rph psv membuat congkak mini tahun 4
DESCRIPTION
BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANKERJA BERKUMPULANTRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tarikh : 28 Ogos 2013
Hari : Rabu
Masa : 11.15 am-12.15 am
Kelas/Tahun : 4 Merah
Bilangan Murid : 34 Orang
Bidang : Membentuk Dan Membuat Binaan
Tema/Tajuk : Alat Permainan Tradisional: Congkak Mini
Hasil Pembelajaran
Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat binaan.
Aras 1
i. Menghasilkan objek 3D yang mudah dengan menggunakan elemen Asas
Seni Reka seperti bentuk dan ruang.
Aras 2
i. Mengaplikasi konsep, struktur dan imbangan dalam membentuk dan
membuat binaan yang berfungsi.
Aras 3
i. Menghasilkan binaan 3D yang lebih kompleks dengan mengutamakan
kemahiran memotong, mencantum dan mengikat.
ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
Objektif Pembelajaran: Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini,
murid dapat;
i. Menghasilkan binaan 3D yang berfungsi .
ii. Mengaplikasikan asas seni reka dalam menghasilkan binaan 3D.
iii. Membuat refleksi mengenai hasil kerja dalam kumpulan.
Pengalaman Sedia Ada Murid : murid pernah melihat alat permainan congkak
Penerapan Nilai Murni : bekerjasama, tolong menolong, tekun, menjaga
kebersihan dan berdisiplin
Alat/Bahan Bantu Mengajar : alat permainan congkak buatan sendiri, gambar-
gambar congkak
KBKK : menyelesaikan masalah, membuat sekuen,
menjana idea
Alat Dan Bahan Untuk Membuat Hasil Kerja:
Persediaan Murid Jumlah Persediaan Guru Jumlah
1. Kotak terpakai
2. Botol terpakai
3. Gam UHU/Gajah
4. Warna air
5. Berus air
6. Pensel
7. Gunting/cutter
knife
34 buah
34 buah
34 buah
34 kotak
34 batang
34 batang
34 buah
1. Botol terpakai
2. Gam UHU/Gajah
3. Pensel
4. Gunting/cutter
knife
10 buah
10 buah
10 batang
10 buah
LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Langkah/masa Butiran pengajaran dan
pembelajaran
ABM/catatan
Set Induksi
(5 Minit)
1. Guru menunjukkan
gambar alat permainan
congkak dan orang yang
sedang bermain congkak.
i. Apakah gambar ini?
(ABM lampiran 1)
ii. Apakah yang
sedang dilakukan
oleh orang di dalam
gambar ini?
(ABM Lampiran 2)
iii. Pernahkah murid-
murid bermain
permainan ini?
2. Guru mengaitkan isi
pelajaran dengan jawapan
murid.
Pengalaman Sedia Ada
Murid:
- Murid pernah melihat
alat permainan
congkak
Penerapan Nilai Murni:
- Berdisiplin
KBKK:
- Menjana idea
Perkembangan
(50 minit)
1. Guru menunjukkan alat
permainan congkak yang
sudah dihasilkan oleh
guru.
(ABM 3:lampiran 3
2. Guru mengedarkan
lembaran pengurusan
grafik iaitu langkah-
langkah untuk
menghasilkan alat
Objektif Pembelajaran:
i. Menghasilkan
binaan 3D yang
berfungsi .
ii. Mengaplikasikan
asas seni reka
dalam
menghasilkan
binaan 3D.
iii. Membuat refleksi
mengenai hasil
permainan congkak
daripada bahan terpakai.
(ABM 4: lampiran 4)
3. Guru membuat demostrasi
cara-cara membuat alat
permainan congkak.
4. Murid-murid dibahagikan
kepada lima kumpulan.
Setiap kumpulan mesti
menghasilkan satu alat
permainan congkak.
Segala hiasan dan reka
bentuk adalah mengikut
kreativiti kumpulan
masing-masing.
5. Guru membimbing murid
menghasilkan alat
permainan congkak serta
memberi tunjuk ajar
sepanjang proses
menghasilkan alat
permainan congkak.
6. Setelah siap menghasilkan
alat permainan congkak,
sekurang-kurangnya dua
kumpulan dipilih/sukarela
untuk membuat apresiasi
mengenai hasil kerja
kumpulan masing-masing.
kerja dalam
kumpulan.
Penerapan Nilai Murni:
- bekerjasama, tolong
menolong, tekun,
menjaga kebersihan
dan berdisiplin
KBKK:
- Menyelesaikan
masalah, membuat
sekuen, menjana idea
7. Guru membimbing murid
membuat apresiasi.
8. Hasil kerja murid disimpan
untuk kegunaan sekolah
sebagai koleksi alat
permainan tradisional.
Penutup
(5 minit)
1. Murid membuat
pembersihan di sekitar
kawasan dalam kelas.
Penerapan Nilai Murni:
- Menjaga kebersihan
dan berdisiplin
Ulasan pensyarah/guru pembimbing
Tandatangan ,
.............................................
( )
Tarikh: