s garis panduan pengurusan skim khairat ......mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal...

21
1 s 1.0. PENDAHULUAN Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA, Syarikat Milikan RISDA (SMR) atau KARISMA dan pesara untuk menyertai Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) bagi tempoh satu (1) tahun perlindungan insurans berkuatkuasa dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021. 2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN 2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA yang berjawatan tetap atau kontrak. 2.2. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pesara RISDA dan kakitangan SMR atau KARISMA yang telah menamatkan perkhidmatan. 2.3. Kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan perkhidmatan sebelum atau selepas 1 Mei tahun semasa boleh menyertai SKKR. 2.4. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pasangan (suami/ isteri) kakitangan atau pesara termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat serta anak-anak yang masih di bawah tanggungan. 2.5. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami/ isteri) yang bekerja di RISDA, SMR atau KARISMA boleh menyertai SKKR secara berasingan. Bagaimanapun, anak mereka hanya dibenarkan menyertai SKKR sekali sahaja sama ada didaftarkan mengikut penyertaan ibu atau bapa. 2.6. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SKKR adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    s

    1.0. PENDAHULUAN

    Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA, Syarikat

    Milikan RISDA (SMR) atau KARISMA dan pesara untuk menyertai Skim

    Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) bagi tempoh satu (1) tahun perlindungan

    insurans berkuatkuasa dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021.

    2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN

    2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA,

    SMR dan KARISMA yang berjawatan tetap atau kontrak.

    2.2. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pesara RISDA dan kakitangan

    SMR atau KARISMA yang telah menamatkan perkhidmatan.

    2.3. Kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan perkhidmatan

    sebelum atau selepas 1 Mei tahun semasa boleh menyertai SKKR.

    2.4. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pasangan (suami/ isteri)

    kakitangan atau pesara termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat

    serta anak-anak yang masih di bawah tanggungan.

    2.5. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami/ isteri) yang bekerja di

    RISDA, SMR atau KARISMA boleh menyertai SKKR secara

    berasingan. Bagaimanapun, anak mereka hanya dibenarkan

    menyertai SKKR sekali sahaja sama ada didaftarkan mengikut

    penyertaan ibu atau bapa.

    2.6. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai

    SKKR adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf

    GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    2

    oleh undang-undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya

    (OKU) yang masih belum bekerja dan belum berkahwin.

    2.7. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang

    menyambung pengajian di tingkatan enam (6) atau Institut Pengajian

    Tinggi (IPT) selepas tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu

    pada 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SKKR.

    2.8. Tarikh penentuan had umur penyertaan SKKR bagi setiap kategori

    ialah pada tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei

    setiap tahun.

    2.9. Had umur penyertaan SKKR mengikut kategori adalah seperti di

    Jadual 1.

    Jadual 1: Had umur penyertaan SKKR

    BIL KATEGORI HAD UMUR PENYERTAAN

    a. Kakitangan Mulai 18 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.

    b. PESARA Sehingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    c. Pasangan kakitangan atau PESARA termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat.

    Mulai 18 tahun hingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    d. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin:

    i. Bayi hingga anak tamat

    sekolah menengah tingkatan lima (5).

    ii. Anak belajar di tingkatan

    enam (6) atau menyambung pengajian di IPT dalam dan luar negara.

    Mulai umur 1 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh daftar tingkatan 6 atau IPT hingga tamat belajar atau 25 tahun (umur tahun berikutnya) mengikut mana yang dahulu.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    3

    3.0. PENAMATAN KEAHLIAN

    Kelayakan kakitangan, pesara, pasangan dan anak-anak sebagai ahli SKKR

    akan tamat apabila:

    3.1. Kakitangan atau pesara meninggal dunia atau pernah menerima

    pampasan insurans SKKR akibat hilang upaya kekal dan menyeluruh.

    3.2. Kakitangan bersara atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti

    mencarum.

