rancangan perniagaan taska
TRANSCRIPT
Perancangan Keusahawanan
WUS101 SESI 2014/2015
KUMPULAN : 231
AHLI KUMPULAN :
1. Nur Ain Asilah binti Azmi 127047
2. Nur Syamira binti Ariff 127049
3. Nurul Nadiah binti Shahrim 126886
4. Aina Adilah bt Muhd Sulaiman 126215
5. Nur Hafizzah bt Abdul Kudus 126262
Nur Hafizzah bt Abdul Kudus
M06-F262,
Desasiswa Tekun,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang. ________________________
Encik Mohd. Shafie Bin Ariffin,
Pensyarah Teras Keusahawanan WUS101,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang.
27 NOVEMBER 2014.
Tuan,
Penghantaran Tugasan Perancangan Perniagaan ( WUS 101 )
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Hafizzah daripada Kumpulan 231 mewakili kumpulan saya untuk menghantar tugasan kumpulan, Perancangan Perniagaan WUS 101 kepada tuan untuk disemak. Sekiranya terdapat apa-apa masalah atau sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya, 0134420289
Sekian terima kasih.
Isi Kandungan
Bahagian 1 : Pengenalan
Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan
Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan
Bahagian 4 : Latar Belakang Pemilik
Bahagian 5 : Latar Belakang Projek
Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran
Bahagian 7 : Rancangan Pengeluaran/ Operasi
Bahagian 8 : Rancangan Organisasi
Bahagian 9 : Rancangan Kewangan
Bahagian 10 : Jadual Perlaksanaan Projek
Bahagian 11 : Rumusan
1.0 : PENGENALAN
Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-
kanak seawal usia 5 bulan hingga 8 tahun. Dewasa ini, masa merupakan perkara yang terpenting bagi
mereka yang berkerjaya dan yang berkeluarga. Kebanyakan orang , mengambil langkah mudah
dengan meninggalkan anak-anak dirumah tanpa sebarang pengawasan kerana yakin bahawa kanak-
kanak dibawah umur tidak mampu melakukan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan sebarang
kemalangan. Hakikatnya anak-anak dibawah umur ini mempunyai sifat inkuiri yang tinggi, dan
mampu melakukan apa-apa sahaja terhadapt perkara yang boleh menarik perhatian mereka. Hal ini
sangat membimbangkan kerana ia mampu mengundang maut.
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan satu pusat
asuhan dan bimbingan kanak-kanak iaitu “TADIKA TASKA GENIUS” bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang berkaitan dengan kanak-kanak dibawah umur. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak
Januari 2012. Penubuhan syarikat inu merupakan perniagaan perkongsian yang menawarkan
perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-kanak.
Kami telah menyediakan beberapa pakej kepada ibubapa atau penjaga yang mahu menghantar anak-
anak mereka di pusat asuhan dan bimbingan kami. Iaitu pakej A, dimana ibu bapa boleh menghantar
anak mereka seawal 7pg-7ptg dan bayaran yang dikenakan adalah RM500 seorang, termasuk
penjagaan kesihatan, makanan dan bimbingan akademik bagi kanan-kanak yang berusia tiga hingga 8
tahun. Pakej B, bagi ibubapa yang mahu menghantar anak mereka dari jam 12tghri-7ptg dan bayaran
yang dikenakan adalah RM400 seorang, termasuk penjagaan kesihatan, makanan dan bimbingan
akademik bagi kanak-kanak yang berusia tiga hingga 8 tahun. Dan pakej C, bagi ibubapa yang mahu
menghantar anak mereka seawal 7pgi-7ptg , serta bayaran yang dikena adalah RM380 bagi kanak-
kanak yg berusia 5bulan hingga 2 tahun.
Pusat asuhan dan bimbingan kami amat mengutamakan skill pendidikan dan psikologi kanak-kanak
dalam melakukan perkhidmatan. Staf-staf ‘TADIKA TASKA GENIUS’ juga telah menjalani
beberapa latihan di PICOMS dibawah bahagian pediatrik bagi merealisikan objektif kami iaitu,
memberikan perkhidmtan yang berkualiti, memuaskan dan mesra pelanggan, serta melahirkan anak-
anak yang mampu berdikari dan mempunyai intelektual yang tinggi walaupun masih diawal usia.
