ringgit ed15 draft5.pm6

12

Upload: lydien

Post on 12-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed15 Draft5.PM6
Page 2: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

2 •

SidangRedaksi

Kita masih sering mendengar pelbagairungutan daripada para penggunabahawa perkhidmatan oleh institusikewangan atau bank belum memenuhikehendak mereka sepenuhnya sertapelbagai keluh kesah tentang tahapkualiti dan masalah perkhidmatan lainsemasa berurusan dengan institusikewangan. Oleh itu, untuk menanganirungutan tersebut, peranan dan usahabersama antara pengguna, BankNegara Malaysia dan institusikewangan perlu ditingkatkan bagimenjadikan perkhidmatan kewangan dinegara ini lebih berkualiti. Dalam hal initidak dinafikan bahawa perananpengguna adalah penting kerana iamenjadi antara penunjuk utama kepadainstitusi kewangan untuk membuatperubahan dan pembaharuan yangsewajarnya.

Menjadikan pengguna lebihcelik kewangan agarkeputusan kewangan dibuatdengan lebih bijak

Sektor kewangan di Malaysia telahmeningkat dengan pesat sejakbeberapa tahun. Persekitarankewangan juga kini lebih berdaya saingdengan usaha berterusan oleh institusikewangan untuk mencari kaedah yanglebih baik dan inovatif bagi menawarkanrangkaian perkhidmatan dan produk

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

kewangan yang dapat memenuhikeperluan kewangan pengguna.

Jelas bahawa pendekatan sedemikianbanyak memberikan manfaat kepadapara pengguna. Para pengguna kinimempunyai lebih banyak pilihanperkhidmatan dan produk kewanganyang boleh disuaipadankan dengankeperluan kewangan mereka. Daripadaakaun simpanan sehingga kad kredit,akaun deposit, dana pelaburan,pinjaman dan pilihan lain yang ada,para pengguna kini mempunyai pilihanyang lebih pelbagai dan termasuk jugayang semakin kompleks dalammenguruskan kewangan mereka.

Dalam persekitaran kewangansedemikian, penting bagi parapengguna supaya mempunyaipengetahuan dan kebolehan untukmembuat keputusan kewangandengan baik. Bagi meningkatkan tahappengetahuan kewangan, penggunaperlu melengkapi diri mereka denganilmu seperti kemahiran praktikalberhubung dengan pengurusankewangan yang berhemat, maklumatproduk dan perkhidmatan kewangan,pelaburan, pengurusan hutang dansebagainya. Pengetahuan ini akanmembolehkan pengguna membuatkeputusan kewangan berdasarkanmaklumat yang mencukupi dalampersediaan melangkah ke fasa

PerkhidmatanPerbankan

Berkualiti MelaluiPengetahuan

Kepenggunaan

PerkhidmatanPerbankan

Berkualiti MelaluiPengetahuan

Kepenggunaan

Page 3: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

• 3

kehidupan seperti membeli rumah dan kereta,mendirikan rumah tangga, menguruskan kewangankeluarga, menyediakan wang pendidikan anak-anak,membuat pelaburan dan sebagainya.

Peranan pengguna dalammeningkatkan disiplin pasaraninstitusi kewangan

Pengguna yang aktif juga mempunyai peranan yangpenting dalam meningkatkan disiplin pasaran institusikewangan serta menggalakkan institusi kewanganuntuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik danbermutu. Malah trend yang wujud sejak kebelakanganini menunjukkan kesedaran dan keyakinan penggunasemakin tinggi dalam tuntutan mereka bagiperkhidmatan yang berkualiti dan pada harga yangberpatutan. Selain itu, para pengguna juga kini lebihyakin dalam menegaskan dan menyuarakan hakmereka sebagai pengguna dengan menggunakanpelbagai saluran termasuk saluran undang-undang bagimencari jalan menyelesaikan pertikaian yang dihadapimereka.

Usaha Bank Negara Malaysia untukmeningkatkan kuasa pengguna

Untuk meningkatkan kuasa pengguna dalam urusankewangan mereka, Bank Negara Malaysia telahmelaksanakan beberapa inisiatif bagi menggalakkanamalan pasaran yang lebih adil dan saksama olehinstitusi kewangan. Menyedari pentingnya penzahiranmaklumat yang mencukupi dan secara berkesankepada pengguna, Bank Negara Malaysia telahmengeluarkan Garis Panduan mengenai Ketelusan dan

Penzahiran Produk. Garis panduan ini bertujuan untukmeningkatkan standard penzahiran maklumat bagiproduk kewangan runcit dan membantu penggunamembuat keputusan kewangan yang bijak melaluipenzahiran maklumat yang berguna dan tepat padamasanya. Langkah ini akan meningkatkan pemahamanpengguna mengenai maklumat yang diberikan olehinstitusi kewangan apabila mereka menilai kesesuaiansesuatu produk dan membuat perbandingan.Sehubungan dengan itu, jadual perbandingan fi dancaj yang dikenakan juga disediakan kepada parapengguna dalam laman sesawang bankinginfo.com.my

