ringkasan eksekutifibsportal.cidb.gov.my/system_files/cmscontroller/cb795fcf-089c-408… · tiada...
TRANSCRIPT
pg. 1
RINGKASAN EKSEKUTIF
BAHAGIAN TEKNOLOGI DAN INOVASI
SEKTOR PEMBANGUNAN
LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TAJUK KAJIAN:
KAJIAN PENGGUNAAN JENTERA DAN MESIN DI KALANGAN KONTRAKTOR
G7 DALAM PROJEK PEMBINAAN
TEMPOH KAJIAN: OGOS 2012 – JANUARI 2013
OBJEKTIF KAJIAN:
1. MENGETAHUI TAHAP PENGGUNAAN JENTERA DAN MESIN DI TAPAK
BINA DAN TAHAP MEKANISASI KONTRAKTOR G7
2. MENGENALPASTI FAKTOR PENGGUNAAN DAN PEMILIKAN JENTERA
DAN MESIN OLEH KONTRAKTOR G7
3. MENCADANGKAN LANGKAH DAN STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN
PENGGUNAAN DAN PEMILIKAN JENTERA DAN MESIN OLEH
KONTRAKTOR G7
RINGKASAN EKSEKUTIF
1. Laporan ini memaparkan hasil Kajian Penggunaan Jentera Dan Mesin Di
Kalangan Kontraktor G7 Dalam Projek Pembinaan. Kajian ini selaras dengan
hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap mekanisasi di dalam sektor
pembinaan.
pg. 2
2. Tahap penggunaan jentera dan mesin diklasifikasikan seperti berikut:
i. Tahap 1: Penggunaan mesin dan peralatan pembinaan yang mudah
dan ringkas dalam membantu aktiviti pembinaan yang dijalankan oleh
buruh dan untuk memperbaiki proses pembinaan.
ii. Tahap 2: Peningkatan kemampuan mesin melalui lampiran sensor
dan alat bantu pelayaran. Ini dapat memberi maklumbalas yang lebih
baik daripada operator mesin. Kaedah kawalan mesin separa manual
tetapi masih menggunakan operator mesin. Laser kawalan, Radio
Frequency Identification (RFID) dan ultrasound biasanya digunakan.
iii. Tahap 3: Mesin dan robot yang berteknologi canggih yang
dikendalikan oleh operator.
iv. Tahap 4: Kategori ini adalah gabungan atau hibrid bagi kategori 2
dan kategori 3. Jenis hibrid mekanisasi dan aplikasi robotik ini
disokong oleh tahap automasi dan Artificial Intelligence (AI) yang
tinggi.
3. Peratusan penggunaan mesin adalah indeks pengukuran penggunaan jentera
dan mesin untuk setiap aktiviti dalam fasa pembinaan bangunan seperti
berikut:
a. Penggunaan jentera untuk kerja tanah (earth work)
i. Jenis kerja = Mengorek, meratakan, mengangkat dan
pemadatan tanah
ii. Peratusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Jengkaut, penggali, pemuat roda dan
jentolak.
b. Penggunaan jentera untuk kerja sub-structure
i. Jenis kerja = Kerja cerucuk dan foundation
pg. 3
ii. Peratusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = CPG Pile Driling Machine Pumping,
Penghentak cerucuk (pile diving equipment) dan de-watering
equipment
c. Penggunaan jentera untuk kerja struktur utama (superstructure)
i. Jenis kerja = Kerja pembinaan dan pemasangan struktur
bangunan
ii. Peratusan penggunaan mesin = 80%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Kren bergerak dan kren perangkak,
vibratory screed leveller, power machine float, boom lift, scissor
lift dan hauling equipment hoisting equipment.
d. Penggunaan jentera untuk kerja kemasan (finishing)
i. Jenis kerja = Kerja kemasan dan mengecat
ii. Peratusan penggunaan mesin = 20%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Spray paint equipment
e. Penggunaan jentera untuk kerja pembinaan infrastruktur
i. Jenis kerja = Kerja pembinaan infrastruktur seperti jalan dan
jambatan
ii. Pertusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Kren bergerak dan kren perangkak
pg. 4
Jadual i: Peratus Penggunaan dan Tahap Mekanisasi Jentera dan Mesin Mengikut Jenis Kerja
Fasa Pembinaan Jenis Kerja
Penggunaan
mesin dan
jentera
Tahap
Mekanisasi
Contoh jentera dan
mesin
Kerja tanah Mengorek,
meratakan,
mengangkat dan
pemadatan tanah
100 %
1 Jengkaut, penggali,
pemuat roda dan
jentolak.
Sub-structure Kerja cerucuk dan
foundation
100 %
1 CPG Pile Driling Machine
Pumping, Penghentak
cerucuk (pile diving
equipment) dan de-
watering equipment
Super-structure Kerja pembinaan
dan pemasangan
struktur bangunan
80 %
1 Kren bergerak dan kren
perangkak, vibratory
screed leveller, power
machine float, boom lift,
scissor lift dan hauling
equipment hoisting
equipment.
Kerja kemasan Kerja kemasan
dan mengecat 20 %
1 Spray paint equipment
Kerja infrastruktur Kerja pembinaan
infrastruktur seperti
jalan dan jambatan
100 %
1 Kren bergerak dan kren perangkak
4. Kajian mendapati bahawa, jentera dan mesin digunakan secara meluas
oleh kontraktor di dalam semua fasa projek pembinaan bangunan kecuali
kerja kemasan (finishing). Walaubagaimanapun, tahap mekanisasi adalah
berada di Tahap 1 iaitu penggunaan mesin yang mudah dan ringkas
sahaja.
5. Walaupun penggunaan jentera dan mesin digunakan secara meluas, masih
ada lagi projek pembinaan yang menggunakan kaedah konvensional yang
menggunakan tenaga buruh yang ramai. Terdapat persepsi bahawa,
adalah lebih murah dan mudah untuk menggaji pekerja binaan daripada
menggunakan jentera dan mesin.
pg. 5
6. Dalam aspek pemilikan jentera, 61% kontraktor G7 memiliki peralatan
jentera dan mesin persendirian, 39% kontraktor menyewa, membuat
pajakan atau melantik sub-kontraktor untuk menjalankan kerja dengan
menggunakan jentera dan mesin.
7. Faktor pendorong utama bagi kontraktor G7 untuk memiliki jentera dan
mesin adalah:
a. Penggunaan jentera pada tahap optimum dan mampu memberi
pulangan tinggi dengan menyiapkan banyak projek (projek dapat
disiapkan dalam masa yang lebih singkat tanpa bergantung kepada
pihak lain)
b. Keuntungan atas sewaan jentera dan mesin kepada syarikat lain
8. Terdapat banyak jentera dan mesin berat dan berteknologi tinggi di
pasaran, namun pemilikan jentera dan mesin oleh kontraktor berada di
tahap yang rendah kerana faktor kos pembelian yang tinggi. Pihak Master
Builders Association Malaysia (MBAM) dan Construction Industry
Development Board (CIDB) telah melobi untuk mengurangkan duti import
bagi mengurangkan kos jentera dan mesin.
9. Berdasarkan kajian ini, faktor penghalang utama bagi kontraktor G7
memiliki jentera dan mesin adalah seperti berikut:
a. Harga mesin dan jentera dari pembekal yang tinggi. Kadar permit dan
cukai tinggi untuk mengimport jentera dan mesin dari luar negara
b. Kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi
c. Kekurangan operator dan pekerja mahir untuk mengendalikan mesin
dan jentera
d. Tempoh projek yang singkat dan tiada projek yang berterusan
e. Persepsi bahawa adalah lebih murah untuk menggunakan tenaga buruh
daripada menggunakan mesin dan jentera
pg. 6
10. Cadangan untuk meningkatkan penggunaan dan pemilikan jentera dan
mesin adalah:
a. Menyediakan sistem latihan dan pensijilan yang komprehensif dan
mengiktiraf operator yang mengendalikan mesin dan jentera melalui
program akreditasi.
b. Memudahkan kelulusan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank
seperti Bank Perdagangan/MIDF/EXIM bank. CIDB perlu bertindak
sebagai sekretariat atau panel untuk permohonan pinjaman.
c. Merangka prosedur yang mensyaratkan setiap kontraktor G7 yang
berdaftar di CIDB untuk menyenaraikan jentera dan mesin yang
dimiliki. Ini bertujuan bagi memastikan syarikat G7 yang disenaraikan
oleh CIDB merupakan syarikat yang kompeten.
d. Membangunkan pelan tindakan yang khusus untuk menggalakkan
penggunaan jentera dan mesin yang sistematik
e. Mewujudkan satu sistem pendaftaran berkomputer dan pangkalan data
untuk jentera dan mesin bagi memudah proses sewa beli
f. Menggalakkan kontraktor untuk menubuhkan konsortium bagi
mengumpul dana untuk pembelian mesin dan peralatan yang sesuai.
g. Memberikan pendedahan dan promosi berterusan tentang kepentingan
penggunaan jentera dan mesin.
h. Melobi untuk mengurangkan cukai dan duti import pembelian peralatan
dan jentera serta alat ganti.
i. Penyelidikan dan inovasi dalam aspek penggunaan dan teknologi
jentera dan mesin.
