sains

Upload: shamshul-didarelly

Post on 19-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SAINS

TRANSCRIPT

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    SAINS

    TINGKATAN 3

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

    bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

    dan negara."

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk

    guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau

    telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial.

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    TAFSIRAN

    o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran

    holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan

    kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat

    ditaksir dan dicapai. o Evidens :

    Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai

    berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

    bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND

    STANDARD

    1

    Tahu

    2

    Tahu dan Faham

    3

    Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    TAFSIRAN BAND

    BAND

    PERNYATAAN BAND

    TAFSIRAN

    1

    TAHU

    Murid mengetahui perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

    2

    TAHU DAN FAHAM

    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

    4

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    5

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertata susila dan menjadi contoh secara tekal.

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    MATLAMAT KURIKULUM SAINS

    Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid

    dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap

    saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan

    memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan pendidikan lanjutan dalam

    sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk

    membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

    membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan

    pemuliharaan alam sekitar.

    OBJEKTIF KURIKULUM SAINS Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

    1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

    alam semulajadi dan pengalaman harian. 2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian. 3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni

    dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. 5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan

    teknologi.

  • DSP SAINS TINGKATAN 3

    JANUARI 2014

    6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

    bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

    penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal. 11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan

    dan pemeliharaannya.

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    9

    BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    1

    Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

    2

    Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi

    3

    Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam

    kehidupan seharian

    4

    Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam

    penyelesaian masalah

    5

    Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi

    6

    Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains

    dan teknologi

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    10

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS KBSM TINGKATAN TIGA

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    1

    Tahu

    B1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

    B1D1 menyatakan bahan dan penyakit sistem respirasi

    B1D2 menyatakan organ dan hasil perkumuhan

    B1D3 menyatakan jenis dan bahagian sistem pembiakan

    B1D4 menyatakan jenis pendebungaan

    B1D5

    menyatakan bentuk sebatian silikon

    B1D6 menyatakan unsur dalam kalsium karbonat

    B1D1E1 menamakan pelbagai bahan dan penyakit yang memudaratkan sistem respirasi

    B1D2E1 menamakan pelbagai organ perkumuhan manusia dan hasil perkumuhannya

    B1D2E2

    menamakan pelbagai hasil perkumuhan tumbuhan B1D3E1

    menamakan pelbagai jenis pembiakan dalam organisma B1D3E2 menamakan pelbagai bahagian sistem pembiakan lelaki dan wanita

    B1D4E1

    menamakan pelbagai jenis pendebungaan B1D5E1

    menamakan pelbagai bentuk sebatian silikon dan contohnya

    B1D6E1

    menamakan unsur dalam kalsium karbonat dan contohnya

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    11

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    1

    Tahu

    B1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

    B1D7 menyatakan sumber bahan api semula jadi

    B1D8 menyatakan alat pengukur bagi arus dan voltan

    B1D9 menyatakan jenis generator dan sumber tenaga alternatif

    B1D10 menyatakan fenomena di permukaan Matahari

    B1D11

    menyatakan bentuk galaksi

    B1D7E1 menamakan pelbagai jenis sumber bahan api semula jadi

    B1D8E1 menamakan alat pengukur bagi arus dan voltan serta unitnya

    B1D9E1 menamakan pelbagai jenis generator dan sumber tenaga altenatif

    B1D10E1

    menamakan pelbagai fenomena yang berlaku di permukaan Matahari

    B1D11E1

    menamakan pelbagai bentuk galaksi

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    12

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    2

    Tahu dan Faham

    B2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi B2D10E1

    memberi maksud mineral B2D10

    menyatakan maksud mineral B2D11E1 memberi maksud elektrostatik B2D11 menyatakan maksud elektrostatik

    B2D1 mengenal pasti struktur sistem respirasi

    B2D2

    mengenal pasti struktur jantung B2D3 mengenal pasti kedudukan tisu xilem dan floem

