rph pai aqidah & ibadah

Upload: roziah-nasar

Post on 19-Oct-2015

159 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2012HBIS1103KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PELAJAR : ROZIAH NASARNO. MATRIKULASI : 720303135582001NO. KAD PENGENALAN : 720303135582NO. TELEFON : 0138183272E-MEL : [email protected] TUTOR :USTAZ NORULHUDA @ NORAZHAR BIN HARUN

KANDUNGAN

Muka suratKANDUNGAN2SOALAN (a)RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN AQIDAH3LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN4LAMPIRAN LEMBARAN KERJA AQIDAH11SOALAN (b)RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN IBADAH12LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN13LAMPIRAN LEMBARAN KERJA IBADAH20SOALAN (c)SLAID MS POWERPOINT STRATEGI PENGAJARAN DAN PRINSIP ISI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIANPENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHUN SATUAQIDAH

Mata Pelajaran: Pendidikan Agama Islam

Kelas: Tahun Satu

Tarikh: Rabu, 29 Februari 2012

Masa: 0900 1000 (60 minit)

Bilangan Pelajaran: 10 orang

Bidang: Aqidah

Tajuk: Rukun Iman

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mengetahui tentang Rukun Iman semasa di Prasekolah.

Standard Kandungan: 2.1 Memahami Rukun Iman

Standard Pembelajaran: 2.1.1 Menyatakan pengertian Rukun Iman. 2.1.2 Menyatakan Rukun Iman.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :-1. Murid-murid dapat menyatakan pengertian Rukun Iman dengan betul.2. Murid-murid dapat menyebut Rukun Iman satu persatu.3. Murid-murid dapat menyenaraikan Rukun Iman mengikut urutan dengan betul.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Soal jawab 3. Tunjuk cara 2. Penerangan 4. Latih Tubi

Kemahiran Berfikir: Membanding & membeza, Menghasilkan analogi, Membuat Kesimpulan

Penerapan Nilai: Taat kepada Allah

Penggabungjalinan: Dunia Muzik, Teknologi Maklumat & Komunikasi

Penerapan/Rentasan: Bahasa Arab, Bahasa Melayu

Bahan Bantu Mengajar: CD, LCD, Carta, Kad Imbasan Rukun Iman

13

11

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Muqaddimah(1 minit)DoaSyahadatainGuru dan murid-murid membaca doa:

Tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(4 minit)Nasyid Rukun Iman:Rukun Iman ada Enam perkaraPertama percaya pada Allah yang EsaKedua percaya Malaikat yang di SyurgaKetiga percaya Rasul diutuskanNyaKeempat percaya Kitab yang Maha EsaKelima percaya Kiamat akan tibaKeenam Qada dan Qadar ketentuanNya

Soal jawab:Apakah tajuk lagu ini?Apakah yang disebut dalam lagu ini?

1. Guru memperdengarkan lagu nasyid yang berkaitan dengan Rukun Iman melalui LCD dan CD.2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi kandungan lagu nasyid tersebut.3. Mengaitkan nasyid dengan tajuk pengajaran.4. Guru mempamerkan pengertian Rukun Iman melalui carta.

Flash videoRukun Iman (Islamic Kindergarten Songs)

Penggabungjalinan Mata pelajaran:1. Dunia Seni Muzik2. Teknologi Maklumat & Komunikasi

Penerapan Nilai:1. Bekerjasama2. Mematuhi arahan

Kaedah tunjuk cara dan soal jawab

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 1(15 minit)Menyatakan pengertian Rukun Iman melalui slaid:Slaid 1

Slaid 2

Slaid 3

1. Tayangan pengertian Rukun Iman melalui slaid Microsoft Office Powerpoint.2. Guru meminta murid-murid menyatakan pengertian Rukun Iman berdasarkan slaid yang ditayangkan.3. Penerangan guru tentang pengertian Rukun Iman dan Rukun Iman satu persatu.

Guru Pendidikan Islam 1. Murid-murid kumpulan A dan B menyebut dan membaca Rukun Iman seorang demi seorang.2. Bersoal jawab tentang perkara berkaitan Rukun Iman.

