rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan … · rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan...

93
REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanthien

Post on 09-Apr-2019

302 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN

TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR

NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

PSZ19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atauTERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda

(PSM).

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau

disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGHASILAN ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR

UNTUK PENGIRAAN MATA DALAM SUKAN SILAT OLAHRAGA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI 0

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ()

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh:

_________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 890, Prof Madya Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin0

KG BUKIT BELAH, GAAL Nama Penyelia

JALAN JERTEH. 16800 PASIR PUTEH,

KELANTAN, DARUL NAIM.

Tarikh: 26 APRIL 2011 Tarikh: 26 APRIL 2011 0

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Page 3: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : _______________________________________

Nama Penyelia : PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : 26 APRIL 2011

Page 4: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

ii

REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN

TEKNOLOGI SENSOR DI DALAM BODY PROTECTOR

NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

Page 5: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________

Nama Pelajar : NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI

Tarikh : 26 APRIL 2011

Page 6: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

iv

DEDIKASI

Buat Keluarga Tersayang

Ayahanda En Mohd Ashri bin Hj Daud

Bonda Pn Norhayati binti Hj Awang

Kakanda-kekanda

Norashryyana

Mohd Aswadi

Mohd Hafiz

Adinda-adinda

Nur Ataillah

Mohd Amirrullah

Nur Aifa

Athirah

Mohd Adharizam

Nur Amira Natasya

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

yang banyak Membantu

Terutamanya kepada Dr Zainal Abidin Zainuddin

Jurulatih Silat

En. Hisham bin Othman

Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan

Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

Serta Insan Teristimewa

Mohd Zainulakromin bin Md idris

Ade Erawan bin Minhat

Page 7: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya

dapat penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat

akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah. Walau banyak halangan namun saya

sangat bersyukur kepada Allah kerana segala masalah dapat di tempuhi dengan

kesabaran.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat

pensyarah pembimbing Prof Madya Dr Zainal Abidin bin Zainuddin di atas bimbingan

dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan dari Fakulti Mekanikal

Elektronik yang membantu dalam menyiapkan instrumen kajian. Selain itu, kepada

pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada

penyelidik terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2007/2008.

Terima kasih kawan..

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang

sentiasa memberikan sokongan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa,

Mohd Zainulakromin bin Md Idris dan Ade Erawan bin Minhat di atas pertolongan dan

kerjasama yang di berikan.

Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Segala budi dan

jasa baik kalian tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih…

Page 8: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

vi

ABSTRAK

Silat olahraga merupakan silat yang telah di serapkan ke dalam aktiviti bersukan yang

melibatkan dua individu berlawan tanpa menggunakan senjata berpandukan kepada

peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat. Lakuan pesilat untuk

memperoleh mata berlaku dengan pantas kadang kala menyebabkan ralat pada jumlah

kiraan mata. Kaedah pemarkahan silat olaharaga dilihat kurang sistematik dalam

pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan dalam jiwa pesilat. Rekacipta ini

bertujuan mencipta sebuah produk yang dapat membantu juri pertandingan silat olahraga

sebagai pemudahcara dalam member markah yang lebih sistematik semasa perlawanan.

Penciptaan alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector yang

menggunakan sistem tanpa wayar yang berkos rendah, mesra pengguna dan di perlukan

untuk memastikan ketepatan keputusan pertandingan selain membina keyakinan

masyarakat terhadap sistem pemarkahan ini. Dalam projek ini, rekacipta bertujuan untuk

mengesan tumbukan dan sepakan atlit semasa pertandingan. Rekabentuk ini terdiri

daripada dua bahagian penting iaitu penerima isyarat dan penghantar isyarat. Semasa

pertandingan, serangan daripada pihak lawan dikesan oleh instrument melalui kesan

serangan akan menghasilkan isyarat yang kemudiannya akan di hantar transmitter

receiver seterusnya menghasilkan audio dan visual berbentuk LED dan buzzer.

.

Page 9: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

vii

ABSTRACT

Pencak silat is one of the sport activities that involved two persons fighting each other

without any weapons and abiding to rules and regulation. It is for the justice of the game

and for the safety of the fighters as well. As the movement of the fighters are fast to

obtain a point, an error and redundant in giving the point can be occur. The marking

method in pencak silat is less systematic especially in giving point where lead to

unsatisfactory to the fighter. Thus the instrument was build to help the juries to clearly

giving the points to the correct fighters during the competition. The invention of

punching and kicking detector inside the body protector is a low cost wireless system

and friendly user where it is really helpful to detect the kicks and punches that been

made and marks will be given according to it. The system of the marking will be more

reliable and fair. Moreover it will increase the trust among the fighters and audiences in

the marking system. This project consists of two important parts, receiving signal and

shipper the signal. During competition, the attack from the opponent will be detected by

the instrument where it produce a signal and send it to the transmitter receiver then it

will be a sound and light.

Page 10: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PERAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

ix

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.8 Limitasi Kajian 8

1.9 Skop Kajian 8

1.10 Definisi Operasional 9

1.10.1 Body Protector 9

1.10.2 Tumbukan 9

1.10.3 Sepakan 9

1.10.4 Silat Olahraga 9

1.10.5 Pengadil 10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perkembangan Kejuruteraan Sukan 11

2.3 Teori Rekabentuk Alatan Sukan 12

2.4 Implikasi Kejuruteraan Sukan 13

2.5 Kajian Lepas 14

2.6 Kesimpulan 15

3 METODOLOGI KAJIAN 16

3.1 Pengenalan 16

3.2 Kaedah Penyelidikan 17

3.3 Instrumen Kajian 17

3.4 Kajian Rintis 18

3.5 Prosedur Kajian 18

Page 12: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

x

3.6 Prosedur Penilaian Instrumen 20

3.6.1 Fasa Pengujian Instrumen 20

3.6.2 Taklimat Prosedur Kajian 20

3.8 Rekabentuk Instrumen 21

3.8.1 Instrumen Kajian 21

3.8.2 Rekabentuk Alatan 22

3.8.3 Komponen dan Peralatan 22

3.9 Cadangan Rekabentuk 23

3.9.1 Peringkat Awal 23

3.9.2 Peringkat Akhir 25

3.10 Kesimpulan 37

4 ANALISIS DATA 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Ujian Kebolehpercayaan Instrumen 39

4.3 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen 41

4.4 Persepsi Penggunaan Alat 47

4.4.1 Skala Likert 47

4.5 Kesimpulan 57

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Ringkasan Kajian 58

5.3 Perbincangan 59

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 60

Page 13: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xi

5.5 Cadangan 63

5.6 Kajian Masa Hadapan 63

5.7 Kesimpulan 63

BIBLIOGRAFI 65-67

LAMPIRAN 68-75

Page 14: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.4 Spesifikasi Instrumen 26

4.4 Jadual Data Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 43

Page 15: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Fasa Prosedur Kajian 19

3.2 Lakaran Awal Rekabentuk 24

3.3 Lakaran Awal Litar Skematik 25

3.4 Lakaran Litar Skematik Alat Sensor 27

3.5 Sistem Arus Sensor 28

4.3 Transmitter 29

4.4 Receiver 29

4.5 Bekalan Kuasa Dan Penyimpanan 30

4.6 Body Protector 31

4.7 Cardboard 32

4.8 Span Body Protector 32

3.1 Buzzer 33

3.2 Led (Cahaya) 34

Page 16: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xiv

3.3 Wireless 35

4.1 Coverage 36

4.2 Usb Icsp Pic Programmer V 2010 36

4.3 Sasaran Jatuhan Dumbbell 39

4.4 Gambaran Prosedur Ujian Kebolehpercayaan 40

4.5 Jantina Responden 41

4.6 Bangsa Responden 42

4.7 Umur Responden 43

4.8 Pengalaman Bermain Silat Responden 44

4.9 Pengalaman Menjadi Juri Pertandingan Responden 45

4.10 Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan Silat Olahraga 46

4.11 Maklumbalas Kesesuaian Rekabentuk Alat Ini 48

4.12 Maklumbalas Alat Ini Mudah Untuk Di Gunakan 49

4.13 Maklumbalas Alat Ini Selamat Untuk Di Gunakan 50

4.14 Maklumbalas Samaada Alat Ini Dapat Membantu Dalam

Pengiraan Mata Silat Olahraga 51

Page 17: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xv

4.15 Maklumbalas Minat Terhadap Dengan Penggunaan

Sensor Bunyi Dan Led Dalam Menentukan Kesahan

Tumbukan Dan Sepakan 52

4.16 Maklumbalas Keupayaan Alat Sensor Ini Masih Boleh

Ditingkatkan Pada Masa Akan Datang 53

4.17 Maklumbalas Penggunaan Alat Rekacipta Ini Lebih Baik

Daripada Penggunaan Alat Pengesan Yang Lain 54

4.18 Maklumbalas Kesesuaian Reka Cipta Ini Untuk Penggunaan

Pengajaran Dalam Mengenal Pasti Tumbukan Dan Sepakan

Yang Memberi Mata Kepada Pesilat 55

Page 18: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Perlantikan Subjek 68

B Borang Soal Selidik 69

C Kos Perbelanjaan Instrumen 74

Page 19: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ilmu pencak silat dan bela diri merupakan permainan serta pengetahuan yang

mempunyai hubungannya yang tersendiri dengan rahsia mempertahankan diri

Nusantara Melayu. Untuk populariti pencak silat, kini terdapat silat yang telah di

serapkan ke dalam aktiviti bersukan iaitu silat olahraga dan silat seni. Sukan Silat

Olahraga adalah sukan tempur yang melibatkan dua individu berlawan tanpa

menggunakan senjata. Silat olahraga atau nama lainnya silat tanding merupakan

sebuah konsep yang diwujudkan bagi para pesilat beradu tenaga dan bertanding

berpandukan kepada peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat.

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan silat ialah sejenis seni ( permainan dan

sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang

dan mempertahankan diri.

Di dalam setiap permainan silat olahraga, terdapat hanya dua orang peserta

dibenarkan bertanding. Kedua-dua pesilat berpakaian silat bersama kelengkapan alat

perlindungan yang ditetapkan. Semasa perlawanan, mereka akan berusaha untuk

mengutip mata di antara satu sama lain melalui serangan seperti tumbukan, sepakan,

kuncian, sapuan ataupun jatuhan. Setiap permainan akan diadili oleh seorang wasit

(pengadil) dan lima orang juri pertandingan.

