refleksi kendiri

Upload: fanera-jeffery

Post on 18-Oct-2015

415 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pra 3109 refleksi

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 REFLEKSI KENDIRI

    1/4

    REFLEKSI KENDIRI ( FERYN FANERA JEFFERY ) K1

    Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya

    dapat menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menjalani tugasan bagi tajuk Kanak-

    kanak Prasekolah Berkeperluan Khas ini, terdapat pelbagai cabaran dan

    kesukaran yang saya hadapi semasa mencari dan mengumpulkan maklumat.

    Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, saya juga telah memperolehi

    pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan. Tugasan ini memerlukan kami

    melakukan tugasan secara berpasangan iaitu kami perlu membuat menyatakan

    konsep dan isu mengenai kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas. Kami juga

    perlu menyatakan implikasi isu tersebut terhadap masa depan kanak-kanak

    tersebut.

    Pada mulanya, saya berasa amat sukar untuk melakukan tugasan ini kerana

    saya bersama ahli kumpulan saya perlu mencari isu-isu tentang kanak-kanak

    prasekolah berkeperluan khas. Sememangnya terdapat banyak isu yang boleh

    didapati berkenaan dengan orang berkeperluan khas. Tetapi sekiranya ianya

    hanya menjurus kepada kanak-kanak prasekolah, maklumatnya hanya sedikit

    sahaja. Oleh itu kami berusaha untuk mengaitkan isu-isu tersebut dengan kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas. Di sinilah saya belajar untuk lebih bersifat

    sabar dan berfikir cara mengatasi masalah tersebut.

    Di samping itu, kami juga perlu mencari artikel mengenai tokoh-tokoh

    golongan kurang upaya. Di sini juga, kami dikehendaki untuk merumuskan faktor

    kejayaan tokoh-tokoh tersebut dan memberikan cadangan bagi membantu

    kejayaan kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas. Melalui analisis saya

    tentang tokoh-tokoh tersebut, saya dapat mengetahui perjalanan dan kisah hidup

    mereka serta perkara yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan. Melalui

    analisis ini juga, saya dapat menyedari bahawa seseorang itu bukan sahaja boleh

    cacat semasa lahir, tetapi boleh menjadi cacat disebabkan oleh kemalangan dan

    penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun, melalui penbacaan saya, saya dapat

  • 5/27/2018 REFLEKSI KENDIRI

    2/4

    menyedari bahawa setiap tokoh yang telah saya analisis mempunyai semangat

    untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam serba kekurangan dan dalam

    kekurangan itulah yang telah membakar semngat mereka untuk membuktikan

    bahawa mereka boleh mencapai kejayaan seperti orang yang normal. Setiap

    tokoh-tokoh yang telah saya analisis juga telah mengilhamkan betapa

    bersemangatnya mereka melawan kesusahan. Kejayaan tokoh-tokoh tersebut

    juga membantu saya memperlihatkan kecacatan mereka dari sudut positif.

    Di samping itu, saya juga menyedari bahawa tokoh-tokoh tersebut mampu

    mencapai kejayaan disebabkan sokongan dan bimbingan daripada orang tua

    mereka dan masyarakat sekeliling. Dengan adanya kemudahan teknologi juga

    dapat membantu golongan kurang upaya ini untuk berdikari dan menjalani tugas

    harian seperti biasa.

    Adakalanya saya berasa sukar untuk melakukan tugasan ini, namun saya

    dan rakan saya tetap berusaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya

    juga juga turut berasa gembira apabila rakan saya mampu memberikan kerjasama

    yang baik dan bersama-sama melakukan perbincangan sekiranya menghadapi

    masalah. Semasa melakukan perbincangan, kami juga sering bertukar-tukarmaklumat atau pendapat dan membantu antara satu sama lain. Hal ini

    membolehkan saya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan pensyarah serta

    meningkatkan keyakinan diri saya untuk berinteraksi dengan orang lain.

    Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini juga, saya telah memperolehi

    banyak manfaat. Antaranya saya dapat mengenal tajuk yang berkaitan dengan

    Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas dengan lebih terperinci. Antaranya

    adalah saya dapat mengetahui serta memahami tentang konsep dan kategori bagi

    kanak-kanak berkeperluan khas. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui isu-

    isu yang sering berlaku bagi kanak-kanak berkeperluan khas serta implikasinya

    terhadap masa depan atau diri kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, meskipun saya

    memperolehi banyak maklumat sama ada dari internet, buku dan bahan bacaan

  • 5/27/2018 REFLEKSI KENDIRI

    3/4

    yang lain, tetapi saya harus menunjukkan keaslian hasil tugasan saya dan perlu

    disertai dengan sokongan ilmiah. Saya juga perlu memberikan huraian yang

    terperinci berkaitan dengan setiap isi yang saya jelaskan. Antara kesukaran yang

    saya alami adalah saya perlu memikirkan sendiri beberapa contoh bagi setiap isi

    huraian saya. Setiap maklumat yang saya cari dan perolehi memerlukan saya

    mendalami dan memahami dengan baik bagi memudahkan saya menhuraikan isi

    dan penjelasan beserta contoh-contoh yang kukuh.

    Kemahiran menganalisis, membanding beza telah saya gunakan untuk

    mengupas isu berkaitan dengan artikel yang telah saya pilih. Ketika inilah

    pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan iaitu saya perlu memahami

    perkara yang ingin disampaikan dan mengaitkanya dengan kanak-kanak

    prasekolah. Hal ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak analisis

    yang telah dilakukan berkaitan dengan bahagian ini. Walau bagaimanapun, saya

    tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan

    penulisan yang menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam

    menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh

    kriteria-kriteria tugasan yang baik.

    Berdasar tugasan yang saya lakukan ini juga, ianya ini memberi kesedaran

    kepada saya bahawa guru berperanan besar dalam membina dan pemikiran

    memupuk pemikiran murid berkeperluan khas untuk belajar membentuk

    kemahiran-kemahiran agar mereka dapat belajar berdikari tanpa mengharapkan

    bantuan daripada orang lain.

    Di samping itu, saya juga menyedari bahawa guru merupakan modal insan

    dan mempunyai peranan yang amat penting dalam pembangunan anak bangsa

    bagi melahirkan generasi yang mampu membantu dalam pembangunan negara.

    Oleh itu, saya sedar bahawa tugas seorang guru bukanlah mudah kerana perlu

    sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab dalam

    membimbing dan mendidik murid-muridnya. Walau dalam situasi bagaimana

  • 5/27/2018 REFLEKSI KENDIRI

    4/4

    sekalipun, murid dengan keperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid

    normal yang lain.

    Di sini saya dapat menyedari bahawa corak perkembangan murid tipikal dan

    strategi pengajaran bagi murid murid berasaskan pengetahuan perkembangan

    boleh diaplikasikan terhadap murid dengan keperluan khas. Di samping itu,

    sebagai seorang guru, saya perlu mempertimbangkan bagaimana untuk membantu

    murid saya menangani situasi yang sukar dan bagaimana cara bagi merangsang

    murid saya supaya terus belajar serta kmerancang kaedah yang sesuai digunakan

    bagi mempermudahkan proses pembelajarannya. Saya juga sedar bahawa saya

    perlu menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan

    apa yang dipelajarinya.

    Saya juga dapat menyedari bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran tidak dapat berkomunikasi dengan baik di dalam kelas. Oleh itu,

    murid memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan jelas bagi memudahkan

    proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sebagai seorang guru perlu mengambil

    kira aspek-aspek penting dalam komunikasi seperti setiap mesej yang hendak

    disampaikan memerlukan tidakan yang sesuai dengan kehendak murid.

    Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria

    tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan

    yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal

    guru kelak. Oleh itu, saya sebagai seorang pelatih yang bakal menjadi guru

    haruslah bersiap sedia untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Tugas sebagai

    guru pendidikan khas prasekolah menyedarkan saya akan tanggungjawab sebagai

    seorang guru ini amatlah mencabar dan saya berharap agar suatu hari kelak saya

    dapat menjadi seorang bakal pendidik yang berjaya dan terus berbakti kepada

    bangsa dan negara.