perlembagaan prisma kuis

27
PRISMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM ZON SELATAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR PERLEMBAGAAN PERSATUAN 2015 MASIHI / 1436 HIJRAH

Upload: prismakuis

Post on 25-Jan-2017

206 views

Category:

Law


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan PRISMA KUIS

PRISMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM ZON SELATAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN

2015 MASIHI / 1436 HIJRAH

Page 2: Perlembagaan PRISMA KUIS

2

Hakcipta Terpelihara®

Cetakan pertama 2015

Diterbitkan oleh:

Sekretariat Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

[email protected]

prismakuis.blogspot.com

Dicetak oleh:

Biro Penerbitan dan Multimedia,

Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

Page 3: Perlembagaan PRISMA KUIS

3

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

KANDUNGAN

PRAKATA

AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN

FASAL 1 . . NAMA

FASAL 2 . . TEMPAT URUSAN

FASAL 3 . . PERLAMBANGAN

FASAL 4 . . TUJUAN / MATLAMAT

FASAL 5 . . KEAHLIAN

FASAL 6 . . YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 8 . . HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG

FASAL 9 . . HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI

FASAL 10 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA

FASAL 11 . . KEWANGAN

FASAL 12 . . PEMERIKSA KIRA-KIRA

FASAL 13 . . PEMEGANG AMANAH

FASAL 14 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 15 . . PENASIHAT / PENAUNG

FASAL 16 . . LARANGAN

FASAL 17 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 18 . . PEMBUBARAN

Page 4: Perlembagaan PRISMA KUIS

4

PRAKATA

lhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan pemilik sekalian alam.

Juga selawat dan salam buat junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W. Moga-

moga kita ditempatkan bersama dengan golongan yang mendapat syafaat baginda.

Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan ini merupakan satu panduan

dan rujukan kepada Jawatankuasa Persatuan dalam aspek perundangan yang meliputi

pengurusan, kewangan serta hal-hal kewajipan Jawatankuasa Persatuan. Perlembagaan ini

merupakan rujukan tertinggi Persatuan yang turut dikombinasikan dengan dua rujukan

tertinggi umat Islam; Al-Quran dan As-Sunnah.

Adalah menjadi kewajipan kepada pimpinan Persatuan ini untuk merujuk kepada

perlembagaan Persatuan dalam mengurus dan mengelola tatacara kuasa yang diberikan oleh

ahli melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ataupun melalui

lantikan di dalam portfolio tidak tetap Persatuan.

Perlembagaan Persatuan ini yang terdiri daripada 18 Fasal digubal mencakupi

segenap aspek pentadbiran Persatuan; daripada hal nama Persatuan sehingga kepada perihal

pembubaran Persatuan. Pindaan terhadap isi kandungan perlembagaan Persatuan ini boleh

dilakukan mengikut tatacara yang terkandung di dalam Fasal 14 perlembagaan Persatuan ini.

Semoga Jawatankuasa Persatuan ini terus memelihara dan menjalankan amanah

menggerakkan Persatuan ini selaras dengan matlamat penubuhan Persatuan ini. Dan semoga

di masa mendatang, Persatuan ini berupaya melahirkan susuk pimpinan negara yang akan

mentadbir negara dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah.

MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI

Presiden

Merangkap Pengerusi Sekretariat Perlembagaan

Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan.

30 JUN 2015 BERSAMAAN 13 RAMADHAN 1436 HIJRAH

A

Page 5: Perlembagaan PRISMA KUIS

5

AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN

PENASIHAT

PUAN SUHAILY BINTI MD SHAMSUDIN

PANEL SEMAKAN

MUHAMMAD LUTFI BIN MD LATIB

PENGERUSI

MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI

AHLI LEMBAGA

‘AMMAR RAHIMI BIN MAD YUSOP

MUHAMAD FARHAN MAWARZI BIN ABD. LATIF

NUR ZAWANI BINTI ZAKARIAH

MUHAMMAD NORIKMAL BIN MOHD AMIN

NUR AMIRAH BINTI ABD RANI

ABD HANNAN BIN ABD HAMID

HABSAH BINTI MOHD SUFYAN

ZAHIRUL NUKMAN BIN NARAKNA

Page 6: Perlembagaan PRISMA KUIS

6

PERLEMBAGAAN Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

FASAL 1: NAMA PERSATUAN

1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan selepasnya disebut sebagai PRISMA.

FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

1. Alamat tempat urusan ialah:

Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Pelajar,

Aras 2, Blok Akademik 1,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

2. Dan alamat surat menyurat ialah:

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

3. Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa

kebenaran oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor terlebih dahulu.

FASAL 3: DEFINISI

1. Persatuan merujuk kepada pertubuhan ini yang ditubuhkan atas komitmen dan

kerjasama ahli dalam membangunkan kesatuan dan perpaduan.

