saintis uniselmedia.unisel.edu.my/download/buletin-unisel-okt-13.pdfpada ogos lalu, satu lagi...

16
Shaping Society Mencorak Masyarakat SAINTIS UNISEL dinobatkan Tokoh Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 EDISI OKTOBER 2013 | NASKHAH PERCUMA | www.unisel.edu.my | ISSN: 2289 - 523X 8 KEMAHIRAN FOTOGRAFI DASAR LAUT BULETIN 4 NAIB CANSELOR DITAULIAH PEGAWAI KEHORMAT JPAM 6 STAF DIPUPUK BUDAYA KERJA CEMERLANG 9 SIVANESAN TERIMA PINGAT EMAS IEM 5 JPS HARGAI SUMBANGAN SSU 11 KOLABORASI HOSPITAL DEMC BANTU LATIHAN INDUSTRI

Upload: vankhue

Post on 08-Jun-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1EDISI Oktober 2013

Shaping Society Mencorak Masyarakat

SaintiS UniSELdinobatkan tokoh anugerah akademik negara (aan) 2012

EDISI OKTOBER 2013 | NASKHAH PERCUMA | www.unisel.edu.my | ISSN: 2289 - 523X

8KEMaHiRan FOtOGRaFi DaSaR LaUtBULETIN

4NAIB CANSELOR DITAULIAH PEGAWAI KEHORMAT JPAM 6STAF DIPUPUK

BUDAYA KERJA CEMERLANG 9SIVANESAN

TERIMA PINGAT EMAS IEM5JPS HARGAI

SUMBANGAN SSU 11KOLABORASI HOSPITAL

DEMC BANTU LATIHAN INDUSTRI

BULETIN unisel2

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dan salam sejahtera kerana kita dapat bertemu dalam penerbitan Buletin UNISEL Edisi Oktober 2013. Kita juga bersyukur kerana dapat melalui sebahagian tahun 2013 dengan penuh ketabahan malah kita berjaya mengatur dan melaksanakan pelbagai program membabitkan warga UNISEL dan masyarakat dengan penuh berkesan.

Untuk makluman, penerbitan Buletin UNISEL kali ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak demi kebaikan bersama khususnya warga UNISEL sama ada di kampus induk Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kampus di Seksyen 7, Shah Alam.

Kandungan buletin ini sangat penting kerana ia merakamkan berita dan gambar yang boleh dijadikan rujukan serta maklumat di samping menye-

Penaung : Prof Dr Anuar Ahmad Presiden & Naib Canselor

Penasihat : Fauziah Abdul Rahman Ketua Pustakawan

Ketua Editor : Rosniza Mohamad Rasol Pengarah Komunikasi Korporat

Editor : Hasril Abu Hassan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat

SIDANG EDITORIAL

1 l Muka depan

2 l Sekapur Sireh, kandungan

3 l Saintis UNISEL dinobatkan tokoh AAN 2012

4 l Naib Canselor terima watikah Sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (JPAM) l A great experience at the land of the

Great Wall

5 l JPS hargai sumbangan SSU

6 l UNISEL terima 10 pelajar PHD dari Riau l Ceramah Perdana bulanan Budaya Kerja Cemerlang

7 l Majlis penyerahan watikah pelantikan Pro-Canselor

8 l UNISEL serlah kemahiran fotografi dasar laut

9 l Sivanesan terima pingat emas IEM l Syarikat swasta puji kebolehan graduan

UNISEL

10 l Riadah dan rehlah Unismart l Sukan memacu pembangunan belia

11 l Hospital DEMC sebagai rakan industri UNISEL l UNISEL edar buku ulang kaji SPM 2013

12 l Keratan Akhbar

13 l Kursus peningkatan kualiti staf FOB l Program jom sihat bersama FOB

14 l Festival Sains dan Angkasa 2013 l Kursus profesional di FCSIT

15 l Kejohanan Liga Bola Sepak IPT l Lumba basikal UNISEL

K A N D U N G A NMUKa SURat

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Penasihat Kreatif : Sayuti Chik Tajudin Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Wartawan : Wakil Fakulti dan HEP

Fotografi : Pejabat Komunikasi Korporat

: Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

Pembantu Editorial : Nor Hasnida Mohd Hosni, Saimah Mokhtar

Coretan Ketua Editor

Buletin Unisel mengalu-alukan sebarang penulisan rencana, cadangan atau komentar yang membina. Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:

Pejabat Komunikasi KorporatTingkat 5, Bangunan SatelitJalan Zirkon A7/A, Seksyen 740000 Shah AlamSELANGORTel : 03-55223420Email : [email protected] [email protected] [email protected]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan Inayahnya Buletin UNISEL ini telah dapat diterbitkan dengan jayanya Sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kelapan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja buletin atas usaha gigih kesemua dari mereka.

Pada konvokesyen kali ini akan diadakan sebanyak empat sidang membabitkan 2,003 graduan bakal menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah ini seramai tujuh orang akan menerima Ijazah Kedoktoran Falsafah dan profesional, 34 orang menerima Ijazah Sarjana (Masters), 1,025 orang menerima Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) dan 937 orang menerima Diploma.

Sehubungan dengan itu, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah ke atas penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains, Prof Dr Akhmaloka, Rektor Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia. Pemilihan beliau berdasarkan sumbangan beliau sebagai seorang sarjana ulung dan keupayaan mengemudi ITB ke puncak kejayaan sehingga mencatat nama sebagai institusi yang cukup dihormati serta mendukung kerjasama yang amat bermakna dengan UNISEL. Inspirasi yang diperolehi daripada kerjasama ini telah membantu pembangunan penyelidikan di UNISEL dan negeri Selangor.

Pada Ogos lalu, satu lagi pencapaian yang amat membanggakan saya dan seluruh warga Selangor, ialah UNISEL telah menempa sejarah apabila Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Latif Ibrahim, dipilih sebagai Tokoh Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau adalah seorang saintis negara dan profesor kanan di UNISEL sejak 2003 serta menerajui Institut Bio-IT Selangor yang beribu pejabat di UNISEL, Shah Alam. Sejajar dengan perkembangan masa kini, adalah diharapkan setiap maklumat atau bahan berita yang disampaikan dalam buletin ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif kepada semua pihak dalam usaha memartabatkan UNISEL di persada dunia dan menjadi sebuah universiti tempatan yang gemilang dan terbilang.

Adalah diharapkan juga buletin ini akan dapat menjadi pemangkin kepada aktiviti penye-lidikan dan pembangunan di mana maklumat kejayaan atau penemuan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh penyelidik UNISEL dapat dikongsi oleh semua warga kampus serta masyarakat luar umumnya.

Sekali lagi syabas diucapkan dan diharap warga universiti dapat menyokong usaha positif ini dengan memberi input seperti artikel, kejayaan atau anugerah yang dimenangi, reka cipta samada yang kreatif atau inovatif yang dihasilkan agar ianya menjadi bahan tatapan umum yang boleh dimanfaatkan oleh warga universiti yang lain. Saya juga amat mengalu-alukan cadangan, komen atau pandangan yang kritis untuk memaju dan memantapkan keluaran yang akan datang.

Sekian. Wassalam

marakkan imej serta identiti korporat UNISEL sebagai alat menyampaikan mesej universiti kepada masyarakat.

Akhir kata, sekali lagi syabas diucapkan kepada pasukan Sidang Editorial yang berbakat dan penuh dedikasi mengumpul bahan berita dan gambar menarik untuk tatapan pembaca.

Kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas salah silap atau terkasar bahasa kerana sebagai insan biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Sekian, jumpa lagi

3EDISI Oktober 2013

SAINTIS UNISEL DINOBATKAN TOKOH AAN 2012

UNISEL amat berbangga di atas pemilihan Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Latif Ibrahim, seorang Profesor Kanan di UNISEL sejak Jun 2003 merangkap Pengarah Institut Bio-IT Selangor dan juga Pengarah International Islamic Academy for Life Science and Biotechnology (IAB). Institut Bio-IT Selangor bertanggungjawab melaksanakan Selangor Biotechnology Strategy (SBS) yang disediakan oleh Prof (E) Dato’ Dr Abdul Latif pada 2003 yang menjadi asas kepada pembangunan bioteknologi di UNISEL dan Selangor dan beliau selaku Penasihat.

Beliau dlahirkan di Kampung Sungai Kantan, Kajang, Selangor pada 1 September 1938. Bapanya Ibrahim Sheikh Ahmad adalah seorang pekebun kecil. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pembantu Veterinar di Pejabat Haiwan Selangor pada 1950 dan ditawarkan biasiswa kerajaan Selangor untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Perubatan Veterinar di East Pakistan Agricultural University selama enam tahun. Pada 1969 beliau ditawarkan fellowship Fullbright Hays/East West Centre untuk melanjutkan pengajiannya di University of Hawaii dalam bidang Msc Microbiology.

Prof (E) Dato’ Dr Abdul Latif meneruskan pengajian dalam bidang mikrobiologi dan berjaya memperolehi ijazah Doktor Falsafah dari University of California, Amerika Syarikat pada

1976 seterusnya memulakan kerjaya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dari tahun 1973 hingga 2002 sebelum berkhidmat di UNISEL pada 2003.

Di UNISEL beliau juga bertanggungjawab menubuhkan rangkaian dan kerjasama dalam penyelidikan dan latihan dengan University of Cambridge, University of Manchester, Imperial College London, Institut Teknologi Bandung dan Universitas Andalas, Indonesia.

Ketika di UPM beliau menjalankan penyelidikan untuk membangunkan Vaksin Sampar Ayam dan memajukan pendidikan ubatan veterinar dan sains ternakan di Malaysia. Prof. (E). Dato’ Dr. Abdul Latif terkenal dengan penyelidikan pembangunan Vaksin Sampar Ayam yang telah diiktiraf oleh pelbagai negara termasuk Asia Tenggara, Australia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian.

Beliau turut menjalankan kajian selesema burung di UPM. Hasil pembangunan vaksin, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Anugerah Sains Negara pada tahun 1985 dan pada tahun 1984 beliau dikurniakan Anugerah Sven Brohult oleh Yayasan Sains Kebangsaan Sweden. Beliau juga adalah felo Akademi Sains Malaysia dan Islamic World Academy of Sciences.

Ketika berkhidmat di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Prof (E) Dato’ Dr Abdul Latif bertanggungjawab membangunkan tiga buah institusi bioteknologi serta mewujudkan

program kerjasama dengan Massachussetts Institute Of Technology (MIT) dalam pembangunan sumber manusia dan penyelidikan bersama. Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan Direktorat Bioteknologi Kebangsaan serta sebagai seorang profesor pelawat di MIT bermula 2000 hingga 2002. Di samping itu, beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada tahun 2009, beliau telah dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Selangor oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang membawa gelaran Dato’ sempena hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ke-64.

Tokoh Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Penerima : Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Latif bin Ibrahim Dilahirkan : 1 September 1938Tempat lahir : Kampung Sungai Kantan, Kajang, SelangorInstitusi : Universiti Selangor (UNISEL)Tarikh Penerimaan Anugerah : 20 Ogos 2013Tempat Majlis : Putrajaya Grand Ballroom Hotel Marriott, PUTRAJAYA

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000, trofi dan sijil penghargaan. AAN ialah satu platform untuk mengikhtiraf dan menghargai ahli akademik negara yang telah memartabatkan nama Malaysia dalam bidang ilmu. AAN adalah anugerah di peringkat tertinggi yang diwujudkan khusus untuk sarjana dan kesarjanaan di peringkat universiti/kolej universiti berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang pengajaran, pengembangan ilmu, penemuan ilmu, penulis dan penerbitan ilmiah.

TAHNIAH... Prof (E) Dato’ Dr Abdul Latif bergambar kenangan selepas menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin. Juga hadir Timbalan Menteri Pendidikan II, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan II Y.B. Tuan P Kamalanathan

BULETIN unisel4

UCAPAN sekalung tahniah kepada Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) , Prof Dr Anuar Ahmad yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (JPAM) UNISEL pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor pada 27 Ogos 2013.

Turut menyaksikan pentauliahan berkenaan ialah dua orang pegawai kadet SISPA dari UNISEL iaitu Kavimugilan Ganesan dan Nur Shamila Isamuddin sebagai Leftenan Muda (PA). Sehingga kini, enam orang kadet SISPA UNISEL telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda (PA).

Beberapa kakitangan UNISEL juga telah ditauliah sebagai Pegawai Bersekutu untuk melancarkan perjalanan SISPA UNISEL. Antara yang telah dilantik ialah, Leftenan Kolonel (PA) Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Kidam, Ajutan Mejar Bersekutu (PA) Zulfikri Mohamed Kamil, Mejar Bersekutu (PA) Dr Farahwahida Mohd, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Nazir, Kapten Bersekutu (PA) Latifah Abdul Latif, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hafiz Rosli, Kapten Bersekutu (PA) Adzrin Adam dan Kapten Bersekutu (PA) Norhayati Abd Amin.