2.0 : TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat berkenaan
dengan sesebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya
rancangan perniagaan yang terperinci ini, akan meyakinkan para pihak yang berkerjasama dengan
syarikat kita, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak pembekal alatan atau
bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat diusahakan.
Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh
menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran
Di samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadkan sebagai alat untuk mempromosi produk
atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga
dapat membantu pemili perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.
Tujuan Penyediaan Rancangan Ini Dan Pihak Yang Memerlukan
1)Usahawan
Usahawan untuk membolehkannya memahami projel atau prniagaan yang lebih mendalam.
Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut dan
tujuan pelaburan dan pembiayaan.
2)Pembekal
Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang bekerjasama
dengan syarikat. Dengan itu, kita boleh mendapat bekalan dan bahan yang diperlukan secara kredit.
3)Institusi kewangan atau pelabur
Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan permohonan
bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan
tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.
4)Kakitangan
Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,
kakitangan mempunyai maklumat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang
ditetapkan
3.0 : LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama perniagaan : Tadika Taska Genius Enterprise
Alamat perniagaan : No 5, Laluan Desa Tronoh Indah 5, Taman Gemilang, 34000 Taiping
Tronoh Perak Darul Ridzuan.
Alamat surat menyurat : No 5, Laluan Desa Tronoh Indah 5, Taman Gemilang, 34000 Taiping Perak
Darul Ridzuan.
Nombor telefon : 05-3711878.
Bentuk syarikat : Perkongsian.
Kegiatan utama : Perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-kanak.
Tarikh mulakan perniagaan : 12 Januari 2012
Tarikh pendaftaran : 6 Disember 2011
Nombor Pendaftaran : PG0057435-W
Modal permulaan : RM83,000
Nama bank : CIMB Bank.
Jenis akaun : Akaun semasa
Nombor akaun syarikat : 3378889000221006
3.1 : SENARAI KAKITANGAN PENGURUSAN
NAMA JAWATAN BIL
Nur Hafizzah binti Abdul Kudus PENGURUS BESAR 1
Aina Adilah binti Muhd Sulaiman PENGURUS PENTADBIRAN 1
Nur Ain Asilah binti Azmi PENGURUS OPERASI 1
Nur Syamira binti Ariff PENGURUS KEWANGAN 1
Nurul Nadiah binti Shahrim P.P KEWANGAN 1
4.0 : LATAR BELAKANG PEMILIK ( RAKAN KONGSI)
4.1 Latar belakang rakan kongsi 1
Jawatan : Pengurus Besar.
Nama Penuh : Nur Hafizzah binti Abdul Kudus
No I/C : 941105105330
Tarikh Lahir : 5 November 1994
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat tetap : No 10, Lot 134 Kampung Baru Bali, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan
No telefon : 013-4420289
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar keusahawan, Kursus Bisnes Tadika, Taska dan Pusat Jagaan
Kanak-kanak.
Pengalaman : Pensyarah kursus pendidikan awal kanak-kanak di UiTM Arau.
Modal Sumbangan : RM20,000
4.2 : LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI 2
Jawatan : Pengurus Pentadbiran
Nama Penuh : Aina Adilah Binti Muhammad Sulaiman
No I/C : 940524085958
Tarikh Lahir : 24 Mei 1994
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat tetap : Lot 4404,Lrg beringin 6,Kg Tersusun,Bt 7 Lekir,32020 Sitiawan,Perak
No telefon : 013-5230102
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar keusahawan, Kursus Bisnes Tadika, Taska dan Pusat Jagaan
Kanak-kanak.
Pengalaman : Guru tadika
Modal Sumbangan : RM15,000
4.3 : LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI 3
Jawatan : Pengurus Operasi
Nama Penuh : Nur Ain Asilah Binti Azmi
No I/C : 950614055532
Tarikh Lahir : 14 Jun 1995
Umur :19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat tetap : Lot 1948,Taman Si Rusa,71050 Port Dickson,Negeri Sembilan
No telefon : 0136782372
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar keusahawan, Kursus Bisnes Tadika, Taska dan Pusat Jagaan
Kanak-kanak.
Pengalaman : Guru Tadika
Modal Sumbangan : RM15,000
4.4 : LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI 4
Jawatan : Pengurus Kewangan
Nama Penuh : Nur Syamira binti Ariff
No I/C : 950513075358
Tarikh Lahir :13 Mei 1995
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat tetap : 318,Kg Lahar Ikan Mati,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang
No telefon : 0134448652
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar keusahawan, Kursus Bisnes Tadika, Taska dan Pusat Jagaan
Kanak-kanak.
