ramalan sejarah spm2010

31
TAMADUN INDUS LOKASI ( S : NYATAKAN LOKASI TERBENTUKNYA LOKASI TAMADUN INDUS ) Tamadun Indus terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai Indus berpunca dari Pergunungan Himalaya yang mengalir ke Laut Arab. Tamadun ini dikenali dengan Tamadun Harappa ( sempena nama bandar ) dalam tamadun ini. Tamadun ini dikelilingi oleh Banjaran Makram , Pergunungan Baluchistan , Punjab dan Rajestan ( Timur ) dan Kathiawar dan Gujerat ( Tenggara ). ( RUJUK M/S 23 ) KERANGKA MASA ( S : NYATAKAN KERANGKA MASA KEMUNCULAN TAMADUN INDUS ) Tamadun Indus muncul sekitar 2500 SM dan mula merosot pada tahun 1800 SM.tamadun ini mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam ( banjir , kemarau , gempa bumi ). ( RUJUK M/S 23 ) PROSES PEMBENTUKAN ( S : BAGAIMANAKAH TAMADUN INDUS TERBENTUK ? ) Tamadun Indus terbentuk di bahagian barat apabila terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad dan menyara hidup dengan cara memburu dan mengumpul makanan.Penduduk ini telah membentuk penempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Penempatan wujud kerana sungai Indus menyediakan sumber air dan menyuburkan tanah. Selain itu, kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Penempatan kekal telah membentuk dua bandar terkenal di Lembah Indus iaitu Mohenjo – Daro dan Harappa ( RUJUK M/S 24 ) CIRI –CIRI TAMADUN 1. PENEMPATAN KEKAL ( S : APAKAH KEISTIMEWAAN BANDAR MOHENJO-DARO DALAM TAMADUN INDUS ? ) Keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus ialah terbentuknya bandar terancang. Bandar ini terbahagi dua bahagian dan dikelilingi tembok. Bahagian utama terdiri daripada pusat pentadbiran dan keagamaan ( menempatkan bangunan pentadbiran , tempat mandi awam untuk upacara ritual dan pembersihan ) dan tempat penyimpanan hasil makanan.Bahagian kedua ialah kawasan perumahan. Tamadun ini dikelilingi tembok-tembok. Pembinaan bandar dalam tamadun ini dirancang begitu rapi terutama dari segi susun atur yang sistematik. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan dari Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir. Bandar disusun berasaskan blok –blok bentuk segiempat dengan setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Bandar dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah. Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian. ( RUJUK M/S 24 ) KEMAHIRAN MASYARAKAT MEMBINA BANDAR TERANCANG ( S : NYATAKAN SEBAB-SEBAB MASYARAKAT INDUS DAPAT MEMBINA BANDAR TERANCANG ) Sebab-sebab masyarakat indus dapat membina bandar terancang kerana berpengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian dan teknologi pembakaran batu bata. Pengetahuan yang diperolehi hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir. 2.ORGANISASI SOSIAL ( S : NYATAKAN ORGANISASI MASYARAKAT LEMBAH INDUS ) Organisasi masyarakat lembah indus terbahagi dua iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama berkaitan keagamaan. Ahli sejarawan berpendapat bahawa pemerintahan dipegang oleh pendeta. Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. Buruh menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan bandar , membina tembok dan membina terusan. ( RUJUK M/S 25 ) 3.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN ( S : JELASKAN PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS ) PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS ialah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , pertanian , pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan melibatkan perdagangan dengan pihak luar termasuk dengan Mesopotamia. Hubungan ini dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia. Hasil perdagangan lain ialah emas , gading gajah , manik dan hasil pertanian. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam tanaman seperti barli , kacang dan lain – lain. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan barangan tembikar. ( RUJUK M/S 26 ) 4.KEPERCAYAAN ( S : TERANGKAN AMALAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDUS ) Amalan agama dan kepercayaan masyarakat indus dilihat mempunyai satu amalan agama. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Penemuan patung Proto – Siva menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk (melambangkan Dewa Brahma , Vishnu dan Siva ).

Upload: matt-abdullah-matt

Post on 20-Jun-2015

3.292 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ramalan SEJARAH spm2010

TAMADUN INDUSLOKASI( S : NYATAKAN LOKASI TERBENTUKNYA LOKASI TAMADUN INDUS )Tamadun Indus terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai Indus berpunca dari Pergunungan Himalaya yang mengalir ke Laut Arab. Tamadun ini dikenali dengan Tamadun Harappa ( sempena nama bandar ) dalam tamadun ini. Tamadun ini dikelilingi oleh Banjaran Makram , Pergunungan Baluchistan , Punjab dan Rajestan ( Timur ) dan Kathiawar dan Gujerat ( Tenggara ).( RUJUK M/S 23 )

KERANGKA MASA( S : NYATAKAN KERANGKA MASA KEMUNCULAN TAMADUN INDUS )Tamadun Indus muncul sekitar 2500 SM dan mula merosot pada tahun 1800 SM.tamadun ini mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam ( banjir , kemarau , gempa bumi ).( RUJUK M/S 23 )

PROSES PEMBENTUKAN( S : BAGAIMANAKAH TAMADUN INDUS TERBENTUK ? )Tamadun Indus terbentuk di bahagian barat apabila terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad dan menyara hidup dengan cara memburu dan mengumpul makanan.Penduduk ini telah membentuk penempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Penempatan wujud kerana sungai Indus menyediakan sumber air dan menyuburkan tanah. Selain itu, kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Penempatan kekal telah membentuk dua bandar terkenal di Lembah Indus iaitu Mohenjo – Daro dan Harappa( RUJUK M/S 24 )

CIRI –CIRI TAMADUN1. PENEMPATAN KEKAL( S : APAKAH KEISTIMEWAAN BANDAR MOHENJO-DARO DALAM TAMADUN INDUS ? )Keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus ialah terbentuknya bandar terancang. Bandar ini terbahagi dua bahagian dan dikelilingi tembok. Bahagian utama terdiri daripada pusat pentadbiran dan keagamaan ( menempatkan bangunan pentadbiran , tempat mandi awam untuk upacara ritual dan pembersihan ) dan tempat penyimpanan hasil makanan.Bahagian kedua ialah kawasan perumahan. Tamadun ini dikelilingi tembok-tembok. Pembinaan bandar dalam tamadun ini dirancang begitu rapi terutama dari segi susun atur yang sistematik. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan dari Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir. Bandar disusun berasaskan blok –blok bentuk segiempat dengan setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Bandar dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah. Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.( RUJUK M/S 24 )

KEMAHIRAN MASYARAKAT MEMBINA BANDAR TERANCANG ( S : NYATAKAN SEBAB-SEBAB MASYARAKAT INDUS DAPAT MEMBINA BANDAR TERANCANG ) Sebab-sebab masyarakat indus dapat membina bandar terancang kerana berpengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian dan teknologi pembakaran batu bata. Pengetahuan yang diperolehi hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir.

2.ORGANISASI SOSIAL( S : NYATAKAN ORGANISASI MASYARAKAT LEMBAH INDUS ) Organisasi masyarakat lembah indus terbahagi dua iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama berkaitan keagamaan. Ahli sejarawan berpendapat bahawa pemerintahan dipegang oleh pendeta. Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa. Buruh menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan bandar , membina tembok dan membina terusan.( RUJUK M/S 25 )

3.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN( S : JELASKAN PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS )PENGKHUSUSAN KERJA MASYARAKAT INDUS ialah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , pertanian , pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan melibatkan perdagangan dengan pihak luar termasuk dengan Mesopotamia. Hubungan ini dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia. Hasil perdagangan lain ialah emas , gading gajah , manik dan hasil pertanian. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam tanaman seperti barli , kacang dan lain – lain. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan barangan tembikar.( RUJUK M/S 26 )

4.KEPERCAYAAN( S : TERANGKAN AMALAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDUS )Amalan agama dan kepercayaan masyarakat indus dilihat mempunyai satu amalan agama. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan. Penemuan patung Proto – Siva menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk (melambangkan Dewa Brahma , Vishnu dan Siva ). Kewujudan patung ini sangat penting terutama berkaitan dengan agama Hindu. Masyarakat Indus mempercayai Tuhan Ibu ( melambangkan kesuburan ).( RUJUK M/S 26 )

5. SISTEM PENULISAN( S : APAKAH SISTEM TULISAN YANG DIHASILKAN OLEH MASYARAKAT INDUS )Sistem tulisan yang dihasilkan oleh masyarakat indus berbentuk piktograf. Tulisan ini masih menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

( RUJUK M/S 26 )SUMBANGAN( S : APAKAH FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT INDUS YANG DIKAGUMI DALAM PERANCANGAN BANDAR )@ ( S : APAKAH SUMBANGAN TAMADUN INDUS KEPADA DUNIA )Sumbangan tamadun indus kepada dunia ialah keupayaan tamadun ini mengeksploitasikan kelebihan yang dimiliki untuk memudahkan kehidupan (mengeksploitsi sungai Indus untuk kehidupan mereka ). Tamadun ini berkeupayaan untuk mengwujudkan bandar terancang seperti Mahenjo - Daro dan Harappa. Masyarakat dalam tamadun ini mempunyai pemahaman mengenai ilmu geometri , kesenian dan matematik. Kecemerlanang dan perancangan bandar dikait rapat dengan kemajuan bidang geometri dan pembinaan. Saelain itu, pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segiempat diikuti jalan yang lurus. Masyarakat Indus berusaha meningkatkan mutu pembinaan. Batu bata dihasilkan melalui pembakaran pada suhu yang tinggi dan tidak bergantung pada panas matahari. Sifat keterbukaan ialah membuat hubungan dengan tamadun lain.Tamadun Indus membuktikan sesebuah masyarakat tidak akan cemerlang tanpa membuat hubungan serta bertukar pendapat dengan pihak lain.Hubugan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir telah memberi manafaat seperti pertukaran teknologi.Segala pengaruhi dari luar disesuaikan dengan keadadaan suasana tempatan. Tamadun Indus menunjukkan bahawa keamanan merupakan elemen penting

Page 2: ramalan SEJARAH spm2010

dalam proses pembinaan tamadun. Tamadun Indus mengajar bahawa kedamaian dan keamanan tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk capai kemajuan dan kecemerlangan. Tamadun ini telah membina Great Bath untuk tujuan keagamaan dan pembersihan.( RUJUK M/S 27 )

BUKTI KEMATANGAN TAMADUN INDUS.( S : MENGAPAKAH TAMADUN INDUS DIANGGAP MATANG? )Tamadun Indus dianggap matang kerana melalui pencapaian yang cemerlang dalam bidang perancangan bandar, kegiatan ekonomi , aspek kerohanian dan kepercayaan.Kecemerlangan yang dicapai tidak hanya bergantung pada kelebihan geografi tetapi kreativiti masyarakat.( RUJUK M/S 28 )

TAMADUN HWANG HO( S : SENARAIKAN TIGA DINASTI AWAL DALAM TAMADUN HWANG HO )

i. Dinasti Hsia ( 2205 – 1766 SM )ii. Dinasti Shang ( 1766 – 1050 SM )iii. Dinasti Chou ( 1050 – 256 SM )

LOKASI( S : NYATAKAN LOKASI PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO )LOKASI PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO telah muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Sg Hwang Ho ( Sg Kuning ). Sungai Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China ( 5464 KM - di bahagian utara China ). Sungai ini mengalir dari kawasan Tanah Tinggi di barat Teluk Bo Hai di sebelah Timur. Lokasi ini terletak jauh dari pusat-pusat tamadun dunia lain. Bentuk fizikal tamadun ini yang bergunung – ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.( RUJUK M/S 28 )

KERANGKA MASA( S : NYATAKAN KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO TERBENTUK )KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO TERBENTUK daripada jumpaan tengkorak homo sapien ( Peking Men - hidup sekitar 400 000 SM.) . Dinasti beraja pertama diasaskan oleh Dinasti Hsia ( 2205 – 1766 SM ) tetapi tiada bukti kewujudan dinasti ini. Dinasti Shang telah wujud ( 1766 – 1050 SM ) terbukti dengan perjumpaan arkeologi. Penghujung pemerintahan Dinasti Shang telah muncul kebangkitan hamba menentang kezaliman pemerintahan Raja Shang. Suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei menggantikan pemerintahan Shang ( 1050 SM – 2568 SM ).( RUJUK M/S 29 )

PROSES PEMBENTUKAN( S : HURAIKAN PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO )PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO berlaku di kawasan Hwang Ho merupakan kawasan yang subur. Keadaan ini telah menarik penduduk nomad untuk menetap dan membina penempatan. Tapak Banpo ( berdekatan bandar Sian ) merupakan penempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian . penternakan , mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan penempatan awal telah melahirkan bandar seperti Anyang. Dinasti Shang telah membawa kerajaan , perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini telah tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yang Tze.( RUJUK M/S 29 )

CIRI –CIRI TAMADUN1.NEGARA KOTA( S : JELASKAN PROSES PEMBENTUKAN NEGARA KOTA TAMADUN HWANG HO )PROSES PEMBENTUKAN NEGARA KOTA dalam TAMADUN HWANG HO disebabkan berlaku penempatan awal berasaskan pertanian dan membawa kemunculan bandar. Bandar Anyang merupakan salah satu negara kota dan terletak di kawasan Tanah Tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana , kuil dan pusat pentadbiran. Selain itu, Raja , golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dikelilingi tembok untuk menghalang pencerobohan musuh. Bandar ini turut dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.( RUJUK M/S 30 - 31 )

2.ORGANISASI SOSIAL ( S : HURAIKAN ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT DINASTI SHANG DALAM TAMADUN HWANG HO )ORGANISASI SOSIAL MASYARAKAT DINASTI SHANG DALAM TAMADUN HWANG HO terdiri daripada golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas dan diterajui oleh Raja. Golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa dan menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk dan mendiami sekeliling negara kota. Artisan berkemahiran dan menguasai teknologi gangsa untuk menghasilkan senjata , perisai dan hiasan. Golongan yang paling bawah dalam sistem sosial masyarakat.( RUJUK M/S 31 )

3.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN( S : NYATAKAN CIRI-CIRI PENGKHUSUSAN PEKERJAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO )CIRI-CIRI PENGKHUSUSAN PEKERJAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO ialah Golongan pembesar memiliki tentera sendiri yang terdiri tentera berkuda dan tentera berjalan kaki. Petani sebagai tunggak ekonomi dan pentadbiran serta berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Artisan mereka cipta barangan tembaga ( bekas minuman , makanan , senjata dan tembikar ). Hamba berfungsi sebagai tentera paksaan , melakukan kerja buruh dan untuk tujuan korban dalam acara keagamaan.( RUJUK M/S 30 )

4.SISTEM PEMERINTAHAN( S : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI SHANG )SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI SHANG ialah dinasti ini mengamalkan sistem beraja. Pengganti raja terdiri daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja – raja Shang yang dilantik berwibawa dalam bidang ekonomi , politik , sosial dan agama. Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan. Raja – raja Shang tidak memerlukan pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan agama. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan untuk mentadbir wilayahnya. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal pungutan cukai , pertahanan dan undang – undang.( RUJUK M/S 31 )

KEJATUHAN DINASTI SHANG( S : MENGAPAKAH DINASTI SHANG MENGALAMI KEJATUHAN )DINASTI SHANG MENGALAMI KEJATUHAN disebabkan berlaku pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan kezaliman pemerintahan Dinasti Shang . Suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pemerintahan Shang dan menggantikannya dengan Dinasti Chou.

DINASTI CHOU( S : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DINASTI CHOU )SISTEM PEMERINTAHAN semasa DINASTI CHOU ialah pemerintahan Dinasti Shang telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila menerajui pemerintahan. Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah– wilayah dan melantik pembesar tempatan untuk mentadbir. Pembesar tempatan telah diikat melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan turut diberikan hadiah (kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang).

Page 3: ramalan SEJARAH spm2010

Pembesar diminta untuk melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada semasa perang. Pembesar diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.( RUJUK M/S 31 )

5. SISTEM PENULISAN( S : NYATAKAN FUNGSI TULisan IDEOGRAM )Amalan tilik tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan. Rekahan – rekahan tulang menimbulkan idea masyarakat untuk mencipta tulisan. Rekahan berbentuk ideagram ( bentuk simbol ). Tulisan awal ini mempunyai gambar seperti kanak –kanak , bulan , matahari dan sungai. Tulisan ini mula berubah kepada bentuk kompleks seperti terdapat pada hari ini. Tulisan ini digunakan dalam bidang tulisan harian seperti buku dan media cetak dan diajar disekolah-sekolah China.( RUJUK M/S 31 - 32 )

6.AGAMA DAN KEPERCAYAAN( S : JELASKAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO )AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TAMADUN HWANG HO ialah masyarakat di sini mengamalkan banyak kepercayan termasuk animisme dan politeisme. Mereka turut mengamalkan penyembahan terhadap roh nenek moyang, turut menyembah tuhan Syurga ( Shang – Ti ) dan Tuhan Bumi ( Tu ) serta turut melakukan penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan muzik , tarian , dan upacara korban yang dikeuai oleh bomoh. Penggunaan Tulang oracle ( tulang binatang dan kulit kura – kura ) untuk meramalkan sesuatu keadaan berdasarkan rekahan tulang tersebut.