11. Pengurangan duti import adalah cadangan yang sangat baik untuk
meningkatkan pemilikan jentera dan mesin kerana faktor berikut:
a. Jentera berat dapat meningkatkan kapasiti kren untuk mengangkat
komponen Industrialised Building System (IBS). Oleh yang demikian,
komponen IBS yang lebih berat, rumah siap ataupun komponen pre-
assembly dapat diangkat.
b. Pembelian jentera dan mesin yang baru dapat meningkatkan aspek
keselamatan pekerjaan berbanding jentera dan mesin yang terpakai.
pg. 7
12. Pengurangan duti import jentera dan mesin seperti yang dicadangkan
harus menitikberatkan perkara berikut untuk memastikan kelestarian
pelaksanaannya:
a. Harga komponen dan alat ganti juga mesti diturunkan
i. Menurunkan cukai import komponen dan alat ganti
ii. Mewujudkan industri pembekal alat ganti
b. Operator mahir harus terlatih untuk menggunakan mesin dan
menyelenggara mesin
c. Program pemindahan teknologi harus dijalankan bagi memastikan
teknologi berkaitan jentera dan mesin boleh dibangunkan oleh syarikat
tempatan pada masa yang akan datang
d. Jentera yang harus diberi insentif adalah jentera berat yang
meningkatkan produktiviti
13. Fokus program pembangunan CIDB pada masa yang akan datang adalah:
a. Program pembangunan memberi tumpuan kepada penggunaan mesin
berteknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti kerja.
b. Menggalakkan penggunaan mesin untuk kerja-kerja kemasan yang
dijalankan pada masa kini oleh buruh mahir dan separa mahir.
c. Melobi untuk pengurangan duti import untuk menurunkan harga jentera
berat.
d. Menstruktur semula sistem latihan dan memberi penekanan terhadap
latihan kompetensi operator teknikal jentera berat. Operator yang
bertauliah biasanya dibayar dengan gaji yang mahal seterusnya dapat
menarik minat pekerja tempatan untuk menceburi industri pembinaan.
pg. 8
Rajah i: Faktor yang Menghalang Pemilikan Mesin di Tapak Bina
Kekurangan operator teknikal
untuk mengendali dan
menyelenggara mesin
MODAL INSAN
21% keuntungan digunakan
untuk operasi dan
penyelenggaraan
KOS OPERASI
Projek pembinaan yang
singkat dan lebih mudah
untuk menggaji pekerja
asing
PROJEK
Cukai import yang tinggi (20-30%)
KOS MODAL MESIN
Faktor yang
Menghalang
Pemilikan Mesin
di Tapak Bina
pg. 9
Rajah ii: Model Peningkatan Penggunaan Pemilikan Jentera dan Mesin di Tapak Bina
STIMULATION
TEKNOLOGI
&PROSES
MODAL
INSAN
POLISI
Membangunkan modul latihan
Menjalankan latihan kompetensi
Program kesedaran
Program akriditasi pekerja mahir
Portal
Membentuk standard bagi
industri
Pengumpulan amalan baik
(Best practice)
Pendedahan terhadap
model-model mesin terkini/
(katalog)
Menyediakan pinjaman
Pembangunan Roadmap
Pengurangan cukai
Polisi pendaftaran CIDB
Penekanan industri
terhadap penggunaan
mesin terpakai
Pembangunan polisi untuk
memudahkan perniagaan
Mesin
&
jentera
Peningkatan
penggunaan jentera
dan mesin di tapak
bina
pg. 10
Jadual ii: Cadangan Pelan Tindakan Untuk Meningkatkan Penggunaan Jentera dan Mesin di Kalangan Kontraktor G7
No. Pelan Tindakan 2013 2014 2015
Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4
a) Penubuhan sekreteriat atau panel oleh pihak CIDB bagi tujuan
memudahkan permohonan dan kelulusan pinjaman dibuat kepada
pihak bank seperti Bank Perdagangan/ MIDF/ EXIM bank
b) CIDB mengawal tahap kompeten syarikat G7 dengan memastikan
setiap kontraktor G7 yang berdaftar mengemaskini dan menyenarai
jentera dan mesin yang dimiliki
c) Pembentukan dan pembangunan pelan tindakan sistematik secara
berterusan
d) Pembentukan sistem pendafataran berkomputer dan pangkalan data
untuk jentera dan mesin bagi memudahkan proses sewa beli dan
sebagainya
e) Program bagi menggalakkan penubuhan konsortium oleh pihak
kontraktor bagi mengumpul dana dan seterusnya membantu dalam
proses pembelian mesin dan peralatan
f) Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan
penggunaan jentera dan mesin (bengkel & roadshow)
g) Menyiapkan kertas kerja dan kerja melobi pengurangan cukai dan
duti import pembelian bagi peralatan dan jentera
h) Menyediakan sistem latihan dan pensijilan yang komprehensif dan
mengiktiraf (accreditation program) operator yang mengendalikan
mesin dan jentera melalui program akreditasi.
pg. 11
KAJIAN PENGGUNAAN JENTERA DAN MESIN DIKALANGAN
KONTRAKTOR G7 DI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan
penggunaan pekerja asing tetapi masih terdapat permintaan yang
tinggi terhadap tenaga pekerja asing dalam industri pembinaan
disebabkan kadar upah yang murah.
Penggunaan jentera dan mesin di dalam industri pembinaan adalah
digalakkan untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya dapat
mengurangkan bilangan pekerja asing.
Walaupun jentera dan mesin telah digunakan secara meluas, masih
ada lagi projek pembinaan yang menggunakan kaedah konvensional
yang menggunakan tenaga buruh yang ramai. Terdapat persepsi
bahawa adalah lebih mudah dan murah untuk menggaji pekerja binaan
daripada menggunakan jentera dan mesin.
Terdapat banyak jentera dan mesin berat yang berteknologi tinggi di
pasaran, namun pemilikan jentera dan mesin ini berada di tahap yang
rendah kerana faktor kos pembelian yang tinggi. Pada masa ini, pihak
Master Builders Association Malaysia (MBAM) dan Construction
Industry Development Board (CIDB) sedang melobi pihak kerajaan
untuk mengurangkan duti import jentera dan mesin ini.
Justeru itu, pihak CIDB ingin memastikan tahap semasa penggunaan
jentera dan mesin oleh kontraktor G7 bagi merangka insentif dan
program yang sesuai. Oleh itu, satu kajian yang mendalam dan
komprehensif bagi menilai tahap semasa penggunaan jentera dan
mesin oleh kontraktor G7 di Malaysia perlu dijalankan.
pg. 12
•Tahap 1
•Tahap 2
•Tahap 3
•Tahap 4
Tapak
• Prefabrication
•Mechanisation •Automation
•Robotic
•Reproduction
Kilang IBS
2.0 KAJIAN LITERATUR
Secara umumnya, mekanisasi membawa maksud melakukan kerja
dengan jentera dan mesin semasa menjalankan tugas. Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai melaksanakan kawalan terhadap peralatan dengan
penggunaan teknologi canggih yang biasanya melibatkan perkakasan
elektronik.
Penggunaan jentera dan mesin adalah perlu untuk mengurangkan
masa pengeluaran dan kos, memperbaiki keadaan kerja, mengelakkan
kerja-kerja yang berbahaya, membolehkan kerja-kerja yang tidak boleh
dilakukan oleh tenaga manusia dilaksanakan dan meningkatkan
prestasi projek.
Mekanisasi boleh terbahagi kepada dua bahagian iaitu mekanisasi di
tapak bina dan di kilang tetapi skop kajian ini adalah menjurus kepada
mekanisasi di tapak bina iaitu penggunaan peralatan mekanikal,
elektrikal dan jentera di tapak dalam membantu aktiviti pembinaan.
Rajah 1: Mekanisasi di Tapak dan di Kilang
(Richard Bruno, 2005)
(Rohana Mahbub, 2008)
12 Jenis Jentera Mesin
(CIDB, 2003)
pg. 13
Perincian tahap mekanisasi di tapak bina adalah seperti berikut:
Jadual 1: Tahap Mekanisasi di Tapak Pembinaan
Tahap Penerangan
Tahap 1
(Jentera Mudah dan
bukan-kompleks)
Penggunaan mesin dan peralatan pembinaan yang mudah dan tradisional dalam
membantu aktiviti pembinaan yang dijalankan oleh buruh dan untuk memperbaiki proses
pembinaan.
Tahap 2
(Penambahbaikan loji
pembinaan dan
peralatan sedia ada)
Peningkatan melalui lampiran sensor dan alat bantu pelayaran kerana ia dapat memberi
maklum balas yang lebih baik daripada operator mesin. Prestasi peralatan pembinaan
tradisional yang lebih kepada kaedah kawalan manual sepenuhnya dan boleh
dipertingkatkan. Laser kawalan, Radio Frequency Identification (RFID) dan ultrasound
biasanya digunakan.
Tahap 3
(Tugas tertentu, mesin
khusus)
Mesin dan robot yang berteknologi canggih dan dikendalikan oleh operator.
Tahap 4
(Mesin pintar)
Kategori ini adalah gabungan atau hibrid bagi kategori 2 dan kategori 3. Jenis hibrid
mekanisasi dan aplikasi robotik ini disokong oleh tahap automasi dan Artificial
Intelligence (AI) yang tinggi akan menyelesaikan pelbagai masalah pembinaan.
Pendekatan polisi dilaksanakan oleh negara lain dalam menggalakkan
penggunaan jentera dan mesin adalah seperti berikut:
Jadual 2: Pelaksanaan Polisi Pelbagai Negara dalam Penggunaan Jentera dan Mesin
Negara Polisi Fokus Senarai Jentera dan Mesin
China Kementerian Pembinaan
melancarkan Dasar
Teknologi Pembinaan
1996-2010
Jentera dan mesin mempunyai pelbagai
fungsi dan mesra alam untuk
meningkatkan mekanisasi dan
meningkatkan kualiti peralatan
Teknologi moden seperti mikro-
elektronik, teknologi
laser,microwave, gelombang
ultrasonik atau sinar inframerah
harus digunakan secara meluas
dalam aplikasi ujian kejuruteraan
dan kawalan
Jepun Jepun melaksanakan
mekanisasi dalam industri
dan menjadi salah satu
negara utama yang
membekalkan mesin berat
untuk pembinaan di seluruh
dunia
Menggalakkan industri mereka untuk
menghasilkan mesin yang mesra kepada
alam sekitar seperti mengurangkan
pencemaran dan bunyi
-
Singapura Skim Kredit Mekanisasi
(MechC)
Membantu untuk membiayai kos yang
ditanggung dalam penggunaan teknologi
secara membeli atau pajakan
kelengkapan oleh syarikat-syarikat bagi
meningkatkan produktiviti sekurang-
kurangnya 20%.
Skim ini disasarkan kepada firma
pembinaan.
Vibratory Screed Leveller, Power
Float Machine, Pengetar Konkrit,
Spray Paint, Boom Lift dan
Scissors Lift.
pg. 14
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai
tahap penggunaan jentera dan mesin dikalangan kontraktor G7 dan
mengenalpasti kekangan atau masalah yang wujud dalam pemilikan
dan penggunaan jentera dan mesin. Kajian ini membolehkan pihak
CIDB merangka plan strategik bagi menggalakkan mekanisasi dalam
amalan pembinaan. Objektif kajian ini adalah:
a. Status dan tahap penggunaan jentera dan mesin
b. Faktor penggunaan dan pemilikan jentera dan mesin
c. Menyenaraikan jenis jentera dan mesin yang digunakan di
dalam projek pembinaan
4.0 SKOP KAJIAN
Kontraktor G7 yang berdaftar dengan CIDB dipilih sebagai sampel
kajian kerana kontraktor kelas ini mampu membida projek yang bernilai
tinggi dan mempunyai modal yang mencukupi yang secara dasarnya
mampu untuk membeli dan menggunakan jentera dan mesin dalam
kerja pembinaan.
5.0 METODOLOGI
Kaedah penyelidikan ini melibat kajian literatur bagi memastikan asas
kajian ini mempunyai maklumat daripada kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan kajian ini dan bagi mengkukuhkan kriteria kajian
sebelum kajian ini dijalankan.
pg. 15
Rajah 2: Kaedah Kajian Penyelidikan
Terdapat dua kaedah penyelidikan iaitu kajian kuantitatif dan kualitatif:
5.1 Kajian kuantitatif melibatkan 400 kontraktor G7 daripada 4380
kontraktor G7 seluruh Malaysia (10%) seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3. Sampel kajian kontraktor G7 (stratified
sampling) dibahagikan mengikut zon seperti berikut:
i. Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak)
ii. Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)
iii. Zon Tengah (Lembah Kelang)
iv. Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
v. Zon Sabah dan Sarawak
Jadual 3: Responden Kontraktor G7
Negeri Bilangan
Responden
mengikut Negeri
Peratusan
Responden
mengikut Negeri
Jumlah Sebenar
G7 (CIDB)
Bilangan Peratusan
Responden G7 per
Jumlah G7 mengikut
Negeri
Johor 37 9.2 276.0 13.0
Kedah 9 2.2 154.0 5.8
Kelantan 30 7.5 125.0 24
Wilayah
Persekutuan
47 11.7 854.0 5.5
Melaka 20 5.0 96.0 20.8
Negeri Sembilan 36 9.0 92.0 39.1
Kajian Literatur
Kuantitatif (Soal
Selidik)
Kualitatif (Temubual dan Kajian
Kes)
Focus Group (Validation
Process)
Kompilasi Laporan
Akhir
pg. 16
Pulau Pinang 18 4.5 242.0 7.4
Pahang 19 4.7 117.0 16.3
Perak 29 7.2 99.0 29.3
Perlis 1 0.2 22.0 4.5
Sabah 8 2.0 366.0 2.2
Sarawak 3 0.7 331.0 0.9
Selangor 121 30.6 1440.0 8.4
Terengganu 22 5.5 166.0 13.3
Total 400 100.0 4380.0
5.2 Kajian kualitatif terbahagi kepada dua bahagian:
5.2.1 Menjalankan kajian faktor pemilikan jentera dan mesin
yang melibatkan kaedah temubual dengan 10 responden
daripada tiga kajian kes seperti berikut:
i. Syarikat A (130 Jentera)
ii. Syarikat B (54 Jentera)
iii. Syarikat C (100 Jentera)
5.2.2 Mengukur tahap menggunakan jentera di tapak
pembinaan.
5.3 Hasil kajian kuantitatif dan kualitatif akan dilaksanakan secara
perbincangan melalui kaedah Focus Group untuk proses
pengesahan (validation) bagi memastikan hasil kajian ini dapat
digunakan dan diaplikasi oleh pemain industri. Focus Group
telah dilaksanakan pada dua peringkat seperti berikut:
5.3.1 Focus Group yang diadakan di Hotel Thistle, Johor bagi
membincangkan faktor-faktor pemilikan jentera dan
mesin oleh kontraktor G7. Perbincangan ini telah dihadiri
oleh:
i. En. Zaini Jalil (Pengarah CIDB Johor)
ii. Ir. Noraini Bahri (CIDB)
iii. En. Idrus Din (CIDB)
iv. En. Rofizlan Ahmad (CIDB)
pg. 17
v. En. Azmi Dzulkifly (CIDB)
vi. Cik Nurul Hayati Khalil (CIDB)
vii. Ir.Dr. Zuhairi Abd. Hamid (CREAM)
viii. Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar (CREAM)
ix. Puan Maria Zura Mohd. Zain (CREAM)
x. Cik Natasha Dzulkalnine (CREAM)
xi. Dr. Mohamed Nor Azhari Azman (UPSI)
xii. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi (UUM)
xiii. Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Abdul Wahab (UTM)
xiv. Prof. Madya Sr. Dr. Mohammad Fadhil
Mohammad (UiTM)
5.3.2 Focus Group kedua telah diadakan di Hotel Sunway,
Pulau Pinang bagi membincangkan tahap penggunaan
jentera dan mesin di tapak pembinaan industri.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh:
i. En. Razim Salleh (Pengarah CIDB Pulau Pinang)
ii. Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid (CREAM)
iii. Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar (CREAM)
iv. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi (UUM)
v. Dr. Mohamed Nor Azhari Azman (UPSI)
vi. En. Mohd Yusof Saad (AGA Consultant)
vii. En. Ahmad Ismail (AGA Consultant)
viii. En. Ahmad Azhar Abdul Wahab (IHS Precast Sdn
Bhd)
ix. En. Yusnizam Baharuddin (Teraju Precast
Services Sdn Bhd)
x. Mr Lee Kok Kheong (Projalma Sdn Bhd)
xi. Cik Natasha Dzulkalnine (CREAM)
xii. Cik Nur Khairiyah Basri (UPSI)
xiii. En. Mohd Uzair Haron (UUM)
pg. 18
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Status dan Tahap Penggunaan Jentera dan Mesin (Obj. 1)
Penilaian tahap dan peratusan penggunaan jentera dan mesin
dinilai pada fasa pembinaan berikut:
Penggunaan jentera untuk kerja tanah (earth work)
i. Jenis kerja dilaksanakan adalah mengorek, meratakan,
mengangkat dan pemadatan tanah
ii. Peratusan penggunaan jentera dan mesin adalah 100%
iii. Tahap mekanisasi yang dicapai ialah Tahap 1 (Penggunaan
mesin ringkas dan mudah. Tiada sensor, automasi dan
aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan ialah jengkaut, penggali, pemua
roda dan jentolak.
Penggunaan jentera untuk kerja sub-structure
i. Jenis kerja dilaksanakan adalah kerja cerucuk dan
foundation
ii. Peratusan penggunaan jentera dan mesin adalah 100%
iii. Tahap mekanisasi yang dicapai ialah Tahap 1 (Penggunaan
mesin ringkas dan mudah. Tiada sensor, automasi dan
aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan ialah CPG Pile Driling Machine
Pumping, penghentak cerucuk (pile diving equipment) dan
de-watering equipment
Penggunaan jentera untuk kerja struktur utama (superstructure)
i. Jenis kerja dilaksanakan adalah kerja pembinaan dan
pemasangan struktur bangunan
ii. Peratusan penggunaan jentera dan mesin adalah 80%
iii. Tahap mekanisasi yang dicapai ialah Tahap 1 (Penggunaan
mesin ringkas dan mudah. Tiada sensor, automasi dan
aplikasi robotik)
pg. 19
iv. Jentera yang digunakan ialah kren bergerak, kren
perangkak, vibratory screed leveller, power machine float,
boom lift, scissor lift dan hauling equipment hoisting
equipment.
Penggunaan jentera untuk kerja kemasan (finishing)
i. Jenis kerja dilaksanakan adalah kerja kemasan dan
mengecat
ii. Peratusan penggunaan jentera dan mesin adalah 20%
iii. Tahap mekanisasi yang dicapai ialah Tahap 1 (Penggunaan
mesin ringkas dan mudah. Tiada sensor, automasi dan
aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan ialah Spray paint equipment
Penggunaan jentera untuk kerja pembinaan infrastruktur
i. Jenis kerja dilaksanakan adalah kerja pembinaan
infrastruktur seperti jalan dan jambatan
ii. Peratusan penggunaan jentera dan mesin adalah 100%
iii. Tahap mekanisasi yang dicapai ialah Tahap 1 (Penggunaan
mesin ringkas dan mudah. Tiada sensor, automasi dan
aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan ialah kren bergerak dan kren
perangkak
Jadual 4: Peratus Penggunaan dan Tahap Mekanisasi Jentera dan Mesin
Mengikut Jenis kerja
Fasa Pembinaan Jenis Kerja
Penggunaan
mesin dan
jentera
Tahap
Mekanisasi
Contoh jentera dan mesin
Kerja tanah Mengorek,
meratakan,
mengangkat dan
pemadatan tanah
100 %
1 Jengkaut, penggali, pemuat
roda dan jentolak.
Sub-structure Kerja cerucuk dan
foundation 100 %
1 CPG Pile Driling Machine
Pumping, Penghentak cerucuk
(pile diving equipment) dan
de-watering equipment
pg. 20
0
1
2
3
4
Super-structure Kerja pembinaan
dan pemasangan
struktur bangunan 80 %
1 Kren bergerak dan kren
perangkak, vibratory screed
leveller, power machine float,
boom lift, scissor lift dan
hauling equipment hoisting
equipment.
Kerja kemasan Kerja kemasan
dan mengecat 20 %
1 Spray paint equipment
Kerja infrastruktur Kerja pembinaan
infrastruktur seperti
jalan dan jambatan
100 %
1 Kren bergerak dan kren perangkak
6.1.1 Rata-rata tahap penggunaan jentera berat di Malaysia
masih berada di Tahap 1 iaitu membantu kerja-kerja
pembinaan dimana jentera tersebut dipandu oleh operator
tanpa dibantu alat teknologi yang tinggi.
Rajah 3: Tahap Penggunaan Teknologi Jentera Berat
Perbandingan pencapaian tahap mekanisasi di kalangan negara
Asia adalah seperti berikut:
pg. 21
0 1 2 3 4
Malaysia
Singapura
China
Jepun
Rajah 4: Pencapaian Tahap Mekanisasi Dikalangan Negara Asia
6.2 Faktor Pemilikan Jentera dan Mesin (Obj. 2)
6.2.1 Mod penggunaan jentera dan mesin pembinaan adalah
seperti berikut:
a) Pemilikan
i. Pemlikan jentera baru
ii. Pemilikan jentera terpakai
b) Lantikan sub-kontraktor yang mempunyai jentera
dan mesin
c) Penyewaan
i. Penyewaan dari syarikat kontraktor
(bersama operator)
ii. Penyewaan dari pembekal
iii. Pajakan sehingga tamat projek
6.2.2 Kajian ini telah mengumpulkan sebanyak 400 responden
yang terdiri daripada kontraktor-kontraktor G7 di
Malaysia. Berdasarkan kajian soal selidik (Oktober 2012),
didapati majoriti kontraktor G7 iaitu sebanyak 61%
mempunyai peralatan jentera dan mesin persendirian
iaitu bersamaan 244 responden. 39% yang terdiri
pg. 22
daripada 156 responden menyewa peralatan jentera dan
mesin sub-kontraktor untuk menjalankan kerja
menggunakan jentera dan mesin. Pecahan responden
mengikut kaedah pemilikan adalah seperti berikut:
Jadual 5: Jadual Pemilikan Jentera dan Mesin di Kalangan Responden
Kaedah pemilikan Bilangan responden Peratus (%)
Pembelian (memiliki) 244 61
Penyewaan dan lantikan
sub-kontraktor
156 39
400 100
6.2.3 Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kebanyakkan
kontraktor G7 di Malaysia cenderung untuk membeli
jentera dan mesin sendiri. Antaranya adalah seperti
berikut:
i. Pemilikan jentera dan mesin mampu memberi
pulangan tinggi dengan mendapatkan banyak projek.
Projek dapat disiapkan dengan lebih pantas.
ii. Keuntungan atas sewaan jentera dan mesin kepada
syarikat lain.
iii. Kontraktor tidak perlu terlalu bergantung kepada pihak
ketiga (penyewa dan sub-kontraktor)
6.2.4 Namun begitu, secara realitinya tidak mudah bagi
kebanyakan kontraktor G7 membeli semua jentera dan
mesin yang mencukupi untuk menjalankan sesuatu
projek pembinaan. Pembelian mesin bergantung kepada
jenis dan keperluan projek. Jentera dan mesin yang
boleh digunakan secara berterusan adalah lebih
menggunakan untuk dibeli daripada disewa.
pg. 23
6.2.5 Faktor utama yang menghalang kontraktor G7 daripada
memiliki jentera dan mesin adalah:
i. Harga pembelian mesin yang tinggi
ii. Kos operasi mesin yang tinggi
iii. Kos alat ganti yang tinggi
iv. Kadar cukai import yang tinggi
v. Faktor tapak dan lokasi pembinaan
vi. Kekurangan operator mahir
Jadual 6: Purata Skor Responden terhadap Faktor Kekangan untuk Membeli Jentera
dan Mesin
Faktor Kekangan Min
Harga mesin/ jentera dari pembekal tinggi 4.36
Kos operasi tinggi 4.19
Kos alat ganti tinggi 4.2
Kadar permit/cukai tinggi untuk mengimport mesin dari luar negara 4.01
Faktor lokasi tapak pembinaan yang kurang sesuai (jauh, topografi tidak sesuai, dll)
3.86
Kekurangan operator/ pekerja mahir untuk mengendalikan mesin dan jentera
3.85
6.2.6 Berikut merupakan kajian kes tiga kontraktor G7 di dalam
isu pemilikan jentera dan mesin.
i. Syarikat A
Pada tahun 1994, Syarikat A mempunyai sebanyak 130
unit jentera dan mesin yang digunakan untuk projek
penyelenggaraan jalan di seluruh Malaysia. Jentera dan
mesin dibeli dengan mod pemilikan penuh syarikat. Pada
tahun 2009, Syarikat A ditutup dan syarikat telah menjual
semua aset berbentuk mesin dan jentera. Penjualan
mesin dan jentera ini adalah disebabkan oleh kadar kos
pg. 24
penyelenggaraan yang tinggi iaitu sebanyak RM 3 juta
setahun.
Kadar keuntungan bersih Syarikat A pada tahun lepas
adalah RM14 juta. Sekiranya syarikat tersebut
meneruskan perniagaan mesin dan jentera, ia akan
mengalami kerugian setiap tahun sebanyak 21%.
Pembekal jentera utama adalah dari Tractors Malaysia.
Selain daripada kos pengurusan dan penyelenggaraan
peralatan jentera yang sangat tinggi, faktor kekangan lain
seperti menampung kos menggaji kakitangan (operator
dan mekanik) yang besar serta tempat untuk menyimpan
peralatan perlu disediakan. Secara keseluruhan, ia
memerlukan modal yang sangat besar.
ii. Syarikat B
Ditubuhkan sejak tahun 1982, Syarikat B adalah syarikat
kontraktor G7 yang menjalankan kerja civil dan
kejuruteraan awam. Kebanyakan pembelian peralatan
mesin dan jentera yang dimiliki oleh Syarikat B adalah
melalui UMW dan modal yang diperlukan untuk membeli
peralatan jentera adalah sangat besar. Berikut
merupakan contoh kos pembelian Syarikat B ke atas
jentera/mesin yang baru (Jadual 13).
Jadual 7 : Kos Peralatan Jentera/Mesin yang Dimiliki oleh Syarikat B
Jenis Jentera Harga (RM)
Backhoe 230,000
Roller 250,000
Grader 220,000
Jumlah 700,000
Kajian kes mendapati bahawa penggunaan peralatan
jentera dan mesin memang memerlukan pelaburan yang
sangat besar. Kos penyelenggaraan bagi 100 unit jentera
pg. 25
adalah bernilai RM 1.6 juta manakala cukai yang
dikenakan terhadap 100 unit jentera pelbagai pula
bernilai RM 30,000. Cukai pemilikan peralatan ini perlu
dibayar selama 5 tahun terhadap semua jentera baru dan
terpakai.
iii. Syarikat C: Syarikat C mempunyai 54 buah jentera berat.
Biarpun memiliki banyak jentera dan mesin, namun
syarikat tidak dapat menggunakan peralatan tersebut
pada tahap yang optimum kerana kekurangan projek.
Bagi memastikan mendapat pulangan modal yang
sesuai, Syarikat C telah mengambil tindakan dengan
menceburi bidang pembuatan IBS dengan kerjasama
syarikat lain. Melalui cara ini, pihak syarikat dapat
memastikan penggunaan jentera dan mesin yang dibeli
digunakan secara berterusan.
6.2.7 Berdasarkan ketiga-tiga kajian kes yang telah dijalankan,
faktor kekangan yang utama memiliki peralatan jentera
dan mesin bagi kontraktor G7 adalah:
i. Kos yang sangat tinggi
Kos merupakan faktor penting dalam pemilihan dan
pembelian jentera dan mesin persendirian oleh
kontraktor. Antara jenis-jenis kos yang terlibat adalah kos
modal, keupayaan penyenggaraan jangka hayat dan alat
ganti peralatan. Harga yang ditawarkan oleh pembekal
selalunya pada harga yang tinggi.
Ini disebabkan oleh kebanyakkan jentera dan mesin
untuk kerja-kerja pembinaan perlu diimport dari luar. Oleh
pg. 26
itu, secara tidak langsung harga cukai bagi pemilikan
jentera juga adalah sangat tinggi.
ii. Penggunaan yang berkesan
Projek yang mencukupi, besar dan berterusan adalah
sangat penting bagi setiap kontraktor G7. Ia memberi
impak dan kesan kepada pulangan dalam pelaburan bagi
membeli jentera dan mesin. Jika projek tidak berterusan,
jentera dan mesin tersebut akan membebankan syarikat.
iii. Lokasi dan topografi tapak pembinaan
Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan jauh daripada
lokasi kontraktor utama dan keadaan topografi yang tidak
sesuai juga merupakan faktor kontraktor gemar menyewa
jentera/mesin. Biasanya, kontraktor utama akan
menyewa secara outsource dari pembekal ataupun
melantik kontraktor tempatan yang mempunyai jentera
dan mesin untuk menjalankan kerja.
iv. Kualiti dan kekurangan pengendali jentera mahir
Hasil gabungan kerja antara pekerja dan peralatan
jentera yang seimbang boleh membantu kepada
pengeluaran dan produktiviti yang optima. Oleh itu,
pengetahuan mengenai penggunaan jentera dan mesin
serta kaedah operasi yang betul juga dapat
menghasilkan mutu kerja yang baik. Namun,
kebanyakkan pekerja atau pengendali jentera yang
dilantik adalah pekerja yang kurang berkemahiran
ataupun separa mahir. Rata-ratanya pekerja terdiri
pg. 27
daripada warga asing yang tidak mempunyai lesen untuk
mengendali jentera berat di tapak pembinaan.
6.2.8 Faktor yang mempengaruhi pemilikan jentera dan mesin
adalah:
Jadual 8: Faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Jentera dan Mesin
6.2.9 Pengurangan duti import jentera dan mesin seperti yang
dicadangkan harus menitikberatkan perkara berikut untuk
memastikan kelestarian pelaksanaannya:
a. Harga komponen dan alat ganti juga mesti diturunkan
i. Menurunkan cukai import
ii. Mewujudkan industri pembekal alat ganti
b. Operator mahir harus terlatih untuk menggunakan
mesin dan menyelenggara mesin
c. Program pemindahan teknologi harus dijalankan bagi
memastikan teknologi berkaitan jentera dan mesin
boleh dibangunkan oleh syarikat tempatan pada masa
yang akan datang.
d. Jentera yang harus diberi inisiatif adalah jentera berat
yang meningkatkan produktiviti
6.2.10 Mod pemilikan peralatan jentera dan mesin adalah
bergantung kepada jenis dan keperluan projek. Peralatan
Faktor Min
Harga 4.48
Susut Nilai 3.70
Jangka Hayat 4.21
Peratus Faedah 3.81
Kos Penyelenggaraan 4.31
Alat Ganti Mudah di Pasaran 4.18
Service dari Pembekal Selepas Pembelian 4.16
Keperluan Masa Depan 4.25
Saiz Projek 4.14
pg. 28
jentera yang boleh digunakan secara berterusan adalah
lebih menguntungkan berbanding menyewa dengan
pembekal. Sekiranya pihak syarikat perlu menyewa
jentera untuk sesebuah projek, kaedah penyewaan
adalah termasuk dengan tenaga kerja.
6.2.11 Kebanyakan kontraktor G7 di Malaysia lebih gemar
memilih peralatan jentera dan mesin yang terpakai
berbanding mesin baru kerana kos pembelian adalah
jauh lebih murah. Para kontraktor kebiasaannya akan
mendapatkan alat ganti yang murah di Singapura.
6.2.12 Walaupun model baru dan terkini jarang mengalami
kerosakan dan mempunyai kos penyelenggaraan yang
rendah, kos bagi alat ganti pula adalah sangat tinggi
serta sangat sukar bagi syarikat untuk mendapatkannya
di pasaran. Pesanan alat ganti hanya boleh dilakukan
melalui pembekal yang kadang – kala mengambil tempoh
masa yang agak lama. Maka, secara tidak langsung
perkara ini akan mengganggu perancangan dan kerja
sesuatu projek. Selain itu, masalah kekurangan projek
yang berterusan juga adalah punca bagi pihak kontraktor
mencari altenatif dengan mendapatkan perkhidmatan
melalui kaedah outsource kerana lebih mudah dan
murah.
6.2.13 Masalah ketika berurusan dengan pembekal adalah:
a. Kos penghantaran yang tinggi disebabkan lokasi
pembekal jauh
b. Masalah kekurangan modal untuk membayar mesin
dan jentera secara tunai
c. Pembekal tidak menyediakan servis pembelian
secara kredit/mengenakan kadar faedah yang tinggi
pg. 29
Jadual 9: Masalah Ketika Berurusan dengan Pembekal
Masalah Min
Kos penghantaran yang tinggi disebabkan lokasi pembekal jauh 3.94
Masalah kekurangan modal untuk membayar mesin dan jentera secara tunai
3.67
Masalah dalam mendapatkan gerenti dari bank untuk pembelian jentera
3.56
Kekurangan mesin dan jentera berteknologi terkini daripada pembekal
3.43
Pembekal tidak menyediakan servis pembelian secara kredit/ mengenakan kadar faedah yang tinggi
3.70
Perbandingan kos di antara mod pembelian atau penyewaan bagi beberapa
jenis peralatan yang terdapat di pasaran adalah:
Jadual 10: Perbezaan Harga bagi Mod Pemilikan dan Penyewaan
Mesin Mod Jenis/Model Beli
(RM)
Sewa/outsource
Mesin sebulan (RM)
Penggelek (Roller) Baru Roller compactor 20 tan 250,000 8,000 – 9,000
Penggred (Grader) Baru
12 H 222,000 15,000
14 H 17,000
Jengkaut Belakang
(Backhoe) Baru 230,000 6,800 – 7,000
Kren (Crane) Recon Mobile 20 tan 300,000 11,000
Recon Crawler 50 tan 450,000 17,000
Lori Recon 10 tayar 140,000 12,000
Recon 6 tayar 120,000 8,000
Jengkaut
(Excavator)
Baru 200 320,000 11,000
Baru 300 560,000 16,000
6.3 Mengumpul data Jentera dan Mesin dan Jentera yang
digunakan di tapak bina (Obj. 3)
i. Hasil kajian mendapati bahawa semua peralatan jentera dan
mesin yang dibekalkan adalah diimport dari luar negara
seperti Jepun, Amerika Syarikat, German dan sebagainya.
Pembekal utama jentera dan mesin yang popular dalam
pg. 30
+
industri pembinaan di Malaysia adalah UMW dan Tractors
Malaysia.
ii. Berikut adalah pengkelasan bagi jenis jentera dan mesin
yang terdapat di tapak bina. Pengkelasan ini berdasarkan
maklumat daripada kajian pihak Universiti Teknologi Mara
(UiTM) dan Housing Development Board (HDB) Singapura.
Rajah 5: Pengkelasan Jentera dan Mesin di Tapak Pembinaan
iii. Berikut merupakan senarai model jentera yang ditawarkan oleh
pihak UMW sebagai pembekal:
Rohana Mahbub (UiTM)
-Kren bergerak
-Pengentar cucuk
-Mesin Pengorek
-Penggelek Pemadat
-Trak angkat susun
-Pengorek kaut
-Hauling equipment
-Hoisting equipment
-Aggregate dan concrete
Production
-Penghentak cerucuk
-Penggali terowong
-Pumping dan de-watering
Tapak
9 Jenis Jentera
-Jentera penggali
-Mesin pemuat roda
-Penggred
-Jentera penggelek pemadat
-Jengkaut belakang
-Kren bergerak
-Kren perangkak
-Jentolak
-CFG Pile Driving Machine
9 Jenis Mesin
-Concrete Poker Vibrator
-Vibrating Screed Leveller
-Power Machine Float
-Concrete Pump
-Concrete Mixer
-Air Compressor
-Spray Paint Equipment
-Boom Lift
-Scissor Lift
Hasil Kajian
Singapura (HDB)
- Vibratory Screed Leveller
-Power Float Machine
-Pengetar Konkrit
-Spray Paint
-Boom Lift
-Scissors Lift
pg. 31
Jadual 11: Senarai Model Jentera/Mesin dari UMW
Jenama
Model
Hydraulic
Excavator
Wheel
Loader Bulldozer
Backhoe
Loader
Vibratory
Compactor
Roller
Komatsu (Japan) PC300LC-
8
PC200-8
WA380-3
WA380-6
D85EX-15r
D68ESS-
12E0
Case (US)
580 N
580
Super N
580 M
Bomag (German) BW211D-40
Setiap jentera dan mesin dalam industri pembinaan ini memiliki
fungsi dan kelebihan yang tersendiri mengikut jenis kerja yang
mampu dilakukan.
