ramalan ending one piece
DESCRIPTION
Ramalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceTRANSCRIPT
RABU, 20 OGOS 2014
Teori pengakhiran manga/anime One Piece
Tukang Merepek: Prince of Noob
Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga
yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di
seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini
sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime.
Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan
lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang
unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak
cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah
babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh
menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang
penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.
Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat,
dan Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya
separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia
akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah
ribuan chapter. Akan tetapi, bagi yang hendak tahu
pengakhiran dan misteri harta karun One Piece, ini
adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini
hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri
One Piece.
Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.
(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka
yang mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan
peminat dan tidak pernah baca siri One Piece, boleh
abaikan artikel ini).
THE VOID CENTURY
Mari kita mulakan dari awal. Ada satu tempoh masa yang
dinamakan Void Century dalam dunia One Piece, di mana
hanya kru dari lanun Gol D. Roger sahajalah yang
mengetahui misteri apa yang terjadi di dalam temph
masa tersebut.
Namun, seorang profesor Ohara bernama Clover telah
memperolehi petunjuk tentang apa yang terjadi di masa
itu. Beliau mengatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan
kuno yang digelar Ancient Kingdom atau Great
Kingdom yang amat hebat dan menguasai seluruh lautan.
Namun kerajaan tersebut memiliki ramai musuh yang
sangat berbahaya, yang pada akhirnya musuh2 itu
berjaya meruntuhkan kerajaan hebat tersebut dan
menghapuskan semua bukti2 kewujudannya dari
sejarah.
Dalam masa yang sama sewaktu kerajaan agung itu
dilenyapkan dari dunia, World Government juga dibentuk
buat kali pertamanya pada waktu itu. Maka Clover
membuat kesimpulan bahawa World Government yang
wujud sekarang tak lain dan tak bukan adalah musuh
silam kerajaan agung tersebut.
THE HIDDEN PATTERN
There are three things that cannot be stopped:
Man's dreams (Impian manusia)
The flow of time (Aliran masa)
Inherited will (Keazaman yang diwarisi)
As long as people continue to seek the true meaning of
freedom, they will never ceased to be!
~ Gol D. Roger
Dalam dunia One Piece, kebanyakan arc atau cerita
dalam dunia One Piece dirangka mengikut ketiga2 aturan
tersebut, seperti contoh kisah Chopper dan Dr. Hiluluk:
Impian Dr. Hiluluk adalah untuk untuk mengubati hati
rakyat di Pulau Drum yang telah membeku dan dingin
yang disebabkan oleh sikap pentingkan diri Raja
Wapol dengan membuat bunga sakura mekar di Drum
Kingdom (Man's Dream). Namun Hiluluk telah kalah
melawan penyakit yang dideritainya menyebabkan
impiannya tergendala di makan masa (Flow of Time).
Impiannya diwarisi oleh Chopper, yang pada akhirnya
berjaya membuat bunga sakura mekar di Drum Kingdom
dan berlayar bersama Luffy (Inherited Will).
Kisah Golden Bell of Shandorian:
2 orang rakan baik, Calgara dan Noland berpisah di
persisiran Jaya. Persahabatan mereka tidak berhenti di
sini dan mereka berjanji untuk bertemu lagi (Man's
Dream). Calgara sering membunyikan loceng emas agar
rakannya tidak sesat dalam perjalanannya. Malangnya,
pulau Jaya telah ditakdirkan untuk tercampak 10,000
meter di atas langit. Calgara mati disebabkan perang,
manakala Norland dihukum mati di kampung
halamannya. Dengan itu janji tersebut turut terkubur
(Flow of Time).
400 tahun kemudian, seorang budak bernama Luffy
berjaya menjumpai loceng emas tersebut dan
membunyikannya semula untuk memenuhi janji yang
telah dilupakan itu (Inherited Will).
Begitu juga dengan kisah Sanji:
Zeff si kaki merah mempunyai impian untuk mencari "All
Blue", lautan lagenda di mana lautan dari Utara, Selatan,
Barat dan Timur bertemu dan mempunyai ikan daripada
keempat2 lautan (Man's Dream). Namun setelah setahun
berlayar di lautan Grand Line, beliau meninggalkan laut
tersebut dan peristiwa kehilangan kaki kanannya
menyebabkan beliau terpaksa melupakan impiannya
(Flow of Time). Namun impiannya diwarisi oleh Sanji yang
turut belayar bersama Luffy untuk mencari lautan All Blue
(Inherited Will).
Boleh disimpulkan rangka cerita kebanyakan arc di dalam
One Piece seperti berikut:
1. Di masa lampau, ada seseorang yang memiliki
impian tertentu, namun impian tersebut tidak sempat
dikabulkan.
2. Impian tersebut tidak terkabul dan terkubur
dalam suatu tempoh waktu yang lama.
3. Muncul seseorang yang akan mengabulkan
impian tersebut dan merupakan seseorang yang
mewarisi impian pemilik asal.
Dan kisah2 dalam One Piece diceritakan mengikut aturan
ini berkali2 namun mungkin tidak ramai yang perasan.
Aturan ini kita gelarkan "The Golden Pattern" kerana Gol
D. Roger yang mencetuskannya.
Lalu bagaimana dengan impian Gol D. Roger sendiri?
Adakah ia juga mengikut aturan The Golden Pattern ini?
Persoalan ini terjawab dalam Chapter 576:
Nampaknya Roger juga mempunyai suatu impian, impian
yang diwarisi sejak beratus tahun, dan dia menunggu
seseorang untuk membawa impian tersebut, dan ia juga
mempunyai kaitan dengan One Piece. Oleh itu, apakah
sebenarnya impian Roger?
ROGER'S DREAM
Impian Roger yang diceritakan kepada Whitebeard,
sebenarnya bukanlah impiannya sendiri. Roger
sebenarnya mewarisi impian tersebut dari 800 tahun
yang lalu, ya, impian yang telah dilupa dan dihilangkan
dari The Ancient Kingdom.
Kerajaan Ancient Kingdom ini sangat besar, dan
menguasai hampir seluruh dunia. Mereka juga memiliki
teknologi yang sangat canggih, namun ada satu perkara
yang menjadi masalah kepada mereka. Seperti yang kita
tahu, dunia One Piece memiliki empat lautan utama yang
dibahagi oleh Grand Line dan Red Line. The Ancient
Kingdom menganggap kedua2 tebing ini sebagai
pengganggu yang harus dimusnahkan kerana mereka
mengganggu para pelaut dan penjelajah yang hendak
menyeberangi lautan dengan bebas, yang juga
menghalangi kerajaan ini mencapai kemakmuran
tertingginya.
Maka, mereka membuat sebuah projek raksasa yang
boleh dianggap gila tapi harus juga dilaksanakan. Projek
ini adalah projek untuk menghancurkan titik temu
antara Red Line dan Grand Line, dan dengan
demikian menyatukan keempat lautan tersebut
menjadi sebuah lautan besar. Projek ini
dinamakan ONE PIECE. Untuk merealisasikan projek ini,
The Ancient Kingdom telah mencipta dan memiliki tiga
buah senjata kuno iaitu Pluton, Poseidon dan Uranus
yang berkemampuan untuk menghancurkan dunia, yang
kini disebut Ancient Weapons.
Chapter 650
Namun, tidak semua orang senang dengan projek
tersebut. Terdapat 19 daripada 20 kerajaan kecil yang
lain tidak setuju dengan projek itu, maka mereka bersatu
dan melancarkan perang terhadap The Ancient Kingdom.
Akhirnya mereka memenangi perang dan kerajaan2 kecil
ini bergabung membentuk World Government. Kekalahan
dalam perang tersebut menyebabkan Ancient Kingdom
beserta projek One Piece lenyap dari muka bumi dan
sejarah mengenai kewujudan kerajaan agung itu juga
dihapuskan oleh World Government.
THE FLOW OF TIME
Namun, the Ancient Kingdom ini seperti sudah dapat
mengagak akan kejatuhan mereka. Mereka pun
menciptaPoneglyphs yang terkandung mesej yang ingin
disampaikan kepada generasi akan datang dengan batu
yang tidak boleh dimusnahkan serta tulisan yang tidak
dapat difahami lalu disembunyikan di seluruh muka bumi,
berisikan sejarah mereka dan Ancient Weapons yang
mereka ciptakan.
Disebabkan itu, World Government melarang sebarang
aktiviti untuk membaca Poneglyph dan mempelajari
sejarah sebenar yang berlaku pada Void Century.
THE INHERITED WILL
Ketika Gol D. Roger tiba di pulau Raftel, tempat terakhir
di New World, dan juga dikhabarkan adalah pulau di
mana kerajaan Ancient Kingdom terletak pada suatu
ketika dahulu, mereka telah berjaya bertemu dan
mengetahui sejarah yang telah hilang itu 800 tahun yang
lalu. Beliau tahu apa yang harus dilakukan untuk
melaksanakan projek One Piece, namun tubuhnya
dijangkiti oleh penyakit yang tiada penawar dan umurnya
tidak panjang. Maka, Roger memutuskan untuk
mencetuskan era "The Great Age of Pirates" yang
terkenal itu, dengan harapan seseorang yang cukup kuat
akan muncul dan memenuhi impian tersebut untuk
menggantikan dirinya.
Dan siapakah seseorang itu yang telah mewarisi impian
tersebut? Rasanya kita semua sudah tahu jawapannya.
THE PROJECT OF ONE PIECE
Bagaimana projek ini akan terlaksana?
Rajah berikut menunjukkan bentuk bumi dunia cerita One
Piece. Terdapat 4 lautan utama iaitu East Blue, North
Blue, South Blue dan West Blue yang dipisahkan oleh
Redline (tanah besar yang menegak) dan Grand Line
(arus laut melintang).
Chapter 51 Page 4
Peta East Blue:
Idea One Piece ini adalah projek untuk menciptakan
lautan yang sempurna untuk dilayari. Oleh itu ada dua
perkara yang harus dilakukan: menyatukan empat lautan
besar menjadi satu lautan yang besar, dan melenyapkan
keluarbiasaan dan ketidakstabilan di Grand Line.
Adakah ia tidak mustahil untuk dilakukan?
Sebenarnya ia tidak mustahil untuk saintis Ancient
Kingdom. Caranya adalah dengan menghancurkan satu
titik di mana semua lautan di muka bumi (North, West,
East, South, Grand Line, New World, Calm Belt) bertemu
di satu tempat. Titik ini ada dua, dan keduanya harus
dihancurkan: Reverse Mountain dan Holy Ground
Mariejoa/Fishman Island. Ya, tempat pertama Luffy
memasuki Grand Line dan tempat di
mana Tenryuubito(Celestial Dragon) tinggal.
Maka, apakah yang mampu untuk menghancurkan titik
tersebut? Ya, itulah Ancient Weapon atau Senjata Kuno
iaitu Pluton.
Setelah Reverse Mountain dihancurkan, lautan akan
menjadi lebih liar dan tidak stabil daripada sebelumnya
kerana telah kehilangan jumlah daratan yang sangat
besar dan lautan utama betermua antara satu sama lain.
Pusaran air besar akan muncul ditengah2 titik
kemusnahan, ribut dan ombak besar akan mengganas di
mana2. Setelah beberapa waktu, lautan akan menjadi
normal kembali.
Maka bermulalah keajaiban, di mana...
Cuaca teruk di Grand Line dan New World dan medan
magnet yang tidak stabil akan lenyap, angin dan badai
akan mulai bertiup di Calm Belt.
Juga ada teori yang menyatakan ia disebabkan oleh satu
kuasa yang mampu mengawal dan menstabilkan cuaca,
iaitu dengan salah satu Senjata Kuno iaitu Uranus yang
bermaksud Sky atau Heaven.
Oleh itu bagaimana pula dengan para Sea King (raksasa
Raja Laut)? Setelah kesemua lautan bertemu, pasti Sea
King akan mengganas dan tidak senang duduk. Jadi,
inilah tugas satu lagi Senjata Kuno iaitu Poseidon yang
mempunyai kuasa untuk menguasai dan mengawal Sea
King di mana Poseidon akan menenangkan raksasa2
ganas ini dan menciptakan pelayaran laut yang aman.
Kuasa Poseidon kini dimiliki oleh Permaisuri
Duyung Shirahoshi.
Maka dengan ini, projek One Piece telah pun selesai dan
lahirlah satu lautan yang ideal!
Dan kesan daripada projek ini...
Pusaran air akan tercipta dari kehancuran Reverse
Mountain. Kenapa? Kerana air laut daripada keempat
lautan akan mengalir menuju ke titik musnah iaitu
tempat asalnya Reverse Mountain, dan bersama dengan
air laut datang bersama segala macam penghuni lautan,
dan hasilnya?
All Blue, lautan lagenda impian Sanji di mana semua jenis
ikan di muka bumi dapat ditemukan di sini.
Dengan ini sekurang2nya 6 impian ahli lanun Topi Jerami
(Mugiwara Pirate) akan terlaksana dengan projek ini:
1. Luffy berjaya menjadi Pirate King (Raja Lanun)
setelah berjaya melaksanakan projek One Piece,
menjadikan beliau lanun yang paling dihormati,
disegani dan bebas di atas lautan.
2. Sanji berjaya menjumpai All Blue.
3. Nami dapat melukis peta dunia yang telah lama
diimpikannya.
4. Franky dapat melihat Thousand Sunny berlayar
di seluruh dunia.
5. Robin berjaya menemukan sejarah yang hilang
(Void Century), jika tidak, bagaimana orang akan
tahu akan One Piece?
6. Brook dapat bertemu Laboon dengan mudah
tanpa dihalangi oleh tebing-tebing Reverse Mountain
yang curam.
Sekarang, bagaimana pula dengan Mariejoa/Fishman
Island? Perhatikan kedudukan Mariejoa dan Fishman
Island adalah selari.
Dalam chapter 610, Madam Shirley ada meramalkan
yang Fishman Island akan dimusnahkan oleh seorang
manusia yang memakai topi jerami yang tak lain dan tak
bukan adalah Luffy.
Chapter 610
Madam Shirley tidak berbohong ketika dia meramal
melihat masa depan. Luffy akan menghancurkan Fishman
Island; walaupun Luffy tidak menghancurkan Fishman
Island buat masa sekarang, tapi dia pasti akan
memusnahkannya kelak bagi bagi melaksanakan projek
One Piece mengikut ramalannya.
Dan nenek moyang Fishman Island sebenarnya sudah
pun ambil maklum mengenai peristiwa yang bakal
mendatang ini, tetapi bagaimana mereka tahu?
Ingat lagi dengan Joy Boy?
Chapter 628
Chapter 649
Ya, dia adalah seorang raja dari Ancient Kingdom
(mungkin diilhamkan Oda berdasarkan seorang raja
Kerajaan Kediri di Jawa Timur
bernama Joyoboyo/Jayabaya yang memerintah sekitar
tahun 1135-1157). Joy Boy telah membuat perjanjian
dengan Mermaid Princess pada masa itu iaitu Poseidon,
penguasa raksasa Sea Kings. Joy Boy berjanji kepada
Poseidon bahawa sebagai ganti penghancuran Fishman
Island, ia akan memberikan tempat yang lebih baik di
atas permukaan air, di mana mereka dapat hidup di
bawah matahari (juga adalah impian Queen Otohime).
Untuk tujuan inilah Noah's Arc dibina oleh Joy Boy kepada
rakyat Fishman Island.
Noah's Arc telah berjaya dibina oleh Joy Boy, tetapi
kerajaannya hancur terlebih dahulu kerana perang.
Disebakan janji Joy Boy terhadap Poseidon tidak dapat
dilaksanakan, maka dia meminta maaf kepada Poseidon
melalui Poneglyph seperti yang Robin temukan di
Fishman Island. Namun dia tetap berjanji yang hari di
mana para fishmen dan mermen dapat hidup di bawah
matahari di atas permukaan air pasti akan tiba pada
masa akan datang, dan orang yang akan memenuhi janji
itu tidak lain dan tidak bukan adalah Luffy sendiri (sekali
lagi Oda menggunakan "golden pattern").
Kesimpulannya, "The Promised Day" yang dijanjikan oleh
Joy Boy kepada Poseidon dan ramalan Madam Shirley,
kedua2nya sebenarnya adalah benda yang sama.
Senarionya mudah, pada hari yang dijanjikan itu, Luffy
akan gerakkan serangan ke tempat yang harus
dimusnahkan, tapi sebelumnya Puteri Shirahoshi akan
mengarahkan Sea King untuk menggerakkan Noah's Arc
yang membawa rakyat Fishmand Island ke tempat yang
selamat.
A = Sunny Tree of Eve
B = Red Line
C = Underwater Red Line
D = Ocean Cave
E = Fishman Island
F = Holy Land Mariejoa
Setelah dimusnahkan, keajaiban yang sama berlaku di
titik Reserve Mountain yang dimusnahkan akan turut
berlaku di sini. Lautan All Blue akan muncul
menggantikan titik yang telah dimusnahkan. Mermen dan
Fishmen akan berpindah ke sini dan membina tamadun
dan menjadi tempat tinggal yang baru di sekeliling Sunny
Tree of Eve yang akan selamat dan tidak dimusnahkan
dalam projek ini.
A = Sunny Tree of Eve
B = Tempat tinggal baru bagi penduduk Fishman Island
C = All Blue
D = Sisa kemusnahan Red Line
Ini juga menandakan perakhiran bagi pemerintahan
World Government kerana Mariejoa, simbol utama World
Government juga akan turut terkubur bersama Fishman
Island dalam proses ini dan Luffy akhirnya menang dalam
peperangannya terhadap World Government.
Teori tambahan: 2 senjata kuno atau Ancient Weapon
telah pun diketahui, di mana Poseidon adalah Puteri
Duyung Shirahoshi yang mampu mengawal raksasa Sea
King di lautan, manakala Pluton pula merupakan sebuah
kapal perang yang sangat besar yang mampu
memusnahkan sebuah pulau di mana Franky pernah
memiliki cetakan biru atau blueprint bagi Pluton namun ia
telah dimusnahkan oleh Franky ketika di Enies Lobby.
Maka, apakah pula senjata kuno terakhir iaitu Uranus?
Setakat ini tiada sebarang maklumat atau petunjuk yang
menyatakan apakah sebenarnya Uranus, namun Uranus
pasti mempunyai bahagian dalam projek One Piece ini.
Sebelum ini pernah disebutkan yang Uranus bermaksud
Sky atau Heaven, oleh itu ia pasti mempunyai kaitan
dengan langit atau cuaca. Oleh itu, mungkin Uranus
adalah kuasa yang mampu mengawal dan menstabilkan
cuaca, di mana kuasa tersebut merupakan sebuah objek
ataupun dimiliki oleh seseorang seperti mana Poseidon,
serta sama ada kuasa tersebut dimiliki melalui warisan
darah atau buah syaitan, masih lagi tidak dapat
diketahui.
Namun, terdapat seorang watak yang paling menyerupai
Uranus, dan berkemungkinan besar beliau memang
seseorang yang boleh mengawal cuaca. Ingat lagi
peristiwa di Logue Town di mana ketika Buggy mahu
memancung kepala Luffy, secara tiba2 cuaca menjadi
tidak terkawal, muncul ribut dan tornado di tengah2
bandar, dan kemudian Buggy terus dipanah petir?
Chapter 99
Siapa yang muncul pada waktu itu dari gelap untuk
selamatkan Luffy? Ya, dia adalah bapa Luffy sendiri yang
juga ketua bagi Revolutionary Army iaitu Monkey D.
Dragon.
Chapter 100
Semua di atas hanyalah teori semata2 yang telah banyak
dibincangkan di Internet dan ia mungkin tidak sama
dengan plot sebenar. Sekarang ini yang tahu pengakhiran
One Piece hanyalah penciptanya Eiichiro Oda danseorang
kanak2 pesakit kanser di Jepun.
Peminat2 One Piece yang nak komen dan berbincang
pasal One Piece, boleh kongsikan di ruangan komen.
Perbincangan ini dibuka sepanjang masa.
tags: teori pengakhiran manga anime one piece one of the best theory the inherited
will monkey d luffy op mugiwara straw hat pirate pirates kaizoku lanun
perbincangan forum
Anda mungkin juga meminati:
Anime atau animasi Jepun bahaya untuk kanak2
4 Teori Konspirasi- Siapakah ANON?
Luffy VS Toriko VS Son Goku: Siapa menang?
MH370: Spekulasi, teori konspirasi dan persoalan
Manga paling popular tahun 2013
Linkwithin
Labels: Anime, Konspirasi, Manga, Teori
Reactions:
108 ulasan:
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:38 PTG
panjangnya..
Balas
Balasan
1.
Anwar Ibrahim21 Ogos 2014 8:49 PG
Oh.. ini sebijik seperti mainan konspirasi
UMNO-BN..
Balas
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:50 PTG
pada aku andaian ni tak lengkap. mana silver rayleigh?
sepatutnya watak utama seperti tu perlu dimasukkan
juga.
Buktinya pada salah satu batu Rio Poneglyph yg di baca
oleh Nico Robin, ditulis oleh Gold D.Roger sendiri. "Saya
boleh bunuh semua anak kapal saya ketika saya
berkuasa. Sengaja saya tinggalkan silver rayleigh,
Akagami Shank dan Buggy kepada kamu agar kamu
kenal siapa kami dan cari jawapan kenapa One Piece itu
satu gurauan."
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:59 PTG
Aku tak paham kenapa Silver Rayleigh tak join
masa perang di Marineford? Dia lagi kuat dari
Shank sebab dia senior shank masa dulu. masa
perang tu, dia ada je kat Sabody, baring2
tengok skrin org tgh bperang. dia bukan
wartawan. Tak patut dia biarkan orang
berbunuh-bunuhan. nasib baik shank datang
hentikan peperangan walaupun dia baru jer
lawan dgn yonkou Akaido. aku suka rayleigh
tapi aku tabik shank
2.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 4:23 PTG
dia tak join sebab perang itu bukan
peperangan dia, lagipun dia dah bersara. shank
rasa bertanggungjawab nak datang sebab
whitebeard tu dah macam rival dia yang baik,
lagipun peperangan tu juga melibatkan luffy
dan dia juga nak hentikan blackbeard yang
telah menyebabkan parut kat muka dia.
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:55 PTG
Byk sbb jugak rupanya shank dtg. Aku igtkn
sbb oda tak tau mcm mana nk plot cerita
perang tu bg habis. Pastu dia buat tiba2 shank
muncul. Siap songoku pun xberani nk lawan
shank. Pastu perang pun berenti.. rupany byk
sbb..
Balas
3.
Cik Nadz 20 Ogos 2014 3:52 PTG
gilak panjang!haha. terbaik..tp aku follow one piece
masa zaman u je which was 4 years back. tak larat nak
download episod2 seterusnya tp serius best one piece!
love this anime more than naruto. :p
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:58 PTG
one piece sentiasa unggul ranking no.1 dari
dulu sampai sekarang... naruto asyik naik
turun.. skrg dah turun jauh dah.. org dh start
bosan kot.. aku mmg xbc naruto.. one piece
tbaik...
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:48 PTG
cerita one piece lebih menarik berbanding
naruto.. naruto tu sikit2 flashback.. borink
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 10:11 PTG
cerita naruto sgt awesome time diorg budak2
je... bila diorg dah besar ni dh jadi mengarut...
most bad guy turn to good guy at the end...
dari orochimaru, pain, itachi, sasuke, obito, dari
seorg bad ass akhirnya jadi budak baik... wtf???
ni ntah2 kaguya pun nnti jadi baik gak tgk la...
skg ni pulak tiba2 jd penyelamat dunia pulak...
reunion team 7 lah... plot xbest lgsg...
Balas
4.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:00 PTG
setahu aku one piece tu bukan satu projek. tapi harta
yang tersimpan di sebuah pulau. pulau yg penuh dgn
raksasa laut dan penuh cabaran utk mendapatkan
hartanya. semua orang cuba nak dapatkannya (Man's
dreams). mungkin Ace pernah cuba dapatkannya tp
dihalang oleh teach, dan Ace kalah dan perlukan masa
utk berlatih lagi dan makan masa yg lama (The flow of
time). Akan datang Luffy yang akan realisasikan impian
Ace (Inherited will).
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 4:40 PTG
ace yang cari blackbeard bukan blackbeard
nak halang ace cari one piece. ace cari
blackbeard untuk menghukum dia sebab dia
dah bunuh salah seorang kru lanun whitebeard
iaitu thatch sebab nak rampas buah
syaitan yami yami no mi (dark-dark fruit) dari
thatch, tapi malangnya ace pulak yang kalah
dengan blackbeard.
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:04 PTG
setahu aku buah syaitan ni lepas makan baru
kita tahu apa power yg kita dapat. macam
mana blackbeard boleh tahu tu buah yami
yami no mi kat tangan thatch?
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:11 PTG
kalau nanti bila grandline dah stabil, adakah
pemakan buah2 setan akan jadi normal
semula?
4.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 5:22 PTG
ada juga buah syaitan yang tengok buah dah
tahu apa kuasanya, contohnya macam mera
mera no mi, buah syaitan ace yang dijadikan
hadiah pertandingan colosseum oleh
doflamingo.
tak tahu juga lepas grandline dah stabil,
pemakan buah syaitan akan jadi normal
semula kerana asal usul buah tu pun tak
diketahui, sama ada ia muncul secara
semulajadi atau ciptaan manusia
5.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:29 PTG
tapi aku masih lagi berharap agar one piece tu
merupakan satu bentuk harta seperti segunung
emas.. itulah hasil susah payah mereka
harungi lautan ganas
6.
Seriously 21 Ogos 2014 4:01 PTG
kalau mcm tu ending dia x awesome, tipikal
ending dn x kena ngan ciri2 jln cerita one piece
sebb selalunya echiro oda suka buat cerita luar
jangkaan.tgk la tiap2 arc...ak x minat sgt tp
kwn cerita psl flow citer ni memang menarik
lagi pun teori ats kemungkinan besar ye @
tidak.... tp klu ya memang awesome kot sebb
itu lah yg luffy nak, dia ingin jadi pirate king....
7.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:19 PTG
ko tak minat one piece, tapi komen lebih2
pehal..ko tau ke luffy nak jd sgt pirate king tu
sbb apa? luffy sendiri kata sekadar nk
kebebasan.. bukan nak jadi raja betul2.. bila
dah jadi king pirate betul2 nanti baru dia faham
apa yg dia kejar.. setakat ni dia masih sekadar
nak jadi lanun yg paling kuat dan lalui semua
lautan sama macam roger..
8.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 7:00 PTG
One Piece kemungkinan besar bukan harta
emas tipikal macam cerita lanun lain.
9.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 7:03 PTG
Lagipun impian setiap orang dalam team luffy
menunjukkan mereka bukannya kejar
kebendaan. ending pasti nama luffy diangkat
sebagai Raja Lanun kelak. tak payah emas pun
takpe, pergi mana2 pun, ada pasti sambut dan
beri makanan percuma. hutang dia dgn kedai
minum kampung dia pun, owner kedai dah tak
kisah hahaha.
Balas
5.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:12 PTG
Noob, aku rasa Oda tak cerita betul2 la pengakhiran
cerita ni pada budak kecik tu. lagipun dia budak kecik.
oda cerita gitu2 jer supaya budak tu suka. mungkin dia
ckp akhirnya luffy jadi raja dan memerintah dunia. dunia
pun aman.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 4:22 PTG
mungkin juga, sebab kalau dia cerita betul2
kalau budak tu, lepas tu budak tu pergi
bocorkan rahsia tu kat orang lain habis spoil.
