refleksi

3
 REFLEKSI Program ini dianjurkan oleh Unit Beruniform SK Jambu Rias, Bentong. Perkhemahan ini ter dir i dar ipada mur id tahun 6 yan g mel ibatkan badanb adan ber uni for m sekolah seperti Pengakap, !unas Kadet Remaja Sekolah,dan Puteri "slam. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah mengadakan perkhemahan ini pada # Julai $%&$. Seramai '% orang pelajar terlibat dalam perkhemahan ini. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lih at ter utamany a obj ekt if per khemahan ini . Penguru san kendir i yang ter atur dan sempurna dapat dipupuk melalui akti(itiakti(iti yang diran)ang dalam perkhemahan ini. *ontohnya kemahi ran men guru s dir i dari sudut pemakai an, pemakan an dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.  +kti(iti yang diatur dan disusun oleh pihak penganjur mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap akti(iti berjalan dengan lan)ar dan menarik. !apak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan muridmurid dan guruguru untuk berulangalik ke tandas, surau, dean dan pejabat bagi urusanurusan tertentu.  +kti(iti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua akti(iti yang diran)ang. +ntara akti(iti terebut adalah kaad kaki , jalan berhal angan , pertandi ngan memasak , ikat an dan balutan serta kr af tangan Keistimeaan kesemua akti(iti ini ialah ia dikelola oleh guruguru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap akti(iti y ang disusun. Sel ain it u, ker jasama yan g dit unj ukkan ole h gur ugu ru mel an)arka n akt i(i ti yan g dir an)ang. Kesedi aan guru guru membimbin g saya dal am mengel ola sebahagian akti(iti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.

Upload: faridah-yusof

Post on 04-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

REFLEKSIProgram ini dianjurkan oleh Unit Beruniform SK Jambu Rias, Bentong. Perkhemahan ini terdiri daripada murid tahun 6 yang melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah,dan Puteri Islam.Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah mengadakan perkhemahan ini pada 7 Julai 2012. Seramai 30 orang pelajar terlibat dalam perkhemahan ini.Sepanjang perkhemahan ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif perkhemahan ini. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam perkhemahan ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak penganjur mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid dan guru-guru untuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu.Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah kawad kaki , jalan berhalangan , pertandingan memasak , ikatan dan balutan serta kraftangan Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap aktiviti yang disusun.Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.Walau bagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak penganjur tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada guru-guru.Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru. Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut.Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu perkhemahan. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak penganjur. Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau penganjur perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung. Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta.