sebab allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan

17
HUKUM GERAKAN KE KANAN Sebab Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan - Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan - Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah - Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam Bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan - Faedah tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam - Rasai sendiri kehebatan & kesan setelah memakai JAM TAWAF - Sebarkan rahsia pusingan TAWAF kepada semua umat Islam Kesan - Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak - Pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda - Membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap - Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan - Merangsang daya tumpuan - Mengekalkan potensi diri yang optima - Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan - Mengawal tekanan perasaan - Meningkatkan daya keyakinan & semangat - Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser Kesan Terhadap Rohani - Menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri & kanan - Memenuhi falsafah hukum: 1) Kebenaran mengatasi kesilapan 2) Kelajuan mengatasi kelewatan 3) Kemudahan mengatasi kejutan 4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir 5) Kekuatan mengatasi kelemahan 6) Keuntungan mengatasi kerugian 7) Kejayaan mengatasi kegagalan - Bagi lelaki memakainya di pergelangan tangan kanan - Bagi wanita memakainya di pergelangan tangan kiri Di dalam dunia akhir zaman ini, jam yang asalnya berpusingan tawaf. Telah diolah putarannya mengikut 'arah jam' seperti yang anda lihat. Selain daripada jam yang diubah ini semua hasil ciptaan tuhan bergerak mengikut arah pusingan semulajadi Apa itu semulajadi? Semulajadi adalah = sistem asal ciptaan tuhan yang harmoni

Upload: mohd-rozani

Post on 11-Feb-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SIla amalkan

TRANSCRIPT

Page 1: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

HUKUM GERAKAN KE KANANSebab Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan- Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan- Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah- Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam Bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan- Faedah tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam- Rasai sendiri kehebatan & kesan setelah memakai JAM TAWAF- Sebarkan rahsia pusingan TAWAF kepada semua umat Islam

Kesan

- Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak- Pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda- Membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap- Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan- Merangsang daya tumpuan- Mengekalkan potensi diri yang optima- Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan- Mengawal tekanan perasaan- Meningkatkan daya keyakinan & semangat- Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanserKesan Terhadap Rohani

- Menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri & kanan- Memenuhi falsafah hukum:

1) Kebenaran mengatasi kesilapan2) Kelajuan mengatasi kelewatan3) Kemudahan mengatasi kejutan4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir5) Kekuatan mengatasi kelemahan6) Keuntungan mengatasi kerugian7) Kejayaan mengatasi kegagalan - Bagi lelaki – memakainya di pergelangan tangan kanan- Bagi wanita – memakainya di pergelangan tangan kiri

Di dalam dunia akhir zaman ini, jam yang asalnya berpusingan tawaf. Telah diolah putarannya mengikut 'arah jam' seperti yang anda lihat. Selain daripada jam yang diubah ini semua hasil ciptaan tuhan bergerak mengikut arah pusingan semulajadi

Page 2: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

 Apa itu semulajadi?Semulajadi adalah = sistem asal ciptaan tuhan yang harmoni

Perbuatan ibadat haji adalah hukum alam. Pergerakan tawaf ini melibatkan sekecil-kecil perkara.Seperti putaran zarah-zarah elektron & ion (lihat pakai mikroskop) dan sebesar-besar objek seperti putaran planet & galaksi. (lihat pakai teleskop). Semua sifat semulajadi ini hadir bersama dengan(Jam Tawaf)

Sila baca rahsia selanjutnya di bawah.. Hukum ke Kanan (Ciptaan Allah):

Medan Magnet

 

Medan magnet ini menghasilkan medan elektromagnetik. Elektromagnet menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju. Anda sedia tahu keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet. Sedangkan medan magnet menggunakan hukum ke kanan, iaitu tawaf dan ciptaan Allah ini menggunakan konsep kitaran tawaf yang menjanakan elektrik.

 DNA Makhluk Berjasad

 Imej getaran DNA yang ditunjukkan di dalam mikroskop mempunyai warna. Setiap warna jelas menunjukkan getaran yang terhasil. Ia berlaku adalah konsep tenaga yang sentiasa mengikut hukum ke kanan, iaitu tawaf. Perhatikan baik-baik, animasi DNA menunjukkan DNA membuat belitan ke arah kanan. Pusingan DNA adalah jelas merupakan 1 fenomena kitaran tawafdan semua makhluk di alam semesta ini ada trademark penciptanya. Sebab itu semua ciptaan Allah ada DNA masing-masingdan salah satunya Allah sentiasa menggunakan konsep kitaran tawaf.

 Aliran Darah Manusia

 Aliran darah dalam urat saraf manusia ada 1 pergerakan istimewa. Semenjak dari kandungan ibu lagi, kitaran darah anda ialah ikut sistem tawaf. Semua darah manusia yang melalui jantung adalah pergerakan ke arah kanan. Sebab itu bila perjalanan darah diganggu, maka badan manusia akan rosak. Molekul & zarah dalam apa jasad pun, sentiasa bergetar ke arah kanan. Perbuatan dan aktiviti ke arah kanan dinamakan tawaf. Pesakit jantung yang memakai alat bantu pengepam DILARANG MEMAKAI JAM TAWAF

Page 3: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

Kenapa begitu pula larangannya Sebabnya.. jam tawaf sentiasa kembalikan sistem kelilingnya kepada sifat fitrah. Pesakit jantung yang memakai alat & mesin nadi akan mempunyai kesan bila memakai Jam Tawaf.

