refleksi benchmarking
TRANSCRIPT
REFLEKSI BIG (BENCHMARKING SK SAUJANA IMPIAN)
Sebagai memenuhi syarat program bina insan guru (big) untuk semester 6,
saya bersama rakan-rakan dari pismp ambilan januari 2011 telah mengadakan
lawatan ‘benchmarking’ ke sekolah cemerlang dan sekolah harapan iatu ke sekolah
kebangsaan saujana impian yang terletak di kajang pada 2 oktober 2013 (rabu).
Lawatan ini telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar bersama naqib dan
naqibah yang terlibat. Kami telah bertolak meninggalkan ipg kampus pendidikan
islam pada pukul 8.00 pagi.
Tujuan program lawatan ‘benchmarking’ ini diadakan adalah untuk member
peluang kepada guru-guru pelatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan
jelas mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah dan jga pengurusan di pusat
sumber sekolah oleh guru media pusat sumber. Antara pengisian yang dijalankan
dalam program ‘benchmarking’ ini adalah mendengar taklimat daripada beberapa
orang wakil guru mengenai latar belakang sekolah ini serta pencapaian yang diraih
oleh sekolah ini dan melawat sekitar kawasan sekolah.
Berdasarkan program ‘benchmarking’ ini, saya telah mendapat banyak
manfaat dimana saya dapat mengetahui bagaimana untuk mengurus dan mentadbir
sesebuah sekolah bagi memastikan ianya sentiasa terurus dan maju dalam setiap
pencapaian yang diperoleh. Pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran
sekolah telah disampaikan oleh guru besar sekolah tersebut iatu puan hjh roslina.
Berdasarkan apa yang telah disampaikan kepada kami, saya dapat merasakan
bahawa beliau adalah seorang yang sangat tegas dalam mengendalikan sekolah
dan guru-guru di sekolah itu.
selain itu, saya juga turut kagum dan bangga dengan guru cemerlang yang
turut berada bersama-sama kami dalam menyampaikan sedikit sebanyak tentang
pengalaman beliau menjadi seorang guru. Beliau adalah puan nawal syakirah iatu
guru penyelaras bagi tahun 6. Beliau telah menceritakan pelbagai pengalaman dan
kisah sepanjang beliau menjadi guru. Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh
beliau, terdetik di hati saya bahawa tidak semudah yang disangka untuk menjadi
seorang guru cemerlang di sesebuah sekolah.
Di samping itu juga, saya telah mengetahui beberapa perkara penting yang
disampaikan oleh guru penolong kanan sekolah itu dimana jadual bagi setiap sujek
dan kelas perlu dirancang dan disiapkan pada bulan disember sebelum tahun baru
bermula pada setiap tahun. Hal itu adalah ianya sebahagian daripada prosedur yang
perlu dipatuhi dalam mengurus dan mengendalikan sesebuah sekolah. Sebagai
tambahan, beliau ada menyatakan bahawa setiap guru wajib mendapat tugas
sebagai guru ganti sekiranya terdapat ramai guru yang tidak hadir pada hari-hari
tertentu. Guru yang ditugaskan untuk menggantikan kelas dipertanggungjawabkan
untuk mengawal keadaan murid-murid dalam kelas semasa ketiadaan guru subjek
yang sepatutnye mengajar pada masa tertentu bagi mengelakkan daripada
sebarang kecederaan atau kecelakaan berlaku di kalangan murid-murid yang akan
menyusahkan banyak pihak kelak.
Akhir sekali, saya telah mendengar taklimat daripada seorang guru media
pusat sumber sekolah. Berdasarkan apa yang saya dengar, saya telah mendapat
sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk mengurus dan mengendalikan sebuah
pusat sumber di sekolah sekiranya kita dilantik sebagai guru media pusat sumber.
Menurut beliau, guru media pusat sumber diberi banyak keistimewaan di atas sebab
tertentu yang akan memfokuskan mereka terhadap pusat sumber sekolah sahaja.