    B2D4

    menyatakan maksud perkumuhan B2D5

    mengenal pasti sistem urinari B2D6

    menyatakan maksud persenyawaan

    B2D7

    menyatakan maksud haid B2D8

    menyatakan maksud pendebungaan

    B2D9

    menyatakan maksud pertumbuhan

    B2D1E1 melabel struktur sistem respirasi dan struktur peparu manusia

    B2D2E1

    melabel struktur jantung manusia B2D3E1 melabel lokasi tisu xilem dan floem dalam batang tumbuhan dikotiledon

    B2D4E1

    Memberi maksud perkumuhan B2D5E1

    melabel struktur sistem urinari manusia B2D6E1

    memberi maksud persenyawaan

    B2D7E1 memberi maksud haid

    B2D8E1

    memberi maksud pendebungaan B2D9E1

    memberi maksud pertumbuhan

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    13

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    2

    Tahu dan Faham

    B2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi

    B2D10

    menyatakan maksud mineral B2D11

    menyatakan maksud elektrostatik B2D12 menyatakan maksud tenaga elektrik, arus elektrik, voltan dan rintangan

    B2D13 mengenal pasti simbol bagi litar elektrik

    B2D14

    menyatakan maksud keelektromagnetan dan elektromagnet

    B2D15 mengenal pasti bahagian transformer

    B2D16 mengenal pasti struktur Matahari

    B2D17 menyatakan maksud bintang

    B2D10E1

    memberi maksud mineral

    B2D11E1 memberi maksud elektrostatik B2D12E1 membei maksud;

    tenaga elektrik, arus elektrik,

    voltan dan rintangan

    B2D13E1 memadankan simbol-simbol pada litar elektrik dengan komponennya

    B2D14E1

    Memberi maksud; keelektromagnetan dan

    elektromagnet B2D15E1

    melabel pelbagai bahagian transformer B2D16E1

    melabel struktur Matahari B2D17E1 memberi maksud bintang

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    14

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D1 memerihal mekanisme pernafasan

    B3D2 memerihal proses resapan dan pengangkutan oksigen

    B3D3 memerihal kesan bahan cemar kepada sistem respirasi

    B3D4 memerihal sistem peredaran darah manusia

    B3D5 memerihal sistem pengangkutan dalam tumbuhan

    B3D1E1 menerangkan mekanisme pernafasan

    B3D2E1 menghuraikan proses resapan dan pengangkutan oksigen oleh darah dari peparu ke sel badan

    B3D3E1

    menjelaskan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi B3D4E1

    menerangkan:

    sistem peredaran darah manusia, peranannya dalam pengangkutan bahan

    dan

    kepentingan mengekalkan jantung yang sihat B3D4E2 membandingkan ciri-ciri arteri, vena dan kapilari dengan fungsinya

    B3D5E1

    menjelaskan fungsi tisu xilem dan floem

    B3D5E2

    menerangkan transpirasi dan peranannya

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    15

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D6 memerihal perkumuhan organisma B3D7

    memerihal pembiakan organisma

    B3D8

    memerihal pembiakan manusia

    B3D6E1

    menjelaskan kepentingan perkumuhan B3D6E2

    menerangkan kepentingan mengekalkan kesihatan ginjal B3D6E3 menerangkan cara-cara bagaimana tumbuhan menyingkirkan hasil perkumuhan

    B3D7E1 menjelaskan kepentingan pembiakan dan membandingkan antara pembiakan seks dengan pembiakan aseks

    B3D7E2 mengelaskan haiwan dan tumbuhan mengikut cara pembiakan aseks

    B3D7E3

    menerangkan persenyawaan dalam dan persenyawaan luar

    B3D8E1 menjelaskan fungsi pelbagai bahagian sistem pembiakan lelaki

    B3D8E2 menerangkan peranan sperma dalam pembiakan dan perubahan yang berlaku pada lelaki semasa baligh

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    16

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D9 memerihal kitar haid

    B3D10 memerihal persenyawaan, kehamilan dan kemandulan

    B3D8E3 menerangkan fungsi pelbagai bahagian sistem pembiakan wanita B3D8E4 menerangkan peranan ovum dalam pembiakan dan perubahan yang berlaku pada wanita semasa baligh

    B3D8E5 membandingkan antara gamet lelaki dengan gamet wanita berdasarkan saiz, bilangan dan pergerakan B3D9E1 menjelaskan kitar haid