Nak tahu mengapa?Kerana Jam Tawaf akan membatalkan hukum mesin tersebut sehingga mesin itu rosak. Kerana jam tawaf sentiasa akan mengembalikan fitrah, sedangkan mesin jantungbertindak berlawanan. Oleh itu, pesakit jantung dilarang memakainya

 Planet Bumi

 Tahukah anda, tuhan sengaja mencipta planet bumi berputar ke arah kananKalau anda masih ingat, semua planet dalam sistem suria mengelilingi matahari dalam keadaan berputar ke arah kanan. Semua planet yang berjiran dengan bumi sentiasa tawaf kepada matahari. Planet bumi kita sentiasa berputar ke arah kanan di paksinya sendiri. Bahkan, matahari kita sendiri sentiasa berpusing di atas paksinya ke arah kanan. Semua tabiat & kelakuan planet & matahari ini adalah hukum putaran semulajadi ke arah kanandan proses ke arah kanan ini sama dengan TAWAF!

 Taufan & Puting Beliung

Perhatikan taufan & puting beliung, anginnya berpusing ke arah kanan. Hukum ke arah kanan bersifatkan ketaatan. Putaran puting beling ini sangat dahsyat dan kerana ketaatannya, pusingannya sentiasa ke kanan. Sifat ke kanan ini sering disifatkan sebagai putaran tawaf. Bukan itu sahaja, air dalam singki pun berputar ke arah kanan seperti TAWAF! TAWAF itu ada rahsia yang misteri, hanya Islam sahaja mendedahkannyadan sudah tentulah rahsia kebaikan ini telah Allah abadikan di planet bumi iaitu;Iaitu dengan kehadiran kaabah, di mana manusia mengelilingi dengan cara TAWAF..!

 Hukum Ke Kanan (Ciptaan Manusia)

RadarPantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar ke arah kanan. Bagi mereka yang professionnya seorang jurutera kapal, pasti tahu jawapan ini. Bagi seorang juruterbang pula, adalah rutin harian mereka melihat skrin ini. Bagi panglima angkatan tentera di darat, udara, dan laut, radar adalah permainan mereka. Untuk pengetahuan anda, radar

Page 4: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

ADALAH warnanya hijau. Hijau simbolik kepada ISLAM dan radar canggih ini menggunakan konsep kitaran tawaf.

 Bom Atom

 Bom atom yang terhasil biasa tercetus akibat dari kitaran yang diganggu dalam sistem janaannya.Apabila geseran & gerakan ke kanan terdapat gangguan ke arah kiri. Maka kesannya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan. Fenomena ini juga termaktub kepada bom hidrogen yang biasa digunakandan ujian terhadap ledakan nuklear menunjukkan perkara yang sama. Ini membuktikan hukum tawaf menyeimbangkan alam. Menghasilkan gangguan kepada kitaran tawaf akan mendatangkan bala bencana dan semua bom ciptaan manusia ini menggunakan konsep kitaran tawaf supaya ia tidak meletup.

 CD, VCD, DVD & Blue Ray Player

 Semua piring multimedia di atas berputar secara tawaf ketika pemindahan data berlaku. Akibat putaran tawaf, data mampu dihasilkan. Pancaran & pantulan laser dinyalakan hasil konsep gerakan tawaf iaitu putaran ke kanan. Setiap putaran alat di atas termaktup pada kelajuan tertentu untuk kapasiti aliran data yang terpilih. Ia ibarat tawaf di depan kaabah, bila lengkap 7 pusingan barulah rukun sempurna. Dengan konsep yang sama, aliran data cd ini dapat naik ke komputer bila sempurnanya kitaran mereka dan semua peranti canggih ini menggunakan konsep kitaran tawaf.

 Piring Hitam, Video & Kaset

Kalau anda perhatikan pergerakannya, semuanya berputar ke arah kanan. Kalau anda lawan, maka bunyi aneh keluar (anda boleh lakukannya ketika era 80an). Perhatikan elok-elok, kitaran tawaf berlaku di depan mata anda selama ini. Terkadang, manusia perlu mengikut hukum semulajadi untuk mencapai harmoni. 3 alat di atas sudah dianggap antik, dan kanak-kanak hari ini tak pernah menyentuhnya. Ini adalah sebahagian besar rahsia tawaf yang berlaku ketika zaman remaja anda dahuludan semua peranti moden ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah putaran yang berlaku di mana-mana.