( RUJUK M/S 31 )SUMBANGAN1. POLITIK( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG POLITIK,EKONOMI, SOSIAL DAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN )

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG POLITIK ialah memperkenalkan sistem pemerintahan monarki diteruskan sehingga zaman Dinasti Ching. Tamadun ini turut melakukan perubahan gelaran ( gelaran raja – maharaja ). Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan Maharaja. Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti – dinasti lain di China hingga abad ke 20( RUJUK M/S 32 )

2. EKONOMI( S : NYATAKAN SUMBANGAN DINASTI SHANG DALAM BIDANG PERTANIAN )SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG EKONOMI ialah membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian selain untuk mengelakkan berlaku banjir. Tamadun ini memperkenalkan sistem kawalan banjir dan sebuah terusan dibina di Szecwan untuk mengairi kawasan pertanian. Pembangunan dalam pertanian membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul dan sabit untuk kemajuan pertanian. Penggunaan batas untuk tujuan penanaman. Selain itu , turut melakukan penggantian alat pertanian daripada kayu – logam.( RUJUK M/S 32 )

3. TULISAN( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG SOSIAL )SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG SOSIAL ialah memperkenalkan tulisan ideagram. Penulisan berkembang secara evolusi dan masih digunakan sehingga hari ini. Penggunaan tulisan meluas dan digunakan dalam bidang pencetakan dan penulisan. Tulisan juga diajar di sekolah-sekolah China. Tulisan ini telah berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.( RUJUK M/S 32 )

4. KEPERCAYAAN( S : JELASKAN SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM BIDANG AGAMA DAN KEPERCAYAAN ialah memperkenalkan kepercayaan pemujaan roh nenek moyang yang masih kekal hingga kini. Unsur pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan , duit kertas dan barangan perhiasan. Turut memperkenalkan Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China. Orang China percaya alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yin ( kuasa pasif ) dan Yang ( kuasa aktif ). Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk kepada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar. Sistem kalendar diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai padi. Penggunaan kalendar diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu ( The Art of War ) membicarakan selok belok perang dan bagaimana menangani musuh.Falsafah ini diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan.( RUJUK M/S 32 - 33 )

Bab3PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAAJAAN AWAL( S : APAKAH BUKTI PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA )BUKTI PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA dapat dikesan apabila terdapat peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang ( ciri Hindu Buddha ), candi di Srivijaya ( Buddha ) ,dan candi di Angkor ( ciri Hindu dan Buddha ).Data catatan I-Tsing ( 671M ) yang menyatakan di Srivijaya terdapat 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum melanjutkan pelajaran ke Nalanda. Atisa (guru agama Buddha ) dari Tibet pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun. Melalui percampuran unsur tempatan dengan unsur daripada India. Contohnya, candi Borodudur, candi Prmbanan, Angkor Wat, candi Lembah Bujang dan candi Padang Lawas.( RUJUK M/S 84 )

CARA-CARA KEDATANGAN PENGARUH HINDU DAN BUDDHA( S : BAGAIMANAKAH PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA TERSEBAR DI ASIA TENGGARA PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL )PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA TERSEBAR DI ASIA TENGGARA PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL melalui pengaruh dibawa oleh Ksyatria (tentera) yang merupakan golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan.Pendapat kedua menyatakan dibawa oleh pedagang (Vaisya ). Pendapat ketiga mendakwa pengaruh ini dibawa oleh golongan Brahmin ( pendeta ).Pendapat keempat menyatakan proses ini berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dan disesuaikan dengan budaya tempatan.( RUJUK M/S 84 - 85 )

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN ( S : JELASKAN PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA)

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA dapat dikesan apabila Raja berada dipuncak pemerintahan, diikuti kerabat diraja, pembesar termasuk ahli agama ( Brahmin ), rakyat dan hamba. Raja berkuasa mutlak dalam aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran , hubungan luar dan khazanah negara. Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan. Sesiapa yang melanggar perintah bermakna derhaka dan tidak akan diampun. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah. Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil.( RUJUK M/S 85 )

Page 4: ramalan SEJARAH spm2010

CARA-CARA RAJA MENGUKUHKAN KUASA( S : BAGAIMANAKAH RAJA DI ASIA TENGGARA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA ? )RAJA DI ASIA TENGGARA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA apabila ketakutan rakyat timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan. Lahirnya konsep dewa-raja ( raja tuhan ) turut dipercayai memiliki kesaktian. Lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja untuk memperkukuhkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.Diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja dan dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira raja menganut agama Hindu @ Buddha. Raja telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta ( orde kosmos ) untuk menunjukkan kekuasaan.( RUJUK M/S 85 - 86 )

CIRI - CIRI PENTADBIRAN KERAJAAN ANGKOR( S : HURAIKAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN ANGKOR DALAM KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA )SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN ANGKOR DALAM KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA diperintah oleh Raja Suryavarman II dan telah membina Angkor Wat. Raja dianggap sebagai raja dewa dan kedudukan yang adalah di puncak sistem pemerintahan.Raja dibantu oleh pembesar (setiap daerah terdapat pembesar daerah @ gabenor ).Golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan. Pada peringkat pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim.( RUJUK M/S 86 )

CIRI - CIRI PENTADBIRAN KERAJAAN SRIVIJAYA ( S : HURAIKAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN SRIVIJAYA DALAM KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA )SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN SRIVIJAYA DALAM KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA terdapat pengaruh India dalam sistem pemerintahan lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana.Dibawah raja terdapat pemerintahan pusat dan daerah. Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja , pratiyuvaraja , raja kumara dan raja putra.Seorang anak raja akan menggantikan raja kecuali raja putra ( anak gundik ).Dibawah anak raja terdapat parvanda ( senapati ) iaitu ketua pentadbiran pusat.Dibawah Senapati terdapat pegawai lain ( hakim , temenggung , penghulu ).Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierakki pemerintahan.Daerah ditadbir oleh Datu yang dilantik oleh Raja dan dibahagi dua iaitu parvanda ( keturunan raja ) dan bhupati ( orang kaya).Datu yang dilantik perlu mengangkat sumpah di tempat suci ( telaga batu ) di Palembang.( RUJUK M/S 86 - 87 )

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM KESUSATERAAN DAN KESUSATERAANMAKSUD MONUMEN( S : HURAIKAN MAKSUD MONUMEN ? )MAKSUD MONUMEN ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu bertujuan memperingati orang ternama @ peristiwa. Monumen boleh merupakan candi, kuil , wat (stupa) arca dan patung.( RUJUK M/S 88 )

KEPENTINGAN CANDI PADA KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA( S : HURAIKAN KEPENTINGAN CANDI KEPADA KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA )KEPENTINGAN CANDI KEPADA KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA merupakan monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha. Berperanan sebagai rumah ibadat. Bertindak sebagai tempat menyimpan abu jenazah ( raja dan keluarganya).Tempat menyimpan patung dewa utama sesebuah kerajaan.Lambang keagungan seseorang pemerintah.Sebagai lambang orde kosmos. ( Angkor Wat dan Candi Borobudur ).Penggunaan candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah diperkenalkan di Indonesia.( RUJUK M/S 88 )

CIRI –CIRI GAYA SENI BINA ARCA DAN PATUNG DI ASIA TENGGARA( S : HURAIKAN CIRI – CIRI SENI BINA ARCA DAN PATUNG YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA )CIRI – CIRI SENI BINA ARCA DAN PATUNG YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tanggara. Arca Buddha ( Lembah Bujang ) menunjukkan ciri campuran antara gaya Sanath ( India ) dengan Langgam ( seni tempatan ).Patung agama hindu dan Buddha di Funan, Champa, Dravanti, Srivijaya, Angkor dan padang Lanas mengabungkan elemen India dan tempatan. Gaya patung India bergantung pada masa patung tersebut dibuat. Sekiranya patung dicipta 3 – 5 M ( pengaruh Amavavanti ).Sekiranya dicipta abad 5-7M ( pengaruh zaman Dinasti Gupta).( RUJUK M/S 89 - 90 )

CIRI-CIRI ANGKOR WAT( S : NYATAKAN CIRI-CIRI SENI BINA CANDI ANGKOR WAT YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA ) CIRI-CIRI SENI BINA CANDI ANGKOR WAT YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah dibina untuk agama Hindu.Terletak 6 km di utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos.Tinggi Angkor Wat ( 213 m) dan luasnya 208 hektar.Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya 39m dengan teres bertingkat empat.Setiap sudut terdapat menara.Bahagian luar terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir dengan ukuran 850 m lebar dan 1000 m panjang.Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayanan dan Mahabbrata.( RUJUK M/S 90 )

CIRI-CIRI CANDI BOROBUDUR( S : NYATAKAN CIRI-CIRI SENI BINA CANDI BOROBUDUR YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA )CIRI-CIRI SENI BINA CANDI BOROBUDUR YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah mewakili agama Buddha Mahayana. Carparis berpendapat nama Borobudur berasal dariapada nama Bhumisambarabhudara ( gunung timbunan kebaikan diatas 10 peringkat Bodhisattva). Terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha.Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha.Bahagian paling atas melambangkan pencapaian tahap nirwana ( tahap manusia membebaskan dirinya daripada nafsu ).Tiga tingkat melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan penna seperti ajaran Buddha. Candi ini dibina dalam masa 75 tahun.( RUJUK M/S 90 )

CIRI-CIRI CANDI YANG TERDAPAT DI LEMBAH BUJANG( S : NYATAKAN CIRI-CIRI SENI BINA CANDI LEMBAH BUJANG YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA )

CIRI-CIRI SENI BINA CANDI LEMBAH BUJANG YANG DITEMUI PADA ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah candi ini ditemui oleh James Low (superintendent S. Perai ) tahun 1840. Keluasan meliputi kawasan tanah tinggi ( Gunung Jerai , Bukit Choras dan Bukit Batu Pahat ).Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga ( ular @ cobra) dan perkataan ini berasal daripada perkataan Phujangga ( cerdik pandai). Diari oleh dua sungai utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai Muda.Terdapat lebih 70 tapak aekologi.Melalui kajian aekologi hanya sembilan tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya ( estet Sungai Batu , Bukit Batu Pahat, Pendiat dan Pengkalan Bujang).Candi agama hindu terbahagi dua bahagian iaitu Vimana bahagian suci tempat acara agama ) dan mendapa ( bahagian luar candi ).Candi berunsur Buddha memiliki pandangan jenis Crunieform.( RUJUK M/S 91 - 92 )

PERKEMBANGAN BAHASA SANSKRIT DI ASIA TENGGARA( S : HURAIKAN KEPENTINGAN BAHASA SANSKRIT PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA )

KEPENTINGAN BAHASA SANSKRIT PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat.Sumber maklumat ( batu bersurat ) tentang agama, pemerintahan dan undang-undang. Maklumat tentang keturunan raja ( Batu Bersurat Kutei ).Maklumat tentang agama Buddha ( batu Bersurat sungai Mas – Kedah Tua ).Inskripsi Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno

Page 5: ramalan SEJARAH spm2010

berkaitan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka.Tulisan ini dipahat di Batu dan pemahatan itu memerlukan kemahiran yang tinggi. Bahasa Sanskrit pada batu Bersurat menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat. Digunakan dalam b. Melayu hingga kini dan diberi penyesuaian ( dosa , dukka, pahala ).Menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal.Digunakan dalam kesusateraan India ( Epik Ramayana dan Mahabbrata )( RUJUK M/S 92 - 93 )

PENGARUH KESUSATERAAN INDIA TERHADAP PERKEMBANGAN SASTERA DI ASIA TENGGARA ( S : HURAIKAN PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM BIDANG KESUSASTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA )PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM BIDANG KESUSASTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA ialah daripada Kesusateraan India (Ramayana dan Mahabbrata ) telah menyumbangkan unsur mitos dalam kesusasteraan.Dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa (Nagarakartagama , Sutasoma , Arjunwiwaha , Kunjarkarma ).Terdedah kepada epik Mahabbrata dan Ramayana melalui kesusasteraan , penceritaan lisan dan teater wayang kulit. Daripada Mahabbrata lahirnya Hikayat Pendawa Lima , Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Sumba. Daripada Ramayana lahir Hikayat Seri Rama.( RUJUK M/S 93 - 94 )

Bab4KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL ( S : TERANGKAN RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL. )

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL ialah Nabi Muhamamd S.A.W berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal ( Qusai b. Kilab ).Keturunan Nabi SAW merujuk kepada Hashim ( moyang baginda ).Berketurunan bangsa Quraisy yang sangan dihormati oleh kabilah lain.Nama penuh baginda ialah Muhammad bi Abdullah ( terpuji ).Bapa baginda ialah Abdullah b. Abdul Mutalib.Nama ibu baginda ialah Aminah bt. Wahab.Dilahirkan pada 20 April 570M ( Isnin – 12 Rabiulawal – tahun Gajah ).Kematian bapa ketika masih dalam kandungan ibunya.Selepas dilahirkan, baginda telah diserahkan kepada Halimatun Sa’adiah ( disusui dan dipelihara ).Kematian ibu ketika berumur 6 tahun, baginda dipelihara oleh datuknya (Abdul Mutalib).Selepas kematian Abdul Mutalib, baginda dipelihara oleh Abu Talib ( bapa saudara).Menjadi yatim piatu sejak berumur 6 tahun. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudaranya. ( Abu Talib ).Berpengalamaan dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun ( mengikut rombongan ke Syam). Kerasulan baginda telah diramal oleh Buhaira (pendeta Nasrani) semasa rombongan singgah di Basrah. Giat berdagang ( berusia 20-an ) dan pernah berdagang berseorangan dan berkongsi dengan temannya.Abu Talib mencadangkan agar baginda menguruskan perniagaan Khalijah bt Khuwalid. Baginda mengurus perniagaan tersebut bersama-sama Maisarah ( hamba Khalijah ).Kemulian keperibadian baginda telah menarik hati Khalijah untuk memberi modal yang lebih besar.Kebijaksaanaan baginda menyebabkan perniagaan tersebut mendapat keuntungan berkali ganda. Kemulian pekerti telah menimbulkan perasaan hormat Khadiijah terhadap baginda dan telah membawa kepada alam perkahwinan.( RUJUK M/S 102 - 105 )

KEPERIBADIAN DAN SIFAT NABI MUHAMMAD S.A.W( S : BERDASARKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI TERANGKAN KEPERIBADIAN TERPUJI NABI MUHAMMAD S.A.W. )

KEPERIBADIAN TERPUJI NABI MUHAMMAD S.A.W. ialah baginda memiliki sifat terpuji iaitu siddiq ( berkata benar ) dan diakui sendiri orang Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Mekah.Digelar Al – Amin kerana perbuatan dan perkataan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah bohong. Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda menyebabkan Khadijah telah menyerahkan modal yang besar kepada baginda.Baginda menyampaikan ( tabligh ) ajaran islam walaupun menerima tentangan.Kepimpinan baginda terbukti sebelum dilantik menjadi rasul lagi ( menyelesaikan masalah Hajar Aswad). Bersifat pengasih dan bertimbang rasa (membantu isteri memasak, menampal pakaian, melayan anak ).Mengamal kehidupan yang sederhana ( mengajar anak dengan ajaran agama dan menjadikan baginda sebagai contoh ).Mengamalkan sifat merendah diri ( bergaul dengan semua orang sama ada kaya @ miskin ).Bersifat penyanyang terhadap orang tua dan kanak-kanak.Bersifat pemaaf ( semasa pembukaan Makkah – orang Quraisy yang menyerah diri diampun dan dibebaskan ).Bersifat bijaksana ( semasa memeterai perjanjian Hudaibiyah )

PENGASINGAN DIRI OLEH NABI MUHAMMAD SAW.( S : MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BERTAHANNUTH DI GUA HIRA’? )

NABI MUHAMMAD S.A.W. BERTAHANNUTH DI GUA HIRA’ kerana baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat disekeliling yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahilliah.Berusaha untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat.Untuk mendapat tempat ibadat yang sunyi dan tenang.Menyerah diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi kaum Quraisy.Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril ( 6 Ogos 610M – 17 Ramadhan ).Dengan turunnya wahyu ( bermula era baru dan berakhirnya zaman Jahilliah( RUJUK M/S 107 )

KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.WKEPENTINGAN SURAH AL ALAQ ( S : BERDASARKAN WAHYU YANG PERTAMA, MENGAPAKAH AMALAN MEMBACA SANGAT PENTING DALAM ISLAM? )AMALAN MEMBACA SANGAT PENTING DALAM ISLAM kerana Allah memerintah umat islam supaya membaca. Wahyu ini menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab dan umat islam.Melalui pembacaan, seseorang dapat ilmu dan menambah ilmunya.Melalui pembacaan dan kajian, seseorang akan berilmu dan dengan ilmu bangsa dapat mencapai kejayaan dan kecemerlangan.Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat dan bukan sebaliknya.( RUJUK M/S 107 - 108 )