Guru j-QAF1. Murid-murid kumpulan C menyebut dan membaca Rukun Iman dengan bimbingan guru seorang demi seorang.2. Bersoal jawab tentang perkara berkaitan Rukun Iman.Penggabungjalinan:Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)Slaid Microsoft Office PowerPoint:Tajuk Rukun Iman

Kaedah Pengajaran:1. Penerangan guru.2. Soal jawab.

Kemahiran Berfikir:1. Membanding dan membeza

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Slaid 4

Slaid 5

Slaid 6

Slaid 7

Slaid Microsoft Office PowerPoint:Tajuk Rukun Iman

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 2(15 minit) Menyusun Rukun Iman mengikut urutan yang betul menggunakan kad imbasan.

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat

Percaya kepada Rasul-rasul

Percaya kepada Kitab-kitab

Percaya kepada Hari Kiamat

Percaya kepada Qada dan Qadar1. Murid-murid menyebut kad perkataan yang ditulis enam perkara Rukun Iman satu persatu untuk menentukan kumpulan masing-masing dan dibantu oleh seorang guru j-QAF.Guru Pendidikan Islam1. Murid-murid kumpulan A dan B diberikan kad-kad Rukun Iman.2. Murid-murid diminta menyusun kad-kad tersebut dengan urutan yang betul.3. Guru memberi ulasan berkenaan dengan hasil kerja kumpulan.Guru j-QAF1. Murid-murid kumpulan C diberikan kad-kad Rukun Iman.2. Murid-murid diminta menyusun kad-kad tersebut mengikut urutan yang betul .3. Guru memberi ulasan berkenaan dengan hasil kerja kumpulan.

Pembahagian kumpulan:Kumpulan A BaikKumpulan B SederhanaKumpulan C Lemah

Bahan Bantu Mengajar:Kad Imbasan Rukun Iman

Kemahiran Berfikir:1. Menghasilkan analogi

Kaedah pengajaran:Tunjuk caraPerbincangan

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 3(10 minit)Aktiviti menulis:Lembaran kerja:1. Mewarnakan Rukun Iman.2. Menyambung titik untuk membentuk huruf dan perkataan Rukun Iman.3. Menomborkan Rukun Iman mengikut urutan.

(Sila rujuk lampiran)

1. Guru meminta murid-murid supaya sentiasa mengingati dan menyebut Rukun Iman.2. Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF mengedarkan lembaran kerja kepada kumpulan masing-masing.3. Murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.4. Murid-murid yang lemah diberi bimbingan untuk menyiapkan tugasan.Penerapan Nilai:1. Bekerjasama

Kaedah Pengajaran:Perbincangan

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Penutup(5 minit)Kesimpulan :1. Rukun Iman wajib dipercayai oleh semua umat Islam.2. Kita hendaklah mengamalkan Rukun Iman dalam kehidupan.

Nyanyian lagu Rukun Iman.3. Guru memainkan semula tayangan video lagu Rukun Iman.4. Murid-murid menyanyikan lagu Rukun Iman bersama-sama.5. Guru sekali lagi bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isi pelajaran sebagai pengukuhan.

Flash VideoRukun Iman (Islamic Kindergarten Songs)

Kemahiran Berfikir:Membuat Kesimpulan

Kaedah Pengajaran:Soal jawab

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIANPENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHUN SATUIBADAH

Mata Pelajaran: Pendidikan Agama Islam

Kelas: Tahun Satu

Tarikh: Khamis, 01 Mac 2012

Masa: 0900 1000 (60 minit)

Bilangan Pelajaran: 10 orang

Bidang: Ibadah

Tajuk: Wudhu

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mengetahui tentang bersuci dalam pelajaran lalu.

Standard Kandungan: 3.3 Pengertian Wudhu

Standard Pembelajaran: 3.3.1 Menyatakan pengertian wudhu 3.3.2 Menyebut tujuan berwudhu. 3.3.3 Melafaz niat wudhu serta ertinya.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :-4. Murid-murid dapat menyatakan pengertian wudhu.5. Murid-murid dapat menyebut tujuan berwudhu.6. Murid-murid dapat membaca lafaz wudhu serta ertinya.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Sumbang saran 2. Tunjuk cara 3. Soal jawab

Kemahiran Berfikir: Menjana idea, Mengkategori, Membuat kesimpulan

Penerapan Nilai: Kebersihan

Penggabungjalinan: Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)

Penerapan/Rentasan: Bahasa Arab, Bahasa Melayu

Bahan Bantu Mengajar: CD, LCD, Kad Imbasan, Kad Gambar, Kad Perkataan

21

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Muqaddimah(1 minit)DoaSyahadatainGuru dan murid-murid membaca doa:

Tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(4 minit)Ilustrasi (gambar)

1. Apakah yang kamu lihat dalam gambar ini?2. Apakah yang sedang dilakukan oleh orang dalam gambar ini?3. Bilakah kita boleh berwudhu?

