refleksi keseluruhan

5
Refleksi keseluruhan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Upload: nyanapragasam-sam

Post on 10-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi  keseluruhan

Refleksi keseluruhan

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan

bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta

mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam

terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan

mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri

setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG

seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik

menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa,

bangsa dan juga negara.

Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang

berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,

rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan

nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk

sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Saya juga telah mengambil bahagian dalam BIG dari fasa 1 hingga ke fasa 6.

Saya telah mendapat pengalaman melalui keenam- enam BIG ini.

Dalam big fasa 1 kami telah menjalani kem kepimpinan di SJK(T) Bukit Mertajam

selama 3hari 2 malam. Saya telah mengajar murid cara mendirikan khemah, Malaysia

cergas, latihan dalam kumpulan , kembara,persembahan kumpulan dan taklimat moral.

Dalam Program ini saya dapat megajar murid cara-cara mendirikan khemah dan

sebagainya. Daripada program ini saya dapat melahirkan murid-murid yang berani dan

berhemah.

Page 2: Refleksi  keseluruhan

Dalam big fasa 2 dan 3, kami telah menjalani aktiviti kemasyarakatan di SJK(T)

Krian. Dalam fasa ini kami menjemput penceramah Bahasa Tamil untuk memberikan

ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Tamil UPSR untuk murid sekolah tersebut.

Selain itu juga, ceramah pembinaan insan guru yang seimbang juga telah diberi. Dalam

fasa 3 aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri seorang

guru dan sebagainya. Selain itu, dalam fasa ini saya telah mempelajari kerjasama

seseorang guru antara satu sama lain.

Kami juga telah menjalankan aktiviti gotong-royong di Kuil Mariamma Krian

dalam big Fasa 3. Kami telah membantu pegurus kuil untuk membersihkan kuil dan

mencuci semua bahan. Dalam program ini kami guru ppg tolong menolong antara satu

sama lain. Kami juga telah mengamalkan nilai bertoleransi semasa membuat gotong –

royong.

Big (fasa 4) kami menjalankan di SJK(T) Permatang tinggi. Dalam program ini

kami menjalankan khidmat kemasyarakatan seperti gotong royong dan tanaman pokok-

pokok herba di sekolah tersebut. Dengan bantuan konsumer kami juga telah menanam

pokok-pokok herba di taman herba sekolah tersebut. Kami juga mengadakan ceramah

untuk murid tentang kegunaan pokok-pokok herba. Daripada program ini kami dapat

mengetahui cara penanaman pokok herba dan kegunaan pokok-pokok herba untuk

menjadikan ubat-ubatan. Dalam program ini saya juga telah mempelajari tentang

bagaimana cara membuat baja buatan sendiri tanpa bahan kimia. Ia telah memberi

manfaat dan menolong bumi kekal kehijauan.

Big (Fasa 5) kami menjalankan program lawatan penanda aras sekolah

cemerlang (kluster). Kami menjalankan program ini di SK Jawi selama 8jam. Pada

pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan kerana mampu

memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba

ilmu dan pengalaman agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Page 3: Refleksi  keseluruhan

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang

pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak

kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah

ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-

masing supaya terus cemerlang.

Dalam program ini kami dapat mempelajari ciri-ciri kepimpinan sekolah,

pengurusan sekolah, budaya sekolah, iklim sekolah dan infrastuktur kurikulum sekolah.

Kami juga dapat mempelajari cara-cara penyediaan fail-fail kurikulum yang cemerlang.

Kami juga dapat mempelajari cara-cara meyediakan bilik-bilik khas dan sebagainya.

Bagi menjadikan sekolah kluster prosedur-prosedur yang perlu diikuti juga kami telah

mempelajari.

Big (fasa 6) kami menjalankan penanda aras guru cemerlang di SJK(T) Perai.

Kami telah berjumpa Pn.Thavamani a/p Alagan guru cemerlang Bahasa Tamil pada

tahun 2010. Kami telah mengetahui pedagogi (inovasi) amalan pengajaran dan

pembelajaran guru cemerlang.

Kami juga telah dapat tahu ciri-ciri profesiolisme dan komitmen guru cemerlang.

Selain itu, kami juga dapat tahu fungsi guru cemerlang dan kelebihan guru cemerlang

melalui PN.Thavamani. kami juga dapat tahu cara-cara menyediakan Pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan untuk murid. Selain itu, kami juga dapat tahu contoh

pengajaran inovasi dalam kelas yang dijalankan oleh Pn.Thavamani.

Melalui program ini , saya akan diterapkan dengan ciri-ciri potensi dan jati diri

seorang insan guru dan pelajar, membina daya saing yang tinggi dan mampu membuat

refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam profesion

perguruan pada masa yang akan datang.

Saya juga telah Memahami realiti persekitaran dan responsive secara positif

kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza melalui program ini. Saya

akan Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan , amalan

Page 4: Refleksi  keseluruhan

atau aktiviti. Saya dapat Menghayati ciri-ciri kerohanian , nilai , etika dan akhlak

keguruan. Selain itu, saya juga dapat Memupuk semangat berpasukan , bekerjasama

dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan semasa semua

program big dari fasa 1 hingga fasa 6.

Program big fasa 1 hingga fasa 6 telah memberi pengajaran kepada saya. Selain

itu juga, melalui program –program ini saya akan mengaplikasikan di sekolah saya

sendiri. Selain itu, juga apa yang saya telah lalui dalam 6 fasa ini saya akan

menjadikannya sebagai satu contoh untuk melaksanakan program lain di sekolah saya.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah

membantu saya untuk menjayakan semua fasa big dari fasa 1hingga fasa 6.