rahsia pemasaran artikel oleh neal izham
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.comTRANSCRIPT
M/S 1
RAHSIA PEMASARAN ARTIKEL
“Teknik Pemasaran Artikel Terhebat Masa Kini Ke Laman Web Anda”
M/S 2
NOTIS
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
M/S 3
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,
Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor
dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di
MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar
Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke peringkat
matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau
merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.
Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah
lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan
milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
M/S 4
ISI KANDUNGAN
Topik Muka Surat
Notis 2
Pengenalan 5
Tujuh Teori Asas Penulisan Artikel 8
Penggunaan Private Label Rights Artikel 14
Rahsia Pemasaran Artikel 17
Artikel Untuk Membina Kempen Pemasaran Emel 18
Artikel Untuk Kandungan Blog 20
Bina Artikel Berangkai 23
Artikel Dengan Gambar & Video 25
Hantar Artikel Ke Direktori Artikel 26
Kesan Keberkesanan Artikel 32
Kesimpulan 33
Sumber Artikel 34
M/S 5
BAB 1: Pengenalan
Pada permulaan saya berkecimpung dalam perniagaan internet, saya berperasaan
sedikit keliru berkenaan pemasaran artikel. Saya keliru disebabkan persoalan-
persoalan seperti ini:
Apakah faedahnya jika saya pasarkan artikel yang ditulis? Tulis dan pasarkan. Hmm..
Boleh buat duit ke? Adakah teknik ini berkesan untuk perniagaan saya?
Tetapi, setelah mencecah hampir lima bulan saya berniaga di internet ini. Saya mula
memahami dan mendapat jawapan kepada soalan-soalan di atas.
Pada pendapat saya, teknik pemasaran artikel adalah sangat efektif dan terbaik dalam
menjana traffik ke laman web atau blog sesiapa pun. Sebab itulah kebanyakan
usahawan internet yang baru memulakan perniagaan internet memilih teknik ini dalam
mendapatkan traffik.
Saya mengatakan sedemikian kerana apabila anda publish sesebuah artikel berkenaan
sesuatu topik, para pembaca yang membaca artikel anda pasti akan berkunjung ke
laman web atau blog anda untuk mengetahui topik yang dibincangkan dengan lebih
lanjut.
Pada masa yang sama juga, para pembaca akan menilai dan percaya si penulis adalah
seorang pakar terhadap topik yang diutarakan. Tidak kiralah penulis tersebut menulis
dan publish artikel ke direktori artikel, mahupun di majalah-majalah atau suratkhabar.
Pembaca pasti akan berfikiran sedemikian.
Kesannya, jika anda selitkan link laman jualan dalam artikel yang ditulis itu, dan jika
pembaca berkunjung ke sana, saya percaya mereka pasti akan membuat belian di
sana. Sudah tentu mereka akan membeli sesebuah produk yang anda promosikan
kerana mereka kini sudah mempercayai anda!
M/S 6
Apabila berlakunya kunjungan pembaca-pembaca tersebut ke laman jualan anda,
secara langsungnya anda berjaya mendapatkan traffik. Bukankah ini yang anda
mahukan? Mendapatkan traffik yang banyak ke laman jualan supaya anda dapat
menjana keuntungan.
Jika hal ini tidak berlaku kepada anda lagi, berusahalah untuk menulis artikel yang
menyakinkan dan mampu membuatkan pembaca anda terpegun.
Melalui penulisan artikel juga, anda bukan sahaja dapat menarik traffik ke laman web
atau blog anda semata-mata. Tetapi, anda juga boleh menulis artikel untuk:
1. Mempromosikan link affiliate bagi sesuatu produk.
2. Memperkayakan isi kandungan laman web atau blog dengan artikel berkualiti
untuk menarik pembaca klik pada link adsense anda.
3. Mencipta sebuah e-book dengan meng‟e-book‟kan artikel-artikel berkualiti yang
berkaitan.
Dengan membaca artikel, pembaca bukan sahaja percaya kepada anda, tetapi anda
juga telah berjaya menonjolkan diri anda sebagai seorang yang hebat dan
berpengetahuan tinggi. Bahkan, anda bakal berjaya menjenamakan diri anda seperti
usahawan internet yang lain.
Selain daripada itu, dengan membuat pemasaran artikel, anda juga dapat memperbaiki
kedudukan laman web atau blog anda di enjin carian. Kuncinya, anda perlu menulis
sebanyak mungkin artikel yang berinformasi dan berkualiti.
Syaratnya pula, anda perlu selitkan link laman web atau blog anda dalam artikel
tersebut untuk membina backlink. Apabila terdapat pembaca yang berminat dengan
tulisan anda, mereka pasti akan mengambil artikel anda itu dan meletakkanya di laman
web atau blog mereka pula.
M/S 7
Kemudian, apabila enjin carian mengemaskini data-data yang bertaburan di internet,
dan apabila mereka menjumpai banyak link-link ke laman web atau blog anda. Enjin
carian akan menganugerahkan laman web atau blog anda itu di kedudukan teratas bagi
sesetengah kata kunci.
Hal ini penting supaya peluang untuk anda mendapat traffik yang tinggi pada setiap hari
semakin mudah. Jika anda berbincang dengan mana-mana usahawan internet pun,
mereka pasti mengatakan bahawa mendapatkan kedudukan tertinggi di enjin carian
adalah penting.
Oleh itu, dalam e-book ini, saya akan bincangkan berkenaan pemasaran artikel yang
berkesan dalam mendapatkan traffik ke laman web atau blog anda. Selepas ini, saya
akan gantikan istilah laman web atau blog kepada laman jualan. Saya ingin lebih fokus
kepada jualan produk dari mempromosikan laman web atau blog anda.
Saya yakin, belum ramai usahawan internet yang tahu keberkesanan teknik ini . Jadi,
sediakan nota kecil anda untuk menyenaraikan beberapa perkara penting tentang
pemasaran artikel.
M/S 8
BAB 2: Tujuh Teori Asas Penulisan Artikel
Untuk bab ini, saya tidak akan bincangkan dengan mendalam kerana saya telah
terangkan secara terperinci ketujuh-tujuh asas penulisan artikel dalam e-book ‟10 Tips
Penulisan Artikel‟. Dalam e-book tersebut, saya nyatakan dengan jelas bahawa semua
orang pun tahu menulis.
Sebab itulah saya mengajak anda untuk turut menggunakan pemasaran artikel sebagai
medium pemasaran perniagaan anda. Tambahan pula, ia adalah percuma. Anda tidak
perlu keluarkan satu sen pun dalam meluaskan perniagaan anda. Itupun, jika anda
sendiri menulis artikel yang berkaitan.
Oleh itu, saya ingin menambah sedikit tips-tips yang tidak saya bongkarkan dalam e-
book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟. Di bawah adalah tips tambahan bagi tujuh asas dalam
penulisan artikel:
1. Tujuan
Anda perlu tetapkan tujuan atau objektif dalam menulis sesebuah artikel. Untuk
menjadikan objektif artikel anda tidak tersasar, binalah peta minda supaya penulisan
anda lebih berobjektif. Ya.. Peta minda sememangnya membantu dalam menulis
dengan berobjektif.
Semasa menulis artikel, pasti anda akan kerap merujuk kepada peta minda yang telah
dirangka. Apabila anda banyak merujuk kepada peta minda itu, secara tidak sedar,
minda anda akan sentiasa ingin menulis berkenaan hal-hal yang telah dirangka.
Tanpa tujuan yang jelas, anda akan dinilai sebagai tidak pakar, amatur, tidak ikhlas dan
hanya pentingkan diri sendiri.
M/S 9
2. Idea
Secara kasar, dalam menulis artikel, idea yang perlu dimasukkan adalah:
Kehendak pembaca melalui kajian yang dibuat.
Memberi jalan penyelesaian.
Beritahu perkara wajib yang perlu mereka ketahui.
Bongkarkan rahsia yang tidak pernah mereka tahu dan berikan rahsia yang
betul-betul membantu mereka untuk berjaya.
Selepas itu, untuk memantapkan lagi idea-idea anda, gunakan kata kunci yang segar,
hangat dan dicari-cari oleh para pembaca. Buat sedikit kajian di Google Adwords
Keyword Tool atau Free Keywords.
Jika anda ingin menulis artikel berkaitan buat duit di internet, masukkan kata kunci yang
difikirkan sesuai seperti „perniagaan internet‟ atau „pendapatan internet‟ dalam kotak
analisis yang disediakan oleh tool di atas.
Kemudian, lihat hasil analisis sama ada kata kunci tersebut mendapat hit yang tinggi
atau tidak. Jika kata kunci yang dipilih mendapat hit yang tinggi, gunakanlah kata kunci
tersebut semaksimumnya dalam isi artikel anda kelak. Masukkan kata kunci tersebut
dalam:
Tajuk artikel.
Ayat pertama artikel anda.
Setiap 100-150 patah perkataan yang ditulis.
Ayat terakhir artikel anda.
Anchor text atau link ke laman jualan anda.
M/S 10
Tetapi, jangan diletakkan terlalu banyak kata kunci ke dalam artikel anda. Ini kerana,
enjin carian akan menyampah dengan artikel tersebut dan menendang keluar artikel
anda dari senarai mereka.
p/s: Jika anda begitu kering idea dan malas mencarinya, buatlah satu temuramah
dengan usahawan internet pilihan anda. Dapatkan idea daripada mereka dan jadikan
hasil temuramah itu sebagai artikel anda.
3. Tajuk
Saya katakan tajuk adalah perkara paling penting dalam penulisan artikel. Tajuklah
yang menentukan sama ada artikel anda akan dibaca atau tidak. Untuk mengetahui
sama ada tajuk yang dipilih berkesan atau tidak, tanya diri anda sendiri dan rakan
terdekat.
Jika tajuk yang dipilih tidak juga memberi kesan kepada emosi pembaca, anda harus
menukar tajuk artikel menjadi lebih spesifik. Tulis tajuk anda sespesifik yang mungkin.
Contoh: „Buat Duit Di Internet‟ kepada „Buat Duit Sebanyak RM 999 Sehari Melalui
Internet‟.
Tambahkan nombor dalam tajuk artikel supaya ia kelihatan spesifik seperti „7 Cara Buat
Duit…‟ atau „5 Teknik Buat Duit…‟ atau „RM 500 Sehari Dengan Internet…‟ dan banyak
lagi yang difikirkan sesuai.
Dengan membuat tajuk yang spesifik, pembaca pasti akan tertarik dan teruja untuk
membaca keseluruhan artikel anda. Melalui tajuk yang dibaca, pembaca tahu mereka
akan mendapat satu informasi yang sangat bernilai hanya dengan membaca artikel
anda.
M/S 11
Untuk mendapatkan tajuk yang spesifik, senaraikan seberapa banyak tajuk untuk
sesuatu artikel terlebih dahulu. Kemudian, anda pilihlah tajuk yang terbaik dari kalangan
tajuk tersebut.