Pengalaman : Guru Disiplin
Modal Sumbangan : RM15,000
4.5 : LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI 5
Jawatan:Penolong Pegawai Kewangan
Nama Penuh :Nurul Nadiah binti Shahrim
No I/C : 940706145958
Tarikh Lahir : 6 Julai 1994
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat tetap : No 18Jlan 9/23 Taman Danau Kota Setapak,53300,Kuala Lumpur
No telefon : 0172493003
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar keusahawan, Kursus Bisnes Tadika, Taska dan Pusat Jagaan
Kanak-kanak.
Pengalaman : Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
Modal Sumbangan :RM18,000
5.0 : LATAR BELAKANG PROJEK
5.1 Lokasi Tapak Projek
Alamat : No 5, Laluan Desa Tronoh Indah 5, Taman Gemilang, 34000 Taiping Perak Darul
Ridzuan.
5.2 : Bangunan – Pelan Lantai.
ARAS SATU
DAPUR
TANDAS
RUANG
MENONTON RA
K P
ERA
LATA
N
AM
ALI
RAK BUKU
RUANG MAKAN
TAN
GG
A K
E A
RA
S B
AW
AH
ARAS BAWAH
5.3 : Kemudahan Asas
Bilik amali sains
Kawasan menonton televisyen
First-aid
Pemadam api
6.0 : RANCANGAN PEMASARAN
6.1 : Analisa pasaran
Konsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan pelanggan. Selain itu,
syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dala pasaran. Oleh itu, rancangan pemasaran
syarikat kami juga mengambil kira factor persaingan yang wijud dalam pasaran. Perniagaan ini
berpotensi di kawasan ini disebabkan terdapat bilangan yang yang sedikit dikawasan ini. Oleh itu,
persaingan adalah terhad, jadi perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang
dikawasan ini.
6.2 : Bentuk pasaran
Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
Perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak
Perkhidmatan bimbingan kanak-kanak
Perkhidmatan psikologi kanak-kanak
Potensi perniagaan
Tren pasaran
Peluang kerjaya dan peningkatan tanggungan di Malaysia telah menjadikan para ibubapa
terpaksa bekerja lebih masa. Sehubungan dengan itu, kami mengambil peluang ini untuk
mnyediakan perkhidmatan penjagaan dan bimbingan kanak-kanak. Kami juga menyedari
potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan yang tinggi
terhadap perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-kanak yang bersesuaian dan memberi
satu kepuasan kepada ibubapa dan penjaga.
Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan perkhidmatan asuhan dan bimbingan
kanak-kanak kami, kami akan memberi tumpuan pada kawasan Taiping, Semanggol dan
Daerah Larut pada pemulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih stabil,
kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk membuka
cawangandi lokasi yang berlainan jika keadaan membenarkan syarikat kami berbuat deikian.
Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkabn pasaran sehingga peringkat
antarabangsa.
Menembusi pasaran perkhidmatan asuhan dan bimbingan yang sedia ada
Perkhidmatan asuhan dan bimbingan ini dijangkakan akan memperolehi sambutan yang baik
disebabkan kedudukan kewangan kuasa beli selepas kegawatan ekonomi. Dengan adanya
perkhidmatan asuhan dan bimbingan ini, ia sedikit sebanyak untuk menanggung permintaan
ibubapa dan penjaga yang semakin meningkat akibat kesedaran ibubapa dan penjaga terhadap
penjagaan anak-anak yang efektif untuk proses tumbesaran mereka.
Oleh itu, pelancaran perkhidmatan ini memenuhi spesifikasi kerana ia merupakan satu
alternative kepada para ibubapa yang mementingkan penjagaan anak yang rapi dan efektif
didalam kesibukan berkerja.
Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan
Secara umumnya, permintaan terhadap perkhidmatan syarikat kami iaitu penjagaan kanak-
kanak dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini adalah selaras dengan perubahan
zaman, iaitu zaman dimana ibubapa semakin mementingkan pendidkan anak-anak walaupun
sibuk berkerja.
