saliran mesra alam

Upload: liyana-ape-jep

Post on 20-Jul-2015

730 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) MSMA telah diperkenalkan kepada jurutera-jurutera dalam mereka bentuk sistem saliran di Malaysia.Garis panduan ini telah diperkenalkan pada tahun 2000.Namun ia mula disyaratkan kepada semua pembinaan pada tahun 2001.MSMA mempunyai objektif yang tersendiri iaitu memastikan perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan alam sekitar supaya: i. ii. iii. iv. v. vi. Memastikan keselamatan harta orang ramai. Memastikan keselamatan orang awam. Mengawal hakisan Menggunakan tanah yang ada secara optimum. Mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Memberi landskap yang menarik di kawasan persekitaran

Manual ini meliputi semua aspek dan keperluan pengurusan "stormwater" untuk bandar seluruh Malaysia. Walaupun manual ini tidak menyatakan keperluan pengurusan "stormwater" bagi kawasan desa, kebanyakkan tindakan, pengukuran dan teknik yang diberikan dalam manual ini adalah boleh digunapakai di kawasan desa yang bersesuaian. Pendekatan ini menggunakan proses penahanan/pembendungan, penyusupan dan penulenan. Kualiti dan kuantiti air larian darikawasan pembangunan boleh dikekalkan keadaannya sama seperti keadaan sebelum pembagunan.

Menggunapakai kaedah "control at source" menghasilkan pemeliharaan alam sekitar yang lebih harmoni untuk comuniti di bandar, meningkatkan nilai estetika dan seterusnya meningkatkan nilai hartanah sesuatu kawasan. Di dalam MSMA,konsep kolam takungan digunakan bagi memastikan kawasan hilir tidak akan mengalami kesan banjir kilat.Air hujan yang turun akan di taking dan kemudiannya akan dilepaskan ke hilir secara berperingkat-peringkat.Maka kadar alir yang akan dilepaskan ke sungai akan sentiasa berada di dalam kawalan.Kolam takungan dapat dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan saiz dan lokasi iaitu: a) Kolam takungan di tapak : saiz kecil dan terletak di kawasan perumahan,lot industri dan perindustrian. b) Kolam takungan komuniti : saiz sederhana dan terletak di kawasan awam yang terbuka da juga kawasan rekreasi. c) Kolam takungan tempatan : saiz besar dan terletak di kawasan yang rendah dalam satu kawasan tadahan.

Terdapat 2 kaedah kolam takungan iaitu : i. ii. Kolam tadahan Kolam tahanan.

KOLAM TADAHAN Kolam tadahan mempunyai kadar penyusupan yang tinggi dan berupaya menahan air untuk sementara waktu.Biasanya ia berada dalam keadaan kering.Antara contoh kolam tadahan adalah lot-lot letak kerta ditaman perumahan.Perbezaan yang ketara bagi kolam tadahan berbanding kolam tahanan adalah ia mempunyai input namun tiada output.Maka,air akan hilang melalui proses penyejatan ataupun penyusupan ke dalam tanah.

KOLAM TAHANAN

Kolam tahanan terbahagi kepada 3 iaitu kolam tahanan di tapak,kolam jenis kering dan kolam tahanan jenis basah.Kolam tahanan di tapak ini boleh disediakan dalam tiga keadaan iaitu atas tanah,dalam tanah ataupun kombinasi antara keduanya.Kelebihan utama keadaan di atas tanah ialah ia mudah diselenggara malah kos untuk direkabentuknya juga adalah murah berbanding keadaan di dalam tanah.

a) Kolam tahanan di tapak jenis atas tanah.

i. Kawasan landskap : seperti taman dan halaman rumput dapat member simpanan yang baik dan akan memberikan nilai astetik yang tinggi.

ii. Kawasan tidak telap : seperti tempat letak kereta,kaki lima dan sebagainya boleh digunakan sebagai tahanan.Kedalaman yang dibina perlulah direka bentuk dengan terperinci agar dapat mengurangkan ketidak selesaan kepada pengguna ketika hujan dan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan. iii. Bumbung rata : digunakan sebagai tahanan bagi air hujan jika diberi perlindungan kebocoran terhadap struktur bagunan itu.Simpanan jenis ini biasanya digunakan bagi bangunan

komersial berbanding kawasan rumah.Pertimbangan yang teliti perlu dilakukan agar beban untuk menanggung air dapat ditampung oleh struktur bangunan itu.

b) Kolam tahanan di tapak jenis bawah tanah

i. Tangki bawah tanah : struktur konkrit bertelulang ini boleh dibina dalam pelbagai bentuk.Namun yang bias dipraktikan adalah bentuk segi empat.Rekabentuk konkrit bertetulang digunakan kerana tangki jenis ini menampung beban dari tanah serta beban lain yang terdapat di atas permukaan tanah.

ii. Paip pakej : sistem ini terdiri daripada satu/lebih paip yang disusun secara selari yang ditanam di dalam tanah.Ianya dihubungkan oleh struktur aliran air masuk (inlet) dan keluar (outlet).Kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan tangki bawah tanah.

c) Kolam tahanan ditapak jenis kombinasi.

i. Kolam ini merupakan gabungagn antara jenis atas tanah dan dalam tanah.Sistem ini menggunakan tangki bawah tanah sebagai simpanan yang utama sementara tangki atas permukaan tanah sebagai kawalan.Ia bertujuan untuk mengelakkan banjir daripada berlaku dikawasan tersebut disebabkan oleh tangki bawah tanah yang tidak mampu menampung kapasiti air larian permukaan.Kedalamanya dihadkan untuk keselamatan dan keselesaan pemilik.Kos untuk jenis ini juga mahal.Jarang digunakan di Malaysia.