 Kipas Siling & Propeller Kapal

Page 5: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

 Perhatikan kipas siling anda, bila anda petik sahaja, ia sedang berputar ke arah kanan. Angin yang disedut di sisi dan turun ke tengah mendatangkan harmoni dan nyaman. Hukum putaran ini juga termaktup kepada kipas kapal, jurutera perkapalan memanggilnya "propeller". Besi propeller dibina dengan hasil campuran kumprum aloi yang tahan karat akibat air masin. Putaran propeller adalah kitaran tawaf dan menyebabkan kapal maju ke depan dengan laju. Kapal laut boleh undur ke belakang dengan membatalkan hukum tawaf. Sebab itu bila kita ikut hukum, hidup maju ke depan. Samalah halnya dengan helikopter yang terapung itu. Pergi ambik video dan rakam libasan kipasnya, bukankah ia berputar mengikut tawafdan semua perhiasan rumah & sistem pengangkutan ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah rutin harian malaikat di atas langit. Sebab itu kaabah di bina di Mekah, supaya manusia boleh melakukan ibadat tawaf kerana tawaf mendatang keharmonian.

 Sukan Lumba Lari

Masih ingat sukan lari 100 meter dekat sekolah?Anda akan disuruh berlari ikut arah kanan tanpa seorang pun dari kamu menyedarinya. Sukan Dunia Olimpik dan Sukan Komanwel juga termaktub pada hukum yang sama ketika berlari. Perhatikan balapannya perpusing ke arah kanan, berlari laju-laju dan pusingannya sama seperti TAWAF!Perhatikan aksi jogging di waktu pagi dan petang di taman-taman, track yang disediakan semuanya ke arah kanan, sama seperti TAWAF. Terkadang, berjoging di tempat sendiri, badan kita akan dengan sendirinya pusing ke arah kanan seperti TAWAF, tanpa kita sedari pundan semua aktiviti riadah ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah rutin semulajadi dalam diri kita sendiri. Putaran tawaf mendatang kesihatan & umur yang panjang. Inilah sejenis rahsia akhir zaman yang sengaja dipadam selepas si mata 1 menguasai dunia hari ini. Rahsia yang telah digelapkan di akhir zaman.

 Soalan Cepu Emas

Anak Murid: Kenapa jam yang saya pakai berputar ke kiri?Guru Mursyid: Jam yang kamu pakai adalah jam anti-tawaf. Tahukah kamu jam pertama yang diciptakan adalah berpusing ke arah kanan?Tidakkah kamu perasan, setiap apa yang tuhan ajar pada umat manusia asalnya fitrah. Fitrah adalah bersifat semulajadi. Pada setiap umat pasti akan hadir MASTER MIND yang pasti membetah simbol semulajadi ini. Sedangkan kita adalah umat akhir zaman. Setiap nabi & rasul pada zamannya pernah memberi amaran tentang watak ini. Watak ini sentiasa

Page 6: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

menterbalikkan apa jua sistem hidup manusia. Baik dari segi kewangan, pakaian, sukan, hiburan, bahkan MASA.Dialah yang disebut si mata 1. Dialah yang telah mencaturkan sistem jam hari ini KE ARAH KIRI. Kerana apa?Sesungguhnya matanya buta di sebelah kiri..Bayang-bayang dia untuk tiba semakin dekat..Kerana sistem jaringan milik dia sudah berada di hadapan anda.Wallahualam..Tahukah anda bahawa Minda Bawah Sedar (MBS) memainkan peranan Pengaruh atau Pukauan tanpa sedar, kepada seseorang. Ada yang berbentuk Positif dan Negatif. Daripada sudut Positif, sudah pasti mereka yang bergaul dengan golongan Soleh, akan melakukan akvititi yang menjurus ke arah kebaikan. Betul? Bergaul dengan rakan atau pelajar yang sukses, bakal menyerlahkan potensi diri kita untuk turut bersama sukses sepertinya walau tidaklah 100% sama. Cuma lebih baik daripada Gagal.

Selain itu, mutu atau hasil kerja dan peperiksaan kita juga hampir sama berbanding mereka yang malas belajar atau suka berkawan dengan golongan yang kurang pandai. Mari kita lihat beberapa rakan kita yang baik budi pekertinya. Cuba kita kenal keluarga serta latar belakangnya. Pasti ia saling berkait yang menyebabkan beliau menjadi insan yang baik. Namun, ada juga keluarganya baik dan bagus tetapi anak mereka berperangai buruk.

Ini berpunca daripada anasir pengaruh Bawah Sedar melalui rakan atau golongan luar. Pergaulan yang kerap dan kelalaian keluarga dalam membendung, menjadi faktor kuat sesi reprogram Minda berlaku terhadap anak mereka. Jika MBS mula menerima program berbentuk negatif masuk ke dalam diri, maka ia akan membentuk atau menghasilkan SIKAP negatif yang cukup menyerlah (memang boleh dilihat dan dinilai oleh orang lain).