Balas
6.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:27 PTG
aku rasa laboon anak paus tu akan main peranan besar
diakhir cerita. dia jadi musuh paling kuat yg perlu luffy
lawan. dia akan pertahankan habis-habisan tempat dia
menunggu kawan2 dia dari dimusnahkan oleh luffy.
masa tu perpecahan besar kumpulan luffy akan berlaku
dimulai dgn brook kerana brook berpihak kpd laboon.
dan yang paling mengejutkan adalah zoro juga berpihak
kpd brook sbb diorg dari aliran pedang yg sama. sanji
juga akan bersama laboon kerana janji laboon utk bawa
sanji cari ikan2 di all blue. aku rasa sabo pun akan
berpihak pada laboon.
hanya nami sahaja yg kekal bersama luffy. itupun atas
dasar harta yg luffy akan dpt sekiranya pencarian one
piece berjaya.
kemuncak perpecahan berlaku bilamana bortolomeo
bunuh diri kerana tak sanggup lihat perpecahan yg
berlaku antara kru kapal yg paling dia segani. masa tu
mungkin projek one piece akan tergendala. yang
pastinya luffy akan putus harapan sama seperti masa
ace mati. dan luffy perlu mulakan semula pelayaran
mencari kawan2 baru untuk cari semula one piece.
pergi ke satu2 pulau semula dgn kawan2 baru.
Balas
7.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:43 PTG
terbaik la noob. nmpk logik.. mari kita tunggu sama2
cerita akhir dia..
Balas
8.
Suhaila 20 Ogos 2014 4:52 PTG
Terbaik lah Noob..panjang lebar ko punye teori..aku
salah seorang peminat tegar one piece.. ceritanya ada
kaitan dengan dunia realiti..juga mainan politik
dunia..banyak maksud tersirat yang ingin disampaikan
dari cerita Onepiece
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 5:23 PTG
ini bukan teori aku, tapi teori yang dikeluarkan
hasil perbincangan peminat2 one piece kat
internet
2.
Suhaila 20 Ogos 2014 6:30 PTG
long time already added you in my fool
syndicate..x nampak ke kat sidebar tu? hehehe
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:23 PTG
setakat masukkan dalam list fool syndicate pun
nak berkira... rilek2 sudah.. apa dah awek
sorang ni
Balas
9.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:02 PTG
teori ni awal2 lagi dah mengarut. setakat projek nak
menyatukan laut, takkan la 20 buah negara tak setuju..
setuju aje lah. tak setuju tu sampai boleh bentuk
kerajaan baru pulak tu. dah macam PR dan BN pulak..
20 kerusi tak setuju kecuali Alabasta sahaja yg setuju.
bila dah kalah berperang, sempat pulak tu si Joy Boy tu
round dunia semata2 nak selerakkan batu poneglyph.
Kalau aku jadi joy boy, aku bincang je elok2 dgn
kerajaan kecil yg ada. takkan kerajaan kecil2 ni tak reti
hormat kerajaan besar. sedangkan kerajaan selangor
pun hormat kerajaan persekutuan. kerajaan
persekutuan hormat kerajaan china dan amerika. tak
mungkin malaysia bergabung dgn brunei, thailand,
singapore nak lawan negara china? mati lah kerajaan
kecik walaupun bergabung.. melainkan 19 kerajaan
kecil tu dibackup oleh satu kerajaan yg lebih besar mcm
amerika..
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 5:17 PTG
tentu la ada sebab kenapa diorang tak setuju
tapi sekarang cerita tu tak sampai lagi part tu.
nanti bila robin dapat baca rio poneglyphs
nanti dapatla dia tahu perkara sebenar apa
yang berlaku pada void century tu. ni PR BN
bagai ni dah kenapa?
2.
Seriously 21 Ogos 2014 4:05 PTG
bodo gk anon ats ni dia ingat semua pala otak
orang sama berfikir baik ka? rmi org nk
berpendapt dn berpandangn beza2.... kdg2 ada
orang jahat gk dlm group diorang kita x tau...
disebabkan sorang buat tahi pun boleh jadi
huru-hara dn peperangn jadinya....
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:17 PTG
yg ko nak bodokan orang ni dah kenapa
Seriously? nampaknya ko sendiri tak boleh nak
terima perbezaan pendapat.. bodo jugak budak
seriously ni.. kah kah kah
Balas
10.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:07 PTG
tak lengkap kalau impian semua org tak tercapai. Mana
impian zoro, choper dan usop?
7. Zoro yang akan membelah reverse mountain setelah
perkara yg sama dilakukan oleh Mihawk tidak berjaya.
Lawan pedang, zoro dah menang. Ini kira bukti kedua yg
dia lebih hebat dari mata helang.
8. Chooper yang akan mewarisi satu team doktor. dan
doktor2 ini akan belayar ke seluruh lautan dgn memakai
bendera lanun dokter hiluluk
9. Usop akan balik kampung semula dan berkahwin dgn
Kaya. Tak payah nak jadi hebat sangatlah. ayah dia
mmg dah hebat.
Impian luffy bukan nk jadi raja lanun pun. dia cuma nak
jumpa shank. lepas jumpa, confirm dia tak minat dh dgn
raja lanun. dia nak jadi raja lanun pun sbb nak cari
shank. nak buktikan dia lebih hebat dari shank. kena
pulak dia akan berkahwin dgn boa hancock. kena
menghadapi kemarahan sanji sbb dapat perempuan
tercantik. kalau konflik tu tak boleh selesai, tak guna
juga jadi raja lanun. hanya menjadi musuh pada kru
sendiri.
Balas
11.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:26 PTG
Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup
golongan terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga kalau
mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut".
Trend terbaru daripada kafir,
1. Mas kahwin mahal
2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga
dan potong kek.
4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan
tiru acara kahwin orang kafir.
6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan
cium dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas
lafaz I do.
Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut
ummah kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI
pamer result UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah
demi anak-anak anda!
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian,
SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil,
0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page
Nurkedepan Twitter #nurkedepan
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:28 PTG
7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya
membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
Dah lama Kedepan menghilang... kini ada
balik... sah mamat ni sakit hati angkara tak leh
online nak ambik exam SPA utk jawatan
Penolong Penguasa Kastam hari tu....
hehehehe
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 10:12 PTG
nk komen merapu2 mcm ni tunggu la noob
post entry lain... ni post psl anime pun masih
nk menyemak lg
4.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:27 PG
Hadis ko ckp merapu? Kassim Ahmad ke ko ni?
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:25 PTG
bila masa dia cakap hadis merapu? dia cakap
budak ni merapu.. pastu main selit2 hadis kat
post sendiri.. semua tempat nak bertempek..
apa da ko ni..
Balas
12.
Ayam Afrika 20 Ogos 2014 5:41 PTG
Sy takut tgk cite One Peice kat tv sbb awek dia semua
'barang' besar semacam, segan tgk depan family. Pasal
komik pulak, semenjak jd hardcore Dragon Ball yg
sudah habis episod, x berani sentuh komik lain sbb jadi
addicted spt sebelum ni.