    3.3. Kakitangan meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau

    meninggalkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

    3.4. Ahli yang gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.

    3.5. Anak-anak masih di bawah tanggungan telah bekerja atau telah

    berkahwin atau telah menamatkan pengajian. Kakitangan atau pesara

    boleh menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis

    kepada Urus Setia SKKR dan caruman SKKR yang telah dibayar

    sebelumnya tidak akan dikembalikan.

    4.0. CARUMAN

    4.1. Caruman keahlian SKKR tidak dikenakan cukai jualan dan

    perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.

    4.2. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami/ isteri)

    yang berumur di bawah 60 tahun serta anak-anak yang masih di

    bawah tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai pampasan

    adalah seperti di lampiran 1.

    4.3. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami/ isteri)

    yang berumur 60 tahun hingga 69 tahun (umur tahun berikutnya) serta

    anak-anak masih di bawah tanggungan yang perlu dibayar mengikut

    nilai pampasan adalah seperti di lampiran 2.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    4

    4.4. Caruman kakitangan kepada SKKR akan dibuat secara potongan gaji

    pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.

    4.5. Ahli yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SKKR

    secara tunai atau kaedah lain yang sesuai sepanjang tempoh cuti

    tanpa gaji tersebut bagi mengelak keahlian SKKR ditamatkan.

    4.6. Bagi ahli SKKR yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans

    berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang

    keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari

    tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.

    4.7. Kadar caruman SKKR bagi PESARA dan pasangan (suami/ isteri)

    yang berumur di bawah 69 tahun dan anak-anak yang masih di bawah

    tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai pampasan adalah

    seperti di lampiran 3.

    4.8. Pesara kena mencarum sekali gus untuk tempoh satu (1) tahun

    perlindungan kepada SKKR dan membuat bayaran penuh melalui cek

    persendirian atau cek bank atau deraf bank atau pindahan secara

    dalam talian atas nama Skim Khairat Kakitangan RISDA akaun Bank

    Muamalat nombor 1403-0004273-714. Pesara dikehendaki

    mengemukakan salinan slip bayaran kepada Urus Setia SKKR dan

    menyatakan nama serta nombor kad pengenalan sekiranya

    mendeposit sendiri caruman atau membuat pindahan secara dalam

    talian.

    4.9. Apa-apa perubahan nilai perlindungan dan kadar caruman SKKR

    adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa dan syarikat

    takaful yang dilantik oleh RISDA.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    5

    5.0. PENAMAAN WASI

    5.1. Kakitangan dan pesara dikehendaki menamakan dua (2) wasi

    mengikut keutamaan untuk menerima wang pampasan SKKR yang

    terdiri daripada ibu, bapa, suami, isteri, anak dan lain-lain.

    5.2. Kakitangan dan pesara bertanggungjawab memaklumkan kepada wasi

    bahawa wasi yang dinamakan adalah pemegang amanah dan

    bukannya penerima hak. Wasi yang dinamakan bertanggungjawab

    menguruskan pembahagian pampasan menurut faraid atau Akta

    Pembahagian 1958.

    5.3. Usia wasi yang dinamakan mestilah 18 tahun dan ke atas.

    5.4. Urus Setia SKKR akan menguruskan penyerahan pampasan kepada

    wasi pertama setelah ditolak segala hutang gemulah kepada RISDA.

    Jika wasi pertama meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberi

    kepada wasi kedua. Sekiranya kedua-dua wasi telah meninggal dunia,

    pampasan tersebut akan diserah kepada Pemegang Amanah atau

    Pentadbir yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atau Pejabat

    Pembahagian Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

    6.0. HUTANG KEPADA RISDA

    6.1. Baki caruman SKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan mulai

    tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

    6.2. Baki caruman SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan mulai

    tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.

    6.3. Baki hutang pendahuluan bil hospital tidak dilindungi oleh insurans

    SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan atau pesara.

    6.4. Baki hutang pinjaman TKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    6

    7.0. PERLINDUNGAN SKKR

    7.1. SKKR melindungi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh

    bagi ahli yang berumur 64 tahun dan ke bawah.

