kkjnkkjns.edu.my/v5/attachments/article/126/elemen rumah melayu... · udara panas berkumpul dan...
TRANSCRIPT
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
2

3
Cetakan Pertama 2013
ELEMEN – ELEMEN RUMAH MELAYU TRADISIONAL IMPLEMENTASI KONTEMPORARI
Hakcipta Terpelihara © November 2013
Kolej Komuniti Jempol Kementerian Pedidikan Malaysia
Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian e-buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat elektronik, mekanikal fotokopi, perakaman atau yang sebaliknya, tanpa keizinan dari Kolej Komunti
Jempol, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbit dan Diedar Oleh: Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan Dicetak Oleh: iPrint Colour Design Studio (NS0060390-P)
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
4
LATAR BELAKANG
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional yang telah digunakan pada masa
dahulu dikatakan telah berjaya dalam memberikan keselesaan kepada penghuninya.
Walaubagaimanapun, ianya hanya sesuai untuk masyarakat pada masa itu. Bagaimana
dengan kehidupan masyarakat masa kini? Adakah keselesaan yang dirasai oleh datuk
dan nenek kita masa dahulu tidak dapat dirasai oleh masyarakat masa kini sedangkan
jika dilihat pada teknologi masa kini jauh lebih baik daripada zaman mereka.
Permasalahan yang timbul pada masa kini ialah, binaan rumah kediaman yang
disediakan telah membelakangkan elemen-elemen penting seperti bukaan atau
dinding bernafas, bahan binaan yang digunakan dan teknik lantai atau bumbung
bertingkat serta banyak lagi. Namun, tidak semua rekaan pada masa kini gagal
memberikan keselesaan yang maksima, Cuma ianya sangat sedikit dan sukar ditemui.
Kritikan terhadap seni bina masa kini dapat dilihat secara halus apabila
berlakunya pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik rumah terhadap rumah yang
didiami. Pengubahsuaian ini menunjukkan rumah tersebut gagal memberikan
keselesaan kepada penghuninya. Apa yang mendukacitakan, hal ini dipandang remeh
oleh sesetengah pihak.
Dalam era teknologi yang kian berkembang, fenomoena diatas pasti dapat
diatasi dengan mengkaji semula konsep binaan Rumah Melayu Tradisional dan
menginterpretasikan elemen yang digunakan dalam bentuk yang lebih kontemporari,
sejajar dengan gaya hidup masyarakat masa kini serta dapat memberikan keselesaan
suhu terma yang maksima terhadap penghuninya.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
5
RUMAH KAJIAN PERTAMA

6
1.0 KAJIAN SECARA TERPERINCI KEATAS SALAH SEBUAH RU MAH
MELAYU TRADISIONAL
1.1 KAJIAN SEJARAH, KG. MORTEN, MELAKA.
Rumah-rumah di kawasan ini semuanya berbentuk Rumah Melaka iaitu rumah
berbentuk tradisi orang Melayu di negeri ini. Pada masa dahulu, sebahagian rumah di
perkampungan ini telah musnah dalam satu kebakaran. Rumah-rumah baru telah
dibina semula dan bentuk asal kampung ini masih terpelihara. Di halaman rumah
mereka juga dihiasi dengan rumah-rumah replika dan alatan tradisional kaum Melayu
yang kecil yang menggambarkan salah satu keistimewaan mereka.
Kampung Morten yang juga
dikenali dengan jolokan nama
’Kampung Baru’ (dalam bulatan
merah pada peta di atas). Ia terletak
di satu sudut, seolah-olah terpencil
di tengah-tengah bandar Melaka
yang bersejarah ini. Perkampungan
yang berusia 83 tahun ini telah
menyimpan riwayat suka-duka. Gambar 3.0 : pelan lokasi rumah kajian pertama
Gambar 1.1: gerbang masuk ke Kampung Morten Gambar 1.2 : pintu masuk Kampung Morten
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
7
Gambar 1.3 : pemandangan di Kampung Morten
Gambar 1.4 : lokasinya bersebelahan dengan pusat bandar
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
8
1.2 LATAR BELAKANG RUMAH KAJIAN - VILLA SENTOSA,
KAMPUNG MORTEN
Villa Sentosa merupakan sebuah rumah pusaka Melayu yang indah dengan
ciri-ciri binaan yang unik. Usia rumah itu kini telah mencecah lebih 100 tahun dan
merupakan rumah tertua di kampung ini. Rumah peninggalan Allahyarham Tuan Haji
Hashim bin Haji Abdul Ghani dan Allahyarham Dato’ Othman bin Mohd Nor selaku
salah seorang pengasas Kampung Morten seluas setengah hektar itu kini diwarisi oleh
Abdul Rahim bin Haji Hashim, 65 tahun (seorang pesara kastam). pada awalnya,
rumah ini didiami oleh abang beliau tetapi setelah abang beliau meninggal dunia,
kakak iparnya kini mendiami rumah tersebut seorang diri. walaubagaimanapun, setiap
hari beliau akan berada di rumah ini untuk menyambut tetamu yang hadir melawat
rumah ini.
Rumah ini masih kukuh walaupun telah ditelan arus zaman serta dihimpit oleh
’hutan batu’ di sekeliling kampung ini. seperti rumah-rumah Melaka yang lain, Villa
Sentosa juga mempunyai tangga batu yang dicat dengan warna-warna yang indah.
rumah ini banyak menyimpan sejarah dan khazanah lama yang tidak ternilai
harganya. Rumah ini mula dibuka kepada pelancong dengan rasminya pada 11
September 1991. Para pelancong menggelarkan Villa Sentosa dengan panggilan
`muzium hidup’ atau ’The Living Museum’.
Gambar 1.5 : rumah kajian pertama – Villa Sentosa, Kampung Morten Melaka
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
9
1.3 PENGEMBANGAN BINAAN RUMAH
- BAHAGIAN SERAMBI
- BAHAGIAN RUMAH IBU - BAHAGIAN COURTYARD
- BAHAGIAN RUMAH TENGAH
A
D
C
B
Gambar 1.6 : sebahagian dari rumah kajian Gambar 1.7 : sebahagian dari rumah kajian
Gambar 1.8 : gambarajah yang menunujukkan pengembangan rumah
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
10
1.3.1 ORGANISASI RUANG
lakaran pelan lantai rumah kajian
petunjuk
A- SERAMBI D- LEPAU G- RUMAH DAPUR
B- RUMAH IBU E- COURTYARD
C- BILIK F- RUMAH TENGAH
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
11
1.4 ELEMEN-ELEMEN YANG DIGUNAKAN PADA VILLA SENTOSA
DALAM MEMBERIKAN KESELESAAN SUHU DALAMAN
Seperti yang telah diterangkan pada bab 1, skop kajian pada bab ini akan
mengkaji elemen-elemen yang telah diaplikasikan pada rumah kajian ini dalam
memberikan keselesaan suhu dalaman kepada penghuninya. Sejauh manakah
keberkesanan yang dicapai akan dipastikan.
Elemen-elemen tersebut ialah :
1. bahan binaan 2. bukaan
- merangkumi tingkap, bukaan pada bahagian atas dan bawah (dinding bernafas), telaga udara.
3. cucur atap 4. lanskap
- lanskap kejur dan hidup - lanskap tradisional - lanskap semulajadi
Setiap elemen di atas akan dikaji secara mendalam secara satu persatu.
Setiap kajian yang dijalankan adalah berpandukan rumah kajian iaitu Villa Sentosa.
Segala maklumat yang direkodkan adalah berpandukan kepada pemilik rumah ini
serta pemerhatian yang telah dijalankan.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
12
1.4.1 BAHAN BINAAN
Hampir keseluruhan bahan binaan yang digunakan pada rumah ini
merupakan kayu. Seperti yang kita tahu, kayu merupakan bahan binaan yang tidak
menyerap haba seperti konkrit, maka ia juga telah menyumbang kepada keselesaan
suhu dalaman rumah ini. Namun, ubah suai pada bahagian dapur telah dilakukan di
mana konkrit sebagai bahan utama. Selain itu, konkrit juga digunakan pada bahagian
tangganya.
Menurut En. Rahim, pembinaan tangga asal bagi rumah tradisi Melayu
Melaka adalah sama dengan rumah tradisi Melayu yang lain iaitu menggunakan kayu.
Tetapi, selepas kedatangan penjajah, mereka telah membawa bahan konkrit ini dan
memperkenalkannya pada ketika itu. Penggunaan bahan ini telah diaplikasikan pada
elemen tangga. Pada awalnya, hanya penghulu atau orang yang berpendapatan tinggi
yang telah mengaplikasikannya, tetapi lama-kelamaan penggunaan tangga batu ini
semakin meluas dari semasa ke semasa.
Gambar 1.9 : bahan binaan utama yang digunakan ialah kayu
Gambar 1.10 : konkrit digunakan pada tangga
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
13
1.4.2 BUKAAN
Rumah kajian mempunyai banyak bukaan sekali gus memberikan system
pengudaraan yang baik dan memberikan keselesaan kepada penghuni, tidak seperti
rumah pada masa kini. Bukaan yang banyak pada rumah kajian juga memberikan
system pencahayaan yang baik kepada ruang dalam rumah tersebut.
Bukaan pada sesebuah rumah amat penting bagi membenarkan pengudaraan
sekaligus memberikan keselesaan suhu dalaman. Sistem ini boleh diaplikasikan dalam
beberapa bentuk binaan seperti:
1. pintu
2. tingkap
3. bahagian dinding
4. telaga udara
1.4.2.1 Pintu
Terdapat lima pintu pada rumah kajian ini.
A B C
A - Pintu pada bahagian courtyard yang biasa digunakan oleh pemilik sekeluarga.
B - Terdapat dua pintu pada bahagian serambi yang mana biasa digunakan untuk
menjemput tetamu naik ke rumah.
C - Pintu yang digunakan oleh kaum perempuan, satu pintu di bahagian belakang
rumah dan satu lagi pada bahagian dapur.