Page 20: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

2

Silat olahraga memiliki keunikan dan kelebihannya tersendiri berbanding

dengan seni mempertahankan diri yang lain. Untuk memenangi perlawanan dan

permainan, para pesilat perlu menggunakan kebijaksanaan seiring dengan kekuatan

bagi mematahkan setiap serangan lawan. Dalam erti kata lain, silat bukanlah

diwujudkan sekadar untuk beradu tenaga semata-mata tetapi bagi melatih dan

mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari oleh setiap pesilat agar dapat

digunakan dengan baik. Silat olahraga kini telah banyak diangkat dan

dipertandingkan dalam acara dan kejohanan yang bertaraf kebangsaan dan

antarabangsa seperti Sukan Malaysia, Sukan Sea dan Kejohanan Pencak Silat Dunia.

Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama

yang tinggi kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan

mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah

mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan

dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb

hingga 4hb Disember 2006.

Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14,

Ikatan Pencak Silat Indonesia ( IPSI ) telah memperkenalkan Pencak Silat Olahraga.

Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah

secara rasmi termasuk menjadi sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pencak silat atau silat olahraga termasuk salah satu permainan invasion

(penyerangan), di mana semasa perlawanan, pesilat mencari peluang untuk

memperoleh mata atau point dari pihak lawannya. Dalam usaha mencari mata, pesilat

akan terus berusaha untuk bergerak mendekati lawan dengan pergerakan dan

kelajuan. Begitu juga dalam mempertahankan diri agar tidak dapat diserang oleh

Page 21: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

3

pihak lawan, pesilat akan berusaha untuk menghindar, mengelak, dan menangkis

serangan pihak lawan. Pemakaian body protector ( pelindung badan ) ketika

perlawanan adalah wajib, ianya adalah medan dan instrument yang bertindak

sebagai kawasan utama untuk tumbukan dan sepakan pesilat pada pihak lawan.

Dari segi pengiraan mata, kedudukan pengadil pertandingan di kedudukan

sisi kanan dan kiri, juga di bahagian depan kawasan pertandingan. Lakuan pesilat

untuk memperoleh mata berlaku dengan pantas kadang kala menyebabkan ralat pada

jumlah kiraan mata. Kaedah ini dilihat kurang sistematik dalam pengiraan mata dan

mendatangkan ketidakpuasan dalam jiwa pesilat.

1.2.1 Ketentuan Nilai / Mata dalam Silat Olahraga

Nilai 1 : Serangan tangan masuk padu pada sasaran (tanpa

halangan, tangkisan, hindaran dan elakan).

Nilai 2 : Serangan kaki masuk padu pada sasaran (tanpa

halangan, tangkisan, hindaran dan elakan)

Nilai 1 + 1 : Belaan terhasil + serangan tangan masuk.

Nilai 1 + 2 : Belaan terhasil + serangan kaki masuk.

Nilai 3 : Teknik jatuhan terhasil.

Nilai 1 + 3 : Belaan terhasil + teknik menjatuhkan lawan terhasil.

Nilai 5 : Teknik Kuncian terhasil ( dalam kiraan 5 detik / saat ).

Page 22: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

4

1.2.2 Nilai Hukuman dalam Silat Olahraga

Nilai 1 : Teguran I

Nilai 2 : Teguran II

Nilai 5 : Peringatan I

Nilai 10 : Peringatan II

Diskwalifikasi : Peringatan III

1.2.3 Kemungkinan Menang

1. Menang Angka : Ditentukan hasil daripada nilai mata tiga

pusingan perlawanan.

2. Menang Teknik : Undur diri dari Pesilat.

Undur diri dari Pelatih.

Unfit atas putusan Doktor Pertandingan.

3. Menang Mutlak : Akibat serangan sah, lawan tidak dapat bangun

/ lanjutan pertandingan setelah kiraan 10 detik

( 10 X )

4. Menang Diskwali fikasi : Lawan mendapat peringatan III.

Unfit akibat pelanggaran I

Keputusan Dokter Pertandingan.

Pelanggaran berat.

5. Menang Tak Seimbang : Lawan tak seimbang atas keputusan Wasit.

Page 23: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

5

6. Menang Undur Diri : Lawan undur diri / tidak berada di Gelanggang.

1.3 Penyataan Masalah

Sukan silat olahraga merupakan sejenis permainan yang subjektif, ianya

melibatkan ketangkasan serta pergerakan yang pantas. Semasa perlawanan,

penekanan markah tertumpu kepada tumbukan dan sepakan dalam mendapatkan

mata. Serangan yang baik dan padu dalam sukan silat olahraga akan menghasilkan

mata yang jelas. Tetapi kadang kala, pergerakan pesilat mempengaruhi pengiraan

mata pengadil ( wasit ). Hal ini kerana, untuk mencapai keputusan yang terperinci

bagi sesuatu sukan yang berbentuk subjektif adalah rumit. Di Malaysia, masih tidak

terdapat penghasilan body protector atau mesin yang dapat membantu pengiraan

markah dalam silat olahraga untuk mendapatkan keputusan tumbukan dan sepakan

yang jelas dan nyata. Oleh itu, rekacipta ini bertujuan mencipta sebuah produk yang

dapat membantu juri pertandingan dalam menjadi pemudahcara dalam pengiraan

markah yang lebih sistematik semasa perlawanan. Maka, dengan terciptanya alat

pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector ini dapat meningkatkan

lagi mutu sukan silat khususnya dalam arena sukan Negara.

1.4 Objektif Rekacipta

Objektif rekacipta ini ialah bertujuan untuk :

1.4.1 Merekacipta sebuah alat pengesan tumbukan dan sepakan

menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk

pengiraan mata sukan silat olahraga.

Page 24: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

6

1.4.2 Pemudahcara dalam pengiraan markah agar lebih sistematik semasa

perlawanan silat olahraga.

1.4.3 Mengelakkan keraguan dan ketidakadilan dalam pengiraan mata

sukan silat olahraga.

1.4.4 Melihat persepsi pengguna terhadap pembinaan alat pengesan

tumbukan dan sepakan di dalam body protector.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Sejauh manakah alat pengesan tumbukan dan sepakan ini memberi

kesan terhadap pengiraan mata semasa perlawanan silat olahraga?

1.5.2 Sejauh manakah kesesuaian alat pengesan tumbukan dan sepakan di

dalam body protector ini membantu pengadil (wasit) dalam pengiraan

markah semasa perlawanan silat olahraga?

1.5.3 Sejauh mana alat pengesan tumbukan dan sepakan dapat

mengurangkan keraguan dan ketidakpuasan pesilat dalam pengiraan

sukan silat olahraga?

1.5.4 Apakah persepsi pengguna terhadap alat pengesan tumbukan dan

sepakan di dalam body protector ini

Page 25: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

7

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang di jalankan ini dapat memberi faedah kepada :

1.6.1 Atlet Silat Olahraga

Kebaikan alat pengesan ini kepada pesilat ialah pesilat merasa yakin akan

memperoleh markah yang sistematik oleh pengadil ( wasit ) tanpa merasa ragu-ragu.

Selain itu, pesilat juga akan mengetahui sejauh manakah tekanan tumbukan mahupun

sepakan yang memberikan kesan yang padu dan menambah mata kepada pesilat.

1.6.2 Jurulatih Sukan Silat Olahraga

Alat pengesan ini bukan sahaja membantu atlet, malah dapat membantu

jurulatih kerana jurulatih akan merasa adil dalam setiap keputusan yang di umumkan

kerana bukti pengiraan markah dapat dilihat. Di samping itu, jurulatih juga dapat

menilai sejauhmana kekuatan atlit semasa perlawanan berlangsung, secara tidak

langsung jurulatih dapat mengenalpasti kaedah latihan untuk penambahbaikan

terhadap pesilat.

1.6.3 Juri Pertandingan Silat Olahraga

Alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi sensor ini di

harap membantu juri pertandingan dalam menjadi pemudahcara dalam pengiraan

markah yang lebih sistematik semasa perlawanan.

Page 26: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

8

1.6.4 Universiti Teknologi Malaysia

Kepentingan merekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan ini adalah untuk

menyumbang kepada hasil inovasi yang berkualiti di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor dan seterusnya mengkomersilkan produk yang dihasilkan. Protaip

yang dihasilkan akan menjadikan UTM sebagai penanda aras serta peneraju bagi

penggunaan alat pengesan dalam bidang sukan silat di negara ini.

1.7 Limitasi Kajian

Terdapat beberapa batasan yang dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini.

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah:

1.7.1 Kajian ini terbatas kepada juri pertandingan silat olahraga yang berada

dalam negeri Johor, Darul Takzim

1.7.2 Cara alat ini di cipta dan kaedah ini di jalankan

1.8 Skop Kajian

Skop kajian berkisar tentang penghasilan alat pengesan tumbukan dan

sepakan menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan

mata dalam sukan silat olahraga. Di samping itu, instrumen berkenaan akan diuji

keupayaan bagi membantu juri pertandingan dalam pemudahcara dalam pemberian

markah semasa pertandingan silat olahraga.

Page 27: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

9

1.9 Definisi Operasional

1.9.1 Body Protector ( pengalas badan / pelindung badan)

1.9.1.1 Bodi ialah badan samaada orang taupun kereta (Kamus Dewan,

2000)

1.9.1.2 Alas ialah sesuatu yang menjadi lapik tempat meletakkan

sesuatu yang lain, tempat berdiri sesuatu, asas dan dasar

(Kamus Dewan , 2000)

1.9.1.3 Alatan yang asal diubah suai bagi menampakkan kecanggihan

digital selaras dengan perkembangan teknologi global.