 

Ia terlalu cepat terhasil kerana peranan rasa SUKA atau CINTA yang membuak dalam pergaulan tersebut (lebih kuat jika kita fokus pada apa yang kita sukai/minati). Pergaulan yang menjurus

Page 7: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

kepada HIBURAN bersama rakan sebaya antara sumber yang bakal mendatangkan hasil tertentu.

Jika ia tidak dibendung, tidak mustahil, ia bakal menarik lebih banyak unsur program yang negatif kepada MBS seseorang itu. MBS menerima apa sahaja bentuk program atau data. Ia tidak dapat membezakan antara baik dan jahat. Ia juga tidak dapat membuat kajian bahawa hal itu tidak boleh atau boleh dilakukan.

Sebab itu ramai yang sudah ditegah agar tidak menghisap rokok. Namun, bilangannya semakin bertambah dan mereka semakin merokok. Kunci proses program kepada diri mampu berlaku atau terhasil adalah melaluiKEPUTUSAN.

KEPUTUSAN terletak pada diri seseorang yang mengalami atau menempuh sendiri pengalaman serta sesuatu perkara. Keputusan juga bergantung kepada Keberanian dan Ilmu seseorang, bagi memilih mana yang terbaik. Mungkin terbaik tetapi ia tidak baik terhadap diri dan begitulah sebaliknya.

Bagaimana keputusan ini benar-benar teruji terhadap seseorang? Sebagai contoh, jelas dan terang perbuatan maksiat adalah salah dan berdosa. Namun, mengapa seseorang itu berani dan masih melakukannya? Ini adalah kerana, lemahnya IMAN.

IMAN sangat penting dalam diri manusia. Jika IMAN dalam diri kita lemah, maka dengan mudah kita merelakan apa jua bentuk perkara yang negatif, masuk ke dalam diri dan MBS. Jika anda mempunyai ilmu dan diberikan dua pilihan iaitu antara ARAK dan SUSU. Manakah yang anda pilih?

Dua pilihan ini jelas dengan perkara berunsur NEGATIF (Arak) dan POSITIF (susu). Namun, MBS akan menunggu keputusan daripada diri anda untuk diproses.

Page 8: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

Dengan ILMU dan IMAN yang ada, anda akan membuatkeputusan dalam memilih dua jenis Air tersebut.

Lihat situasi ini;

Anda dibawa oleh teman ke sebuah Club yang FAKTOR PERSEKITARAN dalamannya itu, penuh dengan manusia yang sedang asyik menari, minum Arak, mabuk, menyanyi dan lain-lain lagi (tidak terlihat sama sekali manusia yang melakukan kebaikan).

Oleh sebab pertama kali bersosial, anda tidak tahu keburukan yang tersirat dengan mengikuti rakan anda bagi berhibur di Club itu. Rakan anda mengajak anda minum minuman keras iaitu Arak, bertujuan untuk lebih gembira (penuh pujuk rayu). Otak anda akan mula berfikir untuk membuat keputusan.

Tambahan lagi, faktor persekitaran menunjukkan bahawa ramai manusia yang berbangsa sama seperti anda dan beragama Islam meminum Arak (walaupun kita melihat secara sambil lalu, data tersebut tetap diterima oleh MBS).

Tanpa anda sedar, anda akan membuat keputusan untuk Mencuba minuman Arak itu. Sedikit demi sedikit. Rakan anda pula menyatakan bahawa dengan meminum Arak dapat menghilangkan STRESS (ditambah pula dengan program tambahan).

Oleh sebab pengaruh Arak yang membuatkan Minda/Otak anda gagal berfungsi dengan baik, maka pelbagai perkara negatif akan anda lakukan sama ada sedar mahupun tidak. Perkara ini berlaku secara bertahap iaitu bermula dengan hari pertama iaitu MENCUBA.

Seterusnya SERINGKALI meluangkan masa untuk ke tempat itu dan MENGAMALKAN minuman itu sehingga akhirnya KETAGIHAN dan SUKAR untuk membuang tabiat tersebut. Ini

Page 9: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

kerana TERTANAMNYA PROGRAM ke dalam MBS anda yang secara semulajadinya akan dip roses bagi menghasilkan SIKAP!

Kajian menunjukkan, MBS berpotensi sebanyak 88% dalam menghasilkan TINDAKAN serta SIKAP.

Ilmu yang mantap tetapi Iman yang lemah akan membuatkan kita GAGAL untuk membuat Keputusan terbaik, bagi menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Tanpa Iman, perasaan Malu akan hilang bagi melakukan pelbagai bentuk Maksiat.

Oleh itu, perkuatkan Ilmu pengetahuan dan Iman kita hari ini. Pilih rakan yang mendatangkan kesan baik kepada diri. Insya Allah, jika kita mendekati hal yang positif, maka lebih banyak hal yang positif datang kepada kita. Jauhi hal negatif kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kita.

Minda/Otak bertugas untuk berfikir, oleh itu, Fikirkan hal yang Positif. Paksa dan Cuba. Jika tidak memikirkan hal yang Positif, Minda/Otak akan memikirkan hal yang sebaliknya (Negatif), Kerana ia tidak pernah berhenti berfikir, Selagi kita masih bernyawa..

