rancangan pelajaran kelas dewasa orang asli-rancangan mengajar

23
BUKU RANCANGAN PELAJARAN KELAS KEDAP SK BUKIT ROK

Upload: hafiz-awan-nano

Post on 14-Feb-2015

151 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

BUKU RANCANGAN PELAJARAN KELAS KEDAP SK BUKIT ROK

Page 2: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2013

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Selasa

TARIKH : 16 April 2013

TEMA : Kekeluargaan

SUB TEMA : Mengenal Diri

H/Pemb. : Mengira;

Membandingkan kuantiti besar dan kecil

Menggunakan perkataan ‘lebih’, ‘kurang’, ‘banyak’, ‘sedikit’.

Fungsian;

Menyatakan maklumat diri

Menyatakan maklumat keluarga

BBM : Slide Power point, kad gambar keluarga, kad gambar objek.

Aktiviti :

1. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid

2. Sesi berkenalan diantara guru dan murid.

3. Guru menggunakan power point untuk membandingkan objek banyak

dan sedikit.

a. Guna objek yang dekat dengan alam semulajadi orang asli

seperti sumpit, binatang liar dan sebagainya.

b. Murid menyatakan dan bandingkan objek menggunakan

perkataan ‘lebih’, ‘kurang’, ‘banyak’, ‘sedikit’.

4. Sesi latihan murid

5. Sesi refleksi tentang apa yang dipelajari dan kepentingan dan perkaitan

dengan alam orang asli.

Page 3: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 04 Julai 2012

TEMA : Kekeluargaan

SUB TEMA : Mengenal Diri

H/Pemb. : Mengira;

Menama dan menentukan nilai nombor bulat hingga 10

Menulis angka hingga 10

Fungsian;

Menyatakan maklumat saudara terdekat

Menyatakan peranan ibu bapa dalam keluarga

BBM : Slide Power point, kad gambar keluarga, kad gambar objek dan lembaran kerja

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Permainan kerusi beracun

a. Murid dikehendaki berebut kerusi yang disediakan di mana

setiap kerusi diletakkan nombor 1-10

b. Murid yang berjaya duduk setiap kali muzik dimatikan akan

mengumpulkan sebanyak mana kad nombor dan dikira

pemenang

2. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan mengenal

nombor.

3. Guru mengenalkan angka 1-10 dengan menggunakan dekak bagi

menggambarkan nilai angka dengan bilangan objek.

4. Murid dipilih secara rawak untuk menerangkan tentang bilangan

saudara terdekat. Contoh;

a. Anda ada bera anak saudara lelaki?

b. Anda ada bera sepupu lelaki?

5. Sesi latihan.

6. Sesi refleksi tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak

terutama di dalam pendidikan.

Page 4: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 09 Julai 2012

TEMA : Kekeluargaan

SUB TEMA : Mengenal Diri

H/Pemb. : Mengira;

Menama dan menentukan nilai nombor bulat hingga 10

Menulis di dalam perkataan nombor 1 hingga 10

Fungsian;

Menyatakan peranan ibu bapa dalam keluarga

BBM : Slide Power point, kad perkataan mengikut suku kata dan lembaran kerja

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Menyanyi lagu sepuluh budak hitam

2. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan mengenal

nombor seperti dapat tahu no kad pengenalan, no telefon dan nilai

wang.

3. Guru mengulang kaji pelajaran angka 1-10 dengan menggunakan dekak

bagi menggambarkan nilai angka dengan bilangan objek.

4. Guru menampal suku kata 1-10 di dalam perkataan dan membimbing

murid mengejanya bersama-sama.

5. Sesi latihan.

a. Murid membuat latihan mencari perkataan 1-10 di dalam ‘word

maize’

b. Murid menyambung nombor 1-10 untuk membentuk objek

tertentu

6. Sesi refleksi tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak

terutama di dalam pendidikan.

Page 5: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 12 Julai 2012

TEMA : Kesihatan

SUB TEMA : Kesihatan & Keluarga

H/Pemb. : Mengira;

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua

nombor satu digit.

Fungsian;

Menyatakan kepentingan kesihatan diri dan keluarga

BBM : Slide Power point, kad objek, kad simbol dan kotak beracun.

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Permainan kotak beracun.

a. Murid menggerakkan kotak sehingga muzik dihentikan dan mengambil

kertas di dalam kotak dan menyebut nombor misteri.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menggunakan power point untuk melakukan sedikit ulangkaji

nombor 1-10.

a. Murid membilang objek yang ditayangkan dan menyatakan nilai

nombor tersebut.

4. Guru gunakan powerpoint untuk menerangkan konsep tambah;

a. Guna dua objek apabila digabungkan (samada BERTAMBAH / BERKURANG)

5. Guru menunjukkan simbol + dan =

6. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk

ayat matematik

7. Sesi latihan.

8. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan

memberus gigi 3 kali sehari, mandi 3 kali sehari dan mengetip kuku

seminggu sekali.

Page 6: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 18 Julai 2012

TEMA : Kesihatan

SUB TEMA : Penyakit

H/Pemb. : Mengira;

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua

nombor satu digit.

Fungsian;

Menyatakan cara pencegahan penyakit

BBM : Slide Power point, kad objek, kad simbol.

Aktiviti :

1. House keeping;

a. Pemberian baju T.Shirt KEDAP.

2. Sesi didik hibur: Tikus kesayangan saya

a. Murid dikehendaki dan dibimbing cara melukis tikus. Tujuannya untuk

melembutkan pergerakan tangan murid agar lebih cekap dan selesa.

b. Hasil murid dipaparkan di papan putih.

3. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

4. Guru menggunakan power point menerangkan sedikit konsep tambah

dan pengukuhan tentang apa yang dipelajari sebelum ini.

5. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk

ayat matematik.

6. Sesi latihan.

7. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan cara

mencegah. Baju yang diterima hendaklah dibasuh selepas digunakan

untuk mengelakkan kuman berjangkit.

Page 7: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 25 Julai 2012

TEMA : Kesihatan

SUB TEMA : Makanan

H/Pemb. : Mengira;

Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua

nombor satu digit.

Fungsian;

Menyatakan makanan berkhasiat.

BBM : Slide Power point, lembaran kerja, kertas barangan tersorok .

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Mencari barangan tersorok

a. Murid dikehendaki mencari barangan tersorok di dalam gambar dan

mewarnakannya.

b. Murid membilang hasil dapatan dan menulis nombor di dalam angka

dan perkataan.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru membimbing murid melengkapkan ayat matematik yang

dikosongkan. Contoh;

4. Sesi latihan.

5. Sesi refleksi tentang apa yang dimaksudkan makanan berkasiat;

a. Guru menayangkan gambar jenis makanan yang perlu dimakan

dan perlu dikurangkan

b. Penerangan kebaikan dan keburukan.

+ =

Page 8: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 30 Julai 2012

TEMA : Kesihatan

SUB TEMA : Penyakit

H/Pemb. : Mengira;

Melengkapkan ayat matematik mudah

Fungsian;

Menyatakan cara pencegahan penyakit

BBM : Slide Power point, lembaran kerja hasil tambah kon ice cream

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Tayangan video National Geography;

a. Sebelum menayangkan guru bertanya pada murid jika merek a

tahu ular anaconda bertelur @ beranak?

b. Guru memberikan jawapan dengan menayang video ringkas

tentang ular anaconda.

c. Sesi soal jawab mudah: 1-Berapa ekor anak aconda yang mati?

2-Berapa ekor yang hidup?

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menunjukkan apa yang perlu dibuat murid;

a. Murid dikehendaki menggunting kon ice-cream yang

mempunyai soalan tambah mudah. Cth: 1. 3+5= 2. 4+5=

b. Murid dikehendaki memadankan dengan ice-cream yang

mengandungi jawapan hasil tambah mudah. Cth: 8, 7, 6, 3

4. Sesi refleksi tentang apa kepentingan menjaga kesihatan dengan cara

mencegah seperti cara membasuh tangan yang betul.

Page 9: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 2 Ogos 2012

TEMA : Kesihatan

SUB TEMA : Kesihatan & Keluarga

H/Pemb. : Mengira;

Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan

hasil tambah tidak lebih daripada 10

Fungsian;

Menyatakan punca penyakit

BBM : Dekak, lembaran kerja, komputer.

Aktiviti :

1. House keeping;

a. Pemberian duit kehilangan pendapatan dan makanan kepada

murid KEDAP

2. Sesi didik hibur: Memancing nombor

a. Murid dikehendaki memancing 2 nombor di lantai menggunakan

model pancing.

b. Murid dikehendaki menyebutkan hasil tambah dua nombor yang

dipancing.

3. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

4. Permainan kotak beracun;

a. Murid dikehendaki menjawab soalan kotak beracun dnegan

spontan bagi hasil tambah nombor.

5. Sesi refleksi tentang apakah punca penyakit seperti Denggi dan

keracunan makanan. Perbincangan dua hala.

Page 10: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 9 Ogos 2012

TEMA : Kekeluargaan

SUB TEMA : Saya dan keluarga

H/Pemb. : Mengira;

Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20

Fungsian;

Menyatakan maklumat keluarga

BBM : Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Bermain boling nombor 1-10

a. Murid-murid menyatakan nombor yang Berjaya dijatuhkan.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menayangkan slide powerpoint tentang gambaran awal nilai 1 -20

a. Di dalam powerpoint diletakkan bilangan objek sehingga 20

b. Murid dilatih membilang menggunakan dekak dan membilang 1-

20.

4. Sesi refleksi tentang kepentingan mengetahui maklumat keluarga

berdasarkan yang memerlukan pengetahuan mengenai nombor seperti

umur anak, tarikh lahir anak, no telefon saudara mara dan sebagainya.

Page 11: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 14 Ogos 2012

TEMA : Kekeluargaan

SUB TEMA : Saya dan keluarga

H/Pemb. : Mengira;

Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20

Menulis angka sehingga 20

Fungsian;

Menyatakan maklumat saudara-saudara terdekat

BBM : Gambar saudara-mara di dalam slide, Dekak, powerpoint, pembilang

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Word Maize dan Nanyian hibur

a. Murid mencari nombor dalam lingkungan 1-10 yang ditulis

dalam bentuk perkataan di dalam puluhan huruf.

b. Murid menyanyi lagu anak itik tok wi bersama-sama

menggunakan video karaoke.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menayangkan slide powerpoint ;

a. Guru menayangkan slide yang menunjukkan bilangan anak

saudara lelaki dan perempuan yang mewakili nilai sesuatu

nombor dari 11-20.

b. Murid dikehendaki membilang bersama-sama guru dan

mengenali angka nombor 11-10.

c. Guru memberikan tips bagaimana mengenalpasti nombor belas.

4. Sesi latihan secara individu

5. Sesi refleksi tentang kepentingan saudara mara di dalam kehidupan

seharian.

Page 12: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Isnin

TARIKH : 27 Ogos 2012

TEMA : Sivik dan Alam Sekitar

SUB TEMA : Hubungan dengan keluarga

H/Pemb. : Mengira;

Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20

Menulis nombor di dalam perkataan

Fungsian;

Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik di dalam keluarga

BBM : Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Jigsaw Puzzle

a. Murid dikehendaki melengkapkan gambar dengan menjawab

soalan mudah hasil tambah dalam lingkungan 1-10

b. Gambar tersebut adalah gambar keluarga yang duduk bersama

bergambar dalam suasana bahagia

c. Guru merefleksi pemikiran murid tentang objektif fungsian iaitu

cara kekalkan hubungan baik di dalam keluarga

d. Guru dan murid menyanyi lagu secara berkaraoke lagu Satu

nyanyian Aris Ariwatan.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menayangkan slide powerpoint

a. Guru menayangkan angka diikuti dengan nama angka di dalam

perkataan yang ditulis dalam bentu suku kata berwarna

b. Guru membimbing murid mengeja nombor di dalam perkataan

bagi no 11-20.