Gambar 1.11, 1.12, 1.13 : pintu yang terdapat pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
14
Bilangan pintu yang banyak memberikan pengudaraan yang maksima kepada
rumah kajian. Pengudaraan silang juga mudah berlaku sekali gus memberikan
keselesaan dalaman yang baik. Kitaran antara udara panas dan sejuk akan berjalan
dengan lebih cepat. Oleh itu, haba panas tidak akan terkumpul dan terperap di dalam
rumah.
Tetapi dari sudut negatifnya, bilangan pintu yang banyak boleh memberi
kesan kepada factor keselamatan. Ianya memerlukan kawalan yang rapi oleh pemilik
terhadap kesemua pintu masuk yang terdapat di sesebuah rumah itu. Jika
dibandingkan factor keselamatan masa dahulu dan sekarang, keadaan keselamatan
masa kini tidak begitu menggalakkan mempunyai pintu masuk yang banyak.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
15
1.4.2.2 Tingkap
Tingkap merupakan antara elemen yang paling penting kerana ianya mampu
mempengaruhi dan mengawal kualiti pengudaraan serta pencahayaan dalam sesebuah
rumah itu. Saiz dan jenis bahan yang digunakan adalah berbeza mengikut fungsi
ruang dimana tingkap ditempatkan. Sama dengan pintu, tingkap juga tempat
berlakunya pengudaraan silang.
Seperti rumah tradisional yang lain, bukaan tingkap yang besar menggalakkan
pengudaraan semulajadi di mana berlaku ‘cross ventilation’, di mana udara sejuk
masuk masuk dan udara panas mudah di bawa keluar.
• Tingkap di bahagian serambi
Tingkap pada bahagian serambi agak kecil sesuai dengan ketinggian ruang
pada bahagian serambi. Bilangan tingkap juga agak banyak dan disusun dengan rapat,
ini bertujuan untuk pengudaraan serta pencahayaan yang baik. Daun tingkapnya pula
tertutup dimana pada bahagian atasnya adalah kaca berwarna hijau dan bahagian
bawahnya kayu.
Gambar 1.14dan 1.15 : tingkap yang terdapat pada bahagian serambi hadapan
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
16
• Tingkap di bahagian lain (rumah ibu dan dan rumah tengah)
Tingkap pada bahagian lain pula agak tinggi sedikit dan menggunakan bahan
serta rekabentuk yang berlainan berbanding tingkap dibahagian serambi. Pada
bahagian atas daun tingkap, teknik louvers di gunakan. Louvers ini juga boleh di laras
dengan menggunakan kayu yang menegak di tengahnya. Ini membolehkan kadar
angin atau pencahayaan pada ruang ini dikawal.
Seperti rumah tradisional yang lain, bukaan tingkap yang besar menggalakkan
pengudaraan semulajadi di mana berlaku ‘cross ventilation’, di mana udara sejuk
masuk dan udara panas mudah di bawa keluar. Berbeza dengan rumah masa kini, saiz
bukaan tingkap dipandang remeh dan tidak lagi menjadi satu kepentingan. Pada masa
kini, kita boleh mendapatkan tingkap dengan saiz bukaan yang besar. Teknologi yang
canggih juga memberikan rupabentuk yang menarik serta sesuai dengan gaya hidup
masa kini.
Gambar 1.16, 1.17 dan 1.18 : tingkap yang terdapat pada bahagian lain
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
17
1.4.2.3 Bahagian dinding
Seperti yang kita sedia maklum, rumah Melayu Tradisi kaya dengan ukiran
dan hiasan pada dindingnya. Ukiran dan hiasan ini bukan sahaja membawa maksud
atau cerita tetapi juga membantu pengaliran udara di dalam rumah. Kedudukannya
yang berada di atas membenarkan udara panas yang ringan keluar. Ini mengelakkan
udara panas berkumpul dan menyebabkan suhu di dalam rumah kurang selesa.
Rumah kajian mempunyai banyak bukaan sekali gus memberikan system
pengudaraan yang baik dan memberikan keselesaan kepada penghuni, tidak seperti
rumah pada masa kini. Bukaan yang banyak pada rumah kajian juga memberikan
system pencahayaan yang baik kepada ruang dalam rumah tersebut.
Gambar 1.19 : bukaan yang berukir pada dinding Gambar 1.20 : bukaan yang biasa pada dinding
Gambar 1.21, 1.22, dan 1.23 : bukaan pada bahagian atas membenarkan udara panas keluar
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
18
Jika dilihat pada kajian yang telah dijalankan dalam bab 2, inilah elemen yang
paling sukar didapati pada rumah masa kini. Sedangkan elemen ini merupakan antara
elemen penyejuk utama bagi sesebuah rumah itu. Walaubagaimanapun, mungkin cara
bagaimana elemen itu di tonjolkan tidak sesuai lagi dengan gaya hidup masa kini.
Namun, konsep yang digunakan pada rumah kajian ini haruslah diketengahkan bagi
memperolehi keselesaan yang sepatutnya.
Jika dibandingkan dengan rumah tradisi yang lain, Rumah kajian ini tidak
mempunyai banyak ukiran atau kerawang. Gambar diatas menunjukkan bukaan yang
terdapat di bahagian atas pintu bilik. Coraknya adalah terlalu ringkas dan di hiasi
dengan nama Tuhan dan Rasul. Bukaan pada bahagian atas di dinding ini juga sangat
ringkas tetapi mempunyai maksud yang tersendiri. Bukaan ini bukan sekadar hiasan
tetapi membantu pengaliran udara di dalam rumah.
Menurut penghuninya, pemilik asal rumah ini tidak begitu berminat dengan
ukiran-ukiran yang padat serta boleh dikatakan terlalu complicated. Pemilik
menggemarkan sesuatu yang ringkas dengan bentuk-bentuk asas. Jadi tidak hairanlah
jika kebanyakan bukaan pada rumah ini menggunakan bentuk-bentuk yang ringkas.
Kesan daripada bukaan-bukaan ini, rumah ini telah memberikan keselesaan suhu
terma kepada penghuninya.
Gambar 1.24 dan 1.25 : gambarajah menunjukkan bukaan pada atas pintu dan dinding rumah.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
19
Selain itu, rekabentuk rumah kajian yang mempunyai sisip udara dan ukiran
bertebuk pada bahagian di atas tingkap juga membantu pengaliran pengudaraan
terutamanya semasa waktu malam di mana tingkap akan ditutup. Begitu juga pada
bahagian courtyard, bumbung bertingkat dan juga lantai bertingkat. Maka tidak
hairanlah jika suhu dalaman rumah tradisional adalah jauh lebih baik daripada rumah
moden pada masa kini. Persoalannya, mengapa rekabentuk seperti ini kurang
diterapkan pada masa kini?
1.4.2.4 Telaga Udara (courtyard)
Telaga udara merupakan ruang terbuka yang tidak berbumbung. Penerapan
elemen ini ke dalam binaan rumah kediaman agak sukar ditemui. Elemen ini
memberikan pengudaraan dan pencahayaan yang paling maksima antara ruang-ruang
yang lain.
Gambar 1.26 : gambarajah menunjukkan pengaliran udara di dalam rumah tradisional
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
20
Ruang ini digunakan sewaktu hari hujan sebagai ruang laluan dari serambi
atau rumah ibu untuk ke rumah dapur.
Dalam senibina tradisional rumah Melayu, hanya rumah tradisi Melayu
Melaka yang mempunyai coutyard. Ruang ini merupakan ’private interior open
space’. Ruang courtyard pada rumah Melayu tradisi Melaka ini adalah pengaruh dari
senibina rumah tradisi china. Kebiasaannya, ruang ini terletak antara rumah ibu dan
rumah dapur.
Gambar 1.27 : pintu masuk Gambar 1.28 : ruang rehat di hadapan telaga udara (courtyard)
Gambar 3.29 : gambarajah yang menunjukkan kedudukan telaga udara pada rumah tradisional
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
21
Pada bahagian bumbungnya pula
diletakkan gutter bagi mengelakkan
air hujan dari bumbung melimpah ke
bahagian courtyard dalam kuantiti
yang banyak dan membawa kekotoran
dari bumbung.
Ruang courtyard pada rumah kajian
ini terletak antara rumah ibu dan rumah
dapur. Menurut pemilik, ruang ini ibarat ’air
cond’ kepada rumahnya. Ia bukan sekadar
memberikan pencahayaan pada ruang dalam
rumah bahkan membenarkan pengudaraan
sekaligus memberi keselesaan suhu dalaman.
Sewaktu hari hujan, seluruh ruang dalam
rumah akan merasa sejuk. Menurut En.
Rahim lagi, biasanya lantai pada ruang ini
akan kering dalam masa 10 minit. Ini kerana
faktor lantai yang di bina sedikit curam bagi
memudahkan pengaliran air serta faktor
pengudaraan yang sempurna. Ruang ini juga
dikenali dengan ruang basahan.
Air hujan akan dialirkan pada lubang air
seperti gambar disebelah. Terdapat dua
lubang air di hujung pada bahagian bucu
berdekatan pintu masuk.
Gambar 1.30 : penambahan telaga udara
Gambar 1.31 : saliran bagi air hujan
Gambar 1.32 : gutter pada bahagian bumbung
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
22
Jika dilihat pada bab 2, tiada telaga udara didapati pada kebanyakan rumah
pada masa kini. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, telaga udara ibarat ’alat
penghawa dingin’ bagi sesebuah rumah itu. Walaubagaimanapun, telaga udara ini
masih boleh dijumpai pada sesetengah rumah masa kini terutamanya rumah-rumah
persendirian. Pada masa kini, dengan bantuan teknologi dan kemajuan dalam dunia
seni bina, pelbagai jenis rekabentuk boleh didapati. Malah, elemen ini mampu
menjadi ruang tumpuan utama dan menjadi daya penarik kepada tetamu yang hadir.
1.4.3 CUCUR ATAP
Cucur atap merupakan elemen yang sangat penting dalam membantu
memberikan keselesaan suhu dalaman kepada sesebuah rumah itu. Elemen ini
melindungi dinding rumah atau sebarang bukaan dari pancaran matahari secara terus.