1. Jentera yang digunakan di tapak: Jentera berat yang
digunakan dalam aktiviti pembinaan adalah seperti berikut:
a. Jentera Penggali (Excavator)
Jentera ini digunakan untuk menjalankan kerja-kerja
penggalian atau pengorekan seperti galian lubang,
longkang, peparit, perlombongan, mengorek sungai dan
sebagainya. Pam hidraulik dan motor dihidupkan dengan
pembakaran bahan bakar enjin diesel yang dipasang pada
jengkaut padat (Rajah 6).
pg. 32
Rajah 6: Jentera Penggali (Excavator)
Tekanan hidraulik yang dihasilkan dapat menggerakkan
peralatan untuk melakukan kerja pengorekan. Jejari pusat di
platform yang kukuh membenarkan mesin berputar 360⁰.
Biasanya dilengkapi dengan pemuat, beroda, dan
mempunyai bilah penyodok berbentuk timba bergigi
b. Mesin Pemuat Roda (Wheel Loader)
Pemuat roda juga dikenali sebagai pemuat bahagian depan
atau pemuat baldi merupakan mesin yang biasa digunakan
dalam tapak pembinaan. Ia direka untuk pemuatan,
menurunkan, meratakan, menggali, mengangkat bahan-
bahan seperti serpihan kayu, asfalt, kotoran, kelikir, balak,
batu, pasir, batu-bata, paip, batang logam dan sebagainya.
Beban penuh disesuaikan dengan tenaga kerja injap utama
antara sistem stereng hidraulik dan pump hidraulik tunggal
menyebabkan mesin bekerja lebih cekap dan jimat tenaga.
Jejari perubahan yang lebih kecil membolehkan mesin
sesuai untuk bekerja dalam tapak sempit, lebih fleksibel dan
tangkas (Rajah 7)
pg. 33
Rajah 7: Mesin Pemuat Roda (Wheel Loader)
c. Penggred (Grader)
Penggred adalah penyenggara, atau gred motor dengan
pisau panjang yang digunakan untuk mewujudkan satu
permukaan yang rata. Biasanya penggred digunakan dalam
pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya dan jalan batu
kerikil yang digunakan untuk mewujudkan permukaan asfalt
yang rata. Model tipikal mempunyai tiga gandar, dengan
enjin dan teksi yang terletak di atas gandar belakang pada
satu hujung kenderaan dan gandar ketiga pada akhir
hadapan kenderaan, dengan bilah di antaranya (Rajah 8).
Rajah 8: Penggred (Grader)
pg. 34
d. Jentera Penggelek Pemadat (Roller Compactor)
Jentera penggelek pemadat adalah sejenis kenderaan
pemadat kejuruteraan yang digunakan untuk memadat
tanah, batu, konkrit, atau asfalt dalam pembinaan jalan raya.
Ia juga digunakan di tapak pelupusan dan sektor pertanian.
Terdapat pelbagai jenis penggelek di pasaran. Antaranya
adalah jenis penuh hidraulik, mekanikal, statik atau getaran
(Rajah 9)
Rajah 9: Jentera Penggelek Pemadat (Roller Compactor)
e. Jengkaut Belakang (Backhoe)
Jengkaut belakang adalah sejenis peralatan menggali yang
dipasang dibelakang traktor atau loader depan. Ia digunakan
sebagai penggali dan pengaut yang mudah dan cepat untuk
bergerak di atas jalan ke tapak pembinaan. Ia boleh didapati
dalam pelbagai konfigurasi, bergantung kepada mod
pemandu seperti roda empat stereng memudahkan operasi
di dalam ruang yang sempit. Biasanya, jengkaut moden
dikuasakan oleh hidraulik (Rajah 10)
pg. 35
Rajah 10: Jengkaut Bajak (Backhoe)
f. Kren Bergerak (Mobile Crane)
Kren adalah sejenis jentera kejuruteraan yang digunakan
untuk menaikkan, mengayun, merendahkan tugas-tugas
berat yang mampu menggerakkan barang secara mendatar
dan menegak. Ia digunakan untuk memuatkan atau
memunggah muatan termasuk industri pengangkutan,
memindahkan bahan-bahan dalam tapak pembinaan, atau
memasang kelengkapan berat dalam pembuatan. Kelebihan
kren jenis bergerak ini ialah beroda tayar iaitu mudah
dipindahkan dan bergerak ke tempat lain melalui jalan raya.
Jib yang dikenali sebagai struktur kerangka tiang
dipasangkan di atas sebuah mesin yang berputar. Kerja-
kerja mengangkat dan menempatkan konkrit dilakukan oleh
sistem hidraulik pada kren berjoran teleskopik yang boleh
berubah panjang mengikut kesesuaian (Rajah 11).
pg. 36
Rajah 11: Kren Bergerak (Mobile Crane)
g. Kren Perangkak (Crawler Crane)
Kren perangkak adalah sejenis mesin yang digunakan untuk
mengangkat peralatan berat yang dilengkapi dengan rantai
atau pengumpar (dikenali sebagai tong tali dawai), tali wayar
atau rangkaian dan bekas. Perangkak dipasang pada
pendaratan dengan satu set trek yang menyediakan
kestabilan dan mobiliti. Kelebihannya adalah kren ini boleh
bergerak di tapak disebabkan kestabilannya di trek dan tiada
lunjuran di samping mampu melancong dengan beban.
Kelemahannya adalah sangat berat dan tidak mudah untuk
dipindahkan. Biasanya crawler besar mesti dibuka mengikut
bahagian dan digerakkan oleh lori, kereta kereta api atau
kapal ke lokasi seterusnya (Rajah 12)
pg. 37
Rajah 12: Kren Perangkak (Crawler Crane)
h. Jentolak (Bulldozer)
Jentolak digunakan untuk menolak kuantiti besar tanah,
pasir, runtuhan atau bahan lain, melonggar bahan yang
padat dan boleh meratakan permukaan tapak pembinaan.
Memerlukan trek yang luas membantu mengagihkan berat
jentolak di kawasan yang besar (mengurangkan tekanan)
dan mencegah daripada tenggelam di dalam tanah berpasir
atau berlumpur (Rajah 13).
Rajah 13: Jentolak (Bulldozer)
pg. 38
i. CFG Pile Driving Machine
CFG Pile Driving Machine meratakan kerangka
utama, mengangkat dan memandu cerucuk,
memandu longgokan dan sebagainya. Teknik bebas
dengan melakukan tindakan termasuk anjakan
membujur, anjakan melintang, membicu, putaran,
meratakan kerangka utama, mengangkat cerucuk,
memandu cerucuk, putaran, memandu longgokan dan
sebagainya (Rajah 14).
Rajah 14: CFG Pile Driving Machine
pg. 39
Jadual 12: Senarai jentera yang digunakan di tapak pembinaan
Bil Jenis Jentera Ciri – Ciri
Kerja Pergerakan
1 Jengkaut Belakang (Backhoe) Mengangkat objek
Mengetuk objek
Menggerudi tanah
Meratakan tanah
Empat roda stereng untuk beroperasi di dalam ruang yang sempit
Ledakan pada pangsi membenarkan lengan untuk bergerak kiri dan kanan sekitar 200⁰
2 Penggali (Hydraulic Excavator) Penggalian atau pengorekan seperti lubang, longkang, perlombongan dan
sungai
Mengangkat barang
Kerja-kerja hutan
Kerja meroboh
Kerja berat
Peralatan pendaratan oleh pin pusat di platform yang kukuh membenarkan mesin berputar 360⁰
Joran (rods) yang panjang
Cabin yang tinggi untuk meluaskan jarak penglihatan.
3 Pemuat Roda (Wheel Loader) Pemuatan dan meratakan
Mengangkat dan mengaut bahan-bahan longgar dari tanah seperti serpihan
kayu, asfalt, kotoran, batu, pasir, paip dan logam
Mendepositkannya objek ke trak sampah.
Boleh bergerak dalam jarak dekat
Mengangkat tanpa menolak bahan merentasi tanah
Jejari perubahan yang lebih kecil sesuai untuk bekerja dalam tapak sempit, lebih fleksibel dan tangkas.
4 Jentolak (Bulldozer) Digunakan untuk menolak kuantiti besar tanah, pasir, runtuhan, atau bahan lain
Melonggar bahan padat
Meratakan permukaan tapak pembinaan
Memerlukan trek yang luas membantu mengagihkan berat jentolak di kawasan yang besar
(mengurangkan tekanan) dan mencegah daripada tenggelam di dalam tanah berpasir atau berlumpur.
5 Penggred (Grader) Digunakan untuk mewujudkan satu permukaan yang rata.
Memotong dan meratakan untuk pembinaan jalan raya
Mengembur dan membajak tanah
Jarak penglihatan ialah dalam 1m×1m jarak yang memudahkan dan selamat dan beroperasi dengan
stabil
6 Penggelek Pemadat (Roller
Compactor)
Pemadat untuk tanah padat, batu, konkrit, atau asfalt dalam pembinaan jalan
raya
Pemadat di tapak pelupusan
Pemadat tanah pertanian
Boleh beroperasi dengan berkesan pada tanah yang tidak rata
7 Kren Bergerak (Mobile Crane) Menaikkan objek
Memuatkan atau memunggah muatan
Memindah objek
Memasang kelengkapan berat
Menggerakan barang-barang secara mendatar (sisi) dan secara menegak
Mengawal pecutan dengan tepat dan sensitif.