Perhimpunan yang berlangsung selama empat hari mengumpulkan semua pelajar

NAIB CANSELOR TERIMA WATIKAH SEBAGAI PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMAT (JPAM)

Kor SISPA daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Pelbagai program telah diatur sepanjang perhimpunan ini. Antara objektif Kor SISPA IPT adalah untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisien terhadap golongan profesional betapa pentingnya

pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam serta menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela. Semoga Kor SISPA UNISEL akan bergiat aktif sebagai Sukarelawan Pertahanan Awam demi negara dan bangsa.

TO some people, Beijing, China is just another tourist destination. However to the 14 students of the Bachelor of Corporate Communications from the Faculty of Communication and Media UNISEL, Beijing is more than that. Through a program called Beijing Academic Trip or in short BAT 2013, this academic trip becomes a great learning experience. The purpose of having this trip is to fulfill the requirement of Event Management Subject in which students are required to organize an event together. The idea for BAT was conceived by the students and it took almost 3 months to get everything done from preparation to execution. With an endless support from the Dean of the Faculty of Communication of Media, Professor Dr. Azmuddin Ibrahim, the BAT materializes on the 1st April 2013.

By NORAZIAN ABDUL AZIZFaculty of Communication and Media, UNISEL

Oleh MEJAR BERSEKUTU (PA) DR FARAHwAHIDA MOHD @ ABU BAKARFakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat

A GREAT EXPERIENCE AT THE LAND OF THE GREAT WALL

SUKARELA...Prof Dr Anuar Ahmad (duduk tengah barisan depan) bersama Pegawai JPAM UNISEL

The most meaningful learning experience which students got from BAT was the opportunity to plan every single thing from the accommodation, transportation and a place to visit was carefully planned by the students themselves. According to the Project Director, Mohammad Qawiem Azhari, initially they faced a lot of obstacles during the earlier part of the planning due to language barrier. “Google translate does not help us really. What we did, we browse on internet about information on every

5EDISI Oktober 2013

JPS HARGAI SUMBANGAN SSUPROGRAM Sekolah Sahabat Universiti Selangor (SSU) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) masuk tahun keempat penganjurannya dan hingga kini 1,200 pelajar Tingkatan 5 sudah mengikuti program ini yang menumpukan kepada tuisyen subjek kritikal SPM iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang diajar oleh pensyarah UNISEL.

Untuk rekod, program ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan mendapat kerjasama penuh JPS, sejak 2010 membabitkan 400 pelajar dari 10 sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.

SSU13 fasa 1 pada April 2013, lebih 50 pensyarah UNISEL turun padang ke 10 buah sekolah memberi tuisyen. Fasa 2, berlangsung

pada 7 September 2013, bertempat di Dewan Canselor, Kampus UNISEL, Bestari Jaya, dengan pengisian ceramah motivasi oleh Dato’ Prof Dr Mat Saat Baki, Pensyarah di UNISEL.

Program bermula jam 9.00 pagi, manakala perasmian penutup jam 1.00 petang oleh Tuan Haji Mahmud Karim Pengarah JPS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada UNISEL kerana menjalankan program yang murni. Turut

hadir ialah pengetua daripada 10 buah sekolah yang terpilih, PPD, pegawai JPS, guru kaunseling seramai 20 orang dan penaja, antaranya PKNS, Yayasan Selangor, F&N dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, SSU juga menghargai fasilitator pelajar dari Kelab Motivasi UNISEL.

Program ini adalah tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility CSR) UNISEL yang amat istimewa dalam mengukuhkan hubungan dengan masyarakat sekali gus dapat mempertingkat dan memperbaiki prestasi akademik pelajar luar bandar. Adalah diharapkan kerjasama berterusan bersama JPS ini akan berterusan bagi mencapai objektif yang dirancangkan di samping meningkatkan pembangunan modal insan yang lebih berkualiti.

universities located in Beijing”. Approval was also an issue at the beginning. However with the assistance received from Mr Al-Fadil Adam, the Second Secretary from Malaysian Embassy in Beijing, approval was granted to visit Beijing Foreign Studies University (BFSU) located in Haidian District, Beijing.

The extreme weather was indeed challenging however the warm reception received from BFSU made the experience worthwhile. The BAT crew was welcomed by YBhg. Professor Dr Mohd Taib Hj Dora, the Chair of Malay Studies Malaysia-China who has lived in Beijing for 2 years, and the Head of BFSU Malaysian Student Association, Mr. Lokman Hakim. Together with 30 local Chinese students from the Department of Malay Studies, the BAT crew led by the Head of Activity, Faradilla Mohammad managed to organize several inter-cultural activities such as a demonstration of Malaysian traditional games namely batu seremban and ceper; a display booth on traditional Malay and Indian Costumes and the rendition of asli song – Seri Mersing. The asli song performance by Ain Nadhirah Shaharin moved the audience especially Prof Dr Mohd Taib who indicated that it was the most

beautiful asli song he has ever heard in Beijing. The momentous event ended with photography session and exchange of souvenirs. The BAT crew and their host were all extremely pleased with the experience.

A visit to Beijing would not be complete without a visit to the Great Wall of China. The BAT crew took the opportunity to experience this historic wonder of the world themselves. Indeed the Great Wall of China was an impressive architecture.  One of the 7 wonders of the world, the Great Wall of China remain the symbol of strong and determination, perseverance and the proof that nothing is impossible in this world. Undoubtedly, this was the most unforgettable moment for the

TUISYEN... Sebahagian pelajar tingkatan lima SMK Lembah Subang yang mengikuti progam SSU2013

Senarai sekolah terpilih dalam program SSU 2013

Bil Sekolah Daerah

1. SMK Tunku Abdul Rahman Putra Sabak Bernam

2. SMK Raja Muda Musa Kuala Selangor

3. SMK Abdul Jalil Hulu Langat

4. SMK Bandar Baru Salak Tinggi Sepang

5. SMK Sijangkang Jaya Kuala Langat

6. SMK Puchong Batu 14 Petaling Perdana

7. SMK Ampang Pecah Hulu Selangor

8. SMK Bukit Gading Gombak

9. SMK Meru Klang

10. 10.SMK Lembah Subang Petaling Utama

students. Each climb carries different significant feelings. For one who wants to experience the great feelings, a visit to Great Wall of China is a must. A BAT crew left Beijing on the 7th April 2013 with a great experience climbing a great wall, a new found friendship in BFSU and a learning experience which will stay with them for the rest of their lives.

