rajah 10.29: kabinet mikroskop · pdf file10.3.2 menyediakan spesimen di atas sisip kaca ......

Click here to load reader

Post on 06-Feb-2018

320 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    162PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

    Rajah 10.29: Kabinet Mikroskop

    Mikroskop adalah alat yang mahal dan mudah rosak jika tidak di kendalikan dengan betul. Oleh itu, ia mestilah digunakan dengan cermat. Perlu disimpan dalam kabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan termostat untuk mengawal suhu di dalam kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/ mikroorganisma seperti Rajah 10.29.

    Setiap mikroskop mesti berlabel dan mempunyai buku log penggunaan. Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah.

    10.3.1 Pengendalian dan Penjagaan Mikroskop

    a. Untuk tujuan memindah

    Gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat mikroskop dari satu tempat ke satu tempat. Sebelah tangan mesti memegang lengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya.

    Letakkan mikroskop dengan perlahan-lahan diatas meja supaya kanta didalamnya tidak terkeluar daripada tempatnya.

    Mikroskop hendaklah diletakkan dalam keadaan tegak dan berada dalam keadaan kering.

    b. Pembersihan kanta-kanta mikroskop

    Hanya guna tisu kanta.

    Bahan-bahan lain seperti kertas tisu bisa (Kleenex) dan kain akan mencalarkan kanta atau meninggalkan serbuk halus di atas kanta.

    Jangan guna tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta. Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej.

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS163

    c. Teknik menggunakan mikroskp

    Rajah 10.30: Mikroskop

    Fokuskan specimen menggunakan kanta objektif bermagnifikasi rendah (4x dan 10x) dahulu sebelum menggunakan kanta objektif bermagnifikasi tinggi (40x dan 100x). Apabila menggunakan kanta kuasa tinggi, fokuslah dengan menggunakan tombol pemutar fokus halus.

    Semasa memfokus, tombol itu hendaklah diputarkan supaya kanta itu bergerak jauh dari sisip kaca. Ini akan mengelakkan mikroskop daripada memecahkan sisip itu.

    Kedua-dua belah mata hendaklah dibuka semasa melihat melalui mikroskop.

    d. Penghasilan imej yang jelas

    Jangan biarkan sebarang minyak rendaman terlekat di permukaan kanta objektif. Ini akan menghasilkan imej kabur.

    Jika minyak tersebut kering, ia hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan Xylene.

    e. Penjagaan pentas mikroskop

    Pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih.

    Sebarang tumpahan di atas pentas mikroskop perlu dibersihkan dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan).

    Lengan

    Pelaras

    halus

    Pelaras

    halus

    Kanta

    mata

    Tiub

    Kanta objektif

    Pentas sisip kaca

    Sumber cahaya

    Tapak

    Pelaras kasar

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    164PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

    Xylene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan.

    f. Lubang pemasangan kanta

    Jangan biarkan lubang pemasangan kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan terbuka (untuk mengelakkan debu dan kekotoran memasuki mikroskop).

    Kanta di dalam mikroskop tidak perlu sentiasa dibersihkan jika langkah ini dilakukan.

    Jika terdapat lebih banyak lubang pemasangan daripada bilangan objektif yang ada, lubang yang terdedah haruslah ditutup dengan penutup plastik yang dibekalkan bersama mikroskop.

    g. Selepas menggunakan mikroskop

    Mikroskop memerlukan kawalan rapi. Ia perlu disimpan di dalam kabinet khas yang dilengkapi dengan pemanas dan termostat untuk mengawal suhu di dalam kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/mikroorganisma.

    10.3.2 Menyediakan spesimen di atas sisip kaca

    Letakkan spesimen ditengah-tengah sisip kaca yang bersih.

    Letakkan setitik air diatasnya atau sebarang pewarna.

    Dengan menggunakan jarum bedah yang panjang, letakkan penutup sisip ke atas specimen perlahan-lahan. Jangan biarkan sebarang gelembung udara terperangkap di bawah penutup sisip.

    Dengan menggunakan sekeping kertas turas, keringkan cecair berlebihan yang terdapat di sekeliling penutup sisip.

    Sisip kaca yang mempunyai specimen diatas kini sedia dilihat di bawah mikroskop. (Rujuk Rajah 10.31)

    Rajah 10.31: Teknik menyediakan spesimen di atas sisip kaca

    specimen

    forseps

    titisan air

    Penutup kaca

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS165

    10.3.3. Teleskop

    Rajah 10.32: Teleskop

    Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang disediakan. Kotaknya mestilah kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat. Kantanya perlu ditanggalkan dan disimpan dalam desikator.

    10.4 Pengendalian Instrumen Sains

    10.4.1 Galvanometer

    Rajah 10.33: Galvanometer

    Galvanometer adalah instrumen yang mudah rosak. Gelung Galvanometer akan terputus walaupun dengan arus elektrik beberapa miliampere (mA) sahaja. Oleh itu, ia mesti dikawal dengan satu suis tekan dan perintang pengawal yang sesuai semasa digunakan. Nilaian rintangan perintang tersebut berubah mengikut jenis galvanometer.

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    166PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

    Terminal galvanometer mestilah dibersihkan supaya tidak berkarat dan boleh menghasilkan sentuhan yang baik apabila dipasangkan dengan wayar penyambung. Selain daripada itu, pelaras sifarnya mestilah boleh berfungsi untuk memastikan bacaan galvanometer memberi bacaan tepat. Galvanometer tidak boleh disimpan berdekatan dengan magnet.

    10.4.2 Ammeter Dan Voltmeter

    Rajah 10.34a: Voltmeter Rajah 10.34b: Ammeter

    Pastikan terminal dan pelaras sifar ammeter dan voltmeter berfungsi dengan baik. Jangan bebankan ammeter dan voltmeter dengan arus yang lebih dari dihadkan kerana gelung akan terputus. Gunakan meter dengan julat yang sesuai. Jika meter berkenaan perlu digunakan untuk mengukur nilaian yang lebih dari yang tercatat di skala, perintang yang sesuai hendaklah disambung.

    Voltmeter dan ammeter arus terus hanya boleh digunakan untuk litar arus terus sahaja. Walau bagaimanapun, voltmeter dan ammeter arus ulang alik boleh digunakan untuk litar arus terus dengan syarat senggatan yang lain digunakan. Cara sambungan yang betul mesti diamalkan.

    Sambungan Ammeter Yang Betul

    Rajah 10.35a: Sambungan ammeter yang betul

    Rajah 10.35b: Sambungan ammeter yang salah

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS167

    Ammeter arus terus (D.C) mempunyai dua terminal + (merah) dan - (hitam). Ammeter harus disambungkan secara bersiri dalam litar. Terminal ammeter perlu dihubung dengan betul seperti Rajah 10.35a dan 10.35b. Ammeter mudah rosak jika terminal disambung salah.

    10.4.3 Termometer

    10.4.3.1 Termometer merkuri

    Rajah 10.36a: Termometer merkuri

    Sebelum suhu cecair diukur, cecair haruslah dikacau dengan baik dengan menggunakan rod pengacau supaya suhunya seragam.

    Rajah 10.36b: Teknik membaca suhu

    Pastikan mata anda separas dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan paralaks. Letak termometer kedalam cecair tersebut supaya seluruh berbuli termometer berada di dalam cecair itu. Semasa suhu dibaca, mata anda haruslah separas dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan ralat paralaks (Lihat Rajah 10.36b).

    Termometer mesti disimpan dalam bekas yang sesuai kerana bebuli termometer adalah nipis dan mudah pecah. Tanda skala pada termometer akan hilang selepas satu jangka masa tertentu. Untuk membuat tanda kekal pada termometer, gunakan dakwat dan biarkan dalam ketuhar pada suhu 50C -70C selama sehari.

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    168PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

    Jika bebenang merkuri dalam termometer terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak sehingga bebenang merkuri bercantum semula dan dibiarkan sejuk. Termometer tidak boleh digunakan sebagai rod untuk mengacau larutan.

    Untuk termometer digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika termometer tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

    10.4.3.2 Termometer klinik

    Rajah 10.37c: Termometer klinik

    Termometer klinik digunakan untuk menyukat suhu badan manusia. Langkah pertama untuk menggunakan termometer klinik ialah memegang batang termometer dan mengoncangkannya dengan kuat. Dengan cara ini, merkuri dalam batang termometer dipaksa mengalir ke dalam buli-uli. Kemudian buli-buli diletakkan dibawah lidah atau dibawah ketiak (bayi). Selepas satu minit, termometer dikeluarkan dan suhunya dibaca.

    10.4.4 Angkup Venier

    Rajah 10.38a: Gambar menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan

  • Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS169

    Rajah 10.38b: Gambarfoto menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan

    Angkup digunakan untuk mengukur dimensi luar, dimensi dalam sesuatu objek. Kedudukan rahang-rahang dikawal dengan putaran skru bawah manakah skru atas menetapkan kedudukan rahang-rahang semasa bacaan diambil.

    Past