ringkasan eksekutif

53
ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201 RINGKASAN EKSEKUTIF Maimunah Cafe & Catering merupakan sebuah perniagaan yang telah diambil alih oleh empat orang pekongsi. Selepas diambil alih, Maimunah Cafe & Catering ditukar nama kepada Little American Italiano Pasta & Grill (Little AI). Little AI menjalankan perniagaan berasaskan makanan barat, yang dijual kepada semua pelanggan tanpa mengira sesuatu bangsa dan budaya. Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian diantara empat orang sahabat iaitu, George Majunting, Abdul Muhaimin, Jeremiah Daniel dan Karloff Lukin. Little AI terletak di One Borneo Sepanggar yang mana kedudukannya terletak di kawasan Pusat membeli-belah. Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membuka cawangan baru di Indah Permai Sepanggar. Dengan adanya pinjaman ini, kami dapat memperbaharui cawangan baru restoran kami. Selain itu, kami juga dapat memperbaiki semua keperluan seperti meja, kerusi, hiasan, barangan dan sebagainya. Pengubahsuaian premis juga perlu untuk memaparkan imej yang baik dan menarik. Disamping itu, peralatan dan mesin juga perlu ditambah bagi cawangan baru kami ini. Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM yang dipohon di bawah skim. Pembiayaan ini bukan sahaja untuk keperluan yang telah dinyatakan diatas, malah untuk membeli sebuah van sebagai kemudahan pekerja. 1

Upload: dale-testink

Post on 04-Aug-2015

974 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RINGKASAN EKSEKUTIF

Maimunah Cafe & Catering merupakan sebuah perniagaan yang telah diambil alih oleh

empat orang pekongsi. Selepas diambil alih, Maimunah Cafe & Catering ditukar nama

kepada Little American Italiano Pasta & Grill (Little AI). Little AI menjalankan perniagaan

berasaskan makanan barat, yang dijual kepada semua pelanggan tanpa mengira sesuatu

bangsa dan budaya. Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian diantara empat orang

sahabat iaitu, George Majunting, Abdul Muhaimin, Jeremiah Daniel dan Karloff Lukin. Little

AI terletak di One Borneo Sepanggar yang mana kedudukannya terletak di kawasan Pusat

membeli-belah.

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman

bank bagi membuka cawangan baru di Indah Permai Sepanggar. Dengan adanya pinjaman

ini, kami dapat memperbaharui cawangan baru restoran kami. Selain itu, kami juga dapat

memperbaiki semua keperluan seperti meja, kerusi, hiasan, barangan dan sebagainya.

Pengubahsuaian premis juga perlu untuk memaparkan imej yang baik dan menarik.

Disamping itu, peralatan dan mesin juga perlu ditambah bagi cawangan baru kami ini.

Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan

pembiayaan sebanyak RM yang dipohon di bawah skim. Pembiayaan ini bukan sahaja

untuk keperluan yang telah dinyatakan diatas, malah untuk membeli sebuah van sebagai

kemudahan pekerja.

Memandangkan tahap persaingan yang tinggi dari kalangan restoran makanan tempatan,

Little AI akan melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran yang sedia

ada bagi meningkatkan syer pasaran. Oleh yang demikian, Little AI mengambil berat tentang

kualiti pengeluaran dan tahap kebersihan. Disamping itu, Little AI juga akan berusaha untuk

memperluaskan pasaran hingga mendapat sambutan yang lebih hebat daripada pelanggan.

Sekiranya perniagaan kami iaitu Little American Italiano Pasta & Grill (Little AI) telah berada

di pasaran dan telah berkembang maju kelak, Little AI akan berusaha memperkenalkan

menu dan resepi baru bagi menjamin tahap persaingan masih dalam keadaan terkawal

serta memberi kelainan dan kepuasan yang maksima kepada semua pelanggan. Selain itu,

1

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

kami juga akan membuat promosi yang menarik kepada para pelanggan seperti diskaun

kuantiti, set meal (pakej makanan), dan kupon diskaun.

Dari segi kekuatan pengurusan, Little AI memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi dan

komited terhadap tugas dan tanggunjawab mereka. Pekerja-pekerja Little AI ini terdiri

daripada pekerja yang memang berkemahiran dalam bidang pemakanan dan pengurusan.

Masing-masing mempunyai ijazah dan diploma berserta dengan kemahiran dalam bidang

yang diceburi.

2

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PENGENALAN

Perniagaan Little American Italiano Pasta & Grill yang kami jalankan adalah perniagaan

berbentuk makanan, dimana hidangan utamanya terdiri daripada makanan yang

dipanggang (Grill), seperti lembu dan kambing panggang yang disaluti dengan sos yang

lazat dengan aroma yang nikmat dan menyamankan. Selain itu, Little AI juga menyediakan

hidangan sampingan seperti, Risiotto ai Fiori, Chicken Butter, Jambalaya, Tortellini, Pesto

Chicken, iaitu makanan yang terdiri daripada nasi, dan pasta. Disamping itu, snek-snek dan

salad turut disediakan kepada pelanggan seperti, Teriyaki Burger, Hot Dogs, Chicken

Caesar Salad dan sebagainya.

