rph pkjr tahun 6

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 6 Tarikh : 25 September 2012 Masa : 10.00 pagi -11.00 pagi (60 minit) Kelas : 6 Cerdik Bilangan murid : 20 orang Umur : 12 tahun Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Keselamatan Tajuk : Keselamatan di Jalan Raya Fokus utama: 4.2 Kemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 2 (i) Memberikan komen berkaitan sesuatu isu berdasarkan keperluan masa depan. Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. Aras 3 (i) Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. Objektif pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3117) NORIZZATI BT MOHD ADENAN NURUL AMIRA FARHANAH BT NIK

Upload: zatidenan

Post on 02-Aug-2015

891 views

Category:

Documents


83 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PKJR TAHUN 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 6

Tarikh : 25 September 2012

Masa : 10.00 pagi -11.00 pagi (60 minit)

Kelas : 6 Cerdik

Bilangan murid : 20 orang

Umur : 12 tahun

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Keselamatan

Tajuk : Keselamatan di Jalan Raya

Fokus utama:

4.2 Kemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Aras 2 (i) Memberikan komen berkaitan sesuatu isu berdasarkan keperluan masa depan.

Fokus sampingan:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Aras 3 (i) Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3117)

NORIZZATI BT MOHD ADENAN

NURUL AMIRA FARHANAH BT NIK

Page 2: RPH PKJR TAHUN 6

Objektif pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat :

(i) mengemukakan komen dan pandangan secara lisan berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.(lisan)

(ii) membaca lancar teks pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.(membaca)

(iii) Menulis serangkap pantun dengan format yang betul.

Pengurusan kurikulum:

1. Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Pendidikan Sivik.2. Nilai : Menjaga keselamatan di jalan raya dan keprihatinan ketika di jalan raya.

Kemahiran Bernilai Tambah:

1. Kemahiran Berfikir (KB) : Kemahiran berfikir kreatif dan kritis, reka cipta, meramal, dan membuat gambaran mental.

2. Belajar Cara Belajar (BCB): Kemahiran mendengar dan membaca.3. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KCP) : Kecerdasan linguistik dan kecerdasan

visual4. Kemahiran Kajian Masa Depan : Meramal5. Kemahiran Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait.

Bahan Bantu Mengajar: Video, paparan slide pantun, gambar kenderaan, kertas

lukisan, pensel warna

Pengalaman sedia ada murid: Menonton kemalangan jalan raya di televisyen.

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi(5 minit)

Nyanyian lagu “ingatlah orang yang tersayang.”

“Pagiku cerah,

Guru memperdengarkan lagu “Ingatlah Orang yang Tersayang ”

BBM: Lagu “Ingatlah

Orang Yang Tersayang”

Page 3: RPH PKJR TAHUN 6

matahari bersinarayah pakaikan helmet di kepalatolonglah ayah aku sangat rimaskerana helmet ku terasa berat…”

1. Mengapakah kita perlu memakai topi keledar?

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kandungan lagu.

KBT

BCB Kemahiran

mendengar Kemahiran

psikomotor

Langkah 1(15 minit)

Simulasi situasi di jalan raya

Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.

Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk membuat simulasi situasi di jalan raya.

Murid melakukan simulasi berdasarkan tugasan yang diberikan.

Murid memerhati dan menghayati simulasi yang dilakukan oleh rakan mereka di hadapan kelas.

Guru meminta setiap kumpulan untuk berbincang dan memberikan komen mengenai

BBM: Gambar

kenderaan.

BCB: Kemahiran mendengar.

KB: Kritis

Kontekstual Menghubung kait.

Ilmu: Pendidikan

Keselamatan Jalan

Raya Pendidikan Sivik.

Nilai: Menjaga

keselamatan di jalan raya.

Keprihatinan ketika

di jalan raya.

Page 4: RPH PKJR TAHUN 6

simulasi tersebut. Murid

membentangkan pandangan yang telah dibincangkan serta membuat simulasi.

Langkah 2(15 minit)

Kenderaan masa depan

Cerita masa hadapan:

“Kamu bayangkan sekarang berada di...”

Murid masih dalam kumpulan yang sama.

Guru menceritakan keadaan dan situasi pada masa hadapan.

Guru meminta murid melukis kenderaan masa depan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Setiap wakil kumpulan membentangkan lukisan yang telah dihasilkan kepada rakan-rakan kelas.

BBM Kertas lukisan Pensel warna

KB Kreatif dan kritis. Reka cipta Meramal Membuat

gambaran mental

KKP: Kecerdasan

Visual

Kemahiran KajianMasa Depan

Meramal

Nilai: Menjaga

keselamatan di jalan raya.

Langkah 3(15 minit)

Teks pantun tentang keselamatan jalan raya.

Guru memaparkan tiga rangkap pantun tentang keselamatan jalan raya.

Guru membacakan

BBM: Slide pantun.

BCB: Kemahiran

membaca.

KCP: Kecerdasan

Page 5: RPH PKJR TAHUN 6

pantun dengan nada dan intonasi yang betul dan meminta murid mengikut cara guru berpantun.

Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

Murid membaca pantun mengikut kumpulan dengan suara yang kuat dan nada intonasi yang betul.

Guru meminta setiap kumpulan membina serangkap pantun tentang keselamatan jalan raya dengan format yang betul dan tuliskan di papan putih.

Murid membaca pantun yang telah dibina bersama-sama.

linguistik.

Penutup(10 minit)

Rumusan tajuk.

Tayangan video keselamatan jalan raya.

Murid menonton tayangan video berkenaan keselamatan jalan raya.

Guru merumuskan tajuk secara keseluruhan.

BBM: Klip video

Nilai: Menjaga

keselamatan di jalan raya.

Keprihatinan di jalan raya.

Page 6: RPH PKJR TAHUN 6

Ulasan pensyarah pembimbing:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________