rph bahasa melayu tahun 3
DESCRIPTION
RPH Bahasa Melayu tahun 3TRANSCRIPT
KRP 3974 LATIHAN MENGAJAR
SEMESTER 2 2013 / 2014
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 7
NAMA : PHAULINE BTE PHILIP
NO. MATRIKS : D20102040426
KUMPULAN : UPSI89(A132PJJ)
NAMA PENSYARAH : MAHZAN ARSHAD
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 3 Pintar
Masa : 8.20-9.20am (1 Jam)
Tema : Patriotisme
Tajuk : Melawat Tugu Peringatan
Standard Kandungan : 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai
situasi.
Standard pembelajaran : 5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata, ayat Tanya
dengan kata Tanya dan tanpa kata tanya, ayat seru dan
ayat perintah dengan betul dalam pelbagai situasi.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Memahami dan membina ayat tanya dengan menggunakan
kata tanya yang betul mengikut situasi.
2. Membina ayat tanya berdasarkan pernyataan yang diberi.
EMK : Ilmu – Pendidikan Moral, Sejarah
: Nilai Murni – hormat, menghargai, patriotisme
: Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata tanya
: Kosa kata – kemerdekaan, pahlawan, gugur, tugu
Bahan bantu belajar : Gambar, Lembaran kerja, slaid power point
LANGKAH-
LANGKAH
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM/
EMK
CATATAN
Set Induksi 1. Guru menayangkan gambar ‘Tugu
Negara’ kepada murid
menggunakan slaid power point.
2. Murid dan guru berbincang
tentang gambar yang telah di
tayangkan .
3. Guru menerangkan tajuk
pemblejaran pada hari ini.
TMK
Nilai Murni: Patriotisme,
menghargai
Ilmu: Sejarah
BBB slaid power
point
Langkah 1 Bersoal jawab
1. Murid menyenaraikan beberapa
kata tanya yang mereka ketahui.
2. Guru memerangkan tentang kata
tanya dan ayat tanya.
3. Guru mengedarkan teks bacaan
kepada murid.
4. Murid membaca petikan yang
diberi dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
5. Murid dan guru bersoal jawab
tentang teks bacaan yang telah
dibaca menggunakan kata tanya
yang sesuai.
Nilai Murni: Menghargai, patriotisme, bersyukur
Ilmu: Sejarah
Lampiran 1
KP: Verbal
linguistik
Langkah 2 Membaca untuk mendapatkan
maklumat
1. Murid membacakan ayat tanya
yang telah diberikan oleh guru.
2. Murid mengenal pasti kata tanya
yang terkandung dalam ayat yang
dibaca.
3. Murid menyatakan penggunaan
Nilai murni:
Berdikari, tekun
Lampiran 2
KB: Mengenal pasti.
kata tanya yang sesuai dalam ayat
tersebut.
4. Guru memberi penerangan
tentang penggunaan kata tanya
dalam ayat tersebut.
5. Murid mendengar penerangan
dari guru dengan teliti.
Langkah 3 Permainan bahasa dalam kumpulan
(kotak beracun)
1. Murid membina ayat tanya
secara lisan berdasarkan kad
tanya yang telah diperoleh dari
kotak beracun itu.
2. Murid mengisi tempat kosong
dalam ayat dengan kata tanya
yang sesuai.
Lampiran 3
Konstruktivisme
KB: Menjana Idea
Lembaran kerja 1
Langkah 4 Penilaian :
1. Murid membina ayat tanya
secara lisan berdasarkan
pernyataan yang diberikan.
Pemulihan:
1. Murid mengariskan kata tanya
yang sesuai dalam ayat.
Pengayaan:
1. Murid membina ayat tanya yang menggunakan kata tanya yang diberikan berdasarkan gambar.
Nilai murni :
Patriotisme
KBT: KB
Penilaian:
Pemulihan
Pengayaan
Penutup 1. Murid membincang dengan guru
untuk merumus tentang
pembelajaran pada hari ini.
Refleksi/ Rumusan
Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dengan jayanya
dengan berbantukan alat bantu mengajar dan didapati seramai 33 orang murid daripada 36 orang
murid di dalam kelas ini telah berjaya menguasai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan.