    B3D9E2 menerangkan perubahan dinding uterus semasa kitar haid dan menghubung kait antara fasa subur dengan persenyawaan

    B3D9E3 menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri semasa haid B3D10E1

    menjelaskan persenyawaan dalam manusia, menentukan lokasi penempelan embrio dan perkembangan zigot kepada embrio menjadi fetus sehingga kelahiran

    B3D10E2 menjelaskan cara-cara mengatasi kemandulan dan kaedah- kaedah kawalan kehamilan

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    17

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan

    untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D11

    memerihal pembiakan dalam tumbuhan

    B3D12

    memerihal pendebungaan

    B3D13 memerihal persenyawaan dalam tumbuhan

    B3D14

    memerihal pembiakan vegetatif

    B3D15

    memerihal pertumbuhan manusia

    B3D11E1

    menerangkan fungsi bahagian-bahagian pembiakan jantan dalam pembiakan seks tumbuhan berbunga

    B3D11E2 menerangkan fungsi bahagian-bahagian pembiakan betina dalam pembiakan seks tumbuhan berbunga

    B3D12E1 membandingkan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk

    B3D12E2

    menerangkan kelebihan pendebungaan kacuk B3D13E1 menghuraikan persenyawaan dalam tumbuhan sehingga pembentukan buah dan biji benih

    B3D14E1 mengelaskan tumbuhan berbunga berdasarkan bahagian yang boleh membiak secara vegetatif

    B3D15E1 menjelaskan ciri-ciri yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan

    B3D15E2 menerangkan kesan kekurangan pengambilan nutrisi ke atas pertumbuhan kanak-kanak

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    18

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D16

    memerihal mineral B3D17

    memerihal sebatian silikon dan kalsium karbonat

    B3D18

    memerihal bahan api semula jadi B3D19

    memerihal elektrostatik B3D20

    memerihal keelektrikan

    B3D16E1 menerangkan dengan contoh mineral yang wujud dalam bentuk unsur semula jadi dan sebatian semula jadi

    B3D17E1 menjelaskan kegunaan sebatian silikon dalam kehidupan seharian

    B3D17E2

    menjelaskan kegunaan sebatian kalsium karbonat, kalsium oksida, kalsium hidroksida dan mengaitkan sifat-sifat sebatian kalsium dengan kegunaannya

    B3D18E1

    menjelaskan pembentukan sumber bahan api semula jadi B3D19E1 menjelaskan jenis cas dan sifat-sifat elektrostatik B3D19E2 menerangkan fenomena harian yang berkaitan dengan cas elektrik statik dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mengendalikan cas elektrik

    B3D20E1 menjelaskan arah pengaliran arus elektrik dan elektron dalam litar elektrik

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    19

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan

    untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep

    dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D21

    memerihal litar bersiri dan litar selari

    B3D22

    memerihal keelektromagnetan B3D23

    memerihal penjanaan elektrik

    B3D21E1

    mengilustrasi litar bersiri dan litar selari

    B3D21E2

    menerangkan kelebihan dan kelemahan litar bersiri

    B3D21E3

    menerangkan kelebihan dan kelemahan litar selari

    B3D21E4 membandingkan litar bersiri dengan litar selari berdasarkan arus, voltan dan rintangan B3D22E1

    menerangkan:

    medan magnet, hubungan antara garisan medan magnet

    dengan kekuatan medan magnet; dan kegunaan magnet dalam kompas

    B3D23E1 membandingkan penjanaan tenaga elektrik oleh pelbagai jenis stesen jana kuasa B3D23E2 menerangkan bagaimana tenaga elektrik dihantar dan diagihkan dari stesen jana kuasa kepada pengguna

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    20

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3 Tahu, Faham,

    dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan

    untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D24

    memerihal pendawaian elektrik B3D25

    memerihal penggunaan elektrik B3D26

    memerihal fenomena di permukaan Matahari

    B3D27 memerihal Sistem Suria

    B3D24E1 menerangkan fungsi bahagian-bahagian sistem pendawaian elektrik dan pendawaian plug 3-pin

    B3D25E1

    menyelesaikan masalah dalam kos penggunaan elektrik B3D26E1

    menjelaskan kesan fenomena di permukaan Matahari ke atas Bumi dan bagaimana tenaga dijanakan oleh Matahari