Mari kita lakukan bersama,

Pejamkan mata. Zikirkan ‘Ya Allah’ di dalam hati. Muhasabah diri. Buangkan Ego. Programkan diri dengan Doa Mohon Keampunan. Kekuatan. Menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Sentiasa positif dan sabar dalam berusaha mencari Rezeki yang Halal serta Mohon Keberkatan dalam kehidupan.. Insya Allah..

Senyum dan Bersyukur, Tanamkan Tekad untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya. Manfaatkan Nyawa yang di PINJAMKAN ini dengan sebaiknya..

MINDA RAKSAKSA

Page 10: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

Jika anda boleh fahami dan mengesan kuasa Minda raksasa  ,maka hidup anda akan tetap berubah.  Ini kerana Minda raksasa akan membebaskan diri anda dari kongkongan ilmu, sumber bahan mentah dan persekitaran.  Ia menyalurkan kuasa penyelesaian yang tiada had untuk mengatasi setiap masalah yang melanda diri anda. Ini seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda.

Apakah ciri Minda Raksasa?

Pertama, masa ia bertindak untuk menyelesaikan masalah hidup anda , Minda raksasa akan meneroka semua sumber ilmu dan data yang terkumpul dalam Minda Separa Sedar anda. Ini bermaksud semua pengalaman yang terlantar dalam Minda Separa Sedar.  Ia juga boleh membezakan maklumat yang benar dari maklumat yang salah, seterusnya menyalurkan keputusan yang benar untuk anda.

Ciri yang kedua , Minda raksasa menyumbangkan idea yang menjangkaui semua pengalaman anda yang lalu.  Ia memberi pendekatan baru untuk melaksanakan sesuatu luar dari skop pengalaman anda yang lalu.  Anda mungkin tidak mempunyai kefahaman yang mendalam tentang sesuatu hal, tetapi ia tetap akan menjelma dan menolong anda.

Ciri yang ketiga, Minda raksasa  akan berfungsi selama 24 sehari tanpa berhenti. Jadi sebelum anda menyerah matlamat hidup dan masalah hidup anda kepada Minda raksasa , fahami dan sedar dahulu punca masalah sebenar.  Seterusnya, tepikan masalah anda. Minda Separa Sedar akan terus beroperasi sehingga menemui jawapan kepada kemuskilan anda.

Ciri keempat, Minda raksasa akan terus beroperasi secara automatik untuk menyelesai sebarang kemuskilan.  Sebelum anda mencapai matlamat hidup yang anda hajatkan, anda tidak perlu melihat atau mengesan dengan terperinci matlamat hidup tersebut.  Selagi anda berani mengorak langkah pertama , dan kemudian menyelesaikan secara peringkat masalah yang bakal datang. Selagi anda telah bermula, Minda raksasa akan memberi jawapan untuk menyusuri langkah seterusnya. 

Ciri kelima, Minda raksasa mempunyai kuasa mengejar matlamat hidup yang tersendiri.  Selagi anda mempunyai hajat untuk mencapai sesuatu

Page 11: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

matlamat, Minda raksasa akan menjelma dan menonjolkan kuasanya.  Minda raksasa akan memberi anda kekuatan dan semangat serta keperibadian untuk menuju kepada matlamat hidup anda.  Tapi, anda mestilah mempunyai matlamat hidup yang nayat serta keinginan yang berkobar-kobar untuk mencapainya. 

Ciri keenam , Minda raksasa dapat bertindakbalas dengan positif pada pengesahan diri yang jelas dan dinamik.  Bila ditambah dengan emosi diri yang bersemangat, setiap ayat pengesahan diri akan menjadi suatu kuasa yang amat dominan dan bersifat menjajah.  Seterusnya, kata-kata pengesahan diri ini akan disalurkan dengan segera ke dalam Minda Separa Sedar. Semua ini akan berganding dengan Minda raksasa untuk menciptakan keajaiban dalam hidup.

Selain dari itu, keputusan diri yang kuat dan jiwa perjuangan  yang bersungguh-sungguh , disepadukan dengan janji untuk melibatkan diri secara sepenuhnya; anda akan menggiatkan kuasa Minda raksasa yang seterusnya membantu anda menegcapi hajat anda. 

Ciri ketujuh , hanya kalau anda menggunakan dan percaya sepenuhnya kuasa Minda raksasa , baru ia mengembang. Sebaliknya,  , bila anda tidak perlukannya, ia akan hilang. Maka, semakin anda gunakan, semakin anda percaya dengan keajabannya, maka semakin ia mengembang dengan cepat. Hidup manusia penuh dengan cabaran.  Hanya kalau anda boleh mendapati sumber kekuatan ini,  hidup anda akan terus kecundang dan penuh dengan perasaan kesal

 

Ciri kelapan , jika anda mempunyai harapan yang positif terhadap setiap apa yang anda hajatkan, Minda raksasa akan memainkan peranan yang amat besar sekali.  Maka, jadikanlah anda seorang yang kegila-gilaan untuk yang terbaik, sentiasa menjangkakan setiap kejadian yang berlaku dalam hidup anda adalah suatu yang terbaik. Minda raksasa akan menarik orang dan peristiwa kepada hidup anda.