Terdapat 3 orang murid yang masih belum dapat menguasai isi pengajaran yang disasarkan. Akan
tetapi murid ini telah diberi latihan pemulihan dan bimbingan dalam kelas. Semasa sesi set induksi
ramai murid memberi respon yang memberangsangkan. Murid berebut-rebut untuk menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan. Keadaan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung
ada kalanya agak riuh kerana murid berebut-rebut untuk menjawab soalan tetapi dapat dikawal
dengan baik.
LAMPIRAN 1 B1 DB1 E1
Arahan: Baca petikan dibawah
Pada cuti persekolahan yang lalu, Cikgu Shirley membawa kami
melawat ke Tugu Peringatan Negara. Tugu itu terletak di Kuala
Lumpur berdekatan dengan bangunan Parlimen.
Menurut Cikgu Shirley, tugu itu dibina untuk mengingati jasa
askar-askar yang telah terkorban kerana menjaga keamanan
Negara. Lima buah patung askar di bahagian atas menandakan
kemenangan mereka mengalahkan musuh. Dua buah patung yang
terbaring di bahagian bawah pula menandakan musuh-musuh
Negara yang telah ditewaskan.
Selepas mendengar penerangan Cikgu Shirley, barulah kami
tahu tujuan tugu itu dibina. Kami bersyukur kerana dapat hidup di
Negara yang aman dan makmur.
Lampiran 2
B2 DL1 E1 (02)
Menguasai tidak menguasai
Lampiran 3
Arahan : Baca ayat tanya di bawah kepada rakan anda dan rakan anda menjawab secara lisan
Ke manakah Cikgu Shirley membawa kami pada cuti persekolah yang lalu?
Di manakah letaknya Tugu Peringatan Negara?
Mengapakah Tugu Peringatan Negara dibina?
Apakah maksud lima buah patung di bahagian atas tugu itu?
Bagaimanakah perasaan mereka apabila dapat hidup di negara yang aman dan makmur?
PERMAINAN BAHASA
B3 DT1 E1
Lembaran Kerja 3
Arahan : Bina ayat tanya berdasarkan kata tanya yang diperolehi.
Kata Tanya
Di mana
Mengapa
bilabagaimana
Apa
Siapa
Nama : __________________________ Kelas : ____________________
B2 DT1 E1
1. ____________________ Perdana Menteri kita?
2. ___________________ letaknya Bangunan Parlimen?
3. ___________________ nama bendera Malaysia?
4. ___________________ negara Malaysia merdeka?
5. ___________________ kita mesti menghormati Jalur Gemilang?
menguasai tidak menguasai
Penilaian
Nama : ___________________ Kelas : ________________
B3 DT1 E1 (02)
Arahan : Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat yang diberi.
Arahan : Bina ayat tanya berdasarkan pernyataan yang
diberikan.
Apakah
Mengapakah Bilakah
Di manakahSiapakah
1. ________________________________________________________
Jalur Gemilang ialah bendera Malaysia.
2. _________________________________________________________
Rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31hb Ogos setiap
tahun.
3. ________________________________________________________
Tunku Abdul Rahman ialah perdana menteri Malaysia yang pertama.
4. _______________________________________________________
Tugu Negara terletak di Kuala Lumpur.
5. ________________________________________________________
Rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni.
Menguasai tidak menguasai
Pemulihan
Nama : ____________________ Kelas : _______________
B2 DL1 E1 (02)
Arahan :Pilih dan gariskan kata tanya yang sesuai.
1. ( Apa, Mengapa ) kah nama bunga kebangsaan kita?
2. ( Bila, Apa ) kah negara Malaysia merdeka?
3. ( Bagaimanakah, Berapa ) kah jalur yang terdapat pada Jalur Gemilang?
4. ( Apa, Siapa ) kah kah warna bunga raya?
5. ( Apa, Mengapa ) kah yang patut kita lakukan ketia mendengar lagu
‘Negaraku’?
Menguasai tidak menguasai
Pengayaan
Nama : ________________________ Kelas : ________________
B3 DT1 E1 (02)
Arahan: Bina lima ayat tanya berdasarkan gambar di
bawah.
1. _______________________________________________________ .
2. _______________________________________________________ .
3. _______________________________________________________ .
4. _______________________________________________________ .
5. _______________________________________________________ .
Menguasai tidak Menguasai
Di mana
Di mana Di mana
Di manaDi mana