Proses penyeliaan dan pengawasan Bank NegaraMalaysia terhadap amalan pasaran juga akanmemastikan amalan penetapan harga yang telus dancaj yang dikenakan oleh institusi kewangan adalahsetara dengan tahap perkhidmatan dan kos yangditanggung untuk menyediakan perkhidmatan ini. Bagitujuan pengawasan, antara perkara yang menjadi fokusialah pengenaan fi dan caj, promosi kad kredit danjualan produk berkaitan pelaburan termasuk produkpelaburan yang direka khusus mengikut keperluanpengguna (structured products).

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk melindungipengguna, Bank Negara Malaysia juga telahmenetapkan dan menguatkuasakan standard bagiwakil/ejen jualan dan pemasaran serta perantarakewangan lain seperti broker insurans dan penasihatkewangan untuk menjalankan perniagaan merekasecara telus dan adil.

Pada masa yang sama, para pengguna juga perlumemainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagimemastikan kredibiliti dan disiplin pasaran tidakterjejas. Para pengguna perlu lebih peka danmemahami terma dan syarat dokumen perjanjiansebelum bersetuju untuk membeli produk danmenggunakan perkhidmatan yang ditawarkan olehinstitusi kewangan. Ini amat penting untuk memastikanpengguna memahami perkhidmatan dan produkkewangan yang bakal diterima, bayaran yang akandikenakan serta hak mereka sebagai penggunasekiranya institusi kewangan melanggar terma dansyarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Walau bagaimanapun, para pengguna juga perlubertanggungjawab dengan membuat bayaran balikkepada bank setelah menerima perkhidmatan yangdikehendaki. Kerjasama antara pengguna dengan bankakan memudahkan pelbagai urusan dan seterusnyatidak akan memberikan tekanan kepada industri, yangakhirnya merugikan pihak bank dan paling pentingkepada para pengguna sendiri.

Selain itu, para pengguna perlu mendisiplinkan dirisupaya menjadi pengguna yang berhemat tinggidengan mempunyai sejarah kredit yang baik tanpasebarang masalah. Sekiranya pengguna menghadapisebarang isu berkenaan dengan produk dan

Para pengguna perlu lebih peka danmemahami terma dan syaratdokumen perjanjian sebelumbersetuju untuk membeli produk danmenggunakan perkhidmatan yangditawarkan oleh institusi kewangan.

Page 4: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

4 •

perkhidmatan kewangan, segeralah berbincangdengan institusi kewangan untuk mendapatkanpenyelesaian yang efektif.

Bank Negara Malaysia bersama-sama industrikewangan telah memulakan program pendidikankewangan untuk pengguna. Inisiatif terkini termasuklahprogram POWER! dan kit maklumat kewangantambahan untuk para pengguna. Buku kecil yangmengandungi maklumat tentang cara membuat aduanjuga diterbitkan sebagai sebahagian daripada siri kitmaklumat bankinginfo yang memberikan garispanduan tentang bagaimana untuk memilih produkkewangan yang bersesuaian dan menepati kehendakpara pengguna, serta hak dan tanggungjawabpengguna.

Bank Negara Malaysia menyediakan kaedahpenyelesaian dan sokongan untuk pengguna produkkewangan termasuk menyediakan saluran aduan danpengantaraan, perkhidmatan kaunseling kewangan danprogram pengurusan hutang. Bank Negara Malaysiajuga memberikan maklumat serta khidmat nasihatselain menerima aduan daripada orang ramai melaluipusat perkhidmatan pelanggannya iaitu BNMLINK,BNMTELELINK dan kaunter bergerak BNMLINK(Mobile LINK). Satu lagi saluran penyelesaian lanjutanialah Biro Pengantaraan Kewangan (FinancialMediation Bureau), sebuah badan yang menjadipengantara bebas untuk menyelesaikan pertikaianantara pengguna dengan institusi perbankan. AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pulamemberikan pendidikan tentang pengurusan kewanganberhemat serta menyediakan program kaunseling danpengurusan hutang untuk orang ramai secara percuma.Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan kepadaorang ramai secara percuma.

Cabaran Bagi Institusi KewanganAdalah untuk Memenuhi KehendakPengguna

Tahap kesedaran serta pengetahuan kewanganpengguna yang lebih tinggi bukan sahaja telahmeningkatkan tuntutan pengguna untuk perkhidmatanyang berkualiti, malah yang lebih penting, untukketelusan serta amalan yang adil dalam menawarkanproduk dan perkhidmatan. Bagi memenuhi tuntutanini, penyedia perkhidmatan kewanganbertanggungjawab untuk menerapkan amalanperniagaan yang baik, termasuk standard penzahiran,dalam pengurusan perniagaan harian mereka. Modelperniagaan institusi kewangan perlu berlandaskan padaamalan yang adil dan mampu bertindak balas secaraproaktif terhadap keperluan pengguna yang sentiasaberubah-ubah.

Institusi kewangan seharusnya memperkenalkanproduk mereka di pasaran hanya setelah menyediakansistem pengawasan dan kawalan yang bersesuaianselain memberikan latihan yang sewajarnya kepadapekerja pemasaran mereka. Institusi kewangan jugadikehendaki memberikan penerangan yang jelas danperlu telus dalam menyampaikan maklumat supayapara pengguna memahami dan dapat membuatkeputusan dengan baik.

Lebih penting lagi, institusi perbankan telah diarahkansupaya mewujudkan Unit Aduan yang berkesan untukpengguna membuat aduan dan memberikan maklumbalas tentang produk dan perkhidmatan mereka.

Dalam persekitaran persaingan yang semakin sengit,institusi kewangan yang lebih responsif terhadapkeperluan para penggunalah yang akan mampubertahan dan seterusnya meningkatkan pasaran sertaperniagaan mereka.

Kesimpulan

Melangkah ke hadapan, para pengguna akan terusmengecapi rangkaian produk dan perkhidmatankewangan yang lebih luas serta semakin canggih. BankNegara Malaysia akan terus menyediakan infrastruktursokongan untuk meningkatkan pengetahuan danperlindungan pengguna. Institusi kewangan juga akanmemberikan lebih ketelusan dan penzahiran sertaamalan pasaran yang adil kepada pengguna. Usahabersepadu antara tiga pihak ini akan memastikanindustri kewangan Malaysia terus maju dan menepatikehendak para pengguna yang secara langsung dapatmenyokong perkembangan ekonomi negara danmeningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Abu Hassan Alshari YahayaPenolong GabenorBank Negara Malaysia

“Tahap kesedaranserta pengetahuankewangan penggunayang lebih tinggibukan sahaja telahmeningkatkantuntutan penggunauntuk perkhidmatanyang berkualiti,malah yang lebihpenting, untukketelusan sertaamalan yangadil dalammenawarkanproduk danperkhidmatan.”

Page 5: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

• 5

Apakah jaminan?

Jaminan adalah satu kontrak sah yang mengikat andauntuk membayar hutang peminjam jika peminjamtersebut gagal berbuat demikian. Institusi kewanganyang berkenaan boleh mendakwa anda jika peminjamtidak membayar hutangnya.

Siapakah yang boleh jadi penjamin?

Sesiapa sahaja boleh menjadi penjamin asalkan iadapat memenuhi keperluan undang-undang untukmenjadi penjamin. Namun demikian, memandangkanseorang penjamin bertanggungjawab membayarhutang peminjam jikalau beliau mungkir, anda patutmempertimbangkan untuk menjadi penjamin hanyakalau anda sudah benar-benar pasti bahawa andamampu menjelaskan hutang peminjam jika beliau gagalberbuat demikian.

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang bagiseorang penjamin merangkumi:-a) Berumur 18 tahunb) Bukan seorang bankrapc) Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi

mental untuk memahami dokumen jaminan dantanggungjawab serta kewajipan seseorangpenjamin.

d) Telah bersetuju secara sukarela untuk menjadipenjamin (iaitu tidak dipaksa atau menandatanganikontrak kerana dipengaruhi secara tidak wajar,fraud, salah representasi atau akibat kesilapan)

Namun demikian, keputusan muktamad sama adauntuk menerima anda sebagai penjamin adalahterpulang kepada institusi kewangan yang berkenaan.

Hak-hak seorang penjamin

Sebagai seorang penjamin, anda diberi hak-haktertentu sebelum dan selepas menandatangani kontrakjaminan. Ini termasuk:-a) Hak untuk mendapat salinan surat jaminan atau

kontrak jaminan dan sebarang dokumen lainberkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut.

b) Hak untuk mendapat khidmat nasihat daripadapeguam anda sebelum menandatangani kontrakjaminan. (namun demikian, fi guaman adalah diatas tanggungan sendiri)

c) Hak untuk mendapat maklumat mengenai bakitertunggak akaun peminjam dengan institusi

kewangan tersebut tertakluk kepada keizinanpeminjam

d) Hak untuk meminta peminjam membuatpembayaran bagi melepaskan liabiliti andasebagai penjamin. Hak ini boleh digunakan padabila-bila masa malah sebelum institusi kewangantersebut mengeluarkan notis tuntutan peminjamuntuk menjelaskan hutangnya. Namun demikian,hak ini adalah tertakluk kepada syarat-syaratpinjaman yang mungkin berbeza daripada seorangpelanggan kepada pelanggan yang lain.

e) Hak untuk mendapat bayaran ganti daripadapeminjam bagi sebarang pembayaran yang telahdibuat oleh anda kepada institusi berkenaan. Inibererti anda boleh mendakwa peminjam tersebutuntuk amaun yang telah anda bayar kepadainstitusi kewangan tersebut.

Liabiliti seorang Penjamin

Apa yang kerap berlaku ialah penjamin sewenang-wenangnya menandatangani kontrak jaminan tanpamenyedari sepenuhnya implikasi masa hadapan. Olehitu, amalan membaca dan memahami kontrak jaminansebelum menandatanganinya adalah amat pentingbagi seorang bakal penjamin. Berikut adalah beberapafaktor yang menjejaskan liabiliti seorang penjamin:-a) Tahap liabiliti yang ditanggung oleh seorang

penjamin adalah seperti yang termaktub di dalamdokumen jaminan.

b) Seorang penjamin akan dipertanggungjawabkanke atas liabiliti peminjam mengikut syarat-syaratyang terkandung di dalam dokumen jaminan.

c) Seorang penjamin hanya dianggapbertanggungjawab ke atas jaminan sekiranyapeminjam mungkir dalam membuat sebarangpembayaran kepada institusi kewangan daninstitusi tersebut telah membuat tuntutan ke ataspenjamin.

Hak Penjamin

Page 6: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

6 •

Nasihat Guaman Bebas

Usaha mendapatkan nasihat guaman bebas sebelummenandatangani kontrak jaminan adalah dianggappenting. Ini akan memastikan bahawa anda benar-benar faham akan sifat sebenar dokumen tersebut danimplikasi undang-undang. Contohnya, hak-hak danliabiliti di bawah sesuatu kontrak jaminan, terutamanyakalau institusi kewangan menukar syarat-syaratnyadi sepanjang tempoh pinjaman itu.

Pengehadan Tindakan terhadappenjamin

a) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yangterkandung di dalam kontrak jaminan, tuntutanboleh dibuat melalui serahan tangan, pos biasaatau surat berdaftar.

b) Institusi kewangan mempunyai tempoh selamaenam tahun dari tarikh tuntutan pertama untukmengambil tindakan undang-undang terhadappenjamin.

Pelepasan Penjamin

a) Seseorang penjamin akan terlepas daripadatanggungjawab di bawah jaminan tersebut setelahpembayaran kepada institusi kewangan dibuatsepenuhnya.

Apa yang anda kena buat dan janganbuat

a) Baca dan memahami sifat jaminan tersebut.Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agartidak menandatangani dokumen yang belumdibacanya atau menandatangani dokumen kosongatau borang yang tidak lengkap. Seseorang yangmenandatangani dokumen seperti ini sukar untukmendapat pembelaan di sisi undang-undang jikadicabar di mahkamah.

b) Dapatkan khidmat nasihat profesional / guamanmengenai implikasi undang-undang sebelummenandatangani jaminan tersebut.

c) Semak dan pastikan bahawa jaminan tersebutadalah tertakluk kepada undang-undang yangterdapat di Malaysia.

d) Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kadpengenalan atau pasport kepada orang selaindaripada institusi kewangan atau peguam-peguamyang bertindak bagi pihak anda

e) Jangan menandatangani perjanjian jaminan jikaanda:-i) Tidak ada kepentingan dari segi kewangan,

perniagaan mahupun moral dalam transaksitersebut dan tidak pasti dengan sifattransaksi tersebut.

ii) Mempunyai keraguan mengenai kemampuanatau integriti peminjam.

iii) Merasai bahawa anda telah didesak atau

dalam keadaan terpaksa untuk berbuatdemikian.

iv) Tidak memahami syarat-syarat jaminantersebut dan tidak mendapat bantuanpenasihat bebas yang boleh memberipenjelasan kepada anda.

v) Berasa yakin bahawa anda tidak mampumenjelaskan hutang peminjam jika beliaugagal membuat pembayaran.

f) Sentiasa pastikan bahawa:-i) Amaun maksimum yang dijamin dinyatakan

dengan jelas dan sama ada ia merangkumifaedah terakru.

ii) Mengetahui liabiliti anda jika berlaku variasike atas syarat-syarat pinjaman.

iii) Jika jaminan diberi secara bersama atausecara berasingan, pastikan bahawa semuapenjamin telah menandatangani jaminantersebut.

iv) Nama peminjam jelas dinyatakan dalamdokumen jaminan.

v) Anda perlu mendapatkan penerangan ataupenjelasan mengenai mana-mana syaratjaminan tersebut, jika berasa ragu-ragu.Kalau perlu dapatkan khidmat nasihatguaman sebelum menurunkan tandatangan.

Apa yang patut diketahui olehpenjamin

Sesuatu pinjaman boleh dijamin oleh seorang atau lebihdaripada seorang penjamin. Namun demikian, ini tidakbermakna liabiliti penjamin dibahagikan sama ratadalam kalangan penjamin-penjamin terlibat. Institusi-institusi kewangan mempunyai hak untuk mendapatkanbalik hutangnya sama ada keseluruhan atausebahagian hutang tersebut daripada mana-manapenjamin yang terlibat.a) Jaminan bersama

Di bawah kontrak jaminan yang melibatkan lebihdaripada seorang penjamin, jika salah seorangdaripada penjamin meninggal dunia,tanggungjawab jaminan akan terus ditanggungoleh penjamin-penjamin yang masih hidup.

b) Jaminan bersama dan berasinganDi bawah kontrak jaminan yang dibuat secarabersama dan berasingan, apabila seorangdaripada penjamin meninggal dunia, estet si matiakan terus bertanggungjawab ke atas jaminantersebut bersama-sama dengan penjamin-penjamin yang lain.

Tahukah ANDA, anda boleh diisytiharkan bankrapsekiranya peminjam t idak membayar bal ikpinjamannya jika hutang tersebut adalah bersamaandengan ataupun melebihi RM30,000 sepert iditakrifkan di dalam Akta Kebankrapan 1967.

Sumber : bankinginfo

Page 7: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

• 7

Insurans Kemalangan Diri (KD) merupakan polisitahunan yang memberikan anda perlindungan insurans24 jam terhadap kecederaan, kehilangan upaya ataukematian akibat kemalangan.

Anda boleh mengambil polisi KD untuk diri sendiri atauhayat orang lain, contohnya suami/isteri anda. Polisijuga boleh dikeluarkan untuk melindungi sekumpulanindividu, contohnya polisi berkumpulan untuk keluargaatau polisi berkumpulan yang diambil oleh majikanuntuk melindungi pekerjanya.

Apakah yang dilindungi di bawah polisiKD?Jenis perlindungan berbeza-beza mengikut syarikatinsurans, tetapi lazimnya termasuk:-• Kematian akibat kemalangan;• Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian

yang kekal;• Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian

yang sementara;• Perbelanjaan perubatan;• Pembedahan pembetulan;• Faedah rawatan di hospital dan• Perbelanjaan pengebumian.

Walau bagaimanapun, polisi KD yang standard tidakmelindungi kematian, kehilangan upaya ataukecederaan yang disebabkan:-• Peperangan;• Aktiviti pengganas;• Bunuh diri dan ketidaksiuman;• Kecederaan yang dilakukan oleh diri sendiri

dengan sengaja;• AIDS;• Pembunuhan atau serangan yang disebabkan

provokasi;• Melahirkan anak,mengandung atau keguguran;• Sukan berbahaya;• Pengendalian atau penunggangan kenderaan

bermotor yang beroda dua, contohnya motosikal.

Apakah pengecualian lain yang terkandung dalam polisiKD?

Anda mungkin tidak boleh mendapatkan perlindunganpolisi KD jika anda seorang:-• Anggota polis/tentera atau penguatkuasa undang-

undang lain;• Penyelam;• Juruterbang atau anak kapal;• Juruuji pesawat;• Pemandu kereta lumba;• Pelaut dan nelayan; atau• Ahli sukan profesional.

Sesetengah polisi KD juga mengenakan had umur bagiorang yang diinsuranskan.

Nota: Sebahagian daripada pengecualian di atas bolehdilindungi dengan pembayaran premium tambahan.

Apakah yang anda perlu tahu semasamembeli insurans KD?

Skala faedahIni merujuk pada amaun pampasan yang akan dibayaroleh syarikat insurans bagi jenis tuntutan tertentuseperti kecederaan yang mengakibatkan kehilangananggota tubuh badan, penglihatan, pendengaran dansebagainya. Sebagai contoh, anda akan menerima10% daripada jumlah yang diinsuranskan bagikehilangan jari telunjuk.

Penamaan benefisiari (waris)Anda perlu menamakan benefisiari untuk menerimawang yang akan dibayar di bawah polisi. Ini bolehdilakukan semasa anda membuat permohonan polisiinsuran KD atau pada bila-bila masa selepas polisi itudikeluarkan. Anda juga perlu memaklumkan pihakbenefisiari yang beliau telah dinamakan sebagaibenefisiari.