Ringan dan mempunyai mobility baik
8 Kren Perangkak (Crawler Crane) Mengangkat dan memunggah muatan
Memasangkan peralatan dalam tapak pembinaan dan kerja kilang.
Boleh bergerak di tapak dengan beban
Kren adalah stabil di trek dengan tiada outriggers
Mengangkat lebih rendah
9 CFG pile driving machine Meratakan kerangka utama
Mengangkat dan memandu cerucuk
Memandu longgokan dan sebagainya.
melakukan tindakan termasuk anjakan membujur dan melintang
membicu dan melakukan putaran
Pergerakan cepat dan fleksibel kerana gerakan Langkah-Kaki Hidraulik perjalanan.
Apabila mengangkut, rangka atas akan dilipat kembali, menjimatkan kos pengangkutan.
pg. 40
2. Mesin yang digunakan di tapak: Mesin yang dikenalpasti yang
digunakan oleh pihak kontraktor untuk membantu proses
pembinaan di tapak adalah seperti berikut;
a. Penggetar Konkrit (Concrete Poker Vibrator)
Penggetar konkrit digunakan untuk mengukuhkan konkrit
yang baru dicurahkan supaya udara yang terperangkap dan
air yang berlebihan dikeluarkan dalam acuan demi
mengelakkan kecacatan produk, masalah kekuatan dan
kecacatan permukaan. Bahagian dalam penggetar konkrit
terdiri daripada silinder keluli yang bersaiz seperti bat besbol.
(Rajah 15).
Rajah 15: Penggetar Konkrit (Concrete Poker Vibrator)
b. Vibratory Screed Leveller
Mesin ini digunakan untuk meratakan paras permukaan
konkrit, mengeluarkan udara dalam konkrit serta meratakan
ketumpatan konkrit. Ia ringan, tahan lama dan selamat untuk
digunakan. Penggunaan pangsi (pivot) yang cekap adalah
untuk memenuhkan konkrit di ruang yang sukar dan sempit
(Rajah 16)
pg. 41
Rajah 16: Vibratory Screed Leveller
c. Power Float Machine
Power Float Machine digunakan untuk melicinkan beberapa
peringkat terakhir permukaan konkrit kepada kemasan yang
mempunyai toleransi yang tinggi di mana boleh menghasilkan
konkrit yang mempunyai permukaan sangat rata, keras, dan
tahan lama. Mesin ini perlu diletakkan apabila air di
permukaan konkrit telah kering dan dihidupkan ke seluruh
permukaan sehingga benar-benar licin (Rajah 17).
Rajah 17: Power Float Machine
d. Pam Konkrit (Concrete Pump)
Konkrit cair dipindahkan melalui pum dan pum dipasang pada
truk dan trailer. Ia memerlukan hos keluli fleksibel yang
disambung pada mesin dan dihubungkan ke bahagian yang
perlu diletakkan konkrit (Rajah 18).
pg. 42
Rajah 18: Pam Konkrit (Concrete Pump)
e. Pembancuh Simen (Concrete Mixer)
Pembancuh simen merupakan satu alat yang
menggabungkan simen, agregat seperti pasir atau batu kelikir,
dan air untuk membentuk konkrit secara homogen. Biasanya,
pencampur konkrit menggunakan gendang pusingan untuk
campuran komponen bagi jumlah kerja-kerja mudah alih yang
kecil. Ini memberi pekerja masa yang mencukupi untuk
menggunakan konkrit sebelum ia mengeras (Rajah 19).
Rajah 19: Pembancuh Simen (Concrete Mixer)
pg. 43
f. Air Compressor
Pemampat udara adalah alat yang menukarkan kuasa
(biasanya dari motor elektrik, enjin diesel atau enjin petrol)
kepada tenaga kinetik dengan memampatkan dan menekan
udara. Terdapat pelbagai kaedah pemampatan udara iaitu ia
dibahagikan kepada jenis anjakan positif ataupun anjakan
negatif. Anjakan positif memaksa udara memasuki ke dalam
kebuk yang isipadu dikurangkan dengan memampatkan udara
manakala pemampat udara anjakan negatif termasuk
pemampat empar yang menggunakan daya empar yang
dihasilkan oleh pendesak berputar untuk mempercepatkan
dan kemudian menurunkan tekanan udara terperangkap
(Rajah 20).
Rajah 20: Air Compressor
g. Spray Paint
Mesin ini digunakan untuk mengecat objek atau elemen
menggunakan kaedah semburan. Ia mengecat dengan mudah
di kawasan yang sukar, bersudut dan sempit di samping
mudah alih untuk kerja-kerja mengecat luaran dan dalaman.
Namun, mesin ini perlu dikendalikan oleh pekerja yang terlatih
serta berkemahiran tinggi supaya dapat memberikan hasil cat
yang berkualiti (Rajah 21).
pg. 44
Rajah 21: Spray Paint
Jadual 13: Kelebihan dan Kelemahan Spray Paint dan Roller Paint
SPRAY PAINT ROLLER PAINT (2 org cover 100m2)
Satu arah Cover 2 tingkat (menggunakan kayu panjang)
Cat Nipis (Perlu ulang 2 – 3 kali) Cat lebih tebal
Perlukan Air Compressor Mudah dikendalikan
Perlukan wayar lebih panjang
h. Boom Lift
Boom Lift digunakan untuk mengangkat pekerja dan peralatan
untuk kerja-kerja pada ketinggian yang tinggi. Terdapat akses
sementara yang fleksible bagi pekerja atau peralatan melalui
kawasan yang tidak boleh diakses. Mesin ini sering dipasang
di belakang kenderaan besar. Baldi digunakan untuk pekerja
berdiri boleh dimanipulasi kedudukan mengikut ketinggian
kerja. Mesin ini juga boleh bergerak secara menegak,
mendatar dan berputar (Rajah 22).
Rajah 22: Boom Lift
pg. 45
i. Scissors Lift
Ia merupakan sejenis platform yang digunakan untuk
menaikkan atau menurunkan pekerja yang hanya bergerak
secara menegak dan juga distabilkan oleh kaki pantograph
(lipatan silang) seperti bentuk ‘X’, platform mempunyai
jambatan lanjutan untuk membenarkan akses yang lebih
dekat dengan kawasan kerja kerana had yang wujud
pergerakan hanya menegak (Rajah 23).
Rajah 23: Scissors Lift
pg. 46
Jadual 14: Senarai mesin yang digunakan di tapak pembinaan
Bil Jenis Jentera Ciri – Ciri
Kerja Pergerakan
1 Concrete Poker Vibrator Mengukuhkan konkrit yang baru dicurahkan
Mengeluarkan udara dalam konkrit
Mengeluarkan air berlebihan konkrit
Kepala penggetar akan tenggelam dalam konkrit yang basah.
Terdiri daripada selinder keluli dan hos yang melekat pada satu hujung.
2 Vibratory Screed Leveller Meratakan paras permukaan konkrit
Mengeluarkan udara dalam konkrit
Meningkatkan ketumpatan konkrit
Ringan, tahan lama dan selamat digunakan
Penggunaan pangsi (pivot) yang cekap dan mudah untuk memenuhi konkrit di ruang yang sukar dan sempit
3 Power Machine Float Melicinkan beberapa peringkat terakhir permukaan konkrit
kepada kemasan toleransi yang tinggi
Menghasilkan konkrit yang mempunyai permukaanyang sangt
rata, keras dan tahan lama.
Mesin diletakkan apabila air di permukaan konkrit telah kering.
Mesin dihidupkan ke seluruh permukaan sehingga benar-benar licin
4 Concrete Pump Digunakan untuk memindahkan konkrit cair melalui pam.
Pam konkrit dipasangkan pada truk dan trailer
Memerlukan hos keluli flesible yang disambungkan pada mesin dan dihubungkan ke bahagian yang perlu
diletakkan dikonkrit.
5 Concrete Mixer Alat yang mengabungkan simen, pasir atau batu kelikir dan air
bagi membentuk konkrit
Gendang pusingan digunakan untuk campuran komponen.
Mesin yang mudah alih bagi penggunaan kerja-kerja yang kecil
6 Air Compressor Alat yang digunakan untuk memampatkan udara. Mudah dikendalikan dan mudah alih
Terdapat 2 kaedah pemampatan udara iaitu dengan cara anjakan positif dan anjakan negatif.
7 Spray Paint Equipment Digunakan mengecat objek atau elemen menggunakan kaedah
semburan
Mengecat dengan mudah di kawasan yang sukar, bersudut dan
sempit
Mudah alih untuk kerja-kerja mengecat luaran dan dalaman
Semburan bertekanan tinggi supaya mendapat hasil yang kemas dan licin
Mempunyai kelajuan yang sngat cepat dengan pengurangan masa lebih 70% berbanding menggunakan berus
8 Boom Lift Mengangkat pekerja dan peralatan untuk kerja-kerja pada
ketinggian yang tinggi
Terdapat akses sementara yang fleksible bagi pekerja atau peralatan melalui kawasan yang tidak boleh diakses
Sering dipasang di belakang kenderaan besar seperti trak, trailer, atau platform bergerak
Baldi untuk pekerja berdiri boleh dimanipulasi kedudukan mengikut ketinggian kerja
Bergerak secara menegak, mendatar dan berputar
9 Scissor Lift Sejenis platform yang digunakan untuk menaikkan atau
menurunkan pekerja yang hanya bergerak secara menegak.