4. Latihan individu dan sesi refleksi tentang keperluan ada hubungan yang

baik dengan anak dan batasan di dalam memenuhi keperluan anak.

Page 13: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 30 Ogos 2012

TEMA : Sivik & Alam Sekitar

SUB TEMA : Huungan dengan masyarakat

H/Pemb. : Mengira;

Menamakan dan menentukan nilai nombor bulat hingga 20

Menulis nombor di dalam angka

Menulis nombor di dalam perkataan

Fungsian;

Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat

BBM : Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur:

a. Tayangan fun video.

b. Nyanyian lagu 1 Malaysia, Lagu Kebangsaan dan lagu patriotic

c. Murid mewarnakan poster hari Kebangsaan saiz A4.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Sesi Kraftangan menggunakan playdough;

a. Murid dikehendaki menggunakan dough berwarna dan

membentukkan nombor 1-20 mengikut kumpulan dan juga

membina perkataan menggunakan dough tersebut.

4. Sesi refleksi tentang kepentingan hidup bermasyarakat dalam berbilang

kaum, jaga kesensitifan kaum lain dan kepentingan saling hormat

menghormati di antara satu sama lain.

Page 14: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 5 September 2012

TEMA : Ekonomi

SUB TEMA : Pekerjaan Saya

H/Pemb. : Mengira;

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua

nombor satu digit sehingga 20

Fungsian;

Menyedari kepentingan pekerjaan sebagai sumber pendapatan

BBM : Powerpoint, laptop, LCD, Lembaran kerja

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Snake and Ladder

a. Murid bermain dalam kumpulan 4 orang permainan snake and

ladder.

b. Murid yang mendapat ladder akan berpeluang menambah gerakan

pintas dan murid yang terkena snake, nombornya akan menyusut.

Murid yang berjaya sampai ke nombor 20 dikira pemenang.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini tentang symbol + dan =

3. Tayangan powerpoint

a. Guru mengulangkaji pelajaran lepas tentang konsep tambah

iaitu nombor yang ditambah akan menjadi lebih besar. Ulangan

penekanan symbol + dan =

b. Guru menayang objek dalam dua kumpulan berbeza bilangan

dan dicampurkan. Murid dibimbing membina aya matematik

daripadanya.

4. Sesi refleksi tentang kepentingan pekerjaan di dalam menyara hidup.

Guru menekankan setiap pekerjaan ada sumbangan terhadap negara.

Page 15: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Selasa

TARIKH : 11 September 2012

TEMA : Ekonomi

SUB TEMA : Menambah pendapatan

H/Pemb. : Mengira;

Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah melibatkan dua

nombor satu digit sehingga 20.

Fungsian;

Mempunyai pengetahuan menambah pendapatan.

BBM : lembaran barang tersorok, Pembaris, lembaran kerja, powerpoint slide komputer.

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Mari Berehat sebentar (mencari barang tersorok)

a. Murid mencari barang tersorok dan menandakan di dalam

kertas dan mewarnakannya.

b. Murid mengira dan mengelaskan mengikut jenis barang.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru membimbing murid melengkapkan ayat matematik yang

dikosongkan bagi objek sehingga 20 menggunakan slide. Contoh;

4. Sesi latihan.

5. Sesi refleksi tentang cara menambah pendapatan

a. Guru menayangkan pelbagai jenis kerja sampingan yang boleh

dilaksanakan seperti kraftangan berasaskan surat khabar, rotan,

buluh dan sebagainya.

b. Penerangan kebaikan dan keburukan.