Ciri kesembilan pula menyatakan, jika anda menumpukan sepenuh perhatian pada sesuatu masalah dan tidak kisah sama seklai dengan apa

Page 12: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

yang terjadi, Minda raksasa akan memainan peranan yang besar.  Tapi, dalam kedua-dua keadaan ini, Minda raksasa tidak dapat menonjolkan kuasanya.   Jadi, untuk anda menghidupkan kuasa Minda raksasa, anda hendaklah mendefinasikan masalah dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya mengumpulkan maklumat yang sebanyak mungkin untuk tujuan penyelidikan. 

Ketiga,  berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

Akhirnya, serahkan masalah kepada Minda raksasa dan anda hanya tumpukan pada hal lain yang tidak berkaitan. 

Ciri ke sepuluh , Minda raksasa akan memberi jawapan yang sesuai mengikut keadaan dan masa yang berseuaian.  Anda akan dapati jawapan yang anda hajatkan akan timbul pada masa yang paling sesuai. Tetapi, anda perlu mengambil tindakan yang segera. Ini kerana jawapan Minda raksasa mempunyai had masa tersendiri.  Jika anda tidak menggunakannya, ia akan hilang.  Ini bermaksud, anda hendaklah percaya dengan kuasa Minda raksasa dan terus bertindak.

Ciri ke sebelas , Minda raksasa akan menyumbangkan semua pengalaman yang diperlukan oleh anda untuk berjaya.  Malah, ia membawa pengalaman yang berbagai bentuk.  Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi, anda akan mengetahui pengalaman dan kepakaran tertentu yang dapat memimpin anda untuk mencapai matlamat hidup yang dihajatkan.   Bila anda mempunyai matlamat hidup yang nyata dan berusaha dengan kuat, anda akan dapati matlamat hidup anda membawa diri anda melakukan berbagai perkara yang amat berlainan di tempat dan persekitaran yang berbeza.

Akhirnya, teknik sepuluh minit terakhir akan membolehkan anda melihat suatu kejadian di saat-saat penamat. 

Ciri ke dua belas , Minda raksasa akan menentukan kualiti percakapan dan tindakan anda serta akibatnya. Kuasa Minda raksasa diibaratkan sebagai sebuah mesin yang terus berfikir.  Ia bertujuan menyelaraskan percakapan anda dengan konsep diri anda serta misi hidup anda.  Selagi

Page 13: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

anda berikan berikan petunjuk dan arahan yang jelas, ia akan terus mencetuskan percakapan dan menghasilkan akibat yang anda hajatkan.

Dengan kata lain , seseorang  yang akan menemui jawapan secara luar jangka pada saat dia perlukan jawapan dan sentiasa dapat cari apa sahaja yang anda hendakkan.

Pada ketika lain, dua perkara yang tidak seiras berlaku serentak pada suatu masa yang seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda.

Minda raksasa memainkan kuasa yang amat tinggi dalam alam sejagat.  Setiap perkara dalam dunia akan bertindak megikut arahan dan kemahuan anda dan membentuk urutan makna yang tersendiri. 

Ciri ke tiga belas, Minda raksasa mempunyai kuasa ruang tersendiri, ini bermaksud jika anda menetapkan kuasa Minda raksasa terlebih dahulu, ia akan tetap berkesan kepada anda.  Anda boleh gunakan minda raksasa waktu pagi atau waktu mencari tapak perhentian kereta.

Rukun operasi Minda raksasa menyatakan Minda raksasa mengetuai dan memimpin aktiviti hidup kita. Apa sahaja yang anda rancangkan, apa sekalipun matlamat hidup anda, apa sahaja idea yang anda hendakkan akan tetap disalurkan oleh Minda raksasa ke dalam aliran hidup seharian.  Cara terbaik untuk mencetuskan kuasa Minda raksasa ialah dengan mengamalkan teknik rangsangan.

Anda perlu bersendirian untuk mencetuskan kuasa Minda raksasa.  Duduk berseorangan dalam masa dua puluh ke tiga puluh minit sambil mendengar setiap suara kecil hati anda.  Anda akan dapat setelah beberapa lama, hati anda menjadi semakin tenang dan selesa seperti air yang jernih. Pada waktu ini, berbagai idea dan pendapat akan mula muncul.  Masa ini, jika anda terus tulis atau bertindak mengikut apa yang terfikir, anda akan dapati semua masalah akan hilang.

Seterusnya, gunakan teknik berfantasi.  Fikirkan secara dan berimpian dan merenung kosong, dekati alam semulajadi, musik klasik, proses menenang

Page 14: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

diri, meditasi dan berfikir, kaset motivasi diri akan juga mencetuskan Minda raksasa anda.