Kpd yg still single, lyn je cite2 anime smpi bengkak, dah
kawin maybe xde masa nak lyn semua ni, lyn bende
LIVE je. Haha!!
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 7:46 PTG
ko ni ayam, brg besar la, lyn benda live la...
dlm kepala hotak lucah memanjang... kepala
otak lu sebiji mcm kepala otak macai umno...
umno & lucah berpisah tiada..
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:24 PTG
Umno & hentai berpisah tiada
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
ayam aprika & henjut berpisah tiada
4.
MIDNIGHT 20 Ogos 2014 9:54 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh
pengarang.
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 12:24 PG
aik ayam? bukan ke ko sendri yg pnah ckp,
hnya org bujang n xmatang je yg ske ckp org
yg da kawin ni xde mse nk lyn anime, komik n
main game sebb dorg bz "main" benda lain
(main bini)?? so, mmg btol la pe yg geng
"bujang n xmatang" tu ckp slame ni, skrg baru
ko nk mngaku ye, ayam?? ayat ko tu bukan
sarcasm ye ayam......
boooo sama kau ayam, ckp xsrupe
bikin..booooooo........
6.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:53 PG
Apa benda la ayam ni. Xpyh sebut barang.
Sebut je tetek besar. Yg live tu ganti dgn
kongkek kang senang. Baru org phm ... Ayam
nigga & hentai nampaknya berpisah tiada..
7.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:53 PG
tahi ayam...tengok tetek nami pun dah
stim..lemah syahwat betul ko ni..aku anak dah
nak sekolah tapi still maintain layan one
piece..seminggu sekali je kot baca manga..
Balas
13.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 7:44 PTG
sejarah ditulis oleh mereka yg menang...
cerita one piece ada sedikit sbyk ada persamaan dgn
negara kita.. kebetulan baru je bincang psl isu
kemerdekaan kt post sblm ni... dlm one piece, world
government menang peperangan dgn ancient kingdom.
apa diorg buat lps tu? mereka cuba tutup & hilangkan
sejarah mengenai ancient kingdom.
nmpk xpersamaan di situ? geng2 haluan kanan melalui
umno & sekufunya menang dlm persaingan menuntut
kemerdekaan negara... maka sejarah mengenai
perjuangan kemerdekaan oleh pihak berhaluan kiri
ditutup dan dimomokkan oleh umno & bn sbg musuh...
harap satu hari akan ada anak muda yg bangkit
mewarisi keazaman dr luffy utk menentang kerajaan bn
yg korup & penuh kepalsuan ini...
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
maksudnya ko nak budak macam adam adli tu
yg bongkarkan sejarah yg tersorok tu? jgn
mimpi la.. budak ingusan cari glamer mcm tu
xpyh layan..
kat negara kita ni belum ada lagi anak2 muda
yg sungguh nak bongkarkan sejarah dan
tegakkan kebenaran.. pengetahuan sedikit, nak
glamer lebih2..
kalo ada org macam za'ba ke, burhanuddin
helmi ke.. mimpi la kalau nak ada lagi..
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 8:54 PG
Azwan ali ada nak bongkarkan.. amboi amboi
amboi... sambil goyang2kan jari kelingking..
Balas
14.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:27 PTG
betul ke oda sensei amik inspirasi dari kerajaan
indonesia? menarik nih
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 12:01 PG
kebanyakan watak dalam one piece memang
diilhamkan dari tokoh dalam dunia sebenar.
kebanyakan pulau2 juga diinspirasikan dari
tempat di dunia sebenar seperti arab, itali,
jepun, spain dan lain2, so tak mustahil dia
jadikan indonesia sebagai rujukan juga
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:35 PG
kalo ada inspirasi dari malaysia best jugak..
peminat kat malaysia pun ramai.. jadikan
pahlawan mcm hang tuah ke jadi watak komik..
aku rasa mesti sambutan giler2 punya..
3.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 11:36 PG
mengikut andaian aku, watak usopp tu sendiri
rasanya diinspirasi dari watak kartun malaysia,
sebab watak dia tak macam watak kartun
tipikal jepun yang ada masa besar tapi lebih
kepada watak kartun melayu dengan muka
yang lonjong, hidung panjang dan mata bulat
simple, malah nama pun usopp, nama tipikal
lelaki melayu, contohnya usop sontorian?
4.
Seriously 21 Ogos 2014 4:16 PTG
betul kemungkinan paling besar setakat ni wtk
Usop tu memang inspirasi dari wtk dari
Malaysia.. x pelik ke wtk nama usop leps tu
kemahiran lastik? org jepun lama2 ad lastik
ngan ad nama usop ke?
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:33 PTG
jangan bandingkan nama usopp tu dgn nama
jepun.. budus la ko ni seriously.. nama gold d.
roger, ora jackson semua tu pun mana ada kat
jepun..
kemahiran lastik lebih terkenal di indonesia
berbanding malaysia.. sedangkan watak usop
tu sendiri banyak pengaruh dari indonesia..
lihatlah kampung usopp tu sendiri ada ciri2
kawasan di indonesia seperti di kota padang
dan di maninja..
Balas
15.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:31 PTG
menarik teorinya. banyak yg ada kaitan. nampak
macam masih banyak lagi episod utk dihabiskan cerita
ni.
Balas
16.
plain8320 Ogos 2014 8:51 PTG
korang ni mcm bdk2 lyn 1piece, baik lyn hentai lagi.
bagus
Balas
Balasan
1.
Tanpa Telor20 Ogos 2014 11:56 PTG
korang ni mcm bdk2 lyn 1piece, baik lyn hentai
lagi. bagus
Balas
17.
Hentai Lover20 Ogos 2014 9:10 PTG
Sape suka hentai sila komen kat bawah aq
Balas
18.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:10 PTG
Noob, aku rasa inilah dia Uranus.. Puteri Manshelly..
Balas
19.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:10 PTG
Noob, aku rasa inilah dia Uranus.. Puteri Manshelly..
Balas
20.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:13 PTG
Ni link dia.. http://komikfox.net/komik-one-piece-755-
bahasa-indonesia/
Balas
21.
plain8320 Ogos 2014 9:31 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 20 Ogos 2014 11:56 PTG
aku terpaksa padam komen ko atas 3
kesalahan:
1. guna nama orang lain
2. letak link website lucah
3. terlalu bodoh
2.
Tanpa Telor21 Ogos 2014 12:00 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh noob
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:19 PG
haha..sedih giler..salah satu kesalahan yang
menyebabkan komen dipadam ialah terlalu
bodoh. haha..plain83 palsu ni memang
menyedihkan la
Balas
22.
MIDNIGHT 20 Ogos 2014 9:49 PTG
Gua harap creator one piece akan dpt hbs kan citer ni
sebelum dia mampus. Kalo x rmai akan piss off. Luffy
pun masih blum jumpa ayah dia face to face. Dr
vegapunk blum buat appearance lg ..
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:32 PG
luffy ni mcm ace jugak... dia tak kan terima
dragon tu ayah dia.. aku rasa oda kena
tinggalkan jugak jalan cerita sampai habis tu
kat mana2.. kalau2 dia mati, takde la peminat
keciwa giler2
Balas
23.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:42 PTG
Aku tak sbar nak tgk kekuatan kaido..pastu nak tgk
vegapunk. Pastu nak tgk jimbei join mugiwara. Oda
memang legend..luar biasa kreatifnye. Kalau ada koleksi
one piece dari awal sampai habis..boleh jadi library
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:30 PG
kaido dikatakan raksaksa terkuat di laut.. sbb
semua anak buah dia makan buah setan type
logia.. disupply oleh doflaminggo.. kira mcm
tak adil la.. kaido tu antara kekuatan yg susah
giler luffy nak kalahkan.. mungkin xbleh
kalahkan kot.. mungkin ambil masa lama baru
dpt kalahkan.. perlu bantuan shank
Balas
24.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:54 PTG
Tapi aku confius la noob..cmner pulak one piece dengan
toriko tu sezaman? Hahah. Lau watak2 toriko tu masuk
betul2 dlm one piece..mmg admiral sekali kena tumbuk
pun dah mati. Dah tu smpi dah 2 movie tak silap aku
toriko jumpe dengan luffy. Yg goku tu abaikan la..hahah.
Siap krew luffy dah masing2 kenal dengan geng2 toriko.
4 heavenly kings tu aku rasa boleh belasah 4 emperor
dlm one piece.hahaha
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 12:04 PG
cerita one piece dengan toriko ke, dragon ball
ke, naruto ke, itu semua cuma cerita crossover
sahaja yang tidak valid dalam penceritaan asal.
ia dibuat untuk suka2 je sesama mangaka atau
produksi anime.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 12:14 PG
Tau tu noob.hehe. tapi tu la kan..lau nak
bnding kekuatan watak toriko..melampau sngt.
Aku suke kekuatan melampau watak toriko.
Toriko tu boleh belah pulau marine hq tu
dengan skali serangan leg knife dia je.haha.tak
payah pedang zoro atau mihawk pun.
3.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 9:44 PG
tapi kalau nak banding dengan kekuatan goku
lagi la, planet pun boleh musnah haha
4.
Seriously 21 Ogos 2014 4:29 PTG
tp kalau ikutkan universe anime yg korang ckp
kan aku rasa paling kuat final form super
tengen
http://gurrenlagann.wikia.com/wiki/Super_Teng
en_Toppa_Gurren_Lagann
melampau besar dari galaxy damn wtf over
gila citer ak rasa tu lagi kuat dr semua char
dlm dunia toriko, luffy and what not lol
Balas
25.
mentega^^terbang 21 Ogos 2014 8:42 PG
Kalau ending cite dia gini best jugak.. ingat lagi dragon
ball dari sekolah rendah sampai sambung blaja lepas
SPM episod dia kat tv2. Memang akan setia tengok One
Piece sampai episod last! Gomu Gomu No! :)
Balas
26.
AllSunDay 21 Ogos 2014 8:46 PG
Respek Noob. Walaupun aku baca One Piece dari Episod
1 tapi sampai sekarang aku tak pernah sgt nak pikir
secara serius jalan cerita dia. Yang aku tau tiap2 hari
Rabu aku check Mangareader One Piece dah kluar ke
belum.... tapi cerita One Piece memang terbaik. Byk
unsur2 kejutan yg buat pembaca excited contohnya
kemunculan Sabo.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 9:51 PG
sebenarnya oda dah bagi banyak hint yang
sabo masih hidup dan dia diselamatkan oleh
dragon
-http://dl01.mangashare.com/manga/One-
Piece/589/007.jpg, dan juga cawan sabo -
http://i245.photobucket.com/albums/gg74/ocek
o/Sinttulo-1-69.jpg?t=1274306487
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:24 PG
sori noob. gambar
http://dl01.mangashare.com/manga/One-
Piece/589/007.jpg kat mana clue kata sabo
hidup lagi? kapal tu ke? aku xpahm sgt..
mohon pencerahan.. oda mmg pandai sorok
jalan cerita
3.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 10:42 PG
baca balik chapter 589 lepas kapal sabo baru je
kena tembak. lepas tu pada mukasurat 7 yang
aku bagi tu pada dialog "oh... hey, hurry up
and patch him up!! this is terrible!",
menunjukkan kru kapal dragon sedang
menyelamatkan seseorang yang kebetulan lalu
kawasan tu. siapa lagi yang diorang
selamatkan kalau bukan sabo :)
Balas
27.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:09 PG
noob, pluton tu bukan ke dah meletup kat alabasta?
minta pencerahan.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 9:43 PG
poneglyph kat alabasta tu ada bagitau pasal
pluton tapi robin tak bagitau kat crocodile, so
sekarang kat mana pluton tu masih misteri,
cuma blueprint untuk bina pluton tu ada kat
water 7 dan telah pun dimusnahkan oleh
franky
Balas
28.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:16 PG
aku kureng sikit la dengan sabo. aku lagi suka ace.
sedihnyee. watak Bartolomeo memang best. Dengan
ketaksuban dia kepada mugiwara pirate..kekuatan dan
troll dia tu, dia patut join je la mugiwara pirate. Sampai
sabo pun tension tgk Bartolomeo terlampau taksub kat
luffy. jeles la tuuu.hahaha
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:27 PG
aku rasa xperlu la nak banding sabo dgn ace..
rata2 pun ramai suka ace.. tapi sabo la
pengganti ace bagi peminat2 yg dah down bila
tau ace dah mati.. kira ok la tu.. kurang2
terubat sikit..
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:41 PG
ye lah kan..sekurang2nye ada la jugak lagi abg
luffy.
3.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 10:46 PG
whitebeard mati dengan berdiri penuh megah
demi maruah (pride).
ace mati di pangkuan adiknya sendiri demi
kasih sayang (love).
aku terima oda matikan watak diorang sebab
mereka mati dengan penuh bangga dengan
"pride and love".
Balas
29.
seriously21 Ogos 2014 9:33 PG
1 piece merupakn satu lagi projek 1meleis!!
pr00000000oootttT argh!! leganya!
Balas
30.
AllSunDay 21 Ogos 2014 10:59 PG
Kau tahu Noob apa beza Naruto ngan One Piece? Naruto
mcm cepat sgt. Tetiba jer Naruto tu dpt power yg 'imba'
lepas tu plak tetiba Sasuke pun dpt gak power yg entah
dari mana..... tapi beza One Piece plak, tiap2 minggu
aku baca Encik Oda tunjuk power Luffy sikit demi sikit
tambah2 lepas training dgn Rayleigh. Kita sebagai
pembaca excited nak tgk power baru Luffy. One Piece
deserve Gold Medal dalam arena Manga generasi baru.
Jgn plak ada yg compare dgn DragonBall.
Balas
31.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 11:03 PG
Jdi noob, apa lgi misteri yg tak diceritakan kat atas?
Enel? Hidup lgi ke dia?
Betul ke Buggy jdi shibukai?
Tlong senaraikan lgi persoalan2 dia.