KOLAM TAHANAN (jenis kering)

Kolam tahanan jenis kering akan berada dalam keadaan kering semsa waktu biasa atau sewaktu ia tidak beroperasi.Oleh itu,apabila hujan kolam ini akan menahan air hujan untuk satu waktu tertentu.Selepas hujan,kolam ini akan melepaskan kesemua simpanan air dan akan berada dalam keadaan kering.Kolam ini direkabentuk untuk menahan air hujan dan air larian permukaan untuk tempoh yang minimum (24jam) dan sedimen dan bendasing untuk mendap sebelum ia dialir keluar.selain itu,ia juga bertindak untuk kegunaan lain seperti tempat letak kereta,padang bola dan aktiviti lain yang memerlukan kawasan yang terbuka.

KOlAM TAHANAN (jenis basah)

Kolam ini adalah salah satu struktur kawalan air hujan yang mampu menahan air hujan serta boleh merawat bahan-bahan pencemar hasil daripada air larian permukaan di kawasan Bandar yang telah tercemar melalui proses pemendapan.Malah boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi keluarga.Kolam ini mampu mengawal pencemaran sumber tidak bertitik iaitu yang dicirikan dengan pelbagai titik kadar alir contoh seperti air larian permukaan di kawasan agrikultur.Kebanyakkan pencemaran sumber tidak bertitik ini berlaku ketika hujan.Sumber tidak bertitik adalah sumber yang tidak diketahui puncanya.Kolam ini menakung air di dalamnya.Air larian permukaan bagi setiap hujan yang turun akan ditahan dan akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat sehingga akan digantikan dengan air larian permukaan akibat hujan yang turun seterusnya.Ini akan menyebabkan bahan-bahan pencemar mempunyai masa yang lebih untuk mendap dan dikeluarkan melalui proses biological atau kimia.

Prinsip pelepasan tidak tercemar sifar

Langkah-langkah untuk mengawal kuantiti dan kualiti air larian

LAMPIRAN GAMBAR BAGI MSMA

Perangkap pencemar kasar (gross pollutant trap)

Kolam tadahan kering

Kolam tadahan basah. a

Manual JPS 1975 JPS merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1913 iaitu pada permulaan diletakkan di bawah Jabatan Kerja Raya dinamakan Cawangan Tali Air dan sejak itulah ia telah memainkan peranan besar kepada negara. Selepas pengambilan pengurusan projek ini, JPS telah berusaha untuk menangani dan mengatasi masalah banjir dengan melaksanakan pelbagai program tebatan banjir dan kajian untuk memperbaiki saliran bandar sedia ada. Kerja-kerja tebatan banjir yang dilakukan termasuklah peningkatan kapasiti sungai, pembinaan parit utama dan stesen pam. BANJIR kilat yang merosakkan harta benda termasuk kereta dikatakan berpunca daripada fenomena alam dan tiadanya sistem perparitan yang dapat menampung kadar hujan yang tinggi. Boleh doktor jelaskan sama ada perkara ini benar atau alasan semata-mata kerana ada faktor lain yang cubadisembunyikan? Sebenarnya, kejadian banjir di ibu negara baru-baru ini berlaku disebabkan pembangunan yang tidak teratur. Daripada kajian yang dijalankan, pembangunan sesuatu kawasan Sebanyak 40 peratus akanmeningkatkan jumlah air larian ribut sebanyak 190 peratus dan menggandakanhalaju aliran. Pertambahan air larian ribut yang besar ini tidak dapat ditampung oleh sungai dalam keadaan sedia ada.Maka air akan melimpah dari sungai dan menyebabkan kejadian banjir dikawasan berdekatan sungai. Konsep rapid disposal yang dicadangkan dalampraktis lama Manual JPS 1975 tidak lagi berupaya menangani masalah banjirkilat. Oleh itu, sistem saliran mesra alam yang berteraskan konsep"kawalan pada punca" dilaksanakan sejak Januari 2001 untuk menggantikan

amalan lama ini.

Perbezaan kriteria antara manual terdahulu dengan MASMABIL MANUAL TERDAHULU 1 Berdasarkan rekabentuk manual tahun 1975. 2 Air larian hujan dialirkan melalui longkang-longkang konkrit dan kemudiannya ke sungai-sungai. 3 Air hujan dialirkan terus ke sungai semasa hujan. 4 5 MANUAL SALIRAN MESRA ALAM Dikuatkuasakan penggunaan pada tahun 2001.

6

7

8

Air hujan yang dialirkan melalui swale dan ditakungkan ke dalam kolam takungan sebelum dilepaskan ke sungai.(CONTROL AT SOURCE) Air hujan akan diserapkan ke tanah dan selebihnya ditakungkan kemudian dilepaskan ke sungai selepas hujan. Sesuai untuk semua keadaan tanah. Kebolehtelapan tanah mesti lebih besar daripada 13mm/jam. Pengggunaan longkang konkrit Parit tanah adalah longkang tahanan dan menjadikan menyebabkan tanah tidak landskap menghijau. membenarkan penyusupan. Air larian hujan yang disalirkan tidak Air larian hujan telah melalui rawatan dari proses dirawat. penyusupan melalui lapisan pasir dan meresap masuk ke kolam takungan. Memerlukan ruang kawasan tanah Memerlukan ruang kawasann tanah yang luas untuk yang hanya memadai bergantung pada sistem ini. saiz longkang. Kos pengambilan dan guna tanah Kos pengambilan dan guna tanah yang tinggi kerana yangf minima. melibatkan ruang yang luas.