    7.2. SKKR hanya akan melindungi kematian sahaja bagi ahli yang berumur

    65 tahun hingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    7.3. Kelayakan ahli SKKR untuk memilih nilai pampasan tertakluk kepada

    kategori dan umur penyertaan seperti di Jadual 2.

    Jadual 2: Kelayakan pampasan SKKR mengikut kategori dan umur

    BIL. KATEGORI NILAI PAMPASAN

    MINIMA MAKSIMA

    a. Kakitangan umur bawah 60 tahun. RM10,000

    60 x pendapatan bulanan @ RM350,000 (mana yang lebih rendah)

    b. Pesara umur sehingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    RM10,000 RM20,000

    c.

    Pasangan kakitangan (suami/ isteri per-1, ke-2, ke-3 dan ke-4) umur bawah 60 tahun.

    RM10,000

    Sama dengan pilihan kakitangan @ RM150,000 (mana yang lebih rendah)

    d.

    Pasangan kakitangan (suami/ isteri per-1, ke 2, ke-3 dan ke-4) umur 60 tahun hingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    RM10,000

    e.

    Pasangan pesara (suami/ isteri per-1, ke 2, ke-3 dan ke-4) umur sehingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    RM10,000

    f.

    Anak-anak masih di bawah tanggungan kakitangan umur bawah 60 tahun.

    RM10,000

    Sama dengan pilihan kakitangan @ RM100,000 (mana yang lebih rendah)

    g.

    Anak-anak masih di bawah tanggungan pesara umur sehingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).

    RM10,000

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    7

    7.4. Kakitangan yang memilih nilai pampasan RM160,000 dan ke atas

    untuk pasangan (suami/ isteri) semasa polisi perlindungan insurans

    tahun 2014-2015 boleh mengekalkan atau mengurangkan nilai

    pampasan tersebut.

    8.0. HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH

    8.1. Hilang upaya kekal dan menyeluruh bermaksud ketidakupayaan

    seseorang melakukan sebarang aktiviti, pekerjaan atau perniagaan

    bagi memperolehi upah, ganjaran atau keuntungan akibat kemalangan

    atau penyakit.

    8.2. Hilang upaya kekal dan menyeluruh ini berterusan bagi satu tempoh

    tidak kurang dari enam (6) bulan berturut-turut.

    8.3. Hilang upaya kekal dan menyeluruh mengakibatkan seseorang tidak

    berupaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti harian tanpa

    bantuan pihak lain seperti berikut:

    a. Bergerak atau berpindah - keupayaan untuk bergerak sendiri dari

    satu bilik ke bilik yang lain atau di dalam bilik yang sama atau

    baring dan bangun dari katil atau kerusi.

    b. Mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal

    pembuangan air kecil dan besar.

    c. Berpakaian - keupayaan untuk memakai atau menanggalkan

    pakaian sendiri.

    d. Ke tandas - keupayaan membersihkan diri sendiri di dalam tandas

    atau bilik air termasuk masuk dan keluar tandas atau bilik air.

    e. Makan - keupayaan untuk menyuap makanan atau minuman

    sendiri.

    8.4. Hilang upaya kekal dan menyeluruh juga merangkumi keadaan

    seseorang seperti berikut:

    a. Kehilangan upaya penglihatan kedua-dua belah mata, atau

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    8

    b. Kehilangan upaya sekurang-kurangnya dua (2) anggota pada

    atau atas pergelangan tangan atau buku lali, atau

    c. Kehilangan upaya penglihatan satu (1) mata dan satu (1) anggota

    pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali.

    9.0. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN

    Insurans tidak melindungi bagi kematian atau hilang upaya kekal dan

    menyeluruh yang disebabkan oleh punca-punca seperti berikut:

    9.1. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang

    disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

    9.2. Dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Acquired Immune

    Deficiency Syndrome (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin.

    9.3. Aktiviti udara seperti luncur udara dan penerbangan menggunakan

    pesawat peribadi selain penumpang yang menggunakan penerbangan

    syarikat komersil dan dikenakan tambang serta melalui laluan yang

    ditetapkan.