2. Mahasiswa merujuk kepada tenaga kerja dan ahli yang terdiri daripada siswa dan

siswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

3. Islam merujuk kepada agama yang menjadi teras pembawakan Persatuan ini, serta

menjadi pegangan dan ikutan ahli Persatuan ini.

4. Zon Selatan merujuk kepada kawasan di mana Persatuan ini bertanggungjawab

menjaga perihal kebajikan dan perpaduan ahli, meliputi negeri-negeri Selatan

Semenanjung Malaysia; Negeri Johor Darul Takzim, Negeri Melaka Darul Azim dan

Negeri Johor Darul Takzim.

Page 7: Perlembagaan PRISMA KUIS

7

FASAL 4: PERLAMBANGAN

1. Perlambangan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan adalah menurut ketetapan

berikut:

Rajah 1: Perlambangan Rasmi Persatuan

Page 8: Perlembagaan PRISMA KUIS

8

2. Selain daripada perlambangan di Fasal 4(1) di atas, Persatuan ini juga menggunapakai

perlambangan tambahan bagi Jawatankuasa kecil yang dibentuk di bawah kerangka

organisasi Persatuan, iaitu:

Rajah 2: Perlambangan Biro Sukan dan Kebudayaan

Rajah 3: Perlambangan Biro Korporat dan Perhubungan Luar

Rajah 4: Perlambangan Biro Penerbitan dan Multimedia

Page 9: Perlembagaan PRISMA KUIS

9

3. Sebarang pertukaran perlambangan Persatuan perlulah mendapat persetujuan daripada

2/3 ahli berdaftar, melalui undian di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta

menepati kaedah di dalam Fasal 9(3) dan Fasal 18 perlembagaan ini.

4. Pindaan perlambangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Persatuan perlulah

diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemutusan

mesyuarat pindaan.

Rajah 5: Perlambangan Duta Negeri-Negeri

Page 10: Perlembagaan PRISMA KUIS

10

FASAL 5: OBJEKTIF / MATLAMAT

1. Matlamat Persatuan ini adalah untuk:

1.1 Meningkatkan jati diri mahasiswa untuk lebih menghargai warisan agama dan

budaya.

1.2 Menjaga kebajikan ahli dari aspek pengajian, kewangan, aktiviti berpersatuan

serta perpaduan.

1.3 Memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kehidupan.

1.4 Menjalin hubungan yang harmoni dengan organisasi dalam dan luar kampus.

FASAL 6: KEAHLIAN

1. Keahlian Persatuan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1.1. Ahli Biasa

a. Terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari negeri Johor, Melaka atau

Negeri Sembilan;

b. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini;

c. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan;

i. Mengambil bahagian di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan

ii. Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan

iii. Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung

dan mesyuarat Jawatankuasa

iv. Menyertai, menerima dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti,

skim bantuan mahupun program yang diadakan.

1.2. Ahli Bersekutu

a. Terbuka kepada mana-mana mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari luar negeri

yang dinyatakan pada Perenggan 1.1(a) di atas;

b. Telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan (MT);

c. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi

perlembagaan Persatuan ini;

d. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama Persatuan ini.

Page 11: Perlembagaan PRISMA KUIS

11

2. Seseorang yang ingin menjadi ahli Persatuan ini hendaklah mengisi borang

keahlian yang boleh didapati secara percuma dari Setiausaha Agung dan Timbalan

Setiausaha Agung Persatuan.

3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung atau

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan bersama-sama dengan yuran keahlian yang

telah digariskan pada Fasal 7(2) dan Fasal 7(3) yang hendaklah mengemukakan

permohonan itu secepat mungkin kepada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan melalui

Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Majlis Tertinggi boleh menolak

sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah dimaklumkan

secara bertulis oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung, dan

berhaklah ia dengan hak sebagai ahli. Bagi permohonan yang ditolak, Persatuan perlu

memulangkan kembali yuran keahlian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari

tempoh ditolak permohonannya.

FASAL 7: YURAN DAN BAYARAN LAIN

1. Setiap ahli berdaftar Persatuan, dimestikan mengikut ketetapan yang diputus oleh

Jawatankuasa Persatuan dalam hal yuran dan bayaran lain.

2. Sebagai ahli biasa berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak RM 1.00

sebagai yuran komitmen seumur hidup.

3. Sebagai ahli bersekutu berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak

RM 2.00 sebagai yuran komitmen seumur hidup.

4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-perkara yang

tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Tertinggi.

5. Persatuan boleh menerima sumbangan sama ada berupa wang atau lain-lain bentuk

bantuan daripada bukan ahli, orang perseorangan atau badan korporat di bawah

pemantauan Majlis Tertinggi Persatuan.

6. Persatuan juga boleh mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran

terlebih dahulu daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dan pihak berkuasa

dengan tujuan untuk memajukan aktiviti persatuan.

Page 12: Perlembagaan PRISMA KUIS

12

FASAL 8: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberikan

kenyataan yang bertulis dua (2) minggu sebelum berhenti kepada Setiausaha Agung

atau Timbalan Setiausaha Agung, dan melunaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak

dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau

digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan

munasabah oleh Jawatankuasa Persatuan.

3. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu

hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis.

4. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri.

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat

Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.

FASAL 9: HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG

1. Persatuan dikehendaki mengelolakan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung

Khas dan lain-lain hal ehwal mesyuarat Persatuan. Pengelolaan mesyuarat Persatuan

ini terserah kepada penetapan masa dan tempat oleh Jawatankuasa Persatuan.

2. Bagi hal ehwal Mesyuarat Agung Tahunan, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3)

daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli

Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat

agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk

mesyuarat.

3. Jika ‘korum’ tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan

untuk Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, maka Mesyuarat Agung Tahunan itu

hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah

ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah

jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan yang

ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat

tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat

keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

Page 13: Perlembagaan PRISMA KUIS

13

4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh dua

puluh (20) hari selepas perletakan jawatan oleh Majlis Perwakilan Pelajar pada tarikh,

masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan. Agenda-agenda

Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

i. Menerima laporan Jawatankuasa Persatuan berkenaan kerja-kerja persatuan ini di

dalam sesi pentadbiran yang lalu.

ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudi bagi sesi

pentadbiran yang lalu.

iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk sesi pentadbiran

yang akan datang.

iv. Menguruskan perkara-perkara dan usul-usul lain yang dibentangkan di dalam

mesyuarat itu.

5. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya

empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan suatu

pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan tempat serta agenda

mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta

dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-

surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat

urusan persatuan.

6. Dalam perihal Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:-

i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

ii. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada

satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang mendaftar dan berhak mengundi

dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan.

7. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu

tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat

itu.

8. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh

Setiausaha Agung kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari

sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

9. Fasal 9(2) dan 9(3) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan

Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi

dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah

ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu

hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat

Page 14: Perlembagaan PRISMA KUIS

14

Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh

diadakan.

10. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf

peringatan tiap-tiap mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung

Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

11. Dalam hal ehwal lain-lain mesyuarat, Jawatankuasa Persatuan hendaklah mengelola

mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang telah ditetapkan.

12. Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan ini terdiri daripada tetapan berikut:

i. Mesyuarat Majlis Penasihat

ii. Mesyuarat Majlis Tertinggi

iii. Mesyuarat Eksekutif

iv. Mesyuarat Biro

13. Dari hal tetapan di dalam Fasal 9(12) di atas, mesyuarat-mesyuarat tersebut perlu

dilaksanakan mengikut kerangka masa yang bersesuaian dan perlu dimaklumi kepada

Penasihat Umum atau kepada Majlis Tertinggi Persatuan; mengikut kepada kadar

kesesuaian mesyuarat.

14. Jawatankuasa Persatuan juga perlu mengelola mesyuarat lain Persatuan yang bersifat

segera, demi kelangsungan Persatuan mengikut kepada arahan dan perancangan

Presiden dengan pemakluman kepada Penasihat Umum.

15. Mesyuarat Majlis Penasihat menjalankan fungsi dalam menentukan dan menjaga

dasar-dasar yang melibatkan Persatuan ini, terutamanya dalam hal perlembagaan

Persatuan ini, selain menjalankan peranan mempertimbangkan dan meluluskan usul

atau pindaan usul ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung

Khas.

16. Ahli Majlis Mesyuarat ini merupakan Pemegang Amanah Persatuan, berdasarkan

kepada peruntukan kuasa di dalam Fasal 14 perlembagaan ini.

17. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Penasihat ini terdiri daripada seorang (1)

Penasihat Umum, tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan yang dilantik secara sah serta

Presiden Persatuan yang bertindak selaku Setiausaha Mesyuarat.

18. Mesyuarat Majlis Tertinggi menjalankan fungsinya dalam memutuskan sistem dan

kaedah pengurusan organisasi yang diaplikasi pada sesi pentadbiran tersebut.

Termasuk dalam senarai fungsi mesyuarat ini adalah merangka skop kerja portfolio

Jawatankuasa Persatuan serta memilih dan melantik anggota Majlis Penasihat yang

Page 15: Perlembagaan PRISMA KUIS

15

terdiri daripada seorang Penasihat Umum serta tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan.

Mesyuarat ini juga menjalankan peranan dalam mempertimbangkan permohonan

keahlian serta mendengar rayuan ahli dalam proses prosiding tatatertib Persatuan.

19. Fungsi mesyuarat ini turut merangkumi mengesahkan serta meluluskan kerjasama

program dan aktiviti melibatkan pihak lain di dalam mahupun di luar kampus, serta

menyusun kerangka utama aktiviti, program dan gagasan pembawakan Persatuan

pada sesi pentadbiran tersebut, dengan tidak keluar dari ketetapan Mesyuarat Agung

Tahunan atau kelulusan usul Mesyuarat Agung Khas oleh Majlis Penasihat.

20. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Tertinggi ini terdiri daripada Presiden, Timbalan-

Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta

Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. Pemegang portfolio bukan

tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan di dalam Fasal

11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor lantikan

pemegang portfolio tersebut.

21. Mesyuarat Eksekutif Persatuan menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka

dan menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah

pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Fungsi lain mesyuarat ini turut

merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara teknikal membabitkan

program dan aktiviti Persatuan tanpa menyentuh dasar Persatuan atau mencampuri hal

kerja Majlis Tertinggi.

22. Keanggotaan ahli Mesyuarat Eksekutif Persatuan ini terdiri daripada Presiden,

Timbalan-Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung,

Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat serta ahli-ahli Majlis

Mesyuarat Eksekutif seperti yang disenarai di dalam Fasal 10(17). Pemegang

portfolio bukan tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan

di dalam Fasal 11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor

lantikan pemegang portfolio tersebut.

23. Mesyuarat ini turut dibuka keanggotaan mesyuaratnya kepada Penasihat, mana-mana

Ex-Officio ataupun warga luar Persatuan yang dijemput oleh mana-mana ahli

Jawatankuasa Persatuan, dengan pemakluman kepada Presiden atau Setiausaha

Agung Persatuan untuk memberikan penjelasan, penerangan ataupun perkara yang

berkaitan dengan aktiviti dan program.

24. Mesyuarat Biro menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka dan

menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah

pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi berdasarkan skop kerjanya. Fungsi

lain mesyuarat ini turut merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara

teknikal yang ingin dibawa ke Mesyuarat Eksekutif Persatuan.

Page 16: Perlembagaan PRISMA KUIS

16

25. Keanggotaan ahli Mesyuarat Biro ini terdiri daripada Ketua dan Timbalan Ketua Biro

serta ahli Jawatankuasa Teknikal Biro yang dilantik secara sah. Ketua atau Timbalan

Ketua Biro perlulah memaklumkan penganjuran Mesyuarat Biro ini kepada Pemantau

yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Persatuan, dan sekiranya perlu untuk

menjemput sama Pemantau hadir ke mesyuarat.

26. Bagi hal lain-lain mesyuarat yang bukan di bawah anjuran Persatuan, Presiden serta

Setiausaha Agung perlu dimaklumi terlebih dahulu, sebelum sebarang penyertaan

dilakukan oleh sama ada ahli Majlis Tertinggi mahupun ahli Majlis Mesyuarat

Eksekutif.

FASAL 10: HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah

dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

i. Seorang Presiden

ii. Dua orang Timbalan Presiden

iii. Seorang Setiausaha Agung

iv. Seorang Timbalan Setiausaha Agung

v. Seorang Bendahari Kehormat

vi. Seorang Timbalan Bendahari Kehormat

vii. Sembilan orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan

tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara

Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan pemilihan

dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Mereka akan memegang jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula.

4. Sekiranya korum Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi, pengundian untuk

pemilihan Jawatankuasa Persatuan tidak akan dijalankan dan akan dilangsungkan di

dalam Mesyuarat Agung Tahunan seterusnya seperti yang digariskan di dalam Fasal

9(3).

5. Jawatankuasa Persatuan mempunyai autoriti dalam memilih dan melantik penama-

penama untuk mengisi penjawatan Persatuan ini, sekiranyanya perkara di dalam Fasal

9(3) berlaku.

Page 17: Perlembagaan PRISMA KUIS

17

6. Tugas Jawatankuasa Persatuan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian

persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan

Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh

Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan seharusnya tidaklah boleh membuat

tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan

mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Persatuan

hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada

tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

7. Jawatankuasa Persatuan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam

masa satu (1) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan

kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terdahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak

kurang dari empat (4) orang ahli Jawatankuasa Persatuan bersama-sama boleh

memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan atau Mesyuarat

Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya 1/2 daripada bilangan

ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan

mencukupkan korum setiap jenis mesyuarat Persatuan.

8. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan segera daripada

Jawatankuasa Persatuan, dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis

Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) tidak dapat diadakan maka Setiausaha

bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan secara

mengedarkan surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah

disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Persatuan boleh dianggap sebagai

telah diterima:

i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam

surat pekeliling atau memo ringkas yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli

Jawatankuasa Persatuan, melalui medium bercetak atau elektronik.

ii) Sekurang-kurangnya 1/2 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan

mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu;

dan

iii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang

didapati melalui surat pekeliling ini hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha

Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Persatuan berikutnya (Mesyuarat

Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) untuk disahkan dan

dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

9. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Persatuan

(mana-mana kategori mesyuarat yang berkenaan) atau program anjuran Persatuan tiga

(3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan (bertulis) akan disifatkan sebagai

telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Persatuan.

Page 18: Perlembagaan PRISMA KUIS

18

10. Presiden berhak melantik seorang pemangku dalam kalangan Jawatankuasa Persatuan

sementara proses melantik ahli persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu

sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

11. Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada mana-mana ahli Jawatankuasa

Persatuan yang lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan dan melantik

pengurus atau penyelaras aktiviti dan program yang difikirkannya mustahak. Majlis

Tertinggi boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau

penyelaras kerana cuai di dalam tugas, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan

keputusan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis Tertinggi atau

Mesyuarat Eksekutif Persatuan) atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh

merosakkan kepentingan persatuan.

12. Struktur organisasi Persatuan ini terdiri daripada tiga (3) kerangka utama yang

ditetapkan;

i. Majlis Penasihat

ii. Majlis Tertinggi

iii. Majlis Mesyuarat Eksekutif

13. Jawatankuasa Pengurusan Persatuan merujuk kepada gabungan ketiga-tiga kerangka

utama struktur organisasi di dalam Fasal 10(12) di atas.

14. Majlis Penasihat merupakan teras tertinggi di dalam struktur organisasi Persatuan, dan

keanggotaannya terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3) orang Ex-

Officio.

15. Pemilihan dan perlantikan anggota Majlis Penasihat ini dilakukan melalui Mesyuarat

Majlis Tertinggi yang pertama selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan

Persatuan, melalui peruntukan kuasa memilih dan melantik oleh Mesyuarat Majlis

Tertinggi di dalam Fasal 9(18).

16. Majlis Tertinggi merupakan merupakan teras yang bertanggungjawab menyelaras dan

mengelolakan hal-hal perancangan, pentadbiran serta pengurusan Persatuan, dengan

keanggotaannya terdiri daripada ahli yang dipilih oleh perwakilan di dalam Mesyuarat

Agung Tahunan untuk mengisi penjawatan Presiden, Timbalan Presiden 1 dan

Timbalan Presiden 2, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta

Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat.

17. Manakala teras terakhir di dalam struktur organisasi Persatuan ini adalah Majlis

Mesyuarat Eksekutif, yang berperanan menjalankan serta menggerakkan perancangan

Persatuan berdasarkan skop kerja yang ditetapkan. Keanggotaan majlis ini terdiri

daripada seorang (1) Ketua dan seorang (1) Timbalan Ketua Biro;

Page 19: Perlembagaan PRISMA KUIS

19

i. Biro Sukan dan Kebudayaan

ii. Biro Korporat dan Perhubungan Luar

iii. Biro Penerbitan dan Multimedia

iv. Seorang (1) Duta Negeri Johor Darul Takzim

v. Seorang (1) Duta Negeri Melaka Darul Azim

vi. Seorang (1) Duta Negeri Sembilan Darul Khusus

18. Gabungan di antara Majlis Tertinggi dan Majlis Mesyuarat Eksekutif Persatuan

dikenali sebagai Badan Eksekutif Persatuan yang diketuai oleh Presiden Persatuan.

FASAL 11: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Kewajipan Pegawai Persatuan yang dilantik tertakluk kepada dua kategori kewajipan;

kewajipan umum dan kewajipan khusus.

2. Dalam perihal kewajipan umum, setiap Pegawai Persatuan hendaklah:

i. Menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang berkenaan.

ii. Memberikan komitmen terhadap gerak kerja dan aktiviti Persatuan.

iii. Memperkukuh imej dan kredibiliti Persatuan dalam kalangan mahasiswa.

3. Selain dari perihal kewajipan umum di dalam Fasal 11(2) di atas, Pegawai Persatuan

perlu menjalankan kewajipan khusus mengikut kepada skop kerja yang ditentukan.

4. Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi semua

Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

Persatuan yang berkenaan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan

semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai

peringatan

mesyuarat bila telah diluluskan. Ia juga hendaklah

i. menandatangani semua dokumen Persatuan sama ada secara bersendiri atau

bersama-sama Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.

ii. Mengetuai Badan Eksekutif Persatuan.

iii. Menentukan polisi dan gagasan Persatuan.

iv. Memberi kata putus dalam perkara dan hal yang memerlukan pertimbangan

dan budi bicara Presiden serta perkara yang berkaitan dengan dasar Persatuan.

v. Memantau gerak kerja Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pengurusan Persatuan

(Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat

dan Timbalan Bendahari Kehormat).

vi. Menyelaras perkara berkenaan hal ehwal tarbiyyah Persatuan.

Page 20: Perlembagaan PRISMA KUIS

20

5. Presiden pada sepanjang tempoh perlantikannya mempunyai kuasa melantik dan

membentuk portfolio tidak tetap Persatuan, yakni penjawatan yang tidak dinyatakan

secara bertulis di dalam mana-mana klausa Perlembagaan atas budi bicaranya serta

memperolehi sokongan sekurang-kurangnya tiga (3) orang daripada keseluruhan ahli

Majlis Tertinggi, tidak termasuk undian daripada Presiden.

6. Timbalan Presiden 1 hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaanya. Ia

juga:

i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti berkaitan hal

ehwal latihan dan sumber insan Persatuan.

ii. Bertanggungjawab dalam memantau gerak kerja Majlis Mesyuarat Eksekutif

Persatuan.

iii. Mempunyai autoriti untuk menandatangani dokumen Persatuan dengan izin

dan pemakluman daripada Presiden.

7. Timbalan Presiden 2 hendaklah memangku jawatan Presiden atau Timbalan Presiden

1 semasa ketiadaanya. Ia juga:

i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti yang berkaitan

hal ehwal wanita dan kemasyarakatan Persatuan.

ii. Wakil rasmi pimpinan siswi Persatuan ke program dan aktiviti berkaitan

wanita, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

8. Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentabiran Persatuan mengikut

undang-undang dan hendaklah menurut kepada perintah Mesyuarat Agung dan

Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia bertanggungjawab mengendali dan

menguruskan urusan surat-menyurat, kertas kerja dasar Persatuan, laporan serta

menyimpan semua buku, surat dan kertas Persatuan kecuali akaun dan buku-buku

kewangan. Ia juga:

i. Hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti

nama, negeri kelahiran atau bermastautin, nombor kad pengenalan, nombor

pelajar, dan alamat rumah setiap ahli.

ii. Hendaklah menandatangani dokumen Persatuan, terutamanya yang berkenaan

dengan persuratan sekiranya mendapat arahan daripada Presiden Persatuan.

iii. Menguatkuasakan Piawaian Persuratan Persatuan yang telah diluluskan

melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.

iv. Menerima dan memproses borang keahlian Persatuan serta memaklumi

bilangan terkini ahli Persatuan kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.

Page 21: Perlembagaan PRISMA KUIS

21

9. Setiausaha Agung hendaklah di dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh Mesyuarat

Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Bahagian

Pembangunan Mahasiswa atau badan yang berkenaan.

10. Timbalan Setiausaha Agung hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan

kerja pentabiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah menurut kepada

perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia

bertanggungjawab mengendali dan menguruskan hal ehwal perjalanan mesyuarat,

minit mesyuarat, laporan aktiviti serta hal persijilan Persatuan. Ia juga:

i. Hendaklah membantu Setiausaha Agung menyimpan buku daftar ahli yang

mengandungi butir-butir seperti nama, negeri kelahiran atau bermastautin,

nombor kad pengenalan, nombor pelajar, dan alamat rumah setiap ahli.

ii. Mendokumentasikan segala dokumen Persatuan untuk tatapan dan rujukan

pimpinan pada masa akan datang.

iii. Membantu Setiausaha Agung mengawal dan menyelia Piawaian Persuratan

Persatuan.

iv. Membantu Setiausaha Agung memproses dan menguruskan borang keahlian

Persatuan.

v. Memangku jawatan Setiausaha Agung sepanjang ketiadaan Setiausaha Agung.

vi. Menyelaras aktiviti dan gerak kerja berkaitan bahasa dan linguistik Persatuan.

11. Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan

Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara

kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga:

i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan kewangan Persatuan

bersama-sama dengan Presiden.

ii. Menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang ditetapkan melalui

Mesyuarat Majlis Tertinggi.

iii. Mempengerusikan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan melalui ketetapan

Mesyuarat Majlis Tertinggi dalam hal bantuan kewangan kepada ahli.

iv. Menyediakan laporan kewangan tahunan Persatuan untuk dibentangkan di

dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

12. Timbalan Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal

aset Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua

perkara berkenaan pertambahan dan pengurangan aset Persatuan dan

bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga:

i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan pertambahan dan

pelupusan Persatuan bersama-sama dengan Presiden.

Page 22: Perlembagaan PRISMA KUIS

22

ii. Mempengerusi dan menyelaras gerak kerja berkenaan gerai jualan Persatuan

dalam acara di dalam atau luar kampus.

iii. Menyediakan satu laporan lengkap berkenaan aset keseluruhan Persatuan dan

menyerahkan kepada Bendahari Kehormat pada akhir sesi pentadbiran untuk

dirangkum di dalam laporan kewangan tahunan Persatuan.

