refleksi
DESCRIPTION
edu refleksiTRANSCRIPT
REFLEKSI
Saya Divya Logandan telah menerima tugasan ini pada 27 January 2014 dan diberi
tempoh empat minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara kumpulan dan
indidividu. Pada peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat
payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar
mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan dan sedikit
ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran saya semasa
kuliah. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini kerana
memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada kawan – kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan galakan
bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Tugasan EDU 3107 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman
pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tak langsung telah
memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang aspek pengurusan kelas yang mesra
budaya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri
daripada pelbagai masalah. Pelaksanaan Kerja Kursus ini semasa praktikum ketiga semester
ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan di dalam kelas
pada masa akan datang.
Dalam tugasan ini saya perlu menulis sebuah laporan mengenai video yang
mengisahkan tentang pencapaian seorang guru yang dedikasi. Saya memilih filem Hindustan
iaitu taare Zameen Par yang mengisahkan masalah disleksia dalam diri pelajar berumur lapan
atau sembilan tahun yang bernama Ishaan. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Cikgu Ram
merupakan ciri-ciri keguruan yang perlu menjadi teladan kepada semua guru. Teknik-teknik
yang digunakan beliau juga amat menarik dan memberi kesan dalam tempoh masa yang
pendek. Beliau menunjukkan nilai di mana seorang guru perlu menunjukkan kasih sayang
kepada seorang murid dan guru perlu mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar.
Seterusnya, soalan tugasan memerlukan saya mengenal pasti seorang murid yang
bermasalah dan mengkaji tentangnya. Saya telah meminta bantuan guru bimbingan dan
kaunseling iaitu Puan.Vanaja. Beliau telah memberi banyak pertolongan iaitu dalam memilih
murid yang bermasalah, cara melakukan sesi kaunseling dan sebagainya. Bagi mendapat
maklumat murid saya berinteraksi dengan guru kelas tahun 3 dan juga guru-guru mata
pelajaran. Pada saat ini, saya ingin berterima kasih dengan mereka yang menghulurkan
tangan bagi membantu saya. Murid yang saya memilih mempunyai masalah hiperaktif. Dia
merupakan seorang murid yang tidak memberi tumpuan dalam bilik darjah serta menggangu
pelajar lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dengan bantuan guru-guru juga saya memperolehi maklumat tentang latar
belakang murid yang saya dikenal pasti iaitu Shanmuganathan serta dapat mengetahui punca
masalah tersebut. Sebagai seorang guru pelatih tugasan ini dapat membekalkan saya cara
mengenal pasti masalah dan sikap yang perlu diamalkan oleh seorang guru dalam
mengendalikan murid yang bermasalah. Seterusnya saya merancang beberapa langkah dan
aktiviti bagi membantu Shanmuganathan supaya dia dapat menjadi pelajar normal dan
member komitmen dalam aktiviti dalam bilik darjah. Dengan ini, saya mendapat peluang
untuk mengkaji teori-teori kaunseling yang berguna. Saya juga dapat memahami lebih
banyak maklumat tentang orientasi khidmat bimbingan &kaunseling supaya menggunakan
pada pelajar-pelajar masa depan.
Melalui tugasan saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenai
bimbingan dan kaunseling. Selain itu, sebagai bakal guru saya juga dapat mempraktikan cara-
cara bimbingan bagi meningkatkan prestasi seorang murid. Saya ingin berterima kasih
kepada pensyarah saya yang memberi peluang kepada saya untuk melalui pengalaman yang
sangat menarik ini. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah
lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima
kasih kepada mereka dan pensyarah kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya
untuk menghabiskan kerja kursus ini.