resepi ayam masak merah

4
Resepi Ayam Masak Merah yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa. Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 15 minit Memasak: 20 minit Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 4 Ayam Masak Merah juga boleh dimakan bersama Nasi Briyani.

Upload: bibombio

Post on 03-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resepi Ayam Masak Merah yang sedap. Cubalah sekarang juga.

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 15 minit 

Memasak: 20 minit 

Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4

Ayam Masak Merah juga boleh dimakan bersama Nasi Briyani.

Page 2: Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam

1 cawan santan (Pilihan – tidak dimestikan)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):

1 biji bawang besar

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 cm halia

2 cm lengkuas

1 ulas kecil kunyit

1 batang serai hiris nipis

10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis :

1 biji bawang besar (dihiris nipis)

1 Kulit kayu manis

Satu tangkai daun kari

Potongan Ayam yang sesuai untuk Ayam Masak Merah

Page 3: Resepi Ayam Masak Merah
Page 4: Resepi Ayam Masak Merah

Cara Penyediaan:

1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.

2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas,

masukkan bahan tumis.

4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih

serta menjadi pekat.

6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips Berguna:

Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah

sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya.

Ayam juga boleh digantikan dengan ikan, sotong dan daging serta udang. Sotong

bolehlah dipotong saiz sederhana manakala udang bersaiz Sederhana ke besar (M dan keatas).

SELAMAT MEMASAK DAN MENCUBA!