1. Guru mempamerkan ilustrasi murid sedang membasuh tangan.

2. Bersoal jawab tentang ilustrasi yang dipamerkan dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.

Kaedah Soal jawab

Kemahiran Berfikir:Menjana Idea

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 1(10 minit)Pengertian Wudhu

Kad perkataan

Wudhu ialah

menggunakan air

pada anggota-anggota tertentu

beserta dengan niat

1. Guru menyusun kad perkataan takrif wudhu dengan betul.

2. Murid-murid membaca secara kelas.

3. Murid-murid menyusun kad-kad perkataan takrif wudhu:3.1 Secara individu3.2 Secara berkumpulan

4. Guru membimbing murid-murid yang lemah.

Pendekatan Berpusatkan murid

Kaedah tunjuk cara

Kaedah Perbincangan

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 2 (10 minit) Tujuan berwudhu

Carta Tujuan Berwudhu

Tujuan BerwudhuMenghilangkan hadasMendirikan solatMenyentuh Al QuranMelakukan tawafMendapat pahalaMeredakan kemarahanMenjaga kesihatan

1. Sumbang saran tujuan berwudhu.

2. Murid-murid membaca tujuan berwudhu secara kelas.

3. Murid-murid menulis semula tujuan berwudhu di papan putih.

4. Guru menyenaraikan tujuan berwudhu yang betul.

Kaedah Perbincangan

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 3(10 minit)Niat berwudhu:

1. Guru mempamerkan lafaz niat dan erti wudhu menggunakan LCD.

2. Guru membaca dan lafaz niat dan erti wudhu.

3. Murid-murid membaca dan lafaz niat dan erti wudhu.

4. Guru menilai bacaan setiap murid secara kolaborasi.

Penggabungjalinan:Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)

Kemahiran Berfikir:Pemikiran kreatif

Kaedah tunjuk caraKaedah soal jawab

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 4(12 minit)Latihan:

1. Aktiviti individu:1.1 Melengkapkan pengertian wudhu dengan betul.1.2 Mewarnakan gambar yang menunjukkan tujuan berwudhu yang betul.1.3 Menyusun lafaz niat wudhu dengan betul.

(Lampiran)

1. Guru memberi galakan kepada murid-murid supaya mengambil wudhu setiap masa.

2. Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan secara individu.

3. Guru membimbing murid-murid yang lemah.

Pengayaan:Membaca niat dan pengertian wudhu secara hafalan.

Pemulihan:Menyusun semula kad perkataan niat dan pengertian wudhu dengan betul.Pendekatan Pemusatan Murid

Kemahiran Berfikir:Menyelesaikan masalahMengkategori

Kaedah Perbincangan

Langkah-langkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Penutup(3 minit)Kesimpulan:

1. Berwudhu adalah lambang kebersihan.2. Berwudhu mesti disertakan dengan niat.3. Berwudhu dapat memberikan banyak manfaat dalam kehidupan.

1. Guru menyoal semula murid-murid tentang isi pelajaran:1.1 Pengertian wudhu1.2 Tujuan wudhu1.3 Niat wudhu

2. Murid-murid menyatakan semula isi pelajaran secara kelas.Kaedah soal jawab

Penerapan nilai: Kebersihan

Kemahiran Berfikir:Membuat Kesimpulan

RUKUN IMAN

Pertama

Percaya Kepada Allah Yang Esa

Kedua

Percaya Kepada Malaikat

Ketiga

Percaya Kepada Kitab

Keempat

Percaya Kepada Para Rasul

Kelima

Percaya Kepada Hari Kiamat

Keenam

Percaya Kepada Qada dan Qadar