refleksi kejohanan olahraga tahunan ipgkba2012
DESCRIPTION
RefleksiTRANSCRIPT
REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) TAHUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
Disediakan oleh :
MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZLAN
PISMP K.SOSIAL KOHOT 5 AMBILAN JANUARI 2010
Pada 19 April 2012,Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) telah diadakan di Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa.Bertempat di padang
utama IPGM-KBA,hampir kesemua pelajar IPGM-KBA telah terlibat dalam
menjayakan acara tahunan yang gilang gemilang ini.
Kejohanan pada kali ini telah dimulakan dengan upacara perasmian serta
perbarisan hormat dari kontinjen-kontinjen yang mewakili unit-unit beruniform serta
wakil daripada setiap rumah sukan yang terlibat.Upacara perasmian telah diserikan
dengan kehadiran pihak pengarah IPGM-KBA ,Hajah Raja Azizah Hanim Bt. Abd.
Aziz.
Walaupun berdepan dengan keadaan cuaca yang kurang memuaskan,namun
majlis tetap diteruskan dengan bersemangat oleh para peserta KOT dan juga
pelajar-pelajar IPGM-KBA.Tidak ketinggalan juga sokongan yang telah diberikan
oleh pihak pensyarah kepada semua pelajar yang terlibat di dalam KOT pada tahun
ini.Acara dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian tamat dan perjalanan kejohanan
pada kali ini juga berjalan tanpa sebarang masalah yang serius sehingga
merencatkan perjalanan kejohanan.
KOT pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman baru dan
juga pengalaman yang menarik.Diantaranya ialah dari segi proses persiapan
balapan di padang utama IPGM-KBA.Pada semester ini saya bersama rakan-rakan
yang lain telah ditugaskan untuk menyediakan balapan di padang memandangkan
terdapat subjek yang memerlukan kepada amali penyediaan balapan di
padang.Kerja-kerja membuat balapan adalah sangat mencabar memandangkan
terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.
Diantara kekangan yang dihadapi ialah dari segi bekalan minyak hitam yang
digunakan untuk membuat garisan pada balapan di padang.Saya dan rakan-rakan
yang lain menghadapi kesukaran mencari bekalan minyak hitam dalam kuantiti yang
banyak bagi menyiapkan balapan di padang IPGM-KBA untuk kegunaan KOT pada
tahun ini.Namun masalah itu semua tidak mematahkan semangat kami semua untuk
meneruskan proses persiapan balapan.Kami secara bersama-sama telah meminta
bantuan daripada pihak tertentu bagi mencari bekalan minyak hitam dalam kuantiti
yang banyak.Alhamdulillah,akhirnya kami telah berjaya mendapatkan bekalan
minyak hitam yang mencukupi.
Selain daripada itu,saya dan rakan-rakan yang lain juga menghadapi masalah
dimana kami mengalami sedikit gangguan semasa menyediakan balapan oleh
kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan juga keadaan padang yang sering
kali becak dan menyukarkan proses membuat garisan pada balapan
tergendala.Namun kesemua masalah tersebut dapat diatasi dengan membuat
balapan pada hari minggu oleh kerana mengejar masa yang semakin suntuk dan
pada akhirnya kami telah berjaya menyiapakan separuh daripada keseluruhan
balapan di padang IPGM-KBA.
Dari aspek penganjuran KOT pada tahun ini,saya berpendapat bahawa faktor
cuaca telah sedikit sebanyak telah mengurangkan kerancakan sambutan serta
suasana KOT pada tahun ini.Hujan pada awal pagi telah menyebabkan keadaan
balapan basah dan mula becak.Keadaan padang sebegini adalah kurang selamat
kepada peserta dan mampu mengganggu prestasi para peserta yang mengambil
bahagian.Namun,keadaan mula pulih dan kerancakan semakin bertambah sebaik
sahaja hujan mulai reda selepas itu.
Selain daripada keadaan cuaca,KOT pada kali ini juga menghadapi sedikit
kesukaran dimana jumlah pegawai yang bertugas adalah sedikit kurang jika
dibandingkan dengan jumlah peserta pegawai yang bertugas pada edisi KOT yang
sebelum ini.Namun masalah ini tidak menjadi penghalang kepada pihak pengurusan
kejohanan KOT pada kali ini dalam memastikan sambutan kekal meriah dan
mendapat sambutan daripada kesemua pihak yang terlibat pada hari tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan proses penyediaan
balapan sebelum sambutan KOT bermula pada 19 April 2012 :
Gambarajah 1 : Proses penyediaan balapan
Gambarajah 2 : Proses penyediaan ukuran balapan
Manakala berikut adalah gambar KOT 2012 yang telah berlansung di padang IPBA
pada 19 April 2012 :
Gambarajah 3 : Rumah Bendahara/Merah 2012
Gambarajah 4 : Rumah Temenggung/Hijau 2012
Gambarajah 5 : Perbarisan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah IPGM-KBA
Gambarajah 6 : Acara senamrobik bersama pensyarah IPGM-KBA
Gambarajah 7 : Sebahagian daripada peserta pada KOT 2012
Gambarajah 7 : Sebahagian daripada peserta pada KOT 2012
Gambarajah 8 : Acara 100M lelaki final pada KOT 2012
KOT pada tahun ini telah banyak memberikan saya pengalaman serta pendedahan
yang baru dan berguna kepada saya sebagai guru pelatih yang bakal berhadapan
dengan situasi yang sama di sekolah kelak.
Ucapan terima kasih kepada pihak pensyarah pembimbing diatas ilmu serta
tunjuk ajar telah diberikan disepanjang gerak kerja persiapan KOT pada tahun
ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah berusaha
bersama sama dalam menjayakan persiapan KOT pada tahun ini.
Diharapkan agar pendedahan sebegini dapat dikekalkan bagi melahirkan
generasi guru yang serba boleh dan mempunyai pelbagai kemahiran apabila di alam
persekolahan kelak.