    B3D26E2 mengenal pasti Matahari adalah bintang dan membandingkan bintang berdasarkan ciri-ciri tertentu

    B3D26E3

    menjelaskan: pembentukan bintang dan kematian bintang,

    Galaksi Bima Sakti; dan alam semesta dan kedudukan Sistem Suria

    dalam alam semesta B3D27E1 menerangkan keluasan alam semesta berbanding Bumi dan kepentingan Matahari dan Bulan kepada hidupan di Bumi

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    21

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    B3 Menggunakan pengetahuan

    untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian

    B3D28 memerihal astronomi dan penerokaan angkasa lepas

    B3D28E1 menerangkan perkembangan dalam bidang astronomi dan pembangunan dalam penerokaan angkasa lepas B3D28E2 menerangkan dengan contoh aplikasi teknologi yang berkaitan penerokaan angkasa lepas dan astronomi

    B3D28E3

    mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    22

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    4

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab

    B4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    B4D1 mengkaji kesan merokok terhadap peparu

    B4D2

    mengkaji struktur jantung B4D3 mengkaji sistem pengangkutan dalam tumbuhan

    B4D4

    mengkaji ginjal B4D5 mengkaji pembiakan tumbuhan berbunga

    B4D1E1 memerhati kesan asap rokok kepada peparu melalui aktiviti

    B4D2E1 memerhati dan mengenalpasti struktur jantung menggunakan model atau spesimen hidup

    B4D2E2 membandingkan antara darah beroksigen dengan darah terdeoksigen melalui aktiviti

    B4D3E1 mengenal pasti stomata dan fungsinya serta mengaitkan dengan kelayuaan tumbuhan melalui aktiviti

    B4D3E2 memerhati laluan air dan bahan makanan dalam tumbuhan melalui aktiviti

    B4D4E1 memerhati bentuk, struktur, dan fungsi ginjal menggunakan model atau perisian komputer

    B4D5E1

    mengenal pasti bahagian-bahagian bunga, bahagian pembiakan jantan, bahagian pembiakan betina, butir debunga dan ovul melalui aktiviti

    B4D5E2 memerhati perkembangan tiub debunga dalam larutan sukrosa pada peratusan yang berbeza (5% dan 10%) melalui aktiviti

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    23

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    4

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab

    B4 Murid melaksanakan

    sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

    B4D6 mengkaji lengkuk pertumbuhan manusia

    B4D7

    mengkaji mineral

    B4D8 mengkaji tindakbalas antara logam dengan bukan logam

    B4D9

    mengkaji sebatian silikon

    B4D10 mengkaji sifat-sifat kalsium karbonat

    B4D11 mengkaji penyulingan berperingkat petroleum

    B4D12

    mengkaji elektrostatik

    B4D5E3 memerhati struktur biji benih dan mengaitkan dengan fungsi melalui aktiviti

    B4D6E1 mentafsir lengkuk pertumbuhan lelaki dan wanita sejak bayi ke alam dewasa melalui aktiviti

    B4D7E1 memerhati sifat-sifat mineral dan menulis persamaan dalam perkataan untuk menunjukkan kesan haba ke atas mineral melalui aktiviti

    B4D8E1

    memerhati tindak balas antara beberapa logam iaitu magnesium, aluminium, zink dan besi dengan bukan logam melalui aktiviti

    B4D9E1

    memerhati sifat silika dan silikat melalui aktiviti

    B4D10E1

    memerhati sifat-sifat kalsium karbonat berdasarkan tindak balasnya dengan asid, kelarutannya dalam air dan kesan haba melalui aktiviti

    B4D11E1 memerhati hasil-hasil penyulingan berperingkat petroleum melalui aktiviti B4D12E1

    memerhati sifat-sifat cas elektrostatik melalui aktiviti

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    24

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    4

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab

    B4 Murid melaksanakan

    sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

    B4D13 mengkaji keelektrikan B4D14 mengkaji kemagnetan

    B4D15

    mengkaji sistem pendawaian elektrik

    B4D13E1

    mengesan pengaliran arus elektrik menggunakan jana kuasa Van de Graff dan galvanometer melalui aktiviti B4D13E2 membina litar elektrik serta mengukur arus dan voltannya melalui aktiviti B4D14E1 memerhati medan magnet melalui aktiviti