Pancaran matahari secara terus ke atas dinding rumah atau sebarang bukaan akan
memberikan impak yang besar kepada suhu di dalam rumah. Fenomena ini akan
menyebabkan haba dipindahkan dari dinding rumah ke dalam rumah sekali gus
mempertingkatkan suhu di dalam rumah.
Gambar 1.33 : cucur atap pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
23
Bagi rumah kajian ini, cucur atapnya juga agak lebar jika dibandingkan
dengan rumah pada masa kini. Cucur atap yang lebar bukan sahaja sebagai elemen
peneduh dan membantu system pengudaraan di dalam rumah tetapi juga membantu
mengelakkan tempias semasa hari hujan. Cucur atap yang lebar sudah menjadi identiti
bagi rumah Tradisional Melayu. Ia membuktikan yang seni bina rumah ini sensitif
kepada iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun. Mengapakah ianya
tidak diteruskan pada zaman ini?
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian yang cucur atapnya terlalu
pendek sehinggakan terpaksa membuat ‘awning’ dibahagian atas tingkap.
Penambahan ini telah mengurangkan sedikit ‘value’ pada rumah kajian ini. Ia juga
menunjukkan betapa perlunya dan pentingnya cucur atap yang lebar.
Gambar 1.34 : cucur atap yang pendek Gambar 1.35 : penambahan awning pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
24
1.4.4 LANSKAP
Lanskap membantu dalam menyejukkan keadaan persekitaran. Setiap binaan
itu memerlukan elemen ini sebagai elemen sokongan kepada elemen-elemen yang
telah dibincangkan di atas. Lanskap terbahagi kepada beberapa jenis iaitu lanskap
kejur, lanskap hidup. Manakala corak susunan lanskap terbahagi kepada lanskap
tradisional dan lanskap semulajadi.
Lanskap kejur lebih kepada bahan yang mati seperti batu, kayu, alat-alatan
atau sebarang bentuk barang perhiasan. Lampu taman, meja taman serta air tejun
buatan juga dikategorikan sebagai lanskap kejur. Jika diperhatikan pada rumah kajian
ini, penghuni menggunakan replika rumah tradisional Melayu yang kecil sebagai
hiasan pada halaman rumahnya. Selain itu, penghuni juga menggunakan artifak
sejarah yang terdiri daripada barang keperluan tradisional sebagai hiasan pada ruang
bawah rumahnya.
Gambar 1.36 : lanskap kejur – replica rumah Gambar 1.37 : lanskap kejur – artifak sejarah
Gambar 1.38 : lanskap hidup – pokok dan air Gambar 1.39 : lanskap hidup di rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
25
Lanskap hidup terdiri daripada tumbuh-tumbuhan serta air seperti sungai dan
kolam. Lanskap hidup yang boleh didapati pada rumah kajian ialah tumbuh-tumbuhan
seperti pokok kelapa, tumbuhan berbunga serta aliran sungai. Sungai merupakan
elemen penyejuk bagi kawasan Kampung Morten ini. Kedudukan rumah yang
strategik kerana terletak di tepi sungai ini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan
persekitaran rumah ini.
Penyusunan lanskap terbahagi kepada lanskap tradisional dan semulajadi.
Lanskap tradisional biasanya menggunakan jenis tumbuhan tempatan dan mudah
didapati. Pemilihan pokok juga bedasarkan kecantikannya. Penyusunan jenis ini boleh
dilihat dalam bentuk yang formal atau tidak formal.
Penyusunan secara semulajadi pula biasa untuk mengekalkan ekosistem
sesuatu kawasan. Biasanya, jenis lanskap ini mudah ditemui di kawasan
perkampungan dimana pemilihan jenis pokok bukan sahaja untuk tujuan hiasan tetapi
juga untuk memperoleh hasilnya. Yang paling biasa ditemui ialah pokok buah-buahan
seperti pokok kelapa, rambutan, mangga dan lain-lain lagi.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
26
RUMAH KAJIAN KEDUA

27
2.0 KAJIAN TERHADAP RUMAH MASA KINI YANG BERJAYA DALAM MENGINTERPRETASIKAN KONSEP SENIBINA RUMAH MELAYU DALAM BENTUK KONTEMPORARI
Dalam bab ini, kajian akan dilakukan terhadap sebuah rumah yang telah
cuba menginterpretasikan elemen-elemen kajian kepada bentuk yang baru atau
kontemporari. Rumah ini dibangunkan pada masa yang selepas rumah kajian pertama.
Jadi penggunaan elemen-elemen kajian diinterpretasikan dengan kaedah yang berbeza
mengikut perkembangan teknologi dan pemikiran manusia.
Rumah kajian tersebut ialah Salinger House iaitu sebuah rumah yang telah
menerapkan konsep binaan rumah tradisional Melayu tetapi dengan gaya yang baru.
Jika dibandingkan Villa Sentosa (rumah kajian pertama), Salinger House (rumah
kajian kedua) dan rumah kajian ketiga, rumah kajian kedua ini dibangunkan pada
tempoh pertengahan. Tempoh pertengahan yang dimaksudkan ialah, rumah kajian ini
lebih kepada rekabentuk dan rupabentuk rumah tradisional Melayu. Pembaharuan
yang dilakukan tidak begitu ketara. Kajian yang lebih dalam akan diterangkan pada
bab ini.
Bagi rumah kajian ketiga pula, House On Holland Road telah dipilih kerana
telah menginterpretasikan elemen-elemen kajian dalam bentuk yang lebih
kontemporari dan moden. Rumah kajian ketiga ini telah dibangunkan pada era yang
moden ini tanpa melupakan konsep-konsep binaan dan elemen-elemen yang telah
digunakan oleh rumah tradisional Melayu. Penggunaan elemen kajian dalam binaan
rumah kajian ke tiga ini telah memberikan keselesaan suhu terma kepada
penghuninya sekaligus mempunyai rekabentuk yang sangat cantik dan mengagumkan.
Ianya sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Kajian yang mendalam terhadap rumah kajian ini akan diterangkan. Kajian
melihat kepada perkembangan dan corak yang telah diterapkan pada elemen kajian.
Kelemahan dan kelebihan akan direkodkan bagi memperoleh cara bagaimana untuk
menginterpretasikan elemen kajian dengan jayanya pada masa kini.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
28
2.1 RUMAH KAJIAN KEDUA : SALINGER HOUSE
Kediaman Salinger ini terletak di Lot 3679 Jalan Haji Yusop, Kampung
Sungai Merab Luar, 43000 KAJANG. Kediaman Salinger merupakan satu interpretasi
rekaan moden terhadap rekabentuk senibina Melayu. Ekspressi rekabentuk kediaman
ini adalah dalam bentuk kontemporari dan disesuaikan dengan gaya hidup baru.
Rekabentuk kediaman Salinger mengambil aspirasi daripada rekabentuk dan
teknik pembinaan tradisional dan juga moden. Teknik ‘de-familiarisation’ (satu teknik
yang dicadangkan oleh Frampton) ke atas rekabentuk kebiasaan di sebuah tempat
telah menghasilkan senibina yang mengolahkan unsur-unsur tradisional dalam
rekabentuk yang kontemporari.
Cara pembinaan kediaman ini adalah berdasarkan tradisi senibina Melayu iaitu
dengan menggunakan kayu dan sistem tanggam tanpa sebarang paku. Rekabentuk
kediaman Salinger mementingkan ekspressi tektonik yang asli dan bukannya
scenography (untuk dipandang atau tujuan visual semata-mata). Ini boleh dilihat dari
segi pembinaan kediaman ini yang menggunakan tanggam dan material asli serta
ditonjolkan dengan jelas dalam rekabentuk. Ia merupakan ekspressi penggunaan
material asli yang bersesuaian dengan kaedah pembinaannya (‘the tactile vesus the
visual’).
Gambar 2.0 : gambar menunjukkan Kediaman Salinger
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
29
2.1.2 PELAN-PELAN SALINGER HOUSE
Gambar-gambar dalam topik ini menunujukkan pelan lantai, tampak hadapan
dan keratan rentas bagi Salinger House. Jika diperhatikan pada pelan lantainya,
bentuk segitiga telah digunakan sebagai bentuk asas. Pelan lantai rumah kajian ini
terbahagi kepada tiga aras iaitu, ground floor, first floor dan second floor. Jika dilihat
pada bahagian tengah, bentuk heksagon telah diterapkan.
Gambar 2.1 : Pelan lantai bagi ‘ground floor’, ‘first floor’ dan second floor’
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
30
Gambar 2.2 : Lukisan pandangan tepi kediaman Salinger
Gambar 2.3 : Lukisan pandangan hadapan kediaman Salinger
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
31
Gambar 2.4 : Lukisan keratan rentas kediaman Salinger
Gambar 2.5 : Lukisan keratan rentas b - b kediaman Salinger
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
32
2.2 KAJIAN TERHADAP ELEMEN-ELEMEN KAJIAN YANG TEL AH DI GUNAKAN PADA RUMAH SALINGER HOUSE
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Salinger House ini telah dibina
dengan merujuk kepada rumah tradisional Melayu. Jika dilihat sekali imbas, rumah
kajian ini seperti rumah tradisional yang lain tetapi pada dasarnya, banyak
kelainannya. Teknik binaannya sama seperti rumah tradisinal Melayu pada zaman
dahulu iaitu dengan menggunakan tanggam dan tanpa paku. Tetapi banyak
pembaharuan telah digunakan menyebabkab rumah ini agak istimewa.
Kelainannya dapat dilihat dari segi bentuk asas yang digunakan, rupabentuk
rumah kajian, teknologi pengaplikasian elemen-elemen rumah tradisional serta lain-
lain lagi. Apa yang membanggakan lagi, rumah ini mampu membekalkan keselesaan
suhu terma pada penghuninya. Atau boleh dikatakan bahawa, rumah ini telah berjaya
dalam system pengudaraannya iaitu pengudaraan semulajadi.
Seperti pada bab sebelum ini, kajian terhadap elemen-elemen kajian akan
dilakukan. Penggunaan elemen-elemen kajian pada Salinger House ini akan dikaji.