    9.4. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diistiharkan atau tidak

    diistiharkan, aktiviti jenayah atau penganas, bergiat cergas dalam

    mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam

    mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

    10.0. TEMPOH PERLINDUNGAN

    Tempoh perlindungan insurans adalah satu tahun bermula dari 1 Mei tahun

    semasa hingga 30 April tahun berikutnya.

    11.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN

    11.1. Kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA yang ingin memohon menjadi

    ahli atau membaharui keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang

    baharu hanya perlu mengemaskini maklumat kakitangan, pasangan

    (suami/ isteri) dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan dalam

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    9

    Sistem e-Tabung dengan melayari laman sesawang di

    www3.risda.gov.my/etabung.

    11.2. Bagi pesara yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui

    keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang baharu perlu mengisi

    borang.

    11.3. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,

    anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas

    tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei tahun semasa) yang

    ingin menyertai SKKR juga perlu mengisi borang.

    12.0. TUNTUTAN PAMPASAN

    Setiap tuntutan pampasan SKKR mestilah lengkap dan disertakan dokumen-

    dokumen seperti berikut:

    12.1. Borang tuntutan pampasan insurans yang telah lengkap diisi

    12.2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan

    12.3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan

    12.4. Salinan kad pengenalan si mati yang disahkan

    12.5. Salinan kad pengenalan wasi yang disahkan

    12.6. Laporan polis jika kematian akibat kemalangan

    12.7. Laporan perubatan jika diperlukan

    12.8. Laporan bedah siasat jika diperlukan

    13.0. BORANG DAN KEGUNAAN

    BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN

    1 13.1. SKKR 1/2020 Borang Penyertaan SKKR Bagi Kakitangan

    1 13.2. SKKR 2/2020 Borang Penyertaan SKKR Bagi Pesara

    13.3. SKKR 3/2020 Borang Penamaan Wasi SKKR

    1 13.4. SKKR 4/2020 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    10

    14.0. URUS SETIA

    Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia

    SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu

    Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    11

    Lampiran 1

    KADAR CARUMAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA BAGI AHLI BERUMUR BAWAH 60 TAHUN

    KOD KADAR KADAR NILAI PELAN CARUMAN CARUMAN PAMPASAN

    BULANAN TAHUNAN

    RM RM RM

    A01 3.45 41.40 10,000.00 A02 6.85 82.20 20,000.00 A03 10.25 123.00 30,000.00 A04 13.70 164.40 40,000.00 A05 17.10 205.20 50,000.00 A06 20.50 246.00 60,000.00 A07 23.95 287.40 70,000.00 A08 27.35 328.20 80,000.00 A09 30.75 369.00 90,000.00 A10 34.20 410.40 100,000.00 A11 37.60 451.20 110,000.00 A12 41.00 492.00 120,000.00 A13 44.45 533.40 130,000.00 A14 47.85 574.20 140,000.00 A15 51.25 615.00 150,000.00 A16 54.70 656.40 160,000.00 A17 58.10 697.20 170,000.00 A18 61.50 738.00 180,000.00 A19 64.95 779.40 190,000.00 A20 68.35 820.20 200,000.00 A21 71.75 861.00 210,000.00 A22 75.20 902.40 220,000.00 A23 78.60 943.20 230,000.00 A24 82.00 984.00 240,000.00 A25 85.45 1,025.40 250,000.00 A26 88.85 1,066.20 260,000.00 A27 92.25 1,107.00 270,000.00 A28 95.70 1,148.40 280,000.00 A29 99.10 1,189.20 290,000.00 A30 102.50 1,230.00 300,000.00 A31 105.95 1,271.40 310,000.00 A32 109.35 1,312.20 320,000.00 A33 112.75 1,353.00 330,000.00 A34 116.20 1,394.40 340,000.00 A35 119.60 1,435.20 350,000.00

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    12

    Lampiran 2

    KADAR CARUMAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA BAGI KAKITANGAN DAN PASANGAN BERUMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS TERMASUK ANAK

    KOD KADAR KADAR NILAI PELAN CARUMAN CARUMAN PAMPASAN

    BULANAN TAHUNAN

    RM RM RM

    A36 15.00 180.00 10,000.00

    A37 30.00 360.00 20,000.00

    NOTA:

    Pasangan dan anak kakitangan hanya boleh memilih RM10,000.00 sahaja.

  • SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA

    13

    Lampiran 3

    KADAR CARUMAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA BAGI PESARA DAN PASANGAN BERUMUR DI BAWAH 69 TAHUN TERMASUK ANAK

    KOD KADAR KADAR NILAI PELAN CARUMAN CARUMAN PAMPASAN

    BULANAN TAHUNAN

    RM RM RM

    B01 15.00 180.00 10,000.00

    B02 30.00 360.00 20,000.00

    NOTA:

    Pasangan dan anak pesara hanya boleh memilih RM10,000.00 sahaja.

  • 14

    SKKR 1/2020Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

    1. Nama (mengikut kad pengenalan)

    2. Nombor kad pengenalan baharu 3. Nombor pekerja - -

    4. Tarikh lahir 5. Pendapatan sebulan (Gaji asas+elaun tetap)- - R M .

    6. Jawatan

    7. Tempat bertugas

    8. Alamat

    Poskod Bandar

    9. Nombor telefon kediaman 10. Nombor telefon bimbit- -

    BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI KAKITANGANMAKLUMAT KAKITANGAN

    NILAI PAMPASAN

    RM RM

    JUMLAH CARUMAN

    PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN

    BIL. NAMA NILAI CARUMAN BULANAN

  • 15

    SKKR 1/2020

    BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN

    BAHARU/ MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH/ IPT NO. PELAJAR

    MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)

    MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

    BIL. NAMA PASANGANNO. KAD PENGENALAN

    BAHARUHUBUNGAN

    TEMPAT BERTUGAS(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA/ SMR/ KARISMA)

  • 16

    SKKR 1/2020

    Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR serta membenarkan gaji bulanan saya dipotong sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . untuk caruman SKKR.

    - -Tarikh

    Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

    - -Tarikh

    Nama:Jawatan:Cop Jabatan:

    # NOTA: 1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami/ isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.

    1.1. Umur maksima penyertaan pasangan hingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).Nilai maksima pampasan RM150,000 bagi 60 tahun ke bawah dan RM10,000 bagi 60 tahun dan ke atas.

    1.2. Umur penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah dan hingga 1 hari sebelum 25 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam/ swasta.Nilai maksima pampasan RM100,000.

    2. Sertakan salinan kad pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.

    3. Sertakan salinan kad pelajar anak yang masih belajar di IPT awam/ swasta yang menyertai SKKR.

    4. Sertakan salinan slip deposit tunai/ pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

    Tandatangan Ketua Jabatan

    PENGAKUAN

    PENGESAHAN MAJIKAN

    Tandatangan Kakitangan

  • 17

    SKKR 2/2020Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

    1. Nama (mengikut kad pengenalan)

    2. Nombor kad pengenalan baharu- -

    3. Tarikh lahir 4. Tarikh bersara- - - -

    5. Tempat bertugas terakhir

    6. Alamat

    Poskod Bandar

    7. Nombor telefon kediaman 8. Nombor telefon bimbit- -

    BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI PESARAMAKLUMAT PESARA

    RM RM

    JUMLAH CARUMAN

    PILIHAN PELAN PERLINDUNGANBIL. NAMA NILAI PAMPASAN NILAI

    CARUMAN TAHUNAN

  • 18

    SKKR 2/2020

    BIL. NAMA ANAK NO. KAD PENGENALAN BAHARU/ MYKID HUBUNGAN NAMA SEKOLAH/ IPT NO. PELAJAR

    MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)

    MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

    BIL. NAMA PASANGAN NO. KAD PENGENALAN BAHARU HUBUNGANTEMPAT BERTUGAS

    (Nyatakan jika berkhidmat di RISDA/ SMR/ KARISMA)

  • 19

    SKKR 2/2020

    Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR dan membayar caruman SKKRsebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . secara * tunai / pindahan / cek atas nama "SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-71-4.