Perubahan demografi penduduk
Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai ibubapa dan penjaga yang bekerja pada
zaman ini,maka bertambahlah permintaa ke atas perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-
kanak ini. Oleh itu , perniagaan ini amat berpotensi untuk dikembangkan.
Keadaan ekonomi yang baik dan kemampuan setiap individu
Bayaran perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-kanak yg ditawarkan oleh syarikat kami
adalah berpatutan dan para ibubapa dan penjaga berupaya membiayai kos yang kami
tawarkan mengikut pakej. Di samping itu juga syarikat juga terpaksa bertukar-tukar maklumat
bagi mendapatkan informasi terkini seperti majalah-majalah penjagaa kanak-kanak, dan blog-
blog.
Tambahan pula, keadaan ekonomi sekarang yang membolehkan ibubaa dan penjaga
membiaya perkhidmatan yang kami sediakan.
6.3 : Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
Pakej Pengisian Harga
A Masa : 7pg-7ptg
Perkhidmatan : Penjagaan kesihatan, makanan, berserta buku
bimbingan akademik bagi kanak-kanak yang berusia tiga hingga
lapan tahun.
RM500
B Masa : 12tghari-7ptg
Perkhidmatan : Penjagaan kesihatan, makanan dan bimbingan
akademik bagi kanak-kanak yang berusia tiga hingga lapan tahun
RM400
C Masa : 7pg-7ptg
Perkhidmatan :Penjagaan kesihatan, permakanan bagi kanak-kanak
yg berusia 5bulan hingga 2 tahun.
RM380
6.4 : Pelanggan
Sasaran pelanggan syarikat adalah :
Ibubapa yang berkerja
Pelajar kolej/university
6.5 : Saiz pasaran
Terdapat lebih kurang 12 ribu penduduk dikawasan ini.
6.6 : Persaingan
Nama syarikat
pesaing
Kekuatan/ kelebihan Kelemahan/ keburukan
Tadika Cerdik
Pelangi
Mempunyai taman permainan yang
luas
Harga perkhidmatan yang mahal
Tadika Indah
Permata
Mempunyai discount Masa perkhidmatan yang terhad
Tadika KEMAS Mempunyai peralatan yang
sempurna
Pengambilan pelajar yang agak sedikit
Tadika Dzul-Iman Mempunyai kolaborasi dengan
Universiti Teknologi Petronas
Pengambilan pelajar terhad kepada
staf-staf university berkenaan sahaja
BULAN TAHUN PERTAMA(UNIT) TAHUN KEDUA(UNIT)
JANUARI 20 25
FEBRUARI 20 25
MAC 20 26
APRIL 21 26
MEI 21 26
JUN 23 27
JULAI 23 27
OGOS 23 28
SEPTEMBER 24 28
OKTOBER 25 29
NOVEMBER 25 29
DISEMBER 25 30
JUMLAH 270 326
6.8 Strategi penjualan
Semasa pemasaran tadika taska kami,usaha-usaha promosi,perkhidmatan yang berkualiti dan harga
yang berpatutan tidak akan memeberikan makna selagi tidak dikhabarkan kepada pelangggan.Oleh
yang demikian,sistem perkhidmatan yang efisyen dan berwibawa akan dapat memastikan setiap pakej
dapat dilaksanakna dengan jayanya dan effektif.
Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi promosi iaitu “zero-level channel” yang merupakan
perkhidmatan diskaun,”one-level channel” iaitu diskaun dan diberi buku teks secara percuma bagi 10
orang yang terdahulu mendaftar.
Strategi “zero-channel”
Dalam strategi ini kami akan memberikan diskaun untuk perkhidmatan tadika taska kami
pada awal tahun persekolahan.Strategi ini dapat menarik lebih ramai ibu bapa untuk
mendaftarkan anak mereka ke dalam tadika taska kami.
Strategi “one-channel”
Melalui strategi ini kami akan memberikan diskaun 30% dan buku teks percuma kepada ibu
bapa atau penjaga yang mendaftarkan anak pada awal tahun
persekolahan.Tetapi,perkhidmatan ini hanya diberi kepada 10 yang terawal mendaftar.Strategi
ini dapat membantu syarikat dalam menambahkan lagi bilangan pelanggan yang akan
menggunakan perkhidmatan kami serta dapat menyebar luaskan lagi perkhidmatan tadika
taska kami.
