rujukan kami : umt/bend/100-4/8/1( ) semua ketua pusat
TRANSCRIPT
Rujukan kami : UMT/BEND/100-4/8/1( )
Tarikh : 18 Ogos 2014
Bersamaan : 22 Syawal 1435H
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Universiti Malaysia Terengganu
Y. Bhg. Dato’ / Prof. / Tuan / Puan,
SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2014
PINDAAN TATACARA PEROLEHAN (PEMBELIAN TERUS) SEJAJAR LANGKAH
PENJIMATAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
Tujuan
1. Surat Pekeliling Bendahari ini bertujuan memaklumkan pindaan kepada
Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2009 – Peraturan dan Tatacara Perolehan Universiti
Malaysia Terengganu.
Latar Belakang
2. Peraturan semasa perolehan bekalan dan perkhidmatan menetapkan, pembelian
setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM50,000.00
boleh dibuat secara pembelian terus dengan mana-mana pernbekal sama ada
berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf
Bumiputera atau bukan Bumiputera. Manakala bagi perolehan kerja yang bernilai tidak
melebihi RM100,000.00 boleh dipelawa secara requisition dengan menggunakan
Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan Jadual Kadar 1-harga.
3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2014 – Langkah Penjimatan
Dalam Perolehan Kerajaan telah menjelaskan tentang perubahan had nilai dan syarat-
syarat pembelian terus bagi bekalan/perkhidmatan dan had nilai kerja requisition
selaras dengan langkah penjimatan Kerajaan.
4. Mesyuarat JKTK kali ke-26 Bil. 2 Tahun 2014 telah bersetuju menerima pakai
Surat Pekeliling Perbendahaan Bil. 1 tahun 2014 seterusnya pindaan dan
penambahbaikan kepada Pekeliling Bendahari Bil. 5 Tahun 2009 berkaitan perkara
berikut :
a. Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009 – Peraturan Dan Tatacara Perolehan
Universiti Malaysia Terengganu (Pembelian Terus bagi Bekalan dan
Perkhidmatan serta had nilai kerja-kerja Requisition);
b. Kaedah Perolehan Bagi Item Guna Sama; dan
c. Perubahan had kuasa kewangan Ketua PTj.
Pindaan Peraturan dan Tatacara Perolehan
5. Pindaan ke atas Tatacara Perolehan UMT yang terpakai adalah sepertimana di
Lampiran A. Para lain yang tidak dinyatakan adalah kekal seperti biasa.
Pembatalan
6. Dengan ini, para 6.3 dan para 6.4.1 pada Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009
adalah dibatalkan.
Tarikh Kuatkuasa
7. Surat Pekeliling Bendahari ini adalah berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2014.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(NOR AZIZAH BINTI KASIM)
Bendahari
Universiti Malaysia Terengganu
s.k:
1. Naib Canselor,
Pejabat Naib Canselor
2. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
3. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi
4. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
SEPERTI SENARAI EDARAN
1. Pendaftar
2. Pengarah, Pusat Pembangunan dan Harta
3. Dekan, Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
4. Dekan, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran
5. Dekan, Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur
6. Dekan, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
7. Dekan, Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
8. Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
9. Dekan, Pusat Pengajian Sains Asas
10. Dekan, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
11. Dekan, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
12. Pengarah, Institut Akuakultur Tropika
13. Pengarah, Institut Oseanografi dan Sekitaran
14. Pengarah, Institut Penyelidikan Kenyir
15. Pengarah, Institut Bioteknologi Marin
16. Pengarah, Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
17. Pengetua Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu
18. Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat Akademik
19. Pengarah, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat
20. Pengarah, Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik
21. Pengarah, Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu
22. Pengarah, Makmal Berpusat
23. Pengarah, Pusat Jaringan Penyelidikan ECER
24. Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan
25. Pengarah, Pusat Kesihatan Pelajar
26. Pengarah, Pusat Pembangunan Alumni & Keusahawanan (CADE)
27. Pengarah, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
28. Pengarah, Pusat Komunikasi Strategik (Putrajaya)
29. Ketua Pentadbiran Canselori
LAMPIRAN A
SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2014
PINDAAN TATACARA PEROLEHAN (PEMBELIAN TERUS) SEJAJAR LANGKAH
PENJIMATAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
Pindaan Peraturan dan Tatacara Perolehan
1. Pindaan ke atas Tatacara Perolehan UMT yang terpakai adalah sepertimana
berikut. Para lain yang tidak dinyatakan adalah kekal seperti biasa.
PARA
PERATURAN SEDIA ADA (Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009)
PINDAAN BARU
1.1
TAKRIFAN
“Pembelian Terus” bermaksud perolehan
bekalan atau perkhidmatan bagi sesuatu PTJ,
yang bernilai sehingga RM50,000.00
setahun bagi setiap jenis item atau perolehan
kerja bernilai sehingga RM20,000.00.
“Pembelian Terus” bermaksud perolehan bekalan
atau perkhidmatan yang melibatkan jumlah
perbelanjaan tahunan sehingga RM20,000.00
atau sesuatu kontrak.
“Jenis Item” ditafsirkan seperti berikut:
a. Setiap jenis item dikira berbeza jika
fungsinya berbeza. Contoh ialah kasut,
meja dan kerusi.
b. Sesuatu item adalah dikira sebagai satu
jenis item jika:
Item tersebut mempunyai fungsi
yang
sama atau hampir sama misalannya
mikroskop pelajar (’low-end’),
mikroskop penyelidikan (’high-end’)
atau
Item tersebut adalah pelbagai saiz
misalannya paku 1”, paku 1.5” atau
Item tersebut boleh digunakan pada
alat yang berlainan misalannya brek
kereta, brek bas, brek lori atau
“Setiap Jenis Item” adalah ditafsirkan sebagai
sesuatu barangan/perkhidmatan yang
mempunyai fungsi yang sama dan/atau
boleh diperolehi daripada satu punca bekalan
serta perolehan tersebut boleh dirancang.
Contoh-contoh pengkelasan setiap jenis item
adalah seperti Lampiran C.
PARA
PERATURAN SEDIA ADA
(Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009) PINDAAN BARU
Item tersebut merupakan satu set
yang merangkumi beberapa item
yang akan dibekal dan digunakan
secara bersama misalannya settee,
set komputer.
Kerja Secara Requisition
Kerja-kerja bernilai tidak melebihi RM100,000
dengan menggunakan Jadual Kadar Harga.
Kerja yang dipanggil secara Requisition ialah
kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak
mengubah struktur asal. Bagi kerja yang
bernilai melebihi RM20,000.00 hingga
RM100,000.00 pemilihan kontraktor boleh
dibuat melalui undian atau pusingan di
kalangan kontraktor Kelas F di bawah kepala
dan sub kepala berkaitan dan CIDB dalam
gred dan kategori berkaitan.
Had Nilai kerja-kerja requisition menggunakan
Jadual Kadar Harga dikurangkan kepada RM50,000
sahaja. Kerja-kerja requisition bernilai tidak
melebihi RM50,000 hendaklah dilaksanakan secara
undian atau pusingan dengan menggunakan jadual
Kadar Harga di kalangan kontraktor bangunan/
awam Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan
mempunyai Perakuan Pendaftaran kontraktor
(PKK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan
Bagi Kerja-kerja melebihi RM50,000 sebut harga
hendaklah dipelawa dikalangan kontraktor
bangunan/awam yang berdaftar dengan CIDB dan
mempunyai PPK serta SPKK dalam Gred, Kategori
dan pengkhususan yang berkaitan
2. Had nilai baru pembelian terus dan sebutharga bagi perolehan bekalan dan
perkhidmatan adalah sepertimana berikut :
BIL HAD NILAI
PINDAAN BARU
KAEDAH DAN SYARAT PEROLEHAN PIHAK BERKUASA
MELULUS
i)
Sehingga
RM20,000 setahun atau
sesuatu kontrak
a. Dilaksanakan secara pembelian terus
daripada mana-mana pembekal sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera.
b. Kajian Pasaran hendaklah dibuat dengan
mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3)
tawaran harga daripada pembekal tempatan.