13. Ahli Jawatankuasa Biasa Persatuan atau dikenali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat

Eksekutif Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 10(17) hendaklah membantu

Majlis Tertinggi Persatuan menjalankan kerja berdasarkan kepada bidang kerja yang

ditetapkan.

14. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan bertanggungjawab dalam

mempromosi serta memperkenalkan seni kebudayaan rakyat dari negeri Johor,

Melaka dan Negeri Sembilan kepada mahasiswa kampus. Ia juga:

i. Menyelaras dan mengetuai pasukan Persatuan dalam acara sukan yang disertai

Persatuan di dalam atau di luar kampus.

ii. Menganjurkan aktiviti dan program berkaitan sukan dan kebudayaan

Persatuan.

iii. Bertanggungjawab dalam menerapkan elemen kesenian dan kebudayaan Islam

dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan Persatuan.

iv. Menjadi pihak pengantara dalam hubungan strategik di antara Persatuan

dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta agensi kebudayaan dari

Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

15. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab

dalam mempromosi serta memperkenalkan Persatuan kepada kalangan persatuan anak

negeri yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT) kampus lain, selain membantu

Majlis Tertinggi dalam menyebarluaskan dasar dan gagasan Persatuan. Ia juga:

i. Menyelaras dan menganjurkan aktiviti serta program yang berupaya

meningkatkan lagi tahap profesionalisme serta kemahiran ahli Persatuan.

ii. Menerbit dan menyimpan bahan korporat Persatuan merangkumi bahan

bercetak ataupun bahan elektronik.

iii. Bertindak sebagai jurucakap pihak Persatuan dalam majlis atau dialog

bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam atau luar kampus.

iv. Menyelaras dan menjaga hubungan strategik di antara pihak Persatuan dengan

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Johor, Melaka dan Negeri

Sembilan.

16. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab

dalam menyelenggara dan mengemaskini laman media elektronik dan media milik

Persatuan dengan perkembangan terkini Persatuan. Ia juga:

Page 23: Perlembagaan PRISMA KUIS

23

i. Menyelaras aktiviti dan program yang berupaya meningkatkan tahap celik

teknologi maklumat dan teknologi perisian dalam kalangan ahli Persatuan.

ii. Mengurus dan menyelenggara papan kenyataan milik Persatuan.

17. Duta-duta negeri yang dilantik bertanggungjawab dalam mengurus dan menjaga

kebajikan ahli anak negeri Persatuan. Ia juga berperanan:

i. Menjadi pihak pengantara di antara Persatuan dengan kerajaan serta agensi

berkaitan kerajaan negeri.

ii. Bertanggungjawab mempromosi dan memperkenalkan sosio-geografik negeri-

negeri di bawah senarai Persatuan kepada masyarakat dalam dan luar kampus.

iii. Menyelaras aktiviti dan perjumpaan ahli anak negeri Persatuan secara berkala,

dengan arahan dan pemakluman kepada Presiden dan mana-mana Ahli Majlis

Tertinggi.

18. Pindaan terhadap bidang kerja Pegawai Persatuan ini hendaklah mendapat sokongan

2/3 daripada keseluruhan ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung serta menepati

prasyarat Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang digariskan di dalam Fasal 9(2) serta

kaedah pindaan undang-undang di dalam Fasal 18 perlembagaan ini.

FASAL 12: KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang

Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan

tujuan-tujuan Persatuan termasuklah belanja pertadbiran, bayaran elaun, biayaan dan

perbelanjaan aktiviti dan program Persatuan serta upah memeriksa kira-kira. Walau

bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang

telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atau mana-mana badan perundangan

dalam atau luar kampus.

2. Segala dana dan kewangan Persatuan adalah dibawah tanggungjawab dan amanah

Bendahari Kehormat Persatuan ini, dan sebarang pengeluaran perlulah melaluinya

serta mendapat persetujuan daripada Presiden Persatuan.

3. Segala kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangan

bersama oleh Presiden dengan Bendahari Kehormat. Jika ketiadaan Pegawai

persatuan yang berkenaan, maka bolehlah Presiden melantik sesiapa di antara mereka

sebagai pengganti untuk menandatangani kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

Page 24: Perlembagaan PRISMA KUIS

24

4. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi

setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa

Kira-kira mengikut Fasal 13(2) dengan seberapa segera setelah tamatnya tahunan

kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk

diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinannya hendaklah

dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.

5. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb

Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 13: PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik di dalam

Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang

jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun

dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka

juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan

bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan

kepada Jawatankuasa Persatuan.

FASAL 14: PEMEGANG AMANAH

1. Dalam hal yang menyebabkan Persatuan mengalami hal genting dan membabitkan hal

integriti Persatuan, dan memaksa satu siasatan dijalankan secara menyeluruh, maka

segala aset, dana dan dokumen Persatuan diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis

Penasihat sebagai Pemegang Amanah Persatuan ini.

