rendang ayam pedas

Upload: helmi-bakar

Post on 13-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Rendang Ayam Pedas

    1/1

    Rendang Ayam Pedas

    Bahan-bahan

    Ayam 1 1/2 kg potong kecil

    garam

    Bahan Kisar/Giling /Blender

    20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)

    1.5 inci halia

    2 inci lengkuas

    3-4 batang serai

    12 ulas bawang merah hiris

    6 ulas bawang putih hiris

    (Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

    1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)

    2 helai daun kunyit

    2 sudu besar kerisik (di supermarket ada jual sweet grated coconut goreng setengah bungkus

    tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia

    mengeluarkan minyak)

    Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)

    garam secukup rasa

    Cara-cara memasak:

    Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dankunyit panaskan api (med. hi) atau agak-agak

    Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar

    hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)

    Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil

    masukkan garam sedikit (agak-agak)

    Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan

    2 keping asam gelugor).

    Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang

    sederhana (medium or low medium)

    Selepas dalam 15 minit boleh decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau

    anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.