(Izwanuddin, 2006)

1.9.2 Tumbukan

1.9.2.1 Sesuatu yang di tumbuk, perihal menumbuk, pelanggaran,

tumbukan, perbuatan memukul dengan buku tangan dengan

menggunakan kecergasan (Kamus Dewan , 2000)

1.9.3 Sepakan

1.9.3.1 Pukulan dengan kaki, menendangkan (Kamus Dewan , 2000)

1.9.4 Silat Olahraga

1.9.4.1 Silat ialah sejenis seni ( permainan dan sebagainya ) atau

kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan

menyerang dan mempertahankan diri (Kamus Dewan , 2005)

Page 28: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

10

1.9.4.2 Olahraga pula ialah latihan atau sukan yang memerlukan

kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina seperti berlari atau

melompat (Kamus Dewan , 2000 )

1.9.5 Pengadil ( wasit )

1.9.5.1 Pengadil ialah orang yang mengadili sesuatu perkara untuk

perlawanan dan pertandingan (Kamus Dewan , 2000)

1.10 Kesimpulan

Keseluruhan bab ini menjelaskan tentang pengenalan, latar belakang kajian,

penyataan masalah, objektif rekacipta, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop

dan batasan kajian serta definisi konsep kajian. Kesemua perkara ini dapat

menjelaskan faedah yang diperolehi daripada penciptaan alat pengesan tumbukan

dan sepakan di dalam body protector dalam sukan silat olahraga.

Page 29: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dengan lebih terperinci

dan mendalam tentang perkembangan kejuruteraan sukan dan juga meninjau kajian-

kajian lepas yang berkaitan dengan pembagunan rekacipta peralatan sukan.

Penulisan ini adalah merangkumi semua penyelidikan yang telah dilakukan oleh

penyelidik lain.

2.2 Perkembangan Kejuruteraan Sukan

Sebelum bermulanya tahun 1989, kajian kejuruteraan sukan hanya

melibatkan individu yang sangat berminat terhadap sukan-sukan tertentu dan ianya

dilakukan hanya sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Menurut Ujihashi (2007)

kejuruteraan sukan giat dijalankan selepas tahun 1989 dan dipelopori oleh Jepun.

Pada tahun 1991, Japan Sports Engineering Association (JSEA) ditubuhkan

bertujuan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan berkaitan perkakasan sukan.

Page 30: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

12

Penglibatan negara lain untuk menyertai Jepun dalam merancakkan

perkembangan kejuruteraan sukan bermula pada tahun 1996 oleh Steve Haake dari

Universiti Sheffield. Beliau merupakan perintis kepada Konferens Antarabangsa

Dalam Kejuruteraan Sukan. Pada tahun 1996, Konferens Antarabangsa dalam

Kejuruteraan Sukan Ke Dua, Persatuan Kejuruteraan Sukan Antarabangsa

ditubuhkan. Ini telah merancakkan lagi penyelidikan kejuruteraan sukan serta

membawa kepada penubuhan persatuan kejuruteraan sukan negara lain dan lebih

banyak konferen antarabangsa dijalankan.

Hasil daripada usaha ini, prestasi sukan dilihat semakin baik melalui penciptaan

rekod baru kejohanan, peningkatan tahap keselamatan, keselesaan dan lain-lain lagi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ujihashi (2006), pengaruh permukaan trek, bahan

yang digunakan untuk galah dalam acara lompat galah, bahan yang digunakan untuk

raket tenis telah mempengaruhi sukan tersebut, di mana catatan lebih baik dapat

dilakukan. Ini menjadikan acara sukan semakin mencabar.

2.3 Teori Berkaitan Rekabentuk Alatan Sukan

Teknologi sukan adalah untuk mengenal pasti keinginan manusia dan tujuan di

dalam sukan (Fuss et al., 2007). Teknologi yang telah digunakan di dalam sukan adalah

seperti teknologi yang memperbetulkan teknik badan, penambahbaikan alatan sukan

tradisional yang digunakan oleh atlet dalam pertandingan, teknologi untuk meningkatkan

prestasi mesin serta benda yang tertentu, dan sistem-sistem yang digunakan di luar

daripada pertandingan (Subic, 2005).

Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat dalam merekacipta perlatan sukan.

Antaranya Tomlinson et al., (2007) telah melakukan perincian dalam merekacipta

pemegang raket mengikut jenis bahan yang sesuai dengan kulit. Beliau memerhati daya

hasil geseran antara kulit dengan jenis bahan yang digunakan dan menunjukan bahawa

getah merupakan bahan terbaik untuk penghasilan daya optimum.

Page 31: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

13

Tripathy et al., ( 2007 ) pula telah melihat kesan warna pakaian sukan terhadap

prestasi atlet. Menurut Rowe et al., ( 2005 ) warna pakaian sukan mempengaruhi pihak

lawan. Kajian yang dilakukan pada Sukan Olimpik Athen 2004 menunjukkan, atlet judo

yang menggunakan judogi (pakaian sukan judo) berwarna biru, mempunyai

kebarangkalian kalah yang lebih tinggi berbanding atlet judo yang memakai judogi

berwarna putih.

2.4 Implikasi Kejuruteraan Sukan Terhadap Prestasi Sukan

Kejuruteraan sukan yang dipelopori oleh Jepun pada tahun 1989, sedikit

sebanyak telah mendorong kepada kajian-kajian mengenai perkakasan sukan (Ujihashi,

2007). Kajian yang dijalankan menerusi kejuruteraan sukan tidak hanya tertumpu kepada

penciptaan perkakasan sahaja, malah turut membincangkan tentang kesan terhadap

prestasi sukan, alam sekitar dan perkembangan social ( Fuss et al.,2007 ).

Terdapat masa dan ketika di mana teknologi dan kemudahan memberikan impak

yang kecil pada sukan. Di sukan Olimpik, atlit yang menyertainya pada zaman dahulu

tidak mempunyai pakaian dan menggunakan peralatan seperti „discii‟ yang mana mereka

akan berkongsi bersama sesama sendiri (Michel, 1975). Pengaplikasian teknologi di

dalam fasiliti atau kemudahan sukan telah menghasilkan perubahan yang ketara untuk

kegunaan atlet, keselesaan peminat atau penonton dan boleh digunakan pada kehidupan

seharian. Contoh perubahan yang berlaku termasuk peralatan yang digunakan sewaktu

pertandingan ( Balius et al., 2007 ), penggunaan peralatan „Photo-finish‟ digabungkan

bersama teknologi komunikasi di dalam stadium yang mana paparan pada papan skor

elektronik menjadi lebih menarik dan memberi keseronokan kepada para penonton

(Coakley, 2007), dan penggunaan sensor pada “mask” menggantikan “body wire” dalam

sukan lawan pedang di temasya Olimpik Beijing 2008 ( Beijing, 2008 ).

Page 32: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

14

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejuruteraan sukan telah banyak membantu

dalam meningkatkan kualiti sukan. Kajian yang dijalankan Ujihashi (2006),

membuktikan bahan yang digunakan untuk galah dalam acara lompat bergalah

mempengaruhi catatan lompatan yang dilakukan. Kajian Blair et al., (2007).

menunjukkan bahawa kayu merupakan bahan terbaik untuk dijadikan bat baseball

berbanding besi. Kejuruteraan sukan juga dapat membantu dalam penguasaan sesuatu

teknik baru (Sabo et al.,2007).

Perubahan teknologi yang berlaku seringkali memberi hasil yang berkesan yang

mana dapat memanjangkan hayat fasiliti dan kemudahan, lebih selamat untuk para

peserta dan kos yang kurang untuk penyelenggaraan. Kebanyakannya adalah dari segi

padang, gelanggang dan kawasan permainan. Selain itu, sukan juga menjadi semakin

menarik dan selamat. (Norbert & Dunnig, 1986)

2.5 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan

Sebelum kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini dilakukan, terdapat kajian-

kajian lepas dari UTM Skudai yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh

penyelidik.

Izwanuddin Bin Yahaya (2006) telah menjalankan kajian tentang Ujian

„Vertical Jump‟ atau di kenali dengan Ujian Lompatan Menegak. Kajian ini

bertujuan bagi mereka bentuk instrumen yang baru, berteknologi digital dan mudah

alih untuk memudahkan kaedah pengukuran. Instrumen baru direka bentuk dengan

menggunakan teknologi sensor. Prosedur ujian dijalankan dengan mengesan

ketinggian sebelum lompatan. Kemudian ketika lompatan menegak dilaksanakan,

ketinggian maksimum kepala subjek di kesan dengan menggunakan sensor tersebut.

Page 33: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

15

Mohd Hafiz bin Mustafa (2009) menjalankan kajian merekacipta alat

menggunakan sensor jenis wireless sensor network. Ia bertujuan untuk melihat

keberkesanan alat bagi mengira dan mengukur jarak balingan acara rejam lembing.

Kebaikan penggunaan sensor ini adalah dapat menjimatkan masa, kosnya yang

rendah dan memudahkan urusan teknikal mengukur jarak acara rejam lembing. Alat

sensor ini mampu untuk mengukur jarak walaupun terdapat ralat dari segi ketepatan

berbanding ukuran jarak sebenar yang diperolehi menggunakan pita ukur.

2.6 Kesimpulan

Terdapat pelbagai kajian yang dibincangkan dalam bab 2 ini iaitu dari sudut

perkembangan kejuruteraan sukan, perkembangan sukan silat olahraga, dan implikasi

kejuruteraan sukan dalam prestasi sukan. Daripada kajian-kajian yang telah

dibincangkan, kaedah-kaedah yang digunakan dalam merekabentuk perlu ada bagi

memudahkan kerja atau kajian yang dijalankan. Manakala dalam penggunaan teknologi

pula, ianya amat berkesan, mudah dan selamat digunakan.

Pelbagai jenis kajian berkenaan kejuruteraan sukan telah dijalankan,

walaubagaimana pun masih belum ada kajian atau rekacipta berkaitan alat pengesan

tumbukan dan sepakan dalam silat olahraga pernah dibuat di Malaysia.