BULETIN unisel6

PADA 16 Julai lalu, Universiti Selangor (UNISEL) menerima 10 pelajar baru dari Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia yang mendaftar bagi mengikuti program peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun. Pendaftaran mereka dilakukan serentak di Kampus UNISEL, Shah Alam.

Kedatangan mereka ke Kampus UNISEL Shah Alam disambut oleh Naib Canselor Prof Dr Anuar Ahmad dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Prof Dr Mohd Nor Nawawi. Daripada 10 pelajar PhD ini, lapan adalah pensyarah dari Universitas Pasir Pengaraian Rokan Hulu, Riau manakala dua lagi

UniSEL tERiMa 10 PELaJaR PHD DaRi RiaUguru. Semua pembiayaan pengajian mereka ditaja iaitu pemberian biasiswa sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia.

Pengarah Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) Prof Dr Mohd Zaidi Hajazi, berkata pemilihan UNISEL berdasarkan kepercayaan dan kualiti bidang pengajian yang disediakan oleh UNISEL. Menurutnya, daripada 10 pelajar PhD berkenaan, empat orang akan mengikuti bidang Kejuruteraan, Pendidikan (2 orang), Sains Sosial (1), Bioteknologi (1), Teknologi Maklumat (1) dan Perniagaan (1).

“UNISEL amat berbangga menerima pelajar PhD ini secara serentak dan ditaja biasiswa yang

disediakan oleh kerajaan mereka. Pelajar ini akan mengikuti pengajian berupa pendedahan kepada Bahasa Inggeris dan cara menulis kertas cadangan tesis selama enam bulan di Kampus UNISEL Shah Aam.

“Pada akhir tahun ini mereka akan pulang ke tanah air masing-masing untuk meneruskan kerjaya serta menghabiskan kajian penyelidikan PhD mereka dengan merujuk penyelia yang dilantik oleh UNISEL,” katanya.

Prof Dr Mohd Zaidi yang juga Pengarah Pusat Pengajian Luar dan Antarabangsa UNISEL berkata, menerusi IKMI yang ditandatangani bersama kerajaan Indonesia pada Oktober 2007, seramai 75 orang pelajar dari negara berkenaan sudah mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PhD di UNISEL.

Kami berharap pelajar PhD ini akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diperolehi untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengenggam segulung ijazah PhD di samping menyumbang meningkatkan tenaga sumber manusia berkemahiran tinggi.

Dua pelajar yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kerana diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD di UNISEL.

Arrafiqur Rahman, 28, bertugas sebagai pensyarah Pengurusan Perniagaan di Universitas Pasir Pengaraian, Rokan Hulu, Riau, berkata beliau tidak akan melepaskan peluang yang diperolehi dan akan belajar bersungguh untuk mengenggam segulung PhD dalam bidang Perniagaan.

“Layanan yang diberikan UNISEL amat dihargai. Saya sudah beristeri dan tempoh tiga tahun tidak akan saya sia-siakan,” katanya.

Rise Karmila, 28, juga seorang pensyarah di Universitas Pasir Pengaraian pula berasa amat beruntung terpilih sebagai penerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD beliau dalam bidang Sains Sosial di UNISEL.

HAMPIR 80 peratus staf UNISEL Shah Alam menghadiri cermah perdana yang pertama kali diadakan pada 12 September 2013. Ceramah diberikan oleh mantan pegawai Agama Istana Negara bhg Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz denagn tajuk kerja itu satu ibadah.

Naib Canselor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad dalam ucapan aluannya mengingatkan semua warga UNISEL untuk tidak mengamalkan budaya suka menangguh dan sentiasa mengamalkan amalan kesegeraan ke arah transformasi diri untuk lebih prihatin terhadap hak dan tanggungjawab masing-masing dalam mematuhi peraturan dan syarat. Beliau juga mengingatkan semua tentang budaya kerja cemerlang dan sentiasa sayangkan universiti dalam setiap tindak-tanduk semasa menjalankan setiap amanah yang telah diberikan.

Menurutnya lagi, adakah dikatakan budaya kerja cemerlang jika segelintir pekerja masih lagi

melakukan tugas-tugas secara sambil lewa, cuai, tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersikap suka membuang masa, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah, melakukan rasuah dan sebagainya. Ini semua melambangkan sikap pekerja yang tidak berakhlak dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Nilai dan akhlak yang murni perlulah menjadi kayu ukur untuk menuju kecemerlangan tersebut. Oleh sebab itulah kita perlu bersatu, bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan agar pendapatan yang kita perolehi itu adalah daripada sumber rezeki yang halal.

Program diteruskan dengan Ceramah Perdana oleh Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz dengan tajuk Kerja Sebagai Ibadah. Beliau banyak menegaskan aspek kejujuran dan keikhlasan

dalam melakukan kerja adalah sangat dituntut oleh Allah S.W.T. Hal ini penting untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam pencarian rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Dalam agama sendiri, ibadah tidak hanya memberi tumpuan kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, tetapi digalakkan juga umat Islam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan pandangan alam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai satu ibadah.

Menurut beliau lagi, dalam pada mengejar budaya kerja cemerlang ini para pekerja perlulah mempunyai ciri-ciri seperti rajin berusaha, tekun, berdisiplin, sabar, amanah dan bertanggungjawab dengan segala tugas yang dipikul. Jangan jadikan kerja-kerja tersebut sebagai satu bebanan. Ini kerana punca rezeki kita adalah daripada hasil kerja yang kita cari. Untuk mengejar budaya kerja cemerlang, di mata majikan, rakan sejawat dan yang penting di sisi Allah S.W.T, faham kejujuran dan keikhlasan wajar menjadi rujukan utama. Akhlak dan nilai-nilai baik perlulah ditanam dan diterapkan di kalangan

CERAMAH PERDANA BULANAN BUDaYa KERJa CEMERLanG

Oleh HAZRIL ABU HASSAN

7EDISI Oktober 2013

pekerja bagi menjamin mutu kerja yang lebih berkesan. Para majikan pula perlu menjadikan kakitangannya sebagai aset yang sangat bernilai dalam memastikan matlamat jabatan dan organisasi tercapai.

Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada Ybhg Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz oleh Prof Dr

Anuar Ahmad. Alhamdulillah rata-rata yang hadir pada program Ceramah Perdana kali ini cukup berpuas hati dengan setiap pengisian yang telah dijalankan. Program dijalankan secara sederhana tetapi mampu mengisi kotak pemikiran kebanyakan yang hadir untuk memberi tumpuan secukupnya sepanjang program berlangsung.

CERAMAH...Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menyampaikan ceramah kepada staf UNISEL Shah Alam

BERTEMPAT di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 September lalu telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Penyambungan Pelantikan YBhg Dato’ Setia Dr Anuar Masduki sebagai Pro-Canselor UNISEL. Beliau telah memikul amanah besar sebagai Pro-Canselor UNISEL sejak tahun 2009 lagi dan kini merupakan penyambungan pelantikan kali kedua berkuat kuasa serta-merta selama tiga tahun sehingga 31 Julai 2015.

Watikah pelantikan telah diserahkan sendiri oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL sambil disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL serta Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta seluruh pengurusan tertinggi UNISEL.

Majlis berlangsung secara sederhana tetapi mencapai objektifnya sebagai pelengkap kepada satu lagi catatan sejarah penting universiti dan secara tidak langsung terpahat dalam lembaran sejarah pendidikan untuk dikenang selama-lamanya. Ucapan jutaan tahniah dan syabas kepada YBhg Dato’ Setia Dr Anuar Masduki kerana sudi menerima pelantikan semula sebagai Pro-Canselor UNISEL. Semoga UNISEL akan lebih unggul dan menjadi sebuah universiti tersohor baik dari segi kualiti graduan terhasil mahupun perkhidmatan yang disediakan.

MaJLiS PEnYERaHan WatiKaH PELantiKan PRO-CanSELOR

TERIMA... Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad menyerah watikah penyambungan pelantikan kepada Dato’ Setia Dr Anuar Masduki sebagai Pro-Canselor UNISEL sambil disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

BULETIN unisel8

Takut MenyelamRakan sekelasnya, Nuraizan Mohd Ismail, 23, berkata pada peringkat awal menyelam, beliau takut kerana tidak mahir mengawal pernafasan.

Bagaimanapun, katanya selepas tiga kali berlatih di kolam renang, masalah itu dapat ditangani. Baliau berkata, suasana di dasar laut berbeza dengan di kolam renang kerana tekanannya lebih tinggi.

Noraizan berkata, selain menyelam, pelajar perlu membuat perancangan rapi untuk rakaman. Katanya, beliau turun 10 – 12 meter dalam selama 40 – 45 minit untuk menyelesaikan tugasan fotografi yang berteraskan tiga konsep pilihan iaitu seni halus, fesyen atau iklan.

Guna Bahasa Isyarat“Ketika di dasar laut, kami menggunakan sistem buddy atau rakan bagi menjaga keselamatan antara satu sama lain dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Sepanjang tiga hari di Tioman kami menyelam empat kali, pertama untuk meninjau kawasan dan selepas membentang cadangan kepada Pensyarah kami menyelam tiga kali menjalankan tugasan.

“Saya memilih fesyen. Jadi, perkara seperti solekan model, pencahayaan di lokasi perlu dipastikan baik sebelum memulakan rakaman, “katanya.

Keselamatan diutamakanSementara itu, Ketua Program Fotografi , FSSR UNISEL, Kamarul Nizam Kamarudin, berkata aspek keselamatan paling utama ditekankan kepada pelajarnya.

Beliau berkata, kursus fotografi dasar lauit diwajibkan bagi pelajar tahun ketiga program itu bagaimanapun pelajar yang tidak berjaya melepasi serangan atau mempunyai masalah kesihatan hanya dibenarkan menyelam paras permukaan laut snorkeling

“Pelajar mesti memberi perhatian kepada batu karang tajam, teknik pernafasan, keseimbangan badan dan spesis hidupan laut yang berbahaya.

Nilai Tambah“Bagi yang tidak menyelam di dasar, walaupun mereka tidak dapat menyelam hingga paras 10 meter, sebenarnya tiga empat meter pun kita sudah boleh merakamkan batu karang dan hidupan laut yang cantik.

“Kami beruntung kerana UNISEL membekalkan dua set kamera untuk rakaman dasar laut serta makmal fotografi selain perkakasan serta kamera dibekalkan Pusat Akuatik Darul Ehsan,” katanya.

UniSEL SERLaH KEMaHiRanFOtOGRaFi DaSaR LaUtKUMPULAN pelajar fotografi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UNISEL bertuah kerana berpeluang mempelajari subjek fotografi dasar laut, iaitu satu-satunya program yang ditawarkan oleh universiti di negara ini.

“Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi pelajar dan rata-ratanya belum pernah merakam gambar di dasar laut. Sifat gementar menyelam pada awalnya hilang selepas menjalani latihan menyelam di Pusat Akuatik Darul Ehsan selama lima minggu dan mengimbang badan dalam air, keyakinan saya bertambah.

“Belajar fotografi di darat memang mudah berbeza di dasar laut kerana kita tidak boleh jangka apa yang boleh berlaku,” katanya Mohd Iqmal Mohd Fauzi, 21, yang membuat rakaman di dasar laut bertemakan fesyen di Pulau Tioman.

Karya unik fotografi dasar lautSelepas persiapan rapi selama beberapa bulan, pelajar fotografi dasar laut di UNISEL berjaya menghasilkan karya terbaik.

Mereka yang melakukan rakaman di Pulau Tioman, Pahang. Menurut, Kamarul Nizam, pelajar yang melakukan rakaman di Pulau Tioman adalah kursus fotografi dasar laut diwajibkan bagi pelajar tahun ketiga program itu.

Katanya, pelajar yang tidak berjaya melepasi saringan atau mempunyai masalah kesihatan hanya dibenarkan menyelam paras permukaan laut atau snorkeling.

Beliau berkata, kemahiran dalam fotografi dasar laut adalah nilai tambah kepada graduan UNISEL.

9EDISI Oktober 2013

SiVanESan tERiMa PinGat EMaS iEMMAHASISwA Universiti Selangor (UNISEL) N. Sivanesan menerima insentif sebanyak RM 1,000 selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas daripada Institusi Jurutera Malaysia (IEM).

Sivanesan, 26, yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal bersyukur dengan anugerah diterimanya pada 20 April lalu.

“Walaupun bukan berasal daripada keluarga yang berada tetapi saya mampu membuatkan keluarga saya bangga.

