rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

20
1 KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN KUMPULAN EL A18 (A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MAHANI BINTI RAZALI TARIKH SERAH : 10 MEI 2013 TUGASAN 2 BINCANGKAN DENGAN LEBIH KRITIS TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK KUMPULKAN SATU LUKISAN FIGURA BAGI SETIAP UMUR 3 12 TAHUN. ANALISIS SETIAP LUKISAN

Upload: aisyamafiza

Post on 06-Jul-2015

629 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

1

KAE 3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

EL – A18 (A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MAHANI BINTI RAZALI

TARIKH SERAH : 10 MEI 2013

TUGASAN 2

BINCANGKAN DENGAN LEBIH KRITIS TEORI PERKEMBANGAN

ARTISTIK KANAK-KANAK

KUMPULKAN SATU LUKISAN FIGURA BAGI SETIAP UMUR 3 – 12

TAHUN. ANALISIS SETIAP LUKISAN

Page 2: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. Penghargaan 3

2. Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day 4

3. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan

Britain

7

4. Bibliografi 19

Page 3: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

3

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Mengasihani………………………….

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan

hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Dr. Mahani binti Razali

pensyarah e-learning dan Cik Rubrina selaku tutor pembimbing tugasan ini yang telah banyak

membantu dengan penuh komitmen dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan,

panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala

permasalahan dan kekeliruan dapat diatasi. Tidak dilupakan juga setinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan yang sudi

memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang membantu di kala buntu ketika menyiapkan tugasan ini dan suami serta kedua

anak-anak kecilku yang menjadi inspirasi menyambung pengajian PJJ ini. Budi kalian saya akan

kenang hingga akhir hayat. Insyaallah..

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini.

Amin........

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 4: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

4

A. Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan tahap perkembangan artis kanak-kanak

tebahagi kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat

manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.

“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the

teacher, but they should not be considered as goals for education.”

- Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan

kerana umur mereka yang masih muda, biasanya di dalam lingkungan umur dua hingga

lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di

dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan atau bahan

dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

Penghasilan karya pada umur ini tidak bersifat realistik dan lebih kepada menggunakan lukisan

garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada umur ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk

mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan

melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu

contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal

dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya

kawalan dan garisan yang dihasilkan serta ia biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan

garisan terkawal pula, garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang

dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal

Page 5: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

5

menampakkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya

mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, iaitu pada peringkat ini kanak-kanak berupaya

mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan

yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi

peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah cara kanak-kanak memegang

alatan untuk melukis. Pada usia ini, bahan atau alatan tulis yang dipegang adalah mengikut

keupayaan cara dan gaya yang digemari oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung

kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus

imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat

menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga

kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh

dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang kerap dihasilkan adalah seperti

rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imej dalam lukisan figura

merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imej yang dilukis oleh kanak-kanak

ini biasanya dimulai dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga

terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang

dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai

kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan

terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan

Page 6: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

6

kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura

yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga

yang lain menjelaskan atau melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa

selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai

saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak

menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke

atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru,

warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau

tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan

kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka

tahu.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.

Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula

dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Misalnya, figura manusia

mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat

penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada

kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang

tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan

seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah

perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang

iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

Page 7: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

7

B. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-

kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik

yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu

peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning

realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan

koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai

pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan

kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)

Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada

percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan

menggunakan garisan. Misalnya, ibu bapa dan orang yang rapat dengan

mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah

terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek

berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau

konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam

imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai

contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada

kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama

Page 8: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

8

manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan

adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri

dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan

gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan

skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis

secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak

mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula

membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka

berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang

dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam

menghasilkan lukisan. Mereka menekankan konsep kedudukan dan saiz rasional

imej. Mereka lebih suka untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek

di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang

dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan

rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya

seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam

membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya

seni.