+ =

Page 16: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 13 September 2012

TEMA : Ekonomi

SUB TEMA : Menambah pendapatan

H/Pemb. : Mengira;

Melengkapkan ayat matematik mudah melibatkan hasil tambah

sehingga 20

Fungsian;

Mengetahui cara kaedah bagaimana menambah pendapatan

BBM : Pembaris, lembaran kerja, powerpoint slide computer

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur:

a. Setiap kumpulan menari tarian sewang selama 10 minit sebagai

satu cara senaman.

b. Nyanyian 1 Malaysia dan lagu Kebangsaan sempena Hari Satu

Malaysia yang jatuh pada 16 September 2012.

c. Penerangan mengenai Sejarah Penubuhan Malaysia dan hak

kaum peribumi.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru menayangkan slide computer dan membimbing murid mengira

hasil tambah bagi ayat matematik mudah. Cotoh; 12 + 6 = ____

a. Guru membimbing murid mengira menggunakan nombor pada

pembaris. Contoh;

4. Sesi refleksi tentang cara-cara menambah pendapatan seperti bercucuk

tanam dan menjual pada peraih atau menjual di kedai sayur.

Perbincangan pelbagai hala dan sumbangsaran.

Page 17: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Rabu

TARIKH : 19 September 2012

TEMA : Ekonomi

SUB TEMA : Pekerjaan

H/Pemb. : Mengira;

Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan

hasil tambah tidak lebih daripada 20

Fungsian;

Menyedari kepentingan pekerjaan sebagai sumber pendapatan

BBM : Dekak, lembaran kerja, powerpoint slide computer dan kertas origami

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Origami

a. Murid dibimbing membuat origami mengikut panduan yang

diberikan

b. Murid membuat origami itik, kapal terbang, sampan, bintang

dan sebagainya.

c. Guru merefleksi pemikiran murid tentang kepentingan inovasi

di dalam pekerjaan dan kebolehan untuk mencuba sesuatu yang

baru dalam menjana pendapatan.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Permainan kotak beracun;

a. Murid dikehendaki menjawab soalan kotak beracun dnegan

spontan bagi hasil tambah nombor sehingga 20.

4. Latihan

5. Sesi refleksi tentang pekerjaan walaupun hanya penoreh getah tetapi

hasil getah adalah salah satu pendapatan utama Negara. Memberi

peransang kepada murid bahawa mereka juga memberi sumbangan

kepada ekonomi Negara.

Page 18: Rancangan Pelajaran Kelas Dewasa Orang Asli-rancangan Mengajar

RANCANGAN PELAJARAN

KELAS DEWASA ORANG ASLI & PENAN (KEDAP)

SK BUKIT ROK BERA PAHANG 2012

KEMAHIRAN MENGIRA

HARI : Khamis

TARIKH : 27 September 2012

TEMA : Sivik dan Alam Sekitar

SUB TEMA : Hubungan dengan masyarakat

H/Pemb. : Mengira;

Melengkapkan ayat matematik mudah melibatkan hasil tambah

sehingga 20

Fungsian;

Menyatakan cara mengekalkan hubungan baik di dalam masyarakat

BBM : Pembaris, muzik beracun, slide computer, lembaran kerja, dan keratan rentas rumah

Aktiviti :

1. Sesi didik hibur: Permainan muzik beracun.

a. Murid menggerakkan objek sehingga muzik dihentikan dan menjawab

soalan spontan guru tentang hasil tambah sehingga 20.

2. Guru mengaktifkan pengalaman sedia ada murid tentang apa yang telah

dipelajari sebelum ini.

3. Guru gunakan powerpoint untuk menerangkan konsep tolak;

a. Satu kumpulan objek apabila dibuang atau dipotong

(samada BERTAMBAH / BERKURANG)

4. Guru menunjukkan simbol - dan =

5. Guru membimbing murid tukarkan perwakilan gambar dalam bentuk

ayat matematik

6. Sesi latihan.

7. Sesi didik hibur 2: Tayangan video fun

8. Murid berkumpul di dalam kumpulan dan menggunting keratan rentas

rumah dan memasang siapkan rumah tersebut.

a. Sesi refleksi tentang apa yang dapat dipelajari apabila memasang rumah

bersama. Murid diterangkan tentang kerjasama dalam masyarakat dan

juga kesefahaman dapat menyelesaikan banyak perkara.