Page 34: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan rekabentuk dan kaedah yang digunakan serta beberapa

perkara yang berkaitan dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini dijalankan bertujuan

merekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body protector

mengunakan teknologi sensor untuk pengiraan mata dalam sukan olahraga dan

menguji kesesuaian reka cipta robot tersebut dalam pertandingan sukan silat

olahraga. Penyelidik membincangkan serta menghuraikan metodologi yang

digunakan bagi pelaksanaan kajian ini. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

i. Kaedah penyelidikan

ii. Instrumen kajian

iii. Kajian rintis

iv. Prosedur kajian

v. Prosedur Penilaian Instrumen

vi. Pembangunan instrument

vii. Rekabentuk instrument

viii. Cadangan Rekabentuk

ix. Kesimpulan

Page 35: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

17

3.2 Kaedah Penyelidikan

Dalam kajian ini, penyelidik menghasilkan alat pengesan tumbukan dan

sepakan di dalam body protector teknologi sensor dan seterusnya menguji

keupayaan dan kepenggunaan alat. Kaedah penyelidikan dijalankan rekacipta dengan

soal selidik ke atas juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman serta

kesahan alat di lakukan dengan jatuhan dumbbell 500 gram ke atas alat pengesan. Ia

melibatkan analisa pergerakan tangan dan kaki iaitu kelajuan dan pecutan serta

kesepaduan tekanan yang berlaku pada body protector dan penghantaran sensor.

Ujian ini bertujuan bagi memastikan bahawa alat yang dicipta menepati objektif

penghasilan iaitu membantu pengadil ( wasit ) dalam pengiraan mata atlet silat

olahraga semasa perlawanan.

3.3 Instrument Kajian

Instrumen yang digunakan dalam menjalani kajian ini adalah seperti berikut :

(i) Body protector untuk ubahsuai alatan

(ii) Di fokuskan kepada penggunaan instrumen seperti :

a) Daya yang di kenakan pada body protector

b) Kesesuaian alat dalam mengalami tekanan

c) Tahap sensitif alat pengesan terhadap tekanan

Page 36: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

18

3.4 Kajian Rintis

Sebelum analisis menggunakan sampel sebenar dilakukan, satu kajian rintis

dilakukan bagi melihat keberkesanan alat dalam mengaplikasi kesan tumbukan mahupun

sepakan dalam body protector. Tujuan kajian rintis ini di lakukan adalah untuk

memastikan instrument dapat berfungsi dengan baik bagi mengesan kesan tumbukan

mahupun sepakan yang di lakukan pesilat kelak.

3.5 Prosedur Kajian

Penyelidik telah menyediakan perancangan yang rapi bagi memastikan kajian

dapat dijalankan dengan lancar. Terlebih dahulu penyelidik mendapatkan kerjasama dan

persetujuan daripada pensyarah pembimbing dan jurulatih yang terlibat secara langsung

dalam penyelidikan ini. Selepas itu, satu prosedur telah disusun seperti dibawah

dijalankan bagi meneruskan kajian dan proses pengumpulan data:

.

Page 37: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

19

Rajah 3.1 Paparan Fasa Prosedur Kajian

Rajah 3.1 menunjuk carta alir pelaksanaan rekacipta

1.FASA MASALAH 2. FASA MENGENAL PASTI

4.FASA PENGHASILAN 3. FASA RUJUKAN

5. FASA PENILAIAN 6. FASA PENGUJIAN

Penyelidik melihat

masalah wujud dalam

sistem markah sukan

Penyelidik mengenal

pasti masalah yang

sedia ada

Penyelidik merujuk

kepada panduan litar

skematik dalam

menghasilkan alat

Penyelidik merekacipta

alat pengesan tumbukan

dan sepakan

Penyelidik merumuskan

penilaian berdasarkan

pengujian yang di

lakukan

Penyelidik menjalankan

proses pengujian

terhadap alat pengesan

Page 38: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

20

3.6. Prosedur Penilaian Instrumen

3.6.1 Fasa Pengujian Instrumen

3.6.2.1 Ujian Pengesahan Alat

Untuk mendapatkan kesahan rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan

menggunakan teknologi sensor di dalam body protector, penilaian daripada para juri

pertandingan yang berpengalaman di lakukan.

3.6.1.2 Ujian Kebolehpercayaan Alat

Bagi mendapatkan kebolehpercayaan rekacipta, ujian akan di jalankan ke atas

alat pengesan yang terhasil. Prosedur kajian di lakukan dengan melakukan kesan

hentakan dumbbell seberat 500 gram ke atas body protector. Prosedur kajian

menitikberatkan jarak alatan yang akan di jatuhkan ke atas body protector dan

ulangan sebanyak 20 kali dilakukan dengan selang masa 5 saat.

3.6.2 Taklimat Tentang Prosedur Ujian

Satu sesi taklimat diberikan kepada subjek supaya subjek jelas dan faham

tentang prosedur kajian serta dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang ujian ini

berjalan.

Page 39: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

21

3.7 Pembangunan Instrumen

Di dalam tajuk ini, penyelidik membincangkan berkaitan dengan rekabentuk

instrumen secara lebih mendalam dan khusus berdasarkan kriteria yang digunakan. Ini

secara langsung membantu bakal penyelidik pada masa hadapan dalam merekabentuk

instrumen yang lebih baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

3.8 Reka bentuk Instrumen

Melalui kajian yang di jalankan penyelidik telah menetapkan bahawa

instrument kajian sensor melalui kesan tumbukan dan sepakan sesuai untuk di

bangunkan. Ini kerana, kesan daripada tumbukan dan sepakan akan membantu pihak

juri dalam menetapkan markah dalam pertandingan silat olaharga.

Di dalam mereka bentuk instrumen sensor ini, penyelidik telah bekerjasama

dengan kakitangan dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM dan rakan-rakan tahun

akhir dari Fakulti Pendidikan ( Sains Sukan ) serta rakan dari pasukan Pencak Silat

UTM. Keistimewaan instrument ini adalah dapat memberikan hasil rekacipta yang

berkos rendah, mesra pengguna dan di perlukan untuk memastikan ketepatan

keputusan pertandingan selain membina keyakinan masyarakat terhadap sistem

pemarkahan alat sensor.

3.8.1 Instrumen Kajian

Semasa proses penghasilan struktur alat ini, penyelidik terlebih dahulu

bertanya pandangan dari jurulatih Sukan Silat Olahraga, En. Hisham bin Othman

berkenaan pembahagian markah dalam sukan silat olahraga seperti yang di nyatakan

dalam bab 1. Penyelidik juga mengambil kira pendapat daripada juri pertandingan

Page 40: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

22

dan juga rakan silat olahraga yang mempunyai pengalaman dalam pertandingan silat

olahraga. Penyelidik walaubagaimanapun tidak ketinggalan membuat perbincangan

bersama pensyarah Fakulti Pendidikan ( Sains Sukan ) untuk mendapatkan

persetujuan mengenai rekabentuk yang ingin di hasilkan. Penyelidik mengambil

masa 2 minggu dalam mendapatkan lakaran yang bersesuaian dengan keperluan

penghasilan body protector.

Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang instrument yang

terhasil secara terperinci. Perbincangan adalah berkisar tentang :

i) Rekabentuk instrument alat sensor

ii) Prosedur menggunakan instrument alat sensor

iii) Kompenan terlibat dalam alat sensor

3.8.2 Rekabentuk Projek

Sebelum menjalankan projek ini, perkara pertama yang dibuat ialah mengenal

pasti rekabentuk asas alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi

sensor yang akan dihasilkan. Rekabentuk ini adalah berdasarkan kepada lakaran,

perkakasan dan konsep yang digabungkan antara body protector dan teknologi sensor.

3.8.3 Mengenalpasti Komponen dan Peralatan

Komponen-komponen dan peralatan yang digunakan perlulah dikenal pasti

dalam perlaksanaan projek. Selain itu untuk memastikan komponen yang digunakan

berada dalam keadaan baik, maka komponen-komponen tersebut diuji.

Page 41: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

23

Seterusnya, pembinaan litar yang diprogramkan dijalankan. Litar dipasang pada

protoboard sebagai langkah keselamatan dan untuk memastikan komponen-komponen

boleh berfungsi dengan baik. Melalui penyambungan ini juga, dapat diketahui cara litar

beroperasi dan berfungsi. Pengujian terhadap semua komponen yang digunakan mesti

dilakukan menggunakan kaedah yang sesuai.

Penyambungan dilakukan berpandukan litar skematik projek bagi mengelakkan

daripada litar pintas dan tidak dapat berfungsi. Litar yang telah siap dipasang

diprogramkan mengikut set-set arahan yang telah ditetapkan. Set-set arahan ini berfungsi

secara rawak dimana set-set arahan ini dipilih secara automatik oleh sistem.

Seterusnya pembinaan rangka dan struktur dalaman body protector. Ia dibina

berdasarkan kepada lakaran yang telah dibuat. Struktur dan rangka yang dibina perlu

disesuaikan mengikut mekanikal dan bentuk asal body protector serta tidak mengganggu

pesilat semasa pemakaian body protector dalam perlawanan.

3.9 Cadangan Rekabentuk Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan

Menggunakan Teknologi Sensor Di Dalam Body Protector

3.9.1 Peringkat awal

Pada peringkat awal, penyelidik telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan

kepenggunaan alat pengesan. Melalui dapatan yang diperolehi, penyelidik telah

membuat kesimpulan untuk membina suatu alat yang dapat mengesan tindakan pesilat

seperti tumbukan dan sepakan. Penggunaan alat elektronik ini dapat membantu pengadil

( wasit ) semasa pengiraan markah dalam sukan silat olahraga. Pengkaji menitik berat

beberapa perkara yang perlu mengikut prosedur seperti berikut :

Page 42: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

24

a) Menetapkan saiz instrumen yang bersesuaian.

b) Memastikan tahap keupayaan pergerakan instrumen.

c) Memilih jenis output isyarat yang bersesuaian dengan latihan.

d) Memahami keperluan instrumen terhadap latihan lawan pedang.

e) Menitikberatkan kaedah mudah alih serta kepenggunaan teknologi

sensor.

f) Menilai tahap keselamatan instrumen yang dibangunkan.