Page 9: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

9

ANALISIS TENTANG PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Nama : Nur ‘Aisyah Humaira binti Mohd Fairdaus

Umur : 3 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil sepenuhnya dan lukisan ini tidak diwarnakan. Dia

juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan saiz tangan yang agak panjang dan

terletak di bahagian kepala. Cuma berlaku sedikit kekeliruan dengan tiga kaki yang dimiliki oleh

lukisan manusia ini. Pada masa yang sama, kanak-kanak ini mula menyatakan rambut yang

sedikit tumbuh di bahagian kepala. Kanak-kanak ini sudah belajar asas melukis di Taska Permata

Cemerlang, Taman Bandar Baru Tangkak berhampiran rumahnya, maka kemungkinan ini adalah

pengalamannya yang melukis bentuk manusia sebegini rupa. Kanak-kanak ini juga menulis

dengan tangan kiri (kidal). Simbol manusia sudah jelas kelihatan daripada lukisan kanak-kanak

ini yang mempunyai kepala, rambut, tangan, badan dan kaki.

Page 10: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

10

Nama : Muhammad Afiq Bin Arif

Umur : 4 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap walaupun warna agak

kurang kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan tidak

melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. Jantina yang menjadi pilihannya ialah

kanak-kanak perempuan yang memakai gaun merah. Mungkin ini pengaruh televisyen, ini

adalah kerana kanak-kanak ini tinggal di kawasan kampung. Warna rambut sudah digambarkan

berwarna hitam, warna kulit digambarkan bersawa matang, dengan warna baju dan kasut yang

kemerahan. Rambut, muka, tangan, badan dan kaki yang sudah jelas kelihatan. Kanak-kanak ini

telah belajar melukis di kelas Tabika Bukit Gambir, Johor. Maka kemungkinan ini adalah

pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru tabikanya

Page 11: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

11

Nama : Mariam Izati Binti Zulkifli

Umur : 5 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang sehingga paras pinggang sahaja.

Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan agak kemas. Terdapat contengan yang agak

terkawal dan warna yang digunakan tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia

ini. Lukisan figura ini jantinanya adalah kanak-kanak lelaki kerana lukisan ini memakai kopiah

(songkok). Bentuk telinga, muka, mata. hidung yang bulat, mulut, tangan dan badan amat jelas

kelihatan. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu kopiah berwarna biru, kulit sawa matang,

baju berwarna hijau dan ungu. Cuma kekeliruan berlaku apabila mulut lukisan figura ini

berwarna mera, ianya lebih kepada perempuan. Latar belakang pula, terdapatnya meja, pensil,

pemadam, kuih donut dan pasu bunga. Ini mungkin persekitaran dalaman kelas prasekolah dan

kuih kesukaannya. Tetapi sepatutnya donut itu berwarna coklat. Kanak-kanak ini telah belajar

melukis dan mewarna di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka

kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah

diajar oleh guru prasekolahnya

Page 12: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

12

Nama : Siti ‘Aina Madihah binti Ahmad

Umur : 6 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga

orang yang berlainan jantina iaitu dua lelaki dan satu perempuan. Warna yang digunakan juga

berwarna-warni dan kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan

tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. ‘Aina juga menggunakan teknik

garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga

pelbagai iaitu bagi perempuan bertudung ungu, berbaju biru dan berkain oren. Manakala, lelaki

bersongkok hitam, berambut hitam yang kerinting, berbaju hijau dan merah jambu dan berseluar

merah jambu dan hijau. Mungkin gambaran ‘Aina ini adalah sebuah keluarga iaitu ini adalah

sebuah keluarga; ibu, ayah dan anak lelaki. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna

di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini

adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh

guru prasekolahnya.

Page 13: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

13

Nama : Nur Eliya Anisa Binti Shukor

Umur : 7 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua

orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan dewasa juga. Warna

yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia diganbarkan dengan

rupa dan bentuk yang jelas . ‘Aina juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna

pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi perempuan

bertudung kuning dan bajunya berwarna kontra iaitu hijau cair dan pekat, merah jambu dan oren.

Manakala, lelaki bersongkok hitam,, berbaju melayu biru muda dan siap bersampin biru tua.

