rekod anekdot
DESCRIPTION
2TRANSCRIPT
NAMA MURID : AHMAD SHAKIR B. HAMZAH TARIKH : 2 FEBRUARI 2010
PEMERHATI : PN WAN ROHANA BT SAID MASA : 9.05 PAGI
ITEM : MEMUKUL RAKAN TEMPAT : DI DALAM KELAS
CONTOH REKOD ANEKDOT
CATATAN ULASAN
Intan dan Mira sedang bermain doh di dalam kelas. Intan membuat model anggota badan manakala Mira pula membuat model haiwan.Intan memerhati model haiwan yang dibuat oleh Mira.Mira begitu asyik dan tidak menghiraukan rakannya itu.Intan kehabisan doh..Dia terus mengambil doh kepunyaan Mira. Mira berkata “Jangan ambil doh saya”. Intan tidak mengendahkannyaMira bangun dan memukul Intan. Intan menangis dan mengadu kepada guru.
Intan masih belum ada kemahiran sosial manakala Mira pula tidak boleh mengawal emosinya.
CADANGAN :
Perhatikan selalu tingkah laku mereka berdua. Beri peluang mereka bergaul dengan rakan-rakan yang lain melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di samping mengeratkan semula hubungan mereka.
CONTOH REKOD ANEKDOT
NAMA MURID : NATASYA HUDSON BT RAZUKI TARIKH : 2 MAC 2010
PEMERHATI : PN WAN ROHANA BT SAID MASA : 10.30 PAGI
ITEM : MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT : DI BILIK AIR
CATATAN ULASAN
Di suatu pagi, selepas waktu rehat seorang murid yang bernama Natasya Hudson Bt. Razuki telah datang mengadu kepada guru bahawa rakan-rakannya telah mengotorkan lantai dengan ubat gigi. Guru meminta murid yang terlibat membersihkan lantai sambil dipantau oleh guru.Tiba-tiba Natasya datang dan menyuruh kawan-kawannya menyinsing seluar sehingga ke paras lutut supaya tidak basah dan menunjukkan cara memegang berus lantai dengan betul tanpa disuruh guru.
Natasya seorang yang bertanggungjawab dan ada ciri-ciri kepimpinan.
CADANGAN :
Guru menasihati murid-murid lain supaya mencontohi sikap Natasya.
CONTOH REKOD ANEKDOT
NAMA MURID : NURUL NADIA BT. RAZAK TARIKH : 2 NOVEMBER 2010
PEMERHATI : PN WAN ROHANA BT SAID MASA : 8.30 PAGI
ITEM : KEBOLEHAN MEMBACA TEMPAT : DI DALAM KELAS
CATATAN ULASAN
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Nurul Nadia menarik tangan Fatihah, Maimunah dan Siti ke Sudut Bacaan untuk mencari buku. Nurul Nadia memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi. Nurul Nadia mengajak kawan-kawannya mendengar cerita yang dibacanya. Nurul Nadia membuka buku dan membaca dengan gaya Pn. Wan Rohana. Rakan-rakannya yang lain mendengar dengan penuh minat. Cikgu Wan memuji dan menepuk tangan setelah Nadia selesai bercerita. Nurul Nadia tersenyum bangga.
Biasanya, Nurul Nadia tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaan dengan guru, Nurul Nadia sudah mula berminat dengan buku.
CADANGAN :
Nurul Nadia perlu diransang melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan baik dan menjadi contoh kepada rakan-rakannya yang lain.
SILA GUNAKAN BORANG BERIKUT UNTUK TUJUAN PENTAKSIRAN REKOD ANEKDOT DI DALAM KELAS MASING-
MASINGPerhatian : Rekod berterusan dan Anekdot perlu disimpan di dalam portfolio.
REKOD ANEKDOT
NAMA MURID : TARIKH :
PEMERHATI : MASA :
ITEM : TEMPAT :
CATATAN ULASAN
CADANGAN :
REKOD ANEKDOT
NAMA MURID : TARIKH :
PEMERHATI : MASA :
ITEM : TEMPAT :
CATATAN ULASAN
CADANGAN :
REKOD ANEKDOT
NAMA MURID : TARIKH :
PEMERHATI : MASA :
ITEM : TEMPAT :
CATATAN ULASAN
CADANGAN :