Jawapan Minda raksasa mempunyai tiga sumber.

Pertama, sumber intusi , iaitu suatu perasaan yang kuat dari dalam yang menjelma secara kuat. Anda akan rasa , inilah jawapannya.

Kedua , peristiwa yang tidak terjangka.  Sesiapa yang anda jumpa , maklumat yang anda perlukan adalah jawapan yang  anda hendakkan.

Ketiga, sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba tanpa dirancang sama sekali

 

Bagaimana anda boleh tahu jika sesuatu yang berlaku adalah suatu kuasa Minda raksasa. Caranya amat mudah.

Bila jawapan itu muncul, ia adalah suatu yang lengkap dan dapat menyelesaikan semua masalah secara lengkap.

Kedua , Anda akan merasa ceria dan riang, dengan jawapan yang diperolehi. Amat nyata, ia adalah jawapan yang paling sesuai sekali.

Ketiga , Bila anda dapat jawapan dari Minda raksasa, anda akan mempunyai kegembiraan dan keriangan hati. Nilai diri meningkat dan semangat anda semakin kuat Rukun operasi Minda raksasa menentukan setiap tindak-tanduk anda. Ia adalah suatu kuasa yang mengelolakan nasib hidup seseorang.  Setiap rancangan , matlamat hidup dan idea yang terus diabadikan dalam pemikiran, ia akan diserap pleh Minda raksasa dan sidalurkan ke dalam hidup seharian.  Inilah punca kejayaan orang yang hebat dalam dunia. 

Paling menarik sekali, anda juga mempunyai kuasa untuk mengecapi kejayaan yang anda hajatkan dengan prinsip dan pendekatan yang sama.  Selagi anda tetapkan matlamat hidup anda dengan jelas dan fahami apa yang  anda benar-benar hendaki, terus memikirkan matlamat hidup dan

Page 15: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

tidak mengizinkan fikiran anda lari dari hajat anda , matlamat hidup anda pasti akan menjadi kenyataan.

KUASA KEJAYAAN

Pada asasnya, setiap orang mengharapkan mentaliti sihat yang dapat bergaul mesra dengan orang lain. Tapi, apakah dia sikap yang positif? Bagaimana hendak mengukur tahap positif diri anda ?

Cara pertama ialah menilai diri, “samada anda sayang pada diri sendiri”  Faktor ini merupakan asas yang membentuk keperibadian anda. Seseorang  yang sayangkan dirinya sellaunya mempunyai mental yang sihat. Kedua, adakah anda sanggup memikul tanggungjawab?  Seseorang  yang sentiasa bertanggungjawab akan dapat mengawal sikapnya sendiri dan enggal menyalahkan orang lain. Soalan ketiga ialah samada anda boleh memaafkan orang lain.  Seseorang  yang mempunyai kesihatan mental sering dapat memaafkan orang lain tanpa sebarang keberatan. Cara keempat ialah mempunyai jangkaan yang positif.  Seseorang  yang mempunyai harapan cerah terhadap dirinya selalunya mempunyai kesihatan mental yang tinggi.  Cara kelima, adakah anda dapat bergaul mesra dengan semua orang. Jika anda tidak mempunyai keharmonian dengan semua orang, anda tidak akan mempunyai kesihatan mental. Rukun pengaruh bersama menyatakan semakin anda suka pada diri sendiri, semakin senang anda bergaul mesra dengan orang lain. Rukun tidak langsung menyatakan perhubungan manusia secara tidak langsung sering membuahkan hasil yang lebih berkesan. Rukun penuaian berbagai menyatakan setiap ganjaran yang telah kita perolehi dari perhubungan manusia adalah juga suatu yang telah kita korbankan sebelum ini. Rukun keirasan pula berkata, cara anda membawa diri di depan seseorang  adalah juga suatu imbasan perasaan dan dalaman anda terhadap perhubungan manusia tersebut. Rukun penarikan menyatakan , anda boleh bawakan orang yang seiras dengan corak minda anda kepada persekitaran anda.  Jika anda berhajat untuk memperbaiki seni perhubungan manusia anda, adalah penting untuk anda memperbaiki perhubungan anda dengan diri sendiri. Seterusnya, anda akan dapati setiap kejadian di sekitar anda juga akan berubah.  Ini bermaksud , jika anda tingkatkan nilai kendiri anda , maka kualiti perhubungan manusia anda bersama orang lain juga akan meningkat. Ini akan mewujudkan

Page 16: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

perhubungan manusia yang harmoni dengan semua orang .  Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai diri anda? yang pertama , rukun manfaat bersama ; iaitu dengan berusaha meningkatkan nilai kendiri orang lain. Begitu juga dengan rukun pembalikan.  Apa sekalipun cara yang anda gunakan untuk meningkatkan nilai kendiri orang lain, cara-cara ini juga akan akhirnya meningkatkan nilai diri anda.

Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai kendiri orang lain supaya dirinya merasa penting? Anda perlu kikiskan semua kritikan yang negatif. Ini kerana kritikan negatif akan melukakan orang lain dan melumpuhkan nilai kendirinya.  Akibatnya, seseorang  akan merasa kecewa.  Tanamkan hajat untuk hapuskan semua sikap mengkritik.  Kedua, pupukkan sikap yang mesra dan tidak bertelingkah. Ini kerana seseorang  yang sering bergaduh akan menyebabkan orang lain enggan bercakap dan berkawan dengannya.  Amalkan sikap dengan rukun ansuran , semaikan kematangan fikiran dan sabar meneliti hujah seseorang  sebelum anda mempertikaikannya.  Amalkan juga konsep tidak berlaga, sentiasa berharmoni dengan sesiapa yang tidak setuju dengan anda tanpa bertangguh.  Jika anda hendakkan mengekalan sikap yang positif, hendakkan kecergasan dan hendak bergaul mesra dengan orang lain; cara yang terbaik sekali ialah jangan bertelingkah. Cari apa jalan sekalipun untuk mengelakkan anda berkonflik dengan orang lain.

Ketiga, menerima seseorang. Usaha menerima seseorang  ke dalam jiwa-raga anda akan memenuhi hasrat lubuk hati untuk memerolehi kasih sayang.  Hasrat ini terlantar dalam Minda Separa Sedar setiap insan. Cara terbaik untuk menonjolkan rasa menerima seseorang  ialah senyuman.  Senyuman bermaksud anda menerima seseorang  tanpa syarat  dan tidak kira siapa sekalipun status dirinya.  Pada masa yang sama,  senyuman juga memberi keceriaan dan keriangan kepada anda.

Keempat, rasa berterima kasih.  Bila anda menghargai seseorang , anda akan meningkatkan nilai kendirinya. Cara untuk menghargai seseorang  ialah terus berkata, terima kasih , sentiasa berkata terima kasih. Ini secara tersirat, akan akan meningkatkan nilai diri orang lain.

Page 17: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

Kelima, rasa menyanjungi. Sanjungi kualiti dan keistimewaan orang lain. Anda juga boleh sanjungi harta orang lain.  Memandangkan setiap orang sentiasa melindung keperibadian dan sikap tersendiri,

Maka dirinya pasti akan merasa gembira bila mendapat sanjungan dan persetujuan dari orang lain.

Keenam, mengizinkan.  Keizinan membolehkan setiap orang mencapai hasrat dan impian dirinya. Dirinya juga akan merasa penting dan berharga. Untuk memberi pujian dan persetujuan kepada orang lain, seseorang  hendaklah meluahkan perasaan secara terus tanpa menunggu.  Kesan pujian menjadi amat tingg, jika ia diberikan pada saat kejayaan berlaku.  Pujian juga hendaklah jelas. Semakin jelas pujian anda, semakin tinggi kesannya. Jika pujian diberi di depan khalayak ramai, kesannya menjadi lebih besar.

Ketujuh, penumpuan.  maksudnya kita hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada orang lain. Banyak mendengar suara hati mereka dan banyakan pergaulan anda. Syaratnya, anda perlu terlebih dahulu mendengar dengan sepenuh perhatian pada komunikasi mereka tanpa melibatkan diri.  Jangan terlalu gopoh menjawab sesuatu persoalan, fikir dan jawab kemudian. Mereka akan terfikir bahawa anda hendak menilai apa yang diperkatakan oleh anda.

Ketiga, ajak pihak lawan memberi penjelasan lanjut.  Minta keterangan lanjut tentang apa yang diperkatakan.

Akhir sekali, rukun pantulan.  Apa sahaja perasaan yang anda tunjukkan kepada orang lain juga akan dipantul dan dikembalikan kepada anda. Anda akan merasai semua apa yang anda berikan kepada orang lain. Bila anda fikirkan seseorang , sentiasa fikirkan perkara yang baik dan positif sahaja. Terus rasa dirinya penting. Sentiasa menghormati orang lain dan membuatkan dirinya merasa diri sebagai orang yang paling penting dalam dunia ini.

Ingat, rukun keemasan perhubungan manusia ialah, lakukan kepada jiran apa yang anda hajatkan orang lain lakukan untuk anda. Dalam apa

Page 18: Sebab Allah Telah Tentukan Hukumnya Sebegitu Sejak Galaksi Ini Diciptakan

sekalipun keadaan , tanya diri anda “Jika saya adalah dirinya, apa yang saya hendak orang lain lakukan kepada saya.

Selain itu, satu lagi cara ialah memainkan peranan sebagai model. Pilih sesiapa yang membawa sikap yang anda hormati.  Setiap kali anda berhadapan dengan masalah perhubungan manusia, bayangkan diri anda sebagai orang yang anda hormati.  Ingat, sentiasa menjadikan orang lain fikirkan dirinya penting.  Anda akan membina kualiti yang anda hendakkan dan menjadikan diri anda seorang yang berkesan dalam semua aktiviti anda.