KEPENTINGAN SURAH AL MUDDASIR( S : NYATAKAN KEPENTINGAN SURAH AL-MUDDASIR YANG DITURUNKAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM? )KEPENTINGAN SURAH AL-MUDDASIR YANG DITURUNKAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM ialah wahyu ini merupakan pengisytiharan kerasulan Nabi SAW. Surah ini juga memberitahu kewajipan baginda untuk menyampaikan seruan islam kepada seluruh manusia.Pelantikan Nabi SAW merupakan rahmat kepada seluruh alam.Ajaran islam disampaikan kepada masyarakat Arab secara bijaksana dan terancang.( RUJUK M/S 108 )

Bab5PIAGAM MADINAH( SPM2004 : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PIAGAM MADINAH? )Piagam Madinah ( Sahifah Madinah ) ialah satu perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi SAW.Dirangka berdasarkan Wahyu Allah SWT. Piagam ini menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Piagam ini mencatatkan peraturan , tanggungjawab ketua negara dan rakyat dan dirangka untuk semua orang.( RUJUK M/S 12 - 125 )

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH( SPM2004 : JELASKAN KANDUNGAN PIAGAM MADINAH ) KANDUNGAN PIAGAM MADINAH ialah piagam ini mengandungi 47 fasal. 23 fasal membincangkan hal orang Islam dan tanggungjawab mereka.24 fasal membincangkan tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi. Perkara-perkara yang terdapat dalam piagam ini ialah Nabi SAW sebagai pemimpin Madinah.Nabi SAW sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah antara orang Isalam dan bukan Islam. Rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing. Rakyat bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.Masyarakat madinah menjadi satu Ummah

Page 6: ramalan SEJARAH spm2010

dan bertanggungjawab menjaga Madinah. Masyarakat ini tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.Undang-undang Islam digunakan secara menyeluruh tetapi peraturan dalam kabilah bebas diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.Kerjasama antara masyarakat dituntut untuk memajukan ekonomi.Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.Semua rakyat perlu mempertahankan Madinah daripada serangan luar.Keselamatan orang bukan Islam ( Yahudi ) terjamin selagi mereka mematuhi piagam Madinah.( RUJUK M/S 125 - 127 )

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH( SPM2004 : HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG ADIL )

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG ADIL ialah piagam ini menjadi model kerajaan Islam yang unggul untuk dicontohi corak pemerintahan berasaskan islam.piagam ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima oleh semua pihak.Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara pelbagai kaum dan agama.Kepintaran Nabi Saw menggubal Piagam sangat dikagumi kerana berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap berkaitan dunia dan akhirat.Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan rasuah tidak dibenarkan.Sifat bersedekah dan bertimbangrasa digalakkan.Ekonomi Islam mementingkan ketelusan dan keadilan dalam perniagaan.Dapat membentuk masyarakat baru berasaskan ummah iaitu masyarakat hidup bersatu padu dan aman.Taraf kehidupan rakyat adalah sama ( konsep keadilan sosial dipraktikkan). Meperkenalkan Syariah yang adil ( oleh itu masyarakat patuh akan undang-undang tersebut ).Nabi SAW menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan kerajaan dan berbeza dengan pemimpin lain.Pemerintahan yang diasaskan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.Berjaya menyusun masyarakat yang sistematik.Masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan luar.( RUJUK M/S 128 - 129 )

PENYEBARAN ISLAM( S : BAGAIMANAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI MADINAH? )NABI MUHAMMAD S.A.W. MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI MADINAH dengan cara menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur,, Parsi, Habsyah. Tidak memaksa mereka memeluk islam.Menunjukkan diplomasi dengan menunjukkan nilai-nilai yang baik.Menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah.Ingin mengujudkan persefahaman dengan wialayah tersebut.( RUJUK M/S 129 - 131 )

PRINSIP PEPERANGAN DALAM ISLAM( S : HURAIKAN PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN MENGIKUT AJARAN ISLAM? )PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN MENGIKUT AJARAN ISLAM ialah peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan diri , agama dan negara. Dibenarkan dengan keizinan Allah ( selepas wahyu diturunkan ).Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang musuh.Dibenarkan berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.Bertujuan untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.Jikalau berlaku peperangan dan musuh ingin perdamaian, maka pihak Islam haruslah memilih perdamaian.Tidak dibenarkan membunuh orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang menyerah diri.Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanaman.Dilarang merobohkan rumah ibadat.Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri dengan cara mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis.( RUJUK M/S 130 - 131 )

BUKTI ISLAM TIDAK BERKEMBANG SECARA PAKSA( BUKTIKAN BAHAWA ISLAM TIDAK BERKEMBANG SECARA PAKSAAN )BUKTI BAHAWA ISLAM TIDAK BERKEMBANG SECARA PAKSAAN ialah Nabi SAW mengampunkan tawanan Arab Quraisy.Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan.Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan.( RUJUK M/S 131 )

Bab6PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI UMAIYAH( S : HURAIKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI UMAIYAH )KERAJAAN BANI UMAIYAH diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Suffian berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan b. Ali.Penyerah kuasa bertujuan untuk mengelak perpecahan umat Islam.Pada tahap pertama ( Damsyik ) pemimpin menggunakan gelaran Khalifah.Pemerintahan bani Umaiyah di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil ( di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu negara ) pada tahun 756M-1031M.Pada tahap kedua ( Sepanyol ) pemimpinnya menggunakan gelaran Amir.( RUJUK M/S 150 )

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DI DAMSYIK( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL )

POLITIK( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG PETADBIRAN DAN PERUNDANGAN )SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG PETADBIRAN DAN PERUNDANGAN (POLITIK ) ialah pengenalan sistem khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah pengganti Nabi SAW.Pengenalan sistem wazarah ( pelantikan nazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara dibahagian kerajaan pusat ).Pelantikan gabenor sebagai pentadbir wilayah.Pengenalan sistem urusetia ( beberapa pegarwai dilantik bagi mengumpul rekod, urus surat dll ).Pengenalan sistem hijabah ( seorang pegawai dilantik untuk memeriksa orang yang mahu berjumpa khalifah, kawal keselamatan dan pemegang amanah ).Menubuhkan empat jabatan penting ( Jabatan Percukaian , Jabatan Surat menyurat , Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah ).Penubuhan jabatan Tentera ( Diwanul Jundi ) untuk pertahanan awam.Penubuhan angkatan tentera laut dan tentera darat.Memperkenalkan ijtihad dengan berpandukan Al Quran, Sunnah dan ijmak oleh hakim.Hakim tidak boleh dipengaruhi oleh manan-mana pihak, bebas, dan tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah.Seorang hakim mestilah adil dalam penhakiman tanpa mengira pengaruh @ latar belakang orang yang diadili.( RUJUK M/S 151 )

SOSIAL( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH PADA TAHAP PERTAMA DALAM BIDANG SOSIAL )SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH PADA TAHAP PERTAMA DALAM BIDANG SOSIAL ialah berlaku penyebaran ilmu pengetahuan dan Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Melahirkan ilmuan Islam seperti ( Kahlil ibn Ahmad – pakar dalan fisiologi Arab ), Sibawayhi ( ahli nahu Arab ), sasterawan ( al-Farazdaq, Javiv, Umar Ibn Abi Rabiah dan Jamil al- Uzri).Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.Pengenalan tanda bunyi atau baris pada tulisan al Quran ( faedah kepada bukan Arab ).Melahirkan tokoh-tokoh terkenal seperti Al Zubayr , Ibn Zihat al Zuhri ( hadis ), Ibn Jarih ( tafsir al Quran), Hassan Al Basri dan Wasil ibn Ata ( usuluddin).Pembinaan hospital di Damsyik ( Khalifah al Walid b Abd Malik ).Pembinaan hospital penyakit kusta ( Khalifah Umar ibn Abd Aziz ).Memterjemahkan buku rujukan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Arab.Melahirkan pakar bedah ( Ibn Al Nafis ) yang telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al Tabibiyah ( kajian umum profesion kedoktoran) - membicarakan teknik pembedahan dan rawatab selepas pembedahan.Perkembangan ilmu ilmu dalam bidang kimia dan astronomi.( RUJUK M/S 151 - 152 )

PENCAPAIAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DI CORDOVA( S : HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG SOSIAL DAN EKONOMI DI ANDALUSIA )SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG SOSIAL DAN EKONOMI DI ANDALUSIA ialah kerajaan ini telah membina pusat pengajian tinggi di Cordova ( Abdul Rahman III) dan telah berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan Eropah.Pembinaan perpustakaan ( al- Hakam II). Semasa Pemerintahan Abdul Rahman III dan al Hakam II telah wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.Pusat ilmu pengetahuan telah berkembang di Seville, Toledo dan Granada. Pembinaan pusat pertejemahan ialah untuk menterjemahkan karya Yunani ke dalam

Page 7: ramalan SEJARAH spm2010

bahasa Arab di Toledo. Menjadikan Cordovo sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara Eropah dan dunia Islam.Pembinaan masjid Cordova yang mempunyai menara yang tinggi sekitar 36 meter.Pengenalan seni bina kubah beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar.Masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun.Penubuhan Baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pemdapatan dan perbelanjaan negara.Sumber pebdapatan kerajaan seperti kharaj ( cukai tanah ), jizyah ( cukai perlindungan ), zakat, usyur ( cukai 1/10 daripada tuan tanah ), ghanimah ( harta rampasan perang). Cordova menjadi pusat ilmu, puasat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.Kegiatan ekonomi orang Islam Andalusia telah mengembangkan kemahiran membuat tembikar serta perhiasan daripada emas dan perak.Perusahaan pembuatan barangan termasuk kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.Pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah dan memajukan pertanian.Melakukan penyelidikan untuk mendapat benih yang berkualiti supaya hasil ditingkatkan.( RUJUK M/S 153 )

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH( S : TERANGKAN SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH KEPADA BANI ABBASIYAH? )SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH KEPADA BANI ABBASIYAH ialah disebabkan orang Islam bukan keturunan Arab ( Malawi ) seperti bangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka telah didikriminasikan.Mereka tidak mendapat jawatan yangdianggap layak oleh mereka.Dikenakan cukai yang tinggi daripada kadar yang dikenankan kepada orang Arab Islam.Memberi sokongan dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah.Kerajaan mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.Sikap tersebut membangkitkan kemarahan terhadap rakyat.Pemilihan khalifah secara warisan ditentang oleh orangIslam terutamanya golongan Syiah dan Khawarij.Terdapat gerakan yang ditaja oleh Ali b. Abdullah yang bergerak secara sulit dan terbuka ( zaman Khalifah Umar b. Abdul Aziz)( RUJUK M/S 155 )

PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI ABBASYIAH( S : BAGAIMANAKAH KERAJAAN ABBASIYAH DITUBUHKAN? )KERAJAAN ABBASIYAH DITUBUHKAN pada tahun 750M selepas Revolusi Abbasiyah.Ditaja oleh oleh Ali b. Abdullah dan telah bergerak secara sulit namun pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini dilakukan secara terbuka.Meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi ) untuk mendapat sokongan.Pusat operasi di Khurasan, Kufah dan Humaiman.Gerakan semakin kukuh dengan penyertaan pahlawan besr iaitu Abu Salamah al-Khallal ( Kufah ) dan Abu Muslim al- Khurasani ( Khurasan ).Mengambil nama sempena Al- Abbas ( bapa saudara nabi ).Mengamalkan pemerintahan secara warisan (monarki) iaitu pemerintahan berketurunan raja.Abu jaafar Al Mansur mengubah pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad.Jatuh pada tahun 1258M, apabila ibu kota di tawan oleh tentera Monggo yang dipimpin oleh Hulagu.( RUJUK M/S 156 )

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASYIAH( S : JELASKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASYIYAH DALAM PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN )SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASYIYAH DALAM PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN ialah kerajaan ini menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.Mengembangkan ilmu melalui penulisan dan pertejemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.Pembinaan Baitulhikmah ( institusi keilmuan ) di Baghdad.Melakukan pertejemahan karya falsafah dan sains daripada karya Yunani oleh Baitulhikmah.Kegiatan penulisan dilakukan tiga peringkat iaitu mencatat idea, kedua –mengumpul idea dan mengarang.Penglibatan golongan ulama dalam penulisan.Ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dll. Melahirkan tokoh agama yang terkenal ialah Imam malik ( al-Muwatta’), Ibn Ishaq ( menyusun sejarah hidup Nabi ), Abu Hanifah ( penyusunan fikah dan pendapat ijtihad ) Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Syafie, imam Ahmad bi Hanbal.Melakukan pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah ( sejarah hidup nabi ) dan ilmu hadis.Berlaku perkembangan intelektual turut bergantung pada usaha pertejemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.Melakukan pembaharuan terhadap karya yang diterjemah dalam bahasa Arab.Orang Islam turut menghurai dan membuat pembaikan terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar ertinya.Memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia.Peranan pusat pengajian tinggi dipertingkatkan lagi dan kegiatan penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.Perkembangan tamadun Islam menyebabkan berlaku perkembangan ilmu di Eropah dan menjadikan zaman pemulihan budaya ( Renaissance)( RUJUK M/S 156 - 158 )

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN DI DUNIA( SPM2005 : BAGAIMANAKAH TAMADUN ISLAM BERTEMBUNG DENGAN TAMADUN LAIN DUNIA? )

1.PERDAGANGAN DAN PERNIAGAANTAMADUN ISLAM BERTEMBUNG DENGAN TAMADUN LAIN DUNIA melalui aktiviti perdagangan dan perniagaan. Nabi SAW pernah terlibat dalam perdagangan apabila berdagang ke Syam ( Syria ).Penguasaan Islam terhadap Teluk Parsi, Laut Merah, dan Timur Mediteranean membolehkan perdagangan jarak jauh berlaku dan berlaku pertembungan tamadun.Orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton ( China ) dan menyebabkan berlaku pertembungan dengan tamadun China.

2.DIPLOMATIKPERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui hubungan diplomatik. Kerajaan Bani Umaiyah telah menghantar kumpulan peneroka ke Utara Gibraltor ( Sepanyol ) dan bertemu penempatan bukan Islam di Cordova, Valancia dan Rhonda.Kumpulan peneroka ini membuat hubungan diplomatik dengan kawasan tersebut.Hal ini mewujudkan pemahaman antara dua pihak dari segi cara hidup, berpolitik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.

3.PENAKLUKAN DAN KETENTERAANPERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui penaklukan dan ketenteraan. Hal ini berlaku apabila tentera Islam menguasai Iran dan Iraq, tamadun Islam bertembung dengan Tamadun Parsi.Pertembungan ini menyebabkan berlaku interaksi dan asilimasi antara tamadun islam dengan tamadun lain akibat penaklukan.Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara, tamdun Islam bertembung dengan tamadun Eropah iaitu tamadun Rom (Byzantine ).

4.KEBUDAYAANPERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui kebudayaan. Hal ini berlaku apabila Islam masuk ke Sepanyol membawa kepada kemunculan kebudayaan baru dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi Sepanyol.Pertembungan ini menyebabkan lahir golongan Mozarab ( orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamal kebudayaan Islam dan berbahasa Arab ).