Mungkin gambaran Anisa ini adalah pasangan yang baru berkahwin atau bercinta kerana

terdapatnya simbol ‘love’ antara lukisan figura lelaki dan perempuan ini. Mungkin juga

pasangan ini Anisa terjumpa ketika sambutan Hari Raya Puasa kerana terdapatnya lukisan

ketupat nasi pada latar belakangnya. Daya imaginasi Anisa sangat menarik. Kanak-kanak ini

telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun satunya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan,

Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia

daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

Page 14: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

14

Nama : Nur Dini binti Mohd.Nor

Umur : 8 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua

orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan. Warna yang digunakan

juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk

yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan

figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan berbaju

kuning dan lelaki dewasa itu berwarna hijau serta bersampin hitam. Mungkin gambaran Dini ini

adalah bapa dan anaknya yang sedang bersalaman sempena sambutan Hari Raya Puasa yang

tersenyum gembira.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Latar belakangnya juga berada di

dalam rumah yang mempunyai langsir bercorak geometri hijau kuning dan rumah diperbuat

daripada kayu serta pemandangan di luar rumah yang kelihatan banyak ekor burung yang sedang

terbang. Ini adalah kerana Dini tinggal di kawasan kampung, ia mempengaruhi gambaran lukisan

figuranya.suasana yang digambarkan sangat gembira. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan

mewarna di kelas tahun duanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan

ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar

oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

Page 15: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

15

Nama : Siti Fairuz Binti M. Azhar

Umur : 9 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga

orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan dua perempuan. Warna yang digunakan

juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk

yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan

figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan yang

bertocang dua, dia memakai baju berwarna merah, berkain oren. Manakala, seorang perempuan

yang bertudung hitam dan berbaju biru serat seorang remaja lelaki yang berbaju oren, hitam,

berambut hitam yang agak panjang dan berseluar hijau. Mungkin gambaran Fairuz yang melihat

persekitaran terhadap cara orang sekeliling berpakaian.Daya imaginasi Fairuz sangat menarik.

Latar belakangnya juga terdapat baying-bayang pada bahagian kaki lukisan figuranya. Fairuz

telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun tiga nya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan,

Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia

daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

Page 16: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

16

Nama : Nur Faziana binti K. afendi

Umur : 10 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga

orang yang jantinanya perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas.

Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Ana juga menggunakan

teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga

pelbagai. Mungkin gambaran Ana ini adalah tiga kanak-kanak perempuan yang menyertai

pertandingan pakaian cantik.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Ana telah belajar melukis dan

mewarna di kelas tahun empatnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka

kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa

yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

Page 17: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

17

Nama : Syafika Izwanie binti Roslan

Umur : 11 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya

perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia

digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Syafika juga menggunakan teknik garisan pada

cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya dan kemas. Penggunaan pensil warna juga

pelbagai. Mungkin gambaran Syafika ini adalah seorang doktor perempuan yang agak bergaya.

Daya imaginasi Syafika sangat menarik. Syafika telah belajar melukis dan mewarna di kelas

tahun limanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah

pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru

Pendidikan seni Visualnya.

Page 18: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

18

Nama : Amiza Lyana Binti Mahat

Umur : 12 tahun

Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan

lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya

perempuan dan sedang menoreh pokok getah . Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan

kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Amiza juga

menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan

pensil warna juga pelbagai. Mungkin gambaran Amiza ialah berkaitan latar belakangnya yang

menorah getah. Ini mempengaruhi hasil lukisan figuranya.. Daya imaginasi Amiza sangat

menarik. Amiza telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun enamnya di Sekolah

Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis

bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

Page 19: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

19

Rujukan buku

1. Kamus Dewan .(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mok Soon Sang .(2008). Perkembangan Kanak-kanak.Selangor:Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

3. Khairuddin Mohamad.(2011).Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru.Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Chang Hon Woon.(2008).Teori Seni Visual Edisi Kedua.Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka.

5. Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan (2nd ed).Puchong, Selangor:Penerbit Multimedia Sdn

Bhd.

6. Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Rujukan internet

1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html

2. http://zulprasekolah.blogspot.com/

3. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/751212105056_135109_final

.pdf

4. http://flow-sharul.blogspot.com/2009/08/kreativiti-taylor.html

5. http://bz-li.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

6. http://iefahart.blogspot.com/2012/01/teori-kreativiti-victor-lowenfeld.html

7. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/840203125383_182866_final

.pdf

Page 20: Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

20