Ketua PTj/ Pegawai yang
diturunkan Kuasa di PTj
ii)
Melebihi RM20,000
hingga RM50,000
setahun atau
sesuatu kontrak
Dilaksanakan secara sebut harga mengikut tatacara sedia ada iaitu SPP Bill 5 Tahun 2009
dengan kelonggaran seperti berikut:
a. Pelawaaan sekurang-kurangnya
dikalangan tiga (3) pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.
b. Tempoh notis dipendekkan kepada tiga
(3) hari;
c. Jawatankuasa Pembuka Sebut harga
tidak diperlukan. Penyebutharga boleh mengemuka dokumen sebut harga terus
kepada urusetia melalui surat, faks atau emel
seperti ditetapkan agensi; dan
d. Penilaian sebut harga oleh satu (1) Jawatankuasa Penilaian dianggotai sekurang-
kurangnya tiga (3) orang ahli termasuk
pengerusi yang dilantik oleh Ketua Jabatan.
Rujuk Lampiran 1
3. Carta Alir Perolehan Pembelian Terus selepas pindaan adalah sepertimana
Lampiran 2 dan contoh setiap jenis item adalah sepertimana di Lampiran 3.
4. Bagi memastikan perolehan melebihi RM20,000 hingga RM50,000 setahun atau
sesuatu kontrak berjalan lancar, PTj hendaklah:
a. Merancang perolehan PTj yang hendak dilakukan dengan rapi dan teliti;
b. Memastikan peruntukan kewangan mencukupi;
c. Mengemukakan permohonan perolehan mengikut item sekurang-kurangnya di
kalangan tiga (3) pembekal tempatan berdaftar dengan MOF sama ada
Bumiputera atau bukan Bumiputera (Rujuk Carta Alir Pembelian Terus –
Lampiran 2)
d. Permohonan perlu dikemukakan tujuh (7) hari bekerja untuk kelulusan JKSH B.
5. Syarat-syarat seperti berikut dipatuhi sebelum perolehan dilaksanakan:
a. Harga tawaran yang paling menguntungkan Kerajaan hendaklah dipilih;
b. Perolehan hendaklah tidak tertumpu kepada satu syarikat pembekal dan
syarikat-syarikat lain yang berkelayakan hendaklah diberi peluang untuk
menyertai perolehan tersebut;
c. Bagi perolehan bekalan/perkhidmatan yang sukar ditentukan harga pasaran,
agensi boleh menggunakan harga pembelian lampau sebagai perbandingan;
dan
d. Bagi bidang khusus yang memerlukan lesen/permit yang sah atau keperluan
lain yang disyaratkan mengikut perundangan undang-undang yang ditetapkan,
agensi hendaklah memastikan bahawa pembekal yang dipilih mematuhi syarat-
syarat tersebut. Antaranya memiliki lesen daripada Kementerian Dalam Negeri
untuk perkhidmatan kawalan keselamatan, lesen farmasi daripada Kementerian
Kesihatan bagi bekalan ubat dan sebagainya.
6. Bagi memastikan perolehan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti, peranan
Pegawai Pengawal adalah penting dalam memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi
sepenuhnya;
a. Merancang perolehan tahunan universiti dan memastikan pembelian terus tidak
dipecah kecil untuk mengelak sebut harga atau tender;
b. Memastikan perolehan jenis item yang sama dalam setahun yang melebihi had
nilai pembelian terus dibuat mengikut peraturan perolehan semasa yang
ditetapkan;
c. Mengambil tindakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 sekiranya
pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan gagal mematuhi peraturan
semasa yang ditetapkan; dan
d. Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab memantau pelaksanaan perolehan
secara pembelian terus dan selanjutnya bagi jenis item yang sama agar
mematuhi peraturan ini dan tidak memecahkecil perolehan. Satu rekod lengkap
mengenai jenis item yang dibeli, nama pembekal dan nilai perolehan hendaklah
disimpan dan dikemukakan kepada Bahagian Audit Dalam setiap tiga (3) bulan
serta disalinkan kepada Naib Canselor UMT.