    B4D14E2 memerhati medan magnet yang terhasil oleh arus elektrik yang mengalir melalui wayar lurus melalui aktiviti

    B4D15E1 menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza melalui aktiviti

    B4D15E2

    memerhati kejadian litar pintas melalui aktiviti

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    25

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    5

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji

    B5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    B5D1 menyiasat kadar transpirasi

    B5D2

    menyiasat pendebungaan B5D3

    menyiasat pembiakan vegetatif B5D4

    menyiasat percambahan biji benih B5D5 menyiasat hubungan antara arus, voltan dan rintangan

    B5D1E1 menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi melalui eksperimen

    B5D2E1 menganalisis pelbagai jenis bunga dan agen pendebungaannya melalui kerja lapangan

    B5D3E1

    menganalisis pembiakan vegetatif melalui kerja lapangan B5D4E1 menentukan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih melalui eksperimen

    B5D5E1

    mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kesan perubahan rintangan ke atas arus

    B5D5E2 mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kesan perubahan voltan ke atas arus

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    26

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    6

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali

    B6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara- perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi

    B6D1 mereka bentuk model sistem respirasi manusia

    B6D2

    mengumpul maklumat tentang kepentingan sistem respirasi yang sihat

    B6D3 mengumpul maklumat tentang darah manusia

    B6D4

    mengumpul maklumat tentang penjagaan kesihatan ibu mengandung

    B6D1E1 membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas

    B6D2E1

    pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk Kepentingan sistem respirasi yang sihat:

    bahan cemar udara pelbagai penyakit yang berkaitan dengan

    sistem respirasi cara untuk memperbaiki kualiti udara

    amalan mengekalkan udara yang bersih. B6D3E1

    pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:

    komponen darah dan fungsinya.

    kumpulan darah kumpulan darah penderma kepada penerima.

    kepentingan menderma darah pengendalian dan penyimpanan darah

    B6D4E1 membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:

    kepentingan pengambilan makanan yang

    berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan

    kesan rokok terhadap fetus kepentingan mengelak daripada mengambil

    bahan yang boleh memudaratkan fetus

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    27

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    6

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    B6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara- perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi

    B6D5 mengumpul maklumat tentang kepentingan penyelidikan pembiakan manusia

    B6D6 mengumpul maklumat tentang petroleum

    B6D7

    mengumpul maklumat tentang tenaga alternatif

    B6D5E1 memberi ceramah atau membahaskan mengenai:

    kaedah kawalan kehamilan salah guna kawalan kehamilan kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan

    kepada masyarakat. kepentingan penyelidikan pembiakan manusia

    B6D6E1

    membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai

    PETROSAINS/ Planetarium/ Pusat Sains Negara/ Loji Penapisan Minyak

    atau

    membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai

    sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum. sumbangan petroleum dan gas asli

    kepada pembangunan ekonomi negara; dan penggunaan yang cekap petroleum dan sumber

    bahan api semula jadi yang lain

    B6D7E1 mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif

  • DRAF DSP Sains Tingkatan 3 Julai 2013

    28

    BAND

    PERNYAT AAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    6

    Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    B6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara- perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi

    B6D8 mengumpul maklumat tentang tenaga elektrik B6D9

    mengumpul maklumat tentang keharmonian alam semesta

    B6D8E1

    memberi ceramah mengenai: langkah keselamatan yang perlu diambil

    apabila menggunakan elektrik. memerihal langkah yang perlu diambil apabila

    berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,

    mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik

    atau

    memberi ceramah mengenai:

    aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik. cara memulihara elektrik.

    kewajaran terhadap keperluan memulihara

    elektrik. masalah yang akan dihadapi oleh negara jika

    berlakunya kekurangan elektrik. B6D9E1 membuat pembentangan hasil penulisan kreatif (sajak/ syair/ puisi/ pantun /lirik lagu/lirik nasyid/ dll ) mengenai: keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan