rezeki berkat sentiasa cukup walaupun sedikit

5
REZEKI BERKAT SENTIASA CUKUP WALAUPUN SEDIKIT Sumber rezeki bagi setiap orang bukan terbatas dalam bentuk wang ringgit, material atau harta benda semata- mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada Allah SWT, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta kehidupan yang bahagia sekalipun. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat. Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir dalam rancangan Tarbiah berkata, seseorang Mukmin yang mencari rezeki di atas muka bumi Allah SWT ini perlu meletakkan iltizam di dalam hati iaitu mencari rezeki bukan untuk mendapat kesenangan hidup semata-mata, tetapi mesti meletakkan keutamaan untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Dalam usaha untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat, seseorang Muslim mestilah menuruti adab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW yang kemudiannya dituruti oleh

Upload: ummiabhar

Post on 12-Apr-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

religion

TRANSCRIPT

Page 1: Rezeki Berkat Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit

REZEKI BERKAT SENTIASA CUKUP WALAUPUN SEDIKIT

Sumber rezeki bagi setiap orang bukan terbatas dalam bentuk wang ringgit,

material atau harta benda semata-mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan

waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada Allah SWT, kesihatan

yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta

kehidupan yang bahagia sekalipun. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang

dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi,

manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak,

tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat. Ustaz

Mohd Nazrul Abdul Nasir dalam rancangan Tarbiah berkata, seseorang Mukmin

yang mencari rezeki di atas muka bumi Allah SWT ini perlu meletakkan iltizam di

dalam hati iaitu mencari rezeki bukan untuk mendapat kesenangan hidup semata-

mata, tetapi mesti meletakkan keutamaan untuk mendapatkan rezeki yang halal

dan berkat. Dalam usaha untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat, seseorang

Muslim mestilah menuruti adab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi

Muhamad SAW yang kemudiannya dituruti oleh sahabat serta alim ulama. Oleh

itu, terdapat beberapa adab dan syarat bagi seseorang Mukmin untuk mendapat

rezeki yang baik dan berkat agar dengan rezeki yang baik itu memberi keberkatan

dalam kehidupan dan seterusnya menjadikan seseorang manusia itu hidup dalam

keadaan tenang, lapang dan bahagia, bahkan apabila bertemu Allah SWT di

akhirat nanti dalam keadaan yang penuh kegembiraan. Menurut Mohd Nazrul,

terdapat beberapa adab perlakuan yang menjadi syarat untuk umat Islam

amalkan dalam mencari rezeki yang berkat. Perkara ini juga disebut oleh ulama

tersohor iaitu Imam Abdul Wahab al-Sya'rani dalam kitab karangan beliau yang

Page 2: Rezeki Berkat Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit

bertajuk Lawaqih al-Anwar. Kitab ini menerangkan tentang adab bagi orang yang

bekerja mencari rezeki dan bekerja itu sebagai satu ibadah untuk mendekatkan

diri dengan Allah SWT. Pertama, seseorang yang mencari rezeki hendaklah

memasang niat untuk bekerja kerana Allah SWT dan membantu umat Nabi

Muhammad SAW. Justeru, apabila seseorang Mukmin membetulkan niatnya

mencari rezeki kerana Allah SWT, mereka akan melakukan pekerjaan yang halal,

jujur dan ikhlas tanpa mempertikaikan jumlah rezeki yang diperoleh. Setiap

manusia dalam dunia ini mempunyai bentuk rezeki yang berbeza. Ada yang

mendapat rezeki dalam bentuk material seperti kenaikan pangkat atau jumlah

pendapatan yang banyak. Terdapat juga mereka yang gajinya tidak besar tetapi

kesihatannya sentiasa baik, anak yang pintar dan sebagainya. Niat kerja sebagai

ibadah Justeru, niat bekerja sebagai satu ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT

akan membetulkan hati manusia untuk melihat rezeki yang diperoleh itu adalah

kurniaan Allah SWT semata-mata, bukan dari manusia. Begitu juga niat bekerja

mencari rezeki untuk membantu umat Islam yang lain akan meluruskan hati

seseorang Mukmin untuk ikhlas dalam pekerjaannya lalu berbuat baik dengan

rakan sekerja. Niat yang baik ini akan mengikis sebarang akhlak buruk seperti

dengki, khianat, busuk hati terhadap rakan sekerja kerana niat yang baik akan

meluruskan setiap perbuatan dan perlakuan seseorang Mukmin. Katanya, Nabi

Muhammad SAW sering mengingatkan sahabat untuk bekerja dengan niat kerana

Allah SWT. Orang yang berniat kerana Allah SWT umpama juga melaksanakan

perbuatan di jalan Allah SWT (fisabilillah). Dalam satu hadis Rasulullah SAW

seperti yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Ujrah, ketika melihat seorang lelaki

sedang gigih bekerja, sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kalaulah lelaki ini bekerja

kuat dan gigih untuk fisabilillah." Lalu Nabi Muhammad SAW membetulkan sudut

Page 3: Rezeki Berkat Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit

pandang sahabat bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki itu yang bekerja dengan

bersungguh-sungguh itu juga adalah bekerja di jalan Allah SWT. Sabda Baginda

Rasulullah SAW lagi: "Jika seseorang manusia yang bekerja untuk menyara ibu

bapanya, bekerja untuk menyara dirinya daripada meminta sedekah, bekerja

untuk mencari rezeki yang halal, pekerjaan seseorang itu umpama fisabilillah.

Namun, jika manusia itu bekerja untuk riak, untuk mendapat pandangan manusia,

untuk berlaku tidak adil sesama manusia, seseorang itu telah melaksanakan

pekerjaan yang menuruti perbuatan syaitan." Oleh itu, umat Islam harus sedar

bahawa bekerja dengan niat yang betul, akhlak dan perbuatan yang baik adalah

tempat jatuh pandangan Allah SWT kepada seseorang Mukmin yang pastinya

tidak saja mendapat pendapatan yang berkat tetapi ganjaran pahala di sisi Allah

SWT. Amalan bangun awal pagi Mohd Nazrul berkata, untuk mendapat rezeki

yang berkat seseorang Mukmin juga mesti membiasakan diri dengan amalan

bangun pada awal pagi. Nabi Muhammad SAW berdoa agar Allah SWT

memberkati umatnya yang bangun pada awal pagi. Justeru, menjalani kehidupan

di awal pagi bukan bertujuan untuk mengejar kekayaan dunia, tetapi untuk

mendapat keberkatan doa Baginda SAW dan kerana taat kepada perintah Allah

SWT dan Rasulullah SAW. Ulama dan sahabat memulakan hari mereka seawal

pagi untuk merebut doa Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat kehidupan

yang berkat. Bagi sesetengah ulama yang menjalankan perniagaan, pada siang

hari mereka gigih mencari rezeki dan apabila menjelang malam, mereka

menghabiskan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT. Hakikat yang perlu

difahami oleh umat Islam adalah rezeki yang sedikit tetapi berkat dan mencukupi

adalah jauh lebih baik dari rezeki yang melimpah ruah, tetapi sering kehabisan

dan tidak mendatangkan kebaikan. Begitu juga bentuk pekerjaan dan di manapun

Page 4: Rezeki Berkat Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit

tempat bekerja, ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada setiap

hambanya. Oleh itu, jalanilah pekerjaan dengan amanah dan sebaik mungkin

untuk mendapat kehidupan yang berkat dan ganjaran syurga Allah di akhirat

kelak.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97627