Kalau ada jwapn lgi best
-oyen-
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 11:16 PG
buggy memang dah jadi shichibukai so bukan
lagi misteri
-
http://toxicmuffin.files.wordpress.com/2013/03/
one_piece_shichibukai.png.
part enel tu memang misteri. enel masih hidup
dan dia dah pun menjelajah ke bulan
-
http://onepiece-data.blogspot.com/2013/08/one
-piece-mini-series-enels-great-space.html. ini
menunjukkan kat bulan pernah ada kehidupan
dan tamadun yang maju. dan satu lagi teori
yang menarik, orang2 dari Ancient Kingdom
mungkin berasal dari bulan.
satu lagi misteri, dunia one piece bukan
setakat lautan, grand line, new world itu
sahaja. bumi one piece sebenarnya dikelilingi
oleh bukan setakat 1 bulan, tapi 6 bulan, dan 1
bulan siap ada bulannya sendiri
- http://12dimension.files.wordpress.com/2014/
01/one_piece_v41_ch392_p003-panel.jpg. so
mungkin space pirates yang menyerang bulan
yang enel pergi tu berasal dari bulan2 yang
lain pula.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:57 PTG
maksudnya adakah raja lanun tu sebenarnya
raja kepada semua tempat termasuk bumi dan
6 biji bulan?
atau pada pendapat noob, raja lanun cuma raja
lautan yg berjaya menyatukan 4 lautan dan
berlayar dgn bebas sahaja...??
3.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 2:11 PTG
mungkin sorang lanun dapat jadi raja lanun bila
lanun2 lain mengiktiraf pencapaian dan
kelayakan lanun tersebut untuk menjadi raja
lanun, seperti gol d roger yang berjaya jumpa
one piece dan menjadi satu2nya lanun yang
berjaya sampai ke raftel, pulau terakhir di
grand line. apabila ada orang lain yang dapat
mengatasi pencapaian gol d roger, mungkin
baru orang itu akan diiktiraf sebagai raja lanun
yang baru.
4.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 8:25 PTG
Siapa dia shibukai yg xde dlm gmbar tu?
Ada tak senarai penuh ttg admiral yg terbaru?
Boleh tak bgi detail ttg revolusi army yg
setakat ni telah diceritakan.
-oyen-
5.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 10:40 PTG
shichibukai yang ke-7 dah ada tapi memang
belum reveal lagi, so yang diketahui buat masa
ini ada 6, dan mungkin lepas ni jadi 5 sebab
title untuk trafalgar law kena tarik balik.
marine latest tengok kat sini
- http://onepiece.wikia.com/wiki/Admiral
detail pasal revolutionary army
- http://onepiece.wikia.com/wiki/Revolutionary_
Army
Balas
32.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 2:01 PTG
gorosei yang 5 org tua yg perintah dunia tu, betul ke
mereka hidup abadi? maksudnya tak pernah tua
semenjak 700 tahun?
gorosei tu agak2 ada power tak? sebab salah sorg tu yg
macam sami siap pegang pedang.. adakah dia musuh
terakhir zoro?
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 2:16 PTG
tak pasti, belum ada hint yang banyak lagi
mengenai gorosei tu.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 2:41 PTG
kalo ikutkan blog ni, ada kemungkinan gorosei
tu memang hidup abadi
http://kopi-fb.blogspot.com/2011/03/gorosei-
atau-5-bintang-tetua.html
tapi ni teori lama.. 2011.. noob punya lebih
baru..
Balas
33.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 3:09 PTG
Noob, hang boleh agak tak, kenapa Kuma hantar Nico
Robin pergi jumpa pasukan revolusi? Kuma sendiri pun
orang revolusi jugak.. kemungkinan tak pengetahuan
Nico Robin tu amat berguna pada Dragon, ketua kepada
Kuma...
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 21 Ogos 2014 10:42 PTG
kuma hantar semua kru mugiwara pirate pergi
ke tempat2 dengan motif tertentu, so tak
mustahil dia hantar robin ke tempat
revolutionary army pun dengan motif tertentu.
Balas
34.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 6:44 PTG
bg ak naruto n one piece dua2 best..masing2 ad citer
nye tersendiri.. nice post noob.. ak suke..
Balas
35.
daily daisy 21 Ogos 2014 10:27 PTG
Once piece yg aku suka sbb dia dpt create characters
dan costumes yang menarik setiap watak berbeza. 3
konsep utama ni memang berguna
Balas
36.
Tanpa Nama22 Ogos 2014 8:49 PG
aku nak cakap dua benda je:
1. luffy tu mcm org kelantan je..asyik sebuk gomo-
gomo..
2. two piece lebih seksi berbanding one piece..
Balas
37.
underBear 22 Ogos 2014 1:31 PTG
One piece mmg menakjubkan.
Aku suka fikir lukisan dia sebab aku jeles dgn pembaca
lain yg dpt mencari maksud or watak2 kaitan yg
tersembunyi.
Jalan cerita OP mcm ada kaitan dengan dunia realiti
kita. Yg mana sejarah disembunyikan... Hidden hand
disebalik world gov (shicibukai) yg mana mereka hero
dan mereka lah perosak. 4pahlawan a.k.a kuasa veto
dunia yg masih diam. Chiper pol a.k.a cia.
Dan yang palling best. Aku tau kat mana usop dapat
topeng sogeking tu.... Kalau hang terer hg cari noob.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob 22 Ogos 2014 5:12 PTG
dia dapat dari sea train puffing tom?
2.
underBear 24 Ogos 2014 2:08 PTG
tak ci la google bro....
aku sangap one piece baru ni.. jom bersolidariti
di comic house! soh depa wat keja cepat sikit
Balas
38.
Nerzhul 22 Ogos 2014 4:52 PTG
harap Oda tak mati sebelum One Piece habis. long live
Oda Eiichiro!
Balas
39.
Tanpa Nama22 Ogos 2014 5:15 PTG
Aku dapat rasa yang teach punya badan istimewa boleh
terima dua buah setan serentak sebab dia tu hasil
eksperimen dari dr.vegapunk.. mungkin masa dia kecik,
vegapunk pernah buat sesuatu pada dia.
lagipun buah setan tu sendiri masih misteri.. kalau
projek smile boleh hasilkan buah setan, mesti org yg
lagi power dari caeser iaitu vegapunk boleh tahu mcm
mana nak hasilkan badan yg bleh terima 2 buah dlm 1
masa..
dan... teach itu sendiri adalah satu misteri.. tak tahu dia
dtg dari mana.. tiba2 ada kat kapal whitebeard..
whitebeard pulak jenis kutip anak yatim.. mungkin teach
tu anak yatim terbuang yg badannya pernah disentuh
oleh vegapunk utk dijadikan eksperimen.. bila projek tu
gagal, teach tercampak kat mana2 atau lari dan dikutip
oleh whitebeard..
benda ni tak pelik.. sebab kalau tengok PX-5 dan PX-7
ada laser.. itu laser yang ditiru sebiji dari buah setan yg
kizaru guna.. dan duplicate kuma semua dicipta oleh
vegapunk...
mungkin noob tak setuju.. tapi kita tgk la nanti mcm
mana..
Balas