Cadangan Penyelidik untuk penghasilan Alat Pengesan Tumbukan dan

Sepakan

Rajah 3.2 Lakaran Awal rekabentuk

Gambarajah 3.2 menunjukkan lakaran awal alat pengesan

Page 43: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

25

Rajah 3.3 : Lakaran Awal Litar skematik

Gambarajah 3.3 menunjukkan arus perjalanan sensor yang di hasilkan

3.9.2 Peringkat Akhir

3.9.2.1 Rekabentuk Instrumen Alat Sensor Pengesan Tumbukan dan

Sepakan

Terdapat pelbagai cadangan dan idea dalam melaksanakan body protector ini,

namun pada akhirnya, penyelidik telah memilih satu kaedah untuk merekabentuk

satu alat yang memerlukan kaedah tumbukan dan sepakan yang menghasilkan isyarat

bunyi dan cahaya berdekatan dengan meja juri pertandingan.

Pemilihan ini mendorong penyelidik mereka bentuk alat sensor yang mudah,

fleksibel dan ringkas. Beberapa spesifikasi alat diperlukan bagi membangunkan alat

sensor pengesan tumbukan dan sepakan ini. Sehubungan itu, penyelidik melakukan

pemilihan yang bersesuaian bagi mencipta instrumen yang terilham ini.

Page 44: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

26

3.9.2.2 Spesifikasi Instrumen

Spesifikasi alat sensor pengesan tumbukan dan sepakan yang di maksudkan

adalah seperti :

Jenis Butiran

PIC 18LF4520 2

LED, merah 5

LED, hijau 2

Push Button 2pin 12

Crystal H496 20MHz 2

Ceramic Capasitor 8.1uF 10

Ceramic Capasitor 22Pf 4

Voltage Regulator 3V 2

Buzzer 6-12V c/w wire 1

Transistor 2N2222 2

Resistor 0.25w (10k) 13

Resistor 0.25w (220R) 7

Electrolytic Capacitor 50v 1Uf 10

2510 PCB Connector 2 ways 2

Slide Switch 3pins ( silver ) 2

Donut Board ( 6x15 cm ) 1

Ic Soket-40 pin 2

Wrapping Wire AWG30 1

Single Core Cable ( Meter ) 6

Solder 1

USB ICS PIC Programmer V2010 1

Straight Pin Header 1x48 ways 1

Straight Turn Pin 1

Kuasa Bateri Maxell AA 1.5v 8

4Xaa bekas bateri MX815A 2

Aluminium 12 inch x 14 inch

Jadual 3.4 : Spesifikasi Alat Sensor

Spesifikasi alat sensor sebagai garis panduan dalam mereka bentuk alat.

Page 45: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

27

Rajah 3.5 : Lakaran Litar Skematik Alat Sensor

Lakaran litar skematik alat sensor merupakan satu diagram rangkaian elektrik

yang menjadi perwakilan grafik konvensional dari litar elektrik. Ianya menunjukkan

hubungan antara peranti, termasuk sambungan elektrik dan isyarat bagi sebuah reka

bentuk.

Page 46: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

28

Rajah 3.6 : Sistem Arus Sensor

Gambar rajah menunjukkan sistem arus secara ringkas yang terjadi apabila

serangan daripada pihak lawan yang dapat mengesan paduan tumbukan mahupun

sepakan akan menghasilkan tekanan pada push button yang berada di litar RF

transmitter akan menghasilkan isyarat sensor yang menghantar kepada RF receiver

melalui program PIC dan kemudiannya menghasilkan isyarat berbentuk LED dan

buzzer.

Push

Button

RF transmitter

RF receiver PIC 18LF4520 LED &

BUZZER

Page 47: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

29

Rajah 3.7 : Transmitter

Komponen ini bertindak sebagai penghantar medan isyarat kepada receiver.

Semasa pertandingan, serangan daripada pihak lawan melalui tumbukan dan sepakan

yang padu akan diaplikasikan dan menghasilkan isyarat yang kemudiannya di hantar

receiver.

Rajah 3.8 : Receiver

Komponen receiver ini berfungsi sebagai isyarat kepada juri pertandingan.

Selepas proses penerimaan isyarat daripada tranmitter, receiver bertindak

menghasilkan menghasilkan bunyi dan nyalaan berbentuk LED dan buzzer. Kaedah

ini dapat membantu para juri pertandingan dalam pengiraan markah kepada pesilat.

Page 48: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

30

3.9.2.3 Prosedur Penggunaan

3.9.2.3.1 Cara alat sensor berfungsi

Alat sensor di aktifkan dengan mengaplikasi tekanan terhadap alat yang telah

dibina. Tekanan yang terhasil pada body protector yang di rekabentuk dapat

menghidupkan litar elektrik pada alat berkenaan seterusnya tenaga elektrik di alirkan

bagi menghasilkan isyarat bunyi dan nyalaan lampu yang berperanan sebagai

isyarat untuk kegunaan juri pertandingan.

3.9.2.3.2 Kuasa

Bateri berkuasa 1.5v x 4 di gunakan sebagai kuasa yang minimum kepada

alat sensor. Kuasa bateri ini berperanan dalam menghidupkan suis pada alat

transmitter dan receiver alat sensor.

Rajah 3.9 : Bekalan Kuasa dan Penyimpanan

Page 49: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

31

Rajah menunjukkan bekalan kuasa dan tempat penyimpanan bateri yang di

gunakan di dalam penghasilan alat pengesan body protector. Terdapat dua bateri

yang berbeza kerana di dalam transmitter bateri bersaiz 3v di gunakan sesuai untuk

dimasukkan di dalam body protertor. Manakala penggunaan baterti 3AA di gunakan

di dalam litar receiver kerana keluasan bekas transmitter receiver yang sesuai untuk

bateri tersebut. Bagi transmitter juga, Polymer Lithium Ion Batteries juga di gunakan

untuk memastikan ketahanan alat rekacipta sepanjang penggunaan.

3.9.2.3.3 Struktur Body Protector

Rajah 3.10 : Body Protector

Body protector atau alat pelindung badan ini di pakai oleh pesilat

semasa perlawanan silat olahraga. Pemasangan alat sensor transmitter di

lakukan di dalam body protector ini untuk mengaplikasikan tekanan yang di

beri oleh pihak lawan.

Page 50: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

32

Rajah 3.11 : Cardboard

Rajah menunjukkan keratan cardboard yang di potong mengikut saiz

body protector, pendawaian komponen push button yang bertindak dalam

mengaplikasi kesan tumbukan dan sepakan yang di kenakan ke atas body

protector.

Rajah 3.12 : Span Body Protector

Rajah menunjukkan span body protector sebagai pelindung kepada tekanan.

Page 51: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

33

3.9.2.3.4 Isyarat dan petunjuk

Dalam rekabentuk alat sensor ini, dua jenis output bertindak dalam membantu

dan melengkapkan keperluan alat pengesan tumbukan dan sepakan di dalam body

protector. Sebarang serangan yang padu akan menghasilkan arus elektrik dan arus

yang terhasil di hantar kepada receiver akan menghasilkan isyarat output yang

berbentuk visual dan audio iaitu LED dan buzzer yang berperanan sebagai isyarat

untuk kegunaan juri pertandingan. Malah, semasa proses penghantaran arus sensor

receiver kepada transmitter receiver, penerimaan isyarat dapat di kesan dalam jarak

diameter 100 meter dan dapat menerima arus teknologi sensor walau berada dalam

kawasan yang terhalang daripada objek.

Rajah 3.13 : Buzzer (Bunyi)

Rajah 4.11 mempamerkan output buzzer ( bunyi ) alat pengesan teknologi

sensor yang akan di hasilkan kesan daripada aplikasi serangan pihak lawan.

Page 52: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

34

Rajah 3.14 : LED (Cahaya)

Rajah 4.12 pula menunjukkan output LED ( cahaya) alat pengesan teknologi

sensor yang di hasilkan kesan daripada aplikasi serangan pihak lawan.

Page 53: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

35

Rajah 3.15 : Wireless

Rajah menunjukkan senarai contoh sistem arus tanpa wayar, dalam projek

rekacipta alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan teknologi sensor ini.

Sensor ZigBee ™ standard 802.15.4 telah di pilih berdasarkan ciri-ciri pada sensor

ZigBee ™ yang bersesuaian dengan alat rekacipta yang di bina.

Page 54: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

36

Rajah3.16 : Coverage

Rajah menunjukkan sistem arus sensor yang di gunakan, penghasilan alat

pengesan berteknologi sensor ini menggunakan Band ISM 2.4GHz kerana

mempunyai ciri yang sesuai dan boleh di gunakan di seluruh dunia serta data rate

yang pantas iaitu 250kbps.

Rajah 3.17 : Usb Icsp Pic Programmer V 2010

Gambarajah menunjukkan usb icsp pic programmer v 2010 yang bertindak

sebagai pengaturcara CK1710 tanpa ZIF atau soket IC. Ianya berperanan dalam

merancang dan memprogram semula prototaip dan di reka bentuk untuk Flash Pic

dari Microchip.

Page 55: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

37

3.10 Kesimpulan

Perkara yang dibincangkan dalam bab metodologi ini menjadi garis

panduan kepada penyelidik kerana bab ini menerangkan beberapa langkah yang akan

dilakukan semasa proses membuat kajian. Prosedur yang dirancang ini adalah untuk

memudahkan proses penyelidikan dijalankan dan dapat dilaksanakan dengan baik.

Page 56: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang penting kerana mengandungi penganalisisan

data-data yang telah di perolehi hasil daripada borang soal selidik yang telah di beri

kepada juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman sekitar negeri Johor,

Darul Takzim mengenai pandangan dan pendapat mereka dalam mencapai kesahan

alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor di dalam body protector.

Analisis data yang di gunakan dalam penyelidikan ini adalah daripada borang

asal yang telah di beri kepada enam belas juri pertandingan silat olahraga sekitar

daerah pontian, kangkar pulai, kulai, dan senai. Data - data daripada soal selidik di

analisis secara diskriptif menggunakan Microsoft Excel 2007 dan ianya terbahagi

kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan

dengan latar belakang responden manakala Bahagian B pula berkaitan dengan

pandangan dan pendapat responden terhadap penggunaan alat sensor dalam

mencapai kesahan alat.

Manakala, bagi mendapatkan kebolehpercayaan alat pengesan ini, satu ujian

telah di lakukan ke atas body protector dengan menjatuhkan dumbbell seberat 500

gram. Data di ambil melalui kiraan bunyi dan nyalaan alat pengesan terhadap

ulangkali jatuhan dumbbell.