Menu ini diperkenalkan kepada para masyarakat agar mereka berpeluang merasa masakan

barat tanpa pergi ke luar Negara. Selain itu, mereka dapat memperoleh makanan ini dengan

harga yang berpatutan dan mampu beli oleh semua. Tambahan pula makanan yang

disediakan adalah halal disamping mudah dihidangkan dan fleksibel.

Perniagaan kami terletak di One Borneo, Sepanggar iaitu terletak di dalam pusat membeli-

belah yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Dua

lot milik kami yang bersaiz sederhana dapat menampung segala peralatan dan kelengkapan

perniagaan dengan secukupnya.

Perniagaan kami ini berbentuk perkongsian yang terdiri daripada tiga orang pekongsi muda

iaitu Karloff Lukin, Jeremiah Daniel, Abdul Muhaimin dan George Majunting, yang masing-

masing memiliki pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang masing-masing

seperti kewangan, pemasaran, operasi pengeluaran dan sebagainya.

Kami telah memilih untuk memulakan perniagaan dengan membeli perniagaan yang sudah

wujud kerana pengambilalihan adalah cara yang terbaik kerana mempunyai rangkaian

pelanggan, struktur pentadbiran dan jaringan pembekal. Pengambilalihan ini tidak bermakna

kami pekongsi tidak perlu berusaha keras untuk memajukan perniagaan ini, tetapi sekurang-

kurangnya perkara ini dapat mengelakkan lebih banyak masalah dan rintangan serta

menjimatkan lebih banyak masa dari membina sebuah struktur bangunan.

3

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Sehingga kini, sudah tiga tahun perniagaan Little AI dijalankan dibawah pengurusan kami

berempat dan keuntungan yang diperolehi adalah sangat menggalakkan.

Dengan adanya rancangan perniagaan ini, diharap dapat membantu kami dalam

mendapatkan sumber pembiayaan modal daripada pihak bank untuk memperbaharui

pengurusan yang sedia ada disamping untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan.

4

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

TUJUAN

Kami telah bersepakat dan bersetuju antara satu sama lain untuk membuka satu cawangan

baru atas permintaan yang ramai dari pelanggan. Kebanyakan dari pelanggan kami

menyatakan bahawa mereka tinggal berdekatan dengan kawasan Indah Permai Sepanggar

dan lebih mudah mereka mengujungi restoran baru berbanding ke One Borneo. Tetapi,

adalah sangat sukar untuk memulakan tanpa modal atau pembiayaan yang cukup kerana

kos peralatan dan kelengkapan lain selain kos pengangkutan adalah tinggi. Tambahan pula

pengangkutan sedia ada kami adalah cuma sebuah van sahaja.

Oleh itu, tujuan utama Rancangan Perniagaan ini dibuka adalah untuk menyakinkan pihak

bank bagi menilai potensi cadangan projek berhubung dengan pembiayaan perniagaan

yang digunakan untuk membuka satu cawangan baru ditempat yang sama tetapi berjauhan

sedikit dari lokasi yang sedia ada.

Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional untuk pembiayaan

sebanyak RM yang dipohon di bawah skim. Pembiayaan ini diperlukan untuk membeli

peralatan dan kelengkapan lain yang berkaitan, serta sebuah van untuk kegunaan pekerja.

Dengan adanya penyediaan rancangan ini, kami sebagai bakal usahawan pula dapat

memperolehi peluang untuk melihat sendiri dan menilai idea perniagaan atau projek

perniagaannya dengan teliti, secara objektif dan kritis.

5

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama syarikat : Little American Italiano Pasta & Grill

Alamat Perniagaan : Lot 1 & 2, Ground Floor,

One Borneo, 88450

Kota Kinabalu, Sabah.

Nombor Telefon : 088-383838

Bentuk Perniagaan : Perkongsian antara empat orang

Kegiatan Utama : Menghidangkan makanan barat

Tarikh Beroperasi : 29 Febuari 2009

No. Pendaftaran : WQ2902101-Z

Modal Permulaan : RM 100 000

Nama Bank : Bank Simpanan Nasional

No. Akaun Bank : Akaun Semasa No 00001200-00002-00000000-12

6

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

LATAR BELAKANG PEMILIK

PEKONGSI 1 :

Nama Penuh Abdul Muhaimin Bin Inggu

No. Kad Pengenalan 920307-12-5679

Umur 20

Jantina Lelaki

Alamat Tetap University Apartment 2,

Blok K 3 -2

Jalan Sepanggar, 88840

Kota Kinabalu Sabah.

No. Telefon 013-4761562

Taraf Perkahwinan Bujang

Kursus Kursus Asas Keusahawanan, anjuran bersama Institut Pembangunan

Keusahawanan (IPK) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi (MEDEC) di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dari 10

November hingga 15 November

Kemahiran Mahir memasak pelbagai menu – American, Italy, Mexico, China

Pengalaman Food Nutrition Officer di Bukit Redang Resort selama empat tahun

Pekerjaan Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu

Pendidikan Ijazah dalam bidang pengurusan Hotel dan Katering

7

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PEKONGSI 2 :

Nama Penuh Jeremiah Daniel Lubasah

No. Kad Pengenalan 920928-12-6797

Umur 20

Jantina Lelaki

Alamat Tetap Taman Landbreeze,

Lot 6, Lorong 3,

Jalan Penampang, 88200

Kota Kinabalu Sabah.

No. Telefon 010-9305104

Taraf Perkahwinan Berkahwin

Kursus Kursus Asas Keusahawanan, anjuran bersama Institut Pembangunan

Keusahawanan (IPK) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi (MEDEC) di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dari 10

November hingga 15 November

Pengalaman Akauntan di Bank Simpanan Nasional Kota Kinabalu Selama dua

tahun

Pekerjaan Pengurus Kewangan di Star City Kota Kinabalu

Pendidikan Ijazah dalam bidang Perakaunan

8

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PEKONGSI 3 :

Nama Penuh Karloff Lukin

No. Kad Pengenalan 920130-12-5509

Umur 20

Jantina Lelaki

Alamat Tetap Taman Bukit Sepanggar,

Lot 5, Lorong 2,

Jalan Sepanggar, 88840

Kota Kinabalu Sabah.

No. Telefon 010-9510887

Taraf Perkahwinan Bujang

Kursus Kursus Asas Keusahawanan, anjuran bersama Institut Pembangunan

Keusahawanan (IPK) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi (MEDEC) di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dari 10

November hingga 15 November

Pengalaman Pengurus Restoran di Sutera Harbery selama dua tahun

Penyelia Restoran di Tina Hotel selama setahun

Pekerjaan Pensyarah di Politeknik Kota Kinabalu

Pendidikan Ijazah dalam bidang Pemasaran Antarabangsa

9

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PEKONGSI 4 :

Nama Penuh George Bin Majunting

No. Kad Pengenalan 920211-12-6757

Umur 20

Jantina Lelaki

Alamat Tetap Seri Maju Apartment,

Blok 12-2-19,

Jalan Sepanggar, 88840

Kota Kinabalu Sabah.

No. Telefon 012-8443197

Taraf Perkahwinan Berkahwin

Kursus Kursus Asas Keusahawanan, anjuran bersama Institut Pembangunan

Keusahawanan (IPK) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi (MEDEC) di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dari 10

November hingga 15 November

Pengalaman Chef di Pulau Sipadan Resort selama tiga tahun

Pekerjaan Chef di Hyatt Regency Hotel

Pendidikan Ijazah dalam bidang Kulinari

10

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

LATAR BELAKANG PROJEK

Perniagaan ini dijalankan di pusat pendidikan pengajian tinggi dan pusat perumahan iaitu di

Indah Permai Sepanggar. Pekongsi telah bersetuju untuk memilih kawasan tersebut kerana

kedudukannya yang strategik menjadi tumpuan para pelajar dan penduduk kerana ianya

merupakan pusat pendidikan dan perindustrian.

Lokasi premis perniagaan ini adalah sangat strategic dimana ia terletak di kawasan di mana

penduduk dan para pelajar di pusat pengajian berdekatan membeli barang-barang

keperluan harian. Kawasan ini kerap dikunjungi oleh penduduk perumahan sekitar. Oleh itu,

kawasan ini sangat sesuai dijadikan tempat untuk membuka cawangan restoran kami yang

baru.

Kawasan ini mempunyai banyak restoran tetapi kebanyakannya menyajikan makanan

melayu. Hanya terdapat satu sahaja restoran yang menyajikan makanan barat iaitu restoran

Kentucky Fried Chicken (KFC). Oleh itu, kami menganggap saingan bagi jenis makanan

kami adalah kurang. Selain itu, kedudukan restoran kami juga berdekatan dengan pusat

membeli belah Giant yang mampu memberikan kesan yang positif terutama kehadiran

pelanggan yang ramai.

Bentuk bangunan kami adalah sesuai manakala susun atur perabot dan kelengkapannya

adalah bersesuaian dengan jenis restoran kami yang pasti mampu menarik perhatian

pelanggan untuk datang menjamu selera.

11

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

SUMBER IDEA PERNIAGAAN

Kami telah melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai perniagaan

makanan barat dan asia (western and asian food), resepi dan kelainan – kelainan lain

yang dibuat oleh pihak yang menjalankan perniagaan jenis ini.