Kaedah Perolehan Bagi Item Guna Sama
7. Selaras dengan langkah penjimatan dalam perolehan, perolehan bagi item guna
sama yang melebihi RM50,000 ke atas akan dilaksanakan di peringkat Pejabat
Bendahari. Kaedah perolehan bagi item guna sama adalah sepertimana berikut:
a. Kontrak Pusat berdasarkan Pekeliling Kontrak Pusat yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia.
b. Kontrak Pusat Sistem Panel berdasarkan Pekeliling Kontrak Panel yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
c. Perolehan guna sama yang tidak tersenarai di bawah Kontrak Pusat/Sistem
Panel Kementerian Kewangan Malaysia.
8. Senarai item guna sama adalah sepertimana berikut.
Bil Item Kaedah Perolehan
1 Item Kontrak Pusat: • Alat Ganti Jentera Berat Jenama Komatsu, Case Backhoe Loader
dan Bomag • Alat Proprietary Elektronik dan Alat Ganti • High Density Polythylene (HDPE) Fittings • Poslaju • Sampul surat
Tertakluk kepada Pekeliling Kontrak Pekeliling Kontrak Pusat yang berkuatkuasa (Rujuk http://www.treasury.gov.my/ pekeliling/pkp)
2 Item Kontrak Pusat Sistem Panel: • Ayam Daging Hidup/Segar • Baja-baja • Beteri baru kenderaan • Beg • Beg Plastik • Beras • Bihun • Bintang-Bintang Darjah Kebesaran • Cenderamata • High Density Polyethylene (HDPE) Pipe • Integrated Light And Sound System (ILSS) bagi Kenderaan • Jalur Gemilang • Kasut But Kulit dan Barangan Lain di Perbuat daripada Kulit • Katil Besi Setingkat dan Dua Tingkat (Tidak Termasuk Katil Pesakit) • Kertas Komputer Tidak Bercetak • Kertas Taip 60 gsm, Kertas Pendua Putih 70 gsm dan Kertas
Pendua Berwarna 70 gsm • Kerusi Rotan, Kusyen dan Sarung Kusyen • Kordial Buah dan Berperisa • Kren untuk Pelabuhan • Lampu Jalan, Lampu Hiasan, Lampu Luar Bangunan dan Aksesori • Margerin • Minyak Pelincir dan Gris Jenis Tempatan • Pengiriman Bas Penumpang Berhawa Dingin Pelbagai Casis • Perabot Berasaskan Kayu • Perabot Jenis Polypropylene • Perabot Logam • Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain • Roti Putih, Roti Mill Penuh, Ban dan Kek • Serbuk Kopi Segera • Serbuk Teh • Seri Kaya • Sistem Perawatan Najis • Sos Cili/Sos Tomato/Kicap Pekat/Cair/Serbuk Kopi
Campuran/Rempah Kari Kurma/Jem • Telur Ayam • Tilam/Bantal High Resilent Form
Tertakluk kepada Pekeliling Kontrak Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel yang berkuatkuasa (Rujuk http://www.treasury.gov.my/ pekeliling/pkp)
3 Item yang tidak tersenarai dalam PKP/PSP • Item akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Mengikut kaedah perolehan yang berkuatkuasa.
9. Tatacara perolehan bagi item guna sama adalah sepertimana berikut :
Bil Keterangan Tanggungjawab
a) Mengumpul maklumat keperluan daripada PTj bagi sesuatu item yang diperlukan
Pejabat Bendahari
b)
Mengemukakan keperluan item yang dikehendaki berdasarkan kajian keperluan bekalan dan kepenggunaan kepada Pejabat Bendahari (Kajian keperluan bekalan dan kepenggunaan perlu dikemukakan bagi mengelakkan pembaziran dan lebihan berlaku di PTj. Keperluan juga tertakluk kepada peruntukan bajet yang telah diluluskan)
Semua PTj
c)
Perlantikan Dua (2) Jawatankuasa: a) Jawatankuasa Penilaian Harga b) Jawatankuasa Teknikal (Tanggungjawab dua (2) Jawatankuasa ini adalah sama sepertimana Surat Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009 dan pelantikan Jawatankuasa Teknikal adalah berdasarkan kepakaran dan kemahiran pegawai berkaitan)
Pejabat Bendahari
d) Pelaksanaan Proses Perolehan (Pekeliling Bendahari Bil 5 Tahun 2009)
Pejabat Bendahari
e) Penyediaan Kontrak Bekalan/Perkhidmatan (jika berkaitan)
Pejabat Bendahari
f) Penyediaan Pesanan Pesanan (Berdasarkan Kontrak)
Semua PTj / Zon Kewangan
g) Penerimaan dan Pembayaran Semua PTj / Zon Kewangan
10. Carta Alir Tatacara Perolehan Item Guna Sama adalah sepertimana di
Lampiran 4.
Lampiran 1
i) Dua (2) JKSH ‘B’ ditubuhkan untuk meluluskan perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM20,000 sehingga RM50,000.
ii) Keanggotaan adalah sepertimana berikut:
Keanggotaan JKSH B (1) JKSH B (2)
Pengerusi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Ahli
Empat (4) orang terdiri: i. Pengarah, Pusat Pengurusan
Penyelidikan
ii. Pengarah, Pusat Perancangan Dan Pembangunan Akademik
iii. Pengarah, Pusat
Pembangunan Alumni Dan Keusahawanan
iv. Wakil Bendahari
Empat (4) orang terdiri:
i. Pengarah, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
ii. Pengarah, Makmal Berpusat
iii. Pengarah, Pusat Jaringan Penyelidikan ECER
iv. Wakil Bendahari
Setiausaha Penolong Bendahari Penolong Bendahari
LAMPIRAN 3
CONTOH JENIS ITEM PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
Bil Jenis Item Keterangan/Contoh Catatan
1. Alat Ganti Pelbagai alat ganti yang boleh diperolehi daripada pembekal (punca bekalan) yang sama adalah diketegorikan sebagai satu jenis item.
2. Item pelbagai saiz Item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item. Contoh : Pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci ), mentol, lampu kalimantang, cermin dan lain-lain.
3. Set sofa Set sofa yang merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) bersama meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Jika pembelian perabot terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa boleh dianggap item yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal (punca bekalan) yang sama, ianya boleh ditafsirkan sebagai satu jenis item (perabot)
Sila rujuk Pekeliling Kontrak - Senarai Item Sistem Panel: i. Perabot berasaska
kayu ii. Perabot Jenis
Polypropyelene iii. Perabot Logam iv. Perabot Pejabat
Berasaskan Kain
4. Toner Pembelian pelbagai toner ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (punca bekalan) yang sama
5. Alatulis Pembelian alatulis (pen,pensel,pembaris,gunting,stapler,pemadam,gam dan sebagainya) ditafsirkan sebagai satu jenis item.
6. Kertas Pelbagai saiz kertas (A4,A3) dan kertas pelbagai warna adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
7. Peralatan ICT Komputer, printer, scanner, monitor, key board dan CPU adalah satu jenis item.
8. Ubat Pelbagai ubat adalah satu jenis item
9. Bahan-bahan binaan
Bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, papan, batu, cat, siling, paku adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
10. Barangan elektrik Pelbagai barangan elektrik seperti cerek, kipas angin, televisyen, radio, seterika, pengisar, peti sejuk adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (kedai elektrik) yang sama.
11. Catuan kering/ Bahan mentah
Pembelian pelbagai jenis catuan kering/ bahan mentah seperti rempah-ratus, asam jawa, garam, sayur-sayuran, ikan dan lain-lain adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal
Sila rujuk Pekeliling Kontrak - Senarai Item Sistem Panel: i. Beras
Bil Jenis Item Keterangan/Contoh Catatan
(pasar) yang sama. ii. Bihun
12. Perkhidmatan pengangkutan
Setiap perolehan perkhidmatan bas/pengangkutan untuk setiap majlis/ program adalah berbeza kerana setiap majlis/program mempunyai tujuan/ peserta/ masa yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kes perlu ditentukan berdasarkan case by case
13. Percetakan Setiap persetakan adalah berbeza kerana setiap risalah yang dicetak mempunyai isi kandungan yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi percetakan yang boleh dirancang setiap tahun, perolehan percetakan tersebut dianaggap satu jenis item perkhimatan.
14. Sewaan mesin penyalin/fotostat
Perkhidmatan penyewaan mesin penyalin/ fotostat pelbagai keupayaan (heavy duty, medium duty, light duty) dan pelbagai fungsi (berwarna/hitam putih) adalah satu jenis item perkhidmatan.