Berbilang polisi insuransIni bererti anda memiliki lebih daripada satu polisi KD.Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya, anda

InsuransKemalanganDiri

Page 8: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

8 •

atau benefisiari anda (mengikut keadaan), akan dibayarpampasan di bawah setiap polisi yang dibeli. Walaubagaimanapun, bagi tuntutan tertentu, sepertiperbelanjaan perubatan, anda hanya boleh membuattuntutan daripada satu polisi KD. Jika amaun yangdituntut melebihi apa yang diterima bagi sesuatu polisiKD, anda boleh menuntut perbezaan itu daripada polisikedua dan seterusnya. Namun begitu, anda tidak bolehmenuntut melebihi jumlah amaun perbelanjaanperubatan yang telah dibayar.

Anda perlu menyatakan dalam borang permohonantentang polisi KD lain yang telah dibeli. Jika andamembeli perlindungan KD tambahan daripada syarikatinsurans lain, anda perlu memaklumkan syarikatinsurans berkenaan.

Kewajipan membuat pendedahan faktaAnda perlu mendedahkan sepenuhnya semua faktapenting dalam borang permohonan, contohnyakeadaan kesihatan anda, pekerjaan sekarang danbilangan polisi KD yang dimiliki. Ini membolehkansyarikat insurans anda mempertimbangkanpermohonan anda dengan teliti. Jika anda tidakmendedahkan mana-mana fakta penting, syarikatinsurans boleh menolak tuntutan anda.

Setelah anda diinsuranskan, anda perlumemaklumkan syarikat insurans anda sekiranya andabertukar pekerjaan kerana ini mungkin mengubah polisirisiko anda.

Pembayaran premium – apa yang perluanda tahu?• Premium anda perlu diterima oleh syarikat

insurans dalam tempoh 60 hari dari tarikhperlindungan bermula. Jika tidak, perlindungananda terbatal secara automatik dan anda masihbertanggungjawab membayar premium selama 60hari untuk perlindungan yang telah diberi dalamtempoh tersebut.

• Anda perlu memastikan cek anda dikeluarkanatas nama syarikat insurans sekiranya andamembayar melalui ejen. Walau bagaimanapun,adalah lebih baik jika premium anda dibayar teruskepada syarikat insurans.

• Minta resit pembayaran premium dan hubungisyarikat insurans sekiranya anda tidak menerimapolisi selepas sebulan dari tarikh pembelian polisi.

Bagaimana membuat tuntutan

• Tuntutan kematian- Buat laporan polis dan beri notis bertulis

kepada syarikat insurans secepat mungkin.- Hantar borang tuntutan (dikemukakan oleh

benefisiari) berserta dokumen seperti sijilkematian dan permit pengkebumian. Jikatiada benefisiari yang dinamakan, tanggungan

simati atau pentadbir harta pusaka si matiboleh membuat tuntutan.

• Tuntutan kecederaan- Kemukakan notis bertulis berkenaan

kecederaan yang dialami kepada syarikatinsurans dalam tempoh yang ditetapkandalam polisi anda.

- Kemukakan borang tuntutan bersertadokumen berkaitan seperti laporan perubatandan resit perbelanjaan hospital.

- Syarikat insurans anda akan membayartuntutan anda jika rawatan diterima ataudiagnosis dibuat dalam tempoh yangditetapkan dari tarikh kemalangan itu.

• Tuntutan polisi berkumpulan- Jika anda mempunyai polisi KD berkumpulan

di tempat kerja, majikan anda perlumengemukakan tuntutan kepada syarikatinsurans.

- Syarikat insurans akan membayar tuntutankepada majikan. Majikan pula akanmenentukan amaun yang akan dibayarkepada anda atau keluarga anda. Oleh itu,anda dinasihatkan membeli polisiperlindungan KD yang berasingan untukmelindungi kepentingan diri sendiri.

Sumber: insuranceinfo

Anda perlu mendedahkansepenuhnya semua faktapenting dalam borangpermohonan, contohnyakeadaan kesihatan anda...

Page 9: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

• 9

Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan andadengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sahdi sisi undang-undang yang terdapat dalammasyarakat kini. Berikut ialah beberapa ciri dan janjiyang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan:• Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda

menerima pulangan yang tinggi, umpamanya, 20hingga 30% sebulan bagi setiap bulan.

• Anda tidak pernah ditunjukkan produk yangkononnya berkualiti yang perlu anda jual,sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yanganda latih atau mendaftar diri.

• Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuktempoh terhad dan anda mesti membelinyasekarang.

• Anda diminta memasukkan wang ke dalam bankasing dalam mata wang asing untuk mendapatkansuatu hadiah tetapi anda tidak pernah terlibatsebarang pertandingan atau cabutan bertuah.

• Anda menerima panggilan telefon menawarkanpeluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidaktahu bagaimana syarikat itu mendapat nombortelefon anda.

• Anda menerima e-mel yang meminta nomborakaun bank anda kerana mereka mahumenghantar wang kepada anda, biasanyaberjumlah berjuta-juta dolar Amerika, daribeberapa negara asing. Ini sebenarnya bukanlahsatu bentuk skim pelaburan, tetapi satu lagi skimpenipuan yang popular.

• Anda ditawarkan satu produk pelaburan yangmenjamin keuntungan besar tanpa sebarang risikokewangan.

• Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan.Alamat dan maklumat perhubungan syarikatpelaburan yang menawarkan keuntungan besarkepada anda itu terletak di sebuah negara asingyang anda tidak dapat pastikan di manakedudukan sebenar syarikat itu.

• Anda ditawarkan “hadiah percuma” untukmendapatkan sesuatu kemudiannya, contohnya,sejumlah wang yang besar.

• Anda ditawarkan peluang pekerjaan dengan gajibesar tanpa memerlukan pengalaman dankelayakan akademi yang berkenaan.

• Anda didatangi oleh seseorang yang mengakusebagai ejen bagi syarikat dagangan asing(umpamanya yang beribu pejabat di Makau,Bahamas, Kepulauan British Virgin dansebagainya) untuk berdagang dalam indeks asing

(contohnya, indeks Hang Seng), komoditi(contohnya kopi) atau mata wang asing(contohnya AS$, Yen dan sebagainya) tetapi andaperlu mendepositkan sejumlah wang dalam matawang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatuurus niaga boleh dilakukan.

• Sukar untuk menemui sebarang maklumatmengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalamtapak web mana-mana pihak pengawal selia ataupihak berkuasa yang berkenaan.

Jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas,apakah yang perlu anda lakukan untuk melindungi dirianda?

Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingatpetua-petua perlindungan yang berikut:

Perlindungan 1:Hindari sebarang pelaburan yang menjaminkeuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil.Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikankeuntungan besar atau menunjukkan prestasicemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek.Misalannya, “Kami jamin anda akan memperolehsekurang-kurangnya 20% hingga 30% sebulan, bagisetiap bulan daripada bermulanya pelaburan ini.” Andamesti ingat bahawa setiap pelaburan melibatkan risikodan anda tentu selalu dengar, “risiko tinggi, pulangantinggi!” Ambil langkah berhati-hati, terutama jikapelaburan itu kononnya akan memberi pulangan tinggidengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.

Perlindungan 2:Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepadamembayar anda untuk melatih orang lain dan bukannyamembayar anda kerana menjual produk atauperkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utamauntuk mengingatkan anda supaya berhati-hati ialah

Cara MengenalSkim Penipuan!

Page 10: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

10 •

“downline” atau “piramid”.

Perlindungan 3:Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa“peluang” dalam keadaan mendesak, umpamanya,“tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad”atau “beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal”.Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujudesok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahunhadapan.

Perlindungan 4:Memang mustahil untuk anda memenangi sebaranghadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuksebarang pertandingan atau beli loteri. Begitu juga,mustahil bagi sesuatu pertandingan yang sah di sisiundang-undang untuk meminta bayaran wangpendahuluan sebelum menyerahkan hadiah wang. Jikaanda menerima panggilan yang mengatakan bahawaanda telah memenangi satu hadiah dan anda perlumengirim sejumlah wang ke sebuah negara asing bagimembolehkan anda menuntut hadiah tersebut,letakkan telefon. Jangan buang masa dan tenaga untukmelayan panggilan begini.

Perlindungan 5:Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarangpanggilan telefon yang tidak dijangka mengenaipelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisiryang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengakusebagai wakil peniaga syarikat broker saham ataupenasihat pelaburan yang dilesenkan oleh pihakberkuasa di luar negara, minta nama pihak kawal seliaasing berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layarilaman sesawangnya yang biasanya mempunyaisenarai mereka yang berdaftar dan dilesenkan. Andamesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individuyang dilesenkan dengan pihak berkuasa berkenaansebelum menyerahkan wang anda.

Perlindungan 6:Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikattersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenaiproduk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yangterbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan telitiprospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelummembuat pelaburan.

Perlindungan 7:Jangan berikan sebarang maklumat kewangan atauperibadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikatitu.

Perlindungan 8:Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyaksoalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Mintapenjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidakbenar-benar fahami. Walau bagaimanapun, janganterima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan.Siasat sendiri. Jika anda memerlukan bantuan untuk

membuat penilaian terhadap pelaburan tersebut,pergilah kepada mereka yang boleh memberikannasihat secara bebas dan profesional, contohnya wakilpeniaga berlesen, penasihat pelaburan, peguam atauakauntan.

Perlindungan 9:Sentiasa periksa tapak web pihak pengawal selia,contohnya, laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti(www.sc.com.my), untuk mendapatkan maklumatmengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat perantara berlesen.

Perlindungan 10:Jika ragu-ragu, jangan melabur. Mengapa anda mestimeletakkan wang anda dalam risiko jika anda tidakmendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat,jurujual / ejen, atau pelaburan tersebut? Ingatlah, jikasesuatu janji itu nampak macam mustahil bolehdilaksanakan, kemungkinan besar memang mustahilboleh berlaku!

Maklumat lanjut dan maklumat perhubungan penting:Jika anda perlu mengesahkan status lesen sesebuahsyarikat dalam pasaran sekuriti dan niaga hadapan,anda boleh hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Pelabur & PengaduanSuruhanjaya Sekuriti3 Persiaran Bukit KiaraBukit Kiara50490 Kuala LumpurTel : 603 6204 8999Faks : 603 6204 8991E-mel : [email protected]

Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah menjadimangsa skim penipuan pelaburan, anda bolehmengemukakan aduan kepada pihak-pihak berkuasaberkenaan seperti:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Kooperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)No. 13, Persiaran PerdanaPresint 2, 62623 PutrajayaHotline : 1800-886-800Tel : 603-8882 5500Faks : 603-8882 5762

BNMTELELINKJabatan LINK dan Pejabat WilayahBank Negara MalaysiaP.O. Box 1092250929 Kuala LumpurTel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)Faks : 03-2174-1515E-mel : [email protected] : 15888

Sumber : Securities Industry Development Corporation (SIDC)

Page 11: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

• 11

Ramai pengguna yang ingin menjimatkan wang denganmenggunakan pelbagai kaedah. Namun begitu, tidakramai yang menyedari bahawa penjimatan bolehdilakukan pada bila-bila masa walaupun ketika andasedang tidur. Amalan penggunaan berhemat adalahsalah satu langkah penjimatan yang juga dikenalisebagai “pendapatan pasif”. Pada awalnya, andamungkin tidak percaya bahawa tip ini boleh berjaya.Namun ingatlah bahawa untuk mencapai matlamatkewangan terbaik, ia memerlukan keazaman dankesungguhan.

a) Jimatkan wang dalam penggunaanelektrik

• Tutup semua lampu semasa anda tidur dapatmenjimatkan elektrik. Nyalakan lampu koridoratau di ruang hadapan rumah bagi tujuankeselamatan. Ingat, sila gunakan lampu yangcekap tenaga untuk langkah penjimatan yangberkesan.

• Gunakan perakam waktu bagi peralatan elektrikanda seperti televisyen dan stereo. Anda tidakperlu membazirkan elektrik sekiranya andatertidur semasa menonton TV.

• Sekiranya anda menggunakan penghawa dingin,letakkan dalam mod tutup 1 jam atau lebih padawaktu jangkaan anda bangun tidur waktu pagi.Tutup penghawa dingin sekiranya ruang bilik andatelah sejuk seluruhnya. Penggunaan kipas adalahlebih menjimatkan elektrik anda.

b) Jimatkan wang denganpemuliharaan

• Sentiasa periksa kepala paip di rumah anda agarair tidak menitik setiap masa ataupun semasaanda tidur. Setitik air yang dibazirkan untuk setiapsaat akan membazirkan kira-kira 1 liter air untuksetiap jam.

• Simpan lebihan makanan malam anda di dalampeti sejuk agar tidak rosak. Sesetengah makanankadangkala masih baik dan semakin sedap jikadipanaskan semula.

• Gunakan semula baju tidur anda untuk lebih darisatu malam sebelum dicuci. Hindari menggunakandalam tempoh yang lama kerana ia mungkin tidakbersih lagi.

c) Jimatkan wang dengan masa dankesihatan

• Tidur tepat pada masanya agar anda dapat bangunawal. Ia boleh mengelakkan anda daripada lewatke tempat kerja atau menghadiri mesyuaratpenting.

• Pastikan anda selalu cukup tidur. Ia bolehmembantu anda untuk kekal sihat dan cergassetiap masa. Sentiasa produktif dan tidakmembazirkan wang serta masa denganmelakukan kesilapan-kesilapan kecil di tempatkerja.

Tiga tip di atas ini mungkin tidak memberi sumbanganyang besar, tetapi sekiranya diamalkan secaraberterusan, ia akan memberi perubahan dalamkehidupan anda.

Sumber: Daripada artikel “Money Saving Tips”

Tip JimatkanWang SemasaAnda Tidur

Page 12: Ringgit Ed15 Draft5.PM6

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Jangan dedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.

Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK AKAN menghubungi anda meminta maklumat tersebut. Kami juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. Jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkannya.

Sentiasa Berjaga-jaga!

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)Faks : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

1-300-88-5465BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)

http://fraudalert.bnm.gov.my

http://facebook.com/bnm.official

Untuk menghantarpertanyaan melaluiperkhidmatan sila taip:

dan hantarkepada15888

BNM TANYA [pertanyaan/ aduan anda]

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS

JANGAN JADI MANGSA!