4. Pengenalan Artikel
Tajuk artikel adalah janji-janji anda kepada pembaca. Manakala, pengenalan artikel
adalah ayat yang perlu ditulis untuk menunjukkan anda bakal tunaikan janji-janji anda
itu.
Dalam erti kata lain, objektif pengenalan adalah bagi memastikan pembaca telah
membuat pilihan yang bijak dan tepat untuk membaca artikel anda. Objektif pengenalan
juga adalah untuk memberitahu bahawa terdapat informasi yang dicari dalam isi artikel
yang bakal dibaca oleh pembaca.
Jika pengenalan anda tersasar dari tajuk artikel, bila-bila masa sahaja pembaca akan
meninggalkan tulisan anda itu. Oleh yang demikian, susun dan tulislah pengenalan
anda sebaik yang mungkin dalam memberi jawapan kepada tajuk artikel.
Salah satu kaedah yang baik dalam memulakan pengenalan adalah dengan memberi
pembaca satu soalan cepu emas ataupun fakta yang berkaitan. Soalan cepu emas atau
fakta itu mestilah sesuatu yang dapat menarik lagi perhatian para pembaca.
Contohnya: „Mahukah anda percaya jika saya katakan bahawa buat duit di internet
adalah suatu kerja yang sangat mudah?‟ atau „Baru-baru ini, saya telah dikejutkan
dengan dari pihak Google bahawa saya berjaya meraih USD 500 melalui iklan
adsense‟.
Tetapi, jangan pula lupa untuk masukkan kata kunci dalam ayat pengenalan. Supaya
enjin carian mudah mengesan bahawa terdapat perhubungan antara tajuk dan
pengenalan.
M/S 12
5. Isi Artikel
Seperti yang diberitahu dalam e-book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟, isi artikel adalah
segala-galanya dalam penulisan artikel. Sentiasa sematkan dalam minda anda bahawa
„content is king‟.
Untuk memastikan pembaca mudah membaca artikel anda, tuliskan ayat yang pendek-
pendek dan jadikan setiap perenggan seringkas yang mungkin tetapi padat dengan
informasi.
Gunakanlah nombor atau titik dalam penerangan topik yang dibincangkan. Dengan
berbuat demikian, mata pembaca tidak akan melilau dalam mencari informasi penting.
Mata mereka juga akan lebih relaks dalam menghabiskan bacaan yang dibuat.
Adakah anda dapat merasa perbezaan antara penulisan saya terhadap e-book ini dan
e-book ‟10 Tips Penulisan Artikel‟? Dalam e-book ini, saya kerap menggunakan
perenggan supaya anda merasakan lebih mudah untuk membaca
6. Penutup Artikel
Dua perkara wajib yang perlu anda masukkan dalam penutup artikel yang berkesan
adalah:
Buat rumusan atau kesimpulan tentang faedah atau keuntungan yang pembaca
dapat setelah habis membaca artikel anda.
Berikan satu arahan kepada pembaca supaya bertindak.
Pastikan juga anda tulis dengan membuat pembaca merasa bimbang dengan
sesuatu perkara. Kemudian, berikan jalan penyelesaian dengan meminta mereka
mengunjungi laman jualan untuk membeli produk yang telah anda siapkan.
M/S 13
Untuk mengarah pembaca supaya membaca artikel anda hingga ke perenggan
penutup, tulis artikel anda seperti membuat satu surat jualan untuk sesuatu produk.
Wujudkan satu tekanan supaya pembaca membaca dan akhirnya membuat tindakan
seperti yang dicadangkan.
7. Sumber Artikel
Sejurus pembaca selesai membaca artikel anda, temukan mereka dengan sumber
artikel yang telah dibaca. Jika anda ingin publish sesuatu artikel ke direktori artikel,
pihak direktori artikel akan meminta anda untuk mengisi resource box yang disediakan.
Resource box inilah anda perlu isikan dengan nama, laman jualan dan arahan
bertindak. Sebab itulah saya meminta anda menyediakan satu penutup artikel yang
berkesan. Jika anda menulis penutup dengan tidak menyatakan keuntungan yang
diperolehi, besar kemungkinan pembaca tidak mengikut arahan yang anda berikan.
Saya ambil contoh tajuk artikel ‟5 Cara Buat Duit Di Internet‟. Saya akan tulis informasi
dalam resource box seperti ini; Penulis adalah seorang usahawan yang bertapak di
www.lamanjualan.com, oleh itu, jika anda serius untuk menjana pendapatan dari
internet, sila layari www.lamanjualan.com.
Bagi saya, tidak kisahlah dinyatakan nama penulis terlebih dahulu ataupun laman
jualan anda. Apa yang penting? Letakkan link laman jualan anda supaya pembaca
mengambil tindakan dan jualan turut berlaku di sana. Seperkara lagi, gunakan ayat
„maut‟ dalam memberi arahan supaya pembaca tidak menolak arahan yang diberikan.
M/S 14
BAB 2: Penggunaan Private Label Rights Artikel
Saya ingin berterus terang kepada anda. Saya sangat suka dan cinta kepada semua
produk dan artikel yang berlesenkan Private Label Rights (PLR). Adakah anda tahu
apakah maksud PLR?
Private Label Rights atau PLR adalah sebuah lesen yang dikeluarkan oleh pencipta
bagi sesuatu produk ataupun artikel. Lesen PLR tersebut memberi 100% hak kepada
pembeli untuk menjadikan produk atau artikel yang dibeli menjadi milik mereka
sepenuhnya.
Sebab itulah saya sangat suka dan cinta kepada produk atau artikel PLR. Dengan
produk PLR, saya boleh:
1. Jual semula produk tersebut dan mengaut keuntungan sepenuhnya.
2. Saya boleh jual produk berkenaan dengan memberikan lesen Resell Rights (RR)
atau Master Resell Rights (MRR) sahaja.
3. Saya boleh letakkan nama saya sebagai pencipta produk tersebut.
4. Saya boleh cerai-ceraikan produk tersebut menjadi artikel untuk isi laman web
atau blog saya.
5. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan produk PLR ini.
Manakala, dengan artikel PLR, saya boleh:
1. Jual semula di forum-forum atau membina laman jualan sendiri.
2. Saya boleh letakkan nama saya sebagai penulis.
3. Saya boleh gabungkan artikel-artikel tersebut menjadi sebuah e-book.
4. Dan bermacam-macam lagi yang boleh anda lakukan dengan artikel PLR ini.
M/S 15
Anda juga telah mendapat lesen PLR untuk e-book ini. Jadi, anda juga berhak untuk
lakukan apa sahaja terhadap e-book ini. Tetapi, sila rujuk dahulu lesen PLR yang saya
sertakan sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Dengan mendapatkan artikel PLR, masalah dalam mendapatkan idea juga dapat
diselesaikan. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membuat kajian. Hanya dengan
mendapatkan artikel seperti ini, dalam sekelip mata artikel anda telah siap ditulis.
Cuma satu sahaja masalah yang timbul, produk atau artikel dalam bahasa Melayu
adalah sesuatu yang sukar untuk didapatkan. Produk atau artikel PLR bahasa Inggeris
sememangnya mudah untuk dicari. Dengan menggunakan enjin carian, taipkan sahaja
„Free PLR Products‟. Nah.. Beratus-ratus senarai laman web yang menjadi sumber PLR
akan diberikan.
Jika laman web atau blog anda fokus kepada bahasa Inggeris, tiada masalah buat anda
dalam menggunakan terus produk atau artikel PLR ini. Jika laman web atau blog anda
dalam bahasa Melayu, anda harus terjemahkan dahulu kepada bahasa ibunda supaya
dapat digunakan.
Walaupun begitu, terdapat kelemahan dalam menggunakan produk atau artikel PLR ini.
Jika anda tidak mengubah langsung isi produk atau artikel PLR yang ingin digunakan,
anda mungkin menghadapi masalah ketika menghantarnya ke direktori artikel.
Pihak direktori artikel mungkin menolak artikel tersebut kerana artikel anda telah pun
wujud dalam direktori mereka. Oleh itu, cara terbaik untuk menggunakan produk atau
artikel PLR ini, ubahkan susunan ayat yang asal supaya ia menjadi sebuah artikel
original.
Artikel dari direktori artikel bukan berlesenkan PLR. Jangan di copy & paste sesuka hati
artikel dari sana untuk kegunaan laman web atau blog anda. Saya juga tidak
M/S 16
menggalakkan anda gunakan artikel dari direktori artikel untuk tujuan perkongsian di
laman web atau blog kerana:
Anda bakal hilang kredibiliti sebagai seorang penulis.
Anda bakal hilang sedikit hasil jualan di laman jualan.
Anda bakal hilang pembaca berkualiti terhadap laman anda.
Gunakan artikel dari direktori artikel untuk mendapatkan idea sahaja. Lain-lain
kegunaan adalah tidak digalakkan sepenuhnya.
M/S 17
BAB 3: Rahsia Pemasaran Artikel
Topik perbincangan seterusnya dalam e-book ini adalah perkara yang paling penting
sekali. Oleh itu, sebelum anda teruskan proses penggalian ilmu di sini, saya sarankan
supaya anda bancuh secawan kopi kegemaran untuk menyegarkan minda anda.
Sudah berkali-kali saya membuat pernyataan ini. Menulis sebuah artikel adalah suatu
kerja yang sangat mudah dilakukan. Penulisan artikel hanya melibatkan kerja memilih
kata kunci yang betul, menggunakan tajuk yang baik, menulis isi artikel dengan teratur
dan beremosi, membuat satu kesimpulan yang dapat membuatkan pembaca mengikut
arahan, hasilnya anda berjaya menulis artikel yang unik dan berkualiti.
Perkara yang masih belum difahami oleh kebanyakan usahawan internet adalah:
1. Apakah cara terbaik dalam menggunakan artikel tulisan mereka?
2. Bagaimana menggunakan artikel dengan betul untuk menjana pendapatan? dan
3. Bagaimana mempromosikan artikel supaya berjaya membuat jualan?
Saya akan bincangkan ketiga-tiga perkara di atas dengan lebih terperinci. Supaya anda
dapat gunakan artikel yang ditulis semaksimum mungkin dalam menghasilkan jualan.
Ya.. Di sinilah bermulanya pelajaran pemasaran artikel.
Saya harap anda sudah bersedia untuk mencerna ilmu-ilmu di bawah. Jika belum,
habiskan dahulu kopi kegemaran yang anda bancuh sebentar tadi
M/S 18
Rahsia Pemasaran Artikel #1: Artikel Untuk Membina Kempen Pemasaran Emel
Tidak ramai usahawan internet tempatan yang menggunakan artikel-artikel yang telah
mereka tulis untuk dijadikan kempen pemasaran emel. Kebanyakan daripada mereka
hanya menggunakan e-book sebagai umpan untuk mendapatkan senarai pelanggan.
Oleh itu, jika anda ingin membuat sedikit kelainan, tuliskan sebanyak mungkin artikel
berkenaan perniagaan internet. Kemudian, jadikan ia sebagai bonus bagi pelanggan
yang berminat menjadi subscribers anda.
Setelah anda berjaya mengumpul senarai pelanggan lebih dari 500 orang, inilah
masanya untuk mencipta sebuah e-book blueprint berkaitan kejayaan anda hanya
dengan menggunakan artikel. Dengan menghasilkan e-book blueprint anda itu, saya
yakin, pasti ramai yang berebut-rebut untuk membaca hasil kejayaan anda itu.
Secara tidak langsung, anda bakal berjaya menambah bilangan pelanggan dan
menjenamakan diri anda sebagai penulis artikel yang berkredibiliti.
Selepas berjaya mengumpul senarai pelanggan untuk perniagaan anda, hantarkan
beberapa siri artikel berkaitan perniagaan internet kepada mereka. Benarkan mereka
menggunakan artikel yang dihantar melalui emel itu untuk dijadikan bahan perniagaan
mereka juga.
Apabila berbuat demikian, mereka pasti bertukar menjadi pelanggan yang ternanti-nanti
sesuatu daripada anda. Pada masa inilah, anda mempromosikan produk-produk yang
telah anda cipta untuk mereka.
Saya memberikan cadangan sebegini kerana saya amat rimas terhadap sikap
sesetengah usahawan internet tempatan. Mereka menghantar emel hanya untuk
mempromosi produk sendiri atau affiliate sahaja. Sebab itulah saya telah unsubscribe
M/S 19
dari senarai pelanggan mereka. Nasihat saya, anda juga jangan berbuat begini apabila
mempunyai senarai pelanggan kelak. Lain pelanggan, lain hatinya.
Untuk mula membina kempen pemasaran emel, anda perlukan sistem autoresponder
(AR). Antara AR yang terbaik pada masa kini adalah:
1. GetResponse
2. Aweber
3. Trafficwave
4. Norabots
Selepas anda melanggan dengan salah satu AR di atas, jangan bertangguh, mulakan
kempen anda. Berikan informasi-informasi berkualiti kepada pelanggan anda. Jangan
lupa, jagalah hati mereka dengan memberikan beberapa artikel dan e-book percuma
untuk membina hubungan baik antara dua hala.
M/S 20
Rahsia Pemasaran Artikel #2: Artikel Untuk Kandungan Blog
Usahawan internet selalu membincangkan hal-hal berkaitan enjin carian dengan artikel
yang ditulis tetapi di copy & paste. Hal ini dibincangkan kerana kerap kali sesetengah
usahawan merungut tidak mendapat kedudukan teratas enjin carian disebabkan artikel
mereka telah di copy & paste.
Hal sebegini terjadi apabila anda tidak melindungi artikel yang ditulis. Apabila anda
bersikap endah tak endah terhadap sesetengah pembaca yang suka mengambil artikel
anda tanpa kebenaran, anda pasti tidak akan dianggap sebagai sumber asal bagi
sesebuah artikel yang ditulis.
Oleh itu, untuk mengelakkan perkara di atas daripada berlaku, setelah anda siap
menulis sesebuah artikel, jangan dihantar terus artikel tersebut ke direktori artikel.
Postkan terlebih dahulu di blog anda. Perkara ini dibuat untuk membiarkan enjin carian
sedar tentang kewujudan artikel anda terlebih dahulu.
Berikan masa kepada enjin carian untuk melabelkan anda sebagai sumber bagi artikel
yang berkenaan. Untuk itu, saya cadangkan supaya anda menggunakan Copyspace
sebagai pelindung kepada artikel-artikel yang ditulis.
Dengan menggunakan Copyspace, sistem ini akan sedikit sebanyak melindungi artikel
anda daripada digunakan sesuka hati oleh pihak lain. Pelajari Copyspace dengan lebih
lanjut di sini.
Jika anda dapati terdapat penulis lain yang menggunakan artikel anda tetapi tidak
memberikan kredit kepada tulisan anda itu, tuliskan satu laporan dan buatlah laporan
kepada pihak direktori artikel. Jika penulis berkenaan masih tidak berikan juga kredit
kepada anda, laporkan pula kepada pihak enjin carian.
M/S 21
Dengan melaporkan kejadian copy & paste ini kepada enjin carian, pihak enjin carian
akan memastikan artikel yang di copy & paste itu tidak muncul dalam senarai enjin
carian mereka. Dalam bahasa mudahnya, laman penulis copy & paste itu akan
diblacklist oleh mereka.
Kemudian, selepas tiga ke tujuh hari, barulah anda hantarkan artikel ditulis ke direktori
artikel. Dengan berbuat begini, enjin carian dapat mengenal pasti dari manakah sumber
sesebuah artikel yang berkenaan.
Hal ini sekaligus dapat mengurangkan persaingan dengan penulis copy & paste dalam
merebut tempat teratas enjin carian.
Penulis copy & paste yang dimaksudkan di sini ialah seseorang yang mengambil artikel
anda tetapi tidak mengakui anda sebagai penulis asal. Penulis seperti ini akan
mengaku bahawa artikel itu adalah artikel mereka. Anda jangan menjadi penulis seperti
ini ya!
Bagi artikel yang hendak dipostkan ke blog, ubahlah sedikit bahagian pengenalan dan
penutup. Jangan dipost artikel yang berformatkan ciri-ciri formal seperti dikehendaki
oleh direktori artikel. Isi blog adalah hak anda. Andalah yang tentukan format bagi
kandungan blog persendirian.
Jangan dilupa untuk selitkan link-link affiliate ke dalam artikel yang dipost ke blog anda.
Buatkan link-link affiliate itu dalam bentuk anchor text supaya link-link berkenaan tidak
terdedah begitu sahaja.
Satu lagi sebab saya meminta anda supaya post artikel di blog dahulu adalah kerana
untuk mewujudkan permintaan. Baik, pada mulanya anda menulis artikel untuk
menjawab sesuatu permintaan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
M/S 22
Tetapi, jika anda tulis dan post artikel di blog dahulu, pasti terdapat pembaca yang
memberi komen seperti bertanyakan soalan dan berbagai lagi. Dengan timbulnya
soalan, telah wujud permintaan yang meminta anda untuk menjawab soalan-soalan
yang berkenaan.
Dengan wujudnya soalan-soalan itu, anda tidak perlu membuat kajian di merata-rata
tempat lagi. Anda hanya perlu fokus kepada soalan-soalan tersebut. Bahkan, melalui
soalan-soalan itu juga, idea untuk menulis artikel baru telah sedia untuk digunakan.
Apabila anda menjawab soalan-soalan atau permintaan yang diajukan, pasti pembaca
semakin suka kepada tulisan anda. Hal ini jelas menunjukkan, pemasaran artikel yang
dibuat bergerak lancar dan berkesan. Sekaligus, anda bakal dipandang sebagai
seorang usahawan internet yang berkredibiliti!
M/S 23
Rahsia Pemasaran Artikel #3: Bina Artikel Berangkai
Kebiasannya, apabila idea anda terlalu banyak, artikel yang ditulis juga tersangatlah
panjang. Oleh itu, untuk kurangkan kepanjangan artikel yang ditulis, saya cadangkan
supaya anda membina artikel berangkai.
Maksud artikel berangkai di sini ialah artikel-artikel yang ditulis mempunyai hubungkait
dan bersambung-sambung. Contohnya: Artikel bertajuk „Bahagian 1: Buat Duit Di
Internet‟ mestilah mempunyai sambungan artikel dengan tajuk „Bahagian 2: Buat Duit Di
internet‟.
Ianya bagaikan sebuah cerita drama yang bermain di kebanyakan siaran TV. Hari ini
anda keluarkan cara satu buat duit di internet. Minggu depan anda buat sambungannya
dan berikan kepada pembaca untuk menghabiskan cerita yang dibaca.
Dengan berbuat begini, pembaca pasti merasa tidak sabar untuk mengetahui episod
seterusnya. Tetapi dengan syarat, anda harus menulis episod pertama penuh dengan
keraguan, pertanyaan dan lain-lain emosi lagi kepada pembaca. Apabila timbulnya
emosi seperti itu, sudah pasti pembaca ternanti-nanti tulisan anda yang seterusnya.
Jika anda mempunyai idea untuk artikel sebegini, tuliskan di akhir ayat dan katakan
kepada mereka bahawa terdapat sambungan bagi topik yang dibaca. Untuk artikel yang
dihantar ke direktori artikel, letakkan link bagi artikel sambungan dalam resource box
anda.
Tetapi, jangan berikan link yang terus membawa pembaca untuk membaca episod
seterusnya. Taktiknya, anda bawa mereka ke laman squeeze atau minisite anda. Minta
mereka untuk mengisikan borang opt-in anda jika ingin membaca episod-episod yang
lain.
M/S 24
Dengan berbuat sedemikian, anda bakal berjaya dalam mengumpul emel pembaca dan
sekaligus menjadikan mereka pelanggan anda. Mudah bukan untuk menarik pembaca
menjadi pelanggan? Untuk hal ini, anda hanya perlu kreatif dan bijak dalam mengambil
peluang.
Selepas mereka mengisi borang opt-in anda, barulah berikan kepada pembaca artikel
sambungan yang dinanti-nantikan itu. Dalam artikel sambungan tersebut, selitkan juga
link-link affiliate anda.
Nyatakan sekali sebab-sebab mereka harus dapatkan produk-produk yang disyorkan.
Supaya promosi anda berjaya menghasilkan jualan dan tidak menjadi sia-sia.
M/S 25
Rahsia Pemasaran Artikel #4: Artikel Dengan Gambar & Video
Jika anda sering berkunjung ke blog-blog perniagaan internet masa kini, ramai di antara
blogger telah mula meletakkan gambar dan video pada setiap artikel yang di publish.
Jadi, saya juga mencadangkan supaya anda turut menggunakan gambar dan video
untuk artikel perniagaan anda.
Tetapi kebiasaannya, direktori artikel tidak menerima sebarang gambar atau video
dalam artikel yang ingin dihantar. Oleh itu, masukkan link-link gambar atau video yang
ingin anda tunjukkan kepada pembaca dalam resource box. Tuliskan begini:
„Layari www.lamanvideoartikelanda.com untuk menonton satu video tutorial berkenaan
penggunaan noktah yang berkesan dalam menulis artikel‟.
Kesan dan tujuan penggunaan gambar atau video dalam sesebuah artikel adalah sama
iaitu untuk menambahkan lagi keberkesanan tulisan anda. Gambar atau video
sememangnya terbukti memberi impak yang kekal terhadap minda pembaca.
Fakta ini memang tidak dapat disanggah lagi. Hal ini kerana, perasaan manusia
sememangnya cepat penat untuk membaca teks yang penuh dengan tulisan sahaja.
Jadi, mereka akan lebih terhibur jika dapat membaca sambil melihat gambar-gambar
atau video yang berkaitan dengan artikel anda.
M/S 26
Rahsia Pemasaran Artikel #5: Hantar Artikel Ke Direktori Artikel
Ingat! Hantar artikel anda ke direktori artikel selepas hari ketiga atau ketujuh setelah
artikel berkenaan berada di blog anda.
Baiklah, saya terus berikan kepada anda direktori-direktori yang menjadi tumpuan
pembaca dari seluruh dunia. Berikut adalah direktori artikel yang saya maksudkan:
1. Ezine Articles
2. GoArticles
3. Article City
4. Isnare
5. Idea Marketers
6. Article Central
7. Article Hub
8. Article Warehouse
9. Author Connection
10. Zongoo
11. Content Desk
12. Article Emporium
13. Reprint Articles
Hantarlah artikel-artikel anda kesemua direktori artikel yang saya senaraikan di atas.
Hal ini membolehkan dan memudahkan umum mengetahui tentang kewujudan anda di
alam maya ini.
Untuk menghantar artikel ke direktori-direktori di atas, anda perlu mendaftar terlebih
dahulu. Selepas itu, barulah anda dibenarkan untuk menghantar artikel anda supaya
dapat dibaca oleh orang lain. Jangan lupa untuk isi resource box anda nanti ya!
M/S 27
Antara 13 direktori artikel di atas, Ezine Articles adalah direktori yang paling disukai
oleh enjin carian khususnya Google. Ini adalah fakta yang wajib anda tahu!
Google sukakan Ezine Articles kerana ramai penulis yang suka publishkan artikel
mereka di sana. Oleh kerana Ezine Articles padat dengan informasi-informasi yang
terkini, Google telah memilih direktori ini sebagai pusat pertama untuk diindeks oleh
mereka.
Dengan menghantar artikel ke Ezine Articles jugalah, jika anda memilih dan
menggunakan kata kunci yang betul, artikel anda pasti diletakkan di senarai tertinggi
oleh enjin carian.
Terdapat satu perkara sahaja yang saya tidak suka terhadap Ezine Articles. Direktori ini
tidak menerima artikel yang ditulis selain dari bahasa Inggeris. Leceh bukan? Tetapi, itu
tidak mengapa. Tidak semua direktori di atas hanya menerima artikel dalam bahasa
Inggeris.
Jika anda mempunyai banyak artikel yang ingin dihantar ke direktori-direktori pilihan,
untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran anda, gunakan software article submitter
yang disertakan sekali dengan e-book ini.
Laman-Laman Sosial
Saya dapat rasakan anda sedikit resah selepas saya mengatakan Ezine Articles hanya
menerima artikel dalam bahasa Inggeris sahaja. Jangan anda bimbang, saya
mempunyai satu rahsia yang sangat besar untuk anda. Sebab itulah anda beruntung
kerana dapatkan e-book „Rahsia Pemasaran Artikel‟ ini.
Kini, laman-laman sosial telah menjadi satu medium yang amat luas dalam berinteraksi
dengan rakan-rakan anda. Tidak kiralah anda menggunakan Facebook, Friendster,
M/S 28
MySpace, Social Bookmark seperti Digg, Technorati, Squidoo, del.ici.ous, Stumble
Upon dan banyak lagi.
Jika anda bertanya kepada 10 rakan anda sama ada mereka mempunyai akaun untuk
laman-laman tersebut, saya pasti, sembilan daripada mereka akan menjawab „mestilah
aku ada, nanti engkau add aku ya!‟.
Lihatlah, betapa berkuasanya laman-laman sosial tersebut pada masa sekarang. Oleh
itu, saya cadangkan kepada anda supaya gunakanlah laman-laman itu dalam
menonjolkan artikel anda sekaligus menarik traffik yang tinggi ke laman jualan anda.
Sebab itu saya mengatakan kepada anda jangan dibimbang dengan polisi Ezine
Articles itu. Ini kerana, Google juga sukakan kepada laman-laman sosial seperti yang
disebut. Antara laman sosial yang digemari oleh Google ialah Squidoo.
Squidoo ialah sebuah Social Bookmark yang lebih berkonsepkan kepada perkongsian
ilmu. Interfacenya pula lebih menyerupai laman utama blog anda. Sesebuah artikel
yang dikongsi di Squidoo dikenali sebagai „lens‟ atau „lensa‟.
M/S 29
Lihat contoh lensa di bawah:
Bahkan, dengan mempublish artikel anda ke Squidoo, lensa anda mampu menendang
dan merampas kedudukan tertinggi dari pesaing-pesaing anda. Bagaimana untuk anda
maksimumkan penggunaan Squidoo ini? Untuk itu, dapatkan produk Squidoo Assasin
yang dikeluarkan oleh sahabat digital saya iaitu saudara Aurora Ice di sini.
Satu lagi Social Bookmark yang juga digemari oleh Google ialah laman Digg. Digg
merupakan sebuah laman yang berkonsepkan perkongsian ilmu juga. Jika anda
berkongsikan artikel di sana, Digg turut memberikan backlink kepada laman web atau
blog anda.