7.0 Rancangan Organisasi
7.1 Matlamat dan Strategi Organisasi
Misi organisasi
a)Menghasilkan pendidik dan tenaga kerja yang mahir dan berwibawa
b)Memastikan perkhidmatan tadika taska kami memberi kepuasan kepada pelanggan
c)Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa yang pendek dan juga dalam jangka
masa yang panjang.
Matlamat Organisasi
Matlamat utama setiap organisasi adalah untuk memperoleh keuntungan dan terus kekal
sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing.Matlamat kami adalah untuk:
a)Memastikan perniagaan terus berjaya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
b)Memastikan hubungan yang baik sesama rakan sekerja,pelanggan dan kanak-kanak
c)Memastikan kebajikan rakan sekerja dan anak didik terjamin.
7.2 Strategi Jangka Pendek
a) Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan
b) Mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan menyediakan prkhidmatan yang terbaik
c) Memaksimumkan keuntungan
d) Memperluaskan pasaran
e) Sentiasa memberikan layanan mesra dan baik kepada pelanggan.
7.3 Strategi Jangka Panjang
a) Sentiasa menyediakan perkhidmatan mengikut piawaian yang ditetapkan.
b) Memaksimumkan kepuasan pelanggan
c) Mengekalkan harga standard
d) Memperluaskan perkhidmatan dengan membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia.
7.4 Carta Organisasi
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus Pengurus
Pemasaran Operasi Kewangan
P.P Kewangan
7.5 : Fungsi dan Tanggungjawab
Pengurus besar
Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat,menentukan misi,memebentuk peraturan
dan prosedur syarikat
Mengawal dan memeberi arahan kepada kakitangan bawahan
Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan
Menjaga kebajikan pekerja
Pengurus pentadbiran
Berfungsi menyusun jadual,menguruskan hal kebajikan pekerja dan produktiviti
perkhidmatan
Mengawal mutu perkhidmatan
Pengurus operasi
Memastikan perkhidmatan bermutu dan berdisiplin
Menyelenggara komen,pendapat dan sebagainya daripada pelanggan
Membuat penyata keperluan taska dan inventori
Memastikan keadaan persekitaran tempat kerja dalam keadaaan kemas dan bersih
Pengurus kewangan
Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang
Melakukan urusam pembahagian keuntungan,penyata untung rugi,penyata pendapatan dan
penyata kira-kira
Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk
dijadikan modal pusingan dan urusan lain yang berkaitan perniagaan
Penolong pengurus kewangan
Membantu pengurus kewangan di dalam segala urusan berkaitan syarikat
7.6 Senarai kakitangan syarikat
Bil Jawatan Bilangan Pekerja
1. Pengurus besar 1
2. Pengurus pentadbiran 1
3. Pengurus operasi 1
4. Pengurus kewangan 1
5. Penolong pengurus kewangan 1
Jumlah 5
7.7 Bayaran imbuhan kepada kakitangan
Cuti sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan ataupun kemalangan semasa
bekerja,pihak syarikat akan memberikan cuti bergaji di samping memberikan rawatan
perubatan percuma.
Cuti tahunan
Pihak syarikat akan memberikan cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu.
Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan biberi kenaikan gaji.Pihak
syarikat juga akan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada peratusan
keuntungan yang diperoleh pada tahun berkenaan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja-pekerja,mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.
8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 Senarai pakej yang ditawarkan
Pakej Pengisian Harga
A Masa : 7pg-7ptg
Perkhidmatan : Penjagaan kesihatan, makanan, berserta buku
bimbingan akademik bagi kanak-kanak yang berusia tiga hingga
lapan tahun.
RM500
B Masa : 12tghari-7ptg
Perkhidmatan : Penjagaan kesihatan, makanan dan bimbingan
akademik bagi kanak-kanak yang berusia tiga hingga lapan tahun
RM400
C Masa : 7pg-7ptg
Perkhidmatan :Penjagaan kesihatan, permakanan bagi kanak-kanak
yg berusia 5bulan hingga 2 tahun.
