sajak kemanusiaan

26
SAJAK KEMANUSIAAN (Kematian Kennedy) KARYA: USMAN AWANG Oleh Atiqah Cantik

Upload: zarulnaem

Post on 13-Apr-2017

1.236 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak kemanusiaan

SAJAK KEMANUSIAAN(Kematian Kennedy)

KARYA: USMAN AWANGOleh Atiqah Cantik

Page 2: Sajak kemanusiaan

• John F. Kennedy, Presiden ke-35 Amerika Syarikat(lahir di Brooklyn, Massachusetts, A.S., 29 Mei 1917

• Pembunuhan John F. Kennedy terjadi pada hari Jumaat, 22 November 1963 di Dallas, Texas pada pukul 12:30 tengah hari (18:30 UTC). Kennedy mati ditembak di kepala dan di lehernya semasa di dalam kereta bersama isterinya Jacqueline Bouvier Kennedy.

Page 3: Sajak kemanusiaan
Page 4: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 1

SEGALA daun dan angin yang menyapa menoleh hanyaBersama kain- kain yang berkibar di tengah- tengah tiangKerana mereka tidak bergetar oleh berita- berita besarAtas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala terpaku.

Page 5: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

- Disebabkan pembunuhan selalu berlaku maka kematian seorang lagi manusia tidak lagi menjadi perkara besar meskipun seseorang itu adalah Presiden sesebuah negara.

Page 6: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 2

Telah mereka saksikan sejak pertama cair merah tumpahPutera Adam membunuh- terbunuh dalam pertarungan menang- kalahDan kematian demi kematian dinyayikan di mana- manaDan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara.

Page 7: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

• Kematian juga telah berlaku ketika generasi anak Nabi Adam itu sendiri dan banyak kematian berlaku sehingga majoriti daripada tanah telah menjadi kubur.

Page 8: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 3

Berapa titiskah air mata untuk seorang yang pergi Sebelum keranda bertolak untuk nanti ditambah lagiDibandingkan dengan hebatnya air terjun NiagaraAir mata putera- putera tercinta dan gadis- gadis menunggu

di muka jendelaBersama kerutan pahit para ibu yang pernah menyusuiMendengar berita kematian ngeri dari daerah peperangan?

Page 9: Sajak kemanusiaan
Page 10: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

• Apakah erti air mata bagi kematian seorang sahaja dibandingkan dengan air mata yang dititiskan disebabkan kematian pemuda- pemuda yang memperjuangkan tanah air ketika peperangan?

• Apakah yang hendak dibandingkan dengan kematian seorang berbanding penantian gadis- gadis menanti kepulangan kekasih hati dari medan perang dan penderitaan ibu mendengar khabar kematian anak ketika peperangan?

Page 11: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 4

Jika kita menyesali kematian seseorangDan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lainMaka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaranSebab bukanlah kemanusian bila ia ada perbatasan.

Page 12: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

• Jika kita sedih dengan kematian seseorang dan tidak menghiraukan lagi kematian selepas itu maka bibit kemanusian sudah lupus dalam diri kerana sifat kemanusiaan tidak memerlukan batasan agama, bangsa, warna kulit dan lain-lain.

Page 13: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 5

Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kataKerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasaTapi tidak seorang pun akan menangis untuk pembunuhan

yang bakal tibaAtau akan berkata: mari kita padamkan segala api sengketa

Page 14: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

• Ketika kematian tersebut, semua orang akan menagis kesedihan kerana kemanusiaan masih hidup dalam diri tetapi tiada orang yang akan menangis untuk kematian yang akan datang atau menamatkan sengketa antara satu sama lain

Page 15: Sajak kemanusiaan

RANGKAP 6

Siapa yang merasa dan kehilangan kesayanganya, menangislahDunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang

berdarah.

Page 16: Sajak kemanusiaan

MAKSUD

• Sesiapa yang telah kehilangan orang yang tersayang maka menangislah kerana dunia sebenarnya telah dijadikan sebagai boneka dan kehidupan itu akan diakhiri dengan kematian akibat sengketa yang tidak pernah padam.

Page 17: Sajak kemanusiaan

Tema

Kemanusiaan yang semakin pudar dalam diri manusia sehingga sanggup bunuh-membunuh tanpa mengira kepentingan nyawa seseorang

Page 18: Sajak kemanusiaan

Persoalan

• Sikap manusia yang tidak mengambil tahu perkara yang berlaku disekelilingnya.

• Nasib anak-anak, isteri dan ibu yang kehilangan bapa, suami dan anak-anak akibat terkorban dalam peperangan

• Manusia yang tidak dapat merasai kesedihan atas kematian para pejuang.

• Sifat kemanusiaan yang wujud dapat mencipta keamanan serta keharmonian dalam masyarakat.

Page 19: Sajak kemanusiaan

Amanat

• Ingin menyampaikan kepada masyarakat tentang nilai kemanusiaan yang makin pudar dalam diri seseorang

• Pengarang ingin menyedarkan tentang kepayahan seseorang yang kehilangan ahli keluarga akibat peperangan

Page 20: Sajak kemanusiaan

Sikap Dan Perasaan

• Pengarang ingin menyampaikan perasaan kecewa kerana pembunuhan yang berlaku secara berleluasa.

• Pengarang ingin menyampaikan tentang perasaan sedih kerana terdapat ahli keluarga yang terpaksa kehilangan orang yang tersayang akibat peperangan.

• Pengarang berasa terkilan dengan orang yang memilih kemanusiaan/ kemanusiaan dibatasi oleh agama, warna kulit dan lain- lain

Page 21: Sajak kemanusiaan

Bentuk PuisiBentukEnam rangkapR1, R2, R4, R5 – QuatrainR3 – SextetR6 – Distikhon

Rima1-bebas (a,b,c,d)2-berpasang (a,a,b,b)3- berpecah (a,a,b,c)4-berpasang (a,a,b,b)5,6 –rata (a,a,a,a)

Page 22: Sajak kemanusiaan

Unsur Bunyi• AsonasiR1 Bersama kain-kain yang berkibar di

tengah-tengah tiangR1 kerana mereka tidak bergetar oleh

berita- berita besarR3 bersama kerutan pahit para ibu yang

pernah menyusuiR3 mendengar berita kematian ngeri dari

daerah peperangan?

Page 23: Sajak kemanusiaan

• AliterasiR1 kerana mereka tidak bergetar oleh

berita-berita besarR6 dunia telah didandankan;

kehidupan adalah kematian yang berdarah

R2 Dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana- mana

Page 24: Sajak kemanusiaan

Gaya Bahasa• AnaforaR2 dan kematian demi kematian dinyanyikan di

mana-mana dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi

pusara

• ResponsiR4 Jika kita menyesali kematian atas seorang dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain• RepitisiR2 dan kematian demi kematian dinyanyikan di

mana-mana

Page 25: Sajak kemanusiaan

• InversiR2 Telah mereka saksikan sejak pertama cair

merah tumpah

• Simbolik- ‘cair merah tumpah’ – darah pejuang dan

mereka yang terkorban sewaktu peperangan- ‘air terjun Niagara’ – betapa sedihnya ahli

keluarga yang kehilangan orang tersayang sehingga air mata mereka dibandingkan dengan air terjun Niagara yang teramat deras arusnya

Page 26: Sajak kemanusiaan

JenisElergi (sedih)

NadaMelankolik