15. Aksesori pakaian seragam
Perolehan kelengkapan/ aksesori pakaian seragam adalah dikategorikan sebagai satu jenis item memandangkan fungsinya yang sama iaitu sebagai pakaian seragam. Selain itu, ia boleh dirancang setiap tahun berdasarkan bilangan pegawai.
16. Kursus a. Bagi kursus yang mempunyai modul/ tajuk kursus sama (boleh dirancang) dianggap satu jenis item dan kaedah perolehan hendaklah ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan perolehan setahun. Contoh: Kursus kewangan dilaksanakan 4 kali setahun untuk peserta berlainan.
b. Bagi kursus yang dilaksanakan secara bersiri (boleh dirancang) dianggap satu jenis item dan kaedah perolehan hendaklah ditentukan 4 kali setahun untuk peserta berlainan/sama.
c. Bagi kursus yang mempunyai modul/ tajuk yang berbeza, dianggap perolehan berasingan kerana isi kandungan kursus berlainan. Contoh: Kursus kepimpinan (bulan Jan) dan kursus pembangunan Sahsiah (bulan Mei) untuk peserta berlainan/ sama.
Maksud ‘setahun’ atau ‘sesuatu kontrak’ bererti perolehan sehingga RM 20,000 setahun atau
sesuatu kontrak.
Contoh 1:
Perolehan kawalan keselamatan untuk setahun bernilai RM 12,000 boleh dilaksanakan secara
pembelian terus. Walau bagaimanapun sekiranya Jabatan merancang untuk mengadakan
kontrak bagi tempoh dua (2) tahun di mana nilainya berjumlah RM 24,000 (melebihi RM
20,000), maka sebut harga hendaklah dipelawa.
BEKALAN/PERKHIDMATAN
ITEM GUNA SAMA
Proses Tanggungjawab
Semua Ptj
Pejabat Bendahari
Pejabat Bendahari
Pejabat Bendahari
Pejabat Bendahari
Semua PTj/ Pejabat Bendahari
(Zon Kewangan)
Pejabat Bendahari Semua PTj / Pejabat Bendahari
(Zon Kewangan)
Mengemukakan keperluan item yang dikehendaki berdasarkan kajian keperluan bekalan dan kepenggunaan kepada Pejabat Bendahari
Mengumpul maklumat keperluan daripada PTj bagi sesuatu item yang diperlukan
Perlantikan Dua (2) Jawatankuasa: a) Jawatankuasa Penilaian Harga b) Jawatankuasa Teknikal
Pelaksanaan Proses Perolehan (Proses tawaran sehingga kelulusan)
Penyediaan kontrak Bekalan/Perkhidmatan
Penerimaan dan Pembayaran
Penyediaan Pesanan Pesanan (Berdasarkan Kontrak)
LAMPIRAN 4
Sehingga RM20,000 setahun atau sesuatu kontrak
Kurang dari RM10,000
Melebihi RM10,000 hingga RM20,000
a) Dilaksanakan secara pembelian terus daripada mana-mana
pembekal sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera.
b) Kajian Pasaran hendaklah dibuat dengan mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3) tawaran harga daripada pembekal
tempatan.
Mana-mana
Kontraktor
berdaftar dengan CIDB
dalam kod bidang yang
bersesuaian
Sebut harga dari
3 Kontraktor
berdaftar dengan CIDB
dalam kod bidang yang bersesuaian
Kaedah undian berdaftar
dengan CIDB untuk
kerja –kerja awam/mekanikal/teleko-
munikasi dan dalam kod bidang yang bersesuaian
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU CARTA ALIRAN PEMBELIAN TERUS
Pastikan Peruntukan Mencukupi
Tentukan jenis dan nilai perolehan
Sedia Pesanan Tempatan Nota:
JKSH-Jawatankuasa Sebutharga Pemantauan /Bayaran
PTj -Pusat Tanggungjawab PKK-Pusat Khidmat Kontraktor
Bekalan dan
Perkhidmatan Kerja
Nota: Pengecualian bagi perolehan kerja elektrik melebihi RM20,001 hingga RM50,000 adalah berdasarkan Jadual Kadar Kerja Elektrik (SPP Bil 7 Tahun 2005)
LAMPIRAN 2