERAT/TINGGIXTINGGI )
UJIAN Ulangan Markah UJIAN Ulangan Markah
NAIK TURUN BANGKU (3m)
RINGKUK TUBI SEPARA (1 m)
TEKAN TUBI(1 m)
JANGKAUAN MELUNJUR
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
LELAKI 15 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku
75 ke bawah
76 – 97 98 - 120 121 – 142
143 ke atas
Tekan Tubi 30 ke atas
24 - 29 18 - 23 13 - 17 12 ke bawah
Ringkuk Tubi Separa
23 ke atas
19 – 22 14 - 18 10 - 13 9 ke bawah
Jangkauan Melunjur
46 ke atas
37 – 45 27 - 36 17 - 26 16 ke bawah
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
(Perempuan 17 tahun)UJIAN 5 4 3 2 1NAIK TURUN BANGKU
(kadar nadi)
75 ke bawah
76 – 97 98 – 120 121 – 142 143 ke atas
TEKAN TUBI 24 ke atas
20 – 23 15 – 19 10 – 14 9 ke bawah
RINGKUK TUBI SEPARA
19 ke atas
16 – 18 12 – 15 8 – 11 7 ke bawah
JANGKAUAN MELUNJUR
41 ke atas
35 – 40 28 – 34 22 – 27 21 ke bawah
KEPUTUSAN KESELURUHANSETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA
SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN
BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN
GRED PERNYATAAN
1. 18 HINGGA 20 MARKAH A Tahap Kecergasan Sangat Tinggi
2. 15 HINGGA 17 MARKAH B Tahap kecergasan Tinggi
3. 12 HINGGA 14 MARKAH C Cergas Norma
4. 8 HINGGA 11 MARKAH D Tahap Kecregasan Di bawah Norma
5. 4 HINGGA 7 E Tidak Cergas
JENIS –JENIS LATIHAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL
KOMPONEN KECERGASAN
FIZIKAL
ULASAN CADANGAN AKTIVITI
d/tahan Kardio
vaskular
Latihan Aerobik
Berjalan, joging, berbasikal, naik tangga, mendayung, merentas desa, tarian aerobik dan senamrobik
Kekuatan dan d/tahan
otot
Latihan rintangan dan aerobik
Latihan bebanan dengan menggunakan alatan.Berjalan, joging, berbasikal, naik tangga, mendayung, merentas desa, tarian aerobik dan senamrobik
JENIS –JENIS LATIHAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL
KOMPONEN KECERGASAN
FIZIKAL
ULASAN CADANGAN AKTIVITI
Komposisi badan
Latihan rintangan dan aerobik
Berjalan, joging, berbasikal, naik tangga, mendayung, merentas desa, tarian aerobik dan senamrobik
Fleksibiliti Latihan regangan
Regangan statik dan regangan berintangan secara berpasangan (PNF-proprioceptive neuromusculat facilitation)
ULASAN SKOR UJIAN KECERGASAN FIZIKALUJIAN TEKAN TUBI
KOMPONEN KECERGASAN
FIZIKAL
ULASAN CADANGAN AKTIVITI
Ketegangan dan stres
neuromaskular
Latihan relaksasi yang menggunakan tenaga dan kosentrasi sederhana
Tai Chi dan latihan relaksasi secara progresif.
Sumber : Heyward V. H.(1991) Advanced Fitness
Assessment & Exercise Prescription.
(2nd Edition)
Pembekal alatan SEGAKPASCAL MARKETING
IPOH
05 3137718
016 523 2192
Scorpio Enterprise
Ipoh
05 506 4030
016 561 3596
M Boleh Enterprise
Taiping
05 805 2582
019 577 8002
Kedai Buku Rhythm
Kampar
05 4668342
019 4317535
Lotus Enterprise
Sungai Siput
05 598 1388
012 5019 839
TEING TAI CHEE
SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB
SUNGAI SIPUT (U)
PERAK
012- 5898183
Sekian terima kasih.
SELAMAT MENCUBA ………..