RM380
8.2 Carta aliran perkhidmatan
PENDAFTARAN
TAKLIMAT KEPADA PENGAGIHAN BUKU
IBUBAPA & JADUAL
PROSES PEMBELAJARAN
8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan
BAHAN KUANTITI HARGA/KUANTITI
(RM)
JUMLAH (RM)
KERUSI 50 RM20 RM1000
MEJA 10 RM50 RM500
PAPAN
PUTIH
5 RM80 M400
PINGGAN 50 RM2 RM100
CAWAN 50 RM1.50 RM75
PEN PAPAN
PUTIH
10 RM5 RM50
BUKU TEKS 3X30 RM3 RM90
TIKAR 5 RM25 RM125
LANGSIR 5 SET RM150 RM750
RAK BUKU 2 RM180 RM360
RAK KASUT 2 RM60 RM120
KOMPUTER 3 RM2000 RM6000
BANTAL 10 RM10 RM100
TOTO 5 RM30 RM150
PERIUK
NASI
2 RM45 RM90
PEMANAS
AIR
2 RM25 RM50
SELIMUT 5 RM10 RM50
PERKAKAS
AMALI
5SET RM100 RM500
PERALATAN
SUKAN
5 SET RM100 RM500
KIPAS 6 RM150 RM900
JUMLAH RM11910
8.5 Perabot dan kelengkapan
Tadika taska kami dilengkapi perabot seperti meja,kerusi,rak buku dan juga rak kasut yang terjamin
kualitinya.Alatan amali dan juga kelengkapan elektrik yang kami gunakan juga telah dijamin
keselamatannya oleh pihak sirim.Tadika taska kami juga dilengkapi dengan ruang menonton,ruang
makan dan ruang pengajaran serta pembelajaran yang luas dan teratur.
9.0 Rancangan Kewangan
9.1 Kos projek
Perkara Unit Status Nilai(RM)
Bangunan 1 Sewa RM8400 (RM700/Bulan)
Perabot 12 Belian tunai RM860
Komputer 3 Belian tunai RM6000
Jumlah 15 RM15260
9.2 Sumber Pembiayaan
Modal Sendiri(Rakan Kongsi) Nilai Sumbangan
Nur Hafizzah binti Abdul Kudus RM20000
Aina Adilah binti Muhd Sulaiman RM15000
Nur Ain Asilah binti Azmi RM15000
Nur Syamira binti Ariff RM15000
Nurul Nadiah binti Shahrim RM18000
9.3 Tujuan Pinjaman
Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syraikat. Pinjaman dibuat
melalaui Bank Bumiputera-Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangkamasa pembayaran balik
pinjaman RM100000 adalah selama 5 tahun.
9.4 Jadual Bayaran Balik Pinjaman
Jumlah Pinjaman : RM100000
Kadar Faedah : 5%
Jangka Bayar Balik : 5 tahun
Kaedah : Bayaran bulanan
Tahun Pokok(RM) Faedah(RM) Jumlah Bayaran(RM) Baki Pinjaman(RM)
1 20000 5000 25000 80000
2 20000 5000 25000 60000
3 20000 5000 25000 40000
4 20000 5000 25000 20000
5 20000 5000 25000 0
9.5 Jadual Susut Nilai Aset Tetap
9.6 Aliran Tunai
TADIKA TASKA GENIUS
Penyata Aliran Tunai
Bagi Tahun 2014
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK
AKTIVITI TEMPOH
Tinjauan Pemasaran
Tiga Bulan
Penyediaan Perancangan Perniagaan
Sebulan
Permohonan Pinjaman Enam Bulan
Penyediaan Hasil Satu Tahun
11.0 RUMUSAN
Daripada perancangan yang telah kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu Tadika
Taska Genius Enterprise, sebuah perniagaan yang berasakan perkhidmatan penjagaan,asuhan dan
bimbingan kanak-kanak mampu untuk melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing
secara sihat dengan syarikat-syarikat perkhidmatan kanak-kanak yang lain.
Dengan modal yan mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka kami optimis
dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak kira yang muda atau
yang tua, miskin atau kaya, masing-masing menitikberatkan pendidikan anak-anak mereka yang
masih kecil walaupun sibuk bekerja.
Dalam strategi rapi yang telah kami aturkan,kami mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang
telah sedia ada. Dalam bahagian operasi, kami menggunakan perkhidmatan guru-guru yang
berpengalaman dan kami juga telah melatih dan menghantar staf kami untuk ke kursus pendidikan
awal kanak-kanak. Dengan ini, kami berupaya memberi perkhidmatan yang terbaik. Kami juga amat
yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang dengan cawangan-cawangan di kawasan lain
diamasa hadapan, selaras dengan perkembangan pendidikan.