Antara aspek yang akan diperbincangkan ialah sejauh mana interpretasi yang telah
dilakukan pada elemen-elemen ini? Dan jika ianya berjaya memberikan keselesaan,
bagaimana pula dengan rupabentuknya? Adakah ianya menepati citarasa gaya hidup
masa kini, atau masih dianggap ketinggalan? Perbincangan ini juga akan merujuk
semula kepada permasalahan dan kajian yang telah dilakukan pada rumah kajian
pertama.
Kita akan meneliti satu persatu elemen-elemen kajian berikut.
1. Bahan binaan
2. Bukaan
3. Cucur atap
4. Lanskap
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
33
2.2.1 BAHAN BINAAN
Jika dilihat pada bahan binaan rumah ini, ianya tidak jauh berbeza dengan
rumah tradisional Melayu dimana kayu sebagai bahan binaan utama.
Walaubagaimanapun, jika dilihat pada bahagian tertentu rumah ini, penggunaan
konkrit juga telah diserapkan. Jika dibandingkan dengan rumah kajian pertama iaitu
Villa Sentosa, penggunaan konkrit hanya pada binaan tangga dan sedikit pada
bahagian serambi. Tetapi penggunaan konkrit pada rumah ini terletak pada bahagian
tengah rumah pada ground floor dan second floor.
Gambar 2.6 : Gambar menunjukkan kayu digunakan sebagai bahan binaan utama.
Gambar 2.7 : Gambar menunjukkan konkrit juga digunakan sebagai bahan binaan.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
34
Seperti yang telah dibincangkan dalam bab 2 tentang masalah penggunaan
bahan binaan masa kini, penggunaan konkrit telah menjadi isu yang agak serius.
Konkrit merupakan bahan yang muatan habanya tinggi dimana ia menyerap haba
dengan jumlah yang tinggi kemudian disebarkan ke dalam rumah pada waktu malam.
Ini akan mengakibatkan suhu dalaman rumah akan menjadi panas terutamanya pada
waktu malam. Namun, jika dilihat pada rumah ini, penggunaan konkrit tidak
memberikan masalah seperti yang telah dibincangkan.
Gambarajah menunjukkan bagaimana teknik penggunaan konkrit ini dapat
menghalang masalah suhu dalaman yang tidak selesa. Kedudukannya yang terletak
dibahagian tengah telah menghalang permukaan konkrit ini daripada terkena pancaran
matahari secara terus. Ini akan mengurangkan kadar haba yang diserap oleh konkrit
pada waktu siang sekaligus memberikan keselesaan terma kepada penghuni.Ini
membuktikan yang penghuni rumah ingin menyerapkan teknologi dan kemajuan pada
penggunaan bahan binaan tetapi dengan cara yang bijak.
Gambar 2.8 : Gambar menunjukkan konkrit juga digunakan sebagai bahan binaan.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
35
Penggunaan konkrit juga digunakan pada
bahagian tandas rumah ini memandangkan ianya
terletak pada aras atas. Tetapi penggunaannya tidak
mempengaruhi suhu dalaman rumah kerana tandas
merupakan tempat yang lembab dan sejuk. Jika dilihat
pada rupanya, tandas ini nampak lebih moden dan
kontemporari jika dibandingkan dengan tandas rumah
tradisional. Kemajuan dapat dilihat pada
penggunaannya.
Selain daripada kayu dan konkrit, rumah ini juga ada menggunakan dinding
kaca pada bahagian-bahagian yang tertentu. Perkembangan dari segi teknologi
penggunaan bahan binaan dapat diketengahkan. Namun, seperti yang diketahui,
penggunaan kaca juga boleh memberikan impak yang negative jika tidak kena
caranya. Ia mampu mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah.
Walaubagaimanapun, ianya boleh memberikan pencahayaan ke dalam rumah.
Gambar menunjukkan penggunaan kaca berdekatan dengan bumbung dimana
cucur atapnya cukup panjang untuk menghalan pancaran matahari secara terus
mengenai dinding kaca. Bukaan pada bahagian atasnya juga membantu pengaliran
pengudaraan. Jenis kaca yang digunakan juga sedikit sebanyak mempengaruhi.
Gambar 2.9 : Tandas
Gambar 2.10 dan 2.11 : Gambar menunjukkan penggunaan kaca sebagai bahan binaan
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
36
2.2.2 BUKAAN
Elemen ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan keselesaan
suhu terma serta sebagai laluan pengudaraan semulajadi. Bukaan sebagai elemen yang
penting dapat dibahagikan kepada beberapa elemen kecil.
1. pintu
2. tingkap
3. bahagian dinding
4. bahagian bumbung
Apa yang membezakan rumah kajian ini dengan rumah kajian sebelumnya
ialah, rumah kajian ini tidak mempunyai telaga udara. Topik ini akan melihat,
bagaimana rumah ini dapat mengekalkan keselesaan suhu dalaman dengan bantuan
elemen bukaan sedia ada.
2.2.2.1 Pintu
Pintu merupakan elemen yang wajib ada pada setiap rumah. Jika dilihat pada
saiznya juga, kebanyakan rumah mempunyai saiz pintu yang sama. Apa yang
membezakan ialah kedudukan pintu dan jumlah pintu yang berbeza. Jika dilihat pada
rumah kajian ini, bilangan pintu agak banyak dan bertentangan. Ini akan
membenarkan pengudaraan silang berlaku di dalam rumah.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
37
2.2.2.2 Tingkap
Bilangan tingkap pada rumah ini agak banyak sekaligus membenarkan
pengaliran udara semulajadi pada kadar yang tinggi. Jika diperhatikan, kedudukan
tingkap berada pada setiap hujung rumah. Ini membuktikan berlakunya pengudaraan
silang pada dalam rumah. Pengudaraan semulajadi dan silang dapat memberikan
keselesaan terma pada rumah. Dari faktor kesihatan juga terjamin dimana pengaliran
udara dengan kadar yang tinggi dapat memastikan udara sentiasa bergerak.
Rajah di atas menunjukkan pergerakan udara masuk dan keluar di dalam
rumah yang membenarkan pengudaraan silang. Pengudaraan silang ini akan
membawa udara panas dan udara yang tersimpan keluar dan digantikan dengan udara
yang baru atau semulajadi. Ini merupakan antara sebab utama bagaiman Salinger
House ini dapat memberikan keselesaan terma kepada penghuninya.
Gambar 2.12 : Gambar menunjukkan bilangan tingkap yang banyak pada rumah kajian
Rajah 2.0 : Rajah menunjukkan konsep pergerakan pengudaraan silang
Udara masuk
Udara masuk
Udara keluar
Udara keluar
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
38
Walaubagaimanapun, jika dilihat pada rekabentuk tingkapnya, tingkap kaca
telah digunakan. Penggunaan tingkap kaca menunjukkan perkembangan teknologi
telah berlaku pada elemen ini. Walaupun kaca dikenali sebagai bahan yang boleh
mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah, namun elemen yang lain dapat
mengatasi masalah tersebut. Elemen lain yang dimaksudkan ialah cucur atap yang
lebar. Ianya mampu melindungi tingkap kaca ini daripada pancaran matahari secara
terus. Elemen cucur atap ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada topik-topik
seterusnya.
Jika dibandingkan dengan tingkap rumah tradisional Melayu, ianya jelas
berbeza. Rumah tradisional Melayu seperti rumah kajian pertama, tingkap jenis kayu
dan mempunyai louvers digunakan. Dimana ia membantu pengaliran udara di waktu
malam iaitu sewaktu tingkap ditutup. Bagi rumah kajian ini, pada waktu malam, tiada
pengaliran udara berlaku melalui tingkap. Maka suhu di waktu malam tidak serendah
rumah tradisional Melayu (contohnya pada rumah kajian pertama) tetapi masih pada
tahap yang selesa. Ini berlaku kerana dengan bantuan bukaan-bukaan dan elemen-
elemen yang lain serta penggunaan bahan binaan yang tidak membekalkan haba yang
tinggi.
Gambar 2.13 dan 2.14 : Gambar menunjukkan kedudukan dan bilangan tingkap
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
39
Jika dilihat pada gambar 2.15, bilangan tingkap pada ruang tandas agak
banyak. Dan pada sebahagian dinding pula, tingkap berbentuk louvers digunakan.
Ianya bagi memastikan pengaliran udara sentiasa berlaku supaya tandas tidak akan
berada dalam keadaan yang basah dan terlalu lembab. Keadaan tandas yang sentiasa
basah dan terlalu lembab boleh membahayakn kesihatan dan menjadi tempat
pembiakan bacteria. Namun, pemilihan kedudukan tingkap dan lokasinya haruslah
secara berhati-hati kerana tandas merupakan ruang persendirian dan privasi.
Tingkap pada bahagian dapur juga sangat penting kerana kandungan gas
beracun dan berbau datangnya dari ruang ini. Aktiviti memasak atau menyiang
makanan basah boleh memberikan udara yang kurang sihat kepada penghuni. Gas
beracun biasanya datang dari dapur gas. Oleh itu, bukaan tingkap yang banyak
membenarkan pengudaraan semulajadi berlaku di mana udara kotor akan dibawa
keluar manakala udara bersih akan menggantikannya. Tingkap yang banyak juga
membenarkan pencahayaan terhadap ruang ini. Ini bukan sahaja memberikan
keselesaan pada suhu tetapi juga dari sudut pandangan. Selain itu, dapat menjimatkan
bekalan tenaga dimana lampu tidak perlu dipasang kerana bekalan cahaya semulajadi
telah mencukupi.
Gambar 2.15: Gambar menunjukkan tingkap di bahagian tandas.
Gambar 2.16: Gambar menunjukkan tingkap di bahagian dapur.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
40
2.2.2.3 Bahagian Dinding
Jika diperhatikan juga pada gambar-gambar sebelum ini, hanpir pada setiap
ruang dan bahagian atas tingkap terdapat bukaan. Bukaan ini mempunyai corak yang
ringkas dan bukan berbentuk ukiran. Ianya juga menunjukkan yang penghuni cuba
membawa konsep bukaan pada rumah tradisional pada perspektif yang berlainan.
Elemen ini berfungsi sepenuhnya sebagai agen pengaliran udara walaupun
pada waktu malam. Kedudukannya yang berada pada bahagian atas dapat
mengeluarkan udara panas yang terkumpul di atas. Bukaan yang banyak ini juga
memberikan perasaan bebas kepada penghuni yang tidak menyukai keadaan yang
terkongkong.
Gambar 2.17 dan 2.18: Gambar menunjukkan bukaan pada bahagian atas tingkap
Gambar 2.19: Gambar menunjukkan bukaan di ruang bilik solat
Gambar 2.20: Gambar menunjukkan bukaan di ruang dapur
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
41
2.2.2.4 Bahagian Bumbung
Salinger House juga telah membawa konsep bukaan pada bahagian bumbung
seperti yang biasa terdapat pada rumah tradisional Melayu. Elemen ini merupakan
elemen yang palin sukar didapati pada rumah masa kini dan boleh dikatakan tidak
wujud lagi. Seperti yang telah diterangkan pada bab 2, udara panas adalah ringan dan
sering terkumpul dibahagian atas (bahagian bumbung). Maka apabila bukaan
ditempatkan pada bahagian ini, ianya sekaligus menjadi laluan keluar bagi udara
panas yang sering terkumpul dibahagian atas.
Bukaan yang ditunjukkan oleh gambar sebelum ini menunjukkan bukaan
utama yang terdapat pada bumbung rumah ini. Bukaannya terletak pada bahagian
bumbung bertingkat. Rekabentuk bukaan menggunakan tingkap nako. Ia bukan sahaja
akan membenarkan aliran udara, malah akan membenarkan pencahayaan pada dalam
rumah. Bukaan bumbung ini tidak tertumpu pada aras atas sahaja tetapi juga pada aras
Gambar 2.22 dan 2.23 : Gambar menunjukkan bukaan yang terdapat pada bahagian bumbung dari dalam rumah.
Gambar 2.21: Gambar menunjukkan bukaan yang terdapat pada bahagian bumbung dari pandangan luaran.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
42
yang pertama kerana bukaan ini terletak pada bahagian tangga. Jika dilihat pada
gambar 2.22, bilik tidur utama juga terdedah kepada bukaan bumbung tersebut kerana
bilik ini tida dibina secara tertutup. Ianya dipisah dengan ruang lain hanya
menggunakan dinding separuh.
Pada ruang-ruang lain, bukaan terdapat pada bahagian antara dinding dan bumbung.
Di mana dinding dan bumbung terpisah dan membolehkan pengudaraan berlaku.tidak
hairanlah jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terhadap penghuninya.
Walaupun konsep ini dibawa dari rumah tradisional, namun ruang ini masih mampu
menampakkan cirri-ciri kontemporari.
Gambar 2.24: Gambar menunjukkan bukaan pada bahagian bumbung di ruang tamu.
Gambar 2.25: Gambar menunjukkan bukaan antara dinding dan bahagian bumbung.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
43
2.2.3 CUCUR ATAP Cucur atap merupakan satu elemen yang semakin dipandang remeh oleh
segelintir masyarakat. Walaupun terdapat ukuran yang telah ditentukan oleh Undang-
undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), ianya masih tidak mencukupi.
Bagi iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun, cucur atap yang
lebih lebar diperlukan. Bukan sekadar melindungi dari panas, tetapi juga melindungi
dari terkena tempias sewaktu hari hujan.
Elemen ini berfungsi dengan baik pada rumah kajian. Cucur atap yang lebar
dapat menghalang cahaya matahari secara terus terhadap bukaan-bukaan. Oleh itu,
walaupun tingkap-tingkap pada rumah ini menggunakan kaca, ianya tidak
memberikan kesan yang tinggi terhadap keselesaan suhu dalaman. Ia juga
mengelakkan tempias masuk menerusi tingkap sewaktu hari hujan. Maka, walaupun
pada hari hujan, tingkap masih boleh dibuka dengan saiz bukaan yang tidak terlalu
besar.
Cucur atap ini menjadi identiti kepada binaan di negara kita iaitu sensitif
kepada iklim setempat. Konsep ini harus diketengahkan bagi mencapai keselesaan
suhu terma. Tetapi, adakah rupabentuknya tidak lagi sesuai dengan gaya masa kini?
Atau ada kaedah lain dengan teknologi masa kini yang dapat menangani masalah ini?
Kajian akan terus dilakukan bagi merungkai permasalahan ini.
Gambar 2.26 dan 2.27 : Gambar menunjukkan cucur atap yang lebar pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
44
2.2.4 Lanskap Lanskap pada rumah Salinger House merupakan lanskap jenis semulajadi.
Kawasan persekitaran rumah ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang besar.
Tumbuhan-tumbuhan kecil seperti tumbuhan berbunga hanya didapati pada bahagian
berdekatan dengan rumah. Kawasan persekitarannya yang dipenuhi dengan tumbuhan
rimbun membantu mengekalkan ekologi kawasan tersebut. Tumbuhan persekitaran ini
membantu menapis pancaran matahari dan menyejukkan kawasan luar rumah ini.
Tiada lanskap kejur yang dapat ditemui di rumah kajian ini seperti rumah
kajian sebelum ini. Rekabentuk rumah ini menampakkan kesinambungan denga
kawasan persekitarannya. Ianya kerana bahan binaan utamanya ialah kayu, dan
kemasan bagi konkrit pula menggunakan batu. Seperti yang diketahui, bahan-bahan
ini juga simbolik kepada alam.
Suhu dalaman sebuah rumah itu dipengaruhi oleh suhu luaran dan
persekitarannya. Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat bagi lanskap Salinger House
ini ialah, ia telah berjaya mewujudkan suatu kondusif yang selesa. Jadi tidak hairanlah
jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terma kepada penghuninya.
Gambar 2.28: Gambar menunjukkan kawasan persekitaran rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
45
RUMAH KAJIAN KETIGA

46
3.0 KAJIAN TERHADAP RUMAH MASA KINI YANG BERJAYA DALAM MENGINTERPRETASIKAN KONSEP SENIBINA RUMAH MELAYU DALAM BENTUK KONTEMPORARI
Dalam bab ini, kajian akan dilakukan terhadap sebuah rumah yang telah
cuba menginterpretasikan elemen-elemen kajian kepada bentuk yang baru atau
kontemporari. Rumah ini dibangunkan pada masa yang selepas rumah kajian pertama.
Jadi penggunaan elemen-elemen kajian diinterpretasikan dengan kaedah yang berbeza
mengikut perkembangan teknologi dan pemikiran manusia.
Rumah kajian tersebut ialah Salinger House iaitu sebuah rumah yang telah
menerapkan konsep binaan rumah tradisional Melayu tetapi dengan gaya yang baru.
Jika dibandingkan Villa Sentosa (rumah kajian pertama), Salinger House (rumah
kajian kedua) dan rumah kajian ketiga, rumah kajian kedua ini dibangunkan pada
tempoh pertengahan. Tempoh pertengahan yang dimaksudkan ialah, rumah kajian ini
lebih kepada rekabentuk dan rupabentuk rumah tradisional Melayu. Pembaharuan
yang dilakukan tidak begitu ketara. Kajian yang lebih dalam akan diterangkan pada
bab ini.
Bagi rumah kajian ketiga pula, House On Holland Road telah dipilih kerana
telah menginterpretasikan elemen-elemen kajian dalam bentuk yang lebih
kontemporari dan moden. Rumah kajian ketiga ini telah dibangunkan pada era yang
moden ini tanpa melupakan konsep-konsep binaan dan elemen-elemen yang telah
digunakan oleh rumah tradisional Melayu. Penggunaan elemen kajian dalam binaan
rumah kajian ke tiga ini telah memberikan keselesaan suhu terma kepada
penghuninya sekaligus mempunyai rekabentuk yang sangat cantik dan mengagumkan.
Ianya sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Kajian yang mendalam terhadap rumah kajian ini akan diterangkan. Kajian
melihat kepada perkembangan dan corak yang telah diterapkan pada elemen kajian.
Kelemahan dan kelebihan akan direkodkan bagi memperoleh cara bagaimana untuk
menginterpretasikan elemen kajian dengan jayanya pada masa kini.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
47
3.1 RUMAH KAJIAN KETIGA : HOUSE ON HOLLAND ROAD
Rumah kajian ketiga ini iaitu House On Holland Road terletak di Singapura.
Seperti yang diketahui, tidak banyak yang berbeza antara Singapura dan Malaysia.
Jika dilihat pada iklimnya, Singapura mempunyai iklim yang sama dengan Negara
kita iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Dari segi rakyatnya juga adalah serupa.
Jadi tidak salah jika rumah di sana dijadikan rujukan sama ada sebagai panduan atau
teladan. Rumah yang berkonsepkan moden dengan rekabentuk yang sesuai dengan
gaya hidup masa kini dimiliki oleh pasangan suami isteri dengan beberapa orang
anak.
Gambar 3.0 : Gambar Menunjukkan Rumah Kajian Ketiga
Gambar 3.1 dan 3.2 : Gambar menunjukkan pandangan perspektif rumah ini
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
48
3.1.1 PELAN-PELAN, KERATAN RENTAS DAN TAMPAK SISI BAGI RUMAH KAJIAN INI
Gambar 3.3 : pelan tingkat bawah Gambar 3.4 : pelan tingkat satu
Gambar 3.5 : pelan tingkat dua Gambar 3.6 : pelan loteng
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
49
Gambar 3.7 : pelan bumbung
Gambar 3.8 : keratan rentas Gambar 3.9 : keratan rentas
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
50
Gambar 3.10 : keratan rentas
Gambar 3.12 : keratan rentas
Gambar 3.11 : keratan rentas
Gambar 3.13 : tampak sisi
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
51
Melalui pelan-pelan yang telah ditunjukkan sebelum ini, kita boleh
menyimpulkan bahawa rumah ini mengambil bentuk segiempat sebagai bentuk asas
binaan ruang dan fizikalnya. Bentuk-bentuk ini telah menunjukkan rekabentuk yang
kemas dan ringkas. Rumah kajian ini terbahagi kepada empat aras iaitu aras bawah,
aras satu, aras dua dan loteng. Aras bawah menempatkan bilik belajar utama, pejabat,
perpustakaan dan garaj kereta. Aras satu dan dua pula menempatkan ruang-ruang lain
seperti bilik tidur, dapur, ruang makan, ruang rehat atau ruang keluarga dan tandas.
Aras atas sekali iaitu loteng menempatkan ruang serbaguna untuk melihat
pemandangan sekeliling. Ruang ini merupakan ruang privasi bagi keluarga ini.
Aras satu juga menempatkan kolam renang yang panjang pada bahagian tepi
rumah. Dengan menempatkan kolam renang ini, rumah kajian nampak lebih moden
dan dapat memahami jiwa pemilik yang memilih untuk hidup dengan gaya hidup
yang lebih selesa dan moden. Rumah ini juga menggunakan konsep terbuka di mana
setiap ruang saling berhubung secara terus. Rumah ini juga terbuka kepada
persekitarannya.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
52
3.2 KAJIAN TERHADAP ELEMEN-ELEMEN KAJIAN YANG TELAH DI GUNAKAN PADA HOUSE ON HOLLAND ROAD
Secara realitinya kita tidak boleh menolak dakwaan bahawa rekabentuk rumah
sangat berbeza jika dibandingkan dengan Villa Sentosa (rumah kajian pertama) dan
Salinger House (rumah kajian kedua). Rumah kajian ini lebih menepati citarasa
masyarakat masa kini. Penggunaan teknologi moden dapat dilihat secara terus dan
bukan secara telus seperti Salinger House. Rumah ini telah dibina pada zaman yang
serba moden oleh masyarakat masa kini yang gaya hidupnya berbeza dari gaya hidup
masa dulu. Tetapi pada tempat dan iklim yang sama.
Walaubagaimanapun, rumah ini telah dibina dengan mengambil kira factor
iklim dan keselesaan penghuninya. Rumah ini juga amat mementingkan keadaan
persekitaran dan percaya bahawa keadaan persekitaran mampu mempengaruhi
keselesaan di dalam sesebuah rumah itu. Konsep terbuka yang telah digunakan
banyak membantu dalam memberikan keselesaan rumah ini.
Elemen-elemen kajian yang telah banyak dibincangkan sebelum ini telah
diberi nafas baru dengan suntikan rasa dari masyarakat yang moden. Elemen-elemen
ini dibina dengan menggunakan teknologi-teknologi terbaru tetapi masih membawa
konsep yang telah digunakan pada rumah tradisional melayu. Tetapi, sejauh manakah
keberkesanan yang diperolehi daripada interpretasi yang telah dijalankan terhadap
elemen kajian tersebut. Elemen kajian pada kali ini sangat berbeza dan kajian yang
dilakukan haruslah dari aspek semasa.
Kita akan meneliti satu persatu elemen-elemen kajian berikut.
1. Bahan binaan
2. Bukaan
3. Cucur atap
4. Lanskap
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
53
3.2.1 BAHAN BINAAN
Bahan binaan yang digunakan pada rumah kajian ini sangat berbeza dengan
rumah kajian sebelum ini. Rumah kajian ini menggunakan konkrit sebagai bahan
binaan utama dan strukturnya juga. Selain konkrit, kaca juga banyak digunakan pada
rumah ini. Ini menunjukkan teknologi dalam penggunaan bahan binaan telah
diaplikasikan pada binaannya.
Seperti yang telah diketahui, kedua-dua bahan binaan utama yang digunakan
pada rumah ini mampu mempengaruhi suhu dalam rumah tersebut. Apakah langkah
yang telah dilakukan dalam penggunaan elemen ini hingga rumah ini juga mampu
memberikan keselesaan kepada penghuninya.
Penggunaan dinding konrit dalam pembinaan rumah ini sangat minima.
Dinding konkrit hanya digunakan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Bahagian
dinding yang lain kebanyakannya menggunakan sistem kerangka dengan kaca. Risiko
yang diambil oleh penghuni adalah sangat tinggi.
Gambar 3.14 : konkrit sebagai bahan binaan utama
Gambar 3.15 : kaca juga sebagai bahan binaan yang banyak digunakan
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
54
Arkitek yang bertanggungjawab merekabentuk rumah ini sangat sensitif
kepada keadaan iklim. Beliau telah menggunakan kaca pada kadar yang maksima
pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran matahari secara terus. Ini dapat
mengelakkan kaca bertindak secara langsung dengan haba yang tinggi sehingga
mampu mengganggu keselesaan terma penghuninya.
Kebaikan lain yang dapat dilihat dari rekabentuk ini ialah, rumah ini akan
mendapat pencahayaan pada kadar yang tinggi. Namun pencahayaan ini tidak akan
mempengaruhi suhu rumah secara langsung kerana cahaya yang dibekalkan tidak
bersama haba yang tinggi. Walaubagaimanapun, langkah berhati-hati tetap diambil
iaitu dengan menggunakan kaca dari jenis Insulating Glass . Kaca ini juga berkualiti
tinggi serta dapat menahan kesan dari perubahan cuaca seperti panas dan hujan.
Gambar 3.16 : permukaan kaca ditempatkan pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran matahari secara terus.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
55
Walaupun rumah ini tampil tanpa bahan binaan utama dari kayu, rumah ini
telah mengambil inisiatif lain. Bahan kayu telah digunakan sebagai kemasan bagi
hampir keseluruhan ruang di dalam rumah ini. Dengan kombinasi kesemua bahan
binaan ini, persekitaran yang lebih selesa dapat diwujudkan.
Gambar 3.17 : bahan kayu juga ada digunakan sebagai kemasan lantai
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
56
3.2.2 BUKAAN
Bukaan menjadi elemen yang terpenting pada rumah ini. Ianya kerana,
penggunaan bahan binaan yang boleh mempengaruhi suhu dalam rumah tersebut
digunakan secara maksima walaupun langkah-langkah bijak telah di ambil dalam
rekabentuk dan lokasi penggunaannya. Rumah ini menggunakan konsep terbuka,
kajian terhadap sejauh mana konsep itu telah diaplikasikan akan dijalankan sama
seperti rumah-rumah kajian sebelum ini.
Jika pada sebelum ini setiap topik tentang bukaan akan dibincangkan secara
satu persatu seperti pintu, tingkap dan bukaan pada dinding, kali ini berbeza. Rumah
kajian telah menggabungkan dan mewujudkan kesinambungan bagi setiap elemen
tersebut. Fenomena ini sangat sukar ditemui pada rekabentuk sesebuah rumah itu
sama ada masa kini atau pada masa lalu. Konsep terbuka yang telah diaplikasikan ini
sangat mempengaruhi pengaliran udara didalam rumah ini.
Gambar 3.18 : gambar menunjukkan bukaan yang luas pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
57
Apa yang menarik, rumah ini telah menggunakan double height glass sliding
wall dan flexible glass wall. Dengan menggunakan elemen ini keluasan bukaan boleh
diperolehi dengan kadar yang maksima. Elemen ini juga mampu mengawal jumlah
keluasan yang diperlukan. Ia juga menunjukkan perkembangan teknologi dalam
elemen pintu, tingkap serta bukaan yang lain. Jika pada rumah tradisional, tebukan
atau bukaan di buat pada bahagian dinding bagi memperoleh pengaliran udara yang
baik. Tetapi pada rumah ini, dinding yang fleksibel membolehkan ianya dibuka.
Dinding fleksibel ini membolehkan pengudaraan berlaku sepenuhnya pada
ruang tersebut kaedah ini dapat mengelakkan udara panas terkumpul pada bahagian
atas. Udara panas akan dibawa keluar melalui pengudaraan semulajadi. Ianya
sekaligus dapat memberikan keselesaan pada suhu terma rumah ini. Bukaan yang luas
ini bukan sahaja berfungsi untuk pengaliran udara, ia juga memberikan pencahayaan
serta persekitaran yang lebih bebas. Ruang akan dilihat lebih luas dan saling
berhubungkait dengan persekitaran di luar.
Ciri-ciri keselamatan telah di ambil kira dimana susur tangan atau railing telah
ditempatkan pada bahagian luar dinding yang fleksibel. Railing ini tidak nampak
perbezaannya kerana menggunakan kaca. Ianya menampakkkan lebih moden. Udara
di persekitaran juga disejukkan oleh aliran air di abhagian bumbung aras bawah yang
terletak dibahagian tepi ruang rehat ini. (teliti gambar di atas).
Gambar 3.19 dan 3.20 : gambar menunjukkan dinding fleksibel yang terdapat pada rumah ini.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
58
Gambar di atas menunujukkan dinding fleksibel yang telah ditempatkan pada
bahagian tangga untuk ke tingkat atas. Dinding fleksibeli ini merupakan dinding
fleksibel yang paling tinggi. Dinding ini digelongsorkan dan ditempatkan belakang
dinding kayu yang terletak pada sebelah kiri. Teknik ini sekali lagi menghalang udara
panas berkumpul pada bahagian atas kerana pengudaraan rentas berlaku pada semua
bahagian. Udara panas akan dinyahkan dari ruang ini dari semasa ke semasa.
Kebaikan lain yang didapati ialah, rumah ini tidak memerlukan bantuan
mekanikal untuk menerangi segenap ruang di dalam rumah ini. Pencahayaan
semulajadi mampu menerangi ruang0ruang di dalam rumah ini pada waktu siang.
Bekalan tenaga bagi lampu hanya diperlukan pada waktu malam.
Rumah kajian ini telah berjaya meninterpretasikan elemen-elemen ini dengan
baik. Konsep yang telah digunakan pada rumah tradisional juga telah diserapkan
dalam rekabentuk rumah ini. Sama ada ia berlaku secara langsung atau tidak
langsung.