Kami juga telah memperolehi sumber melalui pembacaan majalah artikel yang berkaitan

dengan aspek pemakanan, carta pengendalian yang terbaik dan sebagainya.

Sebelum menjalankan perniagaan ini juga, kami telah membuat tinjauan untuk

mengetahui menu makanan yang popular di kawasan sasaran kami iaitu di pusat

pendidikan pengajian tinggi dan pusat kediaman. Melalui tinjauan yang dibuat, kami

mendapati makanan yang berasaskan masakan barat dan asia amat popular di kawasan

tersebut. Kami juga mendapati restoran yang menyajikan makanan barat di kawasan ini

agak kurang tetapi mendapatkan sambutan yang menggalakkan.

Faktor Persekitaran

Memandangkan lokasi perniagaan kami terletak di pusat pendidikan pengajian tinggi dan

pusat kediaman, struktur penduduk di kawasan ini terdiri daripada mereka yang tergolong

dalam peringkat umur, tahap pendidikan, tahap kesihatan dan jantina yang pelbagai.

Lokasi ini sesuai dijadikan sebagai cawangan perniagaan kami yang baru kerana ia

manjadi tumpuan para pelajar dan orang ramai.

Citarasa penduduk berubah dari masa ke semasa. Kebanyakan masyarakat Malaysia

pada masa kini lebih gemar makan di luar seperti di restoran berbanding makan di

rumah. Kesuntukan masa dan kesibukan seharian mendorong masyarakat masa kini

untuk lebih kerap makan di luar.

12

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Faktor Pengalaman

Biasanya seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai dengan

pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya.contohnya

setiap daripada pekongsi perniagaan ini mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam

bidang ini.

Faktor Pengetahuan

Seseorang yang ingin membuka perniagaan hendaklah tahu mengendalikan

perniagaannya seperti kos mengupah tukang masak, pelayan, pembantu dapur,

juruwang serta mengatur jadual para pekerja mengikut bilangan tenaga kerja dan

sebagainya.

Bukan itu sahaja, seseorang yang ingin membuka perniagaan juga harus tahu

menentukan menu berdasarkan permintaan pelanggan tidak kira dari segi masakan dan

sebagainya. Segala apa yang dilakukan hendaklah mengikut kehendak dan kepuasan

pelanggan supaya pelanggan akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Ia juga menunjukkan professionalisma seorang pekerja mengendalikan kerenah

pelanggannya.

Selain itu, kualiti juga harus diutamakan seperti aspek kebersihan premis, kualiti

masakan dan juga layanan kepada pelanggan.

Tujuan membuka perniagaan bukanlah menjual untuk melariskan jualan semata-mata

tetapi juga harus tahu keuntungan yang diperolehi. Oleh itu, pengusaha restoran harus

tahu mengurus akaun supaya dapat mengetahui tahap keuntungan dalam sehari.

Ia juga dapat mengelakkan daripada ditipu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antara contoh membuat akaun seperti pengiraan kos, harga, belanja serta mengira

keuntungan perniagaan serta pembelian asset-asset perniagaan.

13

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Faktor Kemampuan Modal

Memandangkan perniagaan yang kami jalankan adalah bersifat sederhana sahaja, maka

modal yang dikeluarkan juga adalah dengan kos yang sederhana sahaja.

Setiap daripada ahli pekongsi hanya mengeluarkan modal sebanyak RM 25,000 sahaja.

Oleh itu jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 100,000

sebagai modal permulaan kami untuk membuka cawangan baru restoran kami

Kami juga bercadang membuat pinjaman wang daripada bank untuk membantu kami

menyelesaikan masalah kekurangan modal, di mana kami perlu melakukan banyak

pengubahsuaian pada premis kami untuk disesuaikan dengan jenis restoran kami.

Sebagaimana yang kita tahu, untuk memulakan perniagaan memerlukan modal

sokongan supaya perniagaan kami dapat dilaksanakan dengan baik.

Faktor Minat

Kami memilih untuk menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat yang mendalam

terhadap bidang masakan. Oleh itu, idea yang sesuai untuk menjalankan perniagaan

adalah yang berbentuk makanan.

Tambahan pula rakyat Malaysia suka kepada makanan tanpa mengira apa jua jenis

makanan yang ada di Malaysia. Oleh itu, perniagaan ini dirasakan boleh membawa

keuntungan kerana setiap orang akan makan setiap hari.

Selain itu, kami juga ingin memperkembangkan perniagaan masakan barat dan asia

melalui resipi dan cara kami yang tersendiri.

14

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RANCANGAN ORGANISASI

Visi

Untuk menjadi premis perniagaan yang terkenal di sabah dan seluruh Malaysia

Untuk memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan yang sentiasa inginkan

pembaharuan

Menyediakan sebuah premis perniagaan yang menjanjikan kepuasan dan kenikmatan

apabila berkunjung ke restoran kami.

Misi

Mampu menyediakan makanan barat dan asia yang lazat, murah dan cepat.

Berusaha untuk mencipta kelainan pada menu seharian dari masa ke semasa dan

menawarkan keistimewaan lain.

Berusaha mencapai kualiti pengeluaran, kebersihan dan kecekapan.

Ingin mengembangkan perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan kata lain,

ingin meluaskan pasaran.

15

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

CARTA ORGANISASI

PENGURUS BESAR :

Pengurus besar memainkan peranan dengan bertindak untuk mengawal dan menyelaras

kesemua tindakan organisasi-organisasi di bawahnya.

PENGURUS KEWANGAN:

Antara tanggungjawab utama :

Menyediakan belanjawan tahunan perniagaan.

Menyediakan laporan kewangan perniagaan.

Mengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.

Menyelaras lejar personel di bahagian kewangan.

16

PENGURUS

Karloff Lukin

PENGURUS KEWANGAN

Jeremiah Daniel

PENGURUS PEMASARAN

Abdul Muhaimin

PENGURUS TEKNIKAL

George Majunting

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PENGURUS PEMASARAN:

Antara tanggungjawab utama :

Membangunkan promosi sepanjang tahun dengan efektif.

Menubuhkan rancangan organisasi dengan efektif.

Mengurus dan memberi latihan terhadap perkeja.

Membina dan mengekalkan hubungan kerja dengan efektif seperti pembekal.

Menubuhkan sistem komunikasi yang baik.

Kakiktangan Utama :

Chef Makanan 1 : En. Dynemond

En. Dynemond merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi , bertanggungjawab

serta komited terhadap tugas yang diberi dan diamanahkan. Beliau telah bekerja sebagai

Chef dari restoran ini sejak 2 tahun yang lepas. Mendapat pendidikan awal Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandaraya, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma,

Politeknik Kota Kinabalu dalam bidan Hospitaliti. Sebelum ini, En. Khairul pernah bekerja

sebagai tukang masak di Restoran Kampung Nelayan. Antara tugasnya dan tanggungjawab

yang diamanahkan kepadanya :

1. Mengenalpasti bahan-bahan yang harus diutamakan pembuatannya.

2. Memproses pengeluaran.

3. Memberi arahan dalam membakar ayam dan daging.

4. Membuat jadual pengeluaran untuk hari berikutnya.

5. Menjadi pakar rujuk kepada Chef Makanan 2.

17

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Chef Makanan 2 :En. Khairul

En. Khairul pula merupakan pekerja asal di Restoran Gayang Seafood dan telah berkhidmat

hampir 2 tahun. Beliau juga sangat rajin dan komited dengan tugas yang diberikan dan tidak

pernah menimbulkan maslah disiplin selama ini. Beliau hanya berkelulusan SPM dan masih

bujang. Antara tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada beliau adalah membantu

Chef makanan 1 dalam mempercepatkan proses pengeluaran seharian.

Juru Hias Makanan : Puan Amy Adam

Puan Amy Adam juga sangat komited dengan tugasnya dan telah berkhidmat selama

setahun. Antara tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau ialah :

1. Menghiaskan makanan mengikut kehendak pelanggan.

2. Memotong dan mereka bentuk sayur-sayuran untuk digunakan sebagai hiasaan

dalam makanan.

Kerani jualan/ Juruwang : Cik Ester

Cik Ester merupakan pekerja asal syarikat yang telah menunjukkan mutu kerja yang sangat

memuaskan. Beliau begitu bersungguh-sungguh dengan tugas dan tidak pernah

mendatangkan masalah disiplin. Beliau sanggup bekerja lebih masa sebenar. Antara tugas

dan bertanggungjawab utamanya:

1. Urusan di kaunter

2. Mengira stok seharian.

3. Membantu membersihkan tempat jualan.

4. Melayan kehadiran pelanggan.

5. Menjalankan urusan ke bank.

6. Menyediakaan maklumat-maklumat am kepada pihak atasan.

18

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Pembantu Am : En. Jowell Maiden

Beliau merupakan pekerja baru yang telah diambil kira-kira 4 bulan yang lepas. Walaupun

hanya berkelulusan PMR dan masih muda, namun dari karakternya beliau menampakkan

minat yang mendalam. Sehubungan itu, pihak pengurusan terus memberikan beliau

semangat dan galakan supaya terus menghasilkan kerja yang bermutu. Antara tugasnya :

1. Tugas utamanya ialah mengambil stok daripada pembekal

2. Membantu membersihkan tempat pengeluaraan.

3. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

19

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RANCANGAN PEMASARAN

1. Analisis pemasaran

A. Trend Pasaran

Industri makanan di Malaysia berkembang dengan pesat kerana pertambahan

penduduk dan berjenis-jenis makanan yang ada pada pasaran. Lebih banyak

orang suka menikmati makanan barat hingga ia menjadi kebiasaan pada

kalangan penduduk yang tinggal berhampiran dengan bandar. Sejak

kebelakangan ini, para-para pelajar IPTA/IPTS gemar makan makanan barat

(Western Food) pada harga yang berpatutan. Oleh itu, makanan berdasarkan

daripada berjenis-jenis tema adalah pilihan terbaik bagi mereka yang suka

mencuba makanan yang beraneka.

