save our rainforest race mac 2015

2
SORR Mac ini di Hutan Lipur Kuala Woh SABTU 28 Mac 2015 [email protected] KUALA LUMPUR: Per!b!ha" Pe#i"d!"$ Khaza"ah A#am %P&KA'( )eb!ah *+, a#am )e )i"o"im de"$a" !)aha em!#iharaa" h!a" h!/a" ro i-a a-a" me"$a"/!r-a" acara Sa e , Race %S,RR' !"!- -a#i -ei$a ada 28 Mac 2015 di 3!a" Li !r K!a#a 4oh( Ta ah( Pera Seba$ai )imbo# !"!- me"ye#ama-a" h!a" ya"$ )ema-i" ber-!ra"$a"( acara ya"$ ber-o") )e-iar i"i erdiri dari ada "a!re a#- )e a"/a"$ 10 -i#omeer( cabara" chec- oi" d o-o-. ,b/e-i !ama S,RR ada#ah !"!- me"i"$-a-a" -e)edara" me"$e"ai -e e"i"$a" me"ye#am h!/a" da" )eer!)"ya memba"! me"/a$a a#am )e-iar )ecara mam a" !"!- $e"era)i -i"i Pada ma)a ya"$ )ama( ro$ram S,RR i"i /!$a berha)ra !"!- me"$!m !# da"a !"!- -em e" da" ro$ram e"didi-a" P&KA ada ma)a hada a". Acara Sa e ,!r Rai" ore) Race i"i )!dah ber/aya diada-a" di 3!a" Sim a" B!-i Ti 6hama"$( Be"o"$ ada 2017 da" di 3!a" Sim a" S!"$ai Be)i( 6hera)( K!a#a L!m !r ada 9e"$a" $a#a-a" dari ada -e/ayaa" d!a ro$ram S,RR ya"$ #e a)( P&KA de"$a" ) me"$a"/!r-a" acara i"i )e-a#i #a$i ada ah!" i"i. P&KA /!$a mera"ca"$ !"!- er!) me ya"$ berma" aa i"i ada )eia ah!" di "e$eri ya"$ berbeza !"!- me"ari- me"$e"ai -e e"i"$a" em!#iharaa" h!a" di -a#a"$a" ra-ya Ma#ay)ia. Pe)era ro$ram S,RR a-a" mem !"yai e#!a"$ !"!- be#a/ar da" me"$har$ai a#am )em!#a / a-i ii berma-"a )e eri !"$#e Tre--i"$( e"a"ama" o-o- da" cabara";cabara" chec- Pe"da ara" !"!- S,RR 2015 -i"i dib!-a. <"di id! aa! -!m !#a" ya"$ bermi" a)!-a" )eramai d!a ora"$. =!ra" e"yeraa" ada#ah RM 80 )eora"$ %aa! RM mera"$-!mi e- er#!mbaa"( )a! a"a- o-o- ba$i )eia a)!-a"( )ara a" a$i )era ma-a Tari-h !! e"da ara" ada#ah 1> Mac 2015. U"!- e"da ara" aa! ma-#!ma #a"/! me"$e"ai S,RR 2015 bo#eh #ayari . e-ama#ay me"$i-!i P&KA di h :? . aceboo-.com? e-ama#ay)ia . Sida"$ media ya"$ diada-a" bar!;bar! i"i me"$e"ai acara i"i di Bi)ro @ Sa#oma Thear !r! dihadiri ra-a" ari) )e eri Amy Search( *abi#a 3!da da" Keih oo.

Upload: izzati-jazmin

Post on 05-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Petikan dari akhbar kosmo

TRANSCRIPT

SORR Mac ini di Hutan Lipur Kuala Woh

SABTU 28 Mac 2015

[email protected]

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), sebuah NGO alam sekitar yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hutan hujan tropika akan menganjurkan acara 'Save Our Rainforest Race' (SORR) untuk kali ketiga pada 28 Mac 2015 di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Sebagai simbol untuk menyelamatkan hutan yang semakin berkurangan, acara yang berkonsepkan alam sekitar ini terdiri daripada nature walk sepanjang 10 kilometer, cabaran checkpoint dan aktiviti penanaman pokok.

Objektif utama SORR adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyelamatkan hutan hujan dan seterusnya membantu menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan akan datang.

Pada masa yang sama, program SORR ini juga berhasrat untuk mengumpul dana untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa hadapan.

Acara 'Save Our Rainforest Race' ini sudah berjaya diadakan di Hutan Simpan Bukit Tinggi, di Air Terjun Chamang, Bentong pada 2013 dan di Hutan Simpan Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur pada 2014.

Dengan galakan daripada kejayaan dua program SORR yang lepas, PEKA dengan sukacitanya ingin menganjurkan acara ini sekali lagi pada tahun ini. PEKA juga merancang untuk terus menjalankan acara yang bermanfaat ini pada setiap tahun di negeri yang berbeza untuk menarik lebih banyak perhatian mengenai kepentingan pemuliharaan hutan di kalangan rakyat Malaysia.

Peserta program SORR akan mempunyai peluang untuk belajar dan menghargai alam semula jadi melalui aktiviti bermakna seperti Jungle Trekking, penanaman pokok dan cabaran-cabaran checkpoint.

Pendaftaran untuk SORR 2015 kini dibuka. Individu atau kumpulan yang berminat boleh membentuk pasukan seramai dua orang. Yuran penyertaan adalah RM 80 seorang (atau RM 160 satu pasukan) yang merangkumi pek perlumbaan, satu anak pokok bagi setiap pasukan, sarapan pagi serta makan tengahari. Tarikh tutup pendaftaran adalah 16 Mac 2015.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut mengenai SORR 2015 boleh layariwww.pekamalaysia.orgatau mengikuti PEKA di http:/www.facebook.com/pekamalaysia.

Sidang media yang diadakan baru-baru ini mengenai acara ini di Bistro @ Saloma Theatre Restaurant yang turut dihadiri rakan artis seperti Amy Search, Nabila Huda dan Keith Foo.