rph minggu 1, darab
DESCRIPTION
mathsTRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
NAMA PELAJAR: LIM SOOK SIAN @ ALICE LIM
NO.MATRIK: PPGM00041/2011/I/KI
EMAIL: [email protected]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU PERTAMA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 MINGGU PERTAMA
Tarikh/ Hari : 22 April 2014 (Selasa)
Masa : 1 pm – 2 pm
Kelas : 2H
Bilangan murid : 50 orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Darab
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid sudah berupaya untuk tambah
berulang.
Standard Kandungan : 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi
darab.
Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid
berupaya
(i) Membina dan menyebut kumpulan sama
banyak menggunakan:
(a) bahan konkrit,
(b) gambar,
(c) garis nombor.
(ii) Menulis ayat matematik tambah berulang:
(a) dua-dua,
(b) lima-lima,
(c) sepuluh-sepuluh,
(d) empat-empat.
Bahan Bantu Belajar : Gula-gula, guli, kad gambar, projektor, screen,
buku teks, buku aktiviti dan lembaran kerja.
Penerapan Nilai : Bekerjasama dalam kumpulan dan berani
membuat keputusan, penglibatan aktif, berani
mencuba, teliti.
Kreativiti dan Inovasi : Menghasilkan idea melalui pemerhatian dan
menyatakan idea secara lisan.
EMK : Keusahawan
LANGKAH ISI PELAJARAN LANGKAH / AKTIVITI CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
4 orang kanak-kanak sedang bermain lompat tali. 4 orang kanak-kanak sedang bermain jongkang- jongket. 4 orang kanak-kanak sedang bermain buain.
1. Murid-murid membaca 3
ayat didalam kad gambar.
2. Guru menanya soalan
untuk mengcungkil
pemikiran murid untuk
mencari jawapan dalam
gambar.
3 kumpulan yang
mempunyai 4 orang sedang
bermain di taman.
4+4+4=12
3 × 4 =12
(3×10 rambutan), (4×2
burung) dan (2×5 bunga)
1. Guru menarik perhatian
para murid dengan kad
gambar.
2. Murid meneliti kad
gambar lalu menjawab
soalan.
3. Guru memperkenalkan
pembelajaran hari ini
iaitu menulis ayat
matematik tambah
berulang.
BBM:
Kad gambar, kad simbol
Nilai murni:
berani mencuba, teliti
Langkah 1 (10 minit)
2+2+2= 6
Operasi tambah: 2+2+2=6
Operasi darab : 3 x 2 = 6
(tiga dua bersamaan enam)
(bil kumpulan x bil objek)
5+5= 10
10+10+10+10 = 40
4+4+4=12
Guru mengajar murid cara
melihat garis nombor
tambah berulang.
1. Guru memanggil murid
untuk memberi
penerangan tentang ayat
matematik tambah
berulang berdasarkan
kad cerita yang
diberikan.
(a) dua-dua,
(b) lima-lima,
(c) sepuluh-sepuluh,
(d) empat-empat.
2. Murid-murid diberi
peluang main peranan
untuk berkumpul seperti
kumpulan dalam gambar
tertentu sambil
menjawab soalan
tersebut.
3.Murid-murid yang lain
meneliti dan memberitahu
guru adakah jawapan
rakan mereka betul.
4. Guru memberitahu murid
sambil membimbing
murid untuk menuliskan
ayat matematik untuk
operasi darab.
BBM: Kad
cerita,
main
peranan
Contoh:
Operasi tambah:2+2+2=6
Operasi darab : 3 x 2 = 6
(tiga dua bersamaan enam)
(bilangan kumpulan x
bilangan objek)
Langkah 2 (10 minit)
Contoh:
4+4+4 = 12
5+5 = 10
2+2+2 = 6
1. Guru menunjukkan
soalan dengan
menggunakan projektor
sambil membuat
penerangan.
Langkah-langkah:
i) membaca arahan
ii) menganalisis soalan
melalui gambar
iv) menulis ayat Matematik
2. Murid-murid meneliti
cara-cara guru
menyelesaikan masalah .
3. Guru membimbing murid
menyelesaikan masalah
kedua dan seterusnya.
BBM:
LCD,
projektor,
screen,
buku
aktiviti
Nilai
murni:
bekerjasa
ma
kerajinan,
Langkah 3 (15 minit)
Jawapan
1) 2+2+2 = 6
3×2 = 6
2) 4+4+4+4= 16
4×4 = 16
3)5+5+5+5+5+5= 30
6×5 = 30
4) 10+10+10+10+10+10+10
=70
7 × 10 = 70
1) Guru membahagikan
murid-murid kepada 8
kumpulan setiap
kumpulan diberi
sekeping kertas soalan
yang ada soalan untuk
diselesaikan.
2) Murid-murid
menjalankan langkah-
langkah penyelesaian
masalah.
3) Guru meneliti cara kerja
murid dan memberi
bimbingan.
4) Murid-murid membuat
pengiraan operasi darab
dengan teliti
berdasarkan soalan.
5) Guru menerapkan nilai
murni.
BBM:
kertas
soalan,
pensel.
Nilai murni: bekerjasama, kerajinan
Langkah 4 (5 minit)
1) Ahli kumpulan akan
tampil ke depan untuk
membuat
pembentangan.
2) Guru memberi ulasan
terhadap hasil kerja.
Nilai murni: kerajinan
3) Murid-murid meneliti
hasil kerja kumpulan
lain.
Langkah 5 (10 minit)
1) Guru memberikan
lembaran kerja kepada
murid.
2) Guru menerapkan nilai
murni.
3) Murid-murid menjawab
soalan dalam lembaran
kerja secara individu.
4) Guru memberi tunjuk
ajar kepada murid yang
lemah.
5) Murid-murid
menunjukkan kebolehan
mereka menyelesaikan
masalah sendiri.
BBM:
lembaran
kerja
Nilai Murni: Ketelitian
Penutup (5minit)
1) Guru menunjukkan dua
gambar dalam situasi
yang berlainan.
2) Guru bertanyakan
soalan kepada murid
secara rawak.
Nilai Murni: Ketelitian
1.Carikan mana satu
kumpulan yang mempunyai
bilangan yang sama, sila
tambil ke depan dan
bulatkan jawapan yang
betul.
3) Murid-murid diminta
menjawab soalan guru
sambil membulatkan
jawapan.
4) Murid-murid diminta
membuat ulang kaji di
rumah tentang apa yang
telah belajar hari ini.
5) Rumusan
( operasi darab= operasi
tambah berulang)
Refleksi:
Saya amat puas hati dengan sesi P&P yang dilaksanakan hari ini. Ia
membawa hasil pembelajaran yang amat memuaskan. Pada pendapat saya 48
daripada 50 orang murid kelas 2H telah berjaya memahami Standard Pembelajaran
yang telah ditetapkan. Respon positif yang diberikan oleh murid amat
menggembirakan, terutamanya dalam sesi aktiviti main peranan berdasarkan kad
cerita yang diberikan. Ini merupakan salah satu kaedah pengajaran yang amat baik
kerana mereka dapat melibatkan diri sepenuhnya.
BBM yang bewarna-warni berjaya menarik perhatian murid untuk
menumpukan perhatian terhadap kad gambar untuk menjawab soalan guru yang
berpandukan gambar. Penerapan nilai untuk terhadap sahsiah murid juga
diutamakan.
Akan tetapi waktu ini ialah waktu selepas rehat dan makan , maka murid
berkelakuan lebih aktif daripada biasa. Mereka lebih bertenaga selepas berehat.
Maka saya perlu menarik perhatian murid dengan menggunakan pelbagai teguran
dan hadiah semasa aktiviti kumpulan dijalankan untuk mmengawal displin murid.
Saya akan meneruskan usaha saya untuk membimbing dan menilai
perkembangan pembelajaran murid pada setiap masa supaya objektif P&P tercapai.
Lampiran :