Selain elemen bukaan yang telah dibincangkan di atas, rumah kajian ini sekali
lagi telah membawa satu elemen yang paling sukar ditemui pada rumah masa kini
iaitu telaga udara. Villa Sentosa telah mewujudkan telaga udara di dalam
Gambar 3.21 dan 3.22 : gambar menunjukkan dinding fleksibel yang terdapat pada bahagian tangga
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
59
rekabentuknya serta bagaimana telaga udara dapat membantu menyejukkan suhu di
dalam rumah. Rumah ini juga tidak ketinggalan membawa elemen yang penting ini.
Cuma rekabentuk telaga udara pada rumah kajian ini nampak lebih ringkas dan
moden.
Telaga udara ini menghubungkan tiga ruang utama iaitu ruang tamu, ruang
makan dan ruang untuk keluarga. Selain itu, ruang ini menghubungkan ruang rekreasi
keluarga ini iaitu kolam renang. Telaga udara ini ibarat telaga pernafasan bagi rumah
ini. Dengan wujudnya telaga udara ini, ia telah memberikan pengaliran pengudaraan
rentas terutamanya pada ketiga-tiga ruang utama yang telah disebutkan tadi. Jadi tidak
hairanlah jika rumah ini mampu memberikan keselesaan terma kepad penghuninya.
Sama seperti sesetengah rumah tradisonal, tetapi kesan penggunaan bahan konkrit
akan tetap terasa walaupun tidak seberapa.
Gambar 3.23 dan 3.24 : gambar menunjukkan ruang yang menempatkan telaga udara atau courtyard
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
60
3.2.3 CUCUR ATAP
Cucur atap pada rumah ini memainkan peranan yang penting, sama seperti
rumah-rumah kajian sebelum ini.
Gambar 3.25 dan 3.26 : gambar menunjukkan cucur atap pada rumah kajian
Gambar 3.27: gambar menunjukkan cucur atap pada rumah kajian
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
61
Jika diperhatikan secara jelas, terdapat sebahagian cucur atap pada rumah ini
agak lebar dan sebahagiannya pula dilihat sebagai biasa sahaja. Gambar 2.54
menunujukkan cucur atap pada bahagian yang tinggi lebih lebar daripada bahagian
yang rendah. Ianya mungkin tidak begitu memberi masalah kerana bahagian ini tida
terdedah secara langsung dengan matahari. Bagaimana pula dengan tempias sewaktu
hari hujan? Masalah akan wujud pada bahagian yan cucur atapnya kurang lebar, tetapi
bukaan yang telah dibuat pada bahagian yang cucur sangat lebar itu akan berfungsi
sebagai ruang pengudaraan sepenuhnya sewaktu hari hujan.
Gambar di atas menunujukkan kelebaran cucur atap yang diperuntukkan pada
rumah kajian ini cukup untuk melindungi bukaan dan permukaan dinding dari terkena
panas. Cucur atap ini telah berjaya berfungsi sebagai elemen peneduh kepada rumah.
Ini memberikan keselesaan kepada suhu terma dan dalaman rumah kepada penghuni.
Ini lebih meyakinkan kerana jika dilihat pada ruang-ruang ini, ia tidak memerlukan
bantuan alat penghawa dingin seperti rumah-rumah moden pada masa kini.
Gambar 3.28: gambar menunjukkan bayangan kesan daripada cucur atap pada rumah ini
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
62
3.2.4 Lanskap
Penghuni telah menanam beberapa jenis pokok yang rimbun pada kawasan
sekitar kolam renang. Selain tujuan memberikan privasi kepada ruang ini. Ia juga
berfungsi untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang sihat dan sejuk. Keadaan
persekitaran luar yang baik dapat mempengaruhi suhu terma dalaman rumah ini
seperti yang telah diterangkan pada bab 1 kajian ini. Kita juga tidak boleh menolak
bahawa ianya juga menyumbang kepada keadaan persekitaran yang cantik. Ianya
boleh dikategorikan sebagai lanskap semulajadi di mana ia di bina dengan pemilihan
pohon yang rimbun dan mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Penghuni juga telah menggunakan elemen air sebagai elemen penyejuk
kepada rumah ini. Kolam renang yan terletak berdekatan bahagian bukaan yang luas
akan menyejukkan udara yang bergerak masuk melalui bukaan-bukaan yang besar
pada rumah ini. Begitu juga udara pada bahagian telaga udara, ianya dipengaruhi
dengan kewujudan kolam renang ini. Kolam renang ini juga mewujudkan persekitaran
yang sejuk. Dan fungsi kolam ini yang tidak dapat disangkal lagi ialah ianya menjadi
tempat rekreasi persendirian bagi keluarga ini.
Gambar 3.29 dan 3.30 : gambar menunjukkan tumbuhan yang di tanam di sekitar kawasan kolam renang
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
63
Disebabkan rumah ini mempunyai banyak bukaan, lanskap kejur diperlukan
dimana pagar yang diperbuat daripada dinding batu digunakan bagi memberikan
privasi kepada rumah ini. Kemudian pokok-pokok yang tinggi juga ditanam sebagai
lapisan kedua rumah ini bagi lebih memberikan privasi selain menyejukkan keadaan
persekitaran. Namun, pemilihan pokok dari jenis yang berongga atau tidak lebat
dipilih bagi membenarkan laluan angin masuk ke kawasan rumah. Contoh pokok
tersebut ialah pokok buluh cina. Pokok ini juga merupakan pokok yang cantik.
Gambar 3.31: gambar menunjukkan tumbuhan di tanam di sekitar rumah.
Gambar 3.32: gambar menunjukkan kolam renang yang panjang
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
64
KESIMPULAN

65
4.0 MENYIMPULKAN TOPIK DENGAN MERUJUK KEPADA
MAKLUMAT – MAKLUMAT YANG TELAH DIREKODKAN
Melalui kajian yang telah dijalankan, kita dapat melihat perkembangan dalam
dunia senibina. Perbezaan dari segi rekabentuk telah dilihat pada ketiga-tiga rumah
kajian yang telah dipilih. Tetapi, konsep dan elemen yang digunakan mempunyai
kesinambungan antara setiap satu rumah kajian. Sekali lagi ditekankan bahawa kajian
ini ingin melihat bagaimana untuk menginterpretasikan elemen-elemen binaan rumah
melayu tradisional dalam bentuk kontemporari agar dapat memberikan keselesaan
suhu terma dan dalaman sesebuah rumah.
Masalah keselesaan terma pada rumah kediaman yang kian meruncing
haruslah diberi perhatian agar masalah dan fenomena ini tidak akan terus menular.
Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak-pihak tertentu sahaja seperti arkitek,
tetapi juga kepada setiap individu itu sendiri. Cukup sekadar memahami konsep-
konsep asas dalam mendapatkan pengudaraan yang baik serta apa fungsinya elemen-
elemen kajian yang telah diterangkan pada bab-bab sebelum ini. Jika semua pihak
memandand serius perkara ini, barulah kita boleh memandang kepada jenis
rekabentuk yang harus sesuai dengan Negara kita.
Pada bab ini, kesimpulan akan dibuat berdasarkan maklumat yang telah
diperolehi melalui kajian-kajian yang telah dilakukan. Kajian ini akan cuba
memaparkan contoh-contoh elemen yang telah diinterpretasikan dengan
menggunakan semula konsep yang telah digunapakai pada elemen rumah tradisional
Melayu. Kaedah-kaedah yang sesuai akan didedahkan bagi menjadi rujukan kepada
masyarakat luar untuk keselesaan di dalam rumah serta memiliki rekabentuk yang
sesuai dengan gaya masa kini.
Kesimpulan akan dibuat secara satu persatu. Walaubagaimanapun, setiap
elemen ini saling memerlukan serta menjadi sokongan antara setiap elemen. Oleh itu
pemahaman kepada semua rumah kajian yang telah dijalankan adalah perlu.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
66
4.1 BAHAN BINAAN
Pada masa kini, kita tidak boleh menyangkal dan menolak perkembangan
teknologi pada Negara kita. Bahan binaan yang baru akan sentiasa diperkenalkan dari
masa ke semasa. Walaupun kita perlu menjadikan rumah tradisional sebagai rujukan,
kita tidak perlu meniru dan membawa segala rekabentuk dan rupabentuknya secara
bulat-bulat. Kelainan diperlukan bagi menyesuaikan keadaan dan gaya hidup masa
kini. Tetapi kelainan yang dilakukan tidak boleh lari dari konsep asas yang telah
ditetapkan.
Kesimpulan yang boleh dibuat bagi pemilihan bahan binaan ialah seseorang
individu itu berhak memilih mengikut kesukaannya. Tetapi cara penggunaannya
haruslah bijak dan bertertib. Contoh yang terdekat boleh dilihat pada ruamah kajian
ketiga iaitu House On Holland Road. Pemilihan bahan binaan adalah dari teknologi
masa kini tetapi mengambil kira iklim. Ia juga memerlukan elemen-elemen lain di
susun dengan bijak untuk menjadi elemen sokongan kepada bahan binaan.
Gambar 4.0 : menunjukkan rumah yang menggunakan bahan binaan yang semakin maju
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
67
Gambar-gambar di atas menunujukkan kepelbagaian jenis bahan binaan yang digunakan pada sesetengah rumah pada masa kini. 4.1.1 KONKRIT DAN KACA
Untuk penggunaan bahan ini, bahagian yang menggunakan konkrit dan kaca
haruslah terlindung dari pancaran matahari secara terus. Dengan perlindungan dan
elemen peneduhan yang baik, konkrit tidak akan mempengaruhi suhu dalaman
sesebuah rumah secara ketara. Ianya bergantung kepada sebanyak mana haba yang
akan mengenai permukaan bahan ini. Jenis-jenis konkrit dan kaca yang telah
diterangkan pada bab 1 juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi suhu dalaman
tersebut. Contohnya kaca, kaca jenis Insulated glass dan Tinted Glass adalah pilihan
yang baik tetapi kosnya agak tinggi berbanding kaca biasa.
Elemen peneduhan yang diperlukan seperti yang dinyatakan tadi ialah cucur
atap. Di sinilah apa yang dimaksudkan sesuatu elemen itu perlu menjadi sokongan
kepada elemen yang lain. Selain itu, dengan mengambilkira bahagian-bahagian yang
terdedah kepada pancaran matahari secara terus juga adalah perlu seperti yang telah
digunapakai oleh rumah kajian ketiga.
Gambar 4.1 : menunjukkan rumah yang menggunakan bahan binaan yang pelbagai
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
68
4.2 BUKAAN
Elemen ini sangat diperlukan dan melaui kajian sebelum ini, elemen ini telah
berjaya mengatasi fenomena yang sering terjadi pada hampir setiap rumah masa kini
iaitu fenomena pengumpulan haba pada bahagian atas rumah.
4.2.1 PINTU, TINGKAP DAN BUKAAN PADA DINDING (BUKAAN
KOMBINASI)
Antara kaedah terbaru yang telah mula diaplikasikan oleh rumah-rumah yang
berjaya memperoleh keselesaan suhu terma ialah dengan mengkombinasikan bukaan
pintu, tingkap dan bukaan pada dinding. Tetapi kombinasi ini hanya pada ruang-ruang
tertentu.
Bukaan yang luas dan tinggi dapat mengelakkan udara panas terkumpul pada
bahagian atas kerana pengudaraan rentas dan semulajadi berlaku pada kadar yang
tinggi dan kerap. Jadi setiap udara panas akan dinyahkan dari semasa ke semasa.
Gambar 4.2 : menunjukkan bukaan kombinasi
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
69
Walaubagaimanapun, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, bukaan-
bukaan ini juga haruslah direka pada bahagian yang tidak terdedah kepada pancaran
matahari. Dan jika bukaan dibuka pada bahagian yang terdedah pada pancaran
matahari secara terus, cucur atap yang lebih lebar diperlukan bagi memberi
peneduhan terhadap bukaan ini. Cucur atap yang lebar juga dapat mengelakkan
tempias semasa hari hujan memandangkan bukaan adalah luas. Bukaan-bukaan ini
juga sebaiknya direka menghadap laluan aliran angin bagi membolehkan pengudaraan
yang lebih baik diperolehi.
Selain dari cucur atap, sekali lagi elemen lain diperlukan bagi membolehkan
bukaan yang luas ini berfungsi dengan baik iaitu lanskap. Lanskap dapat memastikan
pengudaraan semulajadi yang berlaku pada bukaan datang dari persekitaran yang
redup. Lanskap ini juga berfungsi sebagai penyerap haba di persekitaran. Contoh
lanskap yang boleh digunakan bagi menyerap haba pada sekitar bukaan ialah tumbuh-
tumbuhan dan elemen air.
Gambar 4.3 : pintu dan tingkap dikombinasikan
Gambar 4.4 : bukaan yang saling berhubung dengan alam semulajadi
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
70
4.2.2 TELAGA UDARA
Selain bukaan pintu, tingkap dan dinding, telaga udara juga memainkan
peranan yang penting dalam memberikan keselesaan suhu dalaman bagi sesebuah
rumah. Telaga udara ini terbahagi kepada dua iaitu pertama: telaga udara dalam
rumah (internal) atau berada pada antara ruang-ruang tertentu termasuklah kawasan
luar rumah (external).
Sebaik-baiknya, sesebuah telaga udara itu perlulah meletakkan elemen-elemen
yang boleh membantu menyejukkan persekitaran seperti pokok atau air. Pada masa
kini ramai yang memilih elemen air untuk ditempatkan pada ruang ini. Bagi yang
berkemampuan, meletakkan kolam renang merupakan langkah yang baik. Tetapi bagi
yang kurang berkemampuan, cukup sekadar kolam ikan yang kecil. Ianya tetap akan
memberikan kesan yang positif kepada keselesaan terma rumah tersebut.
Gambar 4.6 : telaga udara external Gambar 4.7 : telaga udara internal
Gambar 4.8 : telaga udara menggunakan pokok dan elemen air
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
71
4.3 CUCUR ATAP
Cucur atap merupakan satu lagi elemen yang banyak membantu dalam
memberikan keselesaan bagi sesebuah rumah. Ianya memberikan peneduhan dari
panas dan tempias hujan. Cucur atap yang lebar sememangnya diperlukan bagi negara
yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.
Gambar 4.9 : menunjukkan cucur atap yang lebar
Gambar 4.12 : cucur atap dengan ukuran yang biasa tetapi mencukupi
Gambar 4.11 : cucur atap sebagai sun shading
Gambar 4.10 : cucur atap yang sangat lebar memberikan peneduhan
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
72
Jika dilihat pada kesimpulan yang telah dibuat pada elemen-elemen sebelum
ini, cucur atap menjadi elemen sokongan kepada hampir kesemua elemen yang lain.
Ini membuktikan yang cucur atap yang lebar memainkan peranan yang sangat
penting. Cucur atap yang lebar membenarkan bahan binaan yang mempunyai muatan
haba yang tinggi digunakan. Ianya juga membolehkan kita menggunakan bahan-
bahan yang berteknologi tinggi sekaligus menghasilkan rupabentuk dengan gaya masa
kini. Cucur atap yang lebar juga berjaya menjadikan bukaan kombinasi menjadi suatu
elemen yang berjaya.
Cucur atap yang lebar haruslah menjadi identiti kepada senibina rumah di
negara kita kerana ianya sangat sensitif dengan iklim di negara kita. Namun, cucur
atap yang lebar hanya perlu dibina pada pada bahagian-bahagian yang tertentu sahaja.
Contohnya pada bahagian yang terdedah kepada pancaran matahari secara langsung.
Cucur atap pada saiz yang biasa boleh digunakan pada bahagian yang sudah sedia
terlindung.
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
73
4.4 LANSKAP
Lanskap juga banyak menjadi elemen sokongan kepada elemen yang lain.
Lanskap berfungsi untuk menyediakan keadaan persekitaran yang baik. Suhu
persekitarannya sangat mempengaruhi suhu dalaman sesebuah rumah itu.
Pengudaraan semulajadi akan membawa udara persekitaran masuk ke dalam rumah.
Oleh itu, tumbuh-tumbuhan dan elemen air diperlukan untuk menjadi elemen
penyejuk kepada udara di persekitaran. Tumbuhan yang rimbun dapat menyerap haba
dan memelihara ekosistem setempat.
Pada masa kini, ramai penghuni yang memilih untuk lanskap yang lebih
bercirikan moden. Contohnya meletakkan kolam renang pada halaman rumah atau
ruang-ruang yang tertentu. Kolam renang dapat menyejukkan udara yang berada
disekitarnya. Sebaiknya, kolam renang ditempatkan pada ruang yang berdekatan
dengan bukaan seperti bukaan kombinasi dan telaga udara. Dan sudah menjadi
kebiasaan di mana pokok-pokok terpilih akan di tanam disekitar kolam. Ramai yang
berbuat demikian untuk melindungi kawasan kolam ini tetapi ianya sekali gus
membantu mengawal keadan persekitarannya serta menyeimbangkan antara elemen
pokok dan air.
Gambar 4.13 : lanskap semulajadi Gambar 4.14 : kolam renang sebagai lanskap
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
74
Walaubagaimanapun, untuk menyediakan lanskap dengan membina kolam
renang akan membelanjakan kos yang tinggi. Bagi golongan yang tidak
berkemampuan, banyak lagi inisiatif lain yang boleh digunakan jika ingin
menyerapkan elemen air pada lanskapnya. Contohnya kolam ikan yang kecil.
Langkah ini juga akan dapat membantu mewujudkan keadaan persekitaran yang baik.
Malah, ianya nampak lebih tropikal berbanding dengan menggunakan kolam renang.
Gambar 4.15 : kolam renang dengan pokok disekitarnya.
Gambar 4.16 : kolam renang dengan pokok disekitarnya.
Gambar 4.17 : kolam ikan sebagai lanskap Gambar 4.18 : kolam kecil membantu menyejukkan persekitaran
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
75
Haruslah dingatkan juga, lanskap bukan sahaja untuk membantu persekitaran
dari segi pengudaraan tetapi juga merupakan terapi kepada penghuni. Dengan lanskap
yang cantik beserta bunyi air dapat mewujudkan ketenangan dan keselesaan kepada
penghuninya. Bagi mendapatkan lanskap yang lebih teratur, adalah lebih bagus jika
mendapatkan nasihat dari pihak-pihak yang sepatutnya seperti pereka lanskap yang
lebih mengetahui jenis-jenis pokok yang sesuai. Mereka juga boleh merekabentuk
lanskap mengikut konsep-konsep yang tertentu.
Gambar 4.19 : kolam kecil beserta air pancut Gambar 4.20 : kolam ikan menghiasi halaman
KKJN _______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..
76
4.5 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat dari keseluruhan kajian terhadap elemen-
elemen yang telah dibincangkan ialah setiap elemen itu haruslah sangat sensitif
dengan iklim dan persekitarannya. Langkah-langkah dan kaedah asas bagaimana
untuk menginterpretasikan elemen-elemen rumah tradisional dalam memberikan
keselesaan terma kepada penghuni telah dijelaskan beserta contoh. Dengan
memahami konsep asas ini, setiap elemen yang direkabentuk akan lebih bermakna. Di
samping memberikan keselesaan, ia juga memberikan rupabentuk yang kontemporari
serta moden. Sesuai dengan gaya hidup dan kemajuan pada masa kini.
Masyarakat pada hari ini juga seharusnya memandang semula seni bina pada
waktu dahulu kerana banyak kebaikan dan faedah yang boleh dijadikan rujukan.
Jangan hanya memandang secara luaran. Rumah tradisional merupakan contoh yang
terbaik dan tidak harus dilupakan. Elemen-elemen binaan yang memberikan faedah
harus dibangunkan semula dengan memberi nafas yang baru sesuai dengan budaya
masyarakat masa kini.
Bekas perdana menteri kita pernah menyebut :
Apabila kita telah maju kehadapan, janganlah kita lupa untuk berpaling kebelakang
kerana di situlah segalanya bermula..dan sejarah mula tercipta.
( Tun Dr. Mahathir Mohammad )