Page 57: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

39

4.2 Analisis Data Ujian Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan muka alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor ini

di nilai melalui jatuhan alatan dumbbell seberat 500 gram yang di jatuhkan ke atas

body protector sebanyak 20 kali setiap sudut yang di tandakan. Penyelarasan isyarat

sensor mestilah selepas jatuhan dumbbell di lakukan dan kiraan bunyi di ambil dan di

catatkan. Kaedah ujian di tetapkan dengan ketinggian satu meter dan tiga sudut

berlainan body protector di ambil . Selang masa jatuhan dumbbell adalah selama 5

saat.

Rajah 4.1 : Sasaran Jatuhan Dumbell

Rajah 4.1 menunjukkan body protector yang bertanda untuk jatuhan

dumbbell bagi ujian kesahan alat rekacipta.

Page 58: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

40

Rajah 4.2 : Gambaran Prosedur Ujian Kebolehpercayaan

Rajah 4.2 menunjukkan gambaran prosedur ujian kebolehpercayaan yang di

lakukan ke atas body protector dengan jatuhan dumbbell seberat 500 gram dengan

selang masa 5 saat.

Bil

Jatuhan

Kadar Berat

Dumbell

Kesan Bunyi Kesan Nyalaan

Kanan Tengah Kiri Kanan Tengah Kiri

1 500 gram √ √ √ √ √ √

2 500 gram √ √ √ √ √ √

3 500 gram √ √ √ √ √ √

4 500 gram √ √ √ √ √ √

5 500 gram √ √ √ √ √ √

6 500 gram √ √ √ √ √ √

7 500 gram √ √ √ √ √ √

8 500 gram √ √ √ √ √ √

9 500 gram √ √ √ √ √ √

10 500 gram √ √ √ √ √ √

11 500 gram √ √ √ √ √ √

12 500 gram √ √ √ √ √ √

13 500 gram √ √ √ √ √ √

14 500 gram √ √ √ √ √ √

15 500 gram √ √ √ √ √ √

16 500 gram √ √ √ √ √ √

17 500 gram √ √ √ √ √ √

18 500 gram √ √ √ √ √ √

19 500 gram √ √ √ √ √ √

20 500 gram √ √ √ √ √ √

Rajah 4.4 : Jadual Data Analisis Kebolehpercayaan Alatan

Page 59: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

41

Rajah 4.4 menunjukkan jadual skor ujian setelah ujian kesahan di lakukan.

Data di ambil berdasarkan terdapat bunyian dan nyalaan LED. Selang masa yang di

ambil untuk ujian ini di lakukan adalah 5 saat.

4.3 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen

4.3 Latar Belakang Responden

4.3.1 Jantina

Rajah 4.5 : Jantina Responden

Dapatan responden bagi rajah 4.5 merupakan responden yang terdiri daripada

8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Mereka adalah dalam kalangan juri

pertandingan silat olahraga yang berpengalaman sekitar Pontian, Kulai, Senai dalam

negeri Johor, Darul Takzim.

Page 60: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

42

4.3.2 Bangsa

Rajah 4.6 : Bangsa Responden

Rajah 4.6 menunjukkan bahawa majoriti bangsa adalah bangsa Melayu

seramai 16 orang dengan peratusan sebanyak 100 %. Manakala bilangan responden

daripada bangsa Cina dan India tidak mencatatkan sebarang jumlah dan peratusan

adalah sebanyak 0 %.

Page 61: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

43

4.3.3 Umur

Rajah 4.7: Umur Responden

Dalam Rajah 4.7 menunjukkan, majoriti subjek adalah berumur dalam

lingkungan 20 hingga 30 tahun iaitu seramai 6 orang dengan peratusan sebanyak

38%. Diikuti umur 30 hingga 40 tahun seramai 5 orang dengan peratusan sebanyak

31%. Seterusnya umur 40 hingga 50 tahun yang berjumlah 4 orang dengan peratusan

sebanyak 25% dan dalam lingkungan 50 hinnga 60 tahun pula, hanya mencatatkan

jumlah 1 orang dengan peratusan 6%.

Page 62: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

44

4.3.4 Tempoh Pengalaman Bermain Silat

Rajah 4.8: Pengalaman Bermain Silat Responden

Daripada rajah di atas, data mencatatkan bahawa tempoh tahun pengalaman

bermain silat responden yang mencapai nilai tertinggi adalah antara 10-15 tahun

yang 7 orang responden dan peratusan sebanyak 44 %. Ia di susuli dengan tempoh

masa 5-10 tahun dengan jumlah seramai 6 orang dan peratusan sebanyak 38 %.

Seterusnya, tempoh masa sepanjang 0-5 tahum mencatatkan jumlah seramai 2 orang

dengan peratusan sebanyak 12 %. Di akhiri dengan tempoh masa 15-20 tahun yang

mencatatkan jumlah 1 orang dan peratusan 6 %.

Page 63: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

45

4.3.5 Pengalaman Menjadi Juri

Rajah 4.9: Pengalaman Menjadi Juri Pertandingan Responden

Rajah 4.9 menyatakan bahawa kesemua responden yang mengisi borang soal

selidik pernah menjadi juri dalam pertandingan silat olahraga dan masih aktif

sebagai juri pertandingan. Kesemua respondan iaitu seramai 16 orang yang terdiri

dari 8 lelaki dan 8 orang perempuan menyatakan YA bagi bahagian pernah menjadi

juri. Ini sekaligus memenuhkan peratusan sebanyak 100%.

Page 64: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

46

4.3.6 Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan

Rajah 4.10: Kekerapan Menjadi Juri Pertandingan Silat Olahraga

Melalui kajian yang dijalankan, jumlah kekerapan tertinggi adalah 60-80 kali

ialah seramai 16 orang responden dengan peratusan 38%, sementara kekerapan 40-60

kali menjadi juri pertandingan adalah seramai 5 orang dengan peratusan 31%.

Seterusnya, kekerapan sebanyak 80-100 kali mencatatkan jumlah responden seramai

3 orang dengan peratusan sebanyak 19 % dan di susuli dengan kekerapan sebanyak

20-40 kali yang mencatatkan jumlah seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 12

%.

Page 65: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

47

4.4 Persepsi Terhadap Penggunaan Alat Pengesan Berteknologi Sensor

4.4.1 Skala Likert

Skala Likert digunakan untuk mendapatkan persepsi daripada para juri

pertandingan yang berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu perlawanan Silat

Olahraga bagi menjawab soal selidik yang di berikan.

Panduan Skala Likert:

Sangat Setuju (SS)

Setuju (S)

Kurang Setuju (KS)

Tidak Setuju (TS)

Sangat Tidak Setuju (STS)

Page 66: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

48

4.4.2 Adakah rekabentuk alat ini sesuai ?

Rajah 4.11 : Maklumbalas kesesuaian rekabentuk alat ini

Dapatan kajian daripada Rajah 4.11 di atas menyatakan bahawa 6 orang

‘sangat setuju’dengan pernyataan rekabentuk ‘alat ini sesuai di gunakan’ dalam

pengiraan mata pertandingan silat olahraga dengan kutipan peratus yang diperolehi

adalah sebanyak 37%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 10

orang 63%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’

dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 67: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

49

4.4.3 Adakah alat ini mudah di gunakan ?

Rajah 4.12 : Maklumbalas alat ini mudah untuk di gunakan

Jika dilihat dari Rajah 4.12 di atas menyatakan bahawa 7 orang ‘sangat

setuju’ dengan pernyataan ‘alat ini mudah di gunakan’ dengan kutipan peratus yang

diperolehi adalah sebanyak 44%. Manakala, jumlah responden yang memilih ‘setuju’

adalah seramai 9 orang dengan peratus 56%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian

‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 68: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

50

4.4.4 Adakah alat ini selamat di gunakan ?

Rajah 4.13 : Maklumbalas alat ini selamat untuk di gunakan

Dapatan Rajah 4.13 di atas menyatakan bahawa 11 orang ‘sangat setuju’

dengan pernyataan alat ini selamat untuk di gunakan dengan kutipan peratus yang

diperolehi adalah sebanyak 68%. Manakala, jumlah responden yang memilih ‘setuju’

adalah seramai 5 orang dengan peratus 32%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian

‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 69: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

51

4.4.5 Adakah alat ini dapat membantu dalam pengiraan mata silat olahraga ?

Rajah 4.14 : Maklumbalas samaada alat ini dapat membantu dalam pengiraan

mata silat olahraga

Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 4.14, dapatan mendapati bahawa

terdapat 12 orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini dapat membantu atlet

dalam pengiraan mata silat olahraga, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 75%.

Sokongan responden yang menyatakan ‘setuju’ seramai 4 orang iaitu 25%. Tiada

dapatan dari responden bagi bahagian ‘kurang setuju’ , ‘tidak setuju’ dan ‘sangat

tidak setuju’.

Page 70: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

52

4.4.6 Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan LED dalam menentukan

kesahan tumbukan dan sepakan

Rajah 4.15 : Maklumbalas minat terhadap dengan penggunaan sensor bunyi

dan LED dalam menentukan kesahan tumbukan dan sepakan

Dapatan yang diperolehi dari rajah di atas menyatakan bahawa 4 orang

‘sangat setuju’ dengan pernyataan minat dengan penggunaan sensor sensor bunyi dan

LED dalam menentukan kesahan tumbukan dan sepakan ini membolehkan jumlah

peratus yang diperolehi adalah sebanyak 25%. Jumlah responden yang memilih

‘setuju’ adalah seramai 10 orang dengan peratus 63%. Hanya 2 orang iaitu 12%

sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi

dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 71: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

53

4.4.7 Keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan

datang?

Rajah 4.16 : Maklumbalas keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan

pada masa akan datang

Paparan Rajah 4.16 menunjukkan bahawa terdapat 8 orang responden

‘sangat setuju’ alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan datang,

peratus yang diperolehi adalah sebanyak 50 %. Sokongan responden yang

menyatakan ‘setuju’ juga seramai 8 orang iaitu 50%. Tiada dapatan dari responden

bagi bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 72: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

54

4.4.8 Adakah penggunaan alat ini lebih baik daripada penggunaan alat pengesan

yang lain ?