5.INTELEKTUALPERTEMBUNGAN TURUT BERLAKU melalui intelektual. Penyebaran Islam di Eropah membolehkan pedagang Islam berniaga dan membawa keuntungan kepada intelek Islam.Ilmuwan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah dan memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam.( RUJUK M/S 164- 165 )

KESAN PERTEMBUNGAN ( S : NYATAKAN KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN )KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN ialah tamadun Islam telah memberi sumbangan terhadap peradaban manusia. Mengubah kehidupan penganut dan kawasan takluknya ke arah satu akidah ( kepercayaan pada Allah SWT ).Menyediakan perundangan sendiri ( berdasarkan Al Quran dan Hadis ) untuk dijadikan panduan dan pedoman.Islam berasaskan akidah dan syariat memudahkan diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa @ kaum dan kawasan geografi. Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi di Mughal (India).Mewujudkan masyarakat Islam China walaupun kerajaan Islam tidak wujud di China.Wujud sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi seperti kerajaan Bani Umaiyah, Abbsiyah dan Turki.Wujud persamaan dari segi amalan politik

Page 8: ramalan SEJARAH spm2010

dalam dunia Islam ( berasaskan akidah dan Syariat ) walaupun sistem pemerintahan berbeza.Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi kerana perluasan kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan Islam.Kerajaan Islam mewujudkan keselamatan laluan perdagangan di kawasan naungan.Pedagang Islam telah menguasai perdagangan di Laut Merah, Laut Mediteranean , Teluk Parsi , Lautan Hindi dan laut China Selatan dan Istanbul telah muncul sebagai pusat perdagangan dan perniagaan.Berlaku proses urbanisasi dan organisasi sosial di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya.Berlaku perkembangan pendidikan ( membangunkan kurikulum yang memberi penekanan bukan sahaja pada pendidikan agama tetapi merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi ).Orang Islam turut mempengaruhi tatatertib kehidupan seharian ( cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik ) dan ditiru oleh orang bukan islam.Lahirnya golongan Mudajer yang memain peranan penting untuk menyebarkan cara tatasusila kehidupan harian Islam kepada bukan Islam.Membolehkan cerdikawan Islam dan bukan islam bertukar pendapat kerana berlaku perluasan kuasa takluk Islam. Membolehkan cerdikiawan Islam memterjemahkan hasil karya penulis Greek ( Aristotle, Plato,Galen dan Hipocrates).Penubuhan perpuatakaan ( baitulhikmah) membolehkan hasil karya tamadun bukan Islam diterjemahkan dan telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi di kalangan orang Islam.Sumbangan berkaitan kesenian ( memaparkan elemen-elemen yang terdapat kepercayaan tauhid dan akidah ).Sumbangan terhadap kesusateraan seperti karya Omar Khayyam ( menulis tentang Ruba’iyah), al-Jahiz ( kitab Al- bayan ), Jalaj ad-Din ( puisi ketuhanan ).Pengembaraan ilmuwan Islam untuk menambah ilmu telah mengemukakan fakta tentang kawasan yang dilawati untuk rujukan sejarawan kini.Ilmuwan Islam berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, politik dan sosial dan berjaya membawa mereka keluar dari zaman gelap kepada Revolusi Perindustrian.( RUJUK M/S 165 - 169 )

Bab7FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM( S : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA )FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PERKEMBANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA disebabkan kedudukannya yang strategik di antara China dan India. Wujud pelabuhan bandar yang penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Cheribu, Makasar , Brunei dan Pattani. Pelabuhan ini mempertemukan padagang dari pelbagai pelosok kawasan ialah tiupan angin Monsun.Tanah Besar Asia juga dihubungkan dengan Jalan darat ( Jalan Sutera ) yang merentang dari wilayah Asia Barat ke Asia Tengah ke China.Asia Tenggara menjadi tarikan utama keranan kekayaan hasil bumi yang merangkumi pelbagai produk pertanian, logam serta hasil hutan yang diperlukan pedagang.Pedagang Islam telah berdakwah ke Asia Tenggara semasa Islam berkembang di Makkah tahun 7M.( RUJUK M/S 174 )

TEORI DAN BUKTI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB( S : HURAIKAN TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB )TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB telah dikemukakan oleh John Crowford dan Professor Syed Naquib Al-Attas. John Crowford berpendapat Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui perdagangan.Mengemukakan catatan China yang menyatakan orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perdagangan dan penempatan di Canton, China (300M).Perdagangan Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah ( Mesir) hingga ke China dan terus berdagang hingga kemunculan islam.Pedagang Arab yang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutama di Selat Melaka untuk menunggu perubahan angin monsun.Kehidupan dan aktiviti perdagangan Arab terdapat dalam catatan China menyatakan wujud perkampungan Islam ( Ta Shih ) di Sumatera.Pedagang Arab menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan dan mebina perkampungan.Perkampungan ini menjadi penting kerana menyediakan tempat berdagang serta berfungsi sebagai tempat pengumpulan barang dan membeli barang mewah dari China dan India.Terdapat orang Arab yang berkahwin dengan penduduk tempatan.Pedagang Arab berbincang dan berinteraksi dengan penduduk tempatan tentang kepercayaan dan agama.Kehidupan serta nilai Islam yang diperlihatkan menarik minat penduduk tempatan untuk mendalami Islam.Kejujuran pedagang, sifat mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi menarik minat penduduk tempatan mendalami Islam( RUJUK M/S 174 - 175 )

TEORI YANG DIKEMUKAKAN OLEH SYED NAGUIB AL ATTAS( S : HURAIKAN TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB YANG DIKEMUKAKAN OLEH SYED NAGUIB AL ATTAS )TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB YANG DIKEMUKAKAN OLEH SYED NAGUIB AL ATTAS ialah beliau membuktikan wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dengan yang terdapat di Tanah Arab.Perkataan Arab pada tulisan Jawi yang telah diambil daripada bahasa Arab.Persaman adat resam dan kebudayaan seperti amalan menghormati orang tetamu dan muzik melayu ( dabus dan tarian Zapin).Kebanyakkan karya tempatan menceritakan pengislaman raja dilakukan oleh Sheikh dari Tanah Arab.Pengislaamn raja Pasi ( Merah Silu ) kemudian bergelar Malik Al Salih oleh Sheikh Ismail seperti terdapat dalam hikayat Raja-raja Pasi. Selain itu Raja Pattani ( Phaya Tu Nak Pa ) diislamkan oleh Syeikh Said.Kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu menggunakan gaya penulisan Arab ( Hikayat nabi Bercukur ).Tiada unsur India @ China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan. Kitab tempatan seperti Tauhid, tafsir dan hadis menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Tanh Arab.( RUJUK M/S 176 )

TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI NEGARA CHINA( S : HURAIKAN TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA )TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi. Emanuel Gadinho Eredia menyatakan Kahn Fo ( Canton) menjadi pusat perdagangan terkenal dalam kalangan pedagang Arab sejak abad ke 9M.Hubungan ini membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di negara China.Apabila peniaga ini berdagang di Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan Islam di Asia Tenggara.S.Q.Fatimi membuktikan terdapat perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara ( 876 m).Pendapat ini diperkukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terangganu ( wujud kerajaan tua yang bergantung pada perdagangan ).Terdapat persamaan seni bina bumbung masjid seperti rumah ibadat Cina ( pagoda), pengaruh atap genting serta warna merah dan kuning ( kayu kepala pintu ) dan tingkap masjid.Penemuan batu nesan bertarikh 1028M ( Pahang ) menunjuk Islam sampai sebelum abad ke 13 dan mendakwa islam dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke Phan Rang ke Indo China dan ke Pekan, Pahang.( RUJUK M/S 177 - 178 )

TEORI DAN BUKTI KEDATANGAN ISLAM DARI NEGARA INDIA( S : HURAIKAN TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA ) TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA dikemukan oleh Snouck Hurgronje ( sejarawan Belanda ). Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.Gujerat merupakan pelabuhan penting pada Zaman Alaudin Khilji di India.Pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang dan masyarakat Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim ( gerisik, Jawa ) dan batu nesan Malik Al Salih ( Pasai ) mempunyai ciri-ciri buatan India.Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi( RUJUK M/S 178 )

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA( S : SENARAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA )

i. Melalui aktiviti perdaganganii. Perkahwinan iii. Pengislaman raja dan golongan pembesariv. Kelahiran kerajaan Islam v. Peranan pusat kebudayaanvi. Peranan mubalighvii. Keistimewaan agama Islam

Page 9: ramalan SEJARAH spm2010

KELAHIRAN KERAJAAN ISLAM( S : BAGAIMANAKAH KERAJAAN ISLAM DI ASIA TENGGARA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU )KERAJAAN ISLAM DI ASIA TENGGARA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU dengan cara penguasaan terhadap kawasan baru. Kerajaan Melaka berjaya menguasai beberapa kawasan seperti Aru, Rokan, Siak,Kampar dan Inderagiri telah mendorong penduduk di sini memeluk Islam.Selepas memeluk Islam, kawasan ini telah dihantar ulama untuk mengajar tentang Islam.

Kerajaan Johor-Riau berusaha untuk menguasai Melaka telah dapat melakukan penyebaran Islam. Kerajaan ini berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis bagi mengelak penyebaran agama Kristian.

Kerajaan Demak telah menyebarkan Islam keseluruh Pulau Jawa dan usaha ini diikuti oleh Kerajaan Islam Pajang dang Mataram.Sultan Iskandar Muda Mahkota ( Acheh ) berusaha menyekat pengaruh Kristian di Asia Tenggara.Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri di tanah Melayu untuk menyekat pengaruh Kristian ke pedalaman.Acheh merupakan kerajaan yang kukuh dan menjadi pusat perdagangan penting ( utara Selat Melaka) digelar Serambi Mekah.Kebanyakan orang Islam di Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.

Pattani diislamkan pada tahun 1457 apabila rajanya ( Raja Phaya Tu Nakpa ) memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Mahmud Syah.Walaupun raja Pattani diislamkan pada abad ke 15 tetapi Islam telah berkembang pada abad ke 10 oleh pendakwah dan pedagang.Penyebaran Islam di Pattani dilakukan sepenuhnya oleh Sultan Muzaffar Syah dengan pengislaman keseluruhan wilayahnya.

Islam bertapak di Brunei menerusi peranan Brunei sebagai pusat perdagangan yang penting di Borneo.Berasaskan catatan China ( 977M) mengatakan Brunei telah menghantar seorang pembesar ( Pu Ali ) ke China.Islam tersebar meluas di Brunei dan di pantai Pulau Borneo pada abad ke 15 dan 16.Pendakwah yang menyebarkan Islam di Brunei ( Syarif Ali Mufaqih Muqaddam – Syarif Berkat ) .

Kedatangan Islam di Champa berdasarkan bukti penenmuan batu nisan ( 1034M ) dan sebuah prasasti ( 1025M) yang menyatakan syarat pembayaran cukai dan hutang.( RUJUK M/S 181 - 182 )

PERANAN PUSAT KEBUDAYAAN( S : APAKAH PERANAN YANG DIJALANKAN OLEH PUSAT KEBUDAYAAN ISLAM DI ASIA TENGGARA )PERANAN YANG DIJALANKAN OLEH PUSAT KEBUDAYAAN ISLAM DI ASIA TENGGARA ialah bertindak sebagai pusat kebudayaan seperti di Perlak, Samudera-Pasai , Riau dan Acheh. Kerajaan ini bertindak sebagai pusat keilmuan dan menjadi pusat penyebaran Islam. Pada zaman keagungan Samudera-Pasai, bandar ini telah menjadi pusat pertejemahan di Kepulauan Melayu.Kitab Arab diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan S. Mansur Syah pernah mengirim Kitab al-Dur al Manzum untuk diterjemahkan. Bandar ini mempunyai cerdik pandai dan ulama menjadi pakar rujuk ulama dari luar. S. Mansur Syah pernah merujuk ke Samudera-Pasai tentang kemusykilan agama.Pada zaman kemuncak Melaka, terdapat beberapa buah kesusateraan yang dipengaruhi gaya penulisan Arab ( H. Muhammad Abu Hanafiah , H. Amir Hamzah Dan H. Nabi Bercukur ).H. Muhammad Abu Hanafiah , H. Amir Hamzah menjadi bahan bacaan dan penyuntik semangat serta kekuatan kepada orang Islam menentang musuh di medan perang.Di Acheh, terdapat karya puisi serta syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan yang dapat menarik pembaca menghayati Islam ( karya Bustanus Salatin – mengisahkan keindahan istana kota dan taman – taman ).Terdapat ulama yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam seperti Hamzah al Fansuri , Syeikh Nurudin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Pelabuhan Johor-Riau merupakan emporium penting dan banyak hasil kesusateraan yang telah dihasilkan seperti Tuhfat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.( RUJUK M/S 182 – 183 )

Bab8

PENGARUH ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA (PENDIDIKAN)PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DI TANAH MELAYU( S : HURAIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TIDAK FORMAL SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU )PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TIDAK FORMAL SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU berlaku melalui asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga.Penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran , penceritaan dan pemerhatian.Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan dalam bidang pertanian, perikanan, kraftangan dan pertukangan.Ibu bapa mengajar anak-anak tentang hal berhubung agama, kelakuan dan adat resam, sopan santun, cara berkawan dan menjaga maruah.Nilai-nilai murni diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka.Pendidikan kaedah bercerita paling berkesan dan digemari kanak-kanak. (anjing dengan bayang-bayang).Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial ( tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu depan orang ).Kaedah pantun , peribahasa dan teka-teki turut digunakan( siakap senohong ).( RUJUK M/S 201 )

PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYUPERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM( S : HURAIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU )PERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU berkaitan keagamaan dan berasaskan tradisi Hindu Buddha.Pendidikan dan ilmu pengetahuan didominasikan oleh golongan istana dan bangsawan.Istana dijadikan tempat pengajaran.Golongan pendeta @ guru ditugaskan untuk mengajar kepada bakal pemerintah dan pembesar kerajaan.( RUJUK M/S 201 - 203 )

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM( S : HURAIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU )PERKEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL SELEPAS KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan sahaja.Pendidikan yang menekan keagamaan dilaksanakan di istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Pendidikan memberi penekanan pengajaran al-Quran.( RUJUK M/S 201 - 203 )

PERANAN ISTANA SEBAGAI PUSAT PEYEBARAN ILMU( S ; HURAIKAN PERANAN ISTANA SEBAGAI PUSAT INTELEKTUAL DALAM KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL. )PERANAN ISTANA SEBAGAI PUSAT INTELEKTUAL DALAM KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL ialah istana bertindak sebagai pusat pengajian agama bagi sultan dan pembesar di Melaka seperti tercatat dalam Sejarah Melayu. S. Mahmud Syah belajar daripada maulana Abu Bakar. S. Mahmud Syah dan S. Ahmad belajar daripada Sadar Jahan.Pengembangan pesat dalam pendidikan di Melaka dipengaruhi oleh kewujudan banyak ulama dan pendakwah asing di Melaka.Kedatangan ulama di Melaka kerana kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan.Minat pemerintah terhadap ilmu pengetahuan juga menjadi faktor yang penting.Hal ini terbukti apabila kitab al-Dur al- Manzum ( Mutiara Tersusun - karya Maulana Abu Bakar ) diarak hingga balairung istana Melaka.Keadaan yang sama turut berlaku di Johor sewaktu pemerintahan S. Alauddin Riayat Shah.Istana bertindak sebagai tempat menyimpan buku Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.Pendidikan di istana tidak hanya melibatkan soal agama tetapi berkaitan juga hal pentadbiran negara dan sistem politik.( RUJUK M/S 201 - 203 )

PERANAN MASJID DAN SURAU SEBAGAI PENGEMBANG PENDIDIKAN FORMAL( S ; HURAIKAN PERANAN MASJID DAN SURAU SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU. )PERANAN MASJID DAN SURAU SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU ialah Masjid dan surau berperanan sebagai pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat. Oleh itu amat ideal untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.Kanak-kanak diajar fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara-perkara penting yang harus diketahui oleh orang Islam.Pada sebelah malam, orang dewasa akan diajar ilmu fekah, usuluddin, hadis dan tasawuf.( RUJUK M/S 201 - 203 )

Page 10: ramalan SEJARAH spm2010

PERANAN PONDOK SEBAGAI PENGEMBANG PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU( S ; HURAIKAN PERANAN PONDOK SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU. )PERANAN PONDOK SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU ialah pondok-pondok ini menawarkan sistem pendidikan lebih teratur. Sistem ini memberi penekanan ilmu keagamaan dan menyediakan pelajar-pelajar untuk bertugas sebagai guru agama @ berhidmat pada masyarakat.Pegajian ini meluas di negeri Kedah, Kelantan, Terangganu, Perlis dan Pattani.Contoh pusat pengajian pondok ialah pondok Pulau Condong ( Haji Abdul Samad Abbdullah ), pondok katun ( Hj Mohd Sallah ), pondok Pulau manis ( Syaikh Abdul malik Abdullah ), Pondok Titi Gajah ( Hj. Mohd Taib ) dan pondok Langgar ( Hj Mohd Nor ).Pengajian di pondok tiada batasan waktu.( RUJUK M/S 201 - 203 )

PERANAN MADRASAH SEBAGAI PUSAT PENGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU( S ; HURAIKAN PERANAN MADRASAH SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU. )PERANAN MADRASAH SEBAGAI PUSAT PEMGEMBANGAN PENDIDIKAN FORMAL DI TANAH MELAYU ialah Sistem madrasah diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk ( 477H / 1056 M) di Iraq.Sistem ini berbeza dari pengajian pondok @ masjid kerana mempunyai sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.Pendidikan mengikut tahap iaitu tahap permulaan dan pertengahan serta terdapat pengkhususan.Diawasi oleh mudir ( guru besar ).Perjalanan madrasah diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa dan kewangan.( RUJUK M/S 201 - 203 )

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

1.PERDAGANGAN ( S : KEGIATAN PERDAGANGAN YANG PESAT ADALAH PENGARUH DARIPADA KEDATANGAN ISLAM DI MELAKA. JELASKAN )Aktiviti perdagangan ( abad ke 12 ) yang melibatkan Laut Hindi dan LautChina Selatan didominasi oleh pedagang Islam dan turut mempengaruhi perdagangan di Alam Melayu.Penglibatan orang Melayu dalam perdagangan berkait rapat dengan saranan Islam yang menegaskan perdagangan merupakan sumber rezeki dan nabi SAW turut terlibat dalam aktiviti ini .Perdagangan menjadi satu saluran penting yang memesatkan proses pengislaman di Alam Melayu ( kemunculan Melaka sebgai pusat perdagangan ).Walaupun Melaka tidak mengeluarkan rempah ratus utama namun kedudukan yang strategik membantu perkembangan Melaka.Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancar.Jawatan laksamana diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan. Undang-undang Laut Melaka digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutamanya berkaitan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.Kepesatan Melaka terbukti dengan terdapat 84 bahasa dituturkan ( bahasa melayu bertindak sebagai bahasa lingua-franca pedagang ).Sistem timbang dan sukat ( tahil dan kati ) untuk timbangan emas, perak, permata dan wangian diperkenalkan dan diletakkan dibawah tanggungjawab syahbandar.Dacing digunakan untuk menimbang rempah ratus, ( lada, buah pala, cengkih dan lawang ).Dalam urusan perdagangan, kaedah yang digunakan ialah kaedah tukar barang dan kaedah jual beli ( mata wang logam )( RUJUK M/S 209 – 210 )

2.PERKEMBANGAN MATA WANG DI TANAH MELAYU( RUJUK M/S 210 )( S : JELASKAN CIRI-CIRI MATA WANG YANG MENDAPAT PENGARUH ISLAM DALAM KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL. )

CIRI-CIRI MATA WANG YANG MENDAPAT PENGARUH ISLAM DALAM KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL dapat dilihat tentang kepentingan mata wang digunakan sebagai perantaran nilai barang secara langsungnya memudahkan urusan perdagangan dan jual beli.Mata wang timah zaman Melaka berbentuk bulat dab beratnya 1 kati 8 tahil dan tercatat nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam pada mata wang.Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambeng turut digunakan dan boleh ditukar dengan mata wang tempatan.Mata wang Johor diperbuat daripada timah ( katun ) mempunyai tulisan jawi @ arab seperti Malik @ sultan al – Adil. Mata wang Kedah berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin dan boleh dipatahkan dan digunakan berasingan.Terdapat mata wang diperbuat daripada emas dan digunakan meluas di Kedah dan Johor ( zaman pemerintahan S. Alauddin Riayat Shah ).Mata wang emas di Kelantan ( kijang ) kerana terdapat gambar kijang pada muka wang tersebut.Mata wang emas Johor ( kupang ) dan mengandungi emas ( 0.65 gram dan 2.6 garam ).Tiap-tiap mata wang emas tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan mata wang tersebut.Dibahagian belakang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti khalifatul muslimin

3.PERCUKAIAN( RUJUK M/S 211 )( S : HURAIKAN SISTEM PERCUKAIAN DAN PERDAGANGAN YANG DIAMALKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. )

SISTEM PERCUKAIAN DAN PERDAGANGAN YANG DIAMALKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ialah cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti @ barang tertentu.Cukai menjadi sebahagian pendapatan kerajaan dan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan.Cukai tetap ( cukai import ) telah ditetapkan jumlah oleh pemerintah.Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak eman peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.Pedagang Jepun dan China dikenakan cukai sebayak lima peratus.Barang makanan dan beras tidak dikenakan cukai.Barangan yang telah dibayar cukai diperdagangkan di bazar-bazar di sepanjang sungai Melaka.Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai diraja.( orang asing dari Kepulauan Melayu – 3% dan orang asing tempat lain – 6% ).Amalan riba tidak dibenarkan dalam perniagaan dan dijelaskan dalam HK Melaka dan UL Melaka.Pihak pemerintah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar cukai harta.Kutipan zakat disimpan di baitul mal ( berfungsi untuk menyelengarakan harta kerajaan ).Harta ini turut digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara serta sumber bantuan kepada ahli masyarakat.

Bab9

ZAMAN PEJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

MAKSUD ZAMAN PENJELAJAHAN( S : TERANGKAN MAKSUD ZAMAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN )ZAMAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan bagi membolehkan mereka menuju ke Timur.Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Reanaissance telah membantu kegiatan penerokaan dan penaklukan.

SEBAB-SEBAB PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN ( S : TERANGKAN SEBAB-SEBAB BERLAKU PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN ORANG EROPAH KE DUNIA LUAR )SEBAB-SEBAB BERLAKU PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN ORANG EROPAH KE DUNIA LUAR disebabkan Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, rempah ratus dan sutera dari Timur. Mereka mendapat galakan dari pemerintah seperti Raja Sepanyol ( Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon ) dan Raja Portugal (Putera Henry). Termeterai perjanjian Tordesillas ( 1494 ) yang membahagikan kawasan Timur ( dari Kepulauan Tanjinh Verde dan Hindi Barat di Lautan Atlantik dianggap kawasan Portugal ) dan kawasan Baratnya sebagai kawasan Sepanyol.Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang dan raja mereka.Pihak gereja Katolik menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut.Sepanyol yang dikuasai Islam pada suatu masa dahulu , begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian. Monarki baru di England, Perancis dan Belanda turut menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut. Wujud semangat kebanggaan bangsa telah mendorongkan berlaku penjelajahan .( RUJUK M/S 223 - 225 )

KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN( S : APAKAH KESAN PENJELAHAN ORANG EROPAH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT? )KESAN PENJELAHAN ORANG EROPAH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT telah menyebabkan banyak kuasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.Perjanjian itu secara langsung @ tidak telah mengikhtiraf kekuatan kuasa Eropah.Wujudnya wakil kuasa Eropah

Page 11: ramalan SEJARAH spm2010

yang terdiri daripada syarikat Berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britian , Perancis dan Denmark. Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.Pusat emporiun dunia ( Goa Dan Melaka ) telah dikuasai Portugis.Barang yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Jalan perdagangan ( di Lautan Hindi dan Asia Tenggara ) yang dahulunya dikuasai pedagang Islam kini telah dikuasai Portugis. Masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.Terdapat peribumi yang menerima agama Kristian yang telah dibawa oleh Mubaligh Kristian.Penjajahan Sepanyol telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru dan Asia.Di Amerika Tengah dan selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluki Peru dengan mengalahkan Tamadun Inca.Penghijarahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mengwujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.Pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.Di timur, Filipina dikuasai Sepanyol manakala Melaka dan Goa dikuasai Portugis.( RUJUK M/S 225 - 226 )

MAKSUD ZAMAN GELAP( S : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ZAMAN GELAP DI EROPAH )ZAMAN GELAP DI EROPAH berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundur yang dikenali Zaman Gelap. Zaman ini merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. ( 476 – 1050 M ). Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.( RUJUK M/S 215 )

CIRI – CIRI ZAMAN GELAP( S : TERANGKAN CIRI-CIRI KEHIDUPAN MASYARAKAT EROPAH PADA ZAMAN GELAP.)CIRI-CIRI KEHIDUPAN MASYARAKAT EROPAH PADA ZAMAN GELAP ialah Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.Tidak terdapat pemerintahan pusat yang berkesan.Keadaan yang tidak menentu ini telah membawa kemunculan golongan baron ( tuan tanah ).Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada Baron dan sebagai balasannya petani terpaksa membayar cukai yang tinggi.Petani yang tidak berkemampuan berbuat begitu, akan menyerahkan tanah mereka kepada baron dan terpaksa menjadi hamba. Baron mendapat perlindungan daripa Raja dan sebagai tukaran Baron dikendaki memberi khidmat @ membayar cuki kepada Raja.Wujud jalinan yang menghubungkan golongan rakyar dengan baron dan seterusnya raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal Eropah.Gereja Katholik merupakan institusi yang berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.Institusi ini memberi fokus kepada kegiatan agama dan pembelajaran ilmu akhirat sahaja.Gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.Kegiatan perdagangan tidak meluas dan perdagangan di perairan pantai utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar (Viking dan Magyar).Orang Eropah tidak dapat berdagang di Timur jauh kerana kawasan Mediteranean dikuasai oleh orang Islam.Terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem pertukaran barang kerana mata wang yang terdapat di pasaran adalah terhad.( RUJUK M/S 215 - 216 )

PERSAMAAN SISTEM FEUDAL DI EROPAH DENGAN SISTEM FEUDAL DI TANAH MELAYU( S : NYATAKAN CIRI-CIRI PERSAMAAN ANTARA SISTEM FEUDAL DI EROPAH DENGAN SISTEM FEUDAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL )CIRI-CIRI PERSAMAAN ANTARA SISTEM FEUDAL DI EROPAH DENGAN SISTEM FEUDAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL ialah Raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah masyarakat.Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.Raja mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana.Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja.Rakyat biasa turut memberi khidmat kepada golongan tuan tanah.Terdapat juga rakyat biasa yang tergolong kepada golongan hamba ( gagal menjelaskan hutang )( RUJUK M/S 216 )

MAKSUD ZAMAN PERALIHAN( S : APAKAH MAKSUD ZAMAN PERALIHAN DI EROPAH? )Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai Zaman Kemuncak Peralihan.( RUJUK M/S 216 )

ZAMAN PERALIHAN ( ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN )( S : APAKAH PERUBAHAN YANG BERLAKU PADA ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN DI EROPAH? )PERUBAHAN YANG BERLAKU PADA ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN DI EROPAH ialah pihak Gereja memainkan peranan sebagi institusi universal serta menjadi agen penyatuan.Berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk, peningkatan ekonomi pertanian dan kemunculan perdagangan.Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florance di Itali.Perkembangan bandar telah melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pegadang dan ahli perbankan.Hal ini menyebabkan status sosial seseorang tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan @ urusan politik.Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat.Rakyat diberi hak politik dan menjalinkan hubungan antara rakyat dan pemerintah.( RUJUK M/S 216 )

Bab10

DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN

EKONOMI DAGANGAN(S : APAKAH KESAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU AKIBAT DARIPADA DASAR BRITISH MEMPERKENALKAN PERTANIAN DAGANGAN )KESAN YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU AKIBAT DARIPADA DASAR BRITISH MEMPERKENALKAN PERTANIAN DAGANGAN ialah pihak British berusaha untuk mengaut keuntungan. British memperkenalkan dasar-dasar yang telah meninggalkan kesan positif kepada masyarakat melayu. British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, getah, tembakau.British berusaha berusaha mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.Tanaman diusahakan secara ladang dengan menggunakan buruh dari India dan China. Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah ( demi meneruskan penguasaan terhadap ekonomi ).Undang-undang bertujuan untuk melindungi dan mengelak tanah orang Melayu dicerobohi pelabur asing.( RUJUK M/S 258 )

UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAHSEBELUM KEDATANGAN BRITISH( S : HURAIKAN SISTEM PEMILIKAN TANAH SEBELUM KEDATANGAN BRITISH )SISTEM PEMILIKAN TANAH SEBELUM KEDATANGAN BRITISH tidak menjadi persoalan utama disebabkan terdapat tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang kurang.Hal berkaitan tanah ( cukai @ aktiviti ekonomi ) mesti mendapat kebenaran pembesar melayu.Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik yang mencerminkan kedudukan sosial orang Melayu.Menurut undang-undang adat , tanah akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan boleh diwarisi oleh generasi kemudian.Sistem pemilikan tanah masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan.( RUJUK M/S 258 - 259 )

SELEPAS KEDATANGAN BRITISH ( S : APAKAH TUJUAN BRITISH MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG TANAH DI TANAH MELAYU? )TUJUAN BRITISH MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG TANAH DI TANAH MELAYU disebabkan tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah dan tatacara pemilikannya telah diubah.Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.Bagi British, rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.Rekod juga memudahkan sebarang urusan pentadbiran

Page 12: ramalan SEJARAH spm2010

seperti cukai, urus niaga tanah ( pajakan, sewa beli, jual dan beli ).Konsep barat membolehkan tanah dijadikan cagaran untuk mendapat modal.British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial ( tanah ladang, tanah perimbumi dan tanah lombong ).Kadar cukai dikenakan mengikut jenis tanah yang dimiliki dan diusahakan.Undang-undang tanah menetapkan individu @ syarikat yang ingin mengusahakan tanah perlu mendapat kebenaran Pejabat tanah ( bukan lagi pembesar ).Masyarakat tempatan perlu mendapatkan kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan ( mencari nipah , damar, rotan ).Undang-undang Tanah memberi kuasa kepada Residen dan untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang diberikan kepada pemodal.Dalam membuat keputusan, Residen mengambil kira faktor modal dan teknologi yang digunakan, bilangan tenaga buruh untuk menjalankan aktiviti ekonomi.Dasar British membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang.Semua unsur seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan, perhidmatan yang melibatkan wang.Orang melayu terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang mereka.TSM diluluskan ( 25 Nov 1913 ) bertujuan menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu. Land Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat bumiputera di Sarawak.Prolomasi III Perlindungan Peribumi bertujuan untuk melindungi kepantingan peribumi telah diwartakan.( RUJUK M/S 258 - 261 )

UNDANG-UNDANG TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TM, SABAH DAN SARAWAK( S : SENARAIKAN UNDANG-UNDANG TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK )

i. TSM diluluskan ( 25 Nov 1913 ) bertujuan menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu.ii. Land Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat bumiputera di Sarawak.iii. Pada tahun 1933 Land Settlement Order ( Sarawak ) dikuatkuasakan.iv. Prolomasi III ( Sabah ) Perlindungan Peribumi bertujuan untuk melindungi kepantingan peribumi telah diwartakan.

DASAR BRITISH BERKAITAN TANAH DI TANAH MELAYU( S : APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BRITISH BAGI MENGEKALKAN TANAH PEMILIKAN PERIBUMI. )atauAKTA TANAH SIMPANAN MELAYU( S : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TANAH SIMPANAN MELAYU. )

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BRITISH BAGI MENGEKALKAN TANAH PEMILIKAN PERIBUMI ialah memperkenalkan Akta TSM telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan ( 25 Nov 1913).Bertujuan untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu di TM.Bertujuan untuk mengelak tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.Dalam akta ini, Residen berkuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu sebagai TSM.Pengisytiharan itu akan menyelamatkan tanah daripada dijual, dipajakgadaikan @ ditukarkan milik kepada orang bukan Melayu.Akta TSM bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial atas TSM.Kebanyakan kawasan TSM tidak subur.Walaupun keluasannya besar, namun tidak sesuai untuk kegiatan ekonomi perladangan.Jika kawasan tersebut subur, keluasannya adalah kecil.( RUJUK M/S 260 – 261 )

AKTA TANAH DI SARAWAK( S : JELASKAN KANDUNGAN AKTA TANAH PERIBUMI DI SARAWAK )AKTA TANAH PERIBUMI DI SARAWAK diperkenalkan bertujuan untuk melindungi hak milik tanah masyarakat peribumi dan hak milik komuniti daripada dicerobohi pengusaha China untuk tujuan pertanian.LO diisytiharkan pada tahun 1931 dan pada tahun 1933 LSO dikuatkuasakan.Akta ini memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.Akta membenarkan pemindahan hak milik dilakukan melalui perwarisan.Ini bertujuan untuk mengelak pemajakan , pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.Akta ini membahagi tanah di Sarawak kepada kawasan tanah campuran, kawasan tanah Simpanan dan kawasan tanah pedalaman.Golongan imigran boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.Dengan ini kepentingan peribumi terhadap tanah simpanan dan tanah pedalaman dapat dilindungi.( RUJUK M/S 261 )

AKTA TANAH DI SABAH( S : JELASKAN KANDUNGAN AKTA TANAH PERIBUMI DI SABAH )AKTA TANAH PERIBUMI DI SABAH dikenali dengan nama Prokolomasi III yang memberi perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British ( 1889 ).Peraturan ini menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi adalah bawah kuasa Pegawai Daerah.Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.Peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.( RUJUK M/S 261 )

DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL( SPM2004 : APAKAH KESAN DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL GETAH DI TANAH MELAYU? )DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL GETAH DI TANAH MELAYU ialah British ingin mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam kerangka ekonomi penjajah.Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.Bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaaan pekebun kecil getah dalam sektor perusahaan getah.Premium untuk pemohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dinaikkan.Pada tahun 1930an, pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah telah dilarang.Pekebun kecil telah diberikan kuota pengeluaran yang rendah.( RUJUK M/S 261 - 262 )

2KESAN –KESAN DASAR EKONOMI( S : SENARAIKAN KESAN – KESAN DASAR EKONOMI YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TM. )

i. Wujudnya perbandaranii. Pembentukan masyarakat majmukiii. Kewujudan sistem pendidikan Vernakulariv. Wujudnya sektor perkilanganv. Kewujudan sistem pengankutan dan perhubunganvi. Wujud sistem perhidmatan kesihatan

KESAN –KESAN DASAR EKONOMIMAKSUD PERBANDARAN( S : TERANGKAN MAKSUD PERBANDARAN. )Perbandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil@ kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi @ kegiatan ekonominya.Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses perbandaran terutamanya kawasan kaya dengan sumber alam dan kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.Pekan tersebut akan mengalami pertambahan penduduk serta berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil.( RUJUK M/S 263 )

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR BARU( S : TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN BANDAR BARU DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE -20 )

Page 13: ramalan SEJARAH spm2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN BANDAR BARU DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE -20 berlaku ekoran perkembangan perlombongan bijih timah telah mewujudkan bandar Kuala Lumpur , Seremban dan Taiping. Bandar Miri ( Sarawak ) pula muncul hasil daripada perkembangan perlombongan petroleum.Perkembangan sistem pengangkutan mempengaruhi kewujudan bandar baru ( Kuala Lumpur ).Aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar Johor baharu.Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang strategik.Peningkatan pengeluaran produk industri bijih dan getah telah menjadikan pelabuhan Kelang , Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan yang penting.Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir serta lada hitam sejak tahun 1940.Bandar Sandakan sebagai pusat pengumpulan dan eksport balak.( RUJUK M/S 263 – 264 )

PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI TANAH MELAYU ( S : HURAIKAN PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI TANAH MELAYU )PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI TANAH MELAYU berlaku disebabkan Dasar British menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia menggalakkan kemasukan buruh India dan China.Kewujudan masyarakat berbilang kaum, meyebabkan petempatan dan pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar.Orang India menoreh getah dan tinggal di kawasan estet..Orang China berniaga dan berlombong dan tinggal di kawasan bandar.Penggunaan bahasa pertuturan yang digunakan dalam kerangka kehidupan sosial juga berbeza antara satu sama lain.Tiada kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas dan bermakna.Perkara ini menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional dalam usaha membentuk bangsa di TM selepas kemerdekaan.Pemerintah bertungkus lumus untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan kesepaduan rakyat dan negara.( RUJUK M/S 264 )