B. Saiz Pasaran

Kawasan pasaran Little American-Italiano Pasta & Grill terletak

berhampiran dengan pusat perindustrian di Sepanggar di mana kawasan ini

merangkumi seperti tempat-tempat berikut;

i) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ii) Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

iii) Institut Latihan Perindustrian (ILP)

iv) Institut Kemahiran Mara (IKM)

20

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

C. Kedudukan Geografi

Little American-Italiano Pasta & Grill terletak di tengah-tengah pusat

komersil berhampiran iaitu Indah Permai, yang di mana ia merupakan salah

satu tempat untuk penduduk Sepanggar untuk membeli belah dan ia juga

menjadi tumpuan orang ramai terutama pada kalangan pelajar-pelajar kolej

dan university yang berhampiran.

D. Sasaran pasaran

Bagi sasaran pasaran, Little American-Italiano Pasta & Grill menjangkakan

beberapa sasaran yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan

jualan syarikat. Antara yang disasarkan adalah;

Penduduk yang tinggal berhampiran seperti Taman Seri Maju, Taman

Kuala Menggatal, Universiti Apartments 2 (UA2), Taman Malawa dan

sebagainya.

Pelanggan yang selalu membeli belah di Indah Permai.

Pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang berhampiran.

E. Persaingan

Dari segi persaingan, terdapat beberapa buah restoran yang berdekatan yang

menjalankan perniagaan yang hampir serupa. Manakala, terdapat restoran

yang boleh dikira sebagai pesaing utama iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC)

21

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

BILNAMA

SYARIKATKEKUATAN KELEMAHAN

1 Kentucky

Fried

Chicken

1) Telah lama beroperasi

sejak tahun 2003

2) Mempunyai pembekal

yang tetap.

3) Menarik perhatian

pelanggan.

4) Premis restoran yang

bersih dan tersusun

1) Pusing ganti

pekerja yang

tinggi.

2) Pelanggan sukar

mencari tempat

letak kenderaan

3) Kekurangan

pekerja pada

waktu malam.

Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

22

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

F. Ramalan Jualan

i) Perkongsian Pasaran

Berdasarkan kepada prestasi jualan Little American-Italiano Pasta &

Grill dua tahun yang lalu, syarikat ini dijangka menguasai perkongsian

yang lebih banyak daripada pesaing-pesaing kecil yang lain.

Penguasaan perkongsian pasaran ini berlandaskan tahap penerimaan

dan kehadiran pelanggan ke premis masing-masing.

ii) Jadual Ramalan Jualan

Ramalan jualan ini berdasarkan saiz pasaran kini dan yang akan

datang. Selain mengambil kira perkongsian pasaran yang dimiliki oleh

syarikat, ramalan trend jualan bulanan juga dibuat di mana ia

berasaskan prestasi jualan pada tahun 2010. Bagi kawasan pasaran,

ini adalah berdasarkan lokasi dan pasaran semasa.

23

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

G. Strategi Pemasaran

i) Produk

Produk yang dijual oleh Little American-Italiano Pasta & Grill

mampu bersaing dengan produk yang dijual di restoran-restoran yang

lain kerana produk Little American-Italiano Pasta & Grill tetap

memenuhi citarasa pelanggan dari kepelbagaian jenis makanan yang

dihidangkan.

Little American-Italiano Pasta & Grill bukan sahaja mempunyai

banyak jenis makanan, ia juga dikenali sebagai produk yang bersih,

suci dan halal serta sesuai untuk makanan orang Islam. Kesuciannya

memang tidak boleh dipertikaikan dan kami memiliki sijil HALAL dari

pihak Jakim yang mana mereka telah membuat pemeriksaan dan

penyelidikan yang rapi terhadap proses dan perlatan yang digunakan.

Produk yang ditawarkan juga mengikut segmentasi pasaran di mana

ia sesuai dimakan untuk semua kategori sama ada tua atau muda.

24

Page 25: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

H. Harga

i) Harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah pada harga yang

kompetitif dan tidak terlalu mahal. Harga yang ditetapkan berdasarkan

pada kos pengeluaran yang ditanggung dan ‘mark-up’ sebanyak 20

peratus dengan margin keuntungan yang telah diperhitungkan.

ii) Harga hidangan kami tidak berbeza dengan harga hidangan yang

telah ditetapkan oleh cawangan yang lain. Kami menjangkakan kuasa

beli di kalangan penduduk tetap tinggi.