Rajah 4.17 : Maklumbalas penggunaan alat rekacipta ini lebih baik daripada

penggunaan alat pengesan yang lain

Merujuk kepada Rajah 4.17, terdapat 3 orang dengan peratus sebanyak 18%

menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa penggunaan alat rekacipta ini lebih baik daripada

penggunaan alat pengesan yang lain. Responden seramai 10 orang telah menyatakan

‘setuju’ yang mencatatkan peratusan sebanyak 63%. Hanya 3 orang iaitu 18 % sahaja

yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut.Tiada dapatan dari responden bagi

bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 73: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

55

4.4.9 Adakah alat ini sesuai untuk penggunaan pengajaran dalam mengenal pasti

tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada pesilat ?

Rajah 4.18 : Maklumbalas kesesuaian reka cipta ini untuk penggunaan

pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada

pesilat

Merujuk kepada Rajah 4.18, terdapat 11 orang dengan peratus sebanyak 68%

menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini boleh digunakan pada penggunaan

pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan dan sepakan yang memberi mata kepada

pesilat. Manakala, 5 orang telah menyatakan ‘setuju’ yang mencatatkan peratusan

sebanyak 32%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian ‘kurang setuju’, ‘tidak

setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 74: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

56

4.4.10 Berikan pendapat anda mengenai penggunaan body protector

menggunakan teknologi sensor dalam mengesan tumbukan dan

sepakan untuk pengiraan mata di dalam pertandingan sukan silat

olahraga?

Responden memberikan pendapat lebih kurang sama terhadap

penggunaan body protector menggunakan teknologi sensor dalam mengesan

tumbukan dan sepakan untuk pengiraan mata di dalam pertandingan silat

olahraga iaitu :

1. Inovasi yang baru dalam sukan silat olahraga

2. Pemudah cara dalam pengiraan mata

3. Alatan yang bagus dalam mengesan serangan

4. Rekaan yang mudah dan tidak membebankan pesilat untuk di gunakan

semasa perlawanan

5. Mewujudkan sistem pemberian markah yang lebih konfiden

6. Mengelakkan ketidakadilan dalam pemarkahan silat

7. Alat yang boleh tahan lama

4.4.11 Sebarang cadangan bagi penambahbaikan peralatan untuk masa akan

datang ?

Cadangan responden terhadap penambahbaikan peralatan alat

pengesan tumbukan dan sepakan menggunkan teknologi sensor untuk masa

akan datang ialah :

1. Paparan digital secara automatik

2. Setiap meja juri dan meja ketua pertandingan di letakkan alat receiver

3. Lupuskan sistem bunyi

4. Penyediaan skrin besar

Page 75: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

57

5. Penggunaa push button yang lebih canggih

5. Rekacipta body protector yang boleh mengesan serangan tumbukan

dan sepakan

6. Menaik taraf atau memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik

lagi

4.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, penyelidik telah dapat mengenalpasti kesesuaian dan tahap

penggunaan alat pengesan tumbukan dan sepakan berteknologi sensor untuk

pengiraan mata di dalam sukan silat olahraga ini. Maklumat yang di peroleh dapat di

jadikan sebagai panduan dalam usaha ke arah sistem pengiraan mata dalam sukan

silat olahraga yang lebih sistematik. Seterusnya, segala perolehan maklumat yang

diperolehi ini diperbincangkan dengan lebih terperinci dalam rumusan, perbincangan

dan cadangan di dalam bab 5.

Page 76: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membuat perbincangan, kesimpulan serta

cadangan secara keseluruhan berdasarkan keputusan daripada analisis data yang

diperolehi di dalam bab-bab sebelum ini. Selain itu, kebaikan dan kelemahan

instrumen serta masalah yang dihadapi ketika membangunkan instrumen turut

dibincangkan. Pengkaji turut merumuskan secara keseluruhan mengenai

pembangunan instrumen dan dapatan kajian. Di akhir bab ini, beberapa cadangan

diusulkan bagi tujuan penambahbaikan instrumen pada masa hadapan agar dapat

meningkatkan lagi kualiti latihan.

5.2 Ringkasan Kajian

Seramai 16 orang responden dipilih untuk ujian kesahan alat sensor yang

terdiri daripada 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Kesemua responden

merupakan seorang pesilat dan juri pertandingan silat olahraga yang berpengalaman

dalam bidang silat serta menceburi bidang juri pertandingan dengan kekerapan 50

kali atau lebih. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

Microsoft Excel dan dibincangkan secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini

kemudian dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian yang terkandung dalam Bab

1. Selain itu, kesimpulan juga dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi selepas

Page 77: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

59

analisis data dijalankan. Oleh yang demikian kesimpulan yang menyeluruh bagi hasil

dapatan kajian dapat dibuat.

5.3 Perbincangan

Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk menguji instrumen yang dibina

menggunakan teknologi elektronik yang melibatkan penggunaan microcontroller.

Beberapa faktor memainkan peranan yang sangat penting bagi memberikan kesahan

instrumen ini. Faktor utama ialah kesesuaian dan kepekaan alat. Pengujian instrumen

dilakukan dengan 2 kaedah, iaitu pengujian kesahan penggunaan alat oleh juri

pertandingan dan pengujian alat.

5.3.1 Pengujian Kesahan Alat

Kesahan alat adalah sesuatu yang mesti di lakukan bagi setiap pembinaan

instrumen. Kesahan instrumen ditentukan melalui adakah instrumen benar-benar

mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dalam menentukan kesahan instrumen ini,

kaedah soal selidik di lakukan terhadap 16 juri pertandingan yang berpengalaman.

Hasil daripada pengujian yang telah dilakukan, didapati bahawa alat mampu

melakukan apa yang sepatutnya diukur.

Page 78: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

60

5.3.2 Pengujian Alat

Ujian jatuhan dumbbell di lakukan ke atas body protector dengan ketinggian satu

meter. Data di ambil mengikut nyalaan LED dan bunyi buzzer. Tiada masalah yang

timbul semasa proses pengujian dilakukan. Instrumen telah berfungsi dengan baik dan

subjek telah memberi maklum balas yang baik

5.3.3 Perbincangan Pengujian dan Instrumen

Berdasarkan pengujian di atas, didapati bahawa tiada masalah yang timbul

daripada kedua-dua pengujian dari mula sehingga akhir. Instrumen juga berfungsi

dengan lancar sepanjang pengujian.

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian

5.4.1 Penghasilan Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan

Teknologi Sensor Oleh Penyelidik Ini Mempunyai Keberkesanan Yang

Tinggi

Hasil analisis data daripada borang soal selidik yang telah dibuat, didapati

majoriti subjek telah bersetuju bahawa Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan

Menggunakan Teknologi Sensor yang direkacipta oleh penyelidik mempunyai

keberkesanan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa alat penyelidik berkesan dalam

mengesan tumbukan dan sepakan semasa pertandingan silat olahraga.

Page 79: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

61

5.4.2 Maklum Balas Daripada Responden yang Telah Mengetahui, Meneliti

serta Mencuba Menggunakan Alat ini.

Dapatan analisis yang dibuat menunjukkan penyelidik mendapati kebanyakan

responden mempunyai pandangan yang positif terhadap alat sensor baru ini. Majoriti

responden telah menyatakan bahawa mereka suka pada alat penyelidik dan mereka

mengakui bahawa ini merupakan platform baru bagi meningkatkan lagi mutu sistem

pemarkahan silat olahraga. Para responden juga amat berpuas hati dengan Alat

Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan Teknologi Sensor yang telah

direka cipta oleh penyelidik.

Kebanyakan responden merasa alat ini adalah sangat sesuai untuk dijadikan

alat pemudahcara dalam sistem pemarkahan sukan silat olahraga. Hal ini kerana alat

ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai kategori berat badan dalam sukan silat.

Selain itu, alat ini dapat membantu juri pertandingan dalam sistem pemarkahan yang

lebih sistematik kepada pesilat. Responden juga bersetuju bahawa alat sensor ini

sesuai digunakan sebagai alat pengukuran bagi mengelakkan “penipuan” dan

ketidakadilan pemberian mata terhadap serangan tumbukan dan sepakan.

Walau bagaimanapun, alat sensor ini masih mempunyai kelemahan dan ianya

boleh diperbaiki lagi. Penyelidik telah menerima pandangan serta cadangan dari

responden secara positif. Antara cadangan yang diberikan ialah menaik taraf atau

memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik lagi. Penggunaan skrin digital di

sarankan bagi menunjukkan jumlah markah yang di perolehi oleh pesilat, pandangan

para juri berpengalaman ini amat dihargai penyelidik. Responden juga berpendapat

supaya mentol yang lebih besar dan baik kualiti dapat disediakan berbanding

prototaip yang ada kini.

Page 80: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

62

Responden turut berkongsi pendapat tentang kesan bunyi kurang sesuai di

gunakan keran takut khuatir menganggu tumpuan pesilat semasa perlawanan serta

menimbulkan suasana bising. Responden turut menyatakan penggunaan bahan yang

mempunyai daya tahan lama untuk kegunaan jangka masa panjang.

5.5 Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan

dikenalpasti dan perlu diperbaiki bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih baik.

Oleh yang demikian antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini pada masa

akan datang adalah seperti berikut:

5.5.1 Penggunaan sensor yang lebih canggih

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penyelidik sepanjang proses

melakukan kajian, push button merupakan instrumen yang terpenting dalam

merekabentuk Alat Sensor Pengesan Tumbukan dan Sepakan ini. Oleh itu, pengkaji

yang akan datang digalakkan mencari push button yang lebih baik. Push button yang

di gunakan haruslah tidak terlalu sensitif dan mudah dipasang dan tahan lama. Selain

itu, penyelidik mencadangkan agar pengkaji akan datang mencipta sensor berserta

program paparan berdigital supaya penggunaan juri secara manual dapat di

kurangkan.

Page 81: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

63

5.5.2 Menaikkan taraf sistem isyarat output

Penyelidik masa akan datang digalakkan untuk meningkatkan tahap sistem

isyarat output selain bunyi dan lampu. Penyelidik juga mencadangkan agar

penggunaan sensor yang berdigital dan di paparkan pada skrin besar untuk tumpuan

para penonton.