CIRI-CIRI PENDIDIKAN VERNAKULAR DI TANAH MELAYU( S : JELASKAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU )

SISTEM PENDIDIKAN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITISH( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITSH )SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITSH ialah kanak-kanak mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.Pendidikan tertumpu pada aspek membaca dan memahami al Quran.Menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira.Mempelajari bahasa Arab dan hukum-hakam agama.Setelah kedatangan British, sistem ini tidak terbela dan tidak dipertingkatkan.( RUJUK M/S 265 )

PENDIDIKAN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN BRITISH( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU SELEPAS KEDATANGAN BRITSH )SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU SELEPAS KEDATANGAN BRITSH ialah British telah menubuhkan Sekolah vernakular Melayu di Teluk Belanga ,Singapura ( 1856), Seberang Perai ( 1871) di Perak ( 1884 di Kuala Kangsar dan Batu Gajah ).Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di NNS pada tahun 1885.Sekolah Melayu yang ditubuhkan hanya pada peringkat sekolah rendah.Kurikulum yang disediakan terbatas dan sesuai dengan cita-cita British menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.MPSI ( Tanjung Malim ,1922 ) ditubuhkan bertujuan untuk melatih guru sekolah Melayu.MPSI menjadi institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu pada masa itu. MCKK ( 1905 ) ditubuhkan khusus untuk golongan elit.( RUJUK M/S 265 )

PENDIDIKAN INDIA( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INDIA DI TANAH MELAYU )SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INDIA DI TANAH MELAYU disediakan oleh British di kawasan bandar.Pihak pengurusan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.Sekolah Tamil Vivekananda yang ditubuhkan di Seremban beroreantasikan sistem pendidikan di negara India.Penggunaan sukatan, buku dan tenaga pelajaran dari India.Penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.( RUJUK M/S 265 )

PENDIDIKAN CINA( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA DI TANAH MELAYU )SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA DI TANAH MELAYU dibiayai oleh saudagar dari China ( sekolah Chung Hwa – 1914 ) dan Sekolah Cina Yuk Chai - 1926 di Kuala Pilah.Penggunaan dialek masing-masing sebagai perantaraan.Penggunaan buku, sukatan, guru dari negara China.British mewartakan enakmen Pendaftaran Sekolah ( 1920 ) untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina telah dikawal oleh British.( RUJUK M/S 265 )

PENDIDIKAN INGGERIS( S : HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INGGERIS DI TANAH MELAYU )SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR INGGERIS DI TANAH MELAYU berkembang hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela.Dianggap sekolah elit kerana terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.Kurikulum yang disusun berasaskan sistem pendidikan di England.Sekolah aliran Inggeris ialah Penang Free School, Malacca High School,( 1826), King Edward VIII School ( 1883 ) Dan Victoria Institution ( 1894 ).Usaha penubahan sebuah universiti dilakukan agak lewat iaitu Universiti Malaya di Singapura.( RUJUK M/S 265 )

PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN DI TANAH MELAYU( S : TERANGKAN SEJARAH PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERKILANGAN DI TANAH MELAYU PADA AWAL ABAD KE-20 )Sebelum abad ke 20, ekonomi British di TM lebih tertumpu terhadap pengeluaran bahan mentah ( timah dan getah ).Semua barangan perkilangan diimport dan telah memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan.Barangan import telah memberi saingan yang hebat kepada barangan kilang tempatan.

Syarikat Shun Yip Leong ( 1923 ) telah mendirikan dua kilang yang menghasilkan di Setapak ( Selangor ) dan Tapah ( Perak ) untuk mengahsilkan kasut getah dan dieksport ke China.Syarikat Kasut Bata telah menubuhkan sebuah kilang di Klang, Selangor.Syarikat Fung Keong (Klang-Selangor) , Kinta Rubber Works (Ipoh – Perak) menghasilkan barangan berasaskan getah.Syarikat United Enggineers telah mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.Perusahaan mengetin nenas untuk eksport telah diusahakan di Johor oleh seorang berbangsa Perancis.Masyarakat tempatan khususnya Melayu ( Pantai Timur , Sabah , Sarawak ) telah terpinggir daripada pembangunan ekonomi perdana.( RUJUK M/S 266 - 267 )

PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN DI TANAH MELAYU( S : HURAIKAN SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN DI TM PADA AWAL ABAD KE-20.)

PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN DI TM PADA AWAL ABAD KE-20 berkembang selari dengan perkembangan pesat sektor perlombongan dan pertanian. Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan timah dari kawasan lombong ke pelabuhan.Jalan kereta api pertama telah menghubungkan Taiping - Port Weld ( 1885 ).Jalan keretaapi lain turut dibina menghubungkan kawasan perlombongan di Kuala Lumpur-Port Swettenham (1889), Seremban - Port Dickson (1891), Ipoh dan di Tapah Road - Teluk Anson (1895).Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan mempunyai perhidmatan kereta api.Jalan kereta api yang menghubungkan S. Perai - sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918.Pada tahun 1931, Jalan kereta api di bahagian Pantai Timur yang menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke Sempadan Siam siap dibina.Jalan kereta api telah disambungkan dengan Sinapura pada tahun 1923.Pembinaan

Page 14: ramalan SEJARAH spm2010

Jalan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.Di Johor, pelabur Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapat pembinaan jalan kereta api.Pengangkutan kereta api mempercepatkan proses pengangkutan dan dapat membawa muatan yang banyak.Jalan denai dan kereta lembu digunakan untuk mengangkut timah dan getah telah digantikan dengan jalan raya berturap dan tanah merah.Menjelang tahun 1895, Selangor, Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400km.Pada tahun 1911, jalan raya S.Perai-Melaka disiapkan dan jalanraya menguhubungkan Perlis-Singapura telah dibina tahun 1911 – 1928.Jalan raya antara K. Lumpur-Kuantan dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negara-negara di Pantai Barat - Pantai Timur.Sistem perhubungan ( telegraf , telefon , pos, radio, perhidmatan udara ) turut diwujudkan.Dengan adanya perhubungan antara negeri serta perhubungan dengan negara luar, perdagangan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.( RUJUK M/S 267 – 269 )

PERKEMBANGAN PERHIDMATAN KESIHATAN(S : TERANGKAN LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL BRITISH UNTUK MENINGKATKAN PERHIDMATAN KESIHATAN DI TM, SABAH DAN SARAWAK )LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL BRITISH UNTUK MENINGKATKAN PERHIDMATAN KESIHATAN DI TM, SABAH DAN SARAWAK ialah pihak British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan untuk mengawal wabak penyakit di Taiping dan K. Lumpur ( 1898 ).Menjelang tahun 1895, terdapat 29 buah pusat perubatan di Perak dan K. Lumpur.Pada tahun 1913, beberapa hospital telah dibina di sabah (Jesellton, Sandakan , Beaufort, Kudat dan Tawau ). Di Sarawak , perhidmatan kesihatan tertumpu di kawasan Kuching tetapi selepas tahin 1921 pusat perubatan kecil telah dibuka di Sri Aman dan Sibu.Terdapat hospital dibina oleh orang perseorangan ( Hospital Tung Shin ) bertujuan untuk memberi perhidmatan kesihatan khusus kepada pekerja lombong daripa kalangan imigran China.Institut Penyelidikan Perubatan ( Institution for Medical Research ) ditubuhkan untuk mengawal wabak penyakit , mengkaji punca penyakit dan mencari langkah pencegahan.Sanitary Board ditubuhkan untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar di K. Lumpur.Pada tahun 1911, peranan Sanitary Board tertumpu pada menjaga kebersihan bandar manakala Jabatan Kesihatan bertanggungjawab dari aspek kesihatan.( RUJUK M/S 269 – 270 )

CARA KEMASUKAN BURUH DARI NEGARA CHINA( S : BAGAIMANAKAH KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19? )

i. Sistem Tiket Kreditii. Sistem Pengambilan Kakitanganiii. Sistem Pengambilan Rumah Kongsiiv. Sistem Kemasukan Secara Tajaan

( RUJUK M/S 253 – 254 )

KEMASUKAN BURUH DARI NEGARA CHINA( S : BAGAIMANAKAH KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19? )

KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19 berlaku apabila sistem tiket kredit diperkenalkan. Bakal imigran ke TM dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh Kheh Thau ( ketua ).Bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan.Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran ( sin keh ) yang di bawa.Sin kheh diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal @ agensi buruh terlebih dahulu menerima bayaran daripada majikan.Sin keh perlu membuat perjanjian lisan @ bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam tempoh tertentu.Sin keh dibekalkan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan dituju serta keterangan sama ada mereka bebas @ berhutang.Apabila sin keh sampai ke pelabuhan yang dituju, mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang bertindak sebagai orang tengah yang kaan mendapat majikan untuk mereka.

SISTEM PENGAMBILAN KAKITANGAN ialah Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.Segala tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.

SISTEM PENGAMBILAN RUMAH KONGSI ialah Pegambilan buruh dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi di TM.Apabila buruh diserahkan kepada tuan rumah kongsi, pembawa akan dibayar degan kadar tertentu yang dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.

SISTEM KEMASUKAN SECARA TAJAAN ialah Cara kedatangan imigran berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke (CB) melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.Kemasukan imigran berketurunan FooChow secara berkumpulan terlaksana ekoran wujudnya persetujuan antara Ketua FooChow ( Sibu – Wong Nai Siong ) dengan CB.Imigran FooChow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

KEMASUKAN BURUH DARI NEGARA INDIA( S : BAGAIMANAKAH KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19? )

i. Kemasukan secara bebas @ merdekaii. Sistem Kontrakiii. Sistem Kangani

KEMASUKAN BURUH DARI NEGARA INDIA( S : BAGAIMANAKAH KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19? )

KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU ABAD KE-19 berlaku secara KEMASUKAN SECARA BEBAS @ MERDEKA. Buruh dari India ( melalui sistem buruh bebas ) datang dengan pembiayaan sendiri.Kedatangan mereka telah diaturkan oleh kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.Setelah sampai di TM, mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki.

SISTEM KONTRAK ialah Majikan akan membiayai tambang mereka ke TM.Sebagai balasan, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa ( 1-3 tahun ) dengan bayaran minimum ( 9 -13sen ).Perkara ini menyebabkan berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh dan disifatkan sebagai bentuk perhambaan yang tidak ketara.Sistem ini digantikan dengan sistem Kangani (1907) yang berkuat kuasanya Undang-undang Tabung Imigresen India.

SISTEM KANGANI ialah Kangani ( ketua , mandur @ tandil ) diberi kepercayaan oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di TM.Sistem ini menjadikan seorang kangani itu seperti pengurus agensi yang membawa buruh masuk pekerja asing.Sistem ini diharamkan ( 1938) kerana wujud penyelewengan oleh Kangani.

T5 bab1FILIPINA

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daeran-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.Di selatan kepulauan Filipina wujud kejaan-kerajaan Islam.

Apabila Sepanyol menduduki Filipina, Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi.Ketua datuk bandar mentadbir wilayah.Gabenor Kecil bertindak mentadbir bandar.Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanankan di bawah Sistem Encomienda.Penyatuan barangay-barangay dikenali encomienda

INDONESIASebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapabuah kerajaan berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam

di Jawa.Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (Jawa)

Pendudukan Belanda telah memperkenalkan pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral.Pada peringkat pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembaesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.Penubuhan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan

Page 15: ramalan SEJARAH spm2010

Pertanian.Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.Penubuhan Volskrad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan sarekat Islam.

THAILANDBirokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkon.Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis di bawa dari Britain, Penasihat kastam dan ketenteraan di bawa dari AS dan Perancis.Raja Chulalongkon telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.

Bab2

PENENTANG PEMIMPIN DI SARAWAKJames Brooke berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pendalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan.Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke dan ini telah menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.Linggir iaitu pemimpin kaum Iban telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.Serangan ini sebagai tindakbalas terhadap James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di sungai Saribas tetapi Linggir telah tewas dalam serang tersebut.

Rentap merupakan pemimpin Iban, menentang James Brooke kerana telah bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menhalang kezaliman James Brooke.James Brooke bertibdak balas dengan membakar kampunbg mereka dan telah menyebabkan Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1961 dan beiau terpaksa berundur ke Ulu Entabai dan serangannya semakin lemah.

Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Ali Ghapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu Sungai Rejang.Penentangan ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhap penduduk tempatan.James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit dan telah diserang oleh Syarif Masahor.Syarif Masahor dan Datu patinggi Ali ghapur telah menyerang James Brooke di Kuching, tetapi gagal.Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.Datu Patinggi Ali Ghapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke

PERAK – DATO MAHARAJALELA

Penguasaan British di perak didalangi oleh J.W.W Birch telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharajalela.Penentangan ini berlaku secara bersatu oleh pembasar dan sultan.Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.Para pembesar menolak sistem cukai yang telah menghapuskan hak mereka.Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.Perjanjian Pankor telah ditandatngani oleh Sultan Abdullah dan Andrew Clarke telah menyebabkan seorang Residen telah ditempatkan di Perak.Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharajalela dan pembesar Perak terhadap campurtangan British.Dato’ Maharajalela membuat kubu di pasir Salak dan turut mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.Dato’ Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar lain dan hal ini telah diberitahu kepada Sultan Ismail.Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan negeri Perak kepada British walaupun berlaku penentangan .Mat Arshad, orang suruhan British telah dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di pasir Salak.Pembunuhan Birch oleh Sepuntum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharajalela telah menyebabkan British menghantar 500 tentera melancarkan serangan terhadap Pasir salak dan kawasan yang terlibat.Peristiwa ini telah menyebabkan Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Satu perbicaraan telah diadakan, Dato’ Maharajalela dan Dato Sagor, Pandak Lam, Pandak Indut telah dijatuhi hukum gantung dan Sultan Abdullah telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles manakala Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor.

KELANTAN – TOK JANGGUTPenentangan terhadap British berlaku di Pasir Putih apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910.Tok Janggut mementang pelaksanaan ini dan enggan membayar cukai. Bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Putih.Pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal.Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Putih dan mereka berjaya mendudukinya.Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar telah dilantik menjadi Raja , Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.British menggunakan nama Sultan untuk membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan kapal H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah menunpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya dan Tok Janggut telah terkorban.Mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Baharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepada ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

TERANGGANU – HAJI ABDUL RAHAMAN LIMBONGHaji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulamak yang mentang British kerana tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British perkenalkan kepada orang tempatan.Haji Abdul Rahman Limbong megetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Temelong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.Beliau bersama 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin II dari Lubuk Batu hingga kampung Pelam.British bimbang mengenai hal tersebut tetapi dengan jasa baik Tengku Maimunah, mereka telah disuraikan.Kemarahan penduduk tempatan terhadap British telah menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata dada bulan Mei 1928 dan berjayamenduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.Kumpulan di Kuala Temelong bersiap sedia menunggu arahan untuk menetang British.Dengan menggunakan nama sultan Terangganu, British menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula KualaBerang.Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderkhaka kepda sultan.Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang K. Temelinig dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas nyawa.Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura dan telah dibuang daerah ke Mekah.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME ialah Pengenalan sistem politik Barat telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan iaitu British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.Kemeunculan golongan intelek yang berpendidikan Inggeris dan vernakular Melayu meningkatakan kesedaran bangsa Melayu danmenolak penjajahan British.

Dasar British menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu telah meningkatkan jumlah imigran dan menguasai ekonomi dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan telah menyebabkan orang Melayu kekal dalam pertanian yang tidak dimajukan.

Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.Dasar ini telah menjarakkan jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan disedari oleh golongan intelek Melayu dan menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme.

Pendudukan Jepun dengan konsep Kesemakmuran Asia menekankan pembebasan negara-negara Asia menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan tetapi kekejaman Jepun telah meningkatakan kebencian penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur.

Penguasaan PKM selama 14 hari membangkitkan semangat penentangan penjajahan kerana kekejaman kerana membunuh orang Melayu.Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan akhbar, majalah dan kitab agama untuk mjenyampaikan idea penentanganpenjajah disebar secara meluas.

Gerakan Pan Islamisme sedunia melahirkan remormis Islam iaitu Syeikh Muhamad Abduh membangkitkan kesedaran pemaghaman Islam untuk menentang pemnjajahan terhdap negara-nagara Islamyang disebarkan dalam Al Manar. Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis dan karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajah.

Page 16: ramalan SEJARAH spm2010

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : PENGGERAK KESEDARAN RAKYAT

WARTA MALAYA LEMBAGA MALAYA MAJLIS UTUSAN MELAYU WARTA NEGARA FAJAR SARAWAK

ISU POLITIK YANG DIBANGKITKAN ialah meminta British memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.Menyeru orang melayu meninggalkan sikap negatif sperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha.Menggalakkan tabungan dikalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.Mementingkan kemahiran tradisional orng Melayu seperti pertukangandan kerja tangan.Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang melayu.Meminta taraf sekolah melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi.Memartabatkan bahasa melayu sebagai bahsa rasmi dalam pentadbiran British.Menyeru orang melayu tidak meninggalkan pendidikan islam.Mengekalkan niali-nilai baik masyarakat melayu.