2. Pemegang Amanah Persatuan ini akan menyimpan segala perkara yang berkaitan

dengan Persatuan sehingga satu ketetapan dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat,

setelah memperolehi dapatan siasatan daripada badan berautoriti.

Page 25: Perlembagaan PRISMA KUIS

25

FASAL 15: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan mahupun Mesyuarat Agung

Khas Persatuan, Majlis Tertinggi Persatuan boleh memberikan tafsirannya kepada

undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-

perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah

dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa Persatuan terhadap ahli-ahli

adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Persatuan.

FASAL 16: PENASIHAT / PENAUNG

1. Jawatankuasa perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi ahli Penasihat bagi

Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara

bertulis.

2. Ahli Penasihat Persatuan ini terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3)

orang Ex-Officio daripada warganegara Malaysia serta merupakan anak kelahiran

negeri Johor, Melaka atau Negeri Sembilan.

3. Penasihat Umum hendaklah merupakan Pegawai Kolej Universiti ini yang bertauliah,

berdasarkan kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa.

4. Penasihat Umum Persatuan ini menjalankan bidang kerjanya berdasarkan kepada

ketetapan berikut:

i. Menandatangani dan menyokong dokumen kerja Persatuan berdasarkan

kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa.

ii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan ini berdasarkan peruntukan Fasal 14

perlembagaan ini.

iii. Mengetuai Majlis Penasihat dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis

Penasihat Persatuan.

iv. Mengesahkan, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan yang berkenaan atas

permintaan Badan Eksekutif Persatuan.

v. Menasihati dan memandu perjalanan gerak kerja Badan Eksekutif Persatuan.

5. Dalam hal Ex-Officio pula, Persatuan ini menetapkan untuk diadakan tiga (3)

penjawatan, merangkumi:

i. Ex-Officio 1 (Hal Ehwal Pengurusan Strategik dan Keusahawanan)

Page 26: Perlembagaan PRISMA KUIS

26

ii. Ex-Officio 2 (Hal Ehwal Dakwah dan Islah)

iii. Ex-Officio 3 (Hal Ehwal Perundangan dan Kebudayaan)

6. Ex-Officio 1 menjalankan peranannya dalam:

i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan pengurusan

organisasi, serta yang berkenaan dengan gagasan pembawaan Persatuan pada

sesi Pentadbiran tersebut.

ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan

Badan Eksekutif Persatuan.

iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14

perlembagaan ini.

7. Ex-Officio 2 menjalankan peranannya dalam:

i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti

dakwah dan Islah, serta menjadi unit Hisbah Persatuan dalam memantau

perjalanan gerak kerja Persatuan agar tidak lari dari batasan Syariat.

ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan

Badan Eksekutif Persatuan.

iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14

perlembagaan ini.

8. Ex-Officio 3 menjalankan peranannya dalam:

i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti

perundangan dan kebudayaan, serta memandu perjalanan Badan Eksekutif

Persatuan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persatuan ini.

ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan

Badan Eksekutif Persatuan.

iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14

perlembagaan ini.

9. Dalam hal pemberhentian atau pemecatan, keputusan dalam perkara tersebut akan

ditetapkan menerusi Mesyuarat Majlis Penasihat, dengan menurut kaedah di dalam

Fasal 8.

10. Penaung Persatuan ini merupakan penjawatan tertinggi di dalam organisasi

pentadbiran Kolej Universiti ini dan merupakan penjawatan bukan lantikan Persatuan.

Page 27: Perlembagaan PRISMA KUIS

27

FASAL 17: LARANGAN

1. Ahli-ahli adalah dilarang melakukan atau menyertai sebarang aktiviti atau perkara

yang:

i. Menyalahi ketetapan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias.

ii. Melanggar ketetapan Tatatertib Kolej Universiti ini.

iii. Menjatuhkan integriti dan kredibiliti Persatuan.

2. Perbuatan mana-mana perkara di dalam klausa Fasal 17(1) di atas akan menyebabkan

ahli dikenakan tindakan menurut Fasal 8 perlembagaan ini.

FASAL 18: PINDAAN UNDANG-UNDANG

1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan

Mesyuarat Agung serta mendapat perkenan daripada Majlis Penasihat Persatuan

seperti yang digariskan melalui peruntukan Fasal 9(3).

2. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat

kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dalam masa tiga puluh (30) hari daripada

tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya

boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan

oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa.

FASAL 19: PEMBUBARAN

1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang

daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli berdaftar yang menghadiri dalam

suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas untuk tujuan tersebut.

2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala

hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah

dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang

dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Bahagian

Pembangunan Mahasiswa dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.