5.6 Kajian akan datang

Walaupun penggunaan alat pengesan tumbukan dan sepakan adalah satu

inovasi baru dalam sukan silat olahraga, tetapi penambahbaikan masih perlu di

lakukan. Dengan itu, keberkesanan alat ini dapat ditentukan dengan lebih tepat lagi.

5.7 Kesimpulan

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan ,

penyelidik ingin merumuskan bahawa penghasilan alat pengesan tumbukan dan

sepakan menggunakan teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan

mata dalam sukan silat olahraga yang direka cipta oleh penyelidik mendapat

sambutan yang baik dalam kalangan juri pertandingan silat olahraga negeri Johor,

Darul Takzim. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan diharapkan akan dapat

membantu serba sedikit penyelidik pada masa akan datang yang ingin meneruskan

kajian mengenai penghasilan alat pengesan tumbukan dan sepakan menggunakan

teknologi sensor di dalam body protector untuk pengiraan mata dalam sukan silat

olahraga. Penyelidik berasa bersyukur kerana dapat membina sebuah alat yang dapat

membantu sistem pemarkahan pertandingan silat olahraga. Penyelidik menyedari

dan mempelajari beberapa perkara yang penting sepanjang tempoh pembangunan

Page 82: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

64

projek ini. Untuk menghasilkan sesuatu instrumen yang berkualiti dan menepati

matlamat adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang

tinggi dan memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan instrumen yang

benar-benar berkualiti.

Page 83: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

BIBLIOGRAFI

Ainon Abdullah (1994). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication

And Distributors Sdn. Bhd.

Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.

Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Izwanuddin bin Yahaya (2006).Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump Berteknologi

Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda.

Universiti Teknologi Malaysia.

Azizul Bin Aziz (2006). Kesan Latihan shadow play terhadap ketangkasan pemain

bola sepak. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Kamus Dewan (2006). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stubbs. R. (2007). The sports book : the sports, the rules, the tactics, the techniques

/ editorial consultant. London: Dorling Kindersley

Subic,A. Paterson, N. (2005). Integrating the Design For Environment Approach in

Sports Product Development. School of Aerospace, Mechanical and

Manufacturing Engineering, RMIT University, Bundoora, Melbourne.

Page 84: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

66

Ujihashi, S. (2006). Sports Engineering. Tokyo Institute of Technology, Department of

Mechanical Engineering, Tokyo.

Rahimei Mohd Iqbal Bin A Malek (2008). Rekacipta Instrumen Alat Sensor Ujian

Kecergasan Kardiovascular Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer

Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Syarifah Fathynah (2004).Analisis Tiga-Dimensi Parameter Kinematik Teknik

Tendangan Frontkick Dalam Sukan Taekwondo. Tesis Sarjana Muda.

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia.

Kasim A-Jalil dan Muta’ali Othman (1995) . Proses Dan Kaedah Rekabentuk Untuk

Kursus Diploma Dan Sarjana Muda. Ed. Pertama. Universiti Teknologi Malaysia.

Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University Press.

Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.

Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Francois Fortin (2000). Sports The Complete Visual Reference. -1st ed. Victoria.

Firefly Books Ltd.

Page 85: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

67

Joan Neide (2010 ). Forty Years Of Martial Art Training & Almost Sixty Years Old

- Vol. 19 No. 1, Journal Of Asian Martial Arts

Drs. Sucipto (1985) . Pendekatan Taksis Sebagai Salah Satu Pendekatan Dalam

Pembelajaran Pencak Silat Di Sekolah Menengah Atas. Kes FPOK-UPI

Pb. Ipsi. (1999). Penjelasan Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antar Bangsa.

Hasil Keputusan Munas X 1999. Jakarta.

Persilat. (1996) . Bahan Penataran Pencak Silat untuk Wasit dan Juri Internasional. PB.

IPSI. Jakarta.

Dep. P Dan K. (1985) . Tuntunan Pengajaran Pencak silat Untuk Sekolah Lanjutan

Tingkat Pertama. Jakarta.

Sheikh Shamsuddin ( 2005 ). The Malay Art of Self-Defense: Silat Seni Gayong.

Berkeley, CA: North Atlantic Books. Jounal of Asian Martial Arts Volume 15

Number 4

Gordon G. SleivertUsing ( 2007). Microtechnology To Monitor Thermal Strain And

Enhance Performance In The Field. International Journal of Sports Physiology

and Performance.

Sacha K. Fulton, David B. Pyne, and Brendan Burkett (2009). Validity And Reliability Of

Kick Count And Rate In Freestyle Using Inertial Sensor Technology., Journal of

Sports Sciences, August 2009.

Page 86: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

68

LAMPIRAN A

SURAT PERLANTIKAN SUBJEK

NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI

4 SPS Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Skudai,

Johor Darul Ta’zim.

Kepada,

28 FEBRUARI 2011

Saudara,

Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa

saudara telah dipilih menjadi subjek bagi kajian Projek Sarjana Muda saya yang bertajuk

“Rekacipta Alat Pengesan Tumbukan Dan Sepakan Menggunakan Teknologi Sensor Di

Dalam Body Protektor”.

2. Sesi taklimat akan diadakan untuk memberi penerangan jelas tentang prosedur

kajian dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti

butiran berikut:

Tarikh : 20 JANUARI 2011

Hari : KHAMIS

Masa : 4.00 petang

Tempat : DEWAN SERBAGUNA PONTIAN

3. Segala kerjasama dari pihak saudara saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

(NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI)

Page 87: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

69

LAMPIRAN B

TAJUK KAJIAN :

REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN

SEPAKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SENSOR

DI DALAM BODY PROTECTOR

PENSYARAH BIMBINGAN

PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

NAMA : NUR AFIQAH BINTI MOHD ASHRI

NO K/P : 870528295070

NO MATRIK : AP 070100

Page 88: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

70

BAHAGIAN A

Arahan : Sila tandakan ( / ) dan isi tempat kosong pada ruangan jawapan yang di

sediakan bagi setiap penyataan di bawah.

1. Jantina : ( ) Lelaki

( ) Perempuan

2. Bangsa : ( ) Melayu

( ) Cina

( ) India

Lain-lain ( sila nyatakan ) : _____________

3. Umur : ______ tahun

4. Berapa tahunkah pengalaman anda bermain silat olahraga :

________ tahun

5. Adakah anda pernah menjadi juri dalam pertandingan silat olahraga ?

( ) ya ( ) tidak

6. Jika ya, berapa kali anda menjadi juri :

( ) 0 - 20

( ) 20-40

( ) 40-60

( ) 60-80

( ) 80-100

Page 89: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

71

BAHAGIAN B

Arahan :

Sila jawab semua soalan. Bulatkan nombor pada ruangan jawapan pilihan anda.

Panduan Skala Likert :

1. Sangat Tidak Setuju ( STS )

2. Tidak Setuju ( TS )

3. Kurang Setuju ( KS )

4. Setuju ( S )

5. Sangat Setuju ( SS )

Bil Butiran STS TS KS S SS

1. Adakah rekabentuk alat ini sesuai ? 1 2 3 4 5

2. Adakah alat ini mudah di gunakan ? 1 2 3 4 5

3. Adakah alat ini selamat di gunakan ? 1 2 3 4 5

4. Adakah alat ini dapat membantu dalam

pengiraan mata silat olahraga ?

1 2 3 4 5

Page 90: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

72

5. Saya suka dengan penggunaan sensor

bunyi dan LED dalam menentukan kesahan

tumbukan dan sepakan

1 2 3 4 5

6. Keupayaan alat sensor ini masih boleh

ditingkatkan lagi pada masa akan datang?

1 2 3 4 5

7. Adakah penggunaan alat ini lebih baik

daripada penggunaan alat pengesan yang

lain?

1 2 3 4 5

8. Adakah alat ini sesuai untuk penggunaan

pengajaran dalam mengenal pasti tumbukan

dan sepakan yang memberi mata kepada

pesilat ?

1 2 3 4 5

Page 91: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

73

9. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan body protector menggunakan

teknologi sensor dalam mengesan tumbukan dan sepakan untuk pengiraan mata

di dalam pertandingan sukan silat olahraga?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_______________________________

10. Sebarang cadangan bagi penambahbaikkan peralatan untuk masa akan datang ?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_______________________________

Segala jawapan anda adalah dianggap SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan

akademik dan kajian semata-mata.

“SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI, TERIMA KASIH”

Page 92: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

74

LAMPIRAN C

KOS PERBELANJAAN INSTRUMEN “ALAT PENGESAN SERANGAN”

Bil Jenis Harga

1 Switch Rm 6.00

2 PIC 18LF4520 Rm 38.00

3 LED Rm 13.40

4 Push Button Rm 15.00

5 H496 Rm 4.00

6 Capasitor Rm 5.00

7 Body Protector Rm 190.00

8 Voltage Regulator 3V Rm10.00

9 Buzzer Rm 6.00

10 Transistor Rm 0.80

11 Salotap Rm3.50

12 Resistor Rm 1.00

13 Capacitor Rm 0.65

14 2510 PCB Connector Rm 1.60

15 Slide Switch 3pins Rm 4.00

16 Donut Board Rm1.60

17 Plastic board Rm 6.90

18 Ic Soket Rm2.40

19 Wrapping Wire Rm 2.00

20 Single Core Cable) Rm 15.50

21 Solder Rm 2.50

22 Lain-lain Rm 100

23 USB ICS PIC Programmer V2010 Rm 50.90

24 Straight Pin Rm7.00

25 Zip Rm 10.50

26 Span Rm 13.00

27 Kuasa Bateri Rm 19.70

28 4Xaa bekas bateri MX815A Rm 8.00

29 Plastic Box Rm 5.00

30 Polymer Lithium Ion Batteries – 860 With

JST Connector

Rm49.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 592.90

Page 93: REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN … · REKACIPTA ALAT PENGESAN TUMBUKAN DAN SEPAKAN MENGGUNAKAN ... GAAL Nama Penyelia ... pengiraan mata dan mendatangkan ketidakpuasan

75

LAMPIRAN D

GAMBARAJAH