“Saya anak ketiga daripada empat beradik. Bapa saya hanya pemandu lori manakala ibu saya suri rumah. Kejayaan ini akan menjadi contoh kepada adik-adik saya, “katanya ketika ditemui selepas majlis pemberian insentif itu, di Perlabuhan Klang.

Sivanesan menerima anugerah berdasarkan penilaian projek tahun akhir bertajuk Finite Element Analysis of Four Wheel Car Structure using Ansys.

Dia juga merupakan pelajar cemerlang sepanjang pengajian di UNISEL sejak 2009 hingga 2012 dan berjaya memperoleh Senarai Dekan setiap semesta dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CPGA) 3.7.

CEMERLANG...Sivanesan menerima cek daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Cek sumbangan kerajaan negeri Selangor sebagai menghargai kejayaan beliau. Turut hadir Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr Hajah Halimah Ali dan Naib Canselor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad

LULUSAN Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Selangor (UNISEL) menunjukkan prestasi membanggakan apabila memulakan memasuki alam pekerjaan. Graduan fakulti itu menerima pujian dan pengiktirafan pelbagai pihak sekali gus

SYARIKAT SWASTA PUJI KEBOLEHAN GRADUAN UNISEL

membuktikan UNISEL menghasilkan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Dekan, FSSR Sayuti Chik Tajuddin berkata tinjauan di beberapa agensi pengiklanan, media dan komunikasi memberi maklum balas positif

berhubung perkara itu. Daripada hasil lawatan syarikat itu, mereka

memuji dan mengatakan majoriti penuntut UNISEL berkebolehan dan mempunyai keupayaan tersendiri.

“Malah pihak industri juga memaklumkan pelajar UNISEL yang terbaik berbanding universiti lain. Ini satu kejayaan yang cemerlang fakulti ini,“ katanya pada majlis Anugerah Dekan FSSR baru-baru ini.

Seramai 150 pelajar menerima anugerah ini dalam majlis berkenaan.

Sayuti berkata, fakulti turut mencatat pencapaian terpuji berbanding fakulti lain apabila menerima penganugerahan tertinggi dengan tahap melebihi 40 peratus.

Antara penerima Anugerah pelajar Sarjana Muda Grafik Digital Abdul Rahman Mat Admara, 27 tahun yang kini berkhidmat dengan sebuah syarikat di Putrajaya.

Beliau berkata pembahagian masa yang betul menyebabkannya mampu bekerja dan belajar hingga mencapai keputusan yang cemerlang.

Mohammad Asfar Samsudin, 20, belajar Diploma Teknologi Fotografi berkata, usaha berterusan bersama rakan selain rujukan dengan pensyarah memberi keputusan seperti diharapkan.

“Saya gembira dengan anugerah ini dan akan terus berusaha supaya lebih cemerlang dalam pelajaran, “katanya.

Begitu juga Mirrah Syafiqah Hasanudin, 20, yang berpendapat mengikuti pengajian dengan tekun dan fokus selain kerjasama antara pelajar dan pensyarah akan mencipta kejayaan.

Saya selalu dapatkan pandangan rakan dan pensyarah bagi setiap hasil kerja, kata pelajar Diploma Seni Reka Grafik Digital itu.

GEMBIRA...Pelajar FSSR diraikan dalam majlis penyampaian Anugerah Dekan pada 6 September 2013

BULETIN unisel10

MEMBUAT persiapan untuk menduduki SPM dalam tempoh 10 bulan bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam sistem persekolahan menengah. Namun itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar program fast-track SPM YAPIS-UNISEL atau lebih dikenali dengan nama Unismart. Program yang telah masuk ke tahun kedua ini memberi peluang kepada pelajar lepasan madrasah untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang akademik secara formal pula.

Bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam bilik kuliah, Unismart telah mengatur program Rehlah & Riadah untuk pelajar lelaki dan

RiaDaH Dan REHLaH UniSMaRt

perempuan yang diadakan secara berasingan. Untuk pelajar lelaki, program diadakan di Pulau Pangkor pada 5-7 Julai 2013 manakala bagi pelajar perempuan program diadakan di Pulau Langkawi pada 20-22 September 2013. Ia bertujuan memberi sedikit kesenggangan dan kerehatan tanpa meminggirkan pengisian yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran ini. Walaupun dalam keadaan aturcara yang santai, program ini tetap menekankan persediaan menghadapi SPM yang bakal menjelang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembinaan struktur tertinggi pasir dan manusia yang memerlukan daya kreativiti dan intelektual. Pelajar didedahkan kepada perlunya perancangan

dan komunikasi yang baik untuk mencapai matlamat yang diingini. Pengisian kerohanian berbentuk tazkirah dan muzakarah juga dilaksanakan bagi menerapkan nilai-nilai murni seseorang insan khususnya dalam menjalani hidup bermasyarakat. Selain daripada berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di kedua-dua buah pulau itu, pelajar juga diberi input untuk menjadi lebih fokus dalam menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Diharap agar program sebegini dapat memberi sedikit sebanyak peluang kepada golongan sasaran ini dalam menambah pengalaman dan panduan hidup yang berguna terutamanya apabila menjejakkan kaki ke menara gading nanti.

SEMINAR Sukan Untuk Semua : Memacu Pembangunan Belia 2013” anjuran Pusat Pendidikan Siswazah UNISEL dengan kerjasama Pejabat Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan bertempat di LT1 UNISEL Kampus Shah Alam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, En. Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor HEP UNISEL, Prof Madya Zainal Kidam serta Timbalan Dekan Pusat Pendidikan Siswazah, Prof. Madya Dr. Gunasegaran Karuppannan serta penceramah jemputan.

Seminar adalah kertas wajib yang perlu diambil pelajar ijazah lanjutan di UNISEL sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan dan Sains Sosial. Memenuhi syarat ini setiap mahasiswa/i perlu mengelola seminar yang berkaitan dengan bidang pengajian. Ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dan seterusnya dapat mengikis gejala dan budaya tidak sihat yang melanda golongan belia amnya masa kini.

Antara objektif pengelolaan seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan sukan yang menyeluruh bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat dan negara, di samping dapat memberi input menyeluruh kepada peserta dari aspek amalan dan pengurusan sukan peringkat

SUKAN MEMACU PEMBANGUNAN BELIA

komuniti atau persatuan. Adalah diharap melalui pendedahan ini peserta mampu mengurus sesuatu pertandingan dengan sempurna dan mewujudkan suasana persaingan sihat, sikap muhibbah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.

