refleksi bmk sem 3

4
REFLEKSI ARMAZURIN BIN AB RAZAK Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual (BMK) yang mana telah ditugaskan oleh pensyarah kepada kami. Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah BMK saya iatu En Amidin Bin Zim kerana membimbing saya dalam usaha untuk menyiapkan kerja khusus ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang berguna kepada diri saya sendiri. Ini merupakan suatu pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini amat berkait rapat dengan kerjaya saya sebagai guru. Terdapat pelbagai ilmu yang baru dapat saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah dari segi cara memberi ucapan dengan betul dan tepat mengikut situasi. Selain itu, saya juga dapat mempelajari gaya pengucapan melalui medium yang sesuai dengan berkesan dan efektif melalui persembahan yang telah dibuat iaitu ucapan Selamat Hari Guru. Tugasan ini memerlukan saya untuk mengupas tentang pengucapan awam dari pelbagai sumber seterusnya membuat satu persembahan kontekstual mengikut situasi yang dipilih. Segala ilmu berkaitan membuat ucapan yang baik mesti dikaji dan diperdalam agar ucapan yang dipersembahkan ini dapat berjalan dengan lancar.

Upload: sitifatimah92

Post on 23-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

fscxcxxc

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Bmk Sem 3

REFLEKSI

ARMAZURIN BIN AB RAZAK

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,

saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Kontekstual (BMK) yang mana telah ditugaskan oleh pensyarah kepada kami.

Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah BMK saya

iatu En Amidin Bin Zim kerana membimbing saya dalam usaha untuk menyiapkan kerja

khusus ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi banyak ilmu

pengetahuan yang berguna kepada diri saya sendiri. Ini merupakan suatu pengalaman

yang saya tidak akan lupakan. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan yang saya perolehi

semasa menyiapkan tugasan ini amat berkait rapat dengan kerjaya saya sebagai guru.

Terdapat pelbagai ilmu yang baru dapat saya pelajari sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Antaranya adalah dari segi cara memberi ucapan dengan betul dan tepat

mengikut situasi. Selain itu, saya juga dapat mempelajari gaya pengucapan melalui

medium yang sesuai dengan berkesan dan efektif melalui persembahan yang telah

dibuat iaitu ucapan Selamat Hari Guru. Tugasan ini memerlukan saya untuk mengupas

tentang pengucapan awam dari pelbagai sumber seterusnya membuat satu

persembahan kontekstual mengikut situasi yang dipilih. Segala ilmu berkaitan membuat

ucapan yang baik mesti dikaji dan diperdalam agar ucapan yang dipersembahkan ini

dapat berjalan dengan lancar.

Saya telah mendapat pengalaman dan pengetahuan baru mengenai cara untuk

membuat pengucapan awam dengan berkesan. Melalui pengalaman itu, saya telah

mengetahui pelbagai aspek yang penting dalam membuat satu pengucapan awam

dengan baik seterusnya berucap mengikut keadaan yang betul dengan cara

penyampaian yang baik iaitu kontekstual sebagai seorang bakal guru. Disamping itu

juga, saya juga telah mendapat pelbagai faedah melalui persembahan yang telah

dibuat iaitu kelancaran menyampaikan ucapan awam, kecekapan berbahasa,

penggunaan nada dan intonasi yang sesuai mengikut situasi serta menggunakan gaya

yang sesuai dalam menarik perhatian pendengar.

Page 2: Refleksi Bmk Sem 3

Selain itu, semasa menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang

timbul. Saya tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk membuat ucapan. Ini kerana

kurangnya pengalaman serta pengetahuan dalam bidang tersebut. Walaupun begitu,

saya serta rakan-rakan telah berusaha mengatasinya dengan cara berkolaborasi

bersama pensyarah penasihat untuk mengambil nasihat dan tunjuk ajar.

Kami juga saling bertukar pendapat seterusnya memberikan kami satu

kemahiran berkomunikasi bersama ahli kumpulan. Melalui perbincangan kami bersama,

semua masalah dapat diselesaikan dengan baik. Kami juga selalu nasihat-menasihati

dan memberi teguran antara satu sama lain jika terdapat kesalahan yang dilakukan.

Tambahan pula, kami membuat latihan bersama-sama dalam menghasilkan

persembahan yang baik serta mantap dengan aspek pengucapan awam yang betul dan

berkesan.

Syukur,masalah yang kami hadapi dapat diatasi dengan lancar dengan adanya

bantuan ahli kumpulan. Walaupun kekurangan pengalaman dan kemahiran dalam

membuat ucapan tetapi saya tetap berusaha untuk mendapatkan satu persembahan

yang baik dan berkesan. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan bukan

sebagai satu bebanan. Oleh itu, saya telah menghasilkan satu persembahan ucapan

Selamat Hari Guru yang cukup baik dan menarik bagi para pendengar.

Walaupun banyak cabaran mahupun dugaan tetapi saya tetap sabar

menghadapinya. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman serta

pengetahuan baru yang saya dapat. Ini telah meningkatkan kesedaran dalam diri saya

bahawa Bahasa Melayu Kontekstual merupakan satu subjek yang sangat penting

dalam mendidik kita supaya menjadi guru yang baik. Disini juga, saya merasakan

sesuatu kelainan di dalam diri saya selepas menyiapkan tugasan ini. Saya merasakan

diri saya lebih berkeyakinan untuk berucap di hadapan khalayak ramai dan cara saya

menyampaikan sesuatu perkara itu dapat menarik minat para pendengar.

Ini telah membantu saya dalam membuat pengucapan awam dengan betul, tepat

dan berkesan. Selain itu, ia juga membantu diri saya untuk meningkatkan kualiti amalan

dan ketrampilan diri saya sebagai seorang bakal guru. Dengan adanya pengetahuan

tentang perkara ini, saya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi seterusnya

Page 3: Refleksi Bmk Sem 3

menjadikan saya seorang guru yang hebat dan kompiten. Mungkin dengan pengalaman

serta pengetahuan mengenai perkara ini, saya akan lebih disukai murid dan dapat

menarik perhatian mereka seterusnya meningkatkan minat mereka untuk belajar

dengan lebih tekun hasil dari Pengajaran dan Pembelajaran bersama saya semasa di

sekolah kelak.