ISU BERKAITAN EKONOMI YANG DIBANGKITKAN IALAH menggalakkan syarikat kerjasama.Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan.Menggalakkan perniagaan dikalangan orang melayu.Melarang orang melayu daripada menjual tanah mereka.Menyeru orang melayu supaya berjimat cermat.Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di KL

ISU SOSIAL YANG DIBANGKITKAN ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa-kuasa Raja-raja Melayu.Mengkritik pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat.Menolak dasar pilih kasih Britis dalam pentadbiran kerajaan.Menuntut diadakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam perhidmatan kerajaan.Menyeru orang Melayu di Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan tempatan.Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik orang Melayu

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU( S : JELASKAN ISU YANG DIPERJUANGKAN OLEH PERSATUAN-PERSATUAN DALAM GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU, SABAH, SARAWAK SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA )

KESATUAN MELAYU SINGAPURA DIPIMPIN OLEH Mohamad Eunos Abdullah,Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh. Isu yang diperjuangkan oleh persatuan ialah menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk melayu Singapura dengan Mohamad Eounos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British. Bertindak sebagai wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan NNS mendesak kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperolehi sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu si Singapura.

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Isu yang diperjuangkan oleh persatuan ini ialah menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia. Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.Menubuhkan negar Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia

PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM) dipimpin oleh S. M. Zainal Abidin B.Ahmad. Isu yang diperjuangkan oleh persatuan ini ialah menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi mewujudkan perpaduan bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi , pendidikan dan perhidmatan kerajaan.

KONGRES MELAYU memperjuangkan supaya membincangkan soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi.Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.Mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik.Mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan orang Melayu.( RUJUK M / S )

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

PERSATUAN YANG BEKERJASAMA DENGAN JEPUN SECARA TERBUKA( S : HURAIKAN PERKEMBANGAN KESATUAN MELAYU MUDA DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA )

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Matlamat penubuhan ialah untuk menggalakkan perpaduan dikalnagn pemuda Melayu di seluruh Semenenjung.Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British keluar dari tanah Melayu.Menjadikan KMM agen propoganda Jepun , membeli Warta malaya untuk dijadika alat propoganda anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propoganda menentang British.Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British.Ibrahim Yaaakob , Ishak haji Mohamad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap British pada akhir tahun 1941 kerana kegiatan tersebut dan mereka dipenjarakan di Changi, Singapura.

Barisan Pemuda Melayu Perak dipimpin oleh Ahmad Boestaman bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu. Mereka dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun.

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan menjelang akhir pendudukan Jepun, usaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia telah dijalankan.Ibrahim Haji Yaakob telah meminta Jepun memberi kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.Perkara ini sesuai dengan matlamat KMM untuk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.KRIS telah ditubuhkan sebagai badan yang akan melaksanakan tugas tersebut.Kongres Pemuda KRIS diadakan di KL bagi membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia.Walaupun Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yang mendadak, Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal iaitu pada 15 Ogos 1945.Perkara ini telah menyebabkan persidangan KRIS di KL dibatalkan.Ibrahim Yaakon dan isterinya dan orang kanannya berlindung di Indonesia.Dengan itu , kemerdekaan di bawah Indonesia Raya atau Melayu Raya telah gagal( RUJUK M / S )

PERSATUAN MENENTANG JEPUN MELALUI GERAKAN BAWAH TANAH DAN BEKERJASAMA DENGAN BRITISH( S : NYATAKAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG MENENTANG KETIKA PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU )

PARTI KOMUNIS MALAYA telah menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun.Organisasi ini telah disokong oleh British yang memberikan bantuan senjata.Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga kaum penting di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.

Page 17: ramalan SEJARAH spm2010

Force 136 banyak dianggotai oleh orang Melayu. Keanggotaan Force 136 adalah kecil dan terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British.Pasukan ini bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah , Johor dan Pahang.

Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun.Anggotanya terdiri daripada guru , pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.( RUJUK M / S )

Bab3

CIRI – CIRI NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA IALAH negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.Di malaysia, perlembagaan merupakan peraturan tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara. Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah

Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal danmelaksanakan dasar sesebuah negara.Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar-dasr tersebut.Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakatsesebuah negara.Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan , Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman

KESULTANAN MELAYU MELAKA – ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA

CIRI – CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA IALAH Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.Kedaulatan merujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas dari campurtangan, paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rajanya.

Terdapat dua jenis undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agama islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka.Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang dikalangan anggota masyarakat.Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam ,undang-undang keluarga dan sebagainya.Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara berkaitan pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukum bagi kesalahan jenayah.

Rakyat bertanggungjab untuk mentaati raja yang memerintah, bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya.

Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat melayu, bahasa Melaytudan agama islam,tengkolok diraja, cogan Agama, gendik di raja, kalung diraja, pending Diraja merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh bendehara, penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfoliomengikut bidang tugas masing-masing.

WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU Sistem pemerintahan Negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Johor berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Warisan Kesultanan Melayu Melaka turut berkembang ke negeri-negeri Melayu seperti adat istiadat Melayu, agama islam dan bahasa Melayu.Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.Semua pemerintah negeri tersebut menggunakan gelaran nama Sultan pada awal nama masing-masing.Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa . Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut.Johor, Perak dan Johor mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka tetapi terdapat perbezaan dari segi gelaran pembesar kerana perubahan semasa dan penyuasaian dengan keadaan tempat.Kitab undang-undang negeri Johor, Perak dan Pahang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.

KELANTAN – SISTEM JEMAAH MENTERISISTEM JEMAAH MENTERI diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad 1dengan melantik beberapa pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.Sultan Muhammad II telah memperkemaskan pentadbiran dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing dianggotai oleh empat orang pembesar.

JEMAAH MENTERI TERDIRI DARIPADA Jemaah Penasihat raja yang bertanggungjawab menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.Jemaah Menteri Istana bertanggungjawab menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan.Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman bertanggungjawab mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.Jemaah Menteri dalam Negeri bertanggungjawab menjaga keamanan negeri.Jemaah Menteri Luar bertanggungjawab menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.Jemaah Menteri Perbendaharaan bertanggungjawab mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.Jemaah Menteri Peperangan bertanggungjawab menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri bertanggungjawab menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASICIRI-CIRI DEMOKRASI dalam pemerintahan Negeri Sembilan ialah negeri ini mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat. Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.Setiap keputusanYang di Pertua Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.Undang bertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.Lembaga dilantik oleh Buapak merupaka ketua suku anggota masyarakat bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.Buapak merupakan Ketua Perut menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.sistem pengagihan kuasa kepada individu mengikut peringkat menunjukkan sistem pemilihan pemimpin Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi.

FAKTOR-FAKTOR MENYOKONG PEMBENTUKAN MALAYAN UNION ialah Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.Mereka juga bersetuju dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.Mereka juga percaya janji British yang akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.British berjanji akan memberi kemerdekaan pada Tanah Melayu yang merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union.Parti Kebangsaan Melayu Malay (PKMM) menyokong kerana pemerintahan bersifat barat dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.Konsep Republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya Melayu raya dapat dilaksanakan. Hal ini menyebabkan Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dab Barisan Tani Malaya (BATAS) memberi sokongan.Penyatuan pentadbiran Islam dalam Malayan Union disokong PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah.Terdapat pegawai Tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN MALAYAN UNIONOrang Melayu membantah tindakana Harold MacMichael yang mengugut raja-Raja Melayubahawa baginda akan diturunkan takhta sekirannya enggan menerima Malayan Union seperti terjadi kepada Sultan Badlishah.Kebanyakkan sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti berlaku kepada Sultan Perak.Terdapat sultan yang menandatangani perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti berlaku kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor.Keadaan selepas Perang Dunia Kedua adalah tidak sesuai untuk British membuat

Page 18: ramalan SEJARAH spm2010

pembaharuan politik.Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union, hal ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebagai ketua agama islam.Orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar.Pemberian kerakyatan yang longgar akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultan Melayu Melaka.

CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION dilakukan ialah akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu. Majlis dan Akhbar Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan.Orang Melayu mengadakan demontrasi secara damai semasa Harold MacMichael mendapatkan tandatangan daripada sultan.Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union dan menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United malays Organization (UMO) sebagai benteng menentang Malayan Union.Kongres Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiaman telah dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh negara.Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) untuk mentang Malayan Union.Kongres Melayu kedua diadakan pada 30 hingga 31 March untuk membantah pengisytiharan Malayan Union.Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk meninjukkan bantahan mereka kepada ahli Parlimen British, iaitu LD Gammans dan David Reese Williams.Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli perlimen tersebut.

Bab 5

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SURUHANJAYA REID ditubuhkan ialah untuk membincangkan dan meyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Selain itu, Suruhanjaya ini juga bertanggung jawab untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh Lord Reid Ivor Jennings William Mckell Tuan Abdul Hamid Tuan B. Malik

ISU-ISU YANG MENJADI PERHATIAN suruhanjaya ini ialah meminta supaya pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan memeberi kuasa autonomi kepada negeri. Mengambil kira mengenai kedudukan Raja-raja Melayu. Mempertimbangkan hak istimewa Orang Melayu sebagai penduduk asal.Pengwujudan satu bangsa PTM juga diberi perhatian. Meneliti kerakyatan jus soli ditentang oleh orang Melayu. Kerakyatan jus soli memberi hak sama rata kepada semua kaum boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Raja-raja Melayu bersetuju memberi kerakyatan dengan syarat orang bukan Melayu mengikhtiraf kedudukan Istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan. Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ialah Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.Pemisahan antara dua kuasa persekutuan dan negeri melalui Senarai Persekutuan dan Seanarai Negeri.Institut raja dijadikanRaja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi (prinsip jus soli diterima).Kedudukan Keistimewaan Orang Melayu dikekalkan.Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara. Pentadbiran negara bersifat demokrasi Berpalimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak dibawah kuasa Perlimen.Pada peringkat negeri , Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau akan dibantu oleh DUN dan EXCO.Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan

KEPENTINGAN PERJANJIAN PTMKEPENTINGAN PERJANJIAN PTM ialah menerusi Pakatan Murni, membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mengwujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di PTM.Menerusi pakatan Murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.PTM 1957 telah memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulatdan merdeka mengikut acuan sendiri.Dengan pengalaman sejarah yang sama, setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA PERANAN TUNKU sangat penting. Tunku telah mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak, serta ke Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

Penubuhan JPPK bertujuan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pendangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.Donald Stephens (Pengerusi) ,Tunku Abdul Rahaman, Ong Yoke Lin, Khir Johari, Lee Kuan Yu, dan Tun Datu Musthapha Datu Harun. Jawatankuasa ini mengemukakan satu memorendum yang mengandungi perkara penting yang memberi pertimbangan kepada pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.

PENUBUHAN SURUHAN JAYA COBBOLD bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Dianggotai oleh Lord Cobbold, Anthony Abell, David Waterson, Wong Poh Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.Hasil laporan jawatankuasa ini ialah 1/3 sokong tanpa syarat,1/3 sokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan 1/3 menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

CADANGAN yang telah dikemukakan oelh jawatankuasa ini ialah perlembagaan PTM – perlembagaan Malaysia yang baru haruslah berasaskan PTM 1957.Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.kJaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

PENUBUHAN JAWATAN KUASA ANTARA KERAJAAN untuk menerangkan penubuhan Malaysia dan turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Dianggotai oleh Lord Landsdowne dan dibantu oleh Tun Abdul Razak.

PENUBUHAN MAPHILINDO adalah untuk menyelesaikan masalah mengenai pertubuhan Malaysia. Ketiga-tiga ahli pertubuhan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia dengan meminta bantuan PBB.

JAWATANKUASA PBB dirujuk untuk meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah setelah Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan cadangan Malaysia.Majoriti penduduk Sarawak dan Sabah bersetuju meneyertai pembentukan Malaysia.

PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 meluluskan Akta yang mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu,Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia. Parlimen yang terlibat meluluskan akta ini ialah Parlimen British,Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sabah dan Majlis Undangan Sarawak. Pada 26 ogos 1963 , yang dipertuan Agong memeperkenankan Akta Malaysia yang merangkumi Sabah,Sarawak. Singapura dan Tanah Melayu.

KANDUNGAN AKTA MALAYSIA ialah semua hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan.Agama islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali bagi Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahsa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.Bagi Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi adalah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia. Sabah dan Sarawak diberi kuasa hal ehwal imigresen dan perhidmatan awam Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah (15) dan Singapura

Page 19: ramalan SEJARAH spm2010

(15) bagi perwakilan parlimen dalam pilihan raya. Rakyat bumiputera Sabah dan sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

Bab7

RAJA BERPELEMBAGAAN

RAJA BERPELEMBAGAAN ialah Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

PENGERTIAN YANG DIPERTUAN AGONGJawatan wujud sejak tahun 1957.YTA merupakan tonggak negara dan ketua utama negara.YTA merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat Malysia.YTA bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat daripada Perdana Menteri.YTA tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkara tertentu yang memerlukan budibicara baginda berbuat demikian.YTA dipilih secara bergilir-gilir antara 9 Sultan selama 5 tahun.Pemilihan YTA dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia.Pemilihan YTA dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu.

BIDANG KUASA YANG DPERTUAN AGONG ialah YTA mengetuai 3 badan iaitu Badan Perundangan , Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.YTA berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen.YTA merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.YTA berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera.YTA bertanggungjawab menjaga dan memelihara Hak Istimewa Orang Melayu.YTA boleh menitahkan Majlis Raja_raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan dan kemulian raja-raja Melayu.YTA merupakan ketua agama bagi negeri baginda dan dbagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.YTA mempunyai budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.YTA mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.YTA boleh mengisytiharkan undang-undang Daryrat dibawah Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.YTA berkuasa melantik Pengerusi, dan 3 ahli SPR, ahli perhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perhidmatan Awam.YTA bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan Ketua Audit bagi Persekutuan.YTA berkuasa untuk mentauliahkan duta-duta negara.

DEMOKRASI BERPALIMEN bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negera manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.Dalam sistem Demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat untuk membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahn demokrasi berpalimen di negara kita.Perlembagaan ini dibuat pindaan untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

SISTEM REPUBLIK ialah sistem yang menolak institusi beraja.Kerajaan diketua oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.Contoh negara mengamalkan sistem ini ialah negara Perancis, Kore Selatan, India, Filipina.Presiden memegang dua jawatan iaitu ketua kerajaan dan ketua negara.

RAJA BERPELEMBAGAAN Sistem penerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri

LAMBANG-LAMBANG NEGARALAMBANG YANG TERDAPAT DALAM JATA NEGARA ialah Empat jalur berlainan ditengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan pahang (NNMB)warna hitam dan putih (Pahang), warna merah dan kuning (Selangor) , warna hitam, putih dan kuning (Perak), warna merah,hitamdan kuning ( Negeri Sembilan).Dilambangkan oleh pokok melaka yang terdapat dibahagian kanan perisai.Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis,Kedah,Kelantan, Terangganu Dan Johor (NNMTB).Pulau Pinang dilambangkan pokok pinang yang terdapat di bahagian kiri perisai.Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas melambangkan gabungan empat belas negeri dalam persekutuan Malaysia.Dua ekor harimau yang menyokong perisai bermaksud keberanian.Dibawah perisai terdapat cogan kata “bersekutu Bertambah Mutu” yang bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri dan persekutuan.Jata negeri Sabah, Sarawak melambangkan negeri tersebut manakala bunga raya melambangkan bunga kebangsaan

BENDERA KEBANGSAANWarna merah melambangkan kedaulatan.Warna putih melambangkan kesucian.Empat belas jalur merah dan putih melambangkan gabungan 14 negeri dalam Persekutuan.Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama islam sebagai agama rasmi.Bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan 14 negeri dalam Persekutuan.Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu.Warna biru melmbangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

LAGU KEBANGSAAN Sebelum merdeka lagu kebangsaan Malaysia adalah lagu kebangsaan British iaitu God Save The Queen.Nama lagu kebangsaan ialah negaraku dan dicipta pada tahun 1957.Lirik lagu asal adalah berasal dari Lagu Terang Bulan ( lagu negeri Perak). Pemilihan lagu diadakan di Dewan Polis Depoh oleh Tunku Abdul Rahman yang bertindak sebagai jemaah hakim. Lagu yang dipilih akhirnya telah diperkenan oleh Mjlis Raja-raja Melayu.Lirik lagu tersebut telah diubah semula oleh En Saiful Bahari berdasarkan lagu Terang Bulan.Maksud yang terdapat dalam lirik lagu kebangsaan ilah menuntut kita bersyukur, taat kepada Raja, dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

KEPENTINGAN LAMBANG-LAMBANG NEGARALambang negara dapat meningkatkan semangat kebangsaan rakyat terhadap negara. berfungsi sebagai simbol perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan. lambang negara dapat membentuk identiti negara dan bangsa. kita haruslah menjadi lebih patriotik apabila lambang negara kita digunakan. Lambang negara akan melahirkan rasa bangga apabila digunakan.