Seminar yang berlangsung selama satu hari ini telah berjaya menjadi sebahagian daripada

Oleh HAZRIL ABU HASSAN

Oleh NORDIN DARMAN DAN HJ AZRIN ABDUL RAHIM

agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan kelompok peserta yang hadir. Dalam perspektif ini, UNISEL adalah antara universiti yang terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Menyedari hakikat bahawa belia adalah pewaris kepemimpinan negara masa akan datang, mereka diberi ruang untuk saling berinteraksi dalam setiap sesi seminar yang dijalankan ini.

11EDISI Oktober 2013

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan UNISEL dengan Hospital DEMC Shah Alam bertujuan memudahkan para pelajar mengikuti latihan industri. Majlis berlangsung pada 27 April 2013 bertempat di Hospital DEMC Shah Alam jam 9.30 pagi dengan kehadiran jemputan

HOSPITAL DEMC SEBAGAI RAKAN INDUSTRI UNISEL

daripada kedua-dua belah pihak.Dalam majlis ini, UNISEL diwakili oleh Naib

Canselor, Prof. Dr. Anuar Ahmad manakala Hospital DEMC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Dr. Omar Abd Hamid.

Dalam MoU itu pihak DEMC bersetuju membenarkan penggunaan kemudahan DEMC

untuk pelajar-pelajar program Diploma Fisioterapi, Diploma Kejururawatan, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan serta Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan menjalani Latihan Klinikal.

Prof. Dr Haji Anuar dalam ucapannya berkata, beliau berasa sungguh bertuah kerana UNISEL telah terpilih sebagai salah sebuah IPTS yang diberi peluang oleh Hospital DEMC, Shah Alam untuk menjalin perjanjian persefahaman. Dengan adanya perjanjian ini, pasti akan memudahkan pelajar dari fakulti ini memilih tempat untuk menjalani latihan industri yang bersesuaian dengan kursus yang mereka ikuti.

Prof Dr Anuar AhmadNaib Canselor UNISEL

Dato’ Dr Omar Abd HamidCEO DEMC

UNISEL EDAR BUKU ULANG KAJI SPM 2013

UNISEL melalui Pejabat Pemasaran dan Kemasukan telah menerbitkan buku Soalan Ulangkaji SPM 2013 untuk disumbangkan kepada semua calon SPM 2013 di sekolah menengah yang terpilih.

UNISEL mengilhamkan buku ini sebagai peranan sebuah warga korporat yang bertanggungjawab secara sosial dengan tujuan untuk membawa nilai kepada seluruh masyarakat dan negara melalui peningkatan tahap pendidikan negara.

Buah ini diedarkan di sekolah terpilih sekitar Negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Edaran turut dibuat melalui kakitangan UNISEL yang mempunyai sanak saudara yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Semoga aspirasi dan usaha murni UNISEL ini bakal memberi manfaat kepada semua calon SPM 2013 dan tahun seterusnya.

BULETIN unisel12

KERatan aKHBaR

13EDISI Oktober 2013

KURSUS yang di anjurkan oleh Fakulti Perniagaan FOB) untuk staf selama dua hari bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Seramai 74 orang kakitangan fakulti yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik.

Kursus bertujuan meningkatkan kualiti kerja

Tarikh: 12-14 Februari 2013 | Lokasi: Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka.

KURSUS PENINGKATAN KUALITI STAF FAKULTI PERNIAGAAN (FOB)

staf dan motivasi dalam menghadapi cabaran kerja yang semakin mencabar. Ia juga bertujuan untuk menyemai sikap tolong menolong dan mengeratkan ukhwah sesama kakitangan di fakulti demi memberikan khidmat yang terbaik kepada pelajar di FOB, Shah Alam.

PROGRAM Jom sihat bersama FOB adalah anjuran Fakulti perniagaan dan di sertai oleh kakitangan UNISEL daripada pelbagai jabatan dan fakulti seperti Unit Peperiksaan, Unit Rekod dan pengijazahan, Unit Pemasaran, FSSR, Fakulti Komunikasi dan Media dan juga pelajar UNISEL.

Program ini bemula jam 5 petang dan dirasmikan oleh Dekan FOB, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh di perkarangan fakulti di Shah Alam.

Program ini dijalankan untuk menyuntik

Tarikh: 6 Jun 2013 | Lokasi: Tasik Seksyen 7, Shah Alam.PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA FOB

semangat mengutamakan kesihatan di kalangan para peserta dan juga menggalakkan peserta agar menjadikan aktiviti bersenam sebagai rutin harian.

Di dalam program ini peserta perlu belari sekurang-kurangnya 3 pusingan mengelilingi Taman Tasik Seksyen 7. Pelbagai acara juga berlangsung seperti cabutan bertuah dan edaran goodies bag untuk peserta.

Program ini juga mendapat tajaan daripada beberapa agensi seperti Karangkraf, Adabi dan Sendayu Tinggi.

MAJLIS berbuka puasa ini adalah aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan bersama Pusat Islam UNISEL.

Aktiviti dimulakan dengan program memasak bubur lambuk. Proses penyediaan dimulakan dari pagi dan pada sebelah petang diadakan pemberian bubur lambuk kepda staf dan pelajar di UNISEL kampus Shah Alam.

Majlis berbuka puasa diadakan di Dewan Pro-Canselor, dihadiri oleh Prof Dr Anuar Ahmad , Naib Canselor UNISEL , Dekan FOB, pensyarah dan pelajar.

Aktiviti dimeriahkan lagi dengan program Bual Bicara yang menampilkan beberapa selebriti seperti Diana Amir, Ustaz Alim Hafidz dan Ali XPDC.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MAHASISWA FOB DAN PUSAT ISLAMTarikh : 23 Julai 2013 Lokasi : Dewan Pro-Chanselor, UNISEL

Oleh NORHUDA RAHMATTULLAH

BULETIN unisel14

MoU yang disempurnakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengarah Urusan EC Council Academia Sdn Bhd, wilson wong.

BERTEMPAT di Dewan Pro-Canselor UNISEL Kampus Shah Alam pada 23 Februari 2013 telah berlangsung Festival Sains Dan Angkasa 2013 anjuran Kelab Biomesta, Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FBSK), UNISEL. Festival ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Festival yang diadakan dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang ini menarik minat ramai pengunjung sekitar Shah Alam termasuk pelajar sekolah kebangsaan yang diundang dengan pelbagai program yang diatur seperti slot bersama Angkasawan Pertama Negara – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, derma darah dan program bicara siswa.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang kepentingan ilmu sains dan angkasa dalam kehidupan. Selain itu, melalui penganjuran program sebegini, pihak fakulti secara tidak langsung turut mempromosikan program yang ditawarkan oleh FBSK.