I. Lokasi

i) Lokasi yang digambarkan seperti di dalam Lampiran I menunjukkan

premis perniagaan Little American-Italiano Pasta & Grill yang

terletak di Indah Permai, Sepanggar adalah strategik. Ini kerana, ia

berada di tengah-tengah pusat tumpuan penduduk berhampiran dan

pelajar kolej/universiti berdekatan.

ii) Little American-Italiano Pasta & Grill juga terletak berhampiran di

laluan utama ke pusat perindustrian dan kolej-kolej yang terletak

berdekatan.

25

Page 26: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

J. Saluran Pengedaran

i) Proses pengedaran dan penjualan produk yang menggunakan

perkhidmatan kenderaan seperti van/lori bergantung pada jenis

tempahan, kuantiti dan jarak penghantaran.

K. Promosi

i) Little American-Italiano Pasta & Grill menjalankan pelbagai jenis

promosi yang efektif bagi melariskan jualan kami. Antaranya;

Memberi diskaun kuantiti

Diskaun Kupon

Sambutan Ulangtahun Little American-Italiano Pasta &

Grill

Risalah

26

Page 27: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

L. Butiran Belanjawan Pemasaran

BI

LPERKARA JUMLAH (RM)

1 Gaji Pekerja (1xRM700x12) 8,400

2 Gaji Pembantu Jualan (1xRM900x12) 10,800

3 Belanja Pengiklanan 1,500

4Belanja pengedaran/pengeluaran

risalah500

5Belanja Sambutan Little American-

Italiano Pasta & Grill5,000

6 Insurans 20,000

Jumlah 46,200

27

Page 28: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RANCANGAN OPERASI / PENGELUARAN

Produk

Terdapat pelbagai jenis produk yang dikeluarkan di mana ia meliputi berbagai jenis

produk dan bahan-bahan yang digunakan. Senarai produk yang digunakan ada

dinyatakan secara terperinci seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1 : Cadangan tambahan kakitangan (outlet baru dan lama )

Jawatan Bilangan Gaji (RM)

Tukang Masak 1 1,200

Kerani jualan / juruwang 1 900

Pekerja 8 (8x700) 5,600

Pembantu Jualan 1 900

Pemandu 1 1,000

JUMLAH 12 9,600

Jadual : Peralatan dan kelengkanpan sedia ada

BIL JENIS KUANTIT/HARGA (RM) JUMLAH(RM)

1 Kerusi/meja 20 set (20x200) 4,000

2 Kabinet 2 (2x700) 1,400

3 Mesin Tunai 1 200

4 Peralatan dapur 8 (8x800) 6,400

5Peralatan meja

makan150 (150x20) 3,000

28

Page 29: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Jadual : bahan-bahan yang diperlukan

Bil. Jenis ProdukKapasiti

Sebulan

Harga / Unit

(RM)

Jumlah Jualan

(RM)

1 Ayam 15 Kotak 125 2,025

2 Lembu 13 Kotak 135 1,755

3 Kambing 13 Kotak 145 1,885

4 Sos 150 5 750

5 Mentega 7 Kotak 120 840

6Ubi Kentang (French

Fries)20 Kotak 30 600

Berdasarkan kapasiti pengeluaran yang ditunjukkan, pengeluarn dapat dilakukan dengan

beberapa pekerja yang mahir untuk satu shift (8.30 pagi hingga 5.30 petang ). Bagi

memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kerja lebih masa terpaksa diadakan.

Proses pengeluaraan makanan panggang (Grill)

Makanan disediakan melalui dua peringkat, iaitu membakar dan menghias. Proses

pengeluaran makanan adalah seperti berikut:

29

Page 30: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Proses pengeluaraan

Daging perlu diperapkan terlebih dahulu.

Daging yang telah diperap akan diletakkan diatas minyak mentega yang panas.

Disamping itu, French fries digoreng serentak.

Sapukan sos african pada keseluruhan daging.

Terbalikkan hingga daging masak.

Daging yang telah masak akan diletakkan ke atas pinggan yang telah siap dihias dan

dihidangkan bersama dengan French fries.

Tuangkan sos yang diingini pada keseluruhan daging hingga rata.

Sedia untuk dihidang.

30

Page 31: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

Bahan mentah yang digunakan :

Bil Jenis Pembekal KuantitiHarga/unit

(RM)Jumlah

(RM)

1 Ayam Segar Fresh Mart 15 Kotak 125 2,025

2 Lembu Woo Joo 13 Kotak 135 1,755

3 Kambing Woo Joo 13 Kotak 145 1,885

4 Sayur-sayuran Timah Ent. 30 Kg 3 90

JUMLAH 5,755

Susun atur pengeluaran

Carta susun atur pengeluaran (layout) yang menunjukkan perletakkan peralatan

ditunjukkan seprti dalam Lampiran 3.

Cadangan tambahan peralatan perngeluaran

Jangka hayat peralatan baru yang dicadangkan secara puratanya ialah 5 tahun.

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Bi

lPerkara / Bulan Feb 2013 April 2013 Jun 2013 Julai 2013

1 Permohonan pinjaman

2 Kelulusan pinjaman

3 Ubahsuai kedai & pemasangan mesin

4 Memulakan operasi

5 Promosi

31

Page 32: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RANCANGAN KEWANGAN

Jika dilihat prestasi kewangan pada tiga tahun lepas, ia adalah menggalakkan dengan

jualan yang tinggi. Dengan kos perbelanjaan bahan mentah yang terkawal, restoran

mencatat keuntungan bersih sebanyak RM254,350 pada tahun pertama, RM278,050

pada tahun kedua dan RM301,550 pada tahun ketiga.

Penyata kunci kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti dalam

lampiran 2.

Dilihat dari segi kedudukan kewangan dari kunci kira-kira pada tiga tahun yang lepas

adalah didapati Restoran Little American-Italiano Pasta & Grill mempunyai modal

pusingan yang mencukupi serta mempunyai tingkat kecairan kewangan yang baik untuk

tiga tahun. Nilai bersih kewangan juga kukuh dan telah meningkat kerana keuntungan

dilaburkan balik untuk perniagaan.

Kos Projek Dan Jadual Pembiayaan

Bil Perkara Kos (RM)PEMBIAYAAN

SENDIRI

PEMBIAYAAN

BANK

1 Mesin dan peralatan 50,000 - 50,000

2 Ubahsuai kedai 45,500 5,500 40,000

3 Van 120,000 40,000 80,000

4 Modal pusingan 75,000 45,000 30,000

JUMLAH 290,500 90,500 200,000

32

Page 33: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RESTORAN LITTLE AMERICAN – ITALIANO PASTA & GRILL

PENYATA PENDAPATAN PRO-FORMA

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Jualan 768,000 797,000 825,000

Tolak: kos jualan

Stok awal - - -

Belian 45,600 51,500 56,300

Tolak: stok akhir - - -

Pengangkutan masuk 53,600 53,600 53,600

99,200 105,100 109,900

Untung kasar 668,800 691,900 715,100

Tolak: perbelanjaan

Belanja pentadbiran 65,000 65,000 65,000

Belanja pemasaran 345,300 345,300 345,000

Pendaftaran & perlesenan 600 - -

Insurans kenderaan & cukai jalan 900 900 900

Pelbagai belanja 2,500 2,500 2,500

Faedah sewa beli 150 150 150

Faedah pinjaman - - -

Belanja operasi - - -

Jumlah perbelanjaan 414,450 413,850 413,550

Untung bersih 254,350 278,050 301,550

Lampiran 2

33

Page 34: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

RUMUSAN

Perniagaan Restoran Little American-Italiano Pasta & Grill telah membuktikan prestasinya

yang cemerlang untuk memenuhi kehendak pasaran di pusat membeli-belah 1 Borneo Kota

Kinabalu dengan sambutan yang semakin meningkat. Perniagaan ini sangat

menitikberatkan terhadap lima perkara iaitu keseragaman sistem, kemantapan daya saing,

kebersihan, keselesaan dan kesopanan. Kualiti makanan juga tidak akan diabaikan kerana

perniagaan ini mempunyai matlamat jangka panjang. Oleh itu, sekarang adalah masa yang

paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan yang dibuktikan melalui rancangan

pembukaan cawangan baru.

Dengan faktor kekuatan dari segi aspek pengurusan, lokasi yang begitu strategik,

ditambah lagi dengan prestasi kewangan yang terbukti menguntungkan, maka perniagaan

ini boleh mencapai objektifnya untuk berkembang dan menembusi pasaran yang lebih luas.

Sebagai kesimpulannya, rancangan perniagaan ini sangat penting dalam memulakan

sesuatu perniagaan kerana selain untuk tujuan bantuan modal, ia dapat menyedarkan

seseorang pengusaha perniagaan akan masalah – masalah yang mungkin timbul dalam

melaksanakan projek perniagaan. Contohnya, masalah kekurangan kakitangan dan

kekurangan modal. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada usahawan untuk melihat

dan menilai idea perniagaan dengan teliti secara objektif dan kritis. Di samping itu,

rancangan perniagaan juga penting kepada pihak luar seperti jurubank atau pegawai bank

dalam menilai potensi cadangan projek berkenaan dengan permohonan pembiayaan

perniagaan.

34

Page 35: RINGKASAN EKSEKUTIF

ENTREPRENEURSHIP – RANCANGAN PERNIAGAAN PB 201

PELAN

35

JURUWANG

DAPUR

BAR

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA

TEMPAT DUDUK PELANGGAN/RUANG MAKAN

TANDAS

PINTU

PINTU

MEJA

MEJA

MEJA

MEJA MEJA MEJA MEJA