Bab8

RUKUN NEGARA DAN KEPENTINGAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN RUKUN NEGARA merupakan idealogi negara malysia diisytiharkan pada 30 Ogos 1970 kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum.Prinsip percaya kepada Tuhan menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia.Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain bebas diamalkan.Prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara menuntut rakyat memeberi kesetian kepada YTA merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.Penderhaka kepada Raja juga membawa maksud penderhakaan kepada negara.Prinsip keluhuran perlembagaan merupakan undng-undang utama bagi sesebuah negaradan dianggap luhur, unggul serta suci.Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sissi undang-undang.Semua rakyat akan hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.Prinsip kesopanan dan kesusilaan menuntut rakyat Malaysia mengamalkan kesopanan dan bertatasusila kerana nilai-nilai murni ini melambangkan keperibadian seseorang individu.Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN NEGARA

Page 20: ramalan SEJARAH spm2010

LAPORAN BARNES (1950) mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan.Laporan Barnes mencadaangkan penubuhan satu jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan.Sekolah kebangsaan yang dicadangkan ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dah peringkat lebih tinggi.Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat.

LAPORAN FEN-WU (1951) mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal. Laporan Feen Wu bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

ORDINAN PELAJARAN (1952) diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Feen Wu.Ordinan ini mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaityu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa.Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris.Bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu. Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan orang Cina dan India.Selain itu, kekurangan wang dan ancaman pengganas juga menyebabkan ordinan ini tidak dapat dijalankan.

PENYATA RAZAK (1956) ialah sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein.Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting iaitu sistem persekolah yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan. Penyata Razak mencadangkan penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan sekolah jenis umum menggunakana bahasa Inggeris , Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan sekolah menengah Inggeris mengguakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Penyata Razak mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah.Penyata Razak telah mengemukaakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.Penyata Razak telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960) mencadangkan sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.Laporan Rahman Talib mencadangkan sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan bangsa. Laporan Rahman Talib mencadangkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukarkan kepada bahasa Melayu.Laporan Rahman Talib mencadangkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar disemua sekolah menengah.Pelajaran agama islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.Bahasa Cina dan tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.Laporan rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.

SISTEM SEKOLAH ANEKA JURUSAN (1965) diperkenalkan untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.Sistem ini bermatlamat untuk menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga umur 15 tahun dengan memberi pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga mahir dan persedian untuk pasaran kerja.Kursus kemahiran pilihan yang diajar ialah perdagangan, sains rumah tangga, seni perusahaan dan sains pertanian.Mata pelajaran wajib pula adalah sama seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

JAWATANKUASA KABINET (1974) dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan.Objektif utama ialah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.

Jawatankuasa ini mahu mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan mengenai kenaikan darjah secara automatik.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap sekolah vokasional.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap sukatan pelajaran sekolah swasta.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap penyertaan aktiviti kokurikulum.Laporan jawatankuasa ini memberi penekanan terhadap keperluan disiplin sebagai asas perpaduan.Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan pada tahun 1988.Kurikulum ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap kepada dasar Pendidikan Kebangsaan.

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAANRANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI

TAHAP PERTAMA

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1955-1960)Matlamat utama RMP adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar.RM1 bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.RM1 bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.RMP bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.RM1 merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang memebri penekanan dan perhatian serius terhadap ekonomi,sosial dan awam.Dalam sektor ekonomi, pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan,penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan, hasil pertanian dipelbagai dan perlombongan diperluaskan.Dalam sektor sosial, banyak perhidmatan diberikan seperti kesihatan,pendidikandan perhubungan.Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis.kem tentera , pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberi tumpuan.RIDA ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar,memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,membantu pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu.

FELDA ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar disamping meningkatkan hasil pertanian negara, tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan penempatan baru.Penubuhan kementerian Pembangunan Negera dan Luar bandar ( Dato’ Abdul Razak) berperanan untuk menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar.RMP kurang memberansangkan kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan tentera.

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)RM2 merupakan kesinambungan RM1 keranan rancangan ini masih menekankan penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar.RM2 bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan penduduk bandar,disamping mengurangkan kemiskianan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup.Program pembukaan tanah dibawah FELDA dipertingkatkan.Usaha mempelbagailkan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian bagi mengurangkan pergantungan terhadap getah dan makanan import.FAMA ditubuhkan untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka.RM2 memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosialnya seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.RM2 berusaha menyediakan peluang pekerjaan turut diberi tumpuan.Kementerian Pembanguan dan Luar Bandar menwujudkan Bilik Gerakan Negara di KL untuk menyelaras kegiatan pembangunan pada peringkat negara, daerah dan kampung.Program buku Merah diperkenalkan mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966- 1970)Penyertaan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia. Integrasi nasional menjadi tumpuan utama dengan memastikan semua program pembangunan menfokuskan kesejahteraan rakyat. RM1 bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian.Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat dan membawa kepada kemunculan Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara Dan Pahang Tenggara.FELCRA ditubuhkan untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Pada tahun 1966, RIDA digantikan dengan MARA, sementara Bank Pembangunan Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan pemyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan perdagangan.Pada tahun 1969, PERNAS ditubuhkan untuk menggiatkan penyertaan bumiputera dalam bidang

Page 21: ramalan SEJARAH spm2010

perusahaan dan perdagangan.MARDI diberi tanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran pertanian kecuali getah.Pembangunan sektor perindustrian dapat dilihat dengan penubuhan beberapa agensi berkaitan seperti MIDA pada tahun 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif.Akta Pelaburan yang diluluskan pada tahun 1969 berfungsi menggalakkan kemunculan industrian baru.

RM1 terbantut kerana berlaku peristiwa 13 Mei 1969. perkara ini jelas bahawa segala program pembangunan ekonomi selama ini belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.

Bab 9

ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIAASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.Menggalakkan pembangunan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Hubungan BILATERAL - Merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Seperti Singapura, AustraliaHUBUNGAN MULTILATERAL -Merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan @ pertubuhan seperti ASEAN, OIC

ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA DIPENGARUHI OLEH FAKTOR SEJARAH.Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China , India, Siam dan negera-negara kepulauan melayu.Hubungan luar berdasarkan serumpun di kepulauan Melayu.Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara yang lain seperti Australia dan New Zealand.Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara yang Pro barat semasa diancam oleh fahaman komunis yang menggugat keselamatan.Malaysia masih bergantung kepada kuasa barat kerana masih belum mempunyai keupayaan ketenteraan.

Selain itu,FAKTOR EKONOMI yang mempengaruhi asas pengubalan dasar luar Malaysia ialah Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan semua negara dalam usaha memajukan ekonomi.Malaysia merupakan pengeluarkan bijih timah dan getah utama. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara maju seperti Britain dan AS untuk memasarkan barangan tersebut.Selepas merdeka, Malaysia masih menjalinkan hubungan dengan negara ini kerana mengharapkan modal dan pasaran dan peluang pekerjaan yang tinggi.Malaysia menjalinkan hubungan dengan Korea dan Jepun melalui Dasar Pandang ke Timur.Menjalinkan hubungan dengan negara membangun ( negara Dunia Ketiga) dalam usaha meningkatkan pasaran barangan dan pelaburan.Menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam untuk meningkatkan pasaran bagi barangan dan pelaburan di negara Islam.

FAKTOR POLITIK Malaysia merupakan negara demokrasi. Oleh itu, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat.Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Oleh itu, Malaysia menyokong Palestin bagi mengujudkan keamana di Asia Barat.Malaysia memegang teguh Piagam PBB bagi memelihara keamanan sejagat.

FAKTOR GEOGRAFI Kedudukan Malaysia yang strategik dan bersempadan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Thailand, Singapura, Brunei.Perairan negara juga menjadi laluan utama kapal dagang, keselamatan serantau akan mempengaruhi dan meninggalkankesan terhadap keselamatan.

FAKTOR DEMOGRAFI Menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam sejajar dengan majoriti penduduknya Islam.Tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel kerana dasar negara tersebut yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.Malaysia menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kebebasan beragama.Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan dan negara tersebut bersikap komited terhadap hak asasi manusia.

MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

PERTUBUHAN KOMENWEL

CIRI -CIRI PERTUBUHAN KOMENWEL ialah anggotanya merupakan bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka.Keanggotaannya terdiri 54 buah negara maju dan negara menbangun.Sekretariat telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.

MATLAMAT PERTUBUHAN KOMENWEL ialah untuk membina semangat setia kawan dikalangan negara anggota.Mengwujudkan kerjasama dalam segala bidang di kalangan negara anggota.

FAEDAH FAEDAH PENYERTAAAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL IALAH Negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara kedaulatan dan keamanan negara dalam bentuk menyekat perjuangan PKM.Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, N. Zealand menjanjikan bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang.Manganjurkan CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 .Mengisytiharkan deklarasi Langkawi berkaitan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.Menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.Berjaya menganjurkan sukan Komanwel pada tahun 1998

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

CIRI -CIRI PBB ialah pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa gagal untuk menghalang berlakunya Perang Dunia ke Dua.Ibu pejabat asal di San Francisco dan telah ditukarkan ke New York pada tahun 1946.Peringkat awal dianggotai oleh 51 buah negara dan keahlian ini bertambah pada 189 buah negara pada tahun 2002.Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 setelah mencapai kemerdekaan.Malaysia anggota harus akur dengan Piagam PBB.

MATLAMATMATLAMAT PENUBUHAN PBB IALAH untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia.Menggalakkan hubungan berbaik-baik dengan negara anggota.Berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

PERANAN DAN SUMBANGANPERANAN DAN SUMBANGAN MENYERTAI PBB IALAH Malaysia menyertai pasukan tentera pendamai untuk menematkan perang di Congo ( Zaire) pada tahun 1960.Pada tahun 1989, menyertai pasukan pengaman ke Namibia untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea untuk menyelesaikan masalah perang saudara.Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.Bersuara lantang di PBB menetang dasar Aparteid di Afrika Selatan.Menyarankan agar benua Antatika menjadi warisan dunia yang diletakkan dibawah hak milik atau kuasa semua negara.Menjadi ahli bank dunia yang ditubuhkan PBB pada tahun 1945.Mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah.Hasil usul Malaysia, satu persidangan telah diadakan di Viena (Austria) dan PM Malaysia menjadi Yang di Pertuan dalam persidangan tersebut.Berkerjasama dengan agensi PBB. Contoh dalam bidang pengeluaran makanan (FAO).Berkerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan dengan WHO.Berkerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah UNESCO.Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989, dan 1999.

Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail, dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan Agong PBB.Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB untuk selesaikan konflik politik di Myanmar.Malaysia berpendirian tegas mengenai isu Palestin dan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Palestin di KL.

Page 22: ramalan SEJARAH spm2010

FAEDAHFAEDAH MALAYSIA MENYERTAI PBB IALAH MALAYSIA mendapat pinjaman dari Bank Dunia dari segi kewangan dalam usaha menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara.Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan diharapkan dapat membasmi kemiskinan diluar bandar dan sediakan peluang pekerjaan.Menggunakana bantuan Bank Dunia untuk menjayakan FELDA.Menggunakan bantuan Bank Dunia untuk membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

PERGERAKAN NEGARA -NEGARA BERKECUALI (NAM)

CIRI-CIRI Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.Anggotanya adalah sebanyak 113 buah negara, manakala 16 sebagai pemerhati dan 28 merupakan tetamu jemputan.Keanggotaan Malaysia ialah pada tahun 1970 iaitu semasa berlaku pertukaran dasar luar Malaysia daripada Pro barat dan anti komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

MATLAMAT NAM ialah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat atau Blok Komunis.Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara.Menghormati kedaulatan sesebuah negara.Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.Menghormati hak asasi manusia

FAEDAH penyertaan Malaysia dalam NAM ialah Malaysia membuat beberapa usul membela kepentingan negara-negara membangun dalam Persidangan Kemuncak di New Delhi. Malaysia membangkitkan isu berkaitan Palestin,kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.Dalam Sidang Kemuncak Ke 8, di Harare( Zinbabwe) , Malaysia mencadangkan penghapusan dasar aparteid di Afrika.Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih sebagai naib presiden dalam Persidangan Kemuncak NAM di Belgrade ( Yugoslavia).Malaysia dilantik sebagai ahli kumpulan G16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.Malaysia menjadi tuan rumah dalam Sidang Kemuncak Persidangan NAM ke 13(2003). Persidangan ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 ahli anggota iaitu 31 ketua negara dan 32 ketua kerajaan.Dalam persidangan ini, Malaysia berjaya mendaftar ahli baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.Dalam sidang ini juga, Malaysia berjaya menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC.Deklarasi KL menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan AS terhadap Iraq.

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

CIRI –CIRI DAN MATLAMAT OIC beribu pejabat di Jeddah dan ditubuhkan pada tahun 1971, idea oleh Tunku Abdul Rahman.Keahliannya sebanyak 57 buah negar dan 3 negara sebagai pemerhati.Matlamat penubuhan ialah untuk mengeratkan hubungan sesama negara islam dalam segala bidang.Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat islam.Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara islam.Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci umat dihormati dan tidak dicemari. Memberi bantuan kepada negara islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan,Bosnia dan Afghanistan.Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Chad dab Nigeria

PERANAN DAN SUMBANGANPERANAN DAN SUMBANGAN Malaysia dalam OIC ialah Tunku Abdul Rahman mencetus idea penubuhan OIC.Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agong OIC yang pertama.Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan antara Iran dan Iraq.Malaysia memberi sokongan kepada Palestin dalam usaha mendapatkan tanah air dari Israel.Malaysia menjadi tuan rumah OIC pada tahun 1974 dan 2003.Malaysia menganjurkan Persidangan Menentang Pengganas di kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002.Menyediakan tawaran biasiswa kepada para pelajar negara OIC untuk belajar di UIAM.Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas dikalangan negara islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.Malaysia mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara – negara islam.Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.

FAEDAH Malaysia mendapat pinjaman dari Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.OIC memberi bantuan untuk penubuhan UIAM

KUMPULAN-KUMPULAN SELATAN

CIRI -CIRI Negara–negara selatan ialah negara-negara ini dikenali juga dengan nama Negara Dunia ke Tiga.Negara- negara ini mempunyai persamaan dari segi latar belakang ekonomi yang sama dan pernah dijajah oleh Barat.Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.Negara- negara ini tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah untuk menjadi barangan siap.Pergantungan ini telah membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap bahan mentah.Kadar faedah yang terlalu tinggi terhadap pinjaman yang diberikan.Matlamat kumpulan ini untuk mengatasi harga eksport bahan mentah dan tingkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal tanpa bergantung kepada negara maju.

PERANAN DAN SUMBANGANPERANAN DAN SUMBANGAN dalam pertubuhan Kumpulan-Kumpulan Selatan ialah Malaysia memainkan peranan yang penting kerana idea penubuhan pertubuhan ini adalah datang daripada Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang NAM di Zimbawe pada tahun 1987.Strategi Malaysia adalah untuk menubuhkan kumpulan 15 @ G15.Sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada tahun 1990.Projek yang dirancangkan ialah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.Projek yang dirancangkan ialah penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan. (SITTDEC).Projek yang dirancangkan ialah penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Gobal ( GSTP ).Penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

CABARAN MASA DEPANGLOBALISASI Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan teknologi maklumat.

LANGKAH KERAJAAN MEMAJUKAN ICT ialah Malaysia menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah yang dihasilkan oleh ICT.Malaysia menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosi pembangunan ICT.Kerajaan telah melancarkan Koridor raya Multimedia (MSC) yang telah memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.Dalam Rancangan Malaysia ke -8, Malaysia telah memperuntukan belanjawan sebanyak RM5.2billion bagi projek berasaskan ICT.Sebanyak 1 billion daripada peruntukan tersebut digunakan untuk merapatkan jurang perbezaan ICT antara bandar dan luar bandar.

MSC telah dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad.MSC adalah kawasan yang mencakupi KLCC sehingga KLIA.Koridor ini telah dibangunkan secara berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara.Tujuannya adalah untuk menfaatkan sepenuhnya pembangunan Teknologi maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

PEMBENTUKAN K-MASYARAKATK- masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri dengan pengetahuan agar dapat terus bersaing.Hal ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan dengan secekapnya oleh kerajaan terutama dalam bidang pendidikan.Usaha telah dijalankan bagi membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan Malaysia.

Page 23: ramalan SEJARAH spm2010

Antaranya pembinaan Sekolah Wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang dapat meningkatkan daya saing.Sekolah Bestari telah dilengkapkan dengan prasarana Teknologi Maklumat dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap IT.Kurikulum telah diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif,dinamis dan berfikiran kritis dan analitis.Melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi ,bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi bagi menyahut cabaran globalisasi.Matlamat k-masyarakat dan k-ekonomi adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mengwujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan sainstifik.

K-EKONOMI K-ekonomi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.Pada era gobalisasi, k-ekonomi memain peranan yang penting yang mampu bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perhidmaytan yang disediakan.Pada era k-ekonomi,teknologi dan industi berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan serta perkongsian pintar.Sumber yang paling berharga dalam k-ekonomi adalah modal intelek dan juga pekerja berpengetahuan.Modal intelek hanya boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan diikuti dengan semangat serta daya saing yang tinggi.Tenaga kerja yang berpengetahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan.Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui R&D.Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.Di samping itu, kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha untuk meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.