Untuk mendapat perhatian dari warga Digg, anda perlu menyediakan sebuah artikel
dengan tajuk yang sangat panas! Jika artikel anda disukai oleh para pembaca, mereka
akan memberi rating kepada artikel tersebut. Konsep rating diberi adalah melalui jumlah
Digg yang ditekan oleh pembaca-pembaca.
Semakin banyak artikel anda mendapat Digg, semakin cerahlah artikel anda untuk
terpapar di muka hadapan laman Digg itu. Lihat contoh di bawah:
Tajuk Lensa/Artikel
Lensa/Artikel Anda
M/S 30
Walaubagaimanapun, laman Digg ini masih belum mendapat tempat di hati rakyat
Malaysia. Tetapi, bilangan rakyat Malaysia menggunakan laman ini semakin hari
semakin meningkat. Jangan pula anda memandang rendah terhadap Digg pula ya!
Oleh itu, untuk permulaan, saya cadangkan supaya anda menggunakan Malaysian
Digg terlebih dahulu. Konsepnya juga sama seperti laman Digg antarabangsa. Dengan
Malaysian Digg, anda dapat fokus kepada pasaran tempatan 100%.
Selain dari kedua-dua laman Social Bookmark di atas, laman sosial Facebook juga
dapat digunakan untuk menonjolkan artikel tulisan anda. Dalam masa yang sama, anda
juga bakal memperolehi traffik dari sana.
Jumlah Digg!!
M/S 31
Untuk meletakkan artikel anda di Facebook, anda perlukan function „Notes‟ di profile
anda. Lihat contoh di bawah:
Jika pada asalnya anda tidak mempunyai function „Notes‟ itu, sila klik pada simbol (+)
untuk paparkan function „Notes‟ dari pilihan yang diberikan.
Selepas anda letakkan artikel di „Notes‟ tersebut, tagkan artikel anda itu kepada rakan-
rakan anda. Untuk membuat tag, gunakan function tag seperti di bawah:
Pada hujung artikel tersebut, jangan lupa untuk letakkan link ke laman jualan anda. Jika
terdapat rakan atau pembaca yang berminat, mereka pasti akan klik dan berkunjung ke
sana.
Oleh itu, applikasikan laman-laman sosial ini untuk tujuan promosi melalui artikel yang
ditulis. Jangan mendaftar di laman-laman sosial itu untuk bersosial sahaja. Gunakan
peluang seperti ini untuk memajukan perniagaan internet anda!
Anda perlu mempunyai function ‘Notes’ ini!!
Gunakan function tag ini dan taglah
seramai mungkin rakan-rakan anda!
M/S 32
Rahsia Pemasaran Artikel #6: Kesan Keberkesanan Artikel
Baik, ini adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan selepas anda menghantar artikel
ke direktori-direktori yang dibincangkan di atas.
Anda WAJIB kesan keberkesanan tulisan anda! Adakah tulisan anda telah dibaca oleh
para pembaca yang anda khususkan? Adakah pembaca tertarik dengan tulisan anda?
Adakah pembaca mengambil tindakan selepas membaca artikel anda? Cara untuk
mengesan keberkesanan artikel anda adalah seperti berikut:
1. Jika anda menghantar artikel ke direktori artikel seperti Ezine Articles, perhatikan
jumlah „View‟ yang anda terima dari pengunjung-pengunjung direktori artikel.
2. Jika anda meletakkan artikel anda di Squidoo, pihak Squidoo telah menyediakan
„Tools‟ untuk anda kesan bilangan „View‟ yang diterima dalam masa-masa
tertentu.
3. Jika anda letakkan artikel di laman Digg, perhatikan jumlah Digg yang anda
terima.
4. Periksa traffik laman web atau blog anda melalui tool yang disediakan di Cpanel.
5. Periksa jumlah pelanggan yang telah subscribe melalui autoresponder anda.
Seandainya artikel anda mendapat „View‟, Digg, jumlah pengunjung dan pelanggan
yang rendah, jangan berlengah lagi! Ambil tindakan segera dengan mengubah artikel-
artikel anda supaya menjadi lebih menarik dan berinformasi.
Jika anda tidak membuat sebarang perubahan, saya pasti, para pembaca tidak akan
membaca langsung artikel-artikel anda yang lain. Oleh itu, buatlah perubahan untuk
menaikkan ranking laman jualan anda di enjin carian.
M/S 33
BAB 4: Kesimpulan
Selepas anda baca dan fahami teknik-teknik pemasaran artikel yang terkandung dalam
e-book ini, pastikan anda bertindak. Dengan bertindak sahajalah anda dapat merubah
arus perniagaan internet yang dijalankan!
Selepas anda bertindak, anda bakal menyaksikan perubahan mendadak terhadap
jumlah traffik ke laman jualan anda. Untuk menambah lagi traffik ke laman jualan anda,
banyakkan lagi artikel yang unik dan berkualiti.
Semakin banyak anda tulis artikel dan publish, semakin bertambahlah pengunjung dan
pelanggan ke laman jualan anda!
Saya suka mengingatkan kepada anda bahawa teknik pemasaran artikel adalah sangat
efektif dan berkesan dalam mendapatkan traffik yang banyak ke sesebuah laman
jualan. Tambah-tambah lagi, teknik ini adalah percuma! Mengapa anda ingin
mengabaikan teknik ini pula?
Oleh itu, manfaatkan teknik-teknik yang ditunjukkan dalam e-book ini dan akhir kata dari
saya, „Selamat Mencuba & Berusahalah Untuk Sampai Ke Puncak Kejayaan!‟.
Sekian, terima kasih.
M/S 34
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
M/S 35
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com