FESTIVAL SAINS DAN ANGKASA 2013

KURSUS profesional yang ditawarkan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT) dengan bayaran hanya RM1,000 mampu menambah nilai kualiti pelajar UNISEL selepas tamat pengajian.

Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital), Zuraidy Adnan berkata, tawaran kursus profesional seperti Certified Ethical Hecker (CEH) terbuka kepada semua dengan harga promosi RM 1,000 bermula 26 September hingga 11 Oktober depan.

Katanya, bayaran kursus berpatutan itu bukan sahaja membantu golongan penuntut yang kurang berkemampuan bahkan terbuka kepada kakitangan kerajaan dan agensi berkaitan yang mahu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.

“Meskipun kursus ini diserap masuk dalam silibus penuntut FCSIT’, namun bagi penuntut program selain Ijazah Sarjana Muda Sains

KURSUS PROFESIONAL DI FCSIT

Komputer (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital), mereka turut ditawarkan tetapi dalam mod yang berbeza.

“Mereka boleh ambil kursus di luar masa pembelajaran biasa memandangkan kursus pertama CEH ini dijangka dilaksanakan Disember nanti,” katanya pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) yang disempurnakan Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr. Anuar Ahmad dan Pengarah Urusan EC Council Academia Sdn Bhd, Wilson Wong.

Sementara itu Dekan FCSIT, Dr Raja Mohd Tariqi Raja Lope Ahmad berkata, hasrat FCSIT melaksanakan kursus profesional seperti CEH ini akhirnya dilaksanakan dengan usaha sama EC-Council.

“Sudah menjadi misi FCSIT meningkatkan kadar kebolehpasaran dikalangan pelajar sebaik sahaja tamat pengajian bahkan dengan adanya kursus

ini menempatkan mereka lebih tinggi berbanding dengan pelajar dari universiti lain. Kerjasama FCSIT dengan EC-Council sudah terjalin sejak 2010 apabila syarikat itu menawarkan kursus profesional seperti CEH, Certified Hacking and Forensic Investigator (CHFI) dan Licenced Penetration Tester (LPT).

“EC-Council banyak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan badan kerajaan dan swasta yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa syarikat di negara ini banyak meletakkan syarat kursus profesional CEH untuk jurutera rangkaian atau pakar keselamatan sistem mereka.

Bagi FCSIT, MoU ini menjadi satu langkah yang bijak dalam memantapkan ilmu dan kemahiran bahkan kursus ini juga adalah diwajibkan kepada semua kepada penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital),”katanya.

Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Keselamatan Rangkaian dan Forensik Digital), Zuraidy Adnan berkata, tawaran kursus profesional seperti Certified Ethical Hecker (CEH) terbuka kepada semua dengan harga promosi RM 1,000

15EDISI Oktober 2013

Kronologi Pasukan UNISELUNISEL telah terlibat secara langsung dalam liga MASUM. Perubahan struktur organisasi Kementerian Pendidikan telah menyebabkan satu perubahan dalam Liga Bola Sepak Universiti. Justeru, pada tahun 2010, diwujudkan Liga Bola Sepak IPT bagi merebut Piala Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.

Peringkat awalnya UNISEL telah bersaing dalam Kejohanan Majlis Sukan IPT Swasta (MASISWA). UNISEL juga adalah pasukan kedua terbaik daripada 60 pasukan yang terlibat dalam Kejohanan MASISWA dan tewas kepada pasukan MMU 1 – 0 pada perlawanan akhir di UPM. Seterusnya pada tahun 2011, UNISEL berada di Divisyen Dua LIPT.

Pada tahun 2012, UNISEL kekal berada di Divisyen Dua dan untuk tahun 2013 UNISEL jatuh ke Divisyen Tiga.

Matlamat Pasukan UNISELMatlamat dan halatuju pasukan UNISEL adalah untuk manjadi juara bagi Divisyen Tiga untuk naik ke Divisyen Dua pada 2014. Untuk mencapai matlamat tersebut, Pusat Sukan akan merancang satu Kejohanan Liga Bola Sepak UNISEL. Pemilihan pemain untuk 2013 adalah berdasarkan penglibatan mereka dalam kejohanan ini.

KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK IPT

Liga ZonSemua Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti akan bersaing dalam liga sendiri untuk layak ke peringkat zon.

Pasukan yang terlibat dalam Divisyen 1, 2 dan 3 tahun 2013

Divisyen 1 Divisyen 2 Divisyen 3UiTM UTHM UNISEL

UKM UMS UiTM SARAWAK

UM KK PERAK PKS

MMU UiTM PERLIS USM

PKB UniSZA PMU

KK KEDAH UTM UIAM

KK P.PINANG KK PAHANG UPM

UTeM UiTM PAHANG POLISAS

l Zon Utaral Zon Tengah 1l Zon Tengah 2l Zon Tengah 3 l Zon Selatan l Zon Pantai Timur l Zon Sarawak l Zon Sabah

Perlawanan akhir MASISwA, UNISEL vs MMU

UNISEL vs Kolej Yayasan Sabah

LUMBA BASIKAL UNISELKEJOHANAN UiTM JENGKA JAMBOREE & METRO GP 2013TEMPAT: Jengka, Pahang & Putrajaya | TARIKH: 26 & 27 Mei 2013 & 2 Jun 2013

Ridzwan dan Huzwiri menghabiskan perlumbaan masing-masing di tempat ke 77 dan 103

Pelumba dilepaskan tepat jam 7.45 pagi.

Oleh ANUAR HUSIN

DI DALAM kejohanan tersebut Pasukan UNISEL telah menghantar lima orang pelumba yang terdiri daripada kalangan pelajar UNISEL yang juga merupakan atlit lumba basikal. Secara umumnya penyertaan tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya di dalam memberikan pendedahan kepada pelumba kita untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang lebih besar lagi di masa-masa yang akan datang.

BULETIN unisel16

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

FA_Advertorial Oktober_32x8col_Sinar_ver2.pdf 1 27/09/13 10:37 AM

PENGAMBILAN JANUARI 2014 SEDANG DIBUKAwww.unisel.edu.my