    - -

    * potong mana yang tidak berkenaan

    # NOTA: 1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami/ isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.

    1.1. Umur maksima penyertaan pasangan sehingga 69 tahun (umur tahun berikutnya).Nilai maksima pampasan RM10,000 sahaja.

    1.2. Umur penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolahdan hingga 1 hari sebelum 25 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam/ swasta.Nilai maksima pampasan RM10,000 sahaja.

    2. Sertakan salinan kad pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.

    3. Sertakan salinan kad pelajar anak yang masih belajar di IPT awam/ swasta yang menyertai SKKR.

    4. Sertakan salinan slip deposit tunai/ pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

    5. Nilai pampasan dan kadar caruman 1 tahun:

    PesaraRM10,000

    RM10,000RM10,000

    2.3.

    Kadar CarumanRM180.00RM360.00RM180.00RM180.00

    RM20,000Pasangan

    Anak

    PENGAKUAN

    TarikhTandatangan Pesara

    BIL Penyertaan

    1.

    Nilai Perlindungan

  • 20

    SKKR 3/2020Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

    1. Nama (mengikut kad pengenalan)

    2. Nombor kad pengenalan baharu- -

    1. Nama wasi pertama (mengikut kad pengenalan)

    2. Nombor kad pengenalan baharu 3. Hubungan- -

    4. Alamat

    Poskod Bandar

    5. Nombor telefon kediaman 6. Nombor telefon bimbit- -

    7. Nama wasi kedua (mengikut kad pengenalan)

    8. Nombor kad pengenalan baharu 9. Hubungan- -

    10. Alamat

    Poskod Bandar

    11. Nombor telefon kediaman 12. Nombor telefon bimbit- -

    1. Saya bersetuju melantik penama di atas sebagai wasi untuk menerima dan mengurus pembahagian bakiwang pampasan yang layak diterima dari SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA selepas kematian saya.

    2. Saya bersetuju semua wang tersebut diserahkan kepada wasi pertama atau wasi kedua sekiranya wasi pertama meninggal dunia.

    3. Saya akan memaklumkan kepada wasi yang dilantik bahawa mereka merupakan pemegang amanah dan bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang tersebut.

    - -

    Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

    - -

    Nama:No. KP:

    # NOTA: Wasi mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

    TarikhTandatangan Ketua Jabatan/ Saksi

    PENGESAHAN MAJIKAN/ SAKSI

    BORANG PENAMAAN WASI SKKRMAKLUMAT KAKITANGAN/ PESARA

    MAKLUMAT WASI

    PENGAKUAN KAKITANGAN/ PESARA

    TarikhTandatangan Kakitangan/ Pesara

  • 21

    SKKR 4/2020

    Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

    1. Nama (mengikut kad pengenalan)

    2. Nombor kad pengenalan baharu- -

    Saya faham dan bersetuju membenarkan Urus Setia Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) untuk mengurus

    pemotongan atau menyelaras wang pampasan SKKR yang layak diterima selepas kematian saya bagi

    menyelesaikan semua hutang saya dan perkara-perkara seperti berikut:

    1. Menyelesaikan semua hutang bil hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh insurans Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

    2. Menyelesaikan semua baki pinjaman Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA saya (jika ada), DAN

    3. Menyelesaikan baki caruman saya yang tertunggak kepada Skim Khairat Kakitangan RISDA (jika ada) dan Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN

    4. Menguruskan bayaran baki wang perlindungan SKKR yang layak diterima (jika ada) kepada wasi yang telah dinamakan oleh saya atau menurut apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

    - -

    Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

    - -

    Nama:

    No. KP:

    Tarikh

    Tandatangan Kakitangan/ Pesara

    Tandatangan Ketua Jabatan/ Saksi

    BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG MAKLUMAT KAKITANGAN/ PESARA

    PENGAKUAN KAKITANGAN/ PESARA

    PENGESAHAN MAJIKAN/ SAKSI

    Tarikh