Distabilkan oleh kaki pantograph (lipatan silang) seperti bentuk ‘X’
Platform mempunyai jambatan lanjutan untuk membenarkan akses yang lebih dekat dengan kawasan kerja
(kerana had yang wujud pergerakan hanya menegak)
pg. 47
7.0 Kesimpulan
1. Penggunaan mesin dan jentera diukur kepada jenis dan fasa kerja
pembinaan seperti berikut:
a. Penggunaan jentera untuk kerja tanah (earth work)
i. Jenis kerja = Mengorek, meratakan, mengangkat dan
pemadatan tanah
ii. Peratusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Jengkaut, penggali, pemuat roda
dan jentolak.
b. Penggunaan jentera untuk kerja sub-structure
i. Jenis kerja = Kerja cerucuk dan foundation
ii. Peratusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = CPG Pile Driling Machine Pumping,
Penghentak cerucuk (pile diving equipment) dan de-watering
equipment
c. Penggunaan jentera untuk kerja struktur utama (superstructure)
i. Jenis kerja = Kerja pembinaan dan pemasangan struktur
bangunan
ii. Peratusan penggunaan mesin = 80%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Kren bergerak dan kren perangkak,
vibratory screed leveller, power machine float, boom lift, scissor
lift dan hauling equipment hoisting equipment.
pg. 48
d. Penggunaan jentera untuk kerja kemasan (finishing)
i. Jenis kerja = Kerja kemasan dan mengecat
ii. Peratusan penggunaan mesin = 20%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Spray paint equipment
e. Penggunaan jentera untuk kerja pembinaan infrastruktur
i. Jenis kerja = Kerja pembinaan infrastruktur seperti jalan dan
jambatan
ii. Pertusan penggunaan mesin = 100%
iii. Tahap mekanisasi = Tahap 1 (Penggunaan mesin ringkas dan
mudah. Tiada sensor, automasi dan aplikasi robotik)
iv. Jentera yang digunakan = Kren bergerak dan kren perangkak
2. Kajian mendapati bahawa, mesin dan jentera digunakan secara meluas
oleh kontraktor di dalam semua fasa projek kecuali kerja kemasan
(finishing). Walaubagaimanapun, tahap mekanisasi adalah berada di
Tahap 1 iaitu penggunaan mesin yang mudah dan ringkas sahaja.
3. Dari sudut pemilikan jentera, kajian ini mendapati, majoriti kontraktor G7
iaitu sebanyak 61 % mempunyai peralatan jentera dan mesin sendiri.
Sebanyak 39% kontraktor G7 tidak memiliki jentera dan mesin dan
mereka menggunakan konsep sewaan, pajakan dan lantikan sub-
kontraktor yang memiliki jentera dan mesin.
4. Kontraktor biasanya memiliki jentera dan mesin yang boleh digunakan di
dalam beberapa projek. Mesin yang khusus biasanya disewa dari
pembekal.
5. Faktor-faktor yang mendorong kebanyakan kontraktor G7 memiliki
jentera dan mesin adalah seperti berikut:
a. Pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.
pg. 49
b. Penggunaan jentera pada tahap optimum dan mampu memberi
pulangan tinggi dengan mendapatkan banyak projek.
c. Pusingan pelaburan dengan menyewa jentera dan mesin kepada
syarikat lain.
6. Faktor-faktor yang menghalang kontraktor G7 daripada memiliki jentera
dan mesin adalah:
a. Kos ataupun modal pembelian peralatan yang sangat tinggi.
b. Faktor kekangan seperti kos alat ganti serta kos operasi yang tinggi
c. Kadar cukai atau permit yang tinggi untuk mengimport mesin.
d. Kos penghantaran yang tinggi disebabkan lokasi pembekal jauh.
e. Masalah kekurangan modal untuk membayar mesin dan jentera
secara tunai.
f. Pembekal tidak menyediakan servis pembelian secara kredit dan
mengenakan kadar faedah yang tinggi.
g. Masalah dalam mendapatkan gerenti dari bank untuk pembelian
jentera.
h. Kekurangan mesin dan jentera berteknologi terkini daripada
pembekal.
7. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan
kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan
terpakai boleh diusahakan melalui syarikat yang memberi sewa
peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu
jangkamasa yang dipersetujui.
8. Untuk merancang keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor
hendaklah diambil kira seperti berikut:
a) Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan
Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu
dipertimbangkan dalam pemilihan peralatan jentera yang sesuai
pg. 50
dengan keadaan tapak. Keadaan tapak yang sempit di dalam
kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan penggunaan
konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori
penggaul konkrit. Tapak yang berair dan berlumpur memerlukan
jentera beroda rantai daripada penggunaan jentera beroda tayar
getah. Keadaan bangunan seperti kedudukan dan saiz akan
mempengaruhi pemilihan jenis kren untuk memunggah dan
menempatkan bahan binaan. Peralatan jentera juga perlu di
tempatkan pada kedudukan yang sesuai supaya tidak
menghalang laluan kerja dalam proses binaan.
b) Jenis Jentera Kerja dan Pengendalian Jentera
Pengetahuan mengenai kaedah operasi dan pengendalian
peralatan jentera juga menyumbang kepada keupayaan
pengeluaran (output) yang optima serta meningkatkan produktiviti
hasil daripada gabungan pekerja dan peralatan tersebut.
Keseimbangan di antara bilangan pekerja dan kesesuaian
peralatan jentera perlu diperhatikan bagi menghasilkan mutu kerja
yang baik. Langkah keselamatan dan tatacara pemeriksaan
kepada semua peralatan jentera perlu dijalankan pada jangka
masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
pg. 51
8.0 Cadangan Penambahbaikan
1. Pelan tindakan yang sistematik dalam menggunakan jentera dan
mesin dalam pembinaan perlu digubal dan dilaksanakan. Pelan
tindakan itu harus bertujuan berikut:
Meningkatkan jentera pemilikan peralatan dan penggunaan
dalam industri pembinaan
Memperluaskan pembinaan jentera industri pembuatan
Membangunkan kapasiti dan keupayaan
Pengukuhan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan
Mewujudkan polisi khusus untuk menggalakkan pengurusan
mesin dan jentera.
2. Satu sistem pendaftaran berkomputer (pengkalan data) perlu
dibangunkan bagi memudahkan semakan dan pengauditan jentera
pembinaan.
3. Sebahagian besar jentera berat dan mesin tidak dikeluarkan oleh
negara. Justeru itu, cadangan perlu dilakukan terhadap
pengurangan duti import dan cukai jualan bagi jentera dan peralatan
berat yang digunakan dalam pembinaan. Antara pilihan yang
dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Pinjaman oleh bank-bank komersial / MIDF / EXIM Bank (CIDB
sebagai urus setia atau panel untuk menyemak melalui
permohonan).
Memperuntukkan dana khusus (sewa beli) geran jentera CIDB
usahasama dengan SME Corporation / MATRADE
Mengurangkan cukai atau meningkatkan insentif daripada
MIDA dan LHDN
4. CIDB haruslah menganjurkan forum secara berkala diantara ahli
akademik dan pemain industri yang yang bergiat aktif dalam
penggunaan dan pembekalan jentera, mesin dan teknologi robotik.
Forum ini bertujuan untuk pertukaran maklumat dan pengalaman,
pg. 52
teknik-teknik pembangunan dan nasihat terhadap promosi baru
yang boleh diperkenalkan.
5. Sebuah portal dalam talian juga telah dicadangkan untuk
menyebarkan trend-trend penggunaan jentera dan mesin di
peringkat antarabangsa, produk dan proses yang berkaitan dengan
jentera, automasi dan robotik.
6. Menstruktur semula sistem latihan dan memberi penekanan
terhadap latihan kompetensi operator teknikal jentera berat.
Operator yang bertauliah biasanya dibayar dengan gaji yang mahal
seterusnya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menceburi
industri pembinaan.
7. Fokus program pembangunan CIDB pada masa yang akan datang
adalah:
Program pembangunan memberi tumpuan kepada penggunaan
mesin berteknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti kerja.
Menggalakkan penggunaan mesin untuk kerja-kerja kemasan
yang dijalankan pada masa kini oleh buruh mahir dan separa
mahir.
Melobi untuk pengurangan duti import untuk menurunkan harga
jentera berat.
Menstruktur semula sistem latihan dan memberi penekanan
terhadap latihan kompetensi operator teknikal jentera berat.
Operator yang bertauliah biasanya dibayar dengan gaji yang
mahal seterusnya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk
menceburi industri pembinaan.
pg. 53
EDITORIAL
1. Prof. Ir. Dr. Zuhairi Abd. Hamid
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
2. Ir. Noraini Bahri
Pusat IBS, Construction Industry Development Board (CIDB)
3. En. Mohd. Idrus Din
Pusat IBS, Construction Industry Development Board (CIDB)
4. En. Rofizlan Ahmad
Pusat IBS, Construction Industry Development Board (CIDB)
5. En. Azmi Dzulkifly
Pusat IBS, Construction Industry Development Board (CIDB)
6. Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
7. Dr. Foo Chee Hung
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
8. Cik Natasha Dzulkalnine
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
9. En. Ahmad Farhan Roslan
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
10. Sr. Dr. Nasrun Nawi
Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Dr. Mohamed Nor Azhari Azman
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Prof. Madya Sr. Dr. Mohammad Fadhil Mohammad
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
13. Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Abdul Wahab
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)