risalah amalan bulan rejab -...

13
Risalah Amalan Bulan Rejab 1 Risalah Amalan Bulan Rejab Muqaddimah Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza’.

Upload: truonglien

Post on 25-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

1

Risalah Amalan Bulan Rejab

Muqaddimah

Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan

amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan

oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak

ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang

bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat

kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan

memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza’.

Page 2: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

2

Ketika melihat anak bulan Rejab

Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

(Sayyiduna Anas ibn Malik mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi ketika menjelang bulan

Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan Ibn Abi ad-Dunya dalam Mujab ad-Da’wah).

Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)

Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang Sunat Mutlaq 10

rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah

Al-Ikhlas 3 kali.

Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu

meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang

membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia

akan dimasukkan ke dalam syurga.” Riwayat Al-Bukhari)

Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam

telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda kemudiannya bersembahyang 2

Page 3: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

3

rakaat mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini.

Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam : “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa

kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari

kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan

daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di

antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang

dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.” Rujuk

Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid

Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini

baik.”)

Kemudian, bacalah doa ini:

(Sayyiduna Ali meluangkan masanya untuk beribadah pada 4 malam dalam setahun; malam awal

bulan Rejab, malam ‘Aidul Fithri, malam ‘Aidul Adha dan malam Nisfu Sya’ban dan ini adalah antara

doa dibacanya pada malam tersebut.)

Kemudian, bacalah doa ini:

Page 4: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

4

(Sayyid al-Quthb ar-Rabbani, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berkata di dalam kitabnya Al-Ghunyah li

Tholib Thoriq al-Haqq, 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awal bulan Rejab. Rujuk juga Bada’i

az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65 dan Tuhfah al-Awthon wa al-

Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67-69)

Kemudian, bacalah istighfar ini:

Page 5: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

5

ہہہڻڻۀۀڻڻں ں ڱ ڱ

﮷﮶﮵﮴﮳ ﮲ۓ ۓ ےےھھھھہ

﮺﮻﮹﮸

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

Page 6: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

6

ھھےے

﮻﮹﮺ ﮸﮵﮶﮷﮴﮲﮳ۓ ۓ

﯁﯀﮿﮾﮽﮼

(Lihat tambahan ini dalam Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id

bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 69-73 dan Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah

al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 16-18.

Diceritakan bahawa empunya istighfar ini ialah Abdullah ibn Asy-Syathori, seorang yang terkenal

fasiq, tetapi tidak pernah lupa membacanya setiap malam (waktu akhir malam) di bulan Rejab,

setelah sembahyang sunat 2 rakaat. Beliau akhirnya dimuliakan jenazahnya oleh Allah . Oleh itu,

Rasulullah meminta kepada Sayyiduna Ali untuk menulisnya. Rujuk Lum’ah al-Awrad, Syaikh

Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, ms. 54-62)

Selepas Isya’, bacalah sebanyak 70 kali dengan mengangkat kedua tangan:

(Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram dalam kitabnya,

Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin Munabbih berkata: “Aku telah membaca di

dalam kitab-kitab Allah yang diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li

warhamni wa tub’alayya”, (Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah taubatku) 70 kali pagi

dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka.” Rujuk juga Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan,

Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67)

Khususnya pada malam ini, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar. Selain itu

bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan

mana-mana amalan hasanat (kematian) yang mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Page 7: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

7

Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung bulan Rejab

Membaca doa:

Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan

(Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai fadhilat yang sangat

besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan Rejab antaranya riwayat Muslim, An-

Nasa’i dan Abu Daud. Hadith-hadith lain tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah.

Antara para ulama yang membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin

Abd as-Salam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar al-

Haitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi dalam Syarh An-Nawawi

ala Shahih Muslim dan Al-Majmu’ dan juga ulama’ lain yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn

Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di dalam Latho’ifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf,

berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan

Abu Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: “Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk berpuasa

dalamnya.” (Rujuk Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, ms. 120). Al-

Fadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-‘Ali telah mengupas dengan panjang lebar

tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau: http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga

perbahasan tentangnya di dalam buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’,

Selangor: Mawleed Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516)

Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) 3 kali pagi dan 3 kali petang:

Membaca doa Nabi Adam :

Page 8: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

8

Membaca istighfar sekali di antara Zohor dan Asar:

(Syaikh Shafwari menyebutkan bahawa diriwayatkan daripada Ibn Abbas, daripada Nabi yang

bersabda (mafhumnya), barang siapa membaca pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan di antara

Zuhur dan Asar kali bacaan di atas, Allah akan mewahyukan kepada dua Malaikat untuk

membakarkan catatan kejahatannya dari buku catitannya. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan

Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66-67)

Membaca istighfar Abdullah ibn Asy-Syathori:

Page 9: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

9

ہہۀۀڻڻڻڻںںڱڱ

﮶﮵﮴﮳ ﮲ ۓۓےھھےھھہہ

﮻﮺﮹﮸﮷

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini, menambah lagi:)

Page 10: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

10

ےےھھ

﮻﮹﮺﮸﮵﮶﮷﮴﮲﮳ۓۓ

﯁﯀﮿﮾﮽﮼

Membaca sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali petang, dengan mengangkat kedua

tangan:

Istighfar Shoghir (Istighfar Kecil) sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

Bacalah Istighfar Kabir (Istighfar Besar) dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad ibn Idris,

sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

.

Page 11: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

11

Membaca tasbih 100 kali:

Membaca doa:

Sepanjang bulan ini, siang dan malamnya, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar,

selain semua amalan-amalan taqarrub kepada Allah ; membaca Al-Quran, bersedekah,

berzikir, menghadiri majlis ilmu, menziarahi orang-orang soleh, menyantuni fakir miskin dan

anak-anak yatim dan lain-lain.

Amalan khusus mengikut hari

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:

(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab, akan mendapat

ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad

Zain al-Fathani, 2/65-66)

Page 12: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

12

Malam ke-27 Rejab:

Sembahyang Mutlaq 2 rakaat. Setiap rakaat, selepas Surah Al-Fatihah sekali, dibaca Surah

Al-Ikhlas 20 kali.

Selepas salam, bacalah Solawat ini sebanyak 10 kali:

(Fadhilat: Sesiapa yang membaca doa ini pada malam ke-27 bulan Rejab, maka akan diterima doanya,

diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya pada hari segala hati menjadi mati. Rujuk Bada’i az-

Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/66 dan Al-Bahjah al-Mardhiyyah,

Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathoni, ms. 138-139)

Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan

Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar:

(Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan Rejab akan

bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada tahun

itu.” Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-

Linggi, ms. 74)

Page 13: Risalah Amalan Bulan Rejab - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan... · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

Risalah Amalan Bulan Rejab

13

Rujukan:

Kitab Arab:

1. Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-

Din bin Rajab al-Hanbali, ta’liq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi,

Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms. 120.

Kitab Jawi:

2. Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-

Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh

Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan

kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 66-74.

3. Lum’ah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, t.t, ms. 54-62.

Bahasa Melayu:

4. Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan

Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd.

Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &

Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 64-67.

5. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga),

Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian

Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 15-16.

6. Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 5-

32.

7. Amalan Bulan Rejab, Ibnu Idris al-Ahmadi, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan

Kedua, Jamadil Akhir 1424H/Ogos 2003, ms. 1-45.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat

dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali

untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in, kepada seluruh Auliya’illah, para

ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir

jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada

para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:

Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia

Muhadir bin Haji Joll

7.13 malam, 2 